You are on page 1of 7

1.

0 Pengenalan

Tadika Seri Bintang merupakan sebuah tadika yang terletak berhampiran dengan Pekan
Papar. Tadika ini telah ditubuhkan dan mula beroperasi pada 1 Januari 1999 dan menyediakan
perkhidmatan pengasuhan bermula dari bayi hingga kanak-kanak kepada ibu bapa yang sibuk
dengan tugasan harian atau bekerja. Tadika ini mempunyai empat orang tenaga pengajar yang
bertanggungjawab ke atas tadika dan pra-tadika yang mempunyai kelayakan dalam pendidikan
pra-sekolah. Pakej perkhidmatan yang mereka sediakan merangkumi jagaan bayi, persiapan
murid ke tadika, persiapan ke sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Selain itu, perkhidmatan
kemudahan ‘transit’ sebelum dan selepas sekolah turut disediakan.

Kaedah pengajaran yang diterapkan oleh tadika ini adalah berbentuk efektif iaitu dalam
satu kelompok kanak-kanak hanya terdiri daripada kurang dari 15 orang pelajar. Tadika Seri
Bintang sentiasa berusaha memberi rangsangan kepada perkembangan dan pertumbuhan sosial,
fizikal, rohani emosi dan bahasa dikalangan kanak-kanak. Aspak-aspek ini akan ditonjolkan dan
diberikan penekanan melalui program dan aktiviti yang dirancang oleh pengurusan tadika
berdasarkan kepada garis panduan yang ditetapkan oleh kementerian.

Pemilihan tadika ini sebagai tempat kajian kerana tadika ini merupakan pusat jagaan bayi
dan kanak-kanak yang paling hampir dengan tempat pengkaji dan menyenangkan pengkaji untuk
mendapatkan maklumat. Selain itu, pengkaji juga memilih tadika ini kerana premis ini telah
beroperasi atas usaha keras pengusaha sendiri dan mereka menitikberatkan tentang kreadibiliti
pengasuh dan penyelia di Tadika Seri Bintang selain mendapatkan sumber kewangan atas usaha
sendiri.

1
1.1 Objektif Laporan

1.1.1 Untuk menilai persekitaran dalaman dan luaran taska yang memenuhi keperluan kanak-
kanak.

1.1.2 Untuk menilai faktor kebersihan dalaman dan luaran taska

1.1.3 Untuk menilai aaspek keselamatan dalaman dan luaran taska

2
Laporan

Pengkaji telah membuat lawatan ke Tadika Seri Bintang pada 02 Februari 2018. Pengkaji
telah mendapatkan maklumat melalui pemerhatian dan temu bual dengan pengusa taska.
Walaupun pada awal kunjungan pengkaji ke Tadika Seri Bintang sedikit mengecewakan kerana
pengetua taska pada hari tersebut telah keluar stesen atas urusan tertentu, tetapi temu bual dapat
diteruskan juga pada akhirnya walaupun temu bual hanya berjalan melalui telefon dan atas talian
secara watsapp sahaja. Berdasarkan kepada maklumat yang diberikan, pengkaji telah dapat
membahagikan maklumat kepada beberapa penanda aras persekitaran berkualiti yang dapat
dikaitkan dengan kualiti persekitaran yang disediakan untuk perkhidmatan bayi .

Penanda aras yang pertama ialah penetapan matlamat agar seiring dengan perseitaran
pembelajaran yang kondusif dan baik. Taska atau pusat asuhan serta orang dewasa mengambil
langkah utama dengan menetapkan matlamat terlebih dahulu sebelum menyediakan persekitaran
pembelajaran yang bermakna. Persekitaran yang berkualiti dan bermakna akan mencerminkan
pembelajaran yang dapat membantu proses mencapai matlamat atau objektif sesebuah pusat
jagaan atau tadika seperti Tadika Seri Bintang. Terdapat beberapa matlamat utama penubuhan
tadika Seri Bintang iaitu seperti, memberikan didikan awal kepada kanak-kanak melalui sikap
kerjasama dan pergaulan secara positif bagi menjadi generasi yang berguna pada masa akan
datang, untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak dari segi perkembangan emosi,
sosial dan kognitif dan matlamat yang terakhir ialah untuk perkembangan minda kanak-kanak
bermula dari peringkat bayi hingga peringkat prasekolah.

Selain itu, Persekitaran yang mempunyai reka bentuk yang menarik, selesa, teratur dan
sebagainya akan menyebabkan bayi atau kanak-kanak kecil bertindak balas secara berbeza
mengikut reka bentuk persekitaran di mana mereka dijaga atau tinggal. Justeru, bagi memastikan
bayi sentiasa memberikan maklum balas, Tadika Seri Bintang sentiasa memastikan persekitaran
berada dalam keadaan yang fleksibel dan mudah bagi mereka untuk meneroka, dapat melakukan
aktiviti harian mereka dengan lebih menyenangkan dan menjadi produktif setiap masa. Semasa
membuat pemerhatian di Tadika Seri Bintang, pengkaji mendapati kenyataan temu bual yang
diberikan oleh pengetua Tadika adalah konsisten dengan amalan yang dilakukan di dalam tadika
semasa pemerhatian dilakukan. Persekitaran yang teratur juga berpotensi untuk memberikan
kanak-kanak pengalaman yang mencabar dan persekitaran pembelajaran yang menyenangkan

3
juga secara estetika dapat membantu kanak-kanak menzahirkan penghargaan terhadap
persekitaran yang selesa dan indah di sekitar mereka.

Persekitaran berkualiti juga haruslah bersifat penyayang. Orang dewasa terutamanya ibu
bapa dan penjaga pusat asuhan atau tadika perlu mewujudkan persekitaran yang berkualiti
disamping dapat memberikan kasih sayang kepada kanak-kanak atau bayi agar dapat melahirkan
si kecil yang penyayang. Persekitaran taska yang berkualiti bukan sahaja akan memberikan
kesan terhadap aspek-aspek perkembangan di peringkat kanak-kanak, tetapi juga ke peringkat
yang seterusnya atau peringkat lain dalam tempoh jangka masa yang panjang yang turut
melibatkan peningkatan dan kemajuan tingkah laku, sikap dan juga keupayaan kognitif (Vandell
et al., 2010). Berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji, pengasuh-pengasuh
atau guru-guru yang mengajar di Tadika Seri Bintang mempunyai latar belakang yang baik dan
berkemahiran dalam menjaga bayi dan kanak-kanak. Mereka telah mendapat pendedahan awal
dan latihan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu dan mereka berusaha memahami
perkembangan setiap bayi dan kanak-kanak secara menyeluruh melalui layanan, memberi asuhan
serta kasih sayang yang sesuai diterima oleh setiap bayi dan kanak-kanak.Latihan ini bersesuaian
dengan pernyataan Howes, Whitebook & Philips (2002) yang mengatakan bahawa latihan
khusus tenaga pengajar memainkan peranan yang penting untuk penjagaan bayi dan kanak-
kanak.

Penyediaan akses kepada bahan dan peralatan yang bersesuaian dengan perkembangan
juga adalah aras persekitaran berkualiti yang dapat dikaitkan dengan kualiti persekitaran yang
disediakan untuk perkhidmatan bayi. Santrock (2009) mengatakan bahawa perkara utama yang
penting bagi sesebuah pusat jagaan atau taska kanak-kanak ialah faktor persekitaran yang
berkualiti kerana ia menyediakan persekitaran atau tempat yang asas dalam menggalakkan
perkembangan kanak-kanak ke satu peringkat yang optimum. Ibrahim Amini (2006) mengatakan
bahawa secara psikologinya, kanak-kanak suka bermain dan belajar melalui akses bahan dan
peralatan atau melalui media tertentu. Berdasarkan kepada temu bual dan pemerhatian pengkaji,
Tadika Seri Bintang telah menyediakan bahan dan peralatan yang bersesuaian kepada kanak-
kanak seperti permainan LEGO, Pernyataan ini disokong oleh Piaget (1951) dengan mengatakan
bahawa pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal perlu berdasarkan dan

4
mempertimbangkan keupayaan, kemampuan dan kesediaan kanak-kanak mengikut tahap
tertentu.

Federal Interagency Forum juga on Child and Family Statistic (2013) turut menerangkan
tentang peranan penting yang dimainkan oleh persekitaran taska atau pusat jagaan dalam
keselamatan dan kesihatan kanak-kanak. Antara piawaian persekitaran berkualiti yang telah
dipersetujui di peringkat kebangsaan dan antarabangsa adalah faktor kesihatan, kurikulum,
pemakanan, penguatkuasaan, pengasuhan, komunikasi, pendidik dan kesihatan (Bechtold, 2011).
Oleh yang demikian, pengusaha tadika seperti Tadika Seri Bintang memainkan peranan penting
dalam mengutamakan aspek keselamatan dan erlindungan kepada bayi dan kanak-kanak di
bawah jagaan mereka (Moore dan Lin, 2014). Hasil pemerhatian yang dilakukan ke atas
Persekitaran di Tadika Seri Bintang, pengkaji mendapati aspek kesihatan dan keselamatan
menjadi keutamaan tadika ini dengan menyediakan karpet untuk keselesaan kepada bayi dan
kanak-kanak untuk baring, bermain atau tidur dengan penuh selesa. Hasil pemerhatian juga
mendapati aspek keselamatan adalah terkawal kerana tiada peralatan yang tajam atau berbahaya
di sekitar tempat jagaan bayi dan kanak-kanak melainkan alat permainan yang tidak
mendatangkan kemudaratan sahaja yang kelihatan di sekeliling. Pergerakan bayi dan kanak-
kanak sentiasa diawasi dan tidak membenarkan mereka keluar tanpa pengawasan walaupun
sedang menonton. Barang-barang kanak-kanak disusun dengan lebih teratur, permainan kanak-
kanak akan dimasukkan semula ke dalam bakul dengan bantuan kanak-kanak dan sebagainya.

5
2.0 Cadangan

Berdasarkan kepada mini kajian yang dilakukan, pengkaji berpendapat bahawa sekiranya
pengkaji diberikan peluang untuk membuat kajian persekitaran berkualiti di persekitaran tadika
atau pusat asuhan yang lain, pengkaji berazam untuk memperbaiki kajian ari pelbagai aspek. Ini
kerana, kekangan masa dengan kesibukan tugasan harian di pejabat telah membataskan pengkaji
untuk mencari maklumat yang secukupnya agar pengkaji tidak melakukan sebarang kesilapan
dalam membuat perancangan semasa proses kajian dijalankan. Selain itu, pengkaji juga akan
mengkaji dan membuat sorotan lebih banyak karya-karya, jurnal serta kajian yang dihasilkan
oleh pengaji-pengkaji sebelum ini agar dapat dijadikan sebagai rujukan utama.

Pengkaji juga menjadangkan agar kajian tentang persekitaran berkualiti di tadika dapat
diteruskan dan diperbanyakkan. Di samping itu, hasil temu bual juga mendapati pihak tadika
masih kekurangan bahan bantu mengajar seperti bahan-bahan visual yang boleh ditonton dan
dilihat oleh kanak-kanak. Justeru, pengkaji mencadangkan agar pusat asuhan seperti tadika
dapat dibekalkan dengan bahan bantuan mengajar kerana penggunaan bahan bantu mengajar
berperanan penting sebagai penyelesaian kepada masalah kekurangan masa dan tenaga dalam
proses penyediaan pembelajaran dan pengajaran (Siti Fatimah & Ab. Halim , 2010).

6
3.0 Kesimpulan

Hasil daripada penemuan dan perbincangan dalam kajian dilihat sebagai satu langkah yang baik
kerana dapat memberi implikasi kepada pihak penguasaha tadika seperti Tadika Seri Bintang.
persekitaran berkualiti perlulah sentiasa dititiberatkan, meningkatkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran dalam mengasuh dan mendidik bayi dan kanak-kanak. Pihak tadika juga haruslah
mengikut garis panduan atau penanda aras persekitaran berkualiti yang dapat dikaitkan dengan
kualiti persekitaran yang disediakan untuk perkhidmatan bayi seperti penetapan matlamat,
persekitaran yang mempunyai reka bentuk yang menarik, selesa dan teratur, persekitaran
berkualiti juga haruslah bersifat penyayang, Penyediaan akses kepada bahan dan peralatan yang
bersesuaian dengan perkembangan dan penanda aras persekitaran yang terakhir ialah tentang
keselamatan dan kesihatan bayi dan kanak-kanak.

You might also like