You are on page 1of 11

KSMK3013

KESENIAN MELAYU
UNIT PSV JABATAN SAINS SOSIAL
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Dr. MOHD ZAMANI BIN MOHD NOR PEAH
2. JENIS DAN KEPENTINGAN
KESENIAN MELAYU DALAM
SOSIOBUDAYA MELAYU
(2 jam KULIAH 4 jam TUTORIAL)
• Kesenian Melayu boleh dibahagikan kepada 4 kategori:
i. seni suara
ii. seni tari
iii. seni muzik
iv. seni kraf tangan
• Masuri S.N. pula membahagikan kesenian Melayu
kepada lima bahagian iaitu seni suara, seni bahasa, seni
rupa, seni lakon dan seni tari.
• Ada pendapat mengatakan seni terbahagi kepada 3 iaitu
seni rupa , seni suara dan seni gerak.
seni suara
• Merujuk kepada bidang nyanyian
• Sesuatu lagu yang dinyanyikan biasanya diiringi oleh alat
muzik
• Nyanyian berfungsi untuk mendodoikan bayi dan untuk
menghiburkan hati pada zaman Melayu tradisional
• Kini amalan tersebut tidak lagi diamalkan dan nyanyian ini
digantikan dengan lagu kanak-kanak yang lebih moden
• Dondang sayang, dikir barat, boria.
seni tari
• Merupakan satu perlakuan yang bersifat teknikal dan
adakalanya agak kompleks.
• Tarian memperlihatkan gerak-geri, lenggang lenggok dan
pergerakan jari yang lemah gemalai.
• Ada tarian yang berunsur intelek dan mesej yang perlu
ditafsirkan.
• Tarian selalunya disampaikan dan diiringi alat bunyi-bunyian
atau muzik dan nyanyian yang terdiri daripada kata-kata
yang puitis.
• Dalam kalangan masyarakat tertentu ,seni tari berhubung
rapat dengan ritual,iaitu tatacara dalam upacara keagamaan.
•  Makyung, kuda kepang, mak inang, zapin, ronggeng.
seni muzik
• Alat bunyian digunakan untuk hiburan dan juga untuk
tujuan tertentu.
• Kebanyakan alat muzik yang digunakan untuk mengiringi
persembahan seperti nyanyian dan tarian.
• Canang, gendang, kompang, angklung, rebab,
geduk/beduk, gong/tetawak, jidur.
seni kraf tangan
• Seni kraf tangan memerlukan daya kreativiti dan kemahiran
menggunakan tangan oleh pembuatnya.
• Ada yang menggunakan istilah seni hias atau seni rupa.
• Dikaitkan dengan industri desa iatu hasil kraf tangan yang diusahakan
penduduk tempatan secara kecil-kecilan.
• Seni kraf tangan telah menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat
Melayu sejak turun temurun lagi.
• Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih
terserlah dan dikenali ramai (Siti Zainon Ismail (1986).
• Kesenian dan keaslian ragam hias yang terdapat dalam kraf tradisional
tetap kekal dan tidak berubah dari dahulu hingga kini.
• Hasil ciptaan kraf tradisional kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini
jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak, dan warnanya
(Khairuddin Talib, 2007).
• Tembikar, tenunan (songket), anyaman.
JENIS KESENIAN MELAYU
− Seni Anyam
− Seni Gubah
− Seni Sulaman
− Seni Andaman
− Seni Tari
− Seni Suara
− Seni Muzik
− Seni Busana
− Seni Tekstil
− Seni Kulinari
− Seni Teater
− Seni Perubatan
− Seni Kaligrafi
− Seni Persuratan
− Seni Pertahanan Diri
− Seni Bina
− Seni Ukir
KEPENTINGAN KESENIAN MELAYU
DALAM SOSIOBUDAYA MELAYU
• Definisi SOSIOBUDAYA: hubungan masyarakat dgn
budaya (spt cara hidup, adat istiadat, dll): Malaysia
mengalami perkembangan pesat dlm ~, ekonomi,
dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
• Maksud sosio-budaya ialah amalan yang berupa gaya
hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari
pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan
dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan
dan merangsang pembangunan hidup masyarakat itu.
• Lambang keutuhan identiti masyarakat dan budaya
• Kepelbagaian yang unik
• Kearifan tempatan (kemahiran penggiat)
• Kesinambungan kesenian
• Warisan kepada generasi baharu
• Panduan hidup (agama, politik, ekonomi, hiburan dsb)
RUJUKAN
• http://
mnhjeroyerol.blogspot.com/2014/12/ciri-ciri-seni-islam-da
n-pengaruh_28.html
• https://
dokumen.tips/documents/jenis-dan-bentuk-kesenian-mela
yu.html
• http://
naqeeuddin18.blogspot.com/2017/08/kepentingan-memp
ertahankan-unsur-unsur.html
• https://
ir.unimas.my/id/eprint/2711/1/Peranan%20Tekstil%20di%2
0dalam%20Sosial%20Budaya%20Melayu%20Sarawak.p
df
• https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35695/1/35695.pdf

You might also like