You are on page 1of 19

Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012(PKEBAR12)

disunting oleh: Mohd Shukari Hamzah, Khazri Osman, Moktar Hussain, Suhaila Zailani
@ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Hakim Zainal, & Zainuddin Ismail Unit Bahasa
Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ISBN 978-9675478-49-9 http://www.ukm.my/uba/sebar2012/prosiding.htm

CIRI-CIRI INOVASI "KAD PINTAR NAHU ARAB"


Ideris Abd Rahim
abiluqmann@gmail.com
Bahagian Pendidikan Islam
Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap ciri-ciri inovasi yang terdapat
dalam bahan Pengajaran dan Pembelajaran nahu Arab yang dinamakan Kad Pintar Nahu
Arab (KPNA) berdasarkan ciri-ciri inovasi yang digariskan oleh Rogers (2003) iaitu ciri
kelebihan relatif (relative advantage), kesesuaian (compatibility), kekompleksan
(complexity), kebolehcubaan (trialability) dan kebolehpantauan keberkesanan (observability).
KPNA ini dicipta untuk digunakan dalam P&P nahu Arab yang didakwa sukar oleh para
pelajar terutamanya pelajar-pelajar di sekolah menengah. KPNA terdiri daripada enam puluh
keping kad empat segi tepat berukuran 9cm x 6cm yang dimasukkan maklumat-maklumat
nahu Arab. Maklumat-maklumat tersebut disusun dan dikelaskan dengan menggunakan
warna dan teknik penyusunan yang kreatif. KPNA telah mendapat pengiktirafan sebagai Naib
Johan dalam Pertandingan Guru Inovatif Sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2007
anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) selain mendapat jemputan-jemputan
perkongsian pintar di Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM), Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM) dan beberapa buah sekolah seluruh Malaysia. Kajian ini menggunakan reka
bentuk kuantitatif jenis tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen
untuk mendapatkan maklumat dan data. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 30 orang
guru Bahasa Arab yang diberi pendedahan menggunakan KPNA. Responden terlebih dahulu
diberi taklimat selama tiga jam melibatkan teori dan praktikal penggunaan kad bagi
membolehkan mereka membuat penilaian. Hasil kajian mendapati bahawa KPNA adalah
merupakan satu bahan pengajaran Nahu Arab yang mempunyai ciri-ciri inovasi seperti yang
digariskan oleh Rogers (2003) pada skala yang tinggi berdasarkan skor min keseluruhan yang
berada di tahap yang tinggi iaitu 4.20 skor.
PENGENALAN
Belajar dalam suasana yang seronok, ceria dan mendapat kefahaman yang mendalam adalah
keinginan semua orang. Kebiasaannya unsur-unsur ini akan hilang apabila berhadapan
dengan tajuk-tajuk yang rumit dan sukar. Begitulah keadaannya dengan pembelajaran bahasa
Arab khususnya pada topik tatabahasa (Nahu). Tatabahasa secara umumnya merupakan satu
tajuk dalam pembelajaran bahasa yang sukar kerana mengandungi konsep-konsep dan istilahistilah yang banyak dan rumit untuk difahami. Perkara ini sangat dirasai dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Maka, oleh sebab itu amatlah wajar satu
82

pendekatan berinovasi perlu diterapkan dalam pengajaran nahu agar dapat mengelakkan
pelajar-pelajar makin menjauhi nahu Arab.
Hasil penat lelah dan kesungguhan, penulis telah berjaya mencipta satu bahan
pengajaran dan pembelajaran Nahu yang dianggap mempunyai ciri-ciri inovasi. Bahan yang
dinamakan Kad Pintar Nahu Arab (KPNA) ini telah diperkenalkan pada tahun 2005 semasa
penulis menjadi Guru bahasa Arab di SMKA Inanam, Kota Kinabalu Sabah. Sikit demi
sedikit KPNA ini dimurnikan dari masa ke semasa sehingga berjaya mendapat beberapa
pengiktirafan di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Naib Johan Anugerah
Guru Inovatif sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2007, pembentangan di
Konvensyen bahasa Arab KPM 2008, pembentangan di Persidangan Inovasi Pendidikan
Islam, KPM 2009 dan pembentangan pada Kursus Jurulatih Utama Bahasa Arab Kebangsaan,
KPM 2010. Setelah menelusuri episod-episod kecemerlangan ini timbul lah keinginan
penulis untuk mengkaji sejauh mana KPNA ini mempunyai ciri-ciri inovasi. Moga-moga
hasil daripada kajian ini dapat memberi satu panduan untuk penambahbaikan sehingga
KPNA ini mampu menjadi satu bahan inovasi pengajaran dan pembelajaran Nahu yang
mantap.
LATAR BELAKANG
Nahu ialah ilmu tentang pembentukan kata dan pembinaan ayat (penyusunan kata-kata dalam
ayat. (Glosari Bahasa Dan Kesusasteraan Arab.1996.). Ramai berpendapat bahawa nahu
merupakan antara disiplin ilmu bahasa Arab yang agak sukar. Sukar dan payahnya nahu tidak
hanya dirasai oleh mereka yang mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Kesukaran
ini turut juga dirasai oleh mereka yang mempelajarinya sebagai bahasa ibunda (Taimah et. al.
1990). Antara puncanya disebabkan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain seperti
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis biasanya dibentuk oleh kebiasaan
bertutur, latih tubi dan pendedahan yang berterusan kepada persekitaran penggunaan bahasa
itu sendiri. Berbeza dengan kemahiran nahu, kemahiran ini diasaskan oleh penguasaan ilmu
pengetahuan berkaitan bahasa yang meliputi segala selok belok pembentukan kata, frasa, ayat
serta gaya bahasa. Setiap hukum nahu atau struktur ayat membawa makna tertentu.
Oleh itu, kemahiran nahu ini perlu dipelajari secara formal. Kemahiran nahu ini dapat
dipraktikkan dalam kemahiran-kemahiran bahasa Arab yang lain. Kemahiran nahu juga
merupakan asas untuk memahami ilmu retorik ( ). Dengan ini jelas bahawa penguasaan
ilmu nahu memerlukan kekuatan minda yang berkaitan dengan daya berfikir dan kemahiran
aplikasi ilmu pengetahuan yang menggunakan pancaindera komunikasi.
83

Pengalaman belajar di dalam kelas sepatutnya diperluaskan penggunaannya di manamana sahaja mereka berada sama ada semasa mereka berada di luar kelas atau di luar
sekolah. Sini, Nasif dan Mokhtar (1991) dalam Norhayati (2008) mencadangkan penggunaan
kad untuk mengajar struktur nahu bahasa Arab. Manakala tentang i'rab pula banyak pendapat
yang sering kali menyarankan untuk mempermudahkannya dari masa-kesemasa. Ini jelas
sekali menunjukkan i'rab adalah satu isu yang sangat penting dalam menentukan teknik yang
dapat memudahkan pembelajaran nahu. Al-Faranwani (2005) dalam Noorhayati (2009)
menggariskan sepuluh prinsip penulisan ilmu nahu yang digunakan dalam bukunya alKhulasah Fi al-Nahw. Cara penerangan i'rab yang digunakan dalam buku ini agak tersendiri,
iaitu didahului dengan cara irab yang umum, kemudian diikuti dengan contoh-contoh dan
seterusnya i'rab yang khusus.
Oleh itu, penulis mengambil inisiatif untuk mencipta satu bahan pengajaran nahu
yang menyelitkan unsur-unsur inovasi yang dirasakan dapat membantu guru untuk
menjadikan pengajaran nahu dengan lebih berkesan. Menyedari hakikat akan kepentingan
untuk berinovasi dalam pengajaran, penulis juga telah mengambil kira akan ciri-ciri inovasi
dalam penciptaan bahan ini. Dalam kajian ini penulis berminat untuk melihat sejauh mana
satu bahan inovasi dalam pengajaran nahu Arab yang dicipta ini mempunyai ciri-ciri inovasi
yang baik.

TUJUAN KAJIAN
Mengenal pasti sejauh mana KPNA mempunyai ciri-ciri inovasi seperti yang digariskan oleh
Rogers (2003) iaitu ciri kelebihan relatif (Relative Advantage ), kesesuaian (Compatibility),
kekompleksan

(Complexity),

kebolehcubaan

(Trialability)

dan

keboleh

pantauan

keberkesanannya (Observability) dalam pengajaran nahu Arab.

PERSOALAN KAJIAN
Adakah KPNA mempunyai ciri-ciri inovasi seperti yang digariskan oleh Rogers (2003) iaitu
ciri

kelebihan

(Relative

Advantage

),

kesesuaian

(Compatibility),

kekompleksan

(Complexity), kebolehcubaan (Trialability) dan keboleh pantauan dari segi keberkesanannya


(Observability) dalam pengajaran nahu Arab?

METODOLOGI KAJIAN
84

Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif jenis tinjauan dengan menggunakan borang
soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan maklumat dan data. Responden dalam
kajian ini terdiri daripada 30 orang guru Bahasa Arab yang diberi pendedahan menggunakan
KPNA. Responden terlebih dahulu diberi taklimat selama tiga jam melibatkan teori dan
praktikal penggunaan kad bagi membolehkan mereka membuat penilaian. Data mentah yang
dikutip dari responden dianalisis melalui komputer. Maklumat dan data tersebut dikodkan
supaya dapat dianalisis oleh komputer. Data yang diperolehi dianalisis dengan perisian SPSS
11.5. Instrumen borang soal selidik bagi penilaian akhir mengandungi lima pilihan skala iaitu
Sangat Setuju (SS), Setuju (S), Kurang Setuju (KS), Tidak Setuju (TS) dan Sangat Tidak
Setuju (STS). Data yang telah dikumpulkan kemudiannya akan dianalisis secara statistik
deskriptif dalam bentuk peratusan dan min untuk melihat taburan maklum balas dari
responden.

INOVASI PENGAJARAN NAHU MENGGUNAKAN


KAD PINTAR NAHU ARAB (KPNA)
Tindakan memperkenalkan sesuatu yang baru atau sesuatu yang baru diperkenalkan seperti,
kaedah baru, peranti, pengukuran, penyelesaian, perkhidmatan produk, atau idea adalah
inovasi. Mengikut kamus Dewan inovasi ialah sesuatu yang baru diperkenalkan seperti
kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yang baru. Inovasi adalah satu istilah yang cukup luas
pengertiannya.

Perkataan

inovasi

ditakrifkan

berbagai-bagai-bagai

gaya

menurut

kecenderungan dan bidang kepakaran setiap cendekiawan. Menurut Rogers (2003) inovasi
merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang. Spencer (1994)
menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama
oleh seseorang individu. Inovasi dalam pendidikan pula menjelma dalam bentuk penyelesaian
baru dicadangkan melalui dasar-dasar, atau cara kreatif untuk memperbaharui pendidikan,
budaya pendidikan baru atau idea baru untuk mengatasi beberapa masalah dalam pendidikan
(ICEI, 2008).
Secara umumnya unsur inovasi yang telah menyerap masuk dalam bidang pendidikan
di Malaysia dan dunia telah masuk secara menyeluruh dan bersepadu dalam semua mata
pelajaran. Isunya adalah sejauh mana pelaksana P&P yang terdiri daripada guru-guru
berusaha dan mengambil inisiatif untuk bertindak proaktif dalam mewujudkan inovasi dalam
P&P mereka. Juriah Long (1998) dalam buku suntingannya bertajuk Inovasi dalam
perkaedahan pengajaran bahasa, sains sosial dan teknologi maklumat telah mengumpulkan
85

beberapa kertas kerja dan kajian yang menjurus kepada inovasi dalam P&P dengan
menumpukan pada kedua-dua aspek teori dan praktikal inovasi perkaedahan pengajaran.
Zhang (2006) dalam kajiannya tentang inovasi dan pembangunan pengajaran bahasa
asing di China mendapati keperluan negara China untuk memperbanyakkan kajian tentang
pelaksanaan pengajaran bahasa asing dan tidak semata-mata bergantung pada teori yang
diambil dari barat. Kajian itu juga mendapati keperluan untuk negara China sendiri
memperkenalkan kaedah berinovasi hasil daripada pengalaman tempatan.
Melihat perkembangan ini maka KPNA dibina bagi mengisi ruang yang lompang
dalam pengajaran nahu Arab yang menitik beratkan inovasi bagi mencapai objektif
pengajaran. Sebagaimana definisi inovasi yang mengandungi unsur seperti idea baru, manfaat
yang lebih baik dan perubahan ke arah yang lebih baik maka KPNA hadir untuk memenuhi
tuntutan tersebut. Pengajaran nahu Arab yang dilihat masih mempunyai ruang-ruang untuk
penambahbaikan menjadi medium untuk KPNA berfungsi dan memainkan peranan.

RASIONAL INOVASI PENGAJARAN NAHU ARAB MENGGUNAKAN KPNA


Kennedy (1988) dalam Alan (2009), menggambarkan pada karya Kelly (1980) menunjukkan
bahawa motivasi utama untuk inovasi yang berjaya ialah ketidakpuasan dengan status quo.
Merujuk kepada perkara ini P&P nahu serta kandungan nahu itu sendiri sentiasa diadakan
pembaharuan dari segi pendekatan P&P serta penyusunan kandungannya bagi mengelakkan
kesukaran. Al-cAzawi (1995) telah menerangkan panjang lebar tentang gerakan
memperbaharui nahu Arab dan memudahkan pengajaraannya pada zaman moden.
Sebagai satu kesinambungan, penulis mengambil inisiatif untuk mencipta satu bahan
pengajaran nahu yang menyelitkan unsur-unsur inovasi yang dirasakan dapat membantu guru
untuk menjadikan pengajaran nahu dengan lebih berkesan. Menyedari hakikat akan
kepentingan untuk berinovasi dalam pengajaran, penulis juga telah mengambil kira akan ciriciri inovasi dalam penciptaan bahan ini.

KAD PINTAR NAHU ARAB (KPNA)


1. Definisi
Kad Pintar Nahu Arab ialah bahan pengajaran dan pembelajaran nahu Arab (tatabahasa
Arab). Kad ini terdiri daripada 60 keping kad bermaklumat nahu dan mempunyai pelbagai
fungsi dalam pengajaran dan pembelajaran nahu Arab khususnya tentang i'rab kata nama.
Kad ini boleh dijadikan bahan bantu mengajar, nota rujukan, bahan mengulang kaji dan
86

bahan untuk membuat latihan. Kad ini dihasilkan untuk memudahkan guru-guru
melaksanakan proses P&P nahu Arab dan memudahkan pelajar memahami konsep nahu Arab
serta memupuk/mencambahkan minat pelajar terhadap nahu. Kad ini terdiri daripada 60
keping kad bermaklumat yang dibahagikan kepada 4 kumpulan asas dengan 14 kad setiap
kumpulan dan 1 kumpulan kecil dengan 4 kad sahaja. Setiap kumpulan kad diwakili dengan
warna tersendiri berdasarkan 5 aspek iaitu Istilah Nahu (Merah), Mawqic Marfucat (Kuning),
Mawqic Mansubat (Hijau) dan Mawqic Majrurat (Biru) serta al-Tawabic (warna campuran
biru, hijau dan kuning).

2. Konsep
Kad ini dinamakan dengan kad pintar kerana kad ini mempunyai maklumat yang banyak dan
tersusun dengan cara yang unik. Pelajar dapat memahami konsep nahu dengan memahami
konsep kad ini. Maklumat nahu disampaikan dalam bentuk yang kreatif melalui warna,
pengkategorian kad dalam kumpulan kecil dan kumpulan besar. Kad ini juga dilihat sebagai
pintar kerana menggabungkan kedua-dua unsur teori dan praktikal nahu di dalamnya. Kad ini
merupakan satu bahan untuk mempelajari beberapa kemahiran nahu secara santai melalui
teknik permainan. Pengajaran dan pembelajaran nahu yang bergantung pada syarahan dan
penerangan biasa diperkemas dengan satu medium yang dapat menjadikan pelajar aktif
melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan kad.
Konsep-konsep nahu yang ditulis di papan hitam yang terpaksa digambarkan dengan
susah payah dalam minda pelajar kini dijelmakan dalam bentuk yang lebih mudah secara
zahir melalui susunan, gerakan dan permainan kad. Pelajar akan lebih terdedah kepada
suasana pembelajaran kendiri yang memberi peluang kepada pelajar untuk membuat sendiri,
berbincang dalam kumpulan, bermain, menyebut, mengulang, latih tubi, membina
pengalaman pembelajaran dan cuba memahami konsep berkaitan nahu dalam suasana yang
lebih santai. Antara konsep-konsep penting yang mahu diterapkan melalui penggunaan kad
ini dalam P&P ialah pembelajaran kendiri (self access learning), pembelajaran yang
menghiburkan (learning with fun), pembelajaran berasaskan pelajar (student centered
learning) dan pembelajaran sambil bermain.

Objektif

87

Objektif umum KPNA ini ialah untuk menjadikan P&P nahu sesuatu yang menarik,
memudahkan guru untuk pengajaran dan memudahkan murid untuk pembelajaran. Objektif
khususnya adalah:
a) Mengajar dan mempelajari
i. Beberapa konsep umum nahu yang utama.
ii. Konsep I'rab kata nama.
iii. Konsep ayat (jumlah) gramatis bahasa Arab.
iv. Dhomir Arab, tasrif Fi'l dan nombor Arab.
b) Menghafaz
i. Takrif dan contoh Mawqic - Mawqic I'rab kata nama.
ii. 14 dhomir asas bahasa Arab.
iii. 14 Tasrif Fi'l Bahasa Arab.
iv. Wazan-wazan utama masdar bahasa Arab.
v. Karangan praktis nahu Arab I'rab kata nama.
c) Mempraktikkan;
i. I'rab dalam ayat.
ii. Pembinaan ayat.
iii. Pembinaan karangan.
iv. Permainan-permainan sambil belajar nahu yang menyeronokkan

3. Reka bentuk
KPNA terdiri daripada 60 keping kad dalam lima kumpulan warna iaitu merah, kuning, hijau,
biru dan warna campur berdasarkan kemahiran-kemahiran nahu tertentu. Saiz satu keping kad
adalah lebih kurang saiz kad-kad permainan lain yang ada di pasaran. Satu kotak kad yang
mengandungi 60 keping kad ini boleh digenggam pelajar dan dibawa ke mana-mana. Kulit
belakang kad tertulis "Kad Pintar Nahu Arab" dan dihiasi dengan corak kerawang terdapat
dalam dua warna iaitu biru dan merah jambu. Kad ini direka dengan penuh kreativiti dalam
memaksimumkan maklumat dan penyampaian maklumat nahu. Maklumat-maklumat nahu
diselitkan dengan penyusunan yang unik dalam setiap kad, kumpulan kad dan secara
keseluruhan kad.
Penyampaian maklumat nahu pula dilakukan dengan menggunakan warna,
pengkategorian atau pengklasifikasian. Reka bentuk sebegini direka bagi memudahkan

88

pelajar memahami kemahiran-kemahiran tersebut dengan lebih mantap. 60 keping kad ini
dibahagikan mengikut kemahiran-kemahiran berikut:i. Kemahiran Istilah-Istilah Asas nahu 14 kad berwarna merah.
ii. Kemahiran kata nama al-mansubat 14 kad berwarna hijau.
iii. Kemahiran kata nama al-marfuat 14 kad berwarna kuning.
iv. Kemahiran kata nama al-majrurat 14 kad berwarna biru.
v. Kemahiran al-tawabi' 4 kad berwarna campur (kuning, biru dan hijau).

4. Kandungan
Isi kandungan KPNA ini sangat unik. Kandungan dalam kad ini boleh berfungsi secara
sekeping-sekeping, sekumpulan kad sama warna dan secara bersepadu keseluruhan kad ini..
Isi kandungan kad ini boleh jelaskan seperti berikut:i. Secara Keseluruhan (60 keping)
Setiap kad mempunyai satu istilah nahu yang tertentu sama ada istilah umum nahu atau
istilah berkaitan i'rab kata nama yang disertakan bersama takrifan dan contoh.
Keseluruhan 60 keping kad ini diwarnakan mengikut pengkategorian hukum I'rab kata
nama yang terdiri daripada marfu', mansub dan majrur di samping satu kategori tawabi'
serta istilah-istilah nahu.
Istilah Nahu, tulisan berwarna
merah. Terdapat 14 semuanya
bertujuan mendedahkan takriftakrif istilah penting nahu Arab
kepada pelajar. Istilah-istilah
ditakrif secara ringkas sahaja.

89

Mauqi I'rab, tulisan berwarna


hijau, dan yang dalam kurungan
berwarna oren adalah subtopik
bagi mauqi i'rab. Mauqi' marfu
sebanyak 6 dan 8 subtopik,
mauqi' mansub sebanyak 12
mauqi dan 2 subtopik serta
majrur sebanyak 2 mauqi dan
12 subtopik. Terdapat juga 4
mauqi fleksibel al-tawabi' yang
mengikut hukum marfu, mansub
dan majrur.

HUKUM-HUKUM I'RAB KATA NAMA

Selain itu gabungan kad ini secara keseluruhan juga dapat membina satu karangan
praktis nahu1. Setiap perkataan yang berwarna hitam dalam kotak hijau dalam kad
apabila berada dalam bentuk karangan akan mewakili mauqi' i'rab kad tersebut. Dalam
contoh ini ayat pertama iaitu ( ) dan maklumat di kad menunjukkan
adalah dan adalah dan adalah serta yang
terakhir sebagai . Begitulah hal keadaannya apabila semua perkataan ini disusun
menjadi satu karangan lengkap.
Susunan kad secara melintang.

Susunan Kad secara menegak.

Perkataan yang ditulis


dengan warna hitam
dalam kotak hijau .

Contoh karangan praktis nahu


yang boleh dibina dengan
menyusun kad. Setiap perkataan
yang ditulis dengan warna hitam
dalam kotak hijau di sebelah
1 kanan kad boleh disusun menjadi
1 Bermaksud setiap perkataan berwarna
satu karangan. Karangan ini
hitam dalam kad mewakili mawqi' i'rab kad
menjadi
contoh bagi penggunaan
dalam
karangan.
setiap mawqi' yang diterangkan
dalam kad. Dalam rajah ini
dinyatakan juga susunan kad
mengikut nombor dan warna
untuk rujukan. Dua perkataan
yang bergaris menunjukkan

10 1

1
3

14

11

90

ii. Secara Kumpulan Mengikut Warna


Kad secara berkumpulan terdiri daripada 14 keping kad berwarna merah, 14 biru, 14
kuning, 14 hijau dan 4 berwarna campur hijau, kuning dan biru. Dalam satu kumpulan
sama, KPNA mempunyai maklumat berikut; 14 dhomir asas bahasa Arab, 14 nombor
Arab daripada nombor 1 hingga 14 bersama tulisannya, 14 tasrif fi'l madhi dan mudhori'
dan 6 tasrif fi'l amr serta 14 wazan masdar asas.

Dhomir sebanyak 14
dan
disusun
mengikut susunan
jumlah dan jantina.

Tasrif Fil mengikut


Dhomir ( : -)
untuk ketiga-tiga jenis
Fil.

Nombor
tulisan
Arab.

Wazan Masdar Utama,


terdapat sebanyak 14
wazan
masdar
yang
utama dalam B.Arab.
Dinyatakan juga contoh
fi'l untuk mwazan-wazan
tersebut.

dalam
angka

Tulisan Nombor

wazan
Fil.

91

iii. Secara Tunggal Satu Keping


Dalam satu keping kad terdapat beberapa maklumat iaitu; salah satu daripada 14 dhomir,
salah satu daripada 14 nombor, satu mawqi' I'rab atau sub topik mawqi' i'rab atau istilah
nahu bersama takrif dan contoh, satu tasrif fi'l dan satu perkataan.

Dhomir sebanyak
14 dan disusun
mengikut
susunan jumlah
dan jantina.

Mauqi I'rab, tulisan berwarna hijau, dan yang dalam


kurungan adalah subtopik bagi mauqi I'rab. Marfu (6
mauqi) 8 subtopik, mansub 12 mauqi 2 subtopik dan
majrur 2 mauqi 12 subtopik. Terdapat juga 4 mauqi
fleksibel yang mengikut marfu, mansub dan majrur iaitu altawabi'. Bagi kad berwarna merah bahagian mauqi' ini
diganti dengan istilah-istilah nahu.

Warna berdasarkan hukum. Tiga


kumpulan diwarnakan mengikut
Hukum I'rab iaitu Marfu (kuning),
Mansub (hijau) dan Majrur(biru)
dan kumpulan bukan Hukum iaitu
Istilah Nahu(Merah) dan Tawabi' (
Warna Campur Hijau, Biru, dan
Kuning)

Nombor Arab
Takrif bagi mauqi
i'rab, contoh ayat
dan i'rab ringkas.

Perkataan untuk permainan


praktikal
membina
ayat.
Gabungan semua perkataan
dalam
satu
set
kad
membentuk satu karangan
yang
memberi
contoh
penggunaan setiap mauqi'.
dalam kad.

Tulisan Nombor

Wazan Masdar,
sebanyak
14
semuanya.

Tasrif Fil mengikut dhomir


untuk ketiga-tiga jenis fil.

terdapat
wazan

Kandungan atau isi KPNA secara keseluruhannya memberi penekanan kepada pendedahan
konsep beberapa kemahiran nahu dan pengetahuan istilah-istilah penting nahu yang perlu
dikuasai pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

iv. Beberapa Perhatian


Untuk perhatian semua, di samping beberapa maklumat yang dinyatakan tentang kandungan
KPNA ini dan konsepnya dalam P&P, terdapat beberapa perkara yang berbeza yang perlu
diambil perhatian seperti:
a) Warna Tulisan Mawqi' I'rab, Subtopik Mawqi' dan Istilah Nahu.
Walaupun kad ini secara konsepnya mengumpulkan mauqi'-mauqi' yang sama hukum
i'rab dalam satu kumpulan warna kad, terdapat juga kad-kad yang tidak mewakili
mauqi' tetapi hanya mewakili sub topik sesuatu mauqi'. Contohnya kad untuk
92

) ( bermaksud kad itu tidak membincangkan

tetapi

membincangkan yang merupakan sub topik dalam topik berkaitan .


Hal ini terjadi kerana mawqi'-mawqi' bagi sesuatu hukum tidak mencecah empat belas
seperti mana kumpulan kad mengikut warna yang semuanya empat belas kad
berdasarkan dhomir asas bahasa Arab. Bagaimana pun warna sekali lagi memainkan
peranan dalam menjelaskan perkara ini di mana setiap mawqi' diwarnakan dengan
warna hijau manakala sub topik diletakkan dalam kurungan bertulisan warna oren.

Tulisan
Hijau,
menunjukkan
mawqi' i'rab

Tulisan Hijau Dan


Tulisan Oren dalam
Kurungan
menunjukkan
sub
topik mawqi'

Tulisan
Merah
menunjukkan istilahistilah nahu bukan
mawqi''

Begitu juga dengan kumpulan kad berwarna merah yang tidak mewakili mauqi' i'rab
di mana tulisan di tempat mauqi' dalam kumpulan warna yang lain ditulis dengan
warna merah. Ini membezakan antara mauqi' dan juga istilah-istilah nahu.

b) Perkataan di kad
Telah dinyatakan sebelum ini bahawa gabungan perkataan dalam kad ini boleh
dijadikan satu karangan praktis nahu yang lengkap. Bagaimana pun terdapat beberapa
maklumat yang perlu diketahui pengguna berkaitan dengan perkara ini seperti:

93

Hanya kata nama


berwarna hitam
sahaja yang
termasuk dalam
karangan praktis
nahu.

Harf masuk
dalam karangan
tetapi tidak
praktis nahu

Kata Nama
berwarna
merah tidak
termasuk
dalam
karangan.

Fi'l masuk
dalam karangan
tetapi tidak
praktis nahu.

5. Fungsi
Fungsi utama kad ini ialah menjadi bahan pengajaran dan pembelajaran nahu bagi beberapa
kemahiran. Kemahiran tersebut ialah seperti kemahiran tasrif, kemahiran i'rab kata nama,
kemahiran nombor Arab dan kemahiran wazan masdar asas. KPNA boleh digunakan sebagai
bahan bantu mengajar, nota, bahan permainan dan bahan ulangkaji.
i.

Sebagai Bahan Bantu Mengajar


a) Penerangan tentang nahu Arab
b) Mengenal istilah-istilah penting nahu Arab
c) Penerangan tentang I'rab
i. Penerangan mudah Rukun I'rab Kata Nama.
ii. Penerangan Umum Hukum I'rab
iii. Penerangan Spesifik Hukum dan Mauqi' I'rab
iv. Mauqi' Kata Nama Marfuat
v. Mauqi' Kata Nama Mansubat
vi. Mauqi' Kata nama Majrurat
vii. Penerangan Setiap Mauqi'
viii. Membina karangan yang praktis i'rab
d) Membina Ayat Fi'liyyah
94

e) Membina Ayat Ismiyyah


f) Mempelajari wazan masdar utama
g) Mengenali pembahagian perkataan
h) Mempelajari Dhomir Bahasa Arab
i) Mengenal Nombor Arab

ii.

Sebagai Nota Rujukan

KPNA yang sarat dengan maklumat nahu ini juga adalah satu nota moden nahu yang unik.
Saiznya yang praktikal menjadikannya mudah dibawa ke mana-mana di samping fleksibiliti
mengkategorikan kumpulan-kumpulan tertentu memudahkan pelajar untuk mengingat
kemahiran-kemahiran nahu ini. KPNA menyamai sebuah buku Nahu yang lengkap dan
menarik tentang I'rab Kata Nama

iii.

Kad Permainan Ulangkaji

Kad ini digunakan dalam permainan untuk tiga tujuan penting iaitu untuk mengingat,
mengulangkaji serta latihan.
a) Permainan Menyusun Mauqi' I'rab berdasarkan Hukum (Tarafi)
b) Permainan Mengkategorikan Mauqi' I'rab Tertentu (Dinari)
c) Permainan Memfokuskan Satu Mauqi' I'rab Tertentu (Al-Malik)
d) Permainan Mengkategorikan Jenis-Jenis Perkataan
e) Permainan Membina Ayat
f) Permainan Praktis I'rab Kata Nama

6. Kesimpulan
Demikianlah sekilas pandang KPNA. Mudah-mudahan dengan panduan ini dapat lah kita
sama-sama memahami dan memperoleh maklumat tentang kad ini seterusnya mengetahui
cara-cara untuk menggunakannya. Di bahagian berikutnya akan dijelaskan pula bagaimana
untuk menjalankan aktiviti P&P dengan berbantukan KPNA, permainan KPNA dan juga satu
modul Mahir nahu menggunakan kad.

KAJIAN CIRI-CIRI INOVASI DALAM KAD PINTAR NAHU ARAB (KPNA)


Antara faktor utama yang mempengaruhi penerimaan sesuatu inovasi menurut kajian
berkaitan dengan ciri-ciri reka bentuk sesuatu inovasi dan kesannya terhadap potensi untuk
95

diterima pakai adalah seperti yang dinyatakan oleh Rogers(1983) (Alan Waters 2009).
Berdasarkan kajian dari sejumlah besar dari pelbagai jenis inovasi, dikenal pasti bahawa ciriciri yang menentukan sejauh mana kemungkinan pengambilan sama ada meningkat atau
mengurang. Ciri-ciri berikut adalah:
Kelebihan Relatif (Relative Advantage): sejauh mana suatu inovasi dianggap lebih baik
daripada gagasan idea atau kaedah yang diganti.
Kesesuaian (Compatibility): tahap di mana suatu inovasi dianggap sebagai konsisten dengan
nilai-nilai semasa, pengalaman masa lalu dan keperluan pengamal-pengamal baru yang
berpotensi.
Kekompleksan ( Complexity): sejauh mana suatu inovasi dianggap sukar untuk difahami dan
digunakan.
Kebolehcubaan (Trialability): darjah di mana suatu inovasi dapat bereksperimen dengan
secara terhad.
Kebolehpantauan (Observability): sejauh mana hasil dari suatu inovasi dapat dilihat oleh
orang lain

Semua ciri ini dilihat oleh Rogers berkorelasi positif dengan potensi untuk inovasi
yang akan diterapkan, kecuali untuk faktor kekompleksan. Merujuk kepada KPNA, penulis
melihat aspek ini perlu dikaji dan diteliti untuk melihat sejauh mana ciri-ciri inovasi ini
terdapat di dalamnya. Dengan membuat kajian dapatlah ditentukan tahap kewujudan ciri-ciri
inovasi ini dalam KPNA. Hasil kajian ini dapatlah dijadikan panduan untuk penambahbaikan
bagi menjamin impak yang lebih besar pada pengambilan dan penggunaan bahan ini.

DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini akan menjelaskan hasil kajian berdasarkan KPNA yang telah di taklimat penggunaannya
dalam satu kursus selama tiga jam. Hasil dapatan yang dibincangkan ini dianalisis berdasarkan
penilaian yang diperoleh daripada 30 orang responden yang terdiri daripada guru-guru bahasa Arab
seluruh Malaysia. Data yang dipungut daripada responden dianalisis secara deskriptif untuk melihat
peratusan dan skor min setiap item yang diuji. Dalam membuat penilaian min, penulis telah
mengguna pakai interpretasi yang digunakan oleh Hasnah (2006) dan Zaidi (2006), iaitu:

SKOR MIN

INTERPRETASI

1.00 2.33

Tahap Rendah
96

2.34 3.66

Tahap Sederhana

3.67 5.00

Tahap Tinggi

Penulis beranggapan bahawa skor min yang tinggi iaitu pada tahap 3.67 hingga 5.00
sebagai pengukur kepada penentuan terhadap ciri-ciri inovasi dalam KPNA. Sekiranya skor
min bagi mana-mana item berada pada tahap sederhana atau rendah, penulis menganggap
KPNA adalah lemah dan perlu diperbaiki dan direka bentuk semula. Sebaliknya, jika skor
min berada pada tahap tinggi iaitu antara nilai min 3.67 hingga 5.00, maka KPNA dianggap
telah mempunyai ciri-ciri inovasi yang mantap dan mengatasi segala perkara yang
dikemukakan di dalam masalah kajian.
Responden yang dipilih akan membuat penilaian KPNA berkenaan dengan menjawab
soalan-soalan yang dikemukakan dalam borang soal selidik seperti dalam jadual 1. Dapatan
daripada analisis data akan dikaitkan dengan persoalan kajian yang telah dibincangkan.
Soalan kajian tersebut adalah seperti berikut:
a) Adakah KPNA mempunyai ciri-ciri inovasi seperti yang digariskan oleh Rogers (2003)
iaitu ciri kelebihan (Relative Advantage ), kesesuaian (Compatibility), kekompleksan
(Complexity),

kebolehcubaan

(Trialability)

dan

keboleh

pantauan

dari

segi

keberkesanannya (Observability)?

KPNA dibina berasaskan sukatan dan kurikulum Bahasa Arab Tinggi seperti yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Penulis berhasrat menjadikan KPNA
alat bantu mengajar dan belajar nahu bahasa Arab yang memuatkan pelbagai maklumat dan
boleh bertindak pelbagai fungsi.
Bagi menjawab persoalan kajian ini, Penulis telah mengemukakan sebanyak 5 item
dalam soal selidik iaitu soalan A1 hingga A5. Berdasarkan kepada butiran yang dipaparkan
dalam jadual 2, item A1 menunjukkan 56.7% responden menyatakan sangat setuju bahawa
terdapat beberapa kelebihan pada KPNA berbanding dengan idea-idea pengajaran nahu Arab
sedia ada, manakala 40% menyatakan setuju dan hanya 3.3% kurang setuju. Bagi item A2
pula 26.7% menyatakan sangat setuju bahawa KPNA adalah satu alternatif yang tepat dan
bersesuaian untuk digunakan pada masa sekarang setelah mengambil kira pengalamanpengalaman lepas dan kecenderungan minat guru-guru BA, manakala 70% responden pula
menyatakan setuju dan 3.3% mengatakan kurang bersetuju. Bagi item A3, 13.3% responden
97

menyatakan sangat setuju bahawa KPNA adalah jelas dan tidak kompleks dari segi konsep
dan kaedah penggunaannya, manakala 40% mengatakan setuju dan jumlah yang besar juga
mengatakan kurang setuju iaitu 46.7%.
Bagi item A4, 50% responden mengatakan sangat setuju bahawa KPNA boleh
dicubaguna dengan mudah., manakala 50% responden lagi menyatakan setuju. Sementara itu
item A5 pula sebanyak 50% responden mengatakan sangat setuju bahawa Keberkesanan
KPNA boleh dinilai dengan jelas, 46.7% responden pula mengatakan setuju dan 3.3%
responden menyatakan kurang setuju.
Secara keseluruhannya, item A1 hingga A5 menunjukkan 39.3% responden
menyatakan sangat setuju bahawa KPNA yang dibangunkan mempunyai ciri-ciri inovasi
berdasarkan saranan Rogers (2003). Manakala 49.32% menyatakan setuju dan selebihnya
11.3% responden pula menyatakan kurang setuju. Dapatan juga menunjukan skor min bagi
item A1 hingga A5 adalah berada pada tahap yang tinggi (min = 4.20). Justeru itu KPNA
yang dibangunkan menepati ciri-ciri inovasi yang dicadangkan Rogers(2003). Oleh yang
demikian, penulis beranggapan bahawa aspek ciri-ciri inovasi KPNA ini telah mantap dan
penambahbaikan pada tahap kekompleksan perlu dibuat.

Jadual 1. Penilaian Item A1 hingga A5


SS
%&n

S
%&n

KS
%&n

TS
%&n

STS
%&n

A1 KELEBIHAN RELATIF
(Relative Advantage):
KPNA mempunyai
beberapa kelebihan
berbanding idea-idea
pengajaran nahu Arab
sedia ada.

56.7%
(18)

40%
(11)

3.3%
(1)

0%
(0)

0%
(0)

4.53

A2 KESESUAIAN
(Compatibility:) KPNA
adalah satu alternatif yang
sesuai digunakan pada
masa sekarang setelah
mengambil kira
pengalaman-pengalaman
lepas dan kecenderungan
minat guru-guru BA

26.7%
(8)

70%
(21)

3.3%
(1)

0%
(0)

0%
(0)

4.23

Bil

Item

98

Min

A3 KEKOMPLEKSAN
(Complexity): KPNA jelas
dan tidak kompleks dari
segi konsep dan kaedah
penggunaannya.

13.3%
(4)

40%
(12)

46.7%
(14)

0%
(0)

0%
(0)

3.67

A4 KEBOLEHCUBAAN
(Trialability):
KPNA
boleh dicubaguna dengan
mudah.

50%
(15)

50%
(15)

0%
( 0)

0%
(0)

0%
(0)

4.13

A5 KEBOLEHPANTAUAN
(Observability):
Keberkesanan KPNA
boleh dinilai dengan jelas.

50%
(15)

46.7%
(14)

3.3%
(1)

0%
(0)

0%
(0)

4.43

Jumlah Keseluruhan

39.3%

49.3%

11.3%

0%

0%

4.20

RUMUSAN
Berdasarkan perbincangan yang telah dibuat di atas, satu bahan P&P nahu yang inovatif telah
berjaya dibangunkan dan dijangka dapat memenuhi kehendak guru-guru Bahasa Arab dan
keperluan mata pelajaran Bahasa Arab. Bagaimanapun, maklumat mengenai KPNA yang
tertera di sini adalah terhad dan boleh dilihat secara jelas dengan merujuk kepada KPNA
sendiri. Manakala dari segi penilaian pula, skor min yang tinggi bagi semua item kajian
menunjukkan KPNA ini mempunyai ciri-ciri inovasi yang baik melainkan item empat.
Didapati di item A4 yang menumpukan pada tahap kerumitan konsep dan penggunaan skor
min hanya mencapai tahap sederhana iaitu pada tahap 3.25. ini menunjukkan ciri-ciri
minimum kerumitan masih berada pada tahap sederhana dan perlu ditambah baik bagi
memastikan tahap ciri-ciri inovasi pada KPNA lebih baik. Bagaimanapun, secara
keseluruhannya KPNA adalah satu bahan pengajaran Nahu Arab yang mempunyai ciri-ciri
inovasi seperti yang digariskan Rogers pada skala yang tinggi berdasarkan skor min
keseluruhan yang berada di tahap yang tinggi iaitu 4.2.
RUJUKAN
Alan Waters (2009), Managing Innovation In English Language Education Lang. Teach.
42:4, 421458. Cambridge University Press doi:10.1017/S026144480 999005X.
Lancaster University, UK
Al-cAzawi Nikmat Rahim 1995, Fi Harakat al Tajdid al-Nahwi wa Taisirihi Fi al-Asri AlHadis Dar Al-Syuun lil Thaqofat al-Ammah, Baghdad, Iraq
99

Al-Ghalayini, Mustafa, (1998), Jami' Durus Al-Arabiyyah, al-Maktabah al-Asriyyah, Beirut,


Lubnan.
Al-Kasimi, A.M, Assayyed, M.A. 1991. Instructional Technology And The Teaching Of
Arabic To Non-Arabic Speaker. Ribat, Maghribi: Publications Of The Islamic
Educational, Scientific and Cultural Organisation.
Ar- Rajhi, Abduh, 2000, at-Tatbiq an-Nahwi, Dar An Nahdhah, Beirut, Lubnan.
Jawatankuasa Istilah Bahasa dan Kesusasteraan Arab, 1994. Glosari Bahasa Dan
Kesusasteraan Arab, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Juriah Long .1998. Inovasi dalam Perkaedahan Pengajaran Bahasa, Sains Sosial dan
Teknologi Maklumat. Penerbit UKM. Bangi
Mohd Majid Konting, 1993. Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Noorhayati Bt Hashim, 2009. Keberkesanan Kaedah Noor Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran, Nahu Bahasa Arab. Tesis Doktor Falsafah Pendidikan, Universiti
Malaya.
Proceeding Of The International Conference on Education Innovation (ECEI) 2008.
Educational Innovation for Sustainable Development University Malaya
Rogers, E. M. (2003). Diffusion of innovations (5th edn.). New York: Free Press.
Zaidi bin Ismail. 2006. Kesediaan Terhadap Penggunaan Komputer di Kalangan Guru-Guru
Pendidikan Islam : Kajian di Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Pahang.
Kertas Projek Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia
Zhang Zheng-Dong.(2006).Innovation And Development Of Foreign Language Teaching In
China Front. Educ. China 4: 577588 DOI 10.1007/s 11516-006-0031-2 Higher
Education Press and Springer-Verlag 2006

100

You might also like