You are on page 1of 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

*Pemakluman ini adalah KHAS kepada pelajar SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN


RENDAH) DENGAN KEPUJIAN (BTPSE) yang telah ditawarkan kursus Praktikum
HBEF4609/HBEP4609 pada SEMESTER MEI 2023 SAHAJA.

Kursus praktikum pelajar dilaksanakan salah satu daripada kaedah berikut:

A. PRAKTIKUM NORMAL: LATIHAN PRAKTIKUM DI SEKOLAH

⮚ Pelajar yang tidak mempunyai pengalaman bekerja di sekolah atau kurang 5 tahun
pengalaman mengajar atau telah bersara.

⮚ Pelajar perlu memilih sendiri sekolah yang bersesuaian. Penempatan adalah di SEKOLAH
RENDAH sahaja sama ada awam atau swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Bagi permohonan penempatan di sekolah kerajaan, mohon lengkapkan maklumat pada link
berikut: https://forms.gle/bE4FNuAXKdmfeBw3A sebelum atau selewat-lewatnya
2 APRIL 2023. Permohonan lewat tidak diterima.

⮚ Tempoh pelaksanaan adalah berdasarkan mod praktikum:

● Mod 1 (8 minggu): Bagi pelajar yang mempunyai pengalaman mengajar kurang 5 tahun
tetapi lebih 2 tahun. Pelajar perlu melampirkan surat pengesahan majikan. Contoh: Surat
pengesahan- KLIK DI SINI

● Mod 2 (12 minggu): Bagi pelajar yang mempunyai pengalaman mengajar kurang 2 tahun
atau yang tidak mempunyai pengalaman mengajar

⮚ Sila kemukakan dokumen-dokumen berikut bagi mendapatkan kebenaran menjalankan


praktikum di sekolah terlibat:

● Surat Kebenaran OUM

● Borang A (Kebenaran Menjalankan Praktikum)

● Surat Kebenaran KPM* Jika berkenaan

⮚ Setelah mendapatkan kebenaran penempatan untuk menjalankan praktikum, pelajar perlu


menghantar Borang A yang lengkap kepada: nooruzaila@oum.edu.my sebelum atau
selewat-lewatnya pada 31 MEI 2023. Permohonan lewat tidak diterima.

⮚ Muat turun borang dan panduan praktikum seperti berikut:

KLIK>> BTPSE ATAU
Login myOUM>>myResearch >>Practicum, Internship & Industrial Training>> Undergraduate>>
Practicum (Bachelor/Diploma)>>BTPE>>HBEF4609

Tarikh mula praktikum: Boleh mula dari 2 MEI 2023. Walau bagaimanapun, tarikh sebenar
bergantung kepada perbincangan pelajar dengan pihak sekolah.

B. PRAKTIKUM TUGASAN:  TUGASAN GANTIAN

⮚ Bagi pelajar yang mempunyai 5 tahun atau lebih pengalaman mengajar di sekolah
rendah/menengah dan masih berkhidmat.

⮚ Kaedah ini tidak memerlukan pelajar untuk menjalankan praktikum di sekolah.

⮚ Pelaksanaan kaedah ini akan dijalankan dalam bentuk tugasan gantian dan dihantar di
myINSPIRE.

⮚ Pelajar dikehendaki mengemukakan bukti salinan dokumen yang berkaitan dengan


pengalaman mengajar iaitu surat lantikan dan surat pengesahan sekolah yang terkini untuk
mengecualikan pelajar daripada menjalankan praktikum di sekolah. Pihak universiti boleh
menghubungi pihak majikan untuk memastikan maklumat yang diberikan adalah benar.
CONTOH SURAT: KLIK DI SINI

⮚ Muat naik dokumen bukti pengalaman mengajar pada link di bawah:

   https://forms.gle/LwHcfWukSemNrNEU9
v.Jika diluluskan, kursus akan didaftarkan oleh Research and Project Management Unit (RPMU).
Pemakluman kelulusan akan diberikan menerusi emel.

vi.Tarikh tutup permohonan adalah pada  31 MEI 2023. Permohonan lewat tidak diterima.
Pertanyaan berkaitan praktikum dari segi akademik atau penyediaan portfolio/Tugasan
praktikum boleh diajukan melalui tutor online di e-forum atau

Boleh berhubung terus dengan pensyarah berikut: Puan Norazzila binti Shafie di talian 03-78012190
atau email: norazzila@oum.edu.my

Sebarang pertanyaan berkaitan urusan pentadbiran praktikum boleh berhubung terus dengan


Pn.Nooruzaila di talian 03-78011816 melalui email: nooruzaila@oum.edu.my

Terima kasih

You might also like