You are on page 1of 5

1.

0 Pengenalan

Terdapat pelbagai definisi bagi kajian tindakan, antaranya ialah dari Koshy
(2005). Ia menyatakan bahawa kajian tindakan dikenali sebagai Kajian Tindakan
Penyertaan (Participatory Action Research-PAR), kajian ini berasaskan komuniti,
penyelidikan koperatif, sains tindakan dan pembelajaran tindaka, merupakan
pendekatan yang biasa digunakan untuk menambahbaikkan keadaan dan amalan
dalam pelbagai persekitaran penjagaan kesihatan. Selain itu, bagi Sagor (2000),
makna untuk kajian tindakan ialah sebagai satu proses penyelidikan yang berdisiplin
yang dilaksanakan dan untuk mereka yang mengambil tindakan. Antara sebab
utamanya ialah ia melibatkan diri dalam kajian tindakan adalah untuk membantu
pelaku dalam mempertingkatkan atau memperbaiki tindakannya.

Secara amnya kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan ke atas amalan


oleh pengamal, baik secara individu mahupun bersama pengamal lain, untuk
mengubah dan menambah baik amalan yang sedia ada. Di dalam bidang
pendidikan, pengamal boleh terdiri daripada seorang guru, pentadbir atau seseorang
kaunselor sekolah, ataupun individu lain yang terlibat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Walau bagaimanapun, lazimnya kajian tindakan merujuk kepada
penyelidikan yang dijalankan oleh guru untuk memperbaiki amalan mereka di dalam
pengajaran dan pembelajaran mereka. Contohnya, guru boleh menyelidik kaedah
pengajaran dan bahan pengajaran yang digunakannya untuk meningkatkan lagi
keberkesanan pengajarannya.

Guru juga boleh menjalankan penyelidikan ke atas para pelajarnya bagi


mengenal pasti kesukaran yang dihadapi oleh pelajar di dalam memahami sesuatu
perkara atau topik yang diajar. Melalui penyelidikan yang dijalankan, guru akan
beroleh maklumat bagi merangka suatu tindakan yang bakal diambil dan diikuti oleh
suatu penyemakan sama ada tindakan yang diambil itu berkesan ataupun tidak.
Sekiranya tidak berkesan, maklumat baru akan dikumpul bagi membuat tindakan
susulan dengan diikuti penyemakan seterusnya. Penyelidikan ini dijalankan secara
berterusan sehinggalah penyelesaian ditemui untuk masalah yang dihadapi. Oleh
itu, kajian tindakan boleh dikatakan menghubungkan suatu penyelidikan dengan
tindakan agar tindakan yang diambil oleh guru adalah tindakan yang berasaskan
fakta atau maklumat yang diperoleh melalui penyelidikan yang dijalankan oleh guru
sendiri sebagai pengamal.

Bagi pendapat Elliot (1981) , di mana Elliot menyifatkan kajian tindakan


sebagai suatu kerangka penilaian kendiri (frameworkk for self evaluation) dan
pendekatan yang digunakan, mementingkan aktiviti refleksi dan inkuiri yang
bertujuan untuk memperbaiki atau mengubah amalan kendiri dalam lingkungan
situasi sosial yang terdiri daripada guru, pelajar, pentadbir, ibu bapa dan individu-
individu lain yang berkepentingan. Menurutnya lagi dimana kajian tindakan juga
merupakan penyelidikan situasi sosial yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti
tindakan dalam lingkungan sendiri. Definisi yang selalu dijadikan rujukan, khususnya
di Malaysia, ialah kajian tindakan guru berkaitan dengan permasalaha n harian yang
dilalui oleh guru, bukannya masalah teoritikal seperti mana yang dikemukakan oleh
penyelidik akademik.

Menurut Ebbut (1985) pula mendefinisikan kajian tindakan sebagai suatu


penyelidikan yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha
untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis
mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut. McNiff
(1988) iaitu mendefinisikan kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk
memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan
menggalakkan guru-guru menyedari amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap
amalan-amalan tersebut, dan bersedia untuk mengubahnya. Kajian ini melibatkan
guru di dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka, di samping melibatkan guru-guru
lain.

Cochran & Lytle (1990) mentakrifkan kajian tindakan sebagai penyelidikan


berasaskan bilik darjah yang merupakan inisiatif guru dan dilaksanakan oleh guru.
Penyelidikan yang dijalankan membolehkan guru meneroka isu-isu yang menarik
perhatian mereka. Pendekatan ini juga membolehkan ilmu guru dijadikan
sebahagian daripada literatur pendidikan dan seterusnya, secara tidak langsung,
menyumbang ke arah pembinaan struktur pendidikan. Kember & Gow (1992) juga
menyatakan bahawa kajian tindakan melibatkan pengamal (guru) yang cuba
membaiki pengajaran mereka melalui lingkaran yang melibatkan proses
perancangan, pelaksanaan, pemerhatian, dan refleksi.
Calhoun (1993) menyatakan bahawa kajian tindakan boleh dibahagikan
kepada tiga kategori, iaitu kajian tindakan individu (individual action research), di
mana kajian tindakan dilaksanakan oleh guru secara bersendirian; kajian tindakan
kolaboratif (collaborative action research), iaitu penyelidikan yang dilaksanakan oleh
sekumpulan guru dengan individu di institusi pengajian tinggi atau yang setaraf
dengannya; school wide action research, iaitu penyelidikan yang melibatkan seluruh
staf atau guru bersama konsortium sekolah. McBride & Schostak (1994) kajian
tindakan merupakan refleksi tentang pengajaran sendiri yang dilakukan dalam satu
putaran perubahan, di mana fokus utama adalah untuk memperbaiki amalan
kendiri.

You might also like