You are on page 1of 6

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL)

KAJIAN OBESITI DI KALANGAN MURID (SAINS TING 2)


BORANG MAKLUMAT MURID
KELAS : ……………………………………………………..
Bil. NAMA MURID TINGGI JISIM BMI
BADAN(m) BADAN(kg)
1 X 1.47 46

2 Y 1.55 79

3 z 1.72 53

Pembelajaran Berasaskan Projek (20%)


Kajian Obesiti di Kalangan Murid
Isi kandungan
1. Tajuk
2. Pengenalan obesiti
3. Nama dan ahli kumpulan (jika ada)
4. Objektif /Tujuan kajian
5. Borang kajian
6. Mengenalpasti murid obes berdasarkan BMI
7. Masalah-masalah kesihatan berkaitan dengan obesiti
8. Temuramah dengan murid obes
- tabiat makan
- gaya hidup
9. Kepentingan gizi seimbang
10. Amalan pemakanan yang betul
11. Cadangan menu yang sesuai
12. Kesimpulan

 Semua maklumat dipersembahkan dalam bentuk buku skrap /folio dengan


tulisan tangan
 Persembahan adalah mengikut kreativiti masing-masing
 Hanya gambar sahaja boleh difotostat
 Hasil projek akan dibentangkan.

Isi kandungan 50
kekemasan 15
kreativiti 15
pembentangan 20
Jumlah 100

Pembelajaran Berasaskan Projek : Kajian


Obesiti di Sekolah
Pembelajaran berasaskan projek ataupun PBL merupakan satu pendekatan pembelajaran
yang sangat menyeronokkan. Sekalipun mempunyai beberapa kekangan dan masalah
untuk dilaksanakan dengan kerap, tetapi jika dapat dilaksanakan, memang akan
memberi lebih impak kepada murid.

Pembelajaran Berasaskan Projek : Kajian Obesiti di Sekolah

Saya kongsikan langkah demi langkah bagaimana saya jalankan PBL Kajian Obesiti di
Sekolah dengan pelajar Tingkatan 2 saya, sebagai satu keperluan dalam mengikuti
matapelajaran Sains bagi kurikulum KSSM.

1. Bahagi kepada kumpulan


Murid dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada 5/6 orang pelajar. Lebih kecil
kumpulan, sebenarnya jauh lebih bagus.

Murid bekerjasama dalam kumpulan untuk mencari maklumat


 
2. Maklumat sekolah
Murid diminta untuk mencari maklumat sekolah sebagai pendahuluan. Murid dapatkan
bilangan murid dan guru, serta sedikit maklumat ringkas sekolah.

3. Maklumat murid
Murid mendapatkan maklumat mengenai ketinggian dan juga berat rakan mereka.
Kemudian mencari maklumat daripada pelbagai rakan mereka. Sampel yang
dicadangkan adalah seramai 20 orang murid. Borang survey disediakan bagi membantu
memudahkan urusan mencatat.

Borang survey disediakan kepada murid

4. Cari nilai BMI


Setelah murid mendapatkan ketinggian dan berat rakan mereka, mereka akan mencari
nilai BMI dengan menggunakan formula. Murid boleh kira nilai BMI menggunakan
kalkulator.

5. Kenalpasti murid obes


Selepas mendapat nilai BMI setiap murid, kenalpasti murid yang obes, iaitu yang
melebihi nilai BMI 30 dan ke atas. Murid diminta untuk highlight bagi dapat melihat
dengan lebih jelas yang terlibat.
6. Temuramah murid obes
Tugasan seterusnya murid diminta untuk menemuramah murid obes. Antara perkara
yang ditanyakan adalah tabiat pemakanan, kekerapan makan sehari, jenis makanan,
makanan snek / rapu, dan juga gaya hidup mereka.

Temuramah bagi mendapatkan tabiat pemakanan dan juga gaya hidup

7. Cadangkan cara mencegah obesiti


Murid dalam kumpulan membincangkan sebanyak mungkin cara bagi mencegah obesiti
dalam kalangan murid di sekolah. Mereka boleh nyatakan dalam bentuk poin, atau pun
dalam bentuk peta i think yang sesuai.

8. Dokumentasikan
Segala bahan didokumentasikan dengan lebih teratur dan sistematik dalam bentuk buku
skrap. Segala maklumat yang berkaitan dengan topik juga disertakan sebagai bahan
sokongan.  
Hasil dapatan dipersembahkan dalam bentuk buku skrap

9. Pembentangan
Akhir sekali, murid perlu membentangkan hasil dapatan mereka dan
menghubungkaitkan tabiat pemakanan murid dengan tahap kesihatan mereka. 

Bagi yang masih kurang jelas bagaimana pelaksanaan PBL ini, anda juga boleh tonton di
Youtube 

You might also like