You are on page 1of 14

BACHELOR OF ISLAMIC STUDIES (ISLAMIC MANAGEMENT) WITH

HONOURS (BIS)

Januari 2020

MPU3412

COMMUNITY SERVICE

NO. MATRIKULASI : 880201145141001


NO. KAD PENGNEALAN : 880201-14-5141
NO. TELEFON : 017-2128000
E-MEL : ahmadnabilramli@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : Bangi Learning Centre


ISI KANDUNGAN

1.0 AKTIVITI 1 : KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT


MASYARAKAT

1.1 TUJUAN
1.2 PENGENALAN
1.3 LATAR BELAKANG RUMAH ANAK YATIM AT-TAQWA
1.4 MAKLUMAT PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
1.5 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
1.6 SENARAI TUGASAN AHLI JAWATANKUASA
1.7 OBJEKTIF PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
1.8 TENTATIF PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
1.9 PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN AKTIVITI
1.10 CADANGAN DAN KOMEN PENAMBAHBAIKAN AKTIVITI
1.11 PENGHARGAAN

2.0 AKTIVITI 2 : RAKAMAN VIDEO


2.1 PAUTAN RAKAMAN VIDEO AKTIVITI DAN SESI
TEMURAMAH DI RUMAH ANAK YATIM AT-TAQWA

3.0 AKTIVITI 3 : JURNAL REFLEKSI

4.0 AKTIVITI 4 : EMPATI DALAM KEPIMPINAN

5.0 AKTIVITI 5 : RUJUKAN DAN LAMPIRAN


MPU3412

KERTAS KERJA
TAJUK : PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
GOTONG – ROYONG MEMBERSIH DAN MENGECAT RUMAH ANAK YATIM
AT-TAQWA
TEMA : We Care
OUM BANGI LEARNING CENTRE

1.1 Tujuan

Kertas kerja ini disediakan bagi membentangkan segala bentuk perancangan Program
Khidmat Masyarakat bagi menyempurnakan Kursus MPU3412 Community Service untuk
Semester Januari 2020 yang merupakan salah satu kursus yang perlu diambil oleh pelajar
Open University Malaysia (OUM). Program ini akan dijalankan pada 18 Januari 2020 yang
bertempat di Rumah Anak Yatim At-Taqwa yang beralamat di No 1, Jalan 6/10, Taman Putra
Perdana Puchong, Selangor Darul Ehsan. Program ini juga akan dijalankan secara
berkumpulan bersama rakan-rakan sekerja di Media Monitors (M) Sdn Bhd.

1.2 Pengenalan

Program Khidmat Masyarakat boleh didefinasikan sebagai suatu aktiviti-aktiviti atau


kerja yang dijalankan secara individu mahupun secara berkumpulan yang mempunyai
matlamat atau tujuan untuk membantu mengurangkan dan meringankan beban pihak yang
tidak mempunyai keupayaan dan tidak berkemampuan. Sebagai seorang pelajar Open
University Malaysia, kursus MPU 3412 Program Khidmat Masyarakat merupakan salah satu
kursus yang wajib diambil. Melalui kursus ini, semua pelajar dikehendaki menjalankan satu
program khidmat masyarakat serta membuat laporan yang berkaitan mengenai tatacara
perancangan dan perlaksanaan program ini dari awal sehingga tamat progam. Antara
matlamat yang ingin dicapai melalui program ini adalah untuk menjadi warganegara yang
patriotik, memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan, memupuk dan mengaplikasi
pengetahuan, kemahiran dan amalan sivik.
Bagi menjayakan program khidmat masyarakat ini, saya sebagai pelajar OUM Pusat
Pembelajaran Bangi memilih untuk melaksanakan program ini bersama-sama rakan sekerja
saya di Media Monitors (M) Sdn Bhd yang mana di antara mereka juga merupakan pelajar
MPU3412
OUM. Program yang bertemakan ”We Care” ini akan dilaksanakan di Rumah Anak Yatim
At-Taqwa yang bertempat di Puchong berhampiran deng ./=\]\\747\*an pejabat kami.
Selain dari faktor lokasi yang berhampiran, kami memilih untuk melaksanakan program
khidmat masyarakat ini disini kerana keadaan rumah anak yatim disini yang agak uzur dan
memerlukan bantuan untuk mengecat bilik-bilik penghuni rumah tersebut. Oleh hal yang
demikian, adalah sangat wajar bagi kami menjalankan program khidmat masyarakat ini di
tempat yang dicadangkan ini.
Saya berharap melalui Program Khidmat Masyarakat yang bakal kami laksanakan ini
akan mencapai matlamatnya dan akan memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat
dan juga memberikan kesan yang positif kepada seluruh peserta dan komuniti setempat.
Dengan itu segala kerjasama dan sokongan dari semua pihak amatlah dihargai.

1.3 Latar Belakang Rumah Anak Yatim At-Taqwa

Rumah Anak Yatim At-Taqwa merupakan rumah anak yatim yang bertempat di No 1, Jalan
6/10, Taman Putra Perdana Puchong, Selangor Darul Ehsan. Rumah Anak Yatim ini
diasaskan pada tahun 2011 oleh Puan Norhayati Wan Abib yang juga merupakan pengurus
rumah anak yatim ini. Pada awal penubuhannya, rumah anak yatim ini terdiri daripada 4
orang anak yatim. Kini rumah anak yatim ini didiami oleh 60 orang anak yatim dari pelbagai
lapisan umur.

1.4 Maklumat Program Khidmat Masyarakat

Nama Program : Program Khidmat Masyarakat Gotong Royong Membersih Dan


Mengecat Rumah Anak Yatim At-Taqwa
Slogan : We Care
Tarikh : 18 Januari 2020
Masa : 8.00 Pagi Hingga 2.00 Petang
Tempat : Rumah Anak Yatim At-Taqwa
Peserta : 112 Orang (termasuk anak yatim)
MPU3412
1.5 Ahli Jawatankuasa Program Khidmat Masyarakat

Pengarah Program : Rozaireen Binti Md Arshad


Pengerusi 1 : Rozaireen Binti Md Arshad
Pengerusi 2 : Nuramirah Zafirah Binti Zakaria
Naib Pengerusi : Aminuddin Bin Khamis
Setiausaha : Aida Binti Manap
Bendahari : Nuramirah Zafirah Binti Zakaria
AJK 1 : Ahmad Nabil Bin Ramli
AJK 2 : Izzati Binti Zakaria
AJK 3 : Izzati Binti Ismail
AJK 4 : Haziq Bin Hasim
AJK 5 : Izzat Bin Ali
AJK 6 : Fahammi Bin Aris
AJK 7 : Izzati Binti Kamarulnizam
AJK 8 : Fathini Eazzaty Binti Zulkurnain

1. Komalan Viswan 15. Syazana Norizal 29. Saiful Qasim


2. Mohd Noor Ariff 16. Shafarina Ishak 30. Hasrul Razif
3. Kamarul 17. Ebby Syazrin 31. Hafizul Radzi
4. Faeza Rasuli 18. Jamil 32. Izzati Ibrahim
5. Farid Wahab 19. Syaril Zohari 33. Fahmi Aris
6. Hafizah Mohd Nafi 20. Syed Mukhris 34. Muzakkir Kamal
7. Norjanariah Badaruddin 21. Haneef Ahmad 35. Amin Al Bakri
8. Reziatul Romlan 22. Hafiz Ahmad 36. Hassan Sukar
9. Danial Mustafa 23. Nuraini Mohammad 37. Fatihah Al Bakri
10. Zaleha Selamat 24. Taufiq Salleh 38. Shafra Ishak
11. Afif Azemi 25. Diyanah Bahri 39. Mohammad Fikri
12. Hafiz Syahrir 26. Nur Qamarina 40. Rinni Nyala
13. Nadiah Zulkifli 27. Afiq Azman
14. Afif Salleh 28. Mira Shuhada
MPU3412

1.6 Senarai Tugas Ahli Jawatankuasa

Jawatan Nama Tugas & Perincian


Pengarah Rozaireen Binti Md Arshad Pemberi kelulusan untuk setiap
Program perincian projek
Pengerusi 1 Rozaireen Binti Md Arshad Ketua dan penyelaras projek
Pengerusi 2 Nuramirah Zafirah Binti Zakaria Pengganti Ketua dan penyelaras
projek.
Juga ditugaskan untuk memantau
pasukan yang mengemas bilik.
Naib Aminuddin Bin Khamis Pembantu Ketua pasukan
Pengerusi jawatankuasa.
Juga mengetuai kendalian aktiviti
kanak-kanak berumur 12 tahun ke
atas.
Setiausaha Aida Binti Manap Merekod minit taklimat perancangan
dan penyediaan dokumen.
Juga mengetuai kendalian aktiviti
kanak-kanak berumur 12 tahun ke
bawah.
Bendahari Nuramirah Zafirah Binti Zakaria Memastikan dana cukup dan
pengurusan beli peralatan
AJK 1 Nabil Bin Ramli Memantau pasukan yang mengecat
bilik
AJK 2 Izzati Binti Zakaria Pendaftaran dan membantu di dalam
aktiviti kanak-kanak berumur 12
tahun ke bawah.
AJK 3 Izzati Binti Ismail Mengetuai acara senaman pagi,
membantu di dalam aktiviti kanak-
kanak berumur 12 tahun ke atas dan
pengurusan hadiah.
AJK 4 Haziq Bin Hasim Pengurusan peralatan dan memantau
pasukan yang mengecat bilik.
AJK 5 Izzat Bin Ali Penyediaan makanan dan minuman
untuk sarapan pagi dan makan
tengahari
AJK 6 Fahammi Bin Aris Mengambil gambar sepanjang
program.
AJK 7 Izzati Binti Kamarulnizam Pendaftaran dan membantu di dalam
aktiviti kanak-kanak berumur 12
tahun ke bawah.
AJK 8 Eazzaty Binti Zulkurnain Membantu di dalam aktiviti kanak-
kanak berumur 12 tahun ke atas.
Jadual 1 : Senarai Tugas
MPU3412

1.7 Objektif Program Khidmat Masyarakat

Berikut adalah antara objektif program khidmat masyarakat:\

1. Memberikan kesedaran dan pendedahan kepada semua perserta yang terlibat tentang
tanggungjawab dan peranan mereka di dalam sesebuah masyarakat
2. Mewujudkan ikatan ukhwah dan memupuk perasaan kasih sayang di antara peserta
dan anak-anak yatim
3. Menjadikan program khidmat masyarakat ini sebagai satu contoh inspirasi kepada
masyarakat yang lain untuk sama-sama melaksanakan program ini di masa akan
datang

1.8 Tentatif Program Khidmat Masyarakat

Masa Aktiviti
7.30 pagi Pendaftaran ahli sukarelawan di Rumah Anak Yatim At-Taqwa
8.00 pagi Taklimat penjaga Rumah Anak Yatim At-Taqwa
8.30 pagi : Ucapan dari Pengarah Program
: Sesi perkenalan dengan sukarelawan
: Senaman ringan pagi
: Sarapan Pagi bersama anak yatim
9.30 pagi : Sukarelawan berpecah mengikut agihan kumpulan mengikut tugasan
: Aktiviti mengecat, pembersihan dan aktiviti hiburan anak yatim
: Gotong-royong membersihkan kawasan
: Penyampaian hadiah mengikut aktiviti berjalan
11.30 pagi : Pemantauan progress kerja mengikut kumpulan
12.00 tgh : Makan tengahari bersama anak yatim
: Menyaksikan persembahan dari anak yatim At-Taqwa
: Sesi bergambar bersama anak yatim At-Taqwa
: Bersurai
Jadual 2 : Aturcara Program
MPU3412

1.9 Perancangan Dan Perlaksanaan Aktiviti Program (Sebelum & Selepas)

 Kumpulan kami telah menjalankan beberapa sesi mesyuarat sebelum menjalankan


program khidmat masyarakat agar semua aktiviti dapat dirangka dengan baik dan
segala keperluan telah disediakan sebelum hari program bermula.
 Setelah mengadakan beberapa sesi mesyuarat akhirnya kami setuju untuk
melaksanakan program ini pada 18 Januari 2020 bertempat di rumah anak yatim at-
taqwa. antara perkara lain yang diputuskan di dalam mesyuarat adalah pemilihan baju
yang seragam yang tertulis moto aktiviti program khidmat masyarakat ini iaitu ”we
care”
 Pada 18 Januari seawal pukul 7.30 pagi, kesemua peserta telah pun mula tiba ke
rumah anak yatim bagi menjalankan aktiviti yang dirancang. program bermula dengan
sesi taklimat oleh pengurus rumah anak yatim dan juga pengarah program khidmat
masyarakat, Puan Rozaireen.
 Setelah habis sesi taklimat, kesemua peserta dan anak-anak yatim mengadakan sesi
suai kenal bersama dan seterusnya mengadakan sesi senaman dan sarapan pagi sekitar
pukul 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi.
 Kemudian pada pukul 9.30 pagi kesemua peserta yang berjumlah seramai 52 orang
dibahagikan mengikut kumpulan masing masing bagi menjayakan aktiviti yang
seterusnya iaitu mengemas dan mengecat bilik kediaman rumah anak yatim.
 Sementara menunggu peserta yang terlibat dengan aktiviti mengemas dan mengecat
menyiapkan tugas mereka, kami juga menyediakan beberapa aktiviti kepada anak-
anak yatim seperti pertandingan mewarna dan lain-lain aktiviti yang dirancang.
 Selepas pukul 12.00 tengah hari , setelah aktiviti mengemas dan mengecat selesai,
kesemua peserta dan anak-anak yatim berkumpul untuk makan tengahhari sambil
menyaksikan persembahan dari anak-anak yatim.
 Majlis kemudiannya ditutup dengan sesi pemberian hadiah kepada anak-anak yatim
dan sesi bergambar beramai-ramai bersama peserta. Setelah itu Majlis bersurai di
anggarkan pada pukul 1.00 petang.
MPU3412

1.10 Cadangan Dan Komen Untuk Menambah Baik Aktiviti Di Masa Hadapan

Program Khidmat Masyarakat Gotong Royong Membersih dan Mengecat Rumah Anak
Yatim yang berslogan ”We Care” telah dilaksanakan dengan jayanya pada 18 Januari 2020.
Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan program yang telah kami jalankan
kerana berjaya mencapai objektif program. Walaubagaimanapun, bagi memantapkan dan
melicinkan lagi pelaksanaan program ini sekiranya diadakan pada masa akan datang, berikut
disertakan beberapa cadangan penambahbaikan :

1. Kekangan Bajet.
Antara sedikit kelemahan yang didapati adalah Program Khidmat Masyarakat ini
menelan belanja yang besar kerana faktor jumlah peserta dan anak-anak yatim yang
ramai. Oleh itu terdapat beberapa perkara dan aktiviti yang terpaksa menggunakan
sumber yang terhad. Antara cadangan yang boleh menyelesaikan isu ini adalah
program-program seumpama ini boleh diwarwarkan kepada masyarakat luar di masa
hadapan bagi mendapatkan sumbangan dan tajaan agar dapat menampung kos
perbelanjaan agar program dilaksanakan dengan lebih baik.

2. Kekangan Masa
Salah satu kelemahan yang didapati dalam melaksanakan program ini juga adalah
faktor kekangan masa. Ini kerana akviti mengecat kebiasannya memerlukan masa
yang banyak dan secara kebetulan juga pada hari yang sama, anak-anak yatim
tersebut juga mempunyai program yang lain pada sebelah petang. Oleh itu kumpulan
kami perlu menyiapkan akviti mengecat dalam masa yang singkat. Antara cadangan
yang boleh dilakukan pada masa datang bagi menyelesaikan isu ini adalah perlunya
diadakan beberapa sesi mesyuarat dengan pengurus rumah anak yatim supaya dapat
sama-sama memilih masa yang sesuai untuk diadakan progam agar segala aktiviti
dapat dijalankan dijalankan baik.
MPU3412

1.11 Penghargaan

Alhamdulillah syukur kepada Allah, program khidmat masyarakat pada kali ini dapat
dilaksanakan dengan sangat baik. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak
Open Universiti Malaysia kerana memberi peluang kepada para pelajar melaksanakan projek
ini dan tidak lupa juga kepada En. Adenan Bin Ayob, tutor subjek Khidmat Masyarakat yang
banyak memberi tunjuk ajar sepanjang menjayakan program ini.
Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Rumah Anak Yatim At-
Taqwa khususnya kepada Puan Norhayati Wan Abib selalu Pengurus Rumah Anak Yatim
kerana menerima kunjungan kami dengan mesra dan banyak memberi kerjasama sepanjang
menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada kesemua ahli jawatankuasa yang telah pun
bertungkus lumus bagi memastikan program khidmat masyarakat ini pada kali ini berjalan
dengan lancar.
Akhir sekali, kami mengharapkan program yang telah dijalankan ini dapat memberikan
manfaat dan impak yang positif kepada anak-anak yatim tersebut dan kepada semua peserta
yang terlibat

2.0 Rakaman Video

Pautan rakaman video aktiviti dan sesi temuramah di Rumah Anak Yatim At-Taqwa :

Youtube :

https://www.youtube.com/watch?v=AfKb8duqED8&t=58s

Google Drive :

https://drive.google.com/file/d/156yn6opzcvedo_-x68dqbdem_beoyzwl/view?usp=sharing
MPU3412

3.0 Jurnal Reflektif

Kursus MPU3412 Khidmat Masyarakat merupakan salah satu kursus yang saya ambil
pada semester ini iaitu semester Januari 2020 dan kursus ini juga merupakan kursus wajib
yang perlu diambil oleh semua pelajar program pengajian peringkat Ijazah di Open
University Malaysia (OUM). Bagi melengkapkan kursus ini, saya dikehendaki untuk
merancang dan melaksanakan satu program khidmat masyarakat yang bertujuan untuk
mengaplikasikan kemahiran dan tanggungjawab sosial di dalam masyarakat,
mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi dan kemahiran bekerja di dalam sebuah
kumpulan dan lain-lain. Oleh itu bagi menjayakan program ini saya memilih untuk
melaksanakan secara berkumpulan bersama rakan-rakan sekerja saya di Media Monitors Sdn
Bhd.

Setelah mengadakan perjumpaan dengan dengan pihak pengurusan Media Monitors Sdn
Bhd, kami bersetuju untuk melaksanakan sebuah program khidmat masyarakat dengan
melakukan aktiviti gotong-royong mengemas dan mengecat Rumah Anak Yatim At-Taqwa
yang terletak di Puchong, Selangor pada 18 Januari 2020. Kami juga telah membentuk
sebuah Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada 12 orang. Kami juga telah mengadakan
beberapa sesi mesyuarat bagi membincangkan dan merangka aktiviti yang hendak dijalankan
semasa program itu. Saya secara peribadi memperolehi banyak pendedahan tentang
perancangan, pengurusan dan perlaksanaan sesuatu tugasan daripada program khidmat
masyarakat yang dijalankan ini. Malahan ia juga dapat mewujudkan komunikasi dan
hubungan yang baik antara ahli kumpulan ketika perlaksanaan serta agihan tugasan
dijalankan.

Pada hari berlangsungnya program ini iaitu pada 18 Januari 2020, saya dan rakan-rakan
yang lain telah mula berkumpul di hadapan Rumah Anak Yatim At-Taqwa seawal 7.30 pagi.
Saya sendiri pada waktu itu merasa sangat teruja kerana ini adalah kali pertama saya
menyertai dan menganjurkan program seperti ini. Saya diberikan tanggungjawab sebagai
AJK yang ditugaskan untuk memantau aktiviti mengecat bilik anak yatim. Sewaktu saya
mula-mula memeriksa bilik-bilik yang ingin dicat semula, saya berasa agak terkejut dan sedih
dalam masa yang sama kerana melihat keadaan cat dinding bilik-bilik tersebut di dalam
MPU3412
keadaan yang daif. Sebelum memulakan aktiviti mengecat bilik, saya juga sempat
mendapatkan respon dari penghuni bilik anak yatim yang rata-rata dari mereka sangat
gembira apabila mendapat tahu bilik mereka akan dicat semula oleh kami.

Sepanjang melaksanakan program ini, saya mendapat banyak pengalaman dan


pengajaran yang boleh saya belajar dan manfaatkan darinya. Program ini juga berjaya
membuat saya berfikir dan memahami dengan lebih baik tentang pentingnya program
khidmat msyarakat ini di dalam memberikan pengetahuan tentang peranan dan
tanggungjawab sosial di dalam sesebuah masyarakat. Selain itu, program ini juga telah
berjaya memupuk semangat kerjasama sesama antara kami dan mengeratkan hubungan
dengan anak-anak yatim ini. Tidak dapat dinafikan lagi, program-program seumpama ini
banyak membantu saya untuk lebih memahami dan menyelami keadaan sebenar yang
dihadapi oleh golongan yang tidak bernasib baik seperti anak-anak yatim ini. Saya juga
berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi melahirkan
generasi yang sihat dari segi fizikal mahupun mental agar masa depan negara lebih terjamin.

4.0 SIFAT EMPATI DI DALAM KEPIMPINAN

Empati boleh didefinasikan sebagai sebuah kebolehan untuk merasai dan mengaitkan
pemikiran, emosi ataupun pengalaman orang lain. Corey & Corey (1997) menyatakan sifat
empati merupakan kemampuan seseorang untuk menyedari perasaan, kepentingan, kehendak,
masalah atau kesusahan yang dirasai oleh individu lain. Salah satu kelebihan individu yang
memiliki sifat ini adalah mereka sentiasa dapat memahami dan menyelami perasan orang lain
dari perspektif mereka. Melihat kepada definasi ini, saya berpendapat seseorang pemimpin
perlulah mempunyai sifat empati di dalam diri mereka. Ini kerana tugas seorang pemimpin
mestilah mampu menjadikan dirinya sebagai suatu contoh yang baik kepada masyarakat,
selalu melakukan refleksi terhadap kepimpinannya, berakhlak mulia dan memiliki sifat
empati yang tinggi terhadap masyarakat atau organisasi yang dipimpinnya. Antara hujah dan
sebab seorang pemimpin perlulah memiliki sifat empati adalah :

Pertama, seorang pemimpin yang mempunyai sifat empati dan kemahiran sosial yang
baik akan lebih disenangi oleh masyarakat di sekelilingnya. Ini adalah kerana menurut
Skovholt & Rozario (2005), pemimpin yang mempunyai sifat empati ini, akan lebih mudah
MPU3412
berkomunikasi dan berinteraksi dengan masyarakat sehinggakan masyarakat akan merasa
selesa di bawah kepimpinannya.

Kedua, pemimpin yang memiliki sifat empati mampu mengembangkan potensi individu
yang lain. Ini kerana dengan memiliki sifat ini, seseorang pemimpin akan mempunyai
kemahiran untuk menganalisa kelemahan dan kelebihan seseorang individu dan mampu
memberikan bimbingan dan peluang kepada individu tersebut agar menjadi individu yang
lebih baik. Gray (2001) menyatakan dengan memberikan peluang kepada orang lain untuk
mencuba sesuatu dengan mengembang potensi diri mereka sebenarnya merupakan
tanggungjawab bagi setiap pemimpin.

Ketiga, sifat empati di dalam seseorang pemimpin akan membuatkan seorang pemimpin
akan sentiasa merendah diri dan tidak mempunyai sifat yang ego. Pemimpin yang
mempunyai sifat empati kebiasannya mempunyai ciri-ciri untuk mudah bertoleransi dengan
orang lain. Mereka akan mudah menerima teguran dan menerima pendapat orang lain kerana
pemimpin sebegini akan sentiasa melihat orang lain sangat berharga di hadapannya dan
mereka akan berusaha menyayangi orang lain seperti menyayangi diri mereka sendiri (Ary
Ginanjar, 2005).

Kesimpulannya, sifat empati merupakan sifat yang amat penting bagi seseorang
pemimpin dan setiap pemimpin perlulah berusaha membentuk dan mengamalkan sifat ini
didalam kehidupannya. Oleh itu, saya berpendapat di dalam menjayakan program khidmat
masyarakat ini, seseorang pemimpin program atau pengarah program perlulah mempunyai
sifat ini, kerana ianya bukan sahaja memberikan manfaat kepada kesemua ahli yang dipimpin
bahkan ianya juga kan menjadi contoh dan teladan yang baik bagi masyarakat yang lain.

5.0 Rujukan Dan Lampiran

Corey, M. S. & Corey, G. 1997. Groups: Process and practice. Ed. Ke-5. Pcific Grove:
Brooks/Cole Publishing Company.

Ginanjar, A. A., 2005. Rahasia sukses membangkitkan ESQ power: sebuah inner journey
melalui al-ihsan. Jakarta: Arga.
MPU3412
Noriah M.I., Zuria, M. 2003. Kepintaran Emosi di Kalangan Pekerja di Malaysia. Prosiding
IRPA- RMK-8 Kategori EAR. Jilid 1: 184-187

You might also like