You are on page 1of 4

Akta Orang Kurang Upaya (Akta OKU 2008)

Orang Kurang Upaya (OKU) adalah sebahagian daripada masyarakat. Mereka


turut menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. Sehubungan
itu, adalah menjadi tangungjawab kerajaan untuk memastikan kebajikan dan
kesejahteraan hidup mereka turut dijaga.
Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta OKU 2008) diperkenalkan berasaskan
kepada konsep hak asasi manusia untuk memastikan hak orang kurang upaya
seperti masalah fizikal, penglihatan, pendengaran, percakapan dan masalah
pembelajaran turut sama mempunyai hak seperti mana orang normal. Akta ini
memperuntukkan perihal berkaitan dengan pendaftaran, perlindungan,
pemuliharaan, pembangunan dan kesejahteraan OKU serta penubuhan Majlis
Kebangsaan bagi OKU. Akta ini telah telah diluluskan oleh parlimen pada 10
Disember 2007 dan dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008. Pihak kerajaan juga
menumpukan kepada dua sasaran utama iaitu kebolehakasesan dan pekerjaan.

Matlamat Akta OKU 2008


Perundangan negara untuk OKU merupakan satu langkah yang berkesan untuk
menyediakan polisi kebangsaan bagi orang kurang upaya. Langkah ini bukan
sahaja bagi melindungi hak asasi bagi OKU tetapi juga turut menyediakan ruang
untuk melaksanakan hak-hak supaya mereka dapat diintegrasikan ke dalam
masyarakat keseluruhannya.

Tafsiran Orang Kurang Upaya (OKU) mengikut akta OKU 2008 adalah termasuk
mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental,
intelektual atau deria yang menyebabkan mereka menghadapi pelbagai
halangan lalu menyekat penyertaan mereka yang sepenuh dan berkesan dalam
masyarakat.
Akta OKU 2008 digubal untk melindungi hak-hak orang kurang upaya. Undangundang ini dengan jelas menyatakan orang kurang upaya mempunyai hak yang
sama dengan orang lain. Akta ini turut memberikan peluang kualiti kehidupan
yang lebih baik dengan menyediakan kemudahan akses kepada perkara berikut:
Tempat dan Perkhidmatan
OKU harus mempunyai hak untuk akses dan menggunakan kemudahan awam,
amenity, perkhidmatan dan pembangunan awam yang sama dengan orang
normal.

Kerajaan perlu mempastikan kesemua kemudahan awam, amenitii,


perkhidmatan dan bangunan direka bentuk mengikut kesesuaian atau mesra
pengguna dengan OKU.

Pengangkutan awam
OKU harus mempunyai hak untuk akses kepada pengangkutan awam dengan
mudah. Kerajaan harus mempastikan rekabentuk pengangkutan awam yang
bersesuaian dengan semua orang.

Pendidikan
OKU tidak boleh dikecualikan daripada system pendidikan umum atas tidak
keupayaan, dan kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan dari
pendidikan pra sekolah, rendah, menengah dan tinggi termasuk latihan
vokasional serta pembelajaran sepanjang hayat.
Kerajaan dan institusi pendidikan hendaklah menyediakan material sokongan
pengajaran seperti bahasa isyarat dan Braille.

Pekerjaan
OKU hendaklah hendaklah mempunyai hak untuk mendapat pekerjaan dengan
peluang yang saksama.
Majikan hendaklah melindungi hak OKU dengan memberikan kesetaraan dengan
orang upaya termasuk peluang yang sama dan pembayaran untuk kerja yang
sama nilai dengan orang biasa, keadaan kerja yang selamat dan sihat, daripada
gangguan dan memulihkan ketidakpuasan hati.

Komputer, Maklumat dan Teknologi


Kerajaan dan penyedia perkhidmatan TMK hendaklah memastikan OKU
mempunyai hak untuk akses kepada TMK atas asas kesetaraan dengan orang
upaya.
Kerajaan dan penyedia TMK hendaklah, bagi membolehkan OKU mempunyai
akses sedemikian dengan menyediakan maklumat, komunikasi dan teknologi
yang boleh akses, bersesuaian dengan pelbagai jenis ketidakupayaan mengikut
cara yang sesuai dan tanpa kos tambahan.
Kerajaan dan sektor swasta hendaklah menerima dan memudahkan penggunaan
bahasa isyarat Malaysia, Braille, komunikasi augmentative dan alternative dan

semua cara, kaedah dan format komunikasi boleh akses yang boleh dipilih oleh
orang kurang upaya dalam urusan rasmi.

Kehidupan berbudaya
Orang kurang upaya mesti mempunyai hak untuk akses kepada kehidupan
berbudaya atas asas kesetaraan dengan orang upaya.
Orang kurang upaya mempunyai hak untuk mengetahui budaya dan bahasa
sendiri, menikmati cara kehidupan seperti orang biasa, menikmati program
televisyen, filem, teater, muzim, perpustakaan dan pelancongan.

Habilitasi dan rehabilitasi


Penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan
hendaklah mengambil langkah yang berkesan dan sesuai untuk membolehkan
orang kurang upaya mencapai dan mengekalkan keupayaan berdikari yang
maksimum, keupayaan fizikal, mental, social dan vokasional sepenuhnya serta
penglibatan dan penyertaan sepenuhnya dalam semuaa spek kehidupan.
Sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambi langkah
yang sesuai untuk menggalakkan dan mengukuhkan program rehabilitasi
berasaskan komuniti untuk menyediakan intervensi awal, rehabilitasi danlatihan
bagi orang kurang upaya dalam komuniti mereka sendiri melalui penyertaan
aktif komuniti.

Kesihatan
Kerajaan hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk memastikan orang
kurang upaya mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan, termasuk
rehabilitasi berkaitan kesihatan
Kerajaan hendaklah menyediakan pakar terapi pengucapan,fisioterapidan terapi
pekerjaan.
Kerajaan juga hendaklah mencegah dari berlakunya kurang upaya selanjutnya,
imunisasi ,nutrisi dan genetik kaunseling.

Perlindungan kepada Orang Kurang Upaya yang Serius


Kerajaan hendaklah menyediakan perlindungan dan sokongan untuk memastikan
orang yang mempunyai kurang upaya yang teruk mendapat kualiti kehidupan
yang baik selepas kematian penjaganya.

NGO yang berniat untuk menyediakan penjagaan institusi kepada orang kurang
upaya yang serius atau penjaga kepada orang kurang upaya yang serus haruslah
membuat permohonan untuk mendapatkan insentif bagi menyediakan
penjagaan daripada majlis.

Pertolongan Ketika Kecemasan


Orang kurang upaya mempunyai hak untuk dibantu setara dengan orang upaya
dalam situasi kecemasan dan berisiko demi kemanusiaan, termasuklah ketika
perang atau kemusnahan semulajadi.

Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya


Disamping itu, kerajaan hendaklah menubuhkan Majlis Kebangsaan bagi Orang
Kurang Upaya. Peranan majlis ini adalah seperti berikut:
Majlis akan bekerjasama dengan kerajaan, organisasi dan syarikat untuk
melaksanakan pelan.
Majlis akan memberikan cadangan dan nasihat kepada kerajaan untuk
memajukan meningkatkan sokongan kepada orang kurang upaya.
Membantu orang ramai mengetahui lebih tentang orang kurang upaya.
Meningkatkan system pendidikan.
Memperbanyakkan peluang pekerjaan dan ;latihan kemahiran untuk orang
kurang upaya.

You might also like