You are on page 1of 8

LAPORAN PROJEK PENGUBAHSUAIAN BILIK SIMULASI

( TASKA KASIH ).

NAMA PROJEK : PENGUBAHSUAIAN BILIK SIMULASI ( TASKA KASIH )

PROGRAM : PISMP AMBILAN JUN 2019

TEMPAT : BILIK SIMULASI

TEMPOH PELAKSANAAN :

OBJEKTIF Kanak-kanak dapat menggunakan otot-otot kecil dan penglihatan dengan


sangat baik.
Kanak-kanak dapat menyeimbangkan badan mereka dengan
menggunakan otot-otot seperti tangan, kaki dan mata.
Kanak-kanak dapat membaca kosa kata yang mudah yang terdapat dalam
buku cerita di taska.
Kanak-kanak dapat memainkan alat-alat muzik yang mudah dan dapat
meningkatkan potensi mereka dalam bidang muzik.
Guru boleh memastikan kanak-kanak mengamalkan gaya hidup sihat
seperti pemakanan seimbang dalam piramid makanan.
Kanak-kanak boleh mengurus diri mereka dengan kemas seperti
pemakaian dan imej diri.
Pendidik awal kanak-kanak boleh merawat kecederaan atau luka kanak-
kanak dengan kadar yang segera.
Guru pendidik awal kanak-kanak berupaya memandikan bayi mengikut
garis panduan pengendalian kanak-kanak.
Kanak-kanak dapat tidur untuk merehatkan minda mereka setelah penat
belajar.
SASARAN

MATLAMAT

AKTIVITI
PROGRAM
LAPORAN

Program komuniti yang telah saya laksanakan bersama dengan rakan-rakan saya sebagai ahli
kumpulan saya ialah Pengubahsuaian Bilik Simulasi di Prasekolah Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan Pahang. Kami seramai 11 orang merupakan ahli kumpulan
dalam projek ini. Tempoh projek ini merupakan 13 Ogos 2019 hingga 23 Ogos 2019.
Matlamat projek ini adalah dan objektif projek adalah

Dalam kalangan kami iaitu 11 orang , kami dibahagikan kepada beberapa supaya projek
berjaya dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Oleh kerana, kami hendak
mengubahsuai bilik simulasi dijadikan sebagai taska, sebagai langkah pertama kami
menamakan bilik itu sebagai ‘ Taska Kasih’. Seterusnya, kami telah mencadangkan untuk
mewujudkan beberapa ruang dalam taska itu. Antaranya, ruang muzikal, sudut membaca,
sudut perkembangan motor kasar, ruang tidur, ruang mandi, ruang kecemasan, ruang
kesihatan, ruang kekemasan dan sudut perkembangan motor halus.

Ruang muzikal
Objektif : Untuk mencungkil bakat kanak-kanak dalam bidang muzik dan mempelajari lebih
banyak lagu.
Sudut membaca

Objektif : Untuk menambah ilmu pengetahuan dan menanam amalan membaca dalam
kalangan kanak-kanak

Sudut perkembangan motor kasar


Objektif : Kanak-kanak mampu mencapai keseimbangan badan
Ruang tidur
Objektif : Mewujudkan ruang untuk merehatkan minda kanak-kanak selepas sesi
pembelajaran.

Ruang mandi
Objektif : Guru pendidikan awal kanak-kanak dapat memandikan bayi mengikut garis
panduan pengendalian kanak-kanak.

Ruang kecemasan

Objektif : Untuk membantu kanak-kanak yang cedera/luka secepat mungkin bagi


mengelakkan jangkitan kuman
Ruang kesihatan
Objektif : Bagi memupuk gaya pemakanan yang sihat dan seimbang kanak-kanak.

Ruang kekemasan
Objektif : Bagi memupuk kekemasan kanak-kanak dari segi pemakaian dan kekemasan
permukaan luar untuk menjaga imej diri
Sudut perkembangan motor halus
Objektif : Untuk meningkatkan penagwalan otot-otot kecil kanak-kanak

Selain mewujudkan ruang-ruang tersebut, kami juga telah bercadang untuk menghias dan
menceriakan bilik itu supaya dapat memberi gambaran satu taska. Jadi kami juga telah
melukiskan beberapa mural untuk memeriahkan lagi suasana taska itu.

Pada pandangan saya, kekuatan dalam projek ini adalah kami dapat memberikan info yang
lebih mendalam dan sempurna kepada kanak-kanak serta guru di taska. Sebagai contoh,
kanak-kanak di taska dapat pengalaman baru melalui melakukan aktiviti yang berbagai-bagai
di sudut perkembangan motor halus dan motor kasar. Selain itu, kami juga dapat mencapai
semua objektif contohnya dapat menyediakan bilik yang selesai untuk kanak-kanak.
Seterusnya, kelemahan dalam projek ini adalah kesuntukan masa untuk melaksanakan kerja-
kerja yang berkaitan projek ini. Hal ini kerana, kami telah terlibat dalam pelbagai program
serta kami juga telah diberi pelbagai kerja dan tugasan kursus. Di samping itu, kami juga
mengalami masalah kewangan semasa membeli barang-barang yang diperlukan untuk
mengubahsuai bilik simulasi itu kepada taska. Jadi, kami terpaksa mengurangkan bajet kami
semasa membeli barang-banarng untuk projek ini.

Selain itu, penambahbaikan juga kami laksanakan selepas mendapat beberapa teguran dan
nasihat daripada pensyarah dan cikgu prasekolah. Sebagai contoh, kami menerima nasihat
supaya mural yang kami lukis itu perlu kelihatan ‘3D’. Jadi, kami juga telah mengambil kira
nasihat tersebut serta mengusaha untuk melukis mural ‘3D’ dan akhirnya berjaya juga.

Kesimpulannya, saya ingin memberi beberapa cadangan mengenai projek ini. Antaranya,
guru di taska boleh memperbanyakkan lagi aktviti dalam sudut perkembangan motor kasar
dan motor halus. Guru boleh mempelbagaikan aktiviti tersebut semasa ke semasa supaya
kanak-kanak tidak rasa bosan dengan aktiviti yang sama setiap kali. Selain itu, pihak institut
atau pihak prasekolah bolehlah mengambil instiatif untuk memberi bantuan kewangan supaya
dapat membantu untuk melaksanakan akvitiviti, contohnya sesetengah aktiviti memang
memerlukan bahan-bahan tertentu jadi jika mempunyai bantuan kewangan pihak prasekolah
dapat menyediakan bahan tersebut dengan mudah.

You might also like