You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA MUDA MUSA

45600 BESTARI JAYA, SELANGOR

BEA 3077

KERTAS KERJA MEMBAIKPULIH DAN

MENAIKTARAF TANDAS

SMK RAJA MUDA MUSA


1.0 PENGENALAN

Tandas merupakan satu keperluan yang penting dalam sesebuah kawasan institusi terutama
institusi pendidikan. Tahap kebersihan tandas sekolah di seluruh negara sering dipaparkan di
dalam media cetak yang menggambarkan imej negatif tandas sekolah di Malaysia iaitu kotor,
dan daif. Isu kebersihan tandas sekolah sering diabaikan. Keadaan tandas sekolah yang kotor
menjejaskan imej reputasi sesebuah sekolah. Oleh yang demikian, keperluan tandas yang
baik dan kondusif amat ditagih terutama bagi keperluan dan kegunaan bagi seramai lebih
kurang 1500 orang pelajar sekolah ini. Selain itu keadaan tandas yang baik dan kondusif juga
dapat melambangkan kecemerlangan dan imej bagi sesebuah sekolah seperti SMK Raja
Muda Musa.

2.0 OBJEKTIF

 Murid dapat menggunakan kemudahan tandas yang lebih kondusif


 Memastikan tandas sekolah yang disediakan adalah bersih dan selamat untuk
digunakan
 Mempertingkatkan tahap kebersihan, keselesaan dan keselamatan pengguna tandas
sekolah
 Untuk mendapat penarafan dan "star rating" tandas tertinggi oleh pegawai pemeriksa
 Sebagai persiapan untuk menyertai pertandingan kebersihan tandas peringkat daerah.
 Untuk meningkatkan imej sekolah dengan mewujudkan tandas yang bersih dan ceria
 Tandas yang kondusif juga boleh dijadikan amalan yang berkaitan dengan kebersihan,
keselamatan dan kesihatan terutama pada diri murid.

3.0 RASIONAL

 Dapat memupuk semangat cintakan kebersihan dalam Program 3K Kebersihan,


Keselamatan dan Kesihatan dikalangan murid dan guru
 Satu usaha untuk menyemarakkan lagi kepentingan dan kegunaan tandas di sekolah
ataupun kehidupan seharian.
 Sebagai satu usaha pihak pengurusan sekolah, menyediakan kemudahan tandas yang
baik dan kondusif supaya menjadi satu budaya “sayangi tandas kita”
4.0 MATLAMAT
Matlamat penggunaan tandas di sekolah ialah untuk mencapai kecemerlangan dalam
pembentukan warga sekolah yang berkualiti. Tandas bersih dan kondusif dapat melahirkan
warga sekolah yang sihat.

5.0 LATAR BELAKANG MASALAH

Di SMK Raja Muda Musa terdapat 10 buah tandas yang disediakan untuk guru dan pelajar
iaitu termasuk tandas blok tingkatan 6 dan juga Pendidikan Khas. Seperti juga di kebanyakan
di sekolah lain, aduan yang biasa diterima di SMK Raja Muda Musa ialah tandasnya banyak
yang rosak. Pihak pengurusan sekolah mahukan penyelesaian segera terhadap kerosakan itu.
Namun, mengekalkan tandas yang bersih, kemas dan kondusif boleh memakan belanja yang
banyak. Dan sememangnya ia membabitkan wang yang besar. Tandas yang bersih dan
kondusif di sekolah, adalah penting bagi memastikan pelajar dan guru tidak mendapat
keracunan makanan, disentri dan penyakit yang membawa maut.

6.0 SKOP KERJA BAIKPULIH DAN NAIK TARAF

1. Mengubah struktur dinding dalam tandas – warna peach


2. Menetapkan "trademark" bagi tandas sekolah dengan mengecat semua tandas sekolah
dengan warna seragam – warna "light purple"
3. Membuat sistem "labelling" – melabelkan semua peralatan dan alat kemudahan di
tandas
4. Mengosongkan cermin tandas pelajar lelaki dan perempuan
5. Mengeluarkan sinki tandas

7.0 CADANGAN PROJEK MEMBAIKPULIH DAN MENAIKTARAF

SENARAI PROJEK BAIKPULIH DAN NAIK TARAF


TANDAS SMK RAJA MUDA MUSA
JUSTIFIKASI
FASA PROJEK SKOP PROJEK PROJEK
Mengecat struktur dalam tandas Aktiviti gotong- Keadaan struktur dan
dengan warna ‘peach’ royong akan diadakan warna dinding dalam
untuk mengecat tandas pada masa kini
tandas. amat suram dan tidak
FASA 1 ceria. Pengubahsuaian
warna dinding dalam
tandas diperlukan
untuk menceriakan
suasana dalam tandas.
 Mengecat struktur luar tandas Aktiviti gotong- Keadaan dinding luar
sekolah dengan warna ‘light royong akan diadakan tandas yang tidak
FASA 2 purple’ dengan kerjasama ceria memerlukan
 Melukis mural
Jawatankuasa Khas pengubahsuaian warna
Mural. untuk menarik minat
pengguna tandas.
Membuat ‘labelling’
FASA 3 Membuat ‘labelling’ pada paip dan
peralatan yang
terdapat di tandas
 Mengeluarkan sinki untuk ‘up Kerja-kerja Menaiktaraf sistem
grading’ mengeluarkan sinki, pengudaraan
 Membina tembok tandas
FASA 4 membina tembok dan semulajadi melalui
 Menyediakan ‘ventilator’-
memasang kipas tingkap dengan
sistem pengudaraan
penyedut oleh memasang kipas
kontraktor. sedut.
 Menyediakan sinki bertingkat Kerja-kerja memasang
 Meletakkan cermin besar
FASA 5 sinki bertingkat dan
cermin besar pada
tandas.
KECERIAAN
 Mewujudkan dan Kerja-kerja Paparan informasi
mempamerkan informasi meletakkan papan dapat meningkatkan
FASA 6 bermaklumat berkenaan tanda dan maklumat pengetahuan dan
dengan tandas berinformasi dan kesedaran pengguna
 Melukis mural
menceriakan tandas tandas tentang
sekolah. kebersihan tandas.
INVENTORI
 Menyediakan buku keluar Sistem ‘TASK Dijadikan sebagai
masuk pembersihan tandas FORCE’ ditubuhkan perantara untuk
oleh pekerja swasta. dikalangan pelajar- pelajar membuat
 Inventori senarai barang dan
FASA 7 pelajar. aduan tentang
peralatan dalam tandas.
kerosakan tandas.
 Mewujudkan sistem “TASK
FORCE”

8.0 PENUTUP

Tahap kebersihan, keselesaan dan keselamatan tandas adalah adalah perkara yang sangat
penting dan perlu dititikberatkan. Dengan adanya tandas yang bersih, ceria dan selamat, ia
akan memberi keselesaan kepada pengguna tandas dan secara tidak langsung akan
meningkatkan imej reputasi sekolah.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

........................................................ ..............................................
Cik Noor Farhana Bt. Abdul Samad
Setiausaha 3K
SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya

You might also like