You are on page 1of 16

HDPS4203

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEPTEMBER / 2022

HDPS4203

KESIHATAN DAN KESELAMATAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-


KANAK

NO. MATRIKULASI : 700311125490001

NO. KAD PENGENALAN : 70031112549000

NO. TELEFON : 012 – 866 8696

E-MEL : bibianfah@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : Sabah Learning Centre


HDPS4203

TUJUAN TUGASAN
Tugasan ini bertujuan untuk membolehkan pelajar mendalami pengetahuan mereka tentang
keselamatan kanak-kanak di seting pendidikan awal kanak-kanak. Pelajar dikehendaki
mengunjungi taman permainan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak atau prasekolah. Kenal
pasti jumlah kanak-kanak yang bermain di taman permainan dan jumlah pekerja yang berada
di taman permainan. Periksa dan perhatikan sama ada alat permainan di taman permainan itu
selamat dan rancangkan satu persekitaran dalam pusat pendidikan awal kanak-kanak yang
berkualiti dan selamat. Perancangan anda mestilah berdasarkan pengetahuan dan pemahaman
anda tentang tahap perkembangan, tingkah laku, minat dan kebolehan kanak-kanak.

BAHAGIAN I
SOALAN 1: PEMERHATIAN DAN LAPORAN

PENGENALAN

Rajah 1: Kanak – Kanak bermain di Taman permainan tadika

Ruang luar sebenar kanak-kanak pada satu masa dahulu sebelum kewujudan taska dan
tadika adalah padang, hutan,dan sungai yang berdekatan. Melalui pengalaman semulajadi
seperti ini wujudinteraksi di antara kanak-kanak dan alam semulajadi seperti pasir, air,
lumpur,pokok, batu, semak, ulat, rama-rama dan burung dimana kanak-kanak tersebutakan
menerima kesemua rangsangan motor. Ruang luar semulajadi ini mempunyai perbezaan yang
ketara dengan ruang luar moden seperti peralatan permainan yang diperbuat daripada kayu,
plastik ataupun besi. Bagi semua peringkat usia, ruang terbuka harus menyediakan:
 Tempat yang khusus diperlukan oleh seorang kanak-kanak
 Tempat untuk sekumpulan kecil 1 hingga 4 orang
HDPS4203

 Tempat untuk aktiviti yang besar yang melibatkan sehingga 10 orang kanak-kanak.
 Tempat untuk bermain dan bersukan yang melibatkan lebih daripada 10 orang kanak -
kanak.
 Ruang bebas yang mencukupi bagi kanak-kanak untuk berkumpul secara spontan

LAPORAN PEMERHATIAN

Nama tadika : Tadika Perpaduan Jumbo


Kelas :B
Umur murid :5 dan 6 Tahun
Bilangan sebenar murid : 25 orang
Bilangan kehadiran : 15 orang
Jumlah guru (pekerja) : 2 orang
Tarikh pemerhatian : 10/11/2022
Hari : Jumaat
Masa pemerhatian : 40 minit
Mata pelajaran : Permainan Luar

Lokasi yang telah di pilih ialah di salah sebuah tadika kerajaan iaitu Tadika Perpaduan Jumbo
yang terletak di daerah Putatan Sabah. Di dalam tadika ini terdiri daripada murid 5 dan 6
tahun. Guru Tadika ini telah memberikan saya jadual bahawa kanak – kanak akan bermain
aktiviti luar dan dalaman sebanyak 5 kali seminggu dan selama 30 minit setiap hari. enjadi
sekolah yang mementingkan pembelajaran melalui aktiviti, bermain dan penerokaan luar,
terdapat banyak kemudahan yang membolehkan kanak-kanak meneroka konsep dan
kemungkinan baru. Kemudahannya merangkumi taman permainan luaran, akuaponik, taman
kecil, ruang pembelajaran dalaman yang disediakan dengan teliti dengan sudut belajar,
perpustakaan, kawasan messy art, serta ruang bermain pasir dan air.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI TAMAN PERMAINAN KANAK-


KANAK TERSEBUT.

Guru sentiasa memastikan kanak - kanak mereka bermain ditaman permainan yang
mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sempurna. Di antara ciri keselamatan yang dapat saya
lihat Ketika membuat pemerhatian adalah:
HDPS4203

 Ketinggian peralatan
 Ketinggian peralatan tidak perlu lebih dari 8 kaki, dan jika lebih, "guard-rails" (tinggi
di antara 38 inci) perlu dipasang.
 Tapak permukaan dan kawasan untuk jatuh
 Permukaan untuk jatuh perlu merangkumi 6 kaki mengelilingi peralatan permainan
terutama di bawah dan di antara buaian, gelunsur dan lain-lain. Elakkan permukaan
yang dibuat daripada "asphalt", konkrit, rumput dan tanah.

Di antara permukaan yang selamat ialah:


 Pasir (kedalaman 10 inci)
 Serpihan kayu proses (kedalaman 12 inci)
 Tikar-luar getah
 Jerangkap
Ruangan di antara 3.5 hingga 9 inci diperlukan supaya kanak-kanak tidak
terperangkap kepala mereka. (Piawaian Keselamatan Taman Permainan SIRIM).
 Skru dan pepaku yang menonjol
Risiko yang berkaitan merupakan tersangkut pakaian yang mengakibatkan tercekik
dan tercucuk yang mengakibatkan luka pada badan dan mata.
 Terjatuh/Terpintas
Pastikan tiada tapak konkrit yang terbiar, curaman, akar kayu atau batu yang boleh
mengakibatkan mereka terjatuh atau terpintas.
 Peralatan berkaitan dengan umur
Kanak-kanak pra-persekolahan dan bersekolah diasingkan peralatan permainan
mereka.

PENYELENGARAAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK

 Pastikan taman permainan dibaiki dengan baik, tanpa bucu-bucu yang tajam atau
bergeriji.
 Tiada tapak permukaan yang terbiar.
 Tiada peralatan yang telah lusuh atau hilang.
 Besi, getah, plastik atau kayu telah diperkemaskan dan tidak mereput.
 Permukaan perlu sentiasa diselenggara dan bebas dari bucu-bucu tajam.
 Semua peralatan perlu dipasang selamat dengan permukaan tanah.
HDPS4203

 Semua peralatan perlu sentiasa perketatkan supaya tiada yang longgar.

GURU SENTIASA MENGAWASI KANAK-KANAK


 Kanak-kanak perlu sentiasa diawasi di taman permainan.
 Sediakan tempat duduk untuk ibubapa dan penjaga.
 Perhatikan tingkah-laku seperti bergaduh, tolak-menolak, penggunaan peralatan diluar
kawasan permainan yang disediakan.
 Pastikan kanak-kanak tidak membawa basikal atau berkaitan ke dalam kawasan
permainan supaya kemalangan dapat dielakkan.
 Pastikan kanak-kanak berpakaian sesuai ketika berada di taman permainan untuk
mengelakkan dari terjatuh dan pakaian atau rambut dari tersangkut dengan peralatan.

KESIMPULAN
Kepentingan bermain dari segi perkembangan kognitif adalah permainan membantu
mempercepatkan kesediaan kanak-kanak untuk pembelajaran formal. Melalui bermain pada
awal kanak-kanak akan memperkuatkan perkembangan bahasa mereka. Melalui permainan
kanak-kanak boleh berkomunikasi secara lisan. Perkembangan bahasa awal memberi faedah
kepada kanak-kanak semasa belajar membaca dan menulis. Permainan menyediakan kepada
kanak-kanak peluang untuk menyelesaikan masalah. Melalui aktiviti-aktiviti tersebut seperti
membina blok, bermain air dan pasir, menyelesaikan teka kata atau membina kawasan
bermain secara imajinatif memaksa kanak-kanak menggunakan kemahiran berfikir kritis.
Permainan membantu kanak-kanak menguasai kemahiran sosial – dalam permainan kanak-
kanak berpeluang untuk berinteraksi dengan persekitaran dan memberi peluang kanak-kanak
memahami dunia sebenar, mereka berlatih menggunakan bahasa yang boleh difahami oleh
rakan-rakannya, berlatih untuk meluahkan idea dan mendengar idea orang lain. Melalui
bermain juga kanak-kanak belajar bekerjasama dan memahami faedah bekerjasama dan
mengatasi konflik. Bila seseorang kanak-kanak melalui pengalaman sosial dan emosi yang
sihat, mereka akan dapat menyesuaikan diri kepada persekitaran di sekolah. Kanak-kanak
yang dapat membuat penyesuaian sosial dan emosi akan dapat membuat penyesuaian
akademik. Kesihatan fizikal dan Psikomotor – melalui bermain juga kanak-kanak berlatih
membuat pergerakan seperti menangkap bola, memanjat halangan, berlari dan sebagainya.
Aktiviti fizikal begini dapat mengeluarkan peluh, menyihatkan minda dan badan. Pihak
pendidik dan ibu bapa perlu menyedari bahawa bermain bukanlah aktiviti untuk memenuhi
masa kanak-kanak tetapi faedahnya lebih daripada itu. Bermain adalah aktiviti yang kritikal
HDPS4203

untuk perkembangan kanak-kanak. Melalui bermain secara aktif kanak-kanak akan


memperolehi kemahiran bermain, menghaluskan kemahiran motor, membantu perkembangan
kognitif, afektif dan sosial.
SOALAN 2: ESEI

a) PENGENALAN.
Persekitaran yang berkesan dan berkualiti menentukan bagaimana kanak-kanak
belajar dan bermain. Oleh itu, beberapa aspek kritikal reka bentuk untuk membentuk
persekitaran yang memenuhi keperluan kanak-kanak perlulah dipertimbangkan.Sebagaimana
orang dewasa, kanak-kanak juga mempunyai minat dan keperluan. Terdapat dua persekitaran
yang boleh dipertimbangkan, iaitu persekitaran fizikal dan persekitaran sosial.Menyediakan
persekitaran fizikal mestilah menepati beberapa kriteria iaitu persekitaran fizikal mestilah
bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak kecil dan berpadanan dengan keperluan,
minat dan kebolehan kanak-kanak. Selain itu, persekitaran fizikal mestilah mengambil kira
aspek keselamatan, tidak bertoksik, direka bentuk dengan baik dan sentiasa dalam keadaan
baik. Seting persekitaran juga harus bersesuaian dengan budaya dan mencerminkan latar
belakang keluarga dan masyarakat kanak-kanak.Persekitaran sosial pula memberikan kanak-
kanak perasaan rasa dihargai.Persekitaran sosial melibatkan interaksi kanak-kanak dengan
kanak-kanak lain daripadasemua budaya dan latar belakang. Hubungan yang positif boleh
dibangunkan melalui interaksi secara individu, bahasa yang mudah dan baik, sentuhan fizikal
yang mesra,kerjasama antara kanak-kanak dan orang dewasa serta melalui aktiviti yang
mencabar.Persekitaran fizikal yang berkualiti sangat penting kerana kanak-kanak banya
kmenghabiskan masa di rumah, pusat asuhan dan sekolah yang berfungsi sebagai ruang
permainan bagi kanak-kanak. Persekitaran yang berkualiti juga berperanan dalam membantu
perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak kecil seperti menyediakan peluang kanak-
kanak untuk meneroka, membenarkan mereka untuk membangunkan hubungan, memperbaik
komunikasi, memperkembangkan perasaan serta mencetuskan minat kanak-kanak.
Pengalaman yang bermakna membantu memberi kesan kepada kanak-kanak dalam
berkembang dan belajar. Pengalaman bermakna bermula dengan menyediakan persekitaran
yang berkualiti kepada kanak-kanak.
HDPS4203

b) PELAN LANTAI BAHAGIAN DALAM PRASEKOLAH/ PUSAT ASUHAN


YANG LENGKAP.
Rajah 1 : Pelan lantai bahagian tadika

c) JUSTIFIKASI PELAN YANG DIRANCANG DENGAN TERPERINCI.


Susun atur empat ruang asas dan peralatan dalam pengurusan ruang adalah seperti berikut:
1. Ruang bilik darjah / ruang pembelajaran
a) Pusat bahasa: rak buku cerita dan buku ilmiah, kad bacaan, carta,panggung boneka dan
sudut cerita.
b) Pusat fizikal: peralatan mainan, peti kecemasan, alat pemadan api,carta bergambar dan
pelan kebakaran.
c) Pusat kreativiti: alat muzik, alatan mewarna atau seni visual, alatdrama atau main peranan
dan pelbagai alat teknologi.

2. Ruang penyediaan makanan


a) Ruang masak: dapur, sinki, peti sejuk, rak pinggan mangkuk,peralatan memasak dan
peralatan mencuci.
b) Ruang makan: meja beralas, tikar dan kerusi, pelapik makanan, carta doa makan, carta
pemakanan seimbang dan carta kesihatan.

3. Ruang bilik air / tandas


a) Tandas lelaki dan perempuan: tandas berasingan, sinki, cermin,penyidai tuala, sabun,
berus, mop, selipar, pewangi dan pencuci,gayung dan baldi.
HDPS4203

4. Ruang luar
a) Pondok
b) Sudut pasir dan air
C) ALATAN PERMAINAN LUAR: JONGKANG-JONGKET, PAPAN GELONGSOR,
PAPANIMBANGAN, RANGKA MEMANJAT, TEROWONG DAN BUAIAN.

Persekitaran tadika Perpaduan telah menyediakan ruang yang selesa, menarik dan
kemas untuk membantu merangsang proses pengajaran dam pembelajaran kanak-kanak.
Ruang perssekitaran tadika dibahagikan kepada dua, iaitu ruang dalam bangunan dan luar
bangunan. Ruang dalam bangunan meliputi ruang bilik darjah, penyediaan makanan(dapur)
dan bilik air. Ruang bilik darjah yang akan termasuklah saiz kelas, pusat-pusat pembelajaran,
jenis perabut, lantai, warna dinding,jumlah pencahayaan dan bilangan tingkap. Kesemua
faktor tersebut mempengaruhi kebolehan pembelajaran kanak-kanak. Ruang luar bangunan
pula adalah persekitaran luar bilik darjah termasuklah:
 Pusat mainan pasir
 Pusat permainan luar
 Pusat peliharaan haiwan
 Pusat tanaman

Ruang dalam bilik darjah tadika Perpaduan Jumbo dibahagikan kepada pusat
pembelaharan tertentu bagi membolehkan:
1. Kanak-kanak nampak lebih jelas pilihan ruang bagi menjalankan aktiviti tertentu.
Contohnya, pusat estetika dan daya kreatif bagi menjalankan aktiviti seni dan kraf.
2. Pusat tersebut boleh digunakan bagi mempamerkan dan menyimpan alatan yang
bersesuaian. Contohnya, alat perrmainan blok disimpan di rak pusat manipulatif.
3. Kanak-kanak dapat memilih ruang kegemaran mereka semasa mereka menjalankan
aktiviti bebas.

Pusat pembelajaran yang ada dalam kelas tadika inspira permata ialah:
- Pusat bahasa
- Pusat manipulatif
- Pusat dramatik
- Pusat seni dan kreatif
- Pusat kognitif
HDPS4203

- Pusat teknologi
- Pusat perbualan pagi.

Sudut bahasa
Ia merangkumi pusat bacaan dan bercerita. Sudut bahasa di kelas tadika inspira permata
penting kerana :
1. Meningkatkan kemahiran bahasa dan komunikasi kanak-kanak
2. Berinteraksi dengan bahan bacaan, bahan bergambar dan bahan bercetak.
3. Menambahkan perbendaharaan kata dan mengukuhkan kemahiran bahasa.
4. Memupuk minat membaca dan sayangkan buku.

Peralatan yang diperlukan untuk sudut bahasa kelas prasekolah adalah :


 Rak buku untuk buku cerita, buku bergambar, buku besar, buku bersiri dan
ensiklopedia.
 Kad bacaan seperti kad huruf, kad sukukata, kad perkataan, kad cantum, kad imbasan
dan kad bergambar.

Sudut sains dan teknologi.


Sudut sains kadangkala dipanggil sudut penerokaan tempat di mana kanak-kanak meneroka,
membuat penemuan, menilai dan membuat keputusan tentang bahan dan peralatan. setiap
kanak-kanak boleh membuat penemuan. Sediakan alatan dan bahan yang sesuai yang akan
membolehkan mereka membuat percubaan. Alatan tidak perlu yang canggih, contohnya
dengan alat seperti kanta pembesar kanak-kanak boleh memerhatikan air, bayang-bayang,
matahari, langit, bumi dan membuat penemuan sendiri selepas pemerhatian. Contoh alat
untuk sudut sains ialah:
 Alat pengukur seperti pembaris, peta, timbang, penimbang berat badan, sudu besar
atau kecil, cawan atau sudu pengukur dan alat mengukur suhu.
 Alat-alat lain seperti kanta pembesar, alat mudah (seperti roda, skru, spring), bateri,
tembikar, mangkuk, jam, glob, cermin, kompas, teropong, lampu picit, telefon dan
akuarium.

Sudut dramatik.
Sudut dramatika biasanya mempunyai dapur bersaiz kanak-kanak, peralatan seperti kuali,
periuk, peti sejuk, mop, penyapu, sudu dan garpu, pinggan dan mangkuk, dan juga telefon.
HDPS4203

Peralatan tambahan pula biasanya pakaian, anak patung, dan cermin. Kotak props disediakan
untuk membolehkan kanak-kanak mengembangkan aktiviti kerjaya. Semasa mengumpul
bahan untuk kotak props perlu diingat bahan matematik dan literasi, props binaan, tiket dan
duit olok-olok disusun atau disimpan dengan baik .

Pusat Kognitif dan Manipulatif


Pusat Kognitif penting kerana ia dapat meningkatkan daya pemikiran kanak-kanak dan
menyokong pembelajaran matematik melalui aktiviti pra-matematik dan pengukuran. Selain
itu, ia berfungsi untuk menyokong pembelajaran asas sains melalui aktiviti pengelasan,
perbandingan, pemerhatian dan eksperimen. Peralatan yang diperlukan adalah kanta
pembesar, teropong, kitaran hidup haiwan.
Pusat Manipulatif di kelas tadika inspira permata berfungsi sebagai meningkatkan kemahiran
motor halus kanak-kanak, meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan diri dan
menggalakkan kanak-kanak bekerja dalam kumpulan. Ini disebabkan kanak-kanak akan sibuk
bergerak dn berinteraksi ketika menjalankan aktiviti di pusat ini. Antara peralatan yang
diperlukan oleh pusat ini ialah blok yang pelbagai bentuk, papan aktiviti, manik mengira,
peralatan dapur, puzzle dan rak menyimpan barang.

d) PERSEDIAAN-PERSEDIAAN YANG DIBUAT UNTUK MENGELAKKAN


BERLAKU KEMALANGAN SELAIN DARIPADA SUSUN ATUR/ STRUKTUR
FIZIKAL.
Langkah-langkah keselamatan prasekolah.
1. Susun atur ruang pembelajaran dalam bilik darjah.
 Pembahagian ruang mestilah seimbang. Susun atur perabut hendaklah memudahkan
pergerakan murid supaya ‘traffic flow’ dalam kelas berjalan lancar.
 Susun atur perabot tidak melindungi pandangan guru untuk melihat pergerakan murid.
 Pastikan peralatan yang membahayakan seperti gunting disimpan di tempat yang
selamat.
 Pastikan peralatan elektrik ditutup selepas digunakan.
 Pastikan jeriji besi sentiasa ditutup.
 Pastikan lantai sentiasa kering.
 Pastikan peti pertolongan cemas sentiasa lengkap.
 Pastikan ada alat pemadam api dalam keadaan baik.
 Pelan kebakaran perlu ada dan diberi latihan kepada murid.
HDPS4203

2. Kawasan bilik penyediaan makanan


 Peralatan yang tajam perlu disimpan di tempat yang selamat.
 Peralatan elektrik sentiasa ditutup selepas digunakan dan diletakkan di tempat yang
selamat.
 Lantai dapur sentiasa kering.
 Tabung gas sentiasa dalam keadaan baik.
3. Kawasan bilik air
 Lantai bilik air dalam keadaan selamat untuk digunakan.
 Pencuci tandas disimpan di tempat yang selamat.
 Pam tandas dalam keadaan baik.
4. Kawasan luar bilik darjah
 Ruang di luar prasekolah harus dipagar.
 Permukaan longkang dan permukaan lain yang terbuka mesti ditutup.
 Tapak ruang permainan luar harus ditutup dengan ’rubber tiles’ untuk keselamatan
murid jika terjatuh semasa bermain.
 Rumput mestilah dipotong pendek.
 Pastikan benda-benda yang tajam dan merbahaya tiada dalam kawasan prasekokah.
 Pastikan peralatan permainan luar dalam keadaan selamat.
 Jika ada bekas bahan kimia sama ada berbentuk cecair atau serbuk pecah misalnya
termos, lampu Kalimantan, bersihkan sebersih-bersihnya
 Bahan-bahan sisa logam, paku atau kaca hendaklah dibuang jauh dari kawasan
interaksi kanak-kanak prasekolah.
 Kanak-kanak hendaklah memakai pakaian yang sesuai ketika beraktiviti di padang, di
bilik air dan sebagainya.
 Semasa aktiviti di padang, pastikan alat-alat sukan disusun dengan keadaan tidak
merbahaya.
 Pastikan kanak-kanak tidak bermain di bawah talian elektrik atau berhampiran suis
elektrik, terutama ketika hujan. Petir mudah menyambar kawasan tersebut.
 Sekiranya berlaku kebakaran, pastikan kanak-kanak dikeluarkan dari kawasan
kebakaran dengan segera.
 Bunyikan loceng kecemasan sekiranya api marak dengan cepat. Hubungi bomba dan
polis jika ada yang terperangkap.
HDPS4203

 Keselamatan kanak-kanak juga dapat dipelihara daripada orang-orang yang tidak


dikenali. Hubungi pihak yang lebih berkuasa di sekolah terlebih dahulu apabila ada
tetamu yang tidak dikenali.

Ruang Dapur dan ruang makan


Ruang makan dan dapur merupakan ruang perkhidmatan sokongan yang perlu ada disetiap
pusat prasekolah. Sekiranya ruang makan disediakan di dalam bangunan,kedudukannya
bersebelahan dapur penyediaan makanan dengan dibina dua buah sinki kanak-kanak dengan
ketinggian tiga kaki dari lantai. Ruang ini perlu teratur dan bersih. Bagi peralatan dapur guru
perlu pastikan meletakkan di tempat tinggi dan dikunci bagi mengelakkan kanak – kanak
dapat mengambil objek tersebut seperti pisau, kaca dan sebagainya.

Tandas
Di tadika, sekurang-kurangnya terdapat dua buah tandas kanak-kanak iaitu dua tandas
cangkung atau dua tandas duduk atau satu tandas duduk dan satu tandas cangkung. Ini adalah
bagi membolehkan dua orang kanak-kanak duduk atau menggunakannya pada masa yang
sama.

e) RUMUSAN.
Dengan ini dapat disimpulkan bahawa pengurusan ruang memainkan peranan yang penting
dalam perkembangan kanak-kanak prasekolah mahupun taska. Antara keperluan penting
yang perlu ada dalam pelan lantai di ruang dalamkelas prasekolah ialah pusat pembelajaran
berdasarkan kepada komponen-komponen pembelajaran yang terkandung dalam kurikulum
pengajaran prasekolah. Ruang pembelajaran di dalam kelas prasekolah yang biasanya
mengandungi enam pusat pembelajaran iaitu pusat bahasa dan komunikasi, pusat kerohanian
dan moral, pusatkognitif dan manipulatif, pusat fizikal, pusat kreativiti dan estetika dan pusat
teknologi maklumat mempunyai pelbagai fungsi untuk perkembangan kanak-kanak.
Manakala ruang lain yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak adalah ruang luar yang
dapat menarik minat kanak-kanak untuk bermain dan mengembangkan fizikal serta mental
mereka. Oleh itu, pusat tadika dan taska hendaklah mempunyai ruang dan persekitaran yang
membolehkan kanak-kanak membuat penerokaan dengan bebas dan selamat. Hal yang
demikian membolehkan kanak-kanak mewujudkan cabaran-cabaran baru supaya mereka
dapat mempelajari kemahiran yang baru.
2579 Patah Perkataan
HDPS4203

f) RUJUKAN.
1. Dr. Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. (2007). PanduanPendidikan
Prasekolah. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing.
2. Haliza Hamzah. et.al. (2008).Perkembangan Kanak-kanak.Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
3. Kasnani Ab. Karim. et. al. (2005). Perkembangan Pendidikan Prasekolah. Subang
Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
4. Kasnani Ab. Karim. et. al. (2006).Perkembangan Pendidikan Prasekolah. Subang Jaya
:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
5. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007).Huraian Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan .Kuala Lumpur : KPM
6. Putri Zabariah. et. al. (2006).Tadika Berkualiti . Kuala Lumpur : PTS Profesional
Publishing.
7. Dr. Shahizan Hasan & Ahmad Shabudin Che Noh. (2005).Panduan Merancang
Aktiviti Prasekolah.Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing.
8. http://my-prasekolah.blogspot.com/2008/12/pelan-lantai-kelas-prasekolah.html
9. Faridah Bt. Tombol.(2008).Keberkesanan Pendekatan Belajar Melalui Bermain di
Beberapa buah prasekolah Annex Sabah. Thesis M.Ed. Kuala Lumpur : Universiti
Malaya.
10. Ginsburg, Kenneth. (2007). The Importance of Play in Promoting Healthy Child
Development and Maintaining Strong Parent-Child Bonds. American Academy of
Pediatrics Report, 2007.
11. Nor A’ini Bt. Hashim.(2010). Penggunaan pendekatan belajar melalui bermain untuk
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengenal abjad A hingga Z
di kalangan kanak-kanak prasekolah. Thesis B.Ed. Kuala Lumpur : Open
University.
12. Pellegrini AD, Boyd B. (1993). The role of play in early childhood development and
education: issues in definition and function. In: Spodek B, ed. Handbook of Research
on the Education of Young Children. New York, NY: MacMillan; :105–121
13. Saracho, O.N. & Bernard Spodek, B.(1998). Multiple Perspectives on Childrens’
Play in Early Childhood Education. USA.Suny Press.
14. Saracho, O.N. & Bernard Spodek, B.(2003). Contemporary Perspectives on Play
in Early Childhood Education. USA: IAP.
HDPS4203

15. Sheal Valakshemi A/P Palaniappan.(2006). Pengasingan jantina dan perlakuan sosial
kanak-kanak prasekolah semasa bermain lima jenis mainan di sebuah taman
permainan prasekolah. Thesis M.Ed, Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
16. Spodek B, ed. (1993). Handbook of Research on the Education of Young Children.
New York, NY: MacMillan; :105–121

BAHAGIAN II
PENYERTAAN KELAS DALAM TALIAN
HDPS4203
HDPS4203

You might also like