You are on page 1of 6

REFLEKSI JURNAL

1.

Aktiviti 1 (T1A1) Pratikum dan Laporan Pemantauan Guru Pembimbing

Sepanjang menjalankan tugasan HBEF 3603 yang diberikan berbagai pengalaman yang saya
rasakan bagi menyiapkan setiap aktiviti yang diberikan. Berbagai perasaan bercampur baur
ketika melihat tugasan yang diberikan. Terdapat empat aktiviti yang harus disiapkan
mengikut tarikh yang ditetapkan. Aktiviti 1 merupakan aktiviti menjalani pratikum dan
laporan daripada pemantauan guru pembimbing. Perkataan pratikum sudah tidak asing lagi
ketika awal-awal menjejakkan kaki selaku pendidik. Kini, setelah melanjutkan pelajaran
perlaksanaan pratikum perlu dijalankan untuk tugasan HBEF 3603. Jika diimbau kembali,
perlaksanaan pratikum suatu ketika dahulu sememangnya menyeronokkan kerana masih
baru-baru menjejakkan kaki sebagai pendidikan banyak alat bantu yang disediakan. Namun,
ketika itu penggunaan kemudahan ICT masih belum diperluaskan.
Semasa menyediakan rancangan pengajaran dan bahan bantu, berbagai pengalaman
yang telah saya dapati atas bantuan rakan, guru pembimbing dan ketua jabataan saya.
Kerjasama yang diberikan begitu menggalakan dan membuatkan saya termotivasi untuk
menghasilkan suatu pengajaran yang berkesan. Berdasarkan pengalaman sedia ada saya
berusaha untuk menyediakan rancangan pengajaran harian berdasarkan tajuk kajian yang
telah saya pilih. Ini bertujuan untuk melihat sejauh mana perlaksanaan bahan yang disediakan
sama ada mampu mencapai objektif yang ditetapkan.
Penyediaan bahan bantu menggunakan kemudahan ICT bukan suatu yang baru bagi
saya kerana sebelum ini saya juga pernah menggunakan perisian yang telah dibekalkan oleh
pihak jabatan dari unit Tekologi Maklumat. Namun kebanyakkan bahan yang dibekalkan ini
merupakan bahan yang sudah lama dan tidak sesuai dengan Huraian Sukatan Pelajaran
Pendidikan Jasmani Tahun 4 yang lebih menjurus kepada Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). Oleh itu, atas bantuan rakan yang mahir dalam bidang ICT saya mendapat
tunjuk ajar untuk menyediakan bahan bantu menggunakan Perisian Mikrosof PowerPoint.
Akhirnya terhasil juga bahan bantu tersebut.
Sepanjang menyediakan bahan bantu menggunakan perisian PowerPoint, saya telah
mempelajari berbagai teknik dan kaedah untuk menyesuaikan bahan yang perlu dimasukkan
1

pada setiap slaid. Selain itu, saya juga ada mempelajari kesan animasi kepada paparan yang
dimasukkan bagi membolehkan pergerakan gambar dan perkataan apabila paparan slaid
dipertontonkan kepada pelajar. Ini merupakan salah satu tarikan kepada pelajar untuk
mengikut pdp yang disampaikan kepada guru. Disamping itu juga, rakan saya ada
mengajarkan cara hendak memasukkan rakaman audio dan vedio. Namun, dalam pdp kali ini
saya tidak sempat untuk memasukkannya. Ini merupakan sauatu pengalaman yang boleh saya
pergunakan pada bahan bantu yang disediakan pada masa akan datang.
Sepanjang sesi pratikum dijalankan, seperti yang saya jangkakan murid-murid begitu
aktif melibatkan diri sedari awal pdp dijalankan. Setiap pelajar memberikan pendapat dan
jawapan apabila guru mengemukakan persoalan dan paparan gambar pada slaid. Ini
merupakan satu perkembangan yang positif dikalangan para pelajar semasa mengikuti pdp
yang saya jalankan. Saya merasa sangat teruja dengan penglibatan yang diberikan oleh
murid-murid saya. Ini memberikan motivasi dalam diri saya untuk menyediakan bahan bantu
yang lebih menarik dan berinovasi di masa akan datang.
Laporan daripada guru pembimbing juga memberikan saya semangat untuk berusaha
memperbaiki kelemahan yang ada sepanjang sesi pratikum dijalankan. Saya merasa bertuah
kerana guru pembimbing saya merupakan rakan seperjuangan yang banyak membantu saya
dalam memberikan pendapat semasa penyediaan rancangan pengajaran dan persediaan bahan
serta semasa sesi pratikum dijalankan. Sesi perbincangan yang sering kali dijalankan
memberikan saya banyak pengetahuan mengenai bidang ICT dalam mata pelajaran
Pendidikan Jasmani. Penggunaan didik hibur yang diapliksikan dalam bahan pdp juga
merupakan salah satu pendapat yang diberikan oleh gruu pembimbing saya agar pdp saya
dapat mewujudkan rasa seronok di kalangan murid.
Sememangnya penggunaan bahan berbantukan ICT ini menjadi satu tarikan kepada
pelajar apatah lagi jika kita menggunakan ipad atau tap semasa sesi pdp dijalankan.
Kemudahan canggih ini menjadi satu tarikan untuk mereka seronok dalam mengikuti
pembelajaran guru. Sebelum ini, saya lebih banyak menggunakan bahan bantu seperti kad
imbasan dan sebagainya, namun bagi memberi kelainan dalam pdp kali ini saya mencuba
untuk menyediakan bahan bantu daripada perisian ICT. Jelas dapat dilihat kesannya kepada
murid yang kurang pandai kerana mereka memberikan tumpuan kepada paparan visual yang
2

menarik perhatian mereka. Hasil yang ditunjukkan pada lembaran kerja dan ujian juga
memberikan impak yang baik.
2.

Aktiviti 2 (T1A2) Rakaman Video Sesi Pratikum

Aktiviti 2 merupakan pengalaman semasa merakam vedio terhadap sesi pratikum yang saya
jalankan. Pada awalnya saya merasa aktiviti ini sudah tentulah sukar kerana saya tidak
mempunyai pengalaman merakam pengajaran dan pembelajaran sebelum ini menggunakan
perakam vedio. Apatah lagi sekolah tidak mempunyai alat perakam vedio. Jika menggunakan
telefon mudah alih pasti rakaman yang dijalankan akan bergerak-gerak dan tidak stabil.
Kegusaran saya ini akhirnya mendapat jalan penyelesaian apabila rakan sekerja saya
menawarkan untuk meminjamkan alat perakam tersebut. Saya merasa sangat bersyukur di
atas kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh rakan-rakan sejawat.
Ketika sesi pratikum dijalankan pada awalnya saya merasa kekok kerana tidak pernah
selama ini saya merakamkan pdp yang saya jalankan.. Ini juga merupakan suatu pengalaman
yang amat berharga dalam hidup saya. Melalui rakaman inilah saya boleh memperbaiki diri
dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran saya di masa akan datang. Ketika rakaman
dijalankan semasa sesi pengajaran and pembelajaran dijalankan saya juga dapat melihat
keseronokkan yang terpancar diwajah anak didik saya. Mereka berasa seronok sekali
mengikuti pembelajaran yang saya jalankan. Ini juga merupakan suatu pengalaman baru
kepada mereka. Bagi murid-murid yang terdiri daripada golongan yang berkemampuan,
pengalaman dirakaman menggunakan video suatu yang tidak asing bagi mereka. Tapi
berlainan sekali dengan pelajar yang kurang berkemampuan, jelas sekali kegembiraan dan
keseronokkan terpancar di wajah mereka.
Setelah selesai pengambaran rakaman sesi pratikum dijalankan. Saya perlu
memindahkan rakaman tersebut ke komputer saya bagi memudahkan saya memuat turun ke
laman OUM. Ini juga merupakan suatu pengalaman yang baru bagi saya. Memindahkan kad
data rakaman vedio ke komputer rupanya menyamai memindahkan kad data daripada telefon
mudah alih. Cumannya menukarkan format tersebut kepada format khas *flv menjadikan
saya binggung seketika. Ini adalah kerana, saya tidak pernah menukarkan format rakaman
video seperti yang dingini. Saya mulai merasa gusar kerana tarikh penghantar akhir hanya
tinggal beberapa hari saja lagi.
3

Saya berjumpa dengan rakan sekerja yang mahir dalam bidang ICT. Akhirnya, masalah
saya ini dapat diselesaikan. Memandangkan rakaman ini mengandugi MB yang besar, saya
perlu memuat turun rakaman tersebut ke dalam laman sesawang Youtube terlebih dahulu.
Selama ini, saya hanya tahu melayari lawan tersebut tidak pernah hendak memuat turun
bahan. Rupanya kita boleh memuat turun bahan ke laman Youtube seperti rakaman vedio dan
sebagainya. Rakan sejawat sudi membantu menyelesaikan masalah saya ini. Dia telah
mengajar saya bagaimana hendak melakukannya satu persatu hinggalah saya dapat memuat
turun bahan rakaman tersebut ke laman OUM. Saya merasa lega kerana aktiviti 2 sudah dapat
diselesaikan. Hanya tinggal aktiviti 3 dan 4 yang perlu saya siapkan iaitu pelaporan dan
refkelsi pdp.
3.

Aktiviti 3 (T1A3) Pelaporan Inovasi PdP

Aktiviti 3 merupakan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran menggunkaan bahan inovasi


yang telah dibangunkan. Pada awalnya saya masih terumbang-ambing memikirkan
bagaimana menyediakan laporan seperti yang diminta oleh pihak OUM. Saya ada juga
berbincang dengan rakan sejawat yang sama-sama belajar. Akhirnya kami mencari contoh
laporan format melalui laman sesawang dan memperolehi contoh format yang diingini oleh
pihak pihak OUM. Saya merasa lega kerana mempunyai panduan untuk menghuraikan
laporan inovasi pdp yang telah dijalankan secara keseluruhannya.
Sebelum laporan disediakan, saya telah menyediakan draf laporan apa yang perlu saya
masukkan pada setiap bahagian laporan yang diingini. Saya membuat draf refleksi
berdasarkan pengalaman dan pandangan saya apa yang ingin dihuraikan pada setiap
bahagian. Penyediaan pelaporan sebegini dalam membantu saya dari segi kefahaman
terhadap bahan yang digunakan, perlaksanaan yang telah dijalankan dan implikasi kepada
guru, murid, isi kandungan dan persekitaran pembelajaran yang mempunyai perkaitan antara
satu dengan yang lain.
Pada bahagian refleksi pdp lalu saya mengambil masa yang lama untuk memikirkan
apa yang perlu dihuraikan. Atas perbincangan dengan rakan, saya mendapat idea dan
membuat draf berdasarkan pandangan secara keseluruhan empat aspek yang dikemukakan.
Saya mulai menulis pelaporan tersebut satu demi satu sehinggalah laporan mengenai
4

perlaksanaan bahan inovasi pdp yang telah saya gunakan. Penyediaan laporan seperti ini
menyamai laporan bagi setiap aktiviti yang telah dijalankan di sekolah sama ada pelaporan
dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Namun, pelaporan ini lebih menjurus
kepada bidang pdp yang telah dijalankan menggunakan bahan bantu berinovasi.
Semasa menyediakan laporan ini juga saya telah mempelajari cara memasukkan contoh
bahan slaid yang di crop daripada video dan juga membuat graf dan carta pai bagi
menunjukkan analisis terhadap aras kecerdasan pelajar dan perbandingan pencapaian pelajar
dalam ujian pra dan pasca. Penyediaan rajah ini telah saya pelajari daripada rakan sejawat
saya yang mahir dalam bidang pelaporan statistik. Banyak perkara baru yang telah saya
pelajari mengenai pelaporan yang hendak disediakan ini.
Secara keseluruhannya, pengalaman yang saya perolehi melalui tugasan HBEF 3603 ini
banyak membuka minda dan pengetahuan saya terhadap dunia ICT. Adalah menjadi satu
keseronokkan apabila kita mempelajari sesuatu yang baru sama ada dalam penyediaan bahan
bantu mengajar dan pelaporan yang dihasilkan. Rasanya pengalaman sebegini akan saya
jadikan panduan dalam meningkatkan profesionalisme saya dalam bidang keguruan bagi
melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan mempunyai jati diri yang luhur. Saya merasa
bersyukur akhirnya saya dalam menyelesaikan tugasan HBEF 3603 ini hingga ke aktiviti 4.
Saya juga merasa bangga kerana dapat menghasilkan tugasan atas usaha saya sendiri dengan
bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh rakan-rakan saya. Saya pasti akan berusaha
untuk memperbaiki cara penyampaian saya, membangunkan bahan bantu yang lebih menarik
dan memastikan pdp saya berjalan dalam persekitaraan yang sihat dan menyeronokkan.

4.

Aktiviti 4 (T1A4) Refleksi

Setelah aktiviti 1 hingga 3 telah diselesaikan, kini saya perlu membuat huraian refleksi secara
keseluruhan sepanjang pratikum yang disandarkan oleh empat aktiviti yang telah dinyatakan.
Untuk menghuraikan secara keseluruhan saya perlu membuat membaca kembali pelaporan
dari awal hinggalah ke aktiviti 3 iaitu pelaporan inovasi yang telah saya siapkan. Hasil
pembacaan saya membahagikan refleksi saya mengikuti aktiviti yang dinyatakan dari
aktiviti1 hinggalah aktiviti 3. Untuk huraian aktiviti 4 merupakan rumusan secara
5

keseluruhan berdasarkan pengelaman, pengetahuan dan perkongsian yang saya alami


sepanjang perlaksanaan pratikum yang saya jalani di sekolah.
Berdasarkan huraian refleksi aktiviti 1 hingga 3 apa yang ingin saya katakana bahawa,
banyak pengalaman baru yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan pratikum kelolaan
OUM ini. Jika dibandingkan pratikum dahulu dan sekarang masing-masing mempunyai
banyak kelebihan dan kekurangannya. Apa yang menariknya sekarang ini, saya dapat
membangunkan perisian sendiri untuk memastikan pdp saya lebih menarik dan
menyeronokkan. Melalui pengalaman ini, saya akan pastikan bahawa pdp saya di masa akan
datang akan diracang dengan lebih menarik dengan mengaplikasikan pelbagai kaedah,
strategi dan teknik pdp yang lebih menarik dan berkesan. Perkongsian idea dan pendapat
dikalangan rakan sekerja adalah penting bagi menyediiakan bahan pdp yang berkesan.
Hasil daripada pengalaman yang saya perolehi semasa pratikum kali ini, akan saya
jadikan sebagai satu tapak dalam menerusikan kerjaya saya selaku pendidik yang berusaha
untuk memberikan yang terbaik kepada anak didik saya di masa depan. Melalui pengalaman
ini juga ianya menjadi saya meneroka satu bidang baru yang membolehkan saya
menyumbangkan ilmu pengetahuan yang saya ada untuk diterapkan kepada anak didik saya
agar mereka mampu mahir dan berkebolehan dalam mengharugi arus pendidikan di zaman
yang serba moden ini.

You might also like