You are on page 1of 2

NUR UMAIRAH NAJWA BINTI MOHAMAD ROSLI (RBT1)

Sistem otot terdiri daripada tiga komponen utama iaitu tulang,otot dan
sendi .Apabila tiga komponen ini berfungsi bersama,mereka akan memberikan
bentuk,menyokong,kestabilan dan postur agar kita dapat bergerak dengan
mudah .Kesihatan setiap bahagian perlu dikekalkan kerana keseluruhan sistem
akan mengalyami masalah sekiranya salah satu daripada bahagian tersebut
gagal berfungsi .Otot merupakan sekumpulan tisu berserat di dalam badan
yang mengandungi lebih dari 600 otot ,sekaligus membentuk kira-kira 40%
daripada jumlah berat bdan kita .Otot mempunyai keupayaan untuk meregang
dan mengecut bagi menggerakkan kita dan ia sentiasa diselaraskan bagi
mengekalkan postur kita .

Sistem tulang mempunyai kedudukan tertentu dalam badan ,mempunyai


bentuk dan strukturnya sendiri dan melaksanakan fungsinya sendiri .Semua
jenis tisu mengambil bahagian dalam pembentukan tulang ,tetapi tisu tulang
diguna pakai .Tulang mempunyai sifat mekanik yang tinggi ,kekuatannya dapat
dibandingkan dengan kekuatan logam .Komposisi kimia tulang manusia yang
hidup mengandungi : 50% air ,12.5% bahan oraganik sifat protein (ossein) ,
21.8% bahan bukan organik (terutamanya kalsium fostat) dan 15.7% lemak .
Setiap rangka terdiri atas tulang,tulang rawan dan membran sel yang melapisi
tulang .Setiap tulang adalah organ yang meliputi jaringan ikat ,jaringan saraf
,serta jaringan otot dan epitilium .

Fungsi otot ialah :


 Melakukan gerakan tubuh untuk melakukan gerakan
 Menjaga keseimbangan tubuh kerana semakin kuat otot-otot inti ini
,tubuh akan semakin stabil , sehingga mampu menjaga keseimbangan
 Mengatur postur seperti kekuatan otot pada bahu ,punggung ,pinggul
dan lutut menentukan postur tubuh
 Membantu proses melahirkan kerana otot-otot yang ada di rahim
bekerja sehingga membesar seiring bertambahnya berat janin
 Menggerakkan sistem pencernaan dan pembuangan kerana apabila
makanan dan air masuk ke dalam tubuh ,otot pada sistem tersebut akan
bekerja mengeluarkan sisa buangan pada badan seperti tinja dan urin .
 Pernafasan ,iaitu otot diafragma yang mengawal pernafasan pada badan
kita
 Untuk pengilhatan ,kerana otot yang berada di mata dapat
menggerakkan bola mata ke segala arah .

Fungsi tulang pula ialah :


 Sebagai penunjang ,tulang menyediakan suatu kerangka untuk tempat
penempelan otot dan jaringan-jaringan lainnya .
 Sebagai perlindungan , tulang berfungsi sebagai pelindung organ-organ
dalam manusia
 Tempat penyimpanan mineral yang penting bagi kegiatan sel di seluruh
badan ,iaitu kalsium dan fostor .
 Sebagai tempat penyimpanan tenaga ,lemak atau Lipida disimpan dalam
sel-sel adipose di sumsum kuning untuk bekalan tenaga
 Untuk melakukan pergerakan , tulang sebagai tuas dan titik penempelan
otot yang memungkinkan pergerakan tubuh manusia
 Sebagai tempat terjadinya produksi sel darah ,rongga tulang akan
menghasilkan sel darah yang cukup untuk dihantar ke seluruh badan

SOALAN 2
Anggaran Bilangan tulang : 206 tulang
Anggaran Bilangan otot : 720 otot

You might also like