You are on page 1of 2

Projek Bahan Multimedia interaktif yg dihasilkan ialah laman pengajaran Bahasa Melayu Tahun

3 dengan fokus pembelajaran tajuk Golongan Kata. Laman pengajaran ini adalah bertemakan
tradisi kaum di Malaysia.

Kami telah menerapkan pelbagai unsur-unsur grafik tentang kaum, budaya dan tradisi
masyarakat berbilang kaum di malaysia dengan tujuan memberikan pendedahkan awal tentang
tema pengajaran kami.
____________________________________________________________________________

Laman pengenalan mengandungi standard kandungan dan biodata guru-guru pelatih yang
berkolaboratif dalam penghasilan bahan multimedia interaktif ini.
____________________________________________________________________________

Laman pengajaran yang telah saya bangunkan adalah berkaitan dengan tajuk kata nama.
Kandungan dalam laman ini termasuklah standard pembelajaran dan objektif pembelajaran.
Pelbagai unsur-unsur grafik, video dan audio telah saya terapkan dalam pembinaan laman
pengajaran ini. Arahan seperti ‘klik video dan tingkatkan suara’ merupakan petunjuk untuk
pengguna yang melayari laman pengajaran ini.
____________________________________________________________________________

Pengajaran saya bermula dengan tajuk pakaian tradisional di malaysia. Bahan-bahan


pengajaran visual seperti grafik dan animasi telah digunakan untuk memperkenalkan pakaian
tradisional di malaysia.

Video pengajaran tentang kata nama telah dihasilkan dengan aplikasi canva dan videomaker.
Video pengajaran yang menarik dapat mengekalkan tumpuan murid semasa belajar. Dengan
menonton video pengajaran, murid lebih mudah memahami isi pelajaran.
____________________________________________________________________________

Laman pengajaran seterusnya ialah paparan tentang jenis kata nama yang pertama iaitu kata
nama am. Pergolongan kata nama am dipaparkan melalui carta pokok dan grafik membolehkan
murid memahami konsep kata nama am dengan jelas. Kaedah pengajaran yang sesuai
diaplikasikan di sini ialah kaedah pandang sebut. Murid-murid menyebut perkataan yang
disebut oleh guru setelah memandang gambar dan perkataan tersebut. Dengan pengajaran
kaedah pandang sebut, kemahiran membaca murid dapat ditingkatkan apabila murid dapat
menyebut perkataan dengan sebutan yang jelas dan betul.

Video pengajaran kata nama am sesuai sebagai bahan pengajaran dengan mengaplikasikan
kaedah pengajaran audio-lingual. Kaedah ini mementingkan penggunaan bahan bantu
mengajar. Melalui pengalaman mendengar, murid berlatih sebutan perkataan secara latih tubi.
Bahan multimedia grafik, video dan audio ini mampu memenuhi gaya pembelajaran yang
berbeza seperti murid yang mempunyai gaya pembelajaran visual, audio, linguistik dan muzik.
Melalui kaedah ini, ingatan murid-murid juga dapat diperkukuh dan dikekalkan dalam jangka
panjang.
Quiz interaktif juga disediakan sebagai bahan pentaksiran penguasaan murid-murid. Dengan
menjawab kuiz, guru dapat mengetahui tahap penguasaan murid tentang kata nama am.
____________________________________________________________________________

Dalam laman pengajaran kata nama khas, definisi disampaikan dalam bentuk dialog
menambah unsur keseronokan dalam pengajaran. Bahan pengajaran berbentuk infografik telah
diterapkan dalam laman pengajaran. Bahan infografik yang berwarna-warni mudah mendapat
minat murid serta dapat menyampaikan maklumat secara ringkas, jelas dan berkesan,
Kemahiran membaca murid boleh dimartabatkan melalui bahan ini dengan kaedah pengajaran
fonik, guru mengajar kemahiran membaca murid dengan bermula dari bunyi huruf, kemudian
membina suku kata dan akhir sekali mengabungkan suku kata menjadi perkataan. Gambar
ilustrasi dimanfaatkan untuk menyokong pengajaran guru. Seterusnya murid diberi latihan
membaca perkataan tersebut.

Kuiz kata nama khas juga disediakan sebagai latihan pengukuhan pengajaran untuk murid-
murid.
____________________________________________________________________________

Bahan visual seperti grafik dan carta digunakan untuk menggambarkan pergolongan kata ganti
nama diri dengan jelas dan mudah difahami. Video pengajaran yang disediakan juga
meningkatkan unsur keseronokan dalam pengajaran dan memudahkan proses pengajaran.
Akhir sekali, murid-murid menyanyi lagu kata ganti nama diri. Penglibatan aktif murid dalam
proses pengajaran dapat mengalakkan pembelajaran yang berkesan. Teknik pengajaran didik
hibur dapat membantu murid dalam penguasaan isi pelajaran,
____________________________________________________________________________

Kuiz interaktif berdasarkan cerita kanak-kanak dapat menyeronokkan proses pengajaran di


samping digunakan sebagai bahan penilaian penguasaan murid-murid. Arahan yang jelas
merupakan unsur-unsur mesra pengguna yang diterapkan dalam laman pengajaran. Akhir
sekali, lembaran kerja interaktif merupakan bahan pentaksiran yang sesuai digunakan untuk
menilai penguasaan murid. Selepas murid menjawab lembaran kerja tersebut, murid boleh klik
untuk semak jawapan dan markah sendiri.

Sebagai kesimpulannya, laman pengajaran ini telah menerapkan pelbagai unsur multimedia
interaktif yang sesuai diaplikasikan sebagai bahan sokongan pengajaran kemahiran
mendengar, membaca dan bertutur murid.

You might also like