You are on page 1of 25

Konsep pengurusan bilik darjah dan tingkah laku yang berkesan

Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli untuk mencapai
objektif-objektif organisasi atau kumpulan yang melibatkan proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah
dan mengawal (Pengurusan Bilik Darjah dan Faktor Yang Mempengaruhi, n.d.). Bilik darjah pula merupakan satu
tempat untuk menimba ilmu yang menampung sejumlah individu iaitu pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah berlaku di bilik darjah. Bilik darjah merupakan medan perjuangan dan perkhidmatan bagi seorang guru.
Oleh itu, individu yang bertanggungjawab dalam menjalankan pengurusan bilik darjah ialah guru.
Konsep pengurusan bilik darjah melibatkan tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik darjah,
mewujudkan sebuah bilik darjah yang kondusif, menghadapi tingkah laku pelajar dan menarik perhatian pelajar.

Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti penagjaran dan
pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak
fizikal dan mewujudkan komunikasi dan interaksi dikalangan pelajar dan guru.
Pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai set tingkahlaku yang kompleks yang digunakan oleh guru
untuk menetapkan, dan memastikan keadaan- keadaan bilik darjah dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran
yang berkesan.
Menurut Lee Shok Mee(1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru
mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran.

satu proses pembentukan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya
dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar
objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011).

Perkara tersebut melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik
darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab
serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009).

Perkara tersebut merupakan kerjasama antara guru dan pelajar untuk mengurus segala
aspek terdapat dalam bilik darjah yang melibatkan pengurusan pelajar, kemudahan fizikal
serta aktiviti yang dilaksanakan agar satu alam belajar yang kondusif untuk sesi pengajaran
dan pembelajaran dapat diwujudkan (Mok Soon Sang, 2011).

Seorang guru seharusnya mampu mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah laku pelajar
agar proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan lancar dan berkesan tanpa
gangguan. Disamping itu, ia mampu mempengaruhi motivasi, tingkah laku serta
penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah yang diurus
dengan baik adalah tempat dimana pelajar sentiasa mengambil berat dan bekerjasama di
antara satu sama lain, membuat pilihan yang bijak dan sering berusaha untuk
menghasilkan kerja yang berkualiti, menarik dan penting bagi mereka.
Pengurusan bilik darjah bukan sahaja melibatkan pengurusan tingkah laku pelajar tetapi
merangkumi tindakan guru untuk mewujudkan dan mengekalkan persekitaran
pembelajaran dalam bilik darjah (Choong Lan Keow, 2009). Kecekapan dan keberkesanan
kemahiran guru dalam mengurus bilik darjah dapat menggalakkan pembentukkan iklim
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pada masa kini pengurusan tingkah laku
pelajar semakin mencabar dan tingkah laku mereka sukar dikawal dengan berkesan
sehingga menyebabkan gangguan pada proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya boleh
mempengaruhi iklim disiplin dan pencapaian mereka serta turut memberi kesan kepada
iklim dan budaya sekolah. Sehubungan ini, pengetua perlu memastikan para guru
memahami tugas dan peranan mereka dalam menentukan disiplin pelajar di bilik darjah
berada dalam keadaan baik dan terkawal pada setiap masa.

Peranan guru
Pembelajaran murid yang selesa dan teratur sangat penting dalam memastikan
persekitaran pembelajaran berlaku dengan lebih kondusif. Guru bukan hanya mengajar
murid-murid sehingga berjaya mendapatkan gred yang terbaik sahaja, tetapi guru
berperanan juga sebagai penyelaras, pembimbing malahan sebagai ibu bapa setiap murid
semasa berada dalam lingkungan sekolah. Pentaksiran yang dilakukan di dalam kelas juga
merupakan elemen yang berperanan dalam menyediakan persekitaran pembelajaran murid
yang kondusif. Menurut Jere Brophy, pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah
keupayaan guru untuk membentuk, memelihara dan memperbaharui bilik darjah bagi
mewujudkan persekitaran yang efektif untuk menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran.
Persekitaran pembelajaran yang kondusif merangkumi persekitaran fizikal, persekitaran
psikososial dan juga peraturan dan rutin bilik darjah.

2.1 Persekitaran Fizikal

Persekitaran fizikal terbahagi kepada beberapa bahagian. Antara bahagian persekitaran


fizikal iaitu sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada
dinding, pencahayaan, pengudaraan dan perabot, kebersihan, susunan dan reka bentuk
fizikal dalam bilik darjah dan juga susunan kerusi meja yang kondusif.
2.2 Persekitaran Psikososial

Ciri-ciri fizikal yang bagus iaitu suasana yang mesra dan selesa, bebas daripada ancaman
dan bahaya fizikal, perasaan murid diterima, sensitif dan peka kepada perbezaan individu,
suasana yang meransang pembelajaran, mewujudkan komunikasi terbuka dan
menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama kepada semua
murid. Oleh yang demikian, guru wajarlah mengambil inisiatif untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang berkesan seperti sentiasa mementingkan perbezaan individu agar
murid-murid tidak berasa bosan mahupun rasa dipinggirkan.

2.3 Peraturan dan Rutin Bilik Darjah

Peraturan dan rutin bilik darjah bermaksud kenyataan yang memaklumkan tingkah laku
yang boleh diterima di dalam bilik darjah. Peraturan juga dikenali sebagai bentuk peringatan
dan autoriti kepada nilai manusia. Elemen penting yang perlu difokuskan oleh guru iaitu
memastikan ayat peraturan yang dinyatakan ringkas dan jelas, peraturan yang dibentuk
mesti bermakna dan dipersetujui oleh murid dalam bilik darjah, mengehadkan bilangan
peraturan agar murid-murid tidak berasa keliru. Guru juga perlu memastikan peraturan yang
dibuat perlulah adil dan bertujuan membantu proses pembelajaran. Misalnya, guru harus
mengelakkan daripada menggunakan perkataan ‘jangan’ serta guru harus memastikan
peraturan bilik darjah selaras dan tidak bercanggah dengan peraturan sekolah.

2.4 Pengurusan Sumber Maklumat Murid

Pengurusan sumber maklumat murid merupakan salah satu daripada keperluan murid
dalam memastikan pembelajaran berjalan dengan lebih efektif dan kondusif. Pengurusan
sumber maklumat murid merangkumi penyimpanan data peribadi murid seperti buku rekod
guru kelas, buku laporan dan juga buku kedatangan murid. Bukan itu sahaja, pengurusan
sumber maklumat murid juga berkait rapat dengan perkara yang berkaitan dengan hal
ehwal murid. Misalnya, pihak sekolah atau guru meminta dan mengumpul maklumat
berkaitan diri murid dengan cara mengisi borang maklumat murid seperti maklumat ibu
bapa, tanggungan ibu bapa, maklumat murid dan juga maklumat bantuan yang diterima
murid. Hal ini dilakukan bagi memudahkan kerja guru mengetahui serba sedikit latar
belakang murid agar pembelajaran dapat berlaku dengan lebih berkesan memandangkan
guru mengetahui keperluan khas yang boleh diketengahkan terhadap murid semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlaku.

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF

Ø Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan


diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran.

Ø Persekitaran yang sihat mendorong murid untuk minat belajar.

Ø Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada budaya yang dapat
menwujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai
matlamat pembelajaran.

Ø Ia melibatkan :

Ø Pendekatan pengajaran

Ø Corak komunikasi

Ø Kemahiran guru dalam mengurus

Ø Kawalan murid dan juga perlaksanaan aktiviti P&P

Ø Personality guru.

Persekitaran fizikal

Ø Suasana fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas,


hubungan murid dengan guru dan murid dengan murid.

Ø Persekitaran selesa, kemas, ceria mampu menyeronokkan pengalaman


pembelajaran murid.
Ø Persekitaran fizikal merujuk aspek berikut:

ü susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah

ü sumber bahan pembelajaran

ü ruang/sudut pembelajaran

ü ruang pada dinding

ü pencahayaan, pengudaraan dan perabot

ü kebersihan

Persekitaran psikososial

ü Suasana selsa dan mesra

ü bebas daripada ancaman bahaya fizikal

ü perasaan diterima

ü sensitif dan peka kepada perbezaan individu

ü suasana yang meransang pembelajaran

ü mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian idea

ü menggalakkan pembelajaran koperatif

ü peluang yang sama untuk semua murid

Ciri-ciri komunikasi berkesan yang boleh ditunjukkan oleh guru:

ü Penggunaan bahasa yang sopan dan mudah difahami

ü Memberi perhatian dan menghormati keputusan murid


ü Menjadi seorang pendengar yang aktif

ü Menggunakan pergerakan fizikal seperti tangan dan mimic muka secara


berkesan

ü Bersemangat semasa mengajar dan lontaran suara yang jelas

ü Memanggil murid dengan namanya

ü Mempunyai kontek mata apabila berbicara dengan murid.

Peraturan dan rutin bilik darjah

Peraturan dan rutin bilik darjah ialah kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang
boleh diterima di dalm bilik darjah

ü ayat peraturan mesti ringkas dan jelas

ü peraturan yang dibentuk seeloknya bermakna dan dipersetujui oleh murid di


dalam bilik darjah dan akan lebih berkesan jika guru membentuk peraturan
bersama murid

ü hadkan bilangan peraturan

ü peraturan adil dan bertujuan membantu proses pembelajaran

ü selaras dengan peraturan sekolah dan tidak bercanggah dengannya

PENGURUSAN PENTAKSIRAN DI DALAM BILIK DARJAH

a. DUA PROSES

PENGUKURAN :penggunaan alat untuk mengumpulkan nilai


kuantitatif atau maklumat pencapaian
pembelajaran individu.

PENILAIAN :proses membuat keputusan berdasarkan


hasil daripada pengukuran.
b. Pentaksiran yang berkesan ada dua ciri:-

ü kesahan - sejauh mana alat yang digunakan untuk mengukur menepati


tujuannya atau mengukur perkara yang sepatutnya diukur

ü kebolehpercayaan - merujuk kepada ketekalan ujian atau sejauh mana ujian


yang sama dapat memberikan keputusan yang sama jika ditadbir beberapa
kali dalam masa yang berbeza.

c. Dua bentuk pentaksiran

ü formatif - sebelum dan semasa pengajaran. bertujuan mengesan kemajuan


murid dan sejauh mana objektif pengajaran tercapai

ü sumatif - dilaksanakan hujung semester atau penggal untuk memperoleh


pencapaian murid dan bertujuan untuk pemberian gred dan sijil

d. Pentaksiran yang efisien dapat meningkatkan motivasi serta pembelajaran murid.


murid terdorong untuk mmberikan perhatian dan berusaha lebih jika mereka tahu akan
dinilai.

e. Pentaksiran yang tidak efisien boleh melemahkan semangat murid untuk belajar,
menimbulkan rasa tidak puas hati, kurang bermotivasi dan mungkin masalah tingkah
laku.

Proses penyediaan ujian dan peperiksaan

ü kekerapan ujian dalam satu penggal atau semester

ü tarikh ujian dan peperiksaan

ü menggubal soalan ujian

ü tempoh masa setiap ujian

ü ujian atau peperiksaan mesti adil dan seharusnya dibentuk berdasarkan


pengetahuan atau kemahiran yang telah diajar
ü soalan-soalan ujian harus merangkumi tahap pemikiran selain daripada
peringkat pengetahuan

ü bincang dengan guru mata pelajaran lain

ü murid dimaklumkan tentang ujian (membuat persediaan awal)

ü biasakan murid dengan format ujian atau peperiksaan

Pentadbiran ujian atau peperiksaan (langkah-langkah)

ü sediakan persekitaran selesa

ü benarkan murid masuk awal ke kelas dan mengambil tempat duduk masing-
masing

ü murid seharusnya sudah bersedia 10 minit lebih awal. masa 10 minit


digunakan untuk memberikan arahan atau peraturan

ü mencatat kehadiran murid semasa ujian/peperiksaan

ü pen tadbiran ujian dan peperiksaan mempunyai kesan ke atas sikap murid

PENGURUSAN SUMBER MAKLUMAT MURID

a. ibu bapa perlu menisi BORANG MAKLUMAT MURID ia bertujuan untuk membantu
pihak sekolah dalm pengurusan berkaitan hal ehwal murid.

ü maklumat ibu bapa/penjaga

ü tanggungan ibu bapa/penjaga

ü maklumat murid

ü maklumat bantuan yang diterima murid

ü penyimpanan data peribadi murid

b. kad rekod persekolahan murid sekolah rendah 001R


ü buku rekod guru kelas

ü buku laporan

ü buku kedatangan murid

Guru merupakan pengurus dalam bilik darjah kerana guru yang bertanggungjawab
merancang, melaksanakan, memimpin serta menilai para pelajar di bilik darjah.
Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah amat penting dalam pengurusan bilik
darjah adalah efisien. Kajian mendapati bahawa guru yang menjadikan pengurusan
bilik darjah sebagai proses mewujudkan dan mengekalkan keberkesanan persekitaran
pembelajaran akan cenderung untuk berjaya berbanding guru yang menekankan tugas
sebagai guru dispin dan pentadbir semata-mata (Good & Brophy; 1994, Jones & Jones,
2004).

Antara peranan guru sebagai pengurus bilik darjah ialah mendapatkan


kerjasama daripada pelajar, mengurus persekitaran bilik darjah, guru sebagai role
model, memastikan rutin bilik darjah berjalan dengan baik dan mewujudkan hubungan
interpersonal yang baik antara guru dan pelajar.

Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah yang utama ialah dalam mendapatkan
kerjasama daripada pelajar. Kerjasama daripada amat diharapkan agar segala yang
dirancang dapat terlaksana dengan baik. Ini disebabkan tanpa kerjasama pelajar,
sesuatu perubahan yang dirancang oleh guru tidak akan terlaksana. Oleh itu, guru
seharusnya berusaha mendapatkan kepercayaan pelajar agar pelajar sudi untuk
memberikan kerjasama semasa berada dalam bilik darjah. Guru harus bijak menarik
perhatian pelajar agar mereka berkeinginan untuk mengikuti arahan daripada guru.

Selain itu, guru bertanggungjawab untuk mengurus persekitaran bilik darjah. Ini
disebabkan persekitaran bilik darjah yang kondusif mampu meransang suasana
pembelajaran yang optimum. Keselesaan amat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Guru juga bertindak sebagai role model kepada pelajar. Peribadi
seorang guru seharusnya ideal khususnya semasa dalam bilik darjah kerana menjadi
ikutan pelajar. Jika seorang guru mempamerkan perlakuan negatif, pelajar akan
terdorong untuk mencontohi perlakuan negatif itu.

Guru juga bertindak sebagai pengurus yang memastikan setiap rutin bilik darjah
berjalan dengan lancar. Rutin bilik darjah seperti peraturan dalam bilik darjah dipastikan
untuk berjalan seperti yang dirancang bagi memastikan tahap displin pelajar dapat
dipelihara. Jika rutin bilik darjah berjalan lancar, kelangsungan proses P&P turut
terpelihara.

Faktor Fizikal

Faktor fizikal meliputi persekitaran bilik darjah. Persekitaran bilik darjah yang sesuai
untuk pembelajaran akan menyebabkan masalah gangguan tingkahlaku pelajar dapat
diminimakan. Keadaan bilik darjah yang tersusun membantu guru mengajar 20 hingga
30 pelajar dalam satu waktu untuk lima atau lebih waktu dalam sehari (Emmer & et. al,
1994). Ini menunjukkan bahawa persekitaran bilik darjah yang kondusif memberikan
impak kepada pelajar mahupun guru. Ahli psikologi menyatakan bahawa kebanyakan
tingkahlaku dipengaruhi oleh keadaan persekitaran sesuatu tempat (Levin & Nolan,
1996). Justeru itu, persekitaran bilik darjah yang kondusif dapat menghasilkan
pengurusan bilik darjah yang berkesan.

Keadaan persekitaran bilik darjah seperti kepanasan, pengcahayaan dan bunyi


bising akan mempengaruhi tingkahlaku pelajar. Guru seharusnya bijak mengatur
keadaan bilik darjah sewaktu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Ini disebabkan manusia mesti dalam keadaan selesa sebelum perhatian mereka telah
sedia secara sukarela untuk pembelajaran (Levin & Nolan, 1996).

Susun letak yang sesuai membantu melahirkan bilik darjah berkesan. Sebuah
bilik darjah juga seharusnya bersih dan kemas kerana bilik darjah yang tidak teratur
mendorong pelajar untuk berkelakuan buruk.

3.1.1 Penggunaan ruang

Guru tidak mempunyai kawalan terhadap saiz sesuatu bilik darjah, namun guru boleh
menggunakan ruang yang ada dengan sebaik mungkin. Penggunaan ruang fizikal yang
cermat menjadikan perbezaan ketara dalam tingkahlaku bilik darjah (Evans &
Lovell,1979; Levin & Nolan,1996).

Terdapat beberapa perkara membantu guru mendapatkan penggunaan ruang


bilik darjah yang baik iaitu:

(a) menggunakan susunan bilik darjah yang konsisten dengan pengajaran dan
aktiviti yang dijalankan. Guru seharusnya memikirkan mengenai jenis aktiviti
pengajaran yang digunakan dalam bilik darjah dan mengorganisasikan tempat duduk,
bahan-bahan dan peralatan yang sesuai digunakan oleh pelajar.

(b) memastikan laluan lintas bilik darjah tidak sesak. Laluan lintas bilik darjah yang
sesak meliputi kawasan kerja berkumpulan, pintu bilik darjah, rak buku, meja pelajar
dan juga meja guru. Bilik darjah yang ideal seharusnya tidak sesak, mempunyai ruang
dan mudah untuk mendapatkan pelajar.

(c) memastikan semua pelajar mudah untuk dilihat dan dipantau. Susunan tempat
duduk pelajar seharusnya mudah untuk dipantau oleh guru khususnya semasa
berlangsungan proses pengajaran. Guru boleh memastikan pelajar tidak hilangfokus
dan melakukan kerja lain semasa proses P&P jika susunan tempat duduk mudah
dilihat. Jika guru tidak boleh melihat semua pelajarnya, adalah sukar untuk guru
mengenalpasti pelajar yang memerlukan perhatian dan pertolongan semasa
proses P&P.

(d) memastikan pelajar mudah untuk melihat penyampaian pengajaran guru.


Kedudukan papan tulis dan posisi guru penting semasa menjalankan proses P&P. Jika
pelajar tidak dapat melihat penyampaian guru dengan jelas, maka perhatian pelajar
akan tergangu dan penerimaan ilmu juga terganggu.

(e) penggunaan ruang perabot dan alatan tersusun dengan teratur. Susunan
perabot dan alatan seperti meja guru, meja pelajar, kabinet dan sudut bacaan NILAM
mampu mempengaruhi emosi pelajar. Kekemasan dan keceriaan kelas memberikan
perasaan senang dan bersedia pelajar untuk menerima pengajaran.

(f) mempunyai papan buletin untuk mempamerkan hasil tugasan dan bahan P&P.
Papan buletin menyediakan kawasan untuk mempamerkan karya dan tugasan
pelajar, bahan pengajaran, item perhiasan, peraturan kelas ataupun sekolah,
jadual waktu, jam dan pelbagai lagi.

3.1.1.1 Susunan Tempat Duduk

Penggunaan ruang paling banyak sekali dalam bilik darjah ialah susunan tempat duduk
pelajar. Apapun susunan tempat duduk yang digunakan, susunan itu hendaklah cukup
fleksibel untuk menjalankan dan memantau pelbagai jenis akitviti dalam bilik darjah.
Menurut Emmer & et.al (1994), guru seharusnya memastikan semua pelajar boleh
memandang kepada kawasan pengajaran keseluruhan kumpulan (whole-group
instruction) tanpa memerlukan pelajar bergerak daripada tempat duduk mereka.
Tempat duduk disusun agar semua pelajar boleh melihat pengajaran yang
dipersembahkan oleh guru. Sebenarnya susunan tempat duduk boleh berubah-rubah
mengikut kesesuaian kaedah pengajaran dan aktiviti yang digunakan oleh guru (Levin &
Nolan, 1994).

Susunan tempat duduk yang efektif membenarkan guru untuk berinteraksi


dengan lebih dekat kepada semua pelajarnya. Susunan tempat duduk mestilah
dirancang agar guru mudah untuk mendekati pelajarnya tanpa menganggu pelajar lain.
Selain itu, tempat duduk pelajar seharusnya mengelak posisi muka pelajar daripada
menghadap punca penumpuan pelajar terganggu seperti tingkap dan pintu.
Persekitaran psiko-sosial

Faktor Emosi

Faktor emosi amat penting dalam pengurusan bilik darjah. Faktor emosi melibatkan
perasaan pelajar terhadap gurunya. Persepsi dan pandangan pelajar terhadap guru
disebabkan oleh gaya kepimpinan guru.

Tingkah laku pelajar dalam bilik darjah akan mencerminkan gaya kepimpinan guru
semasa bilik darjah. Terdapat tiga jenis gaya kepimpinan iaitu demokratik, autokratik
dan laissez-faire. Selain daripada gaya kepimpinan guru, motivasi yang diberikan guru
juga menyumbangkan emosi pelajar terhadap guru.

Gaya kepimpinan demokratik menekankan penglibatan bersama antara guru dan


pelajar dalam setiap aktiviti bilik darjah. Ini melibatkan perkongsiaan tanggungjawab
antara guru dan pelajar. Contohnya,guru akan menggalakkan pembabitan pelajar
dalam aktiviti P&P tanpa memerlukan desakan. Pelajar akan berasa seronok dan tidak
tertekan dengan guru. Pencapaian pelajar juga dapat ditingkatkan dengan lebih tinggi.
Oleh itu, iklim bilik darjah yang kondusif dapat diwujudkan.

Guru yang menggunakan kepimpinan autokratik merupakan guru yang tegas dan
mengawal murid melalui hukuman dan ganjaran. Menurut Hook & Vass (2000), guru
yang autokratik akan melahirkan pelajar yang pasif dan tidak berkuasa (disempowered).
Interaksi antara guru dan pelajar juga adalah kurang kerana pelajar takut untuk
menyuarakan pendapat. Kawalan kelas mungkin dapat dicapai namun iklim
pembelajaran yang kondusif tidak dapat dicapai. Guru mengawal kelas menggunakan
sistem hukuman dan ganjaran dan ini memberikan tekanan kepada pelajar kerana takut
salah dan akan didenda oleh guru. Suasana bilik darjah akan menjadi tegang.

Guru yang menggunakan kepimpinan laisser-faire memberikan dan membiarkan pelajar


menjalankan aktviti bilik darjah secara bebas. Ini menimbulkan masalah seperti bilik
darjah yang tidak terurus, kucar kacir dan hubungan antara guru dan pelajar tidak
mesra. Kawalan kelas adalah lemah dan sekaligus iklim belajar darjah adalah tidak
kondusif.

Guru seharusnya bijak memilih gaya kepimpinan yang sesuai semasa memimpin bilik
darjah. Perwatakan guru seharusnya mesra dan menyenangkan seperti penyayang,
bertimbang rasa, lucu dan peramah. Pelajar akan lebih menghormati guru
berperwatakan seperti ini dan hubungan mesra dapat dipupuk. Pelajar tidak akan
tertekan dari segi emosi dan iklim bilik darjah yang kondusif akan diwujudkan. Guru
juga boleh memberikan motivasi melalui peneguhan positif, memberi galakan,
melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P seta mewujudkan komunikasi dua hala.

Faktor Sosial

Faktor sosial merujuk kepada pembinaan peraturan, prosedur semasa menjalankan


aktiviti, interaksi sosial dan rutin bilik darjah. Bilik darjah melibatkan interaksi antara
guru, pelajar dan bahan. Interaksi yang baik antara pelajar dengan pelajar dan guru
dengan pelajar akan menghasilkan suasana bilik darjah yang harmoni. Oleh itu,
prosedur dan peraturan harus ditetapkan dalam memastikan iklim bilik darjah yang
ideal. Pembinaan peraturan amat penting dalam memberikan gambaran jelas
mengenai tingkahlaku yang diharapkan semasa di bilik darjah. Contohnya, “dilarang
berbuat bising semasa di dalam bilik darjah”, “hormati orang lain” dan sebagainya dapat
memberikan mesej yang melatih tanggungjawab sosial pelajar. Jika pelajar mengikuti
peraturan yang telah ditetapkan, maka iklim bilik darjah akan menjadi kondusif untuk
proses P&P kerana mempunyai kawalan kelas yang baik. Peraturan bilik darjah juga
dapat membantu mengalakkan interaksi antara pelajar dan persekitaran yang kondusif
untuk belajar (Levin & Nolan, 1994). Hubungan antara dua atau lebih orang boleh
dipengaruhi oleh peraturan dalam satu operasi (Wragg, 1994). Interaksi antara pelajar
boleh dipupuk melalui pembinaan peraturan bilik darjah. Menurut Jones & Jones
(1995), langkah pertama dalam merangka peraturan bilik darjah ialah untuk
mengalakkan para pelajar berbincang untuk merangka peraturan bilik darjah yang boleh
dipatuhi oleh semua pelajar.

Selain itu, prosedur aktivti yang dijalankan dalam bilik darjah boleh meransang interaksi
sosial pelajar. Contohnya, aktiviti perbincangan, kaedah Jigsaw, menjalankan
eksperimen dan kerja berkumpulan boleh membantu perkembangan sosial pelajar dan
kawalan kelas. Semasa menjalankan aktiviti dalam bilik darjah, guru perlu menetapkan
rutin atau perkara yang boleh dilakukan oleh pelajar. Contohnya, semasa menjalankan
aktiviti berkumpulan, guru menetapkan bahawa pelajar hendaklah melibatkan diri
secara aktif dan memberikan kerjasama, tidak boleh merayau-merayau semasa
berjalan aktiviti serta cara untuk mendapatkan bahan pembelajaran.

Peraturan dan rutin bilik darjah

Peraturan dan rutin bilik darjah

Pada umumnya, murid sekolah rendah mula berdikari namun mereka masih
memerlukan pemantauan. Pada peringkat ini, mereka suka diberi perhatian dan
menunjukkan respon yang positif apabila diberi insentif atau hadiah. Menurut Erik
Erison, kanak-kanak pada peringkat ini mula mendapat pengalaman baharu dan
berfokus kepada pembelajaran pengetahuan dan kemahiran baharu.

Namun, murid pada peringkat ini memerlukan struktur dan prosedur-


prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam
bilik darjah. Oleh itu, guru perlulah membina peraturan dan prosedur untuk
mentadbir aktiviti dalam bilik darjah. Peraturan merupakan pernyataan yang
menentukan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh
murid. Contoh peraturan yang biasa ditemui ialah setiap murid perlulah
mempunyai rasa hormat, mesra dan bersifat membantu rakan-rakan
mereka, murid perlu menyiapkan tugasan mereka dan murid perlu
mengangkat tangan mereka jika mahu menjawab sebarang pertanyaan.
Mengikut Model Pengurusan Kounin, asas kepada keberkesanan pengurusan
disiplin bilik darjah bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang
teliti guru terhadap bilik darjah. Faktor utama dalam menguruskan tingkah
laku di dalam bilim darjah menurut Kounin adalah berkaitan dengan
kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik
darjah. Contohnya, dalam gerak kerja kumpulan, seorang guru berjaya
mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil walaupun pada
ketika itu dia sedang mengajar kumpulan yang tertentu. Dengan kepekaan
ini, seorang guru berupaya menjangka masalah yang akan timbul dan
selalunya dapat menghalang masalah daripada menjadi semakin serius.

Selain itu, guru juga akan membentuk rutin di dalam bilik darjah untuk aktiviti-aktiviti
yang dilaksanakan. Rutin ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh
murid dalam aktiviti spesifik mereka. Rutin bertujuan melicinkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Contoh amalan rutin ialah guru mengambil kehadiran setiap hari, cara
mengedar dan menyimpan bahan pengajaran, membentuk kumpulan dalam kelas,
menghantar buku latihan atau kerja rumah dan lain-lain. Setiap rutin yang dibentuk
hendaklah sentiasa dipantau dan diberi peneguhan sehingga prosedur-prosedur ini
menjadi satu budaya dalam kalangan murid dan seterusnya menjadi suatu budaya di
sekolah tersebut. Untuk mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah
mengaplikasikan Model Akibat Logikal Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru
memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-
sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.

Rutin Bilik Darjah

Rutin Bilik Darjah

Rutin bilik darjah merupakan aktiviti pengurusan bilik darjah. Penekanan terhadap rutin
bilik darjah yang sistematik amat penting kerana dapat mewujudkan bilik darjah yang
kondusif. Rutin bilik darjah akan diterangkan oleh guru pada setiap awal sesi
persekolahan. Ini penting agar pelajar tahu mengenai peraturan dan rutin bilik darjah.

4.1 Jenis-jenis Rutin

Terdapat enam jenis rutin yang terlibat dalam pengurusan bilik darjah:

4.1.1 Rutin Kelas

Rutin kelas boleh dimaksudkan dengan peraturan dan prosedur semasa berada bilik
darjah yang bertujuan mewujudkan proses P&P yang berkesan. Kajian mendapati
bahawa guru yang efektif mengambil masa pada awal tahun persekolahan untuk
mengembangkan peraturan dan prosedur bilik darjah untuk menghasilkan perjalanan
bilik darjah yang lancar dan meminimakan gangguan serta memaksimakan masa
pembelajaran pelajar (Jones & Jones, 2004).

Peraturan dan prosedur bertindak sebagai agen pencegahan tingkahlaku yang


negatif dalam bilik darjah. Prosedur adalah untuk melatih pelajar untuk melaksanakan
tugasan rutin dalam bilik darjah (Bianco, 2002). Contoh rutin kelas yang terdapat di bilik
darjah ialah aspek kebersihan, jadual bertugas dan sebagainya. Jika semua pelajar
menjalankan tugas mengikut jadual bertugas, maka bilik darjah akan berada dalam
keadaan bersih dan guru tidak perlu memberikan arahan untuk membersihkan bilik
darjah sebaliknya terus fokus kepada proses P&P.

4.1.2 Rutin Pentadbiran

Rutin pentadbiran melibatkan peranan guru dalam mengurus dan mentadbir bilik darjah.
Guru perlu cekap mentadbir bilik darjah untuk memastikan bilik darjah adalah kondusif.
Rutin pentadiran adalah seperti guru mengurus kehadiran pelajar, pungutan yuran
sekolah, menyediakan laporan akademik pelajar (buku laporan prestasi), menyediakan
kad 001 dan kad kesihatan pelajar (Pengurusan Bilik Darjah, n.d.). Ini amat penting
dalam pengurusan bilik darjah. Jika guru mengambil sikap sambil lewa dalam hal
pentadbiran, pengurusan bilik darjah berada dalam tahap minima dan kucar kacir
kerana tidak ada rekod yang dibuat oleh guru mengenai pelajar.

4.1.3 Rutin Pergerakan Pelajar

Rutin pergerakan pergerakan ialah peraturan pergerakan murid di bilik darjah. Rutin
pergerakan meliputi peraturan untuk bergerak ke luar atau masuk bilik darjah secara
teratur dan tertib. Guru menekankan untuk beratur semasa pergerakan tersebut kerana
pelajar cenderung untuk berebut-rebut semasa aktiviti yang melibatkan pergerakan
pelajar khususnya yang melibatkan aktiviti bilik darjah ke luar bilik darjah. Contohnya,
aktiviti kelas ke aktiviti kumpulan, pergerakan pelajar ke perhimpunan, pergerakan
pelajar ke makmal dan juga pergerakan pelajar semasa latihan kebakaran.

4.1.4 Rutin Pengurusan Tugas


Rutin pengurusan tugasan ialah persediaan, perancangan dan pengurusan guru
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Guru perlu menyediakan sumber
P&P, aktiviti P&P dan persediaan untuk P&P. Persediaan penting dalam memastikan
proses P&P berjalan lancar. Guru perlu menetapkan objektif pembelajaran memulakan
persediaan proses P&P agar setiap langkah perancangan dapat dirancang. Hasil
pembelajaran yang diharapkan daripada pelajar perlu dinyatakan dengan jelas. Selain
itu, guru perlu memantau akitviti bilik darjah dan menjalankkan proses penilaian ke atas
pencapaian pelajar. Penilaian akan menentukan kekuatan dan kelemahan proses P&P
tersebut.

4.1.5 Rutin Pembelajaran

Guru perlu memastikan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam P&P. Pembabitan
pelajar secara aktif dalam P&P penting dalam memastikan proses pembelajaran itu
berlaku (Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Binti Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain,
2009). Guru memainkan peranan penting dalam memastikan rutin pembelajaran itu
berlaku. Guru boleh menyediakan aktiviti seperti perbincangan, gerak kerja
berkumpulan, latihan dan latih tubi.

4.1.6 Rutin Interaksi

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan menekankan aktiviti yang


berpusatkan pelajar. Aktiviti berpusatkan pelajar melibatkan interaksi antara pelajar,
guru dan bahan. Oleh itu, guru harus menggalakkan interaksi tersebut berlaku mengikut
prosedur dan bersopan. Hubungan personal atau interaksi antara pelajar dengan
pelajar adalah sama penting dengan hubungan guru dengan pelajar. Guru boleh
memainkan peranan dengan mewujudkan hubungan (Wragg, 2001). Contohnya, aktiviti
yang melibatkan perbincangan, eksperimen, kerja lapangan dan projek.
Konsep pengurusan bilik darjah

• Ciri-ciri guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah

- Kualiti peribadi

- Kompetensi pengajaran dan pembelajaran

- Penghayatan budaya penyayang

2. Peranan Guru dalam Pengurusan Bilik Darjah

• Persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk murid

- Persekitaran fizikal

- Persekitaran psikososial

- Peraturan dan rutin bilik darjah

• Pengurusan sumber maklumat murid

3. Membina Hubungan yang Positif di dalam Bilik Darjah

• Kepentingan membina hubungan yang positif

• Faktor-faktor mempengaruhi hubungan yang positif antara


guru dan murid

• Strategi membina hubungan positif guru-murid


• Dinamika bilik darjah

4. Model Pengurusan Disiplin Bilik Darjah

• Konsep disiplin bilik darjah

• Model-model Pengurusan Disiplin

- Model Disiplin Asertif Canter

- Model Akibat Logikal Dreikurs

- Model Pengurusan Kelompok Kounin

- Model Pengurusan Bilik darjah Thomas Gordon

- Model Beyond Discipline Alfie Kohn

5. Pengurusan Bilik Darjah Inklusif yang Melibatkan Murid


Berkeperluan khas

• Masalah Kecacatan Fizikal

• Masalah Penglihatan

• Masalah Pendengaran

• Masalah Pembelajaran

• Autisitik
• Lewat Perkembangan

• Hiperaktif

• Pintar Cerdas

6. Pengurusan Tingkahlaku Bermasalah dalam Bilik Darjah

• Jenis-jenis tingkah laku bermasalah

• Punca tingkah laku bermasalah

• Tindakan guru dalam menguruskan tingkah laku bermasalah

• Halangan dalam menguruskan tingkah laku bermasalah

7. Intervensi Menangani Tingkah Laku Bermasalah

• Teknik Modifikasi Tingkah Laku

• Kemahiran-kemahiran Asas Bimbingan dan Kaunseling


Sekolah Rendah

• Terapi bermain

• Terapi bercerita

• Terapi seni

• Terapi muzik
8. Pelan Pengurusan Bilik Darjah

• Membina Pelan Pengurusan Bilik Darjah yang Efektif


secara Kreatif dan Inovatif

• Halangan dalam Pengurusan Bilik Darjah

You might also like