You are on page 1of 5

PENGAJIAN MALAYSIA (

NAMA PENSYARAH : PUAN MARHAYU BINTI ABDUL JAMAI


EXSPERIMEN SOSIAL : PAKAIAN TRADISIONAL
NAMA PELAJAR : NURFARAHAMANI BT MD NOOR (02DGU19F1059)
NUR WAHIDATUL FATIHAH AMNI BT MOHD
RIDUAN (02DGU19F1099)
NUR ANIS NABILLAH BT KHAIRILANUAR
(02DGU19F1007)
AINA NAZIFA BT MOHAMAD (02DGU19F1095)
WAN NURUL AISYAH BT WAN ABDULLAH ROFFAR
(02DGU19F11510
SHARIFAH ROZIANA BT SYED MOHD WAZER (
02DGU19F1047) (02DGU19F1059
AIDA NUR WAFFA BINTI RIZAL (02DGU19F1027)
DEFINISI PAKAIAN TRADISIONAL :
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Contohnya
melayu,cina,india dan lain-lain. Oleh itu, setiap kaum mempunyai pakaian yang berbeza.
Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan
warna. Pada zaman dahulu penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada
kulit kayu dan hiasan manik. Kini, pakaian tradisional seperti baju kebaya melayu, sari india,
dan cheongsam cina masih digunakan dengan meluas.

PENGENALAN :
 BAJU KURUNG :
Baju kurung lazimnya diketahui sebagai sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala
hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain Panjang yang berlipat tepi. Ianya
meliputi seluruh badan memperlihatkan wajah dan tangan sahaja, dilihat sebagai
mematuhi peraturan berpakaian islam. Baju kurung boleh digandingkan dengan kain
tradisional seperti songket atau batik. Kebiasaanya pakaian ini digunakan sengan kain
selendang atau tudung kepala. Baju kurung sesuai untuk dipakai dalam majlis-majlis
formal atau urusan seharian.

 BAJU MELAYU ;
Baju melayu merupakan pakaian lelaki melayu yang terdiri daripada dua jenis iaitu
baju teluk belanga dan baju cekak musang. Baju ini biasanya dipakai semasa
menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan
solat jumaat. Selain itu,baju ini juga amat sesuai dipakai pada hari perayaan dan juga
majlis-majlis rasmi. Pemakaian baju melayu kelihatan lebih berseri apabila
digandingkan Bersama samping atau songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri-
kendara dan solat jumaat, baju ini dipakai Bersama kain pelekat atau kain tenun
sutera. Baju melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar Panjang.
Pakaian ini selalunyawfx, n ,mm nb nnbbvb diganding dengan kain samping yang
diikat di bahagian pinggang.
 CHEONGSAM :
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan cina. Biasanya dipakai pada upacara-
upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa tahun baru cina. Cheongsam
mempunyai leher yang tinggi,butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pingang
dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakain ini selalunya diperbuat daripada kain
sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut.

 SAMFU
Samfu membawa maksud ‘baju dan seluar’ dalam dialek kantonis. Samfu merupakan
pakaian kaum cina. Samfu diperbuat daripads kain nipis yang tidak bercorak atau
berbunga halus. Samfu dipakai oleh lelaki berketurunan cina. Pakaian ini terdiri
daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai
Bersama seluar longgar seperti seluar baju melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat
daripada kain lembut seperti kain sutera.

 SARI :
Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan india dan ia adalah pakaian seharian
dan turut dipakai pada musim perayaan. Kain sari ini dililit pada badan dengan
bahagian hujungnya yang bersulam diletak diatas bahu kiri. Kain dalam dipakai diatas
atau dibawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari
diperbuat daripada pelbagai jenis,corak dan warna kain yang sememangnya indah.

 KURTA :
Pakaian tradisional bagi lelaki kaum india. Kemeja Panjang yang sampai ke lutut
yang diperbuat daripada kain kain kapas atau lime dan sutera. Kurta ini pada
kebiasaanya akan dipakai Bersama salwar longgar, seluar longgar atau seluar
churidar. Kurta pyjama adalah kurta yang dipakai oleh pemakaiannya Bersama pijama
dimana kurta pijama ini kebanyakkan dipakai ketika majlis-majlis rasmi. Kurta ini
juga boleh dipakai ketika majlis-majlis rasmi. Kurta ini juga boleh dipakai Bersama
dhoti. Dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi empat Panjang yang dianggarkan
sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar pinggang dan kaki.

 DHOTI
Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelakin. Pakaian ini diperbuat daripada kain
yang bewarna putih. Kebanyakkan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan
sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut. Dhoti
diperbuat daripada lembaran kain putih yang Panjang. Kain tersebut dilili di bahagian
pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu kemudian
kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga
dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai
golongan ceti.
OBJEKTIF :
Objektif kajian ini adalah mengetahui jenis-jenis pakaian tradisional di Malaysia, mengetahui
peranan pakaian tradisional memupuk perpaduan etnik Malaysia dan dapat meninjau persepsi
masyarakat pelbagai kaum terhadap pakaian tradisional di Malaysia dan kesepaduan social di
Malaysia.
KESIMPULAN :
Sebenarnya pakaian tradisional mempunyai makna tersirat positif yang ingin disampaikan
oleh nenek moyang kita. Namun begitu, jajahan budaya barat telah mengancam tradisi-tradisi
ini. Budaya melambangkan identity sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita
melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Budaya tradisional juga dapat mamupuk
perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Rakyat kita
tidak kira keturunan,agama dan amalan adat resam turut merayakan Bersama-sama.oleh
sedemikian,generasi muda zaman ini haruslah sedar terhadap kepentingan budaya dan adat.
Bagaikan kacang jangan lupakan kulit.

You might also like