You are on page 1of 1

Antara lima keistimewaan Al-Quran sebagai Kalamullah yang bermukjizat menurut Dr Qaradhawi

ialah Al-Quran merupakan kitab Allah. Al-Quran bukan kitab yang direka oleh manusia melainkan
kitab yang merupakan Kalamullah yang disampaikan kepada manusia melalui penurunan wahyu
kepada nabi Muhammad.

Keistimewaan Al-Quran juga adalah kitab ini terpelihara daripada penyelewangan dan ubah suai
dari tangan-tangan manusia yang menghakis kesucian sesebuah kitab sepertimana kitab-kitab
yang diturunkan oleh Nabi Terdahulu. Al-Quran merupakan satu-satunya kitab yang sama
diturunkan kepada Rasulullah.

Selain itu ,Al-Quran dikatakan sebagai sebuah kitab mukjizat kerana makhluk tidak akan mampu
dan mustahil untuk mendatangkan sebuah kitab sepertimana al-Quran sekalipun terdapat
gabungan dan kesepakatan antara seluruh manusia dan jin dalam . Sudah tentu perkataan
makhluk tidak akan boleh menyamai perkataan Yang Maha.

Seterusnya, Al-Quran kitab itu sepanjang zaman yang bermaksud kitab yang kekal sesuai
sepanjang zaman dan semua tempat bukan hanya pada zaman Rasulullah dan Tanah Arab
melainkan sehingga kiamat di seluruh dunia Justeru hingga kinial-Quran tetap menjadi panduan
dan pedoman dalam menempuh kehidupan.

Akhir sekali, Al-Quran kitab agama yang menjadi panduan secara keseluruhannya. Maksudnya
ialah Al Quran menjadi asas rujukan dalam mengamalkan agama Islam mengenai bab akidah,
ibadah, akhlak dan juga usul tasyriq dan hukum hakam.

You might also like