You are on page 1of 6

5 Ciri Bilik Darjah Yang Kondusif

Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan


diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran
ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus
belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya
yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai
matlamat pembelajara. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak komunikasi,
kemahiran guru dalam mengurus, mengawal murid dan aktiviti-aktiviti di dalam bilik
darjah serta personaliti guru itu sendiri. Dalam persekitaran ini, murid menyedari
kelebihan sikap berdikari, mempunyai perasaan bertanggungjawab dan kesepunyaan
terhadap pembelajarannya.

Dari segi susunan fizikal bilik darjah, meja dan kerusi murid-murid disususn
dengan kemas dan rapi mengikut kumpulan. Meja dan kerusi dalam bilik darjah tahap
satu disusun mengikut kumpulan manakala kerusi dan meja dalam bilik darjah tahap dua
disusun secara berpasangan. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam
pengurusan bilik darjah. Ada guru yang membahagikan murid-murid kepada beberapa
kumpulan mengikut tahap kebolehan dan kefahaman murid-murid seperti kumpulan yang
mempunyai tahap kebolehan yang tinggi, sederhana dan lemah. Ada guru juga
membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada murid-
murid yang tahap kebolehan yang lemah, sederhana dan tinggi dalam satu kumpulan.
Pembahagian murid-murid kepada beberapa kumpulan kerana kebolehan murid-murid
adalah berbeza antara satu sama lain. Dengan susunan fizikal bilik darjah seperti ini
memudahkan interaksi antara murid dengan murid dan guru dengan murid.

Dari segi saiz bilik darjah, ruang bilik darjah yang mencukupi diperlukan bagi
sesebuah bilik darjah bagi memudahkan pergerakan murid dan guru. Guru boleh berdiri
di tengah kelas serta dapat memberi perhatian kepada semua murid dalam kumpulan
atau berpasangan. Dengan ini, murid-murid dapat member sepenuh perhatian kepada
guru yang mengajar di hadapan kelas. Guru juga dapat mengubah,mengajar dan
menunjukkan ajar kepada murid-murid secara berkesan jika mereka melakukan apa jua
kesalahan, sama ada kesalahan tatabahasa atau karangan atau perbuatan yang tidak
menyeronokkan. Melalui pemerhatian saya semasa PBS, bilik darjahnya agak kecil dan
murid-murid tidak dapat bergerak bebas dalam bilik darjah dan akan mengakibatkan
murid-murid tidak mempunyai semangat untuk bertanya kepada kawan-kawan semasa
menghadapi masalah dalam pembelajaran. Saiz bilik darjah yang besar akan
memberikan keselesaan semasa murid-murid bergerak dalam bilik darjah semasa
aktiviti-aktiviti dijalankan di dalam bilik darjah.

Dari segi kemudahan, bilik darjah dilengkapi dengan kerusi dan meja, papan
hitam, kipas, tingkap, pintu, papan pameran, rak-rak dan sebagainya hendaklah
disediakan dengan lengkap dan memastikan mereka berada dalam keadaan yang baik.
Dalam pemerhatian saya, kemudahan-kemudahan bilik darjah salah sebuah sekolah
rendah tidak disediakan dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan. Sebagai
contoh, meja, kerusi, kipas dan tingkap yang rosak perlu digantikan dengan baru kerana
kemudahan-kemudahan yang tidak elok akan mendatangkan ancaman dan juga
berbahaya terhadap murid-murid. Ruang-ruang pembelajaran juga perlu dibekalkan bagi
memudahlan murid-murid menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran. Hasil-hasil kerja
murid juga diletakkan atau digantungkan di tempat atau di rak yang sesuai dalam bilik
darjah. Keadaan ini akan membangkitkan semangat belajar murid-murid dalam bilik
darjah.

Di samping itu, guru juga memainkan peranan yang penting dalam pengurusan
rutin bilik darjah. Guru menyediakan jadual tugas untuk murid-murid mengikut kebolehan
atau fizikal mereka. Jika murid tersebut tinggi, guru akan memberikan dia tugas mengelap
tingkap atau pintu. Bagi murid-murid yang bertenaga, guru akan memberikan tugas
seperti mengambil sebaldi air untuk kawan-kawan yang bertugas mengelap tingkap dan
pintu. Bagi murid-murid yang berbadan kecil,guru akan memberi tugas seperti menyapu
lantai, membuang sampah, menyusun kerusi dan meja dan lain-lain lagi kepada mereka.
Tujuan pembahagian tugas seperti ini akan mewujudkan suasana pembelajaran yang
selesa serta keadaan fizikal bilik darjah yang bersih dan teratur.

Di samping itu, hubungan guru-murid amat dititikberatkan di sekolah rendah. Hal


ini adalah kerana murid sekolah rendah hanya akan mendengar ajaran daripada
seseorang yang mereka mempercayai. Oleh itu, para guru membina hubungan yang erat
dengan para murid. Para guru memberi kasih sayang dan dorongan kepada semua murid
tanpa mengira kaum. Lama-kelamaan, kepercayaan diwujudkan antara guru dengan
murid. Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dijalankan dengan
berkesan. Malahan, guru yang baik sentiasa dijadikan teladan bagi murid. Oleh itu, guru
amat berpengaruh dalam membina sikap positif murid.

Secara kesimpulannya, pengurusan bilik darjah yang baik merupakan salah satu
faktor meningkatkan keberkesanan pemngajaran dan pembelajaran. Murid-murid di
sekolah akan menikmati dan menggunakan kemudahan yang amat lengkap dan
melahirkan anak-anak murid yang cemerlang.
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF

Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam bilik
darjah pada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu faktor fizikal, faktor
kemanusiaan yang boleh di lihat dari segi faktor sosial dan emosi, dan faktor teknikal
(Mak Soon Sang,2008).

Faktor fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat
di sekolah. Bilik darjah yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas iaitu papan
hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid,
almari, yang di hiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan
mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan.
Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada
murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti
berkumpulan. Murid mudah berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan
guru. Bilik darjah yang berukuran 7 meter x 9 meter boleh memuatkan 40 orang murid.
Cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan
pengedaran udara yang secukupnya. Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual
waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut
bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman web,
komputer dan CD dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang
kondusif. Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid
dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah
sendiri, wujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari,
iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.(Haji Samsudin bin
Md Noor, http://www.google.com.my).

Faktor sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid
dengan murid, khasnya di dalam bilik darjah. Murid-murid dalam sesebuah bilik darjah
biasanya terdiri daripada latar belakang dan sifat yang berbeza-beza. Terdapat juaga
murid yang mempunyai sifat pendiam atau pemalu tidak suka bergaul dengan dengan
murid yang lain. Oleh itu guru perlulah bijak merangsang dan menggalakkan
perkembangan sosial murid-muridnya dengan menunjukkan sikap yang adil semasa
melaksanakan peraturan kelas (Mok Soon Sang,2008). Dalam pendekatan memusatkan
bahan, interaksi akan berlaku di antara guru kepada murid yang di kenali sebagai
komunikasi sehala, interaksi guru dengan murid yang di kenali sebagai komunikasi dua
hala, serta interaksi guru dengan murid, murid dengan guru, dan murid dengan murid,
yang di kenali sebagai komunikasi pelbagai hala. Selain itu faktor sosial juga dapat dilihat
melalui prosedur semasa menjalankan aktiviti dalam bilik darjah dimana guru perlu
menetapkan perkara atau rutin pergerakkan yang murid boleh atau tidak boleh lakukan
dengan sistematik, seperti; Cara murid memasuki kelas dan keluar kelas contohnya
keluar ke tandas. cara murid bergerak untuk melakukan tugasan dalam aktiviti
berkumpulan contohnya mesti berada dalam kumpulan masing-masing dan tidak
merayau-rayau dalam kelas. cara murid untuk mendapatkan bahan-bahan pembelajaran
contohnya mendapatkan pensil warna dan lembaran kertas kerja dari guru.

Faktor emosi pula merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka.
Suasana emosi ini akan menimulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang di tentukan oleh
sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang
kondusif biasanya di timbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-sifat seperti penyayang,
bertimbang rasa, peramah dan lucu, serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab
dan adil, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih (Mok Soon Sang, 2008).
Faktor emosi juga dapat di lihat melalui kepimpinan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Antara jenis kepimpinan guru ialah; Gaya Kepimpinan Aautokratik iaitu
mengawal murid melalui ganjaran dan hukuman sehingga mengwujudkan suasana yang
tertekan dan tidak menarik serta tidak kondusif. Gaya Kepimpinan Demokratik iaitu
berkongsi tanggungjawab dengan murid dengan memberikan galakan bukannya dengan
desakan bagi menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan
menyeronokan. Gaya kepimpinan Laissez-Faire iaitu kebebasan sepenuhnya dalam apa
jua aktiviti pembelajaran sehingga menjadikan bilik darjah tidak terurus, kucar kucir, dan
perhubungan antara guru dan murid menjadi tidak akrab dan mesra.. Selain itu guru juga
perlu peka dengan tugasan yang di berikan kepada murid berorientasikan kepada
peningkatan interaksi dan pertumbuhan kognitif di kalangan murid-murid (Dr Ragbir Kaur,
2008). Dengan kata lain tugasan yang di berikan kepada murid-murid dapat mewujudkan
iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan-
tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada awal tahun lagi dapat membantu
mengembangkan budaya bertanggungjawab, berkerjasama serta hubungan yang baik
antara mereka dan juga hubungan antara guru dengan murid, dan peranan guru sebagai
pembantu penyelsaian masalah yang dihadapi oleh murid-murid (Haji Samsudin bin Md
Noor).

Faktor terakhir ialah faktor teknikal yang merujuk teknik-teknik yang digunakan
untuk merangsang semangat dan kesediaan belajar. Faktor ini merangkumi aspek
kemahiran guru, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar mengikut peruntukan
masa serta aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang aktiviti pembelajaran seperti
pertandingan perbahasan, deklamasi sajak, kuiz, drama dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti
ini dapat merangsang semangat belajar murid agar mereka berusaha dengan lebih giat
lagi (Mok Soon Sang, 2008). Di samping itu persediaan guru merangkum pelbagai alatan
dan bahan untuk kegunaan guru dan murid merupakan sebahagian daripada pengurusan
bilik darjah dinamik. Ada kalanya murid tidak memberi perhatian atau berkelakuan di luar
daripada nilai-nilai murni yang hendak digarap boleh dilihat berpunca daripada tidak
terdapat kesinambungan dalam pelajaran disebabkan persediaan guru dari aspek bahan,
perlatan, pengetahuan dan kemahiran yang kurang mantap (Haji Samsudin Bin Md
Noor). Walau bagaimanapun kehebatan pengajaran guru bergantung kepada kejelasan
suara, gaya pengajaran yang menarik, flesibiliti iaitu tidak sehingga membosankan,
inovasi, kreatif, pendekatan yang sentiasa digunakan untuk membaiki kelemahan murid,
penglibatan murid dalam aktiviti kelas, dan pengurusan masa yang berkesan (Haji
Samsudin bin Md Noor).

KESIMPULAN
Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai
daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata, malah
kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid. Untuk menjadi
guru yang berdedikasi dan di sukai murid guru mestilah bijak memainkan peranannya
sebagai pengurus dalam bilik darjah dengan mewujudkan bilik darjah yang kondusif
dengan memasukkan faktor-faktor fizikal, sosial, emosi, dan teknikal yang telah
dibincangkan demi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
sehingga ke peringkat optimum. Akhir sekali, guru yang berwawasan mestilah bertindak
sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam masa yang sama sebagai
fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu
menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas. Sabda
Rasulullah SAW bermaksud, ‘sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan
pekerjaan dengan tekun’. (Riwayat Baihaqi).

You might also like