You are on page 1of 13

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PROJEK READING PROGRAMME

NAMA PELAJAR

: Gloria Anak Jarau


: Keristi Anak Jubang
: Shirley Anak Empen
: Trecy Barbara Johnius

PROGRAM

: PISMP Ambilan Januari 2013

NAMA SEKOLAH

: SK Lutong, Miri

TEMPOH PELAKSANAAN

: 19 JULAI 2016 hingga 29 JULAI 2016 (2 minggu)

1.0 MATLAMAT

1.1 Meningkatkan minat murid-murid untuk membaca buku dalam Bahasa


Inggeris diluar waktu pembelajaran.
1.2 Meningkatkan pemahaman murid-murid terhadap perkataan-perkataan
yang tidak diketahui melalui pembacaan buku-buku dalam Bahasa
Inggeris.
1.3 Membantu murid-murid untuk mengetahui maksud perkataan-perkataan
yang tidak difahami melalui penggunaan kamus.
1.4 Untuk mendedahkan cara penggunaan kamus kepada murid-murid.
1.5 Untuk menarik minat murid-murid menggunakan kamus untuk mencari
maksud perkataan-perkataan yang tidak difahami.
1.6 Meningkatkan kosa kata murid-murid dalam Bahasa Inggeris melalui
pembacaan buku-buku Bahasa Inggeris.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan minat murid-murid untuk membaca buku dalam Bahasa
Inggeris diluar waktu pembelajaran.
2.2 Meningkatkan pemahaman murid-murid terhadap perkataan-perkataan
yang tidak diketahui melalui pembacaan buku-buku dalam Bahasa
Inggeris.
2.3 Membantu murid-murid untuk mengetahui maksud perkataan-perkataan
yang tidak difahami melalui penggunaan kamus.
2.4 Meningkatkan kosa kata murid-murid dalam Bahasa Inggeris melalui
pembacaan buku-buku Bahasa Inggeris.
2.5 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti
dan integriti dalam melaksanakan program Jumbled Words bersama
murid-murid yang telah dipilih.
2.6 Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.
2.7 Menunjukkan inisiatif

ke arah meningkatkan nilai profesionalisme

keguruan secara berterusan.

3.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Strategi pelaksanaan ini dijalankan untuk memudahkan proses program


Reading Programme dilaksanakan dengan mudah dan teratur. Selain itu, strategi
pelaksanaan juga telah dirancang sebagai panduan kepada pihak penganjur untuk
menjalankan program yang telah dirancang dan diluluskan oleh pihak pengurusan
sekolah.

3.1 PERMULAAN

Pada minggu pertama internship bersamaan hari Selasa 11 Julai 2016, kami
telah berbincang dengan Encik Shaufie Bin Haji Saait, Guru Besar sekolah, Cik
Caroline Lihan, Guru Pembimbing (Major TESL) dan Puan Doris Emang, Guru
Pembimbing (Major PSV) tentang pelaksanaan projek Reading Programme. Guru
Besar telah mengarahkan kami untuk menyediakan beberapa senarai projek untuk
dibincangkan pada sesi perbincangan seterusnya. . Oleh itu, kami telah berbincang
dengan kedua-dua Guru Pembimbing kami mengenai program yang ingin kami di
jalankan bersama dengan murid-murid sekolah ini. Selesai sahaja perbincangan
bersama kedua-dua Guru Pembimbing, kami membentangkan projek tersebut
kepada Guru Besar. Beliau telah memberikan persetujuan dan kelulusan untuk
menganjurkan projek tersebut yang dikenali sebagai Reading Programme.
Beliau juga mencadangkan supaya kami menambahkan bilangan murid yang
akan mengikuti program tersebut dengan tujuan untuk mengurangkan kadar tidak
pandai membaca di kalangan murid-murid sekolah ini. Walaubagaimanpun, kami
masih menggunakan senarai nama murid-murid tersebut kerana mereka adalah
antara murid-murid yang belum dapat menguasai kemahiran membaca dalam
bahasa Inggeris dengan lancar. Selain itu, kami juga telah mengadaptasi buku-buku
bacaan untuk menjadi lebih mudah kepada murid-murid tersebut. Kami telah
menukar perkataan-perkataan yang agak susah dalam buku bacaan dengan
perkataan yang lebih mudah. Pengadaptasian bahan bacaan bertujuan untuk
memudahkan murid-murid untuk memahami cerita yang dipilih. Secara tidak
langsung, ianya dapat membantu mereka untuk meneka maksud perkataan yang
susah yang terdapat dalam cerita tersebut.

Penyediaan kertas kerja telah dilakukan sejurus selepas kami mendapat


persetujuan dan pengesahan daripada guru besar. Kami memilih Reading
Programme kerana kami ingin meningkatkan minat murid-murid untuk membaca
buku-buku dalam Bahasa Inggeris. Disamping itu, kami ingin meningkatkan
pemahaman murid-murid terhadap perkataan-perkataan yang tidak mereka fahami
melalui penggunaan kamus. Selain itu, kami juga ingin mendedahkan kepada muridmurid tentang cara-cara penggunaan kamus.

3.2 Pelaksanaan
Kami memulakan program pertama dengan memberikan bahan bacaan
kepada murid-murid tersebut. Sebelum memulakan pembacaan seperti biasa kami
menarik minat murid-murid dengan bertanyakan beberapa soalan berdasarkan muka
hadapan buku cerita yang dipilih. Kami menggunakan Bahasa Inggeris ketika
bertanyakan

soalan-soalan

kepada

murid-murid

dan

mereka

bebas untuk

menggunakan samaada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris ketika menjawab


soalan tersebut. Walaubagaimanapun, kami menggunakan grammar-translation
method sepanjang program membaca dijalankan bersama murid-murid tersebut.
Murid-murid membaca buku tersebut bersama-sama dengan suara yang kuat.
Bagi beberapa kumpulan dalam program ini kami sebagai fasilitator telah
membimbing mereka untuk membaca kerana kelancaran mereka membaca
memakan masa yang lama untuk menghabiskan bahan bacaan tersebut. Kami akan
berhenti pada beberapa halaman untuk menanyakan beberapa soalan kepada
murid-murid. Tujuan soalan tersebut adalah untuk mengetahui samaada murid-murid
tersebut memahami cerita tersebut ataupun tidak. Selain itu, soalan tersebut juga

bertujuan untuk mengenalpasti samaada perhatian murid-murid tersebut diganggu


dengan gangguan-gangguan luar.
Selepas itu, quiz mengeja dilaksanakan selepas murid-murid selesai
membaca buku tersebut dan memberikan pengajaran berdasarkan cerita tersebut.
Kami akan membaca perkataan-perkataan tersebut manakala murid-murid akan
menulis perkataan tersebut di ruang yang telah disediakan. Selepas selesai menulis
perkataan tersebut, kami akan menyemak ejaan tersebut. Murid-murid akan
membetulkan perkataan tersebut sebelum mencari maksud perkataan tersebut di
dalam kamus.
Untuk keesokan harinya, sebelum memulakan program membaca, muridmurid akan membuat satu kuiz lagi. Mereka perlu memadankan perkataan dengan
maksud perkataan yang betul. Melalui kuiz ini kami dapat mengenalpasti tahap
peningkatan murid-murid tersebut dalam Bahasa Inggeris. Jumlah padanan yang
betul akan menentukan pemahaman mereka tentang perkataan-perkataan tersebut.
Selepas memadankan perkataan-perkataan terebut mereka akan memulakan rutin
membaca sekali lagi.

3.3Pencapaian
Rajah 1.0 Aktiviti membaca (hari pertama)

Rajah 1.0 menunjukkan cikgu sedang mengadakan program membaca


bersama-sama murid 5 Ilitzam. Kumpulan ini sedang membincangkan cerita yang
telah dibaca mereka.
Rajah 1.1 Murid-murid bekerjasama mencari maksud dalam kamus

Gambar rajah 1.1 menunjukkan murid-murid sedang bekerjasama untuk


mencari maksud perkataan dalam kamus. Oleh kerana, kebanyakkan murid terlupa
untuk membawa kamus masing-masing mereka terpaksa untuk berkongsi satu
kamus dalam kumpulan tersebut.

Rajah 1.3 Aktiviti memadankan perkataan dengan maksud perkataan

Gambar rajah 1.3 menunjukkan hasil kerja murid untuk memadankan


perkataan dengan maksud yang terdapat dalam kamus. Selain itu, cikgu juga
sedang membantu murid tersebut untuk memadankan perkataan dengan maksud
perkataan tersebut.
Rajah 1.4 Aktiviti membaca

Rajah 1.4 menunjukkan murid-murid sedang mencari maksud perkataan


menggunakan kamus masing-masing. Penggunaan kamus memudahkan muridmurid untuk mengetahui maksud perkataan tersebut. Murid-murid membawa kamus
masing-masing ini memudahakan proses pencarian perkataan tersebut.

Rajah 1.5 Aktiviti membaca

Rajah 1.5 menunjukkan guru-guru sedang memberikan bimbingan dan


menjadi fasilitator sepanjang murid-murid menjalankan aktiviti tersebut.

Rajah 1.5 Peserta Reading Programme

Rajah 1.5 menunjukkan peserta-peserta yang dipilih untuk menyertai


Reading Programme sepanjang program dijalankan. Seorang murid tidak hadir
pada hari tersebut.

4.0 Refleksi
4.1 Kekuatan projek
Sepanjang proses saya menjalankan projek ini, terdapat beberapa kekuatan
yang menyumbang kepada kejayaan projek ini. Kekuatan yang pertama ialah aktiviti
yang dijalankan telah menarik minat murid-murid untuk membaca buku-buku
dalam bahasa Inggeris. Hal ini dapat dibuktikan apabila hampir kesemua murid
sentiasa hadir ketika program ini dijalankan di Pusat Sumber sekolah. Mereka juga
membaca cerita dengan suara yang kuat walaupun mempunyai beberapa kesalahan
sebutan. Selain itu, mereka juga bertanyakan soalan tentang cerita tersebut
sekiranya mereka tidak memahami jalan cerita tersebut.
Selain itu, setelah habis mencari maksud perkataan dalam kamus muridmurid akan mengambil buku cerita Bahasa Inggeris dan membaca buku tersebut di
Pusat Sumber. Mereka akan merekodkan buku-buku yang telah mereka baca di
dalam buku NILAM yang telah disediakan. Mereka akan berusaha untuk
menyiapkan tugasan mereka secepat yang mungkin supaya mereka mempunyai
masa untuk membaca buku di Pusat Sumber sekolah.
Disamping itu, program ini juga telah membantu murid-murid untuk
meningkatkan kosa kata mereka dalam Bahasa Inggeris. Selepas mereka
mengetahui sesuatu maksud perkataan mereka akan cuba untuk menggunakan
perkataan tersebut dalam pertuturan mereka. Contohnya, mereka telah mengetahui
maksud perkataan courageous maka salah seorang murid telah menggunakan
perkataan tersebut dengan mengatakan I am a brave boy. Ini menunjukkan bahawa
murid ini mampu untuk menggunakan perkataan tersebut dalam pertuturannya.

4.2 Kelemahan projek


Terdapat

berberapa

perkara

yang

menjadi

kekangan

sepanjang

melaksanakan projek Reading Programme ini, antaranya adalah kekangan waktu.


Memandangkan projek ini dijalankan pada waktu pembelajaran, kami terpaksa
menggunakan waktu Bahasa Inggeris kelas 5 Iltizam sepenuhya untuk menjayakan
projek ini. Mereka telah dikecualikan daripada mengikut kelas bahasa Inggeris
dengan tujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk
meningkatkan kemahiran membaca dan menarik minat mereka untuk membaca. Hal
ini menyebabkan mereka sedikit ketinggalan dalam kelas Bahasa Inggeris.
Selain daripada itu, kehadiran pelajar juga menjadi kekangan kepada
kelancaran projek ini. Terdapat beberapa sesi projek ini di mana separuh daripada
pelajar yang dipilih tidak hadir ke sekolah menyebabkan pelajar pelajar tersebut
ketinggalan berbanding rakan rakan mereka yang hadir.
Kekangan terbesar projek ini adalah kemahiran membaca dalam Bahasa
Inggeris dalam kalangan murid yang dipilih. Antara kelemahan murid dalam
kemahiran membaca dalam Bahasa Inggeris adalah dari segi sebutan, mengenal
pasti idea utama cerita yang dibaca. Apabila pelajar tidak dapat menyebut sesuatu
perkataan dengan sebutan yang betul, mereka menjadi malu untuk terus membaca.
Hal yang sama juga berlaku apabila pelajar tidak dapat mengenal pasti idea utama
cerita, mereka menjadi tidak berminat untuk terus membaca kerana mereka tidak
memahami cerita yang dibaca.
4.3 Cadangan Penambahbaikkan
Antara cadangan penambahbaikan untuk projek ini adalah guru pelatih perlu
mengambil kira topik yang diajar didalam kelas dan menerapkan topik pembelajaran

dan kemahiran yang dipelajari ke dalam Reading Program ini supaya pelajar tidak
akan ketinggalan dalam pelajaran mereka Guru pelatih boleh bekerjasama dengan
guru mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk mengetahui apa yang akan dipelajari
oleh pelajar yang berada di dalam kelas.
Untuk mengatasi masalah kehadiran dalam kalangan pelajar yang dipilih
untuk mengikuti program ini adalah guru pelatih perlu memberi tugasan kepada
pelajar yang tidak hadir berkaitan dengan bahan bacaan yang sebelumnya sebelum
bermulaanya Reading Program. Guru pelatih perlu memperuntukan masa sekurang
kurangnya 10 minit untuk murid membaca dand bercakap mengenai cerita yang
dibaca.
Untuk meningkatkan kemahiran membaca dari segi sebutan pelajar, guru
pelatih perlu sentiasa membimbing dan memperbetulkan sebutan pelajar. Guru
pelatih perlulah terlebih dahulu membaca cerita dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan pelajar akan membaca selepas guru. Untuk memastikan murid faham
akan jalan cerita, guru pelatih perlulah berhenti seketika dan bertanya kepada
pelajar mengenai cerita yang dibaca. Antara soalan yang ditanya adalah: (1) Siapa
watak dalam cerita ini? (2) Apa yang terjadi? (3) Mengapa ia terjadi? (5) Apa yang
akan terjadi? (6) Kenapa ia akan berlaku? dan (7) Apakah pengajaran dalam cerita
ini? Soalan yang ditanya adalah untuk menggalakkan pelajar untuk berfikir secara
kritikal dan kreatif seterusnya meningkatkan kemahiran berfikiran aras tinggi (KBAT)
dan soalan yang ditanya akan membantu pelajar untuk lebih memahami cerita yang
dibaca.

5.0 Kesimpulan
Secara keseluruhan projek ini dapat dilaksanakan dengan baik dan jayanya.
Diharapkan projek ini mampu mencapai objektif yang telah dirancang.

Disediakan oleh.

Disediakan oleh.

(GLORIA ANAK JARAU)

(SHIRLEY ANAK EMPEN)

Pengerusi Reading Programme

Naib Pengerusi Reading Programme

Disediakan oleh.

Disediakan oleh.

(TRECY BARBARA JOHNIUS)

(KERISTI ANAK JUBANG)

Setiausaha Reading Programme

Naib Setiausaha Reading Programme

DISAHKAN OLEH,
.
(ENCIK SHAUFIE BIN HAJI SAAIT)
GURU BESAR
SK LUTONG, MIRI

You might also like