You are on page 1of 6

Sekolah S.K. St.

Mary Kuala Lumpur

FOLIO PENDIDIKAN
MORAL

PAKAIAN
TRADISIONAL KAUM
DI
MALAYSIA
AHLI KUMPULAN:
Shubashenee (5 Jade)
Mrinalini (5 Jade)
Rishma Harshini (5 Jade)
Dhivyajothi (5 Berlian)
Sakhti ( 5 Delima)

PAKAIAN TRADISIONAL ORANG IBAN

Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil Bidang.


Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang
separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada
sebidang kain yang berukuran 110cmx60cm dan terdiri
daripada dua bidang kain seumpamanya yang
dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian
harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaanya, bidang
ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang
berwarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara
tertentu atau sebarang perayaan pula dihiasi oleh
pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan
warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada di
antara bidang tersebut yang dihiasi dengan corak bermotif
tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau
perak di atas kain dasar yang berwarna merah.
Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang
dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong.
Ia dihiasi dengan pelbagai corak tenunan yang sangat
halus. Panjang bedong hampir sama dengan sirat. Bedong
dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di
badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara
rasmi.

PAKAIAN
TRADISIONAL KAUM
MELAYU

BAJU KURUNG

Baju kurung berasal dari negeri Johor. Pakaian ini merupakan


pakaian tradisional kaum wanita Melayu. Menurut sejarah
kewujudan pakaian ini, baju kurung dikatakan wujud dua ratus
tahun yang lampau. Baju kurung dikatakan hasil kreatif Sultan Abu
Bakar iaitu sultan Johor pada tahun 1866. Selain itu, ada juga
cerita yang menyatakan bahawa baju kurung telah wujud sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Pengertian kurung secara
tidak langsung membawa erti mengurung atau menutup anggota
tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah
kedatanganIslam, sehinggalah istilah kurung diertikan sebagai
baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang.
Pada masa pemerintahan Sultan Abu Bakar, baju kurung menjadi
pakaian rasmi bagi wanita. Baju kurung kini dijadikan sebagai
pakaian rasmi kerajaan Malaysia yang dipakai oleh kakitangan di
jabatan-jabatan kerajaan dan juga kakitangan swasta. Baju kurung
dijadikan sebagai pakaian kebangsaan di Malaysia. Semua etnik di
Malaysia dilihat memakai baju kurung ini walaupun dimana sahaja
berada.

BAJU KEBAYA

Baju kebaya biasanya dipakai oleh wanita Melayu dan Indonesia.


Pakaian tradisional baju kebaya ini dikatakan berasal daripada
kaum Cina yang datang ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu.
Lama kelamaan baju kebaya diterima oleh masyarakat tempatan
di Kepulauan Melayu. Di pulau Jawa, baju kebaya adalah dipakai
oleh golongan-golongan bangsawan dan kerabat-kerabat
pemerintah. Seterusnya, baju kebaya kemudiannya dijadikan
pakaian rasmi pada zaman penjajahan Belanda.
Selain baju kebaya biasa, terdapat juga baju kebaya yang dikenali
sebagai baju belah kebaya panjang. Baju belah kebaya panjang ini
ada berasal dari Johor. Baju belah kebaya panjang adalah
keseluruhannya menutupi anggota badan sehingga mencecah
buku lali. Bahagian hadapan baju ini adalah terdedah dan ditutup
dengan kerongsang. Pakaian ini juga dipakai dalam acara-acara
rasmi ataupun dipakai pada majlis majlis keramaian.

BAJU MELAYU

Baju Melayuialah pakaian tradisional dan kebangsaan


lelakiMelayu. Baju Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu
baju (kemeja lengan panjang) dan seluar panjang serta dilengkapi
dengansamping dan songkok. Baju Melayu terdapat dua jenis
garisan leher iaitu teluk belanga dan cekak musang. Baju Melayu
biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk
bersembahyang, ke pejabat, majlis formal, dan sebagai pakaian
adat.
Baju Melayu biasanya dipakai diBrunei, Malaysia dan
Singapuraoleh orang-orang Melayu. Lelaki Brunei dan Malaysia
biasanya memakai baju untuk majlis-majlis keagamaan yang
umum, seperti melawat masjid atau untuk perhimpunan agama.
Walaupun begitu, di Malaysia dan Brunei, ia biasanya dipakai di
acara-acara formal, seperti perayaan dan perkahwinan.
Pemakaian Baju Melayu telah berkuat kuasa sewaktu
pemerintahanSultan Muhammad Shah(1424-1444) Sultan Ketiga
dari empayar Kesultanan Melayu Melaka.
Baju Melayu Cekak Musang pula mula dipakai di Johor ketika
Pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

You might also like