You are on page 1of 5

KESELAMATAN DI LUAR BILIK DARJAH

Keselamatan merujuk kepada perlindungan yang diberi kepada kanak-kanak dan orang dewasa
terhadap kemalangan,kecederaan dan ancaman yang selalu berkaitan dengan amalan, sikap dan
persekitaran. Kecederaan yang tidak sengaja adalah punca kematian utama dan kejadian kurang
upaya pada kanak-kanak 14 tahun ke bawah. (Pan et al.2006). Kanak-kanak perlukan perhatian
yang istimewa dalam aspek keselamatan kerana kesihatan mereka dipengaruhi secara terus oleh
persekitaran mereka.
Menurut Nani Menon dan Rohani Abdullah (2004). Persekitaran taska yang kondusif ,
menarik dan kemas dapat membantu merangsang proses pengajaran dan pembelajaran kanakkanak. Keselamatan di luar bilik darjah bermaksud persekitaran dan bangunan yang selamat
didiami dan digunakan oleh kanak-kanak dan guru ketika melakukan aktiviti di luar bilik darjah.
Taska yang selamat mempunyai perancangan persekitaran pembelajaran yang dalaman dan
luarannya yang selamat dan berkualiti.
Seseorang pengusaha taska perlulah mewujudkan suasana yang kondusif dan selamat
kerana ia akan mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak ketika berada di
taska. Sebuah ttaska yang baik seharusnya mempunyak kawasan yang menyediakan ruang
kepada kanak-kanak bergerak bebas. Contohnya, menyediakan kawasan luar yang menarik di
tanam dengan pokok-pokok kecil atau besar, mempunyai peralatan yang tetap dan yang boleh
diubah suai supaya dapat mengembangkan fizikan kanak-kanak.
Ruang luar adalah kawasan kanak-kanak boleh terlibat dan melakukan aktiviti fizikal . ia
juga dapat dijadikan tempat rekreasi, pusat pemerhatian dan penerokaan serta kawasan
menjalinkan hubungan sosial. Selain itu, kawasan luar juga perlu menyediakan maklumatmaklumat baru yang boleh didapati oleh kanak-kanak. Daripada bahan-bahan yang terdapat di
situ, kanak-kanak boleh meningkatkan daya imaginasi mereka selain dapat membuat uji kaji.

REKA BENTUK BANGUNAN


Bangunan taska hendaklah dalam keadaan selamat dan bahan binaan bukan daripada bahan
mudah bakar. Bangunan di taska juga semestinya mempunyai reka bentuk bangunan yang

mempunyai ciri keselamatan dan tahan lasak serta mengadakan sekurangkurang dua buah pintu
pagar keluar bangunan dan pintu tersebut hendaklah mudah dibuka tanpa halangan.. Maksudnya,
sesebuah taska perlulah mempunyai ruang yang cukup besar dan sesuai dengan jumlah
penghuninya iaitu kanak-kanak.
Ruang main dan ruang menyimpan barang yang selamat akan menjamin keselamatan
kanak-kanak ketika berada di luar bilik darjah. Selain itu, reka bentuk bangunan taska perlulah
mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh JKM supaya tidak berlaku sebarang
kemalangan yang tidak diingini. Ruangan yang sesuai sangat perlu dititikberatkan kerana kanakkanak sifatnya adalah memang suka bermain tanpa di mana mereka berada.
Di luar bilik darjah perlulah mempunyai cirri keselamatan seperti tiada dinding yang
mempunyai bucu yang tajam, lantai yang tidak licin, tempat penyusunan alatan yang sesuai dan
selamat serta persekitaran yang mempunyai jaminan yang selamat. Pokok-pokok perlu ditanam
di kawasan yang sesuai samaada di dalam pasu mahupun di taman. Alat pemadam api hendaklah
diadakan mengikut syor jabatan bomba dan pemyelamat.
Menurut Md Noor Chik, Pengarah Kebajikan Masyarakat Kelantan berkata kebanyakkan
taska tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh JKM termasuk pemilihan premis.
Contohnya, sekiranya pengusaha ingin membuka premis ia perlu dibuka di unit hujung sekali
dan mempunyai kawasan yang lapang,katanya. Tiap-tiap taska yang dijadikan tempat asuhan
perlulah sesuai dari segi keselesaan, rekabentuk, struktur dan keselamatan.
Selain itu, kedudukan dan lokasi bangunan juga perlu diambil kira. Rumah yang
dijadikan premis perlulah tidak terletak di hujung persimpangan atau berhampiran lebuhraya dan
jalan-jalan yang terlalu sesak dan sibuk dengan lalu lintas. Premis taska perlulah mempunyai
keluasan ruang yang mencukupi dengan bilangan kanak-kanak seperti yang telah ditetapkan oleh
Ordinan Sekolah 1950, yang menetapkan seorang pelajar taska memerlukan ruang seluas 3.5
meter persegi.

Ciri-ciri ini perlu dititikberatkan oleh pengusaha taska kerana ia akan

mengundang kecelakaan dan kemalangan kepada kanak-kanak sekiranya mereka bermain di luat
kawasan taska tanpa disengajakan.

PERSEKITARAN YANG SELAMAT DAN KONDUSIF


Kejadian seorang lelaki kurang siuman yang menawan 30 kanak-kanak dan empat orang guru di
Tadika Serikids di Taman Sungan Abong Cemerlang, Sungan Abong, Muar pada 7 Julai 2011
telah menggemparkan banyak pihak. Alhamdulillah, semua kanak-kanak dan guru yang
dijadikan tebusan berjaya diselamatkan oleh polis dan Unit Tindakan Khas (UTK) meskipun
suspek mati di tempat kejadian akibat tembakan di kepala. (Utusan Malaysia, 19 Julai 2011)
Kejadian tersebut bukan pertama yang berlaku di negeri tersebut khususnya di Muar
kerana kejadian serupa pernah berlaku di tadika Sinario di Lorong haji Ali, Jalan Abdul Rahman
pada 10 Mac 2010. Bukan itu sahaja, tiga kanak-kanak pernak ditikam di hadapan sebuah pusat
penjagaan kanak-kanak di Jalan sakeh, Sg. Abong, Muar pada 12 Januari 2009. (Utusan
Malaysia, 19 Julai 2011)
Justeru itu, langkah penjagaan awal perlu diambil oleh pengusaha taska bagi memastikan
tahap keselamatan di premis mereka sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan
memuaskan. Persekitaran yang selamat ialah salah satu faktor ibu bapa memilih untuk
menghantar anak-anak mereka ke tempat asuhan. Persekitaran yang kondusif pula ialah cara
susunan barangan yang teratur dan kemas serta laluan yang selamat ketika kanak-kanak berada
di luar bilik darjah.
Pemasangan CCTV adalah salah satu ciri keselamatan yang patut dilakukan oleh semua
taska. Tujuannya ialah segala pergerakan di sekitar kawasan premis dapat dipantau dengan
mudah. Selain itu, pintu utama premis hendaklah sentiasa dikunci bagi mengelakkan penceroboh
yang tidak dikenali memasuki kawasan premis tanpa disedari. Diharapkan langkah seumpama ini
dapat membantu meningkatkan keselamatan kanak-kanak dan guru di taska akan lebih terjamin.
CCTV yang dipasang perlulah sesuai dengan keluasan premis supaya ia dapat memastikan
semua pergerakan setempat nampak dan jelas dilihat sekiranya berlaku sebarang kemalangan.
Persekitaran yang selamat dan kondusif juga boleh dijadikan tempat untuk kanak-kanak
bersosial dengan tenang dan seronok kerana mereka berasa selamat dan selesa. Contohnya,
penataan cahaya yang terang, warna dinding dan peralatan yang ceria dan tidak serabut serta
susun atur alatan yang sesuai seperti kerusi dan meja untuk mereka berehat mempengaruhi
perkembangan intelek kanak-kanak.

Kawasan-kawasan yang mempunyai lubang dan curam perlulah diratakan serta ditutup
supaya tidak berlaku kecederaan kepada kanak-kanak ketika berada di luar bilik darjah. Malah,
persekitaran yang selamat dan kondusif dapat mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak
ketika bermain sesame mereka. Guru dan pengasuh perlulah memberi peluang kepada kanakkanak memberi inspirasi dengan membenarkan mereka menghiasi ruamg luar kelas mereka
dengan idea kanak-kanak. Pasti mereka berasa bangga dengan hasil tangan mereka. Selain itu,
penyusunan kasut ataupun selipar kanak-kanak perlulah pada tempatnya kerana kasut yang
bersepah akan menggangu laluan kanak-kanak untuk bermain dan menjalankan aktiviti di luat
bilik darjah.

PERALATAN

ATAU

OBJEK

YANG

DIGUNAKAN

MEMPUNYAI

CIRI

KESELAMATAN DAN PELAN LANTAI YANG SESUAI DAN STRATEGIK


Sebelum membuka taska, pengusaha perlu menyediakan pelan lantai yang lengkap dan sesuai
dengan tempat yang dipilih untuk membuka taska. Tujuannya, pelan lantai yang sesuai
mempengaruhi keselamatan kanak-kanak ketika berada di taska. Pelan lantai perlu dipamerkan
supaya ibu bapa dan penjaga dapat mengetahui suasana susunan yang lengkap di dalam mahupun
di luar bilik darjah.
Kebanyakkan kematian dan kecederaan kanak-kanak yang melibatkan alat permainan
adalah disebabkan tercekik dan cara penggunaan yang salah (U.S Consumer Product Safety
Commision, 2003a; Nakamura,Pollack-Nelson & Chidekel,2003). Kebanyakkan kecederaan ini
dapat dielakkan dengan memilih alat mainan yang sewajarnya.
Penyusunan peralatan atau objek yang sebagai bahan bantu mengajar perlulah sesuai
dengan kawasan dan selamat. Peralatan yang disimpan hendaklah tersusun kemas dan tidak
berselerak kerana dikhuatiri akan menjadi permainan kanak-kanak ketika berda di luar bilik
darjah tanpa pantauan dari guru dan pengasuh. Objek yang tajam tidak sepatutnya berada di
kawasan kanak-kanak bermain. Objek yang digunakan mestilah tidak tajam, tidak licin dan tidak
merbahaya untuk kegunaan kanak-kanak.

Selain itu, alatan permainan yang digunakan mestilah bersih dan tidak dipenuhi dengan
kekotoran seperti debu dan psir. Alatan yang telah digunakan perlulah dicuci dengan air atau
dibersihkan dengan pencuci yang dibenarkan. Alatan yang merbahaya dan tajam seperti alatan
berkebun perlulah disimpan ditempat yang selamat seperti di dalam stor penyimpanan barang
dan disusun dengan kemas. Selain itu, semasa menggunakan alatan perlulah ada pengawasan
daripada orang dewasa.
Pemilihan alat permainan mestilah mengikut standard yang telah ditetapkan seperti tidak
berat dan tajam. Alat permainan perlulah sesuai dengan tahap umur kanak-kanak dan tidak
merbahakan keselamatan mereka ketika memegang dan menggunakannya.

BOBLIOGRAFI
Undang-undang Malaysia akta 308. Akta taman Asuhan 1984.
Portal kebajikan Masyarakat.(2008).Penubuhan taska dan pusat jagaan.(2009).
Utusan Malaysia.(19 Julai 2011).www.utusan.com.my/ /info.asp?
Dasar Asuhan Didikan awal kakank-kanak Kebangsaan PERMATA.www.permata.jpm.my/ /
dasar_asuhan

You might also like