You are on page 1of 14

FOLIO PENDIDIKAN SIVIK &

KEWARGANEGARAAN 2013
TAHUN 4

NEGARAKU MALAYSIA

u: Pn. Sulhana
ta Pelajaran: Pendidikan Sivik & Kewarganega
ma : Rishma Harshini
as : 4 Jade
kolah: S.K. St. Mary
Markah:

20

ISI KANDUNGAN
1.

Kemerdekaan

2.

Kemerdekaan Tanah Melayu

3.

Rukun Negara

4.

Ciri-Ciri Rukun Negara

5.

Bendera Jalur Gemilang

6.

Jata Negara

7.

Bendera Negeri-Negeri Malaysia

8.

Penghargaan

KEMERDEKAAN

Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos


1957.

Kemerdekaan Tanah Melayu


Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan
penduduk Tanah Melayu, apabila membentuk Parti Perikatan meminta British
untuk membenarkan penduduk Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya.
Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah
menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8
Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka
pada 31 Ogos 1957.
Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan
penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura.
Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei,
Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk
sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September
1963.

RUKUN NEGARA

Prinsip Rukun Negara merupakan hasil pemikiran Majlis Perundingan Negara (MAPEN)
yang dipengerusikan oleh Tun Abd Razak selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969.
Tujuan Menyatukan semua kaum di bawah satu ideologi kenegaraan yang sama dan
bersepadu
Sebab diperkenal pada tahun 1970:
-

Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969


Rakyat berbilang kaum bertindak mengikut prinsip tertentu
Kesan penjajahan British dan Jepun dasar Pecah & Perintah
Nilai menyeluruh ke arah perpaduan kaum
Perpaduan & persefahaman antara kaum

CIRI-CIRI MURNI RUKUN


NEGARA
Mewujudkan:Masyarakat yang Bersatu padu rakyat hidup aman damai
Masyarakat yang Demokratik kuasa dan kerajaan rakyat,
pilihanraya yang bebas
Masyarakat yang Adil kemakmuran dan pengagihan kekayaan
negara yang adil
Masyarakat yang Progresif Warganegara berbudaya Ilmu demi
kemakmuran negara
Masyarakat yang Liberal Kebebasan mengamalkan budaya kaum;
Kebudayaan

Bendera Malaysia JALUR GEMILANG

Bendera negara Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih


(melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah
atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda
keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Kedah,
Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Terengganu, Perlis,
Selangor, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang Sabah, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke
bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan
rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda
Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda
perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna Kuning
pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang
Maha Mulia Raja-Raja.

Jata Negara Malaysia

Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung
dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak
bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri
Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan
dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari
Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu,
warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih
dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.
Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga Bahagian di sebelah
bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengahtengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai
penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia,
Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di
sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha
Mulia Raja-raja.

BENDERA NEGERI-NEGERI MALAYSIA


PERLIS
SARAWAK

SABAH

KELANTAN

KEDAH

TERENGGA
NU

PULAU
PINANG

PERAK

JOHOR

SELANGOR

MELAKA
WILAYAH
PERSEKUTU
AN

HEGERI
SEMBILAN

PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Pendidikan Sivik &
Kewarganegaraan saya, Pn.Sulhana kerana telah membimbing saya dalam
pelajaran Sivik & Kewarganegaraan. Saya juga amat menghargai peluang
mendalami pengetahuan saya mengenai Malaysia.
Saya juga ingin melahirkan penghargaan kepada ibubapa saya yang telah
membantu saya menyiapkan folio Negaraku Malaysia ini.
Sekian. Terima Kasih.
Rishma Harshini

16

RINGKASAN SEJARAH MALAYSIA

Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu
sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini
meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul
sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik iaitu titik
pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka
muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di
Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi
anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.
Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula daripada tahun inilah
Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan
Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824
melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan paling
lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum
ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri.
Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan
penduduk tempatan.
Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih
kepada bersifat perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan
oleh British. Antara tokohyang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut,
Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN


2013
TAHUN 4

TAJUK:
NEGARAKU MALAYSIA

Nama : Rishma Harshini


Kelas : 4 Jade
Sekolah: S.K. St. Mary

You might also like