You are on page 1of 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK

Jalan Bakam
98000 MIRI
SARAWAK
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JANUARI 2013
PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN RENDAH
KERJA KURSUS
EDU3063 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
TAJUK :

INSTRUMEN PETAKSIRAN SOSIOBUDAYA BILIK DARJAH

Disempurnakan Oleh:
NAMA PELATIH
ABDUL SAMAD BIN JOHARI
SHIRLEY ANAK EMPEN
ZAHIR BIN MOHD MALI

ANGKA GILIRAN
2013021340072
2013021340089
2013021340094

N0. KAD PENGENALAN


930717-12-5865
920824-13-5904
930208-12-5699

Dibimbing Oleh:
NAMA PENSYARAH

PENGAJIAN
TARIKH MULA
TARIKH SERAHAN
TANDATANGAN
PENSYARAH

:
:
:
:

SABTUYAH BT.HJ.MORSHIDI
PPRSV5
6 FEBRUARI 2015
13 MAC 2015

BAHAGIAN C
Soalan 3
Gunakan sebuah instrumen untuk membuat pentaksiran sosiobudaya bilik
darjah dan cadangkan beberapa cara untuk menangani beberapa isu budaya
agar menjadikan suasananya lebih releven dan mesra budaya.
Berdasarkan instrumen kajian yang telah dijalankan oleh seorang guru iaitu Irebeh
Sabara dari SK Perdana Tawau berkaitan iklim bilik darjah yang mesra budaya dan
lebih relevan. Terdapat 8 items utama yang diuji dalam kajian ini, antaranya ialah
persekitaran fizikal, susun atur tempat duduk murid, galakan motivasi murid,
interaksi bilik darjah, jangkaan bilik darjah, amalan mematuhi arahan, penyeliaan
aktif dan rutin bilik darjah.
Menurut Syed Ismail Syed Mustafa et.al (2012) dalam buku Budaya dan
Pembelajaran, persekitaran fizikal bilik darjah didefinisikan sebagai satu proses
mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli untuk mencapai
objektif organisasi atau kumpulan dalam sesuatu gerakerja. Manakala, Lemlech
(1998), menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebuah okestra dalam
kehidupan yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur
dan sumber pengajaran. Berdasarkan pemboleh ubah pertama iaitu persekitaran
fizikal, guru tersebut hanya mewujudkan beberapa elemen dalam bilik darjah seperti
bilik darjah bersih, tersusun dan kondusif, murid berasa selesa dan selamat, murid
mempunyai tempat yang sesuai untuk perbincangan dan terdapat juga elemen yang
bersifat separa wujud seperti laluan dalam bilik darjah adalah selamat. Berdasarkan
soal selidik yang telah kami lakukan, ciri-ciri persekitaran fizikal bilik darjah
dipengaruhi oleh perubahan sistem kurikulum sedia ada kepada kurikulum yang
lebih efisien yang digariskan oleh kerajaan iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang menitikberatkan
pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mememntingkan suasana
pembelajaran

yang

lebih

menggalakkan pembelajaran

kondusif

seperti

susun

atur

meja

kerusi

yang

berkumpulan atau pembelajaran secara kolaborasi

atau kolaboratif dan turut menggalakkan penglibatan secara aktif dalam pengajaran
dan pembelajaran. Bagi saya, persekitaran fizikal mesra budaya dapat diwujudkan
2

melalui penentuan kedudukan atau susun atur meja atau kerusi murid dimana guru
perlulah membahagikan murid kepada kumpulan dengan mengambil kira latar
belakang, perbezaan individu dan perbezaan agama dan kaum dalam sesuatu
kumpulan dalam bilik darjah supaya wujudnya pertukaran idea di samping
menggalakkan mereka berinteraksi antara satu sama lain dengan memahami
kepelbagaian budaya yang wujud dalam sesuatu kumpulan. Malahan, dengan
kaedah ini juga turut memupuk nilai toleransi danhormat menghormati dengan kaum
lain dalam sesuatu bilik darjah. Selain itu juga, ruangan khas untuk murid
meletakkan barangan perlulah disediaakn bagi memastikan kekemasan dan
susunan atur bilik darjah berada dalam keadaan yang selesa dan menggelakan
daripada perkara yang boleh membawa kepada kemalangan atau kecederaan serta
membolehkan murid memberikan tumpuan dan fokus secara holistik kepada
penyampaian pengajaran guru tanpa sebarang gangguan.
Pembolehubah kedua adalah susun atur tempat duduk murid. Melalui
kajian ini, guru tersebut menitikberatkan hanya dua elemen sahaja daripada empat
elemen ujikaji tersebut iaitu susun atur tempat duduk menggalakkan murid belajar
secara berkumpulan dan susun atur tempat duduk memudahkan interkasi secara
verbal. Responden berpendapat bahawa susun atur membantu murid untuk
menjalankan kerja berkumpulan dan berpasukan terutamanya aktiviti pembelajaran
secara kolaborasi seperti kerja projek, perbincangan dan lain-lain bagi menggalakan
mereka bertukar dan berkongsi idea dan pendapat dalam menyelesaikan sesuatu
masalah. Walau bagaimanapun, penukaran susunan temapat duduk agar semua
murid mempunyai peluang untuk duduk di hadapan dan di sebelah rakan
disebabkan beberapa perkara yng dipertimbangkan oleh guru tersebut antaranya
gangguan daripada rakan terutamanya yang mempunyai masalah displin atau murid
yang dikategorikan sebagai murid hyperactive kerana akan menjejaskan dan
mewujudkan gangguan kepada murid lain serta mengganggu kelancaran pengajaran
guru. Namun begitu, guru perlulah memastikan kesemua pelajar memperolehi
peluang pembelajaran secara sama rata tanpa wujudnya unsur diskriminasi dan
prejudis dalam bilik darjah yang menyebabkan mereka terpinggir dan berasa
terasing daripada tumpuan guru tersebut. Kedudukan susun atur hendaklah
memudahkan murid menerima arahan dan berinteraksi dengan murid lain atau

dengan guru supaya pembelajaran dianggap lebih bermakna dan berkesan terhadap
murid.
Pembolehubah ketiga adalah galakan motivasi murid. Berdasarkan Noriati
Abd Rashid et.al (2012), motivasi dalam kajian tersebut didefinisikan sebagai
keadaan dalaman yang merangsang, mengarah dan mengekalkan tingkah laku.
Motivasi seseorwng murid wujud sama ada secara intrinsik atau ekstrinsik. Secara
keseluruhannya, responden tersebut dianggap sebagai guru pencetus motivasi
pelajar yang aktif dimana guru tersebut sentiasa memberikan pujian atau peneguhan
positif secara kerap kepada pelajarnya seperti mempamerkan hasil kerja murid serta
memberikan komen positif tentang bilik darjah yang menggambarkan semangat
kekitaan dalam kumpulan.

Rasional responden ini mengaplikasikan kemahiran

motivasi kepada pelajar supaya membangunkan motivasi dan keyakinan diri pelajar
di samping mewujudkan minat yang tinggi terhadap sesuatu ilmu yang disampaikan
kepada pelajar. Walaupun hasil kerja murid dipamerkan oleh responden tetapi
peluang untuk semua hasil kerja murid dipamerkan tidak dapat dipenuhi kerana
beberapa sebab seperti ruang pameran yang tidak mencukupi. Namun begitu, usaha
dalam menyediakan ruang pameran yang mencukupi perlulah diusahakan oleh
pihak sekolah atau guru itu sendiri untuk mempamerkan hasil kerja atau seni mereka
walaupun kerja tersebut tidak memenuhi cita rasa guru tetapi sebagai menghargai
usaha dan kerahan tenaga mereka untuk menyiapkan tugasan dengan bersemangat
dan tekun. Melalui pendekatan ini juga, minat murid akan bercambah dengan lebih
mudah kerana mereka berasa dihargai atas usaha yang dilakukan. Responden
kurang memberikan tumpuan terhadap item ketiga iaitu hasil kerja seni atau poster
yang digantung mencerminkan minat dan latar belakang budaya murid. Guru
tersebut seharusnya berusaha membantu dalam mencungkil bakat dan minat pelajar
berdasarkan pemerhatian dan penelitian yang dilakukan atau digantungkan supaya
bakat tersebut dapat diasah dan dikembangkan secara menyeluruh. Sekiranya guru
hanya mempamerkan sesetengah hasil kerja murid sahaja terutamanya hasil kerja
yang dikategorikan kemas dan cantik sahaja akan menimbulkan tanggapan negatif
kepada guru kerana wujudnya unsur diskriminasi terhadap golongan tertentu.
Interaksi bilik darjah merupakan pembolehubah yang keempat. Responden
menyatakan bahawa kesedaran murid untuk bila bercakap dan menyuarakan
pendapat adalah separa wujud. Hal ini kerana murid kebanyakkannya akan
4

bercakap dan menyuarakan pendapat mereka sekiranya menghadapi sesuatu


permasalahan. Contohnya, murid-murid bertanyakan soalan dan menyuarakan
pendapat apabila mereka merasa tidak puas hati mengenai sesuatu topik
pembelajaran yang telah diterangkan oleh guru. Oleh itu, guru seharusnya memberi
peluang kepada murid-murid untuk menyuarakan pendapat semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Suasana interaksi bilik darjah yang mana murid tahu untuk menarik perhatian
guru adalah separa wujud. Semasa sesi penyoalan berlangsung di dalam bilik
darjah, tidak semua murid berani untuk menanyakan soalan. Mereka lebih suka
mendiamkan diri dan bertanya kepada rakan-rakan yang faham mengenai sesuatu
pembelajaran tersebut. Hal ini berlaku kerana sebahagian murid merasa selesa
apabila berkomunikasi dengan rakan-rakan sendiri di dalam bilik darjah. Guru perlu
menunjukkan sikap "ambil peduli", perihatin terhadap setiap gerak geri pelajar di
dalam mahupun di luar bilik darjah. E. Ruby, et al (2002) menamakan sikap "ambil
peduli" ini sebagai "withitness". Menurut Kounin pengurus bilik darjah yang baik
ialah terdiri daripada mereka yang peka dan tahu apa yang berlaku semasa
pengajarannya. Mereka sentiasa prihatin terhadap tingkahlaku pelajar-pelajarnya.
Disamping itu, responden menyatakan interaksi di antara guru dengan murid
hendaklah mesra dan selesa adalah separa wujud. Hal ini tercetus kerana
sesetengah guru bersikap tegas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan
menyebabkan interaksi guru dengan murid menjadi tegang. Bagi mengelakkan hal
itu terjadi, kita sebagai seorang guru seharusnya mewujudkan interaksi dua hala dan
membawa suasana sosioemosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru
dengan murid-muridnya. Suasana ini menggalakkan murid-murid mudah untuk
berdamping dengan guru, tidak segan untuk bertanya atau mengemukakan
pendapat mereka. Selain itu, responden menyatakan bahawa guru tidak
menggunakan nisbah 4:1 bagi komen positif ke negatif.
Sementara itu, guru yang berinteraksi secara positif dengan semua murid di
dalam kelas hanya sebahagian sahaja. Tugas guru bukan bersifat statik dan hanya
tertumpu kepada objektif akademik sahaja. Tetapi guru berperanan dan mempunyai
pengaruh yang besar kepada pembetukan kehidupan sosial pelajar. Sehubungan itu,
pembinaan hubungan berkesan antara guru dan murid adalah pendekatan terbaik
5

bagi mencapai hasrat ini. Selain itu, guru kelihatan berminat dengan pandangan dan
pendapat murid adalah tidak sepenuhnya. Responden berpendapat demikian kerana
setiap pandangan dan pendapat murid bukan kesemuanya tepat dan boleh
digunakan. Seperti yang kita sedia maklum, guru seharusnya menghargai
pandangan dan pendapat murid-muridnya. Cara yang berkesan ialah guru
membetulkan pandangan dan pendapat murid sekiranya tidak dapat diterima dan
memberitahu kebenaran secara baik. Murid-murid menerima maklum balas yang
positif mengenai pencapaian akademik dan tingkah laku oleh sesetengah guru
sahaja. Guru gagal dalam membimbing pelajar supaya cemerlang dalam akademik
dan tingkah laku. Dalam pada itu, guru haruslah menggunakan teknik dan strategi
pembelajaran yang pelbagai semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Bersangkutan dengan hal mengenai jangkaan bilik darjah, responden
menyatakan bahawa terdapat 3 hingga 5 jangkaan positif bilik darjah yang wujud
dalam bilik darjah tidak dilakukan oleh kebanyakkan guru. Hanya sebahagian sahaja
yang melaksanakan jangkaan tersebut. Murid-murid akan menunjukkan pencapaian
berdasarkan harapan dan jangkaan daripada guru. Kebanyakan jangkaan yang
dibuat oleh guru adalah lebih tepat jika dibandingkan dengan masyarakat. Sebagai
seorang guru, ia perlu menaruh harapan yang lebih baik kepada pelajar di bawah
bimbingannya. Setiap tanggapan yang negatif perlu diubah. Berilah motivasi yang
tinggi kepada seseorang pelajar agar minat dan prestasi mereka akan meningkat
dari semasa ke semasa. Selain itu, hanya sebahagian guru membuat ulasan dan
mengingatkan murid tentang jangkaan bilik darjah. Dalam konteks ini, guru lebih
senang dan memudahkan diri membuat jangkaan bilik darjah tanpa pengetahuan
murid-murid. Oleh hal yang demikian, guru seharusnya memberitahu murid
mengenai jangkaan yang positif dalam bilik darjah dengan menghargai tahap
penguasaan murid supaya mereka terus berusaha bersungguh-sungguh dalam
pencapaian akademik. Walaubagaimanapun, guru sentiasa mengulas kelemahan,
kesalahan dam memperbetulkan berdasarkan pencapaian murid tersebut bagi
situasi di dalam bilik darjah. Misalnya, selepas tamat sesi pengajaran dan
pembelajaran, guru selalu membuat refleksi mengenai sesuatu topik pembelajaran.
Namun begitu, tidak semua murid sedia maklum dengan jangkaan-jangkaan
tersebut. Hal ini kerana guru tidak memaklumkan jangkaan terlebih dahulu kepada

murid. Tambahan pula, harapan dan anggapan guru juga boleh mempengaruhi
prestasi pelajar. Jadi guru perlu memberikan jangkaan yang positif kepada pelajar.
Keenam ialah amalan mematuhi peraturan amat penting dipatuhi oleh muridmurid. Hanya sebahagian murid yang terlibat secara aktif dalam mematuhi segala
arahan dan peraturan bilik darjah. Contohnya, murid yang hyperaktif di dalam bilik
darjah tidak suka mematuhi segala arahan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Dalam konteks ini, guru seharusnya merancangan pelbagai strategi
dan teknik pengajaran di dalam bilik darjah supaya murid tidak bosan menggunakan
strategi yang sama. Responden menyatakan bahawa amalan mematuhi arahan
difahami dan diperakui bersama oleh sebilangan murid di dalam bilik darjah.
Contohnya, murid kebanyakkan tidak dapat menerima dan mematuhi arahan yang
telah di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, guru janganlah seringkali
menetapkan arahan kepada murid semasa melaksanakan tugasan. Hal ini kerana
tahap pemikiran murid secara kritis dan kreatif adalah terhad. Selain daripada itu,
melalui analisis responden, guru kebanyakkannya menggunakan pendekatan
arahan dan teknik yang berlainan dan berubah mengikut pengajaran. Sebagai
contohnya, guru memang digalakkan menggunakan pendekatan arahan dan teknik
yang pelbagai mengikut pengajaran. Lagipun, pendekatan arahan dan teknik
pengajaran

yang

pelbagai

dapat

meransang

minat

murid-murid

mengikuti

pembelajaran berdasarkan latar belakang sosiobudaya murid yang pelabagai.


Tambahan pula, responden mendapati hanya sebilangan guru menggunakan
latihan yang mampu menunjukkan mencapai tindak balas murid yang tinggi semasa
proses pembelajaran. Contohnya, guru menggunakan aras pemikiran yang sama
sahaja dan terhad kepada satu buku latihan. Oleh itu, guru harus memberikan
latihan megikut aras pemikiran yang pelbagai. Misalnya, guru memberikan latihan
mengikut tahap penguasaan murid-murid di dalam bilik darjah.
Tumpuan murid adalah kekal dan tertumpu sepanjang aktiviti di dalam bilik
darjah iaitu hanya sebahagian murid yang menumpukan perhatian. Sebagai
contohnya, murid tidak suka terikat dengan peraturan bilik darjah semasa proses
pengajaran dan pembelejaran dijalankan. Mereka melaksanakan pembelajaran
mengikuti keselesaan masing-masing. Guru mestilah memberikan kebebasan dan
memerhatikan tingkah laku murid tanpa memberikan arahan yang terlalu terikat
7

semasa

aktiviti

pembelajaran.

Berdasarkan

pemerhatian

responden, hanya

sesetengah guru yang sentiasa memeriksa tahap kefahaman murid dan memberikan
respon yang kerap dan selesa. Misalnya, guru senantiasa memberikan respon
kepada murid yang berani bertanya semasa proses pembelajaran dan tidak
menumpukan perhatian kepada murid yang pasif. Oleh yang demikian, guru
sepatutnya mengadakan sesi rumusan dan penyoalan selepas pengajaran dan
pembelajaran selesai. Hal ini akan memberikan murid peluang untuk menanyakan
soalan yang mereka tidak faham.
Berdasarkan pemerhatian kami, guru mengehadkan pergerakan dan interaksi
dengan murid di dalam kelas. Keadaan ini adalah kurang baik dan pengajaran dan
pembelajaran menjadi kurang efektif. Oleh hal yang demikian, guru perlulah bersikap
professional dan menanamkan semangat penyayang serta bersikap terbuka.
Daripada perspektif yang berbeza, guru haruslah lebih mendekati anak didiknya
dengan lebih kerap. Selain itu, interaksi dua hala haruslah diwujudkan didalam kelas
sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sebagai contoh, guru
menanyakan soalan yakni pendapat murid. Lebih-lebih lagi sekiranya murid
memahami isi pengajaran yang telah disampaikan ataupun tidak. Sebagai guru,
pengajaran yang berjaya adalah apabila semua murid dapat memahami isi
pengajaran yang diajar. Dengan ini, Suasana sosiobudaya bilik darjah menjadi lebih
relevan dan mesra budaya.
Penyeliaan aktif guru terpampang apabila kami dapat memerhatikan bahawa
guru tersebut menggunakan eye contact untuk mewujudkan interaksi dengan murid
yang duduk jauh. Sebagai contoh, walaupun guru tersebut mengajar yakni memberi
ucapan dihadapan, guru juga tidak terlepas pandang murid yang berada duduk di
bahagian belakang. Teknik yang digunakan oleh guru tersebut adalah dengan
sentiasa melihat dan memerhatikan murid yang berada dibelakang. Ini bermakna,
guru tersebut menyampaikan ucapan sambil memandang wajah dan mata pelajar
yang duduk dibahagian belakang. Dengan cara ini, murid yang duduk jauh tidak
akan terabai di dalam kelas. Oleh itu, guru perlulah memberi pengajaran yang adil
didalam kelas. Dengan erti kata lain, guru tidak hanya memfokuskan pengajaran
pada murid yang duduk dibahagian hadapan sahaja. Walaupun guru tidak bergerak
kebelakang, cukuplah dengan hanya memberikan eye contact kepada pelajar yang

duduk jauh dibelakang. Murid tersebut juga akan merasa mereka lebih diperhatikan
dan dihargai. Sebagai kesannya, sosiobudaya bilik darjah akan lebih mesra budaya.
Pada hemat dan pemerhatian yang kami jalankan, penyeliaan aktif guru lebih
terserlah apabila guru tersebut sentiasa mengawasi bilik darjah. Contoh yang dapat
kami kemukakan ialah, guru tersebut dapat mengawal murid daripada membuat
perkara yang melanggar peraturan sekolah mahupun kelas seperti tidak membuat
bising dan sentiasa membuat kerja yang telah diarahkan. Tambahan lagi, guru
tersebut tidak akan meninggalkan kelas dengan begitu lama sekiranya mempunyai
hal lain di luar bilik darjah. Cara yang diterapkan oleh guru ini adalah dengan
memberikan kerja kepada murid sebelum meninggalkan kelas dan kerja tersebut
hendaklah disiapkan sebelum guru tersebut kembali semula ke dalam kelas. Dengan
cara ini, guru juga dapat mengawasi kelas walaupun tidak berada dalam kelas pada
masa yakni waktu itu.
Apa yang dapat kami lihat di dalam kelas semasa membuat pemerhatian
ialah keperluan rutin bilik darjah adalah lengkap sepenuhnya. Contohnya, pihak
pengurusan sentiasa mengemaskini maklumat terbaru dengan mengedarkan notisnotis pemberitahuan serta kedatangan kelas sentiasa diambil sebelum sesi
pengajaran dan pembelajran dimulakan.
Daripada aspek pergerakan murid seperti keluar masuk bilik darjah dan pergi
ke bilik air, pelajar tersebut hendaklah menggunakan tanda nama khas yang
menyatakan mereka berada diluar bilik darjah semasa waktu pengajaran dan
pembelajaran sedang berlangsung. Sebagai contoh, kad kebenaran keluar. Selain
itu, murid mempunyai ruang khas untuk mengasah pensil. Perkara ini bagi
mengelakkan pelajar membuat persekitaran bilik darjah menjadi tidak kondusif.
Aspek yang paling penting ialah latihan kebakaran, sekolah ini sentiasa
melaksanakan latihan kebakaran dimana murid akan diuji untuk bertindak pantas
apabila berlaku kebakaran. Sebelum itu, semua murid akan diberikan taklimat
mengenai etika yang perlu dipatuhi semasa berlakunya kebakaran seperti bergegas
turun ke pusat perkumpulan semasa kebakaran. Bertindak pantas disini bermaksud
setiap murid berlari dengan keadaan yang teratur iaitu tidak saling tolak-menolak
antara satu sama lain.

Pelaksanaan housekeeping adalah salah satu perkara yang wajib pelajar


lakukan semasa berada dalam kelas. Berdasarkan pemerhatian kami, murid akan
memadam papan tulis sebelum bermulanya sesi pembelajaran dan selepas
tamatnya sesi pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, murid yang bertugas juga
akan menyiram pokok bunga, membersih meja serta menyimpan barang-barang
peribadi di tempat yang telas disediakan. Contohnya, bilik darjah tersebut dilengkapi
dengan rak kasut yang memudahkan murid untuk menyusun kasut dengan lebih
kemas dan teratur.
Rutin bilik darjah yang berbentuk arahan juga wujud pada kelas yang telah
kami buat pentaksiran. Contohnya, ketua kelas dan penolong ketua kelas telah
memainkan peranan mereka dengan memberi peringatan mengenai bahan yang
perlu dibawa semasa pengajaran dan pembelajaran serta mengagihkan bahanbahan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ketua kelas juga akan mengumpul,
menghantar dan mengembalikan kerja rumah yang telah disemak oleh guru kepada
rakan sekelas yang lain.

Dengan ini, terbuktilah suasana kelas menjadi lebih

relevan. Walaubagaimanapun, kami melihat bahawa keperluan rutin bilik darjah yang
lengkap tidak menjamin semua murid akan mematuhi prosedur rutin bilim darjah.
Sebagai contoh, terdapat segelintir pelajar yang enggan untuk melaksanakan
tugasnya seperti membersihkan kelas. Bagi mengatasi keadaan ini, guru perlulah
memberi murid penghargaan sekiranya kelas tersebut sentiasa berada dalam
keadaan yang bersih. Contohnya, guru akan memberikan ganjaran seperti barangan
keperluan belajar iaitu alat tulis. Akan tetapi, rutin bilik darjah adalah dalam susunan
yang logik. Contohnya, murid yang bertugas akan membersihkan kelas terlebih
dahulu seperti menyapu membuang sampah. Setelah itu, barulah murid yang lain
akan menyusun kerusi dan meja dengan teratur serta membersihkan papan tulis. Ini
bermakna, suasan kelas itu adalah relevan kerana mengikut kepentingan dan
keselesaan setiap pelajar yang bertugas.
Secara keseluruhanya, pemerhatian yang telah kami jalankan menunjukkan
bahawa rutin kelas adalah kurang berkesan. Hal ini kerana, walaupun keperluan
adalah lengkap dan susunan rutin juga adalah logik, namun murid tidak dapat
mematuhi prosedur yang ditetapkan. Oleh itu, seperti yang telah dicadangkan, setiap
murid itu perlulah diberi peneguhan yakni ganjaran. Hal ini dapat dibuktikan melalui
10

teori pelaziman operan oleh B.F Skinner iaitu peneguhan positif. Peneguhan positif
ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang
menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah,
peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran mahupun aktiviti melaksanakan rutin kelas. Contoh
peneguhan positif yang dapat diberikan kepada pelajar ialah memberikan kata-kata
pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja.

11

LAMPIRAN

12

You might also like