You are on page 1of 1

Pada pendapat saya, Konsep Malaysia Cergas merupakan penekanan kepada usaha meluaskan

kegiatan sukan dan rekreasi fizikal kepada penglibatan ramai rakyat Malaysia. Konsep ini dapat
mewujudkan kecergasan nasional yang berteraskan kepada penyertaan aktif rakyat Malaysia yang
sentiasa positif dalam hidupnya. Kecergasan ini menunjukkan keupayaan dan kemampuan rakyat
Malaysia untuk melakukan sesuatu dengan sempurna iaitu dari segi fisiologi, psikologi dan
sosiologikal.

Kecergasan kesuluruhan atau total fitness boleh digambarkan sebagai keupayaan menjalani
kehidupan yang sempurna dan keupayaan memberikan sumbangan dan perkhidmatan yang terbaik.
Oleh itu , kecergasan adalah meliputi aspek fizikal,rohani,intelek dan sosial di mana setiap aspek
tersebut harus dijaga dengan baik .

Konsep Malaysia Cergas ini dapat menimbulkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia akan
pentingnya kesihatan melalui kegiatan fizikal dan rekreasi. Apabila rakyat Malaysia mempunyai
kesedaran, ia akan menimbulkan minat untuk menyertai aktiviti sukan untuk menjamin kesihatan
mereka.

You might also like