You are on page 1of 2

Baca dan dengar dengan teliti. Jawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam ppt tersebut.

1. Beri satu contoh frasa adjektif bagi setiap satu binaan frasa adjektif. (frasa adjektif anda
mestilah dalam ayat bertemakan IPG).
I. KA
Pensyarah di IPG mesra.
II. KB+KA
Air Sungai Chat masih keruh.
III. Peng+KA
Padang IPG sungguh luas.
IV. KB+Peng+KA
Kawasan Sungai Chat masih sangat kotor.
V. KA+Peng
Pensyarah IPG rajin sekali.
VI. KB+KA+Peng
Makanan di kantin masih kurang sekali.
VII. Peng+KA+Peng
Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu amat rajin sekali.
VIII. Peng+KA+Ket
Pelajar sangat sibuk dengan tugasan.
IX. Peng+KA+A Komp
Pengusaha kantin sangat yakin bahawa makanan yang disediakan mencukupi.
X. KA+Peng+A Komp
Pelajar itu sedar benar bahawa dia masih mempunyai banyak kelemahan.
XI. KB+KA+KA
Pelajar Pendidikan Jasmani sudah letih lesu.

2. Bina ayat yang dapat menunjukkan empat fungsi frasa adjektif dalam ayat: (ayat anda
mestilah bertemakan IPG).
I. Selepas subjek sebagai predikat
Padang IPG luas sekali.

II. Selepas frasa kerja sebagai keterangan


Pelajar-pelajar bangun sungguh awal.

III. Selepas frasa sendi nama sebagai keterangan


Pelajar itu di kantin sangat lama.

IV. Selepas frasa nama sebagai penerang


Bangunan tinggi itu ialah blok akademik.
3. Beri satu contoh bagi setiap satu binaan frasa sendi nama. (frasa sendi nama anda
mestilah dalam ayat bertemakan IPG).
I. KSN+FN
Pelajar berjalan dari asrama.

II. KSN+(KNA)+FN
Bangunan di sebelah koperasi ialah Pusat Kegiatan Pelajar.

III. KSN+(KNA)+FN+(FKet)
Pelajar bersenam di hadapan blok akademik setiap pagi.

IV. (KB)+KSN+(KAr)+FN+(FKet)
Pelajar telah bersenam di hadapan blok akademik pada pagi ini.
4. Bina ayat yang dapat menunjukkan empat fungsi frasa sendi nama dalam ayat: (ayat anda
mestilah bertemakan IPG).

I. Predikat ayat (FN+FSN)


Pelajar ke Dewan Seri Temenggong setiap Selasa.

II. Unsur keterangan dalam frasa kerja [FN+(FK;FSN)]


Pelajar berkumpul di dewan terbuka.

III. Unsur keterangan dalam frasa adjektif [FN+(FA;FSN)]


Kawasan IPG sunyi pada larut malam.

IV. Unsur keterangan dalam frasa nama [(FN;FSN)+FK/FA/FSN]


Bangunan-bangunan di IPG agak lama.

You might also like