You are on page 1of 7

Bab 1: Pakaian Tradisional

china
Nama Ahli Kumpulan: Aliesha, Raihana, Auni, Phiruntha
dan Yaessmetha
Pakaian Tradisional Cina
Pakaian Cina termasuk Cheongsam dan Pakaian Samfu. Pakaian Cina telah
dibentuk melalui tradisi dinastinya, dan juga melalui pengaruh asing.

Samfu membawa maksud 'baju dan seluar' dalam bahasa


dialek Kantonis. Samfu dipakai oleh lelaki berketurunan
Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan
terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai
bersama seluar longgar. Pakaian tradisional ini bukan
pakaian tradisional kaum Cina. Ia diperkenalkan sewaktu
Dinasti Ching. Ia adalah pakaian tradisional kepada Orang
Manchu.
Ceongsam, iaitu pakaian Wanita kaum Cina mempunyai
potongan labuh atau singkat berkeruk di sisi serta
berbelah tepi. Bahagian leher mempunyai persamaan
dengan pola cekak musang yang diperindahkan dengan
susunan butang dalam kedudukan serong di dada.
Jenis fabrik yang sering digunakan adalah daripada
sutera.
Istilah “Hanfu” berasal dari kaum Han yang mula
memakai pakaian ini. “Yifu” bermaksud baju dalam
bahasa mandarin atau bahasa cina. Lengannya
kembang dan leher mempunyai kolar yang selesa.
Pakaian hanfu ini juga menjadi pilihan ramai kaum
untuk mencuba kerana ia amat sopan sekali,
malah ia turut direka secara moden.
Perhiasan diri kaum China

Gelangan Tangan Penutup kepala

Cincin Cucuk Sanggul


Mengapakah Orang Cina memakai baju merah?
.
Merah adalah warna popular dalam budaya Cina, melambangkan tuah, kegembiraan, dan
kebahagiaan. Ia juga mewakili perayaan, kecergasan dan kesuburan dalam perlambangan
warna tradisional Cina. Merah adalah warna tradisional yang dipakai oleh pengantin Cina,
kerana ia dipercayai dapat menangkis kejahatan.

Mengapakah Orang Cina tidak boleh memakai Pakaian


tradisionalnya dalam hitam?
Hitam biasanya dipakai semasa pengebumian. Warna telah dikaitkan dengan kematian
dan dianggap sebagai malang.
Terima Kasih!

You might also like