You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KE1 2015

SK BANDAR TASEK MUTIARA


14120 SIMPANG AMPAT S.P.S PULAU
PINANG

TARIKH
HARI
MASA
TEMPAT

:24 DISEMBER 2014


:RABU
:10.30 PAGI
:BILIK MESYUARAT

KEHADIRAN
Semua guru hadir kecuali :
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Pn. Sharipah bt. Shafie


7. Pn. Zabedah bt. Zainal Abidin
Pn. Chng Yee Lim
8. En. Badlishah b. Murad
Pn. Nurul Arniza bt. Razali
9. Pn. Sadariah bt. Abu Bakar
Pn. Wan Rohanie bt.Wan Muda
10. Pn. Sarimah bt. Basiron
En.Muhammad Shuhaimi b. Shaari 11.Cik Hazatul Hasliyana bt Md. Ali
Pn. Fatimah bt.Ghazali
12. Pn. Johara Beevi bt Sajahan

MESYUARAT
DIPENGERUSIKAN
SHABUDIN, GPK KOKURIKULUM
1.0

OLEH

PN.

NORHANIZAH

BINTI

Ucapan Tuan Guru Besar


1.1 Tuan Guru Besar berharap pencapaian kokurikulum akan lebih
cemerlang pada tahun 2015.
1.2 Pakaian uniform adalah wajib pada setiap hari Rabu dan Minggu ke3 setiap bulan.
1.3 Kehadiran kegiatan kokurikulum adalah diwajibkan kepada guru
dan pentadbir.
1.4 Jurulatih pasukan sekolah dicadangkan hadir pada hari yang
ditetapkan dan diberi pengecualian pada hari kegiatan
kokurikulum.
Tindakan

dan

makluman

Semua guru
2.0

Ucapan GPK Kokurikulum


2.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran mesyuarat
pertama sesi 2015.
2.2 Pengerusi menyatakan penglibatan dalam bidang kokurikulum
adalah wajib untuk semua kerana ia adalah sebahagian daripada
kesinambungan kurikulum.
Tindakan dan makluman :
Semua guru
1

3.0

Peranan dan Tanggungjawab guru


2.1 Kehadiran guru akan diambil pada waktu kokurikulum.
2.2 Jika guru menghadapi masalah untuk hadir waktu kegiatan
kokurikulum
hendaklah dimaklumkan kepada gpk kokurikulum dan
perlu mengisi borang pengecualian daripada kokurikulum.
2.3 Setiap guru perlu memakai pakaian rasmi kokurikulum mengikut
unit uniform
masing-masing.
2.4 Pemakaian unit uniform adalah diwajibkan pada setiap minggu ke
3.
2.5 Perhimpunan minggu ke-3 akan dikendalikan sepenuhnya oleh unit
uniform
mengikut ketetapan.
2.6 Guru penasihat perlu melatih murid untuk membuat persembahan
pada hari perhimpunan minggu ke-3.
2.7 Setiap aktiviti yang dikendalikan semasa perhimpunan perlu
didokumentasikan dan diserah kepada gpk kokurikulum
2.8 Aktiviti 1M1S telah digabungkan dengan permainan.
2.9 Aktiviti unit beruniform, kelab persatuan dan permainan akan
dijalankan sebanyak
12 kali setahun.
Tindakan dan makluman :
Semua guru

4.0

Aktiviti Murid dalam Kokurikulum


4.1 Guru perlu menyediakan aktiviti di luar kotak fikiran supaya lebih
menarik dan mencabar bukan sahaja fizikal malahan mental turut
diperkembangkan.
4.2 Setiap aktiviti luar perlu mendapatkan kebenaran waris.
4.3 Surat salinan kebenaran waris hendaklah diserahkan kepada GPK
Kokurikulum untuk simpanan.
4.4 Semua guru penasihat perlu membuat semakan perlembagaan
unit masing-masing.
4.5 Semua guru dan murid tahun 4,5 dan 6 terlibat dalam kegiatan
kokurikulum.
4.6 Guru-guru diminta mengaplikasi cara kerja yang berkualiti untuk
meningkatkan kecemerlangan.
4.7 Bulan kecerdasan akan diadakan sekitar bulan Jun-Julai.
4.8 Maklumat aktiviti akan dimaklumkan kemudian.
Tindakan dan makluman :
Semua guru

5.0

Agihan Tugas Jawatankuasa sesi 2015


5.1 Kokurikulum Pendidikan Khas adalah berasingan daripada murid
biasa.
5.2 Terdapat 2 unit pengakap iaitu daripada Pendidikan Khas dan murid
biasa.
5.3 Markah pencapaian murid dalam kokurikulum perlu direkod dalam
aplikasi online.
5.4 Kehadiran guru dan murid juga akan direkod di dalam aplikasi
online apabila dimaklumkan.
2

5.5

Bagi guru-guru yang mempunyai masalah tentang tugasan


jawatankuasa kokurikulum boleh berjumpa dengan GPK
Kokurikulum atau setiausaha kokurikulum.
Tindakan dan makluman :

Semua guru
MESYUARAT SETERUSNYA DISAMPAIKAN OLEH PN.HALIMATUN
SAADIAH BINTI YAHYA,SETIAUSAHA KOKURIKULUM
6.0

Pelantikan Jawatankuasa dan BidangTugas


6.1 Pengerusi meminta rujuk helaian tugas yang diedarkan.
6.2 Surat lantikan telah diedarkan dan termaktub tugas-tugas
pelantikan.
6.3 Makluman penubuhan kelab baru iaitu Kelab Keselamatan Jalan
Raya.
6.4 Cikgu Fathi memohon guru-guru setiap unit diseimbangkan.
6.5 Cikgu Munir menyatakan tidak menjadi masalah penglibatan guru
sama ada guru lelaki mahupun perempuan dalam sesuatu bidang.
6.6 Cikgu Noorlida memohon menyemak kembali agihan tugas kerana
terdapat guru yang tercicir serta mengurangkan perjawatan
disebabkan masalah-masalah tertentu.
6.7 Perubahan Ustaz Yusri menggantikan rumah Kuning.
6.8 Ahmad Yusri memohon pertukaran daripada Ketua Penasihat
Badminton kepada Ketua Rumah Kuning.
6.9 Cikgu Siti Mariam memaklumkan kekurangan guru penasihat
Persatuan Bahasa Inggeris.
6.10 Tanggungjawab guru dan pemimpin telah dilampirkan.
6.11 Buku laporan adalah tanggungjawab Ketua Penasihat.
Tindakan dan makluman :
Semua guru

7.0

Perancangan Aktiviti Sesi 2015


7.1 Perancangan aktiviti kokurikulum sesi 2015 adalah mengikut
takwim yang diedar semula.
7.2 Sukan akan diadakan sekitar bulan Mei.
7.3 Guru yang terlibat dalam pengurusan sukan ialah Cikgu Munir,
Cikgu Muhaini dan Cikgu Kavitha.
7.4 Aktiviti terdekat yang akan dijalankan ialah Merentas Desa.
Tindakan dan makluman :
Semua guru

8.0

Laporan Penglibatan dan Pencapaian Murid dalam Kokurikulum


sesi 2014
8.1 Penglibatan dan pencapaian murid menentukan GPS sekolah.
8.2 Sila rujuk maklumat penglibatan dan pencapaian dalam lampiran.
3

Tindakan dan makluman :


Semua guru
9.0

Perancangan Aktiviti Unit Kokurikulum sesi 2015


9.1 Mesyuarat Agong setiap unit akan diadakan mengikut takwim
sekolah.
9.2 Guru penasihat perlu melengkapkan setiap maklumat di dalam
buku laporan.
9.3 Maklumat guru, murid , rekod pencapaian, rujukan nilai telah
dilampirkan di dalam buku laporan.
9.4 Ketua penasihat unit akan tentukan guru yang terlibat sebagai
jurulatih pasukan sekolah.
9.5 Jurulatih akan diedarkan surat lantikan.
9.6 Cadangan Pengecualian jurulatih sekolah pada hari kegiatan
kokurikulum oleh Guru Besar.
9.7 Jurulatih akan hadir pada hari latihan yang ditetapkan setiap
minggu.
Tindakan dan makluman :
Semua guru

10.0 Hal-hal lain


10.1 Pihak sekolah boleh memohon sumbangan daripada Jabatan
Perpaduan Negeri atau merancang altiviti dengan menjemput
pihak mereka untuk mengendalikan aktiviti bersama murid.
10.2 SK Bandar Tasek Mutiara telah terpilih mengendalikan Program
Kebun Mini Sayur Organik di bawah Persatuan Pencinta Alam.
10.3 Ketua penasihat perlu membuat kertas cadangan berserta dengan
nota minta mengikut format yang betul untuk memohon
peruntukan wang.
10.4 GPK Kokurikulum memaklumkan Program Inovasi Kelab/ Persatuan
adalah program baru kokurikulum yang perlu dilaksanakan pada
tahun 2015 di peringkat sekolah rendah.
10.5 Program Inovasi Kokurikulum melibatkan kelab/persatuan sahaja.
10.6 Program Inovasi bertujuan menggalakkan murid mereka cipta
menggunakan pemikiran aras tinggi.
10.7 Setiap perjumpaan unit kelab/persatuan perlu menjalankan aktiviti
inovasi dalam masa 20 minit.
10.8 Guru penasihat akan memilih satu aktiviti yang terbaik bagi
mewakili setiap unit.
10.9 Projek inovasi perlu lengkap pada awal bulan Jun.
10.10 Panel akan memilih yang terbaik untuk mewakili sekolah dalam
pertandingan.
10.11 Peruntukan sebanyak RM200 akan diberi kepada kelab/persatuan
yang terpilih.
10.12 Setiap kumpulan terdiri daripada 12 orang.
10.13 GPK Kokurikulum berharap guru-guru dapat menjalankan tugas
dengan seikhlas hati dan cuba mencapai sasaran yang terbaik.

Tindakan dan makluman :


Semua guru

PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 tengah hari.

Disediakan oleh;

Disemak oleh;

_________________

____________________

(FARRAHWIDA BT MOHAMAT NOR)


N.SETIAUSAHA KOKURIKULUM

(PN. NORHANIZAH BT.SHABUDIN)


PK KOKURIKULUM

Disahkan oleh:

_________________________
(PN.HJH. ZAINEE BT OMAR)
GURU BESAR

You might also like