You are on page 1of 18

MODUL SOALAN

MENGKONSEPSI
SAINS SPM 2018

SKEMA
JAWAPAN

1
NOTA SOALAN MENGKONSEPSI (KERTAS 2 BAHAGIAN C) SAINS SPM

Perbezaan antara koordinasi saraf dan koordinasi hormon

Koordinasi saraf Koordinasi hormon


Dikawal oleh sistem saraf pusat Dikawal oleh sistem endokrin
Maklumat dihantar dalam bentuk impuls Maklumat dihantar dalam bentuk hormon
Impuls dihantar melalui neuron Hormon dihantar melalui darah
Kelajuan impuls laju Kelajuan hormon perlahan
Kesan impuls cepat Kesan hormon lambat
Organ sasaran spesifik Organ sasaran luas

 Kelenjar endokrin adalah kelenjar tanpa duktus (tiada liang) yang


mengeluarkan hormon
 Kelenjar bukan endokrin : kelenjar peluh, kelenjar liur

Perbezaan antara variasi selanjar dan variasi tak selanjar

Variasi selanjar Variasi tak selanjar


Tidak boleh diwarisi Boleh diwarisi
Dipengaruhi oleh faktor persekitaran Dipengaruhi oleh faktor genetik
Tidak menunjukkan perbezaan yang nyata Perbezaan yang nyata dan tetap
dan tetap
Perubahan sifat secara perlahan Tiada perubahan sifat
Contoh: Contoh:
Tinggi Jenis rambut
Berat Kumpulan darah
Warna kulit Cap jari
Kecerdasan Warna anak mata

* Kepentingan variasi:
1) membezakan antara setiap individu
2) menghasilkan spesies tumbuhan atau haiwan yang baharu
3) pengubahsuaian diri dengan perubahan persekitaran

2
Perbezaan antara Mitosis dan Meiosis

Mitosis Meiosis
Melibatkan satu kali pembahagian sel Melibatkan dua kali pembahagian sel
Berlaku dalam sel soma Berlaku dalam sel pembiakan
Menghasilkan 2 sel anak Menghasilkan 4 sel anak
Bilangan kromosom sel anak sama dengan Bilangan kromosom sel anak separuh
bilangan kromosom sel induk daripada bilangan kromosom sel induk
Tiada pindah silang berlaku Berlaku pindah silang
Variasi genetik tidak berlaku Variasi genetik berlaku
Tujuan: Tujuan:
1) menghasilkan sel-sel baharu 1) menghasilkan gamet
2) menggantikan sel-sel yang 2) mewujudkan variasi
rosak

Perbezaan kembar seiras dan kembar tak seiras

Kembar seiras Kembar tak seiras


Melibatkan 1 sperma Melibatkan 2 sperma
1 ovum disenyawakan 2 ovum disenyawakan
Jantina sama Jantina sama atau berlainan
Bayi berkongsi plasenta Plasenta berasingan
1 zigot terhasil 2 zigot terhasil
Zigot membahagi dua Zigot tidak membahagi dua
Sifat fizikal sama Sifat fizikal berlainan
Kandungan kromosom dan gen sama Kandungan kromosom dan gen berlainan

Perbezaan mutasi gen dan mutasi kromosom

Mutasi gen Mutasi kromosom


Perubahan berlaku pada gen dalam Perubahan berlaku pada bilangan atau
kromosom struktur kromosom
Boleh diwarisi Tidak boleh diwarisi
Contoh : Contoh :
Buta warna Sindrom Down
Hemofilia Sindrom Klinefelter
Albinism Sindrom Turner

3
Perbezaan antara logam dan bukan logam (SPM 2012)

SIFAT LOGAM BUKAN LOGAM


1. Permukaan Berkilau Pudar
2. Kemuluran (tarik jadi panjang) Boleh Tidak boleh
3. Kebolehtempaan( boleh bentuk) Boleh Tidak boleh
4. Kekuatan regangan Tinggi Rendah
5. Kekonduksian haba Baik Lemah
6. Kekonduksian elektrik Baik Lemah
7. Ketumpatan Tinggi Rendah
8. Takat lebur dan takat didih Tinggi Rendah
9. Keadaan pada suhu bilik Pepejal kecuali Pepejal, cecair, gas
merkuri

Perbezaan antara perubahan fizik dan perubahan kimia (SPM 2005)

Perubahan fizik Perubahan kimia


Tiada bahan baharu terhasil Bahan baharu terhasil
Tindak balas berbalik Tindak balas tidak berbalik
Menggunakan sedikit tenaga Menggunakan banyak tenaga
Jisim bahan asal sama Jisim bahan asal berbeza

Perbezaan antara Tindak balas Eksotermik dan Endotermik

Eksotermik Endotermik
Tindak balas yang membebaskan haba Tindak balas yang menyerap haba
Hasil tindak balas lebih panas Hasil tindak balas lebih sejuk
Suhu bekas meningkat Suhu bekas menurun
Contoh tindak balas: Contoh tindak balas:
Pembakaran, peneutralan, respirasi Penguraian, fotosintesis
Contoh proses: Contoh proses :
kondensasi, pembekuan peleburan, pendidihan, penyejatan

4
Perbezaan antara Sinaran Alfa, Beta, dan Gamma

Alfa Beta Gamma


Cas positif Cas negatif Neutral
Kuasa penembusan lemah Kuasa penembusan Kuasa penembusan sangat
(hingga beberapa helai sederhana (hingga kepingan kuat (hingga kepingan
kertas) aluminium) plumbum atau konkrit yang
tebal)
Sangat perlahan Sederhana laju Sangat laju
Kesan pengionan sangat Kesan pengionan kuat Kesan pengionan sangat
kuat lemah
Terdiri daripada nukleus Terdiri daripada elektron Gelombang elektromagnet
helium

 Radiasi radioaktif mengakibatkan mutasi, kanser, dan memusnahkan sel.


 Cara mengendalikan bahan radioaktif:
1. memakai pakaian perlindungan khas daripada plumbum
2. menyimpan bahan radioaktif di dalam kotak plumbum
3. menggunakan alat kawalan jauh untuk mengendalikan bahan
radioaktif
4. memakai lencana filem yang boleh mengukur tahap pendedahan
radioaktif

Perbezaan antara aloi dan logam tulen (SPM 2009)

Aloi Logam tulen


Lebih berkilau Berkilau
Lebih keras Keras
Lebih kuat Kuat
Lebih tahan kakisan Kurang tahan kakisan
Terdiri daripada dua atau lebih unsur Satu unsur sahalja

* contoh aloi: Duralumin (Aluminium + Kuprum) untuk badan kapal terbang,


Piuter untuk barang perhiasan dan pingat
Keluli (Besi + Karbon) untuk rangka bangunan, jambatan
Loyang (Kuprum + Zink) untuk alatan muzik, loceng

* contoh logam tulen:


Kuprum untuk kabel atau wayar elektrik
Aluminium untuk tin minuman
Emas untuk gelang atau cincin

5
Perbezaan antara Keimunan Aktif Buatan dan Keimunan Pasif Buatan

Keimunan Aktif Buatan Keimunan Pasif Buatan


Antibodi diperoleh selepas suntikan vaksin Antibodi diperoleh selepas suntikan
(cecair yang mengandungi patogen antiserum (plasma darah yang
[virus/bakteria] lemah atau mati) mengandungi antibodi)
Merangsang badan menghasilkan antibodi Tidak merangsang badan menghasilkan
antibodi
Pengimunan yang tahan lama Pengimunan sementara waktu
Tindak balas perlahan Tindak balas cepat
Jumlah antibodi banyak (melebihi paras Jumlah antibodi sedikit
keimunan)
Keimunan boleh diberikan kepada individu Keimunan diberikan kepada individu yang
yang sihat menjangkiti penyakit atau berisiko
menjangkiti penyakit

Contoh penyakit yang dapat dicegah:


Kolera Malaria
Hepatitis B Tetanus
Tifoid Difteria
Demam campak
Polio

Perbezaan antara sebatian organik dan sebatian tak organik

Sebatian organik Sebatian tak organik


Berasal daripada benda hidup Berasal daripada benda bukan hidup
Larut dalam pelarut organik Tak larut dalam pelarut organik
Takat lebur rendah Takat lebur tinggi
Boleh terbakar dalam udara Tidak terbakar dalam udara
Saiz molekul besar Saiz molekul kecil
Contoh: Contoh:
Karbohidrat, protein, vitamin, sutera, petrol Karbon monoksida, kalsium karbonat,
karbon dioksida

6
Perbezaan antara lemak tepu dan lemak tak tepu

Lemak tepu Lemak tak tepu


Berasal daripada haiwan Berasal daripada tumbuhan
Kandungan kolesterol tinggi Kandungan kolesterol rendah
Memberikan kesan buruk kepada kesihatan Memberi kesan baik kepada kesihatan
jika diambil secara berlebihan
Keadaan pepejal pada suhu bilik Keadaan cecair pada suhu bilik
Takat lebur tinggi Takat lebur rendah

Contoh bahan yang mengandungi lemak tepu : keju, daging


Contoh bahan yang mengandungi lemak tak tepu : minyak sawit, minyak jagung

Perbezaan antara getah asli dan getah sintetik

Getah asli Getah sintetik


Takat lebur dan takat didih rendah Takat lebur dan takat didih tinggi
Lebih lembut Lebih keras
Kenyal Lebih kenyal
Tidak tahan haba Lebih tahan haba
Dapat menyerap tekanan dan getaran yang Tidak dapat menyerap tekanan dan getaran
tinggi yang tinggi
Contoh barangan: Contoh barangan:
Belon, Sarung tangan (glove) Tapak kasut, pakaian selam

Perbezaan antara getah asli dan getah tervulkan

Getah asli Getah tervulkan


Takat lebur rendah Takat lebur tinggi
Kekuatan regangan rendah Kekuatan regangan tinggi
Lembut Keras
Ketahanan terhadap bahan kimia rendah Ketahanan terhadap bahan kimia tinggi
Melekit pada suhu tinggi Kurang melekit pada suhu tinggi
Mudah dioksidakan Tidak mudah dioksidakan

Perbezaan antara Enjin Petrol dan Enjin Diesel


7
Enjin petrol Enjin diesel
Menggunakan palam pencucuh (spark plug) Menggunakan pemancit minyak (fuel injector)
Bahan api petrol Bahan api diesel
Menghasilkan kuasa yang kurang Menghasilkan kuasa yang lebih
Kurang cekap Lebih cekap
Menghasilkan bunyi yang senyap Menghasilkan bunyi yang bising
Dinding silinder nipis Dinding silinder tebal
Contoh kenderaan dengan enjin petrol : Contoh kenderaan dengan enjin diesel :
Motokar, motosikal Lori, bas

Perbezaan antara termoplastik dan termoset (SPM 2008)

Termoplastik Termoset
Menjadi lembut bila dipanaskan Tiada perubahan bila dipanaskan
Takat lebur rendah Takat lebur tinggi
Lembut Keras
Mudah terbakar Tidak mudah terbakar
Tidak tahan haba Tahan haba
Mudah menggelongsor kerana tiada Tidak mudah menggelongsor kerana ada
rantaian silang antara polimer rantaian silang antara polimer

Contoh:polistirena(pembungkus makanan), Contoh: bakelit (palam elektrik, bumper),


perspeks(cermin kereta,tingkap kapal melamina (pinggan, besen), resin
terbang), PVC(paip,penyangkut baju), epoksi(bahan pelekat bagi
politena(beg plastik,baju hujan, botol logam,kaca,kayu)
plastik)

Untuk soalan mengkonsepsi, 5 poin perlu dinyatakan dalam jawapan calon :

(i) Maklumat daripada Rajah


(ii) Kenal pasti dua ciri sepunya
(iii) Menyatakan konsep awal
(iv) Berikan satu contoh lain dan satu bukan contoh
(v) Hubung kait ciri-ciri sepunya untuk membina konsep sebenar mutasi
gen.

8
1 (a) State two differences between nervous coordination and hormonal coordination.
Nyatakan dua perbezaan di antara koordinasi saraf dan koordinasi hormon.
[4 marks]
[4 markah]

(b) Diagram shows two examples of nervous coordination.


Rajah menunjukkan dua contoh bagi koordinasi saraf.

brain coordination spinal cord


otak koordinasi saraf tunjang

Study the information in the diagram and construct the concept of nervous
coordination.
Kaji maklumat dalam rajah dan bina konsep koordinasi saraf.
[6 marks]
[6 markah]

SKEMA JAWAPAN

1 (a) Koordinasi saraf Koordinasi hormon


Dikawal oleh sistem saraf pusat Dikawal oleh sistem endokrin
Maklumat dihantar dalam bentuk Maklumat dihantar dalam bentuk
impuls hormon
[1 markah untuk setiap perbezaan]

(b) Maklumat daripada rajah


Rajah menunjukkan koordinasi saraf melibatkan otak dan saraf 1
tunjang
Dua ciri sepunya
a. dikawal oleh sistem saraf pusat 1
b. maklumat dihantar dalam bentuk impuls 1
Konsep awal
Koordinasi yang dikawal oleh sistem saraf pusat dan maklumat 1
dihantar dalam bentuk impuls adalah koordinasi saraf
Contoh lain dan bukan contoh
Contoh lain : saraf periferi 1
Bukan contoh : adrenal 1
Konsep sebenar
Koordinasi saraf adalah koordinasi yang dikawal oleh sistem saraf 1
pusat dan maklumat dihantar dalam bentuk impuls
[maks 6]

9
2 (a) State two similarities and two differences between nervous coordination and
hormonal coordination.
Nyatakan dua persamaan dan dua perbezaan di antara koordinasi saraf dan
koordinasi hormon.
[4 marks]
[4 markah]

(b) Diagram shows two examples of glands in hormonal coordination.


Rajah menunjukkan dua contoh bagi kelenjar dalam koordinasi hormon.

pancreas coordination ovary


pankreas koordinasi ovari

Study the information in the diagram and construct the concept of hormonal
coordination.
Kaji maklumat dalam rajah dan bina konsep koordinasi hormon.
[6 marks]
[6 markah]

SKEMA JAWAPAN

2 (a) Persamaan
 mengkoordinasi dan mengawal aktiviti badan
 bergerakbalas terhadap perubahan dalam persekitaran
[1 markah untuk setiap persamaan]
Perbezaan

Koordinasi saraf Koordinasi hormon


Dikawal oleh sistem saraf pusat Dikawal oleh sistem endokrin
Maklumat dihantar dalam bentuk Maklumat dihantar dalam bentuk
impuls hormon
[1 markah untuk setiap pasangan]

(b) Maklumat daripada rajah


Rajah menunjukkan koordinasi hormon melibatkan adrenal dan ovari 1
Dua ciri sepunya
a. dikawal oleh sistem endokrin 1
b. maklumat dihantar dalam bentuk hormon 1
Konsep awal
Koordinasi yang dikawal oleh sistem endokrin dan maklumat 1
dihantar dalam bentuk hormon adalah koordinasi hormon
Contoh lain dan bukan contoh
Contoh lain : testis 1
Bukan contoh : saraf periferi 1
Konsep sebenar
Koordinasi hormon adalah koordinasi yang dikawal oleh sistem 1
endokrin dan maklumat dihantar dalam bentuk hormon [maks 6]

10
3 (a) State two differences between mitosis and meiosis.
Nyatakan dua perbezaan di antara mitosis dan meiosis.
[4 marks]
[4 markah]

(b) Diagram shows two locations where mitosis takes place.


Rajah menunjukkan dua lokasi di mana mitosis berlaku.

cell division
skin hair
pembahagian
kulit rambut
sel

Study the information in the diagram and construct the concept of mitosis.
Kaji maklumat dalam rajah dan bina konsep mitosis.
[6 marks]
[6 markah]

SKEMA JAWAPAN

3 (a) Mitosis Meiosis


Melibatkan satu kali pembahagian sel Melibatkan dua kali pembahagian sel
Berlaku dalam sel soma Berlaku dalam sel pembiakan
[1 markah untuk setiap perbezaan]

(b) Maklumat daripada rajah


Rajah menunjukkan mitosis berlaku di kulit dan di rambut 1
Dua ciri sepunya
a. melibatkan satu kali pembahagian sel 1
b. berlaku di sel soma 1
Konsep awal
Pembahagian sel yang melibatkan satu kali pembahagian sel dan 1
berlaku di sel soma adalah mitosis
Contoh lain dan bukan contoh
Contoh lain : mata 1
Bukan contoh : testis 1
Konsep sebenar
Mitosis adalah pembahagian sel yang melibatkan satu kali 1
pembahagian sel dan berlaku di sel soma [maks 6]

11
4 (a) State two similarities between mitosis and meiosis. Give one example of the
location for each cell division occurs.
Nyatakan dua persamaan di antara mitosis dan meiosis. Berikan satu contoh
lokasi di mana pembahagian sel tersebut berlaku.
[4 marks]
[4 markah]

(b) Diagram shows two locations where meiosis takes place.


Rajah menunjukkan dua lokasi di mana meiosis berlaku.

cell division
testis ovary
pembahagian
testis ovari
sel

Study the information in the diagram and construct the concept of meiosis.
Kaji maklumat dalam rajah dan bina konsep meiosis.
[6 marks]
[6 markah]

SKEMA JAWAPAN

4 (a) Persamaan
 melibatkan pembahagian sel
 menghasilkan sel anak
[1 markah untuk setiap persamaan]
Lokasi
Mitosis : kulit (sebarang sel soma)
Meiosis : testis // ovary // anter
[1 markah untuk setiap lokasi]

(b) Maklumat daripada rajah


Rajah menunjukkan meiosis berlaku di testis dan di ovari 1
Dua ciri sepunya
a. melibatkan dua kali pembahagian sel 1
b. berlaku di sel pembiakan 1
Konsep awal
Pembahagian sel yang melibatkan dua kali pembahagian sel dan 1
berlaku di sel pembiakan adalah meiosis
Contoh lain dan bukan contoh
Contoh lain : anter 1
Bukan contoh : kulit 1
Konsep sebenar
Mitosis adalah pembahagian sel yang melibatkan dua kali 1
pembahagian sel dan berlaku di sel pembiakan [maks 6]

12
5 (a) State two causes and two consequences of mutation to humans.
Nyatakan dua penyebab dan dua kesan mutasi kepada manusia.
[4 marks]
[4 markah]

(b) Diagram shows two examples for gene mutation.


Rajah menunjukkan dua contoh bagi mutasi gen.

sickle cell
colour
mutation anaemia
blindness
mutasi anemia sel
buta warna
sabit

Study the information in the diagram and construct the concept of gene
mutation.
Kaji maklumat dalam rajah dan bina konsep mutasi gen.
[6 marks]
[6 markah]

SKEMA JAWAPAN

5 (a) Penyebab mutasi


 sinaran radioaktif
 bahan kimia
[1 markah untuk setiap penyebab]
Kesan mutasi
 perubahan dalam struktur kromosom
 perubahan pada gen dalam kromosom
[1 markah untuk setiap kesan]

(b) Maklumat daripada rajah


Rajah menunjukkan mutasi gen terdiri daripada buta warna dan 1
anemia sel sabit
Dua ciri sepunya
a. perubahan berlaku pada gen dalam kromosom 1
b. boleh diwarisi 1
Konsep awal
Mutasi yang melibatkan perubahan berlaku pada gen dalam 1
kromosom dan boleh diwarisi adalah mutasi gen
Contoh lain dan bukan contoh
Contoh lain : hemofilia 1
Bukan contoh : Sindrom Down // Sindrom Turner // Sindrom 1
Klinefelter
Konsep sebenar
Mutasi gen adalah mutasi yang melibatkan perubahan berlaku pada 1
gen dalam kromosom dan boleh diwarisi [maks 6]

13
6 (a) State two differences between artificial active immunity and artificial passive
immunity.
State two importance of immunization to humans.
Nyatakan dua perbezaan di antara keimunan aktif buatan dan keimunan pasif
buatan .
Nyatakan dua kepentingan keimunan kepada manusia.
[4 marks]
[4 markah]

(b) Diagram shows two diseases that can be prevented by artificial active
immunization.
Rajah menunjukkan dua contoh penyakit yang boleh dicegah oleh pengimunan
aktif buatan.

small pox yellow fever


immunization
demam penyakit
keimunan
campak kuning
Study the information in the diagram and construct the concept of artificial
active immunization.
Kaji maklumat dalam rajah dan bina konsep keimunan aktif buatan.
[6 marks]
[6 markah]

SKEMA JAWAPAN
6 (a) Keimunan aktif buatan Keimunan pasif buatan
Pengimunan yang tahan lama Pengimunan sementara waktu
Tindak balas perlahan Tindak balas cepat
[1 markah untuk setiap pasangan]
Kepentingan keimunan
 Membantu pesakit sembuh dengan cepat
 Mengelakkan jangkitan penyakit
[1 markah untuk setiap kepentingan]
(b) Maklumat daripada rajah
Rajah menunjukkan keimunan aktif buatan boleh mencegah demam 1
campak dan penyakit kuning
Dua ciri sepunya
a. pengimunan yang tahan lama 1
b. tindak balas perlahan 1
Konsep awal
Keimunan yang melibatkan pengimunan yang tahan lama dan tindak 1
balas perlahan adalah keimunan aktif buatan
Contoh lain dan bukan contoh
Contoh lain : hepatitis B 1
Bukan contoh : tetanus 1
Konsep sebenar
Keimunan aktif buatan adalah keimunan yang melibatkan 1
pengimunan yang tahan lama dan tindak balas perlahan [maks 6]

14
7 (a) State two types of plastic.
Give one characteristic for each type of the plastic.
Nyatakan dua contoh plastik.
Berikan satu ciri bagi setiap jenis plastik tersebut.
[4 marks]
[4 markah]

(b) Diagram shows two examples of synthetic rubber.


Rajah menunjukkan dua contoh bagi getah sintetik.

hose of burner rubber balloon


hos penunu getah belon

Study the information in the diagram and construct the concept of synthetic
rubber.
Kaji maklumat dalam rajah dan bina konsep getah sintetik.
[6 marks]
[6 markah]

SKEMA JAWAPAN

7 (a) Jenis plastik


 termoplastik
 termoset
[1 markah untuk setiap plastik]
Ciri plastik
 termoplastik : lembut
 thermoset : keras
[1 markah untuk setiap ciri]

(b) Maklumat daripada rajah


Rajah menunjukkan getah sintetik terdiri daripada hos penunu dan 1
belon
Dua ciri sepunya
a. lebih kenyal 1
b. boleh tahan haba 1
Konsep awal
Getah yang lebih kenyal dan tahan haba adalah getah sintetik 1
Contoh lain dan bukan contoh
Contoh lain : paip air 1
Bukan contoh : polistirena 1
Konsep sebenar
Getah sintetik adalah getah yang lebih kenyal dan tahan haba 1
[maks 6]

15
8 (a) State four differences between saturated and unsaturated fats.
Nyatakan empat perbezaan di antara lemak tepu dan tak tepu.
[4 marks]
[4 markah]

(b) Diagram shows two examples of vulcanized rubber.


Rajah menunjukkan dua contoh bagi getah tervulkan.

tyres rubber bowling ball


tayar getah bola boling

Study the information in the diagram and construct the concept of vulcanized
rubber.
Kaji maklumat dalam rajah dan bina konsep getah tervulkan.
[6 marks]
[6 markah]

SKEMA JAWAPAN

8 (a) Lemak tepu Lemak tak tepu


Berasal daripada haiwan Berasal daripada tumbuhan
Kandungan kolesterol tinggi Kandungan kolesterol rendah
Keadaan pepejal pada suhu bilik Keadaan cecair pada suhu bilik
Takat lebur tinggi Takat lebur rendah
[1 markah untuk setiap pasangan]

(b) Maklumat daripada rajah


Rajah menunjukkan getah tervulkan terdiri daripada tayar dan bola 1
boling
Dua ciri sepunya
a. takat lebur tinggi 1
b. keras 1
Konsep awal
Getah yang keras dan dengan takat lebur tinggi adalah getah 1
tervulkan
Contoh lain dan bukan contoh
Contoh lain : pemadam getah 1
Bukan contoh : polistirena 1
Konsep sebenar
Getah tervulkan adalah getah yang keras dan dengan takat lebur 1
tinggi [maks 6]

16
9 (a) State two uses and two effects of alcohol on human being .
Nyatakan dua kegunaan alkohol dan dua kesan alkohol ke atas manusia.
[4 marks]
[4 markah]

(b) Diagram shows two examples of organic compound.


Rajah menunjukkan dua contoh bagi sebatian organik.

carbon
sugar compounds fruits
gula sebatian buah-buahan
karbon

Study the information in the diagram and construct the concept of organic
compound.
Kaji maklumat dalam rajah dan bina konsep sebatian organik.
[6 marks]
[6 markah]

SKEMA JAWAPAN

9 (a) Kegunaan alkohol


 sebagai antiseptik
 sebagai pelarut organik
[1 markah untuk setiap kegunaan]
Kesan alkohol
 sirosis hati
 ketagihan alkohol
[1 markah untuk setiap kesan]

(b) Maklumat daripada rajah


Rajah menunjukkan sebatian organik terdiri daripada gula dan buah- 1
buahan
Dua ciri sepunya
a. takat lebur rendah 1
b. berasal dari benda hidup 1
Konsep awal
Sebatian yang mempunyai takat lebur rendah dan berasal dari benda 1
hidup adalah sebatian organik
Contoh lain dan bukan contoh
Contoh lain : petroleum // sutera // kelapa sawit 1
Bukan contoh : batu // kapur // karbon dioksida 1
Konsep sebenar
Sebatian organik adalah sebatian yang mempunyai takat lebur rendah 1
dan berasal dari benda hidup [maks 6]

17
10 (a) State four differences between mitosis and meiosis.
Nyatakan empat perbezaan di antara mitosis dan meiosis.
[4 marks]
[4 markah]

(b) Diagram shows two examples of continuous variation.


Rajah menunjukkan dua contoh bagi variasi selanjar.

hair colour variation weight


warna rambut variasi jisim

Study the information in the diagram and construct the concept of continuous
variation.
Kaji maklumat dalam rajah dan bina konsep variasi selanjar.
[6 marks]
[6 markah]

SKEMA JAWAPAN

10 (a) Mitosis Meiosis


Melibatkan satu kali pembahagian Melibatkan dua kali pembahagian sel
sel
Berlaku dalam sel soma Berlaku dalam sel pembiakan
Menghasilkan 2 sel anak Menghasilkan 4 sel anak
Tiada pindah silang berlaku Berlaku pindah silang
[1 markah untuk setiap pasangan]

(b) Maklumat daripada rajah


Rajah menunjukkan variasi selanjar terdiri daripada warna rambut 1
dan jisim
Dua ciri sepunya
a. tidak boleh diwarisi 1
b. dipengaruhi oleh faktor persekitaran 1
Konsep awal
Variasi yang tidak boleh diwarisi dan dipengaruhi oleh faktor 1
persekitaran adalah variasi selanjar
Contoh lain dan bukan contoh
Contoh lain : ketinggian 1
Bukan contoh : cap ibu jari 1
Konsep sebenar
Variasi selanajr adalah variasi yang tidak boleh diwarisi dan 1
dipengaruhi oleh faktor persekitaran [maks 6]

18

You might also like