You are on page 1of 2

PERANCANGAN PROJEK

Semasa minggu pertama, saya melihat sekekliling sekolah untuk mencari ilham membuat projek untuk praktikum kali ini. Tujuan projek ini supaya guru pelatih meninggalkan kenangan di sekolah walaupun sudah meninggalkan sekolah. Selain itu, projek ini juga dapat membantu sekolah. Kawasan sekolah ini tidak terlalu luas dan memudahkan saya untuk melihat kawasan sekeliling. Kawasan sekolah ini bersih dan penuh dengan kehijauan kerana banyak pokok bunga ditanam di sekeliling sekolah. Kehijauan ini sangat menyamankan pemandangan sesiapa sahaja yang memandang. Daripada yang saya perhatikan, terdapat banyak anjing di kawasan sekolah ini. pada pandangan saya, kehadiran anjing-anjing ini kerana kawasan sekolah ini tidak mempunyai pagar dan memudahkan haiwan liar masuk ke kawasan sekolah. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa sekolah ini sangat cantik dan selesa. Saya gembira kerana mendapat sekolah ini. Dalam minggu kedua, guru pembimbing saya iaitu Puan Noraini Samjan mencadangkan saya untuk menghias kelas 4 Harmoni supaya murid-murid dapat melihat hasil kerja saya biarpun saya tiada di sekolah ini lagi. Saya merasakan ini merupakan peluang yang baik untuk saya jadikan projek praktikum. Sepanjang minggu pertama, saya melihat kawasan bilik darjah dulu untuk menetapkan apa yan saya ingin lakukan. Bilik darjah 4 Harmoni merupakan kelas yang ceria kerana guruguru menyediakan ruang papan kenyataan subjek dan dihiasai dengan cantik dan ceria. Tetapi, semuanya perlu penambahbaikkan supaya kelas tersebut nampak lebih menarik dan ceria. Bilik darjah yang selesa dan ceria akan menimbulkan rasa gembira dan seronok murid-murid semsa berada di dalam kelas. Kelas ini selalu mendapat anugerah Kelas Tercantik dan Terbersih. Walaupun dari segi kebersihan agak kurang kerana murid-murid mudah terlupa tugas, tetapi saya akan meminta mereka untuk membersihhkan kawasan tempat duduk masing-masing setiap kali masuk ke kelas. Sebelum memulakan projek, saya mengambil masa seminggu untuk mengenalpasti kekurangan yang terdapat dalam kelas tersebut.

Saya bercadang untuk membuat kad-kad perkataan yang penuh dengan nnilai-nilai murni supaya murid sentiasa peka dengan melakukan amalan yang baik. Selain itu, saya juga bercadang untuk menceriakan lagi pintu dan bahagian depan kelas supaya lebih ceria dan membuatkan murid-murid gembira untuk belajar.

You might also like