You are on page 1of 3

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi akhirnya tugasan kerja kursus pendek Sejarah
Perkembanagn Bahasa Melayu, Perkamusan, dan Terjemahan (BMM 3112)ini dapat
disiapkan dengan jayanya dalam masa yang telah ditetapkan. Kerja kursus ini diterima
daripada pensyarah pembimbing, PUAN DR. TUAN JAH BINTI TUAN YUSOF pada 11
Januari 2014 dan dihantar pada 8 Mac 2014.
Kursus ini menyediakan guru bahasa melayu dengan pengetahuan tentang sejarah
bahasa melayu, sistem ejaan jawi bahasa melayu, perkamusan dan penterjemahan. Ianya
merangkumi aspek menghuraikan sejarah perkembanganbahasa Melayu, mengeja dan
menulis tulisan jawi, menerangkan sistem perkamusan bahasa Melayu, dan menjelaskan
prinsip-prinsip penterjemahan bahasa Melayu.
Setelah meneliti dan memahami kehendak soalan yang diingini, saya telah mula
mengumpulkan bahan dan buku yang berkaitan. Segala kemudahan yang terdapat di
IPGKBMM ini seperti kemudahan mengakses internet dan kemudahan perpustakaan, saya
gunakan sebaiknya bagi mencari dan memperoleh maklumat. Pelbagai maklumat berkaitan
tajuk soalan yang telah saya peroleh. Segala draf-draf awal telah saya tunjukkan kepada
pensyarah pembimbing.
Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan
untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan.(Hanipah, 1999) Amalan refleksi
merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman pelajar. Ia memerlukan penerokaan
unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini membuat andaian sebab musabab
berasaskan fakta pemerhatian, temu bual dan soal selidik
Refleksi dalam Internship membolehkan saya dibimbing untuk menaakul,
memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan
refleksi ini membolehkan saya menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan
secara efektif.
Saya juga dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambah baik dan
meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan. Memperkembangkan keupayaan
celik akal bagi melahirkan kreativiti dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan. Saya
juga dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan dan
kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan.

Menerusi kerja kursus ini juga, saya mendapat pengetahuan mengenai beberapa
orang tokoh-tokoh penting yang menyumbang kepada perkembangan Bahasa Melayu
Moden seperti Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi. Karya beliau iaitu Hikayat Abdullah,
memperlihatkan pembaharuan daripada segi pemikiran dan menandakan zaman permulaan
zaman permulaan bahasa Melayu moden. Juga buku Sejarah Melayu yang diusahakan
oleh William G. Shellabear yang pada pendapat saya ciri-ciri Bahasa Melayu yang terdapat
dalam buku ini sangat mengelirukan gaya bahasanya dan memeningkan. Apatah lagi pada
pandangan anak-anak saya yang mewakili generasi Y.
Sistem ejaan ialah salah satu maklumat penting yang memberitahu pengguna
tentang bagaimana sesuatu kata dalam sesuatu bahasa itu ditulis dalam bahasa tersebut.
Oleh itu, kamus bukan sahaja bahan rujukan yang semata-mata untuk merujuk sebutan,
semantik dan struktur bahasa yang betul, tetapi juga sebagai bahan rujukan ejaan yang
betul. Untuk memperbetulkan penggunaan gaya bahasa generasi Y dalam kegunaan sistem
ejaan seharian masa kini adalah hampir mustahil. Terutama penggunaan penulisan untuk
telefon pintar.
Mengkaji Kamus Dewan yang merupakan sebuah kamus umum bahasa Melayu
yang paling autentik yang menjadi rujukan utama pengguna bahasa Melayu di Malaysia,
dan juga di Negara lain seperti Brunai, Indonesia, Thailand dan Singapura. Perkembangan
kamus selari dengan perkembangan sesuatu bahasa, dan usaha mengumpulkan istilah
bahasa itu mungkin tidak pernah tamat. Yang nyata, perkataan lengkap dalam kerja
perkamusan memang sesuatu yang tidak mudah dicapai kerana sifat kedinamikan bahasa
itu sendiri (Noresah, 1994) dalam (KD, 2007:xxv). Secara tidak langsung ianya dapat
menambah pengetahuan saya melaui pembacaan dan mencari maklumat melalui kamus .
Sememangnya penghasilan kerja kursus yang lengkap berdasarkan soalan yang di
beri menjadi impian saya. Banyak bahan-baha yang saya boleh dapatkan menggunakan
teknologi terkini. Maklumat di hujung jari. Menghasilkan refleksi yang berkualiti menjadi
matlamat saya.
Untuk itu, saya mengalu-alukan segala pandangan, teguran dan kritikan daripada
pensyarah kursus ini dengan seluruh kandungan kerja kursus ini. Sesungguhnya segala
yang baik itu datangnya daripada Allah Yang Maha Kuasa jua.

Roslan bin Suraji ( 681222-10-5139 )


RUJUKAN

BUKU
Kamus Dewan edisi keempat: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2007
Hikayat Abbdullah ; Hamzah Hamdani-Kuala Lumpur : PTS, 2007
Sejarah Melayu / diusahakan oleh W.G Shellabear. Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1975.
Sejarah kesusastraan Melayu II / A. Samad Ahmad.--Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1974.
Sulalat al-salatin ya'ni' perteturan segala raja-raja (sejarah melayu) / karangan Tun Seri
Lanang; dikaji dan diperkenalkan oleh Muhammad Haji Salleh.--Kuala Lumpur:
Terbitan Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009.

INTERNET
assignment.oum.edu.my...f...
bahasamelayudnisenu.blogspot.com/.../sejarah-perkem...
edubahasabyayda.blogspot.com/.../sejarah-perkemban
http://www.slideshare.net/faikaumairah/penggunaan-bahasa-melayu-dalam-hikayat-abdullah
ms.wikipedia.org/.../Sulalatus_Salatin
ms.wikipedia.org/.../Hikayat_Abdull...
www.arkib.gov.my/persada_bahasa

You might also like