You are on page 1of 3

(a) Dalam zaman sains dan teknologi ini, walaupun negara kita maju dalam berbagai-bagai

perusahaan tinggi, tetapi industri kampung belum mencapai tahap yang memuaskan.
Ayat ini ialah satu ayat majmuk yang tidak gramatis. FSN ’dalam zaman sains dan teknologi ini’
tidak sepatutnya hadir di awal ayat. FSN ini perlu digugurkan. Kata hubung ’walaupun’ juga
perlu digugurkan kerana kehadiran kata hubung tersebut menyebabkan ayat ini terdiri daripada
dua klausa tak bebas. Ayat yang betul ialah ‘Negara kita maju dalam berbagai-bagai
perusahaan tinggi tetapi industri kampung belum mencapai tahap yang memuaskan.’
(b) Untuk menyiapkan kerja-kerja itu memerlukan perbelanjaan yang besar.
Ayat ini tidak gramatis. Subjek ayat ini ialah frasa sendi nama iaitu ‘untuk menyiapkan kerja-
kerja itu’ dan predikat ’memerlukan perbelanjaan yang besar’. Subjek ayat harus terdiri daripada
FN. Perkataan ‘projek’ boleh ditambah di hadapan ayat untuk menjadikan ayat itu ’Projek untuk
menyiapkan kerja-kerja ini memerlukan perbelanjaan yang besar.’
(c) Beliau penceramah yang hebat.
Ayat ini ialah satu ayat tunggal yang lengkap. Ayat ini terdiri daripada satu klausa bebas yang
mengandungi unsur subjek iaitu beliau daun unsur predikat iaitu penceramah yang hebat.
Klausa bebas ini boleh berdiri sendiri sebagai satu ayat lengkap apabila diucapkan dengan
intonasi yang sempurna.
(d) Pemuda berkemeja biru dan berkaca mata hitam jenama Ray Ban Aviator yang memasuki
perkarangan rumah agam dengan kereta BMW Z4 telah meletakkan kenderaannya menghadap
Laut Champa lalu menikmati keindahan pantai.

Subjek ayat ini ialah ‘pemuda berkemeja biru dan berkaca mata hitam jenama Ray Ban Aviator
yang memasuki perkarangan rumah agam dengan kereta BMW Z4’ dan predikat ialah telah
meletakkan kenderaannya menghadap Laut Champa lalu menikmati keindahan pantai.

(e) Sebagaimana yang kita ketahui, Syarifah Nor Syed merujuk kepada Bahasa Melayu Teks
Rujukan Lengkap STPM, sintaksis dijelaskan sebagai satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji
proses pembinaan ayat.

(f) Tambahan pula, bagi membentuk satu ayat yang gramatis dan lengkap, frasa nama, frasa
kerja, frasa adjektif, frasa sendi nama serta klausa bebas dan klausa tak bebas merupakan
elemen yang penting.

Subjek ayat ini ialah frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa sendi nama serta klausa bebas
dan klausa tak bebas manakala predikat ialah merupakan elemen yang penting. Frasa sendi
nama ‘bagi membentuk satu ayat yang gramatis dan lengkap’ perlu digugurkan.

(g) Frasa tidak dapat dikatakan sebagai satu ayat yang lengkap kerana tidak mempunyai subjek
dan predikat.

Ayat ini ialah satu ayat majmuk. Ayat tunggal yang pertama ialah frasa tidak dapat dikatakan
sebagai satu ayat yang lengkap. Ayat ini ialah klausa bebas kerana boleh berdiri sendiri sebagai
satu ayat yang lengkap. Ayat ini mengandungi subjek dan predikat. Klausa yang kedua ialah
klausa tidak bebas kerana mengandungi kata hubung ’kerana’. Klausa ini tidak boleh berdiri
sendiri sebagai satu ayat yang lengkap.
(h) Seterusnya, menerang konstituen frasa nama yang mengandungi binaan inti+penerang.

Ayat ini tidak gramatis kerana ayat ini tidak mempunyai subjek. Ayat ini hanya mengandungi
predikat iaitu menerang konstituen frasa nama yang mengandungi binaan inti+penerang.

(i) Dalam klip video tersebut dapat mengenal pasti dua jenis binaan frasa nama.

Ayat ini tidak gramatis. Subjek ayat ini ialah FSN iaitu ‘dalam klip video tersebut’ dan predikat
ialah‘dapat mengenal pasti dua jenis binaan frasa nama.’ Subjek ayat perlu terdiri daripada FN.

(j) Itulah Menara Kuala Lumpur.

Ayat ini ialah satu ayat yang lengkap. Klausa ini terdiri daripada subjek FN ‘itulah’ dan predikat
frasa nama ‘Menara Kuala Lumpur.’ Oleh itu, klausa ini boleh berdiri sendiri sebagai satu ayat
yang lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna.

11. Bina ayat bertemakan IPG yang dapat menunjukkan kelima-lima fungsi klausa dalam ayat

(a) Subjek
Bangunan yang cantik itu Dewan Seri Temenggong.
(b) Objek
Saya akan menghantar tugasan ini kepada pensyarah.
(c) Penerang
Kemudahan ICT yang lama di IPG telah dipertingkatkan kerana pihak IPG telah
mendapat peruntukkan.

(d) Pelengkap
Pensyarah bersetuju bahawa kita perlu hadir sebelum pukul 7.45 pagi.

(e) Keterangan
Dr Aris ialah mentor saya ketika saya belajar.
12. Mengapakah pemahaman tentang klausa adalah penting?

Pemahaman tentang klausa adalah penting kerana kita dapat membina ayat yang gramatis
dengan penguasaan ilmu pengetahuan mengenai klausa. Kita harus jelas bahawa klausa terdiri
daripada satu subjek dan satu predikat dan merupakan konstituen kepada ayat. Kita dapat
membina ayat yang lengkap, tepat dan gramatis sekiranya kita memahami konsep klausa dengan
jelas. Sekiranya kita tidak menguasai ilmu bahasa tentang klausa, kita akan membina ayat yang
tergantung seperti ayat tanpa subjek, atau menggunakan frasa selain daripada frasa nama
sebagai subjek dalam ayat. Oleh itu, kita harus belajar dan menguasai ilmu pengetahuan klausa
kerana klausa merupakan konstituen utama untuk membina satu ayat yang gramatis dan
seterusnya membolehkan kita menghasilkan penulisan yang cemerlang.

You might also like