You are on page 1of 6

LAPORAN BENGKEL PENYELIDIKAN DAN INOVASI JABATAN PENDIDIKAN

ISLAM DAN MORAL (JAPIM)



Tarikh : 26 September 2013
Hari : Khamis
Masa : 7.45pagi hingga 4 petang
Tempat: Bilik Mikro Teaching 2, TELTTrAC IPGKDRI
Peserta : Siswa Guru Pendidikan Islam Semester 6 dan Semester 8
Seperti butiran di atas, JAPIM telah menganjurkan sebuah bengkel bagi memberi
pendedahan kepada guru pelatih tentang amalan penyelidikan dan inovasi di samping
mendidik budaya penyelidikan dalam kalangan guru Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Selain
daripada itu, bengkel ini juga berobjektifkan untuk meningkatkan keprihatinan warga
pendidik terhadap kepentingan melaksanakan penyelidikan tindakan dan inovasi.
SLOT 1: PENYELIDIKAN PENDIDIKAN MASA HADAPAN

Gambar 1: Penceramah sedang menyampaikan ceramah tentang penyeliaan
pendidikan

Slot ini telah disampaikan oleh Dr Rosli bin Abd Rahman, Pensyarah Jabatan Penyelidikan,
Inovasi dan Profesionalisme Keguruan (PIPK). Pada awal slot, beliau telah memaparkan
video tentang seorang guru yang telah dihantar berkhidmat di SK Abuan, Sabah. Kemudian,
beliau telah memberi taklimat tentang konsep Kajian Tindakan. Keseluruhannya apa yang
telah disampaikan ialah Penyeliaan Pendidikan terbahagi kepada dua iaitu Penyelidikan Asas
dan Penyelidikan Gunaan. Penyelidikan asas adalah bertujuan untuk menerima atau menolak
teori dan juga bertujuan untuk mengutip maklumat sahaja. Manakala penyelidikan gunaan
atau Action Research pula dilaksanakan berasaskan matlamat yang hendak dicapai yang
juga bertujuan untuk menyelesaikan masalah. Penyeliaan yang ditekankan adalah
penyelidikan gunaan kerana penyelidikan ini akan diaplikasikan ketika semester lapan.
Pada slot ini, penceramah memfokuskan kepada penyelidikan Model Kennis & Mc
Teggart di mana ketika membuat sesuatu penyelidikan, beliau membuat refleksi terhadap
sesuatu masalah sebelum merancang, bertindak dan memerhati. Model ini juga telah
diaplikasikan oleh majoriti pembentang dalam setiap penyelidikan mereka.

SLOT 2: INOVASI DALAM PENDIDIKAN ISLAM
Pada slot ini pembentangan Kajian Tindakan telah diadakan oleh pembentang semester lapan
yang terpilih bagi memberi pendedahan awal kepada guru pelatih semeseter enam sebagai
pengenalan kepada kajian tindakan yang akan dilakukan pada semester lapan nanti.
Pembentang-pembentang terpilih adalah Nurul Mardhiah binti Ab Wahab, Muhammad Arif
bin Abdullah @ Esa dan Norfarihah binti Mohd Pauzi.
Bagi pembentang pertama iaitu Nurul Mardhiah binti Ab Wahab beliau telah
membuat penyelidikan tentang peranan warna di dalam Al-Quran. Pembentang telah
membentangkan perbentangan bertajuk Meningkatkan Penguasaan Hukum Mad Asli di
kalangan Tahun 4 Mengikut Hukum TeLS. Secara keseluruhan, teknik yang digunakan bagi
meningkatkan penguasaan hukum mad asli ialah Teknik Luna Soloku. Teknik ini
menggunakan warna yang memfokuskan kepada hukum mad asli pada kalimah-kalimah di
dalam Al-Quran supaya murid dapat membaca ayat-ayat Al-Quran mengikut tajwid yang
betul.


Gambar 2: Salah seorang pembentang membentangkan hasil kajian tindakan
Pembentangan kedua pula telah disampaikan oleh Muhammad Arif bin Abdullah @
Esa yang bertajuk Penggunaan SMARTBOOK Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca
Ayat Bahasa Arab. Secara keseluruhan, pembentang telah memperkenalkan sebuah buku
yang dinamakan SMARTBOOK bagi membantu murid-murid untuk menguasai ayat-ayat
dalam Bahasa Arab. Buku tersebut terdiri daripada manual teks dan mempunyai pelbagai
warna bagi setiap helai muka surat. Selain daripada itu, pembentang menggunakan sistem
token yang menarik perhatian murid untuk terus cemerlang dalam pembacaaan mereka.
Manakala pembentang kedua iaitu Norfarihah binti Mohd Pauzi telah
membentangkan tajuk Bitaqatal Kalam: Meningkatkan Kemahiran Bertutur Kosa Kata
Lughat-Al Fasli. Pembentang telah menghasilkan sebuah nota poket tentang Lughat-Al Fasli.
Penghasilan nota poket ini adalah untuk membiasakan murid untuk bertutur dan memahami
bahasa kelas yang asas dan biasa digunakan di dalam kelas Bahasa Arab.
Setelah itu, slot diteruskan dengan diskusi tentang inovasi dalam Pendidikan Islam
yang telah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Asyraf Ridhwan bin Ali, pensyarah JAPIM. Beliau
telah memperkenalkan dan memaparkan inovasi-inovasi dalam Pendidikan Islam terdahulu
yang pernah dibina dan dilaksanakan oleh pensyarah-pensyarah dan guru-guru di seluruh
Malaysia. Antaranya ialah Tajwid Al-Quran yang memperkenalkan dan menunjukkan hukum
tajwid bersama audio dan warna, Kelas Al-Quran Haraki, Teknik AE system, Khatboard
Visualizer, Piramid Jawi, Gerak Bijak Congkak, Sudoku Jawi, My Jawi Games dan
sebagainya. Kemudian, slot ini diakhiri dengan sesi soal jawab oleh peserta.

SLOT 3: BENGKEL DALAM KUMPULAN

Gambar 3: Peserta sedang berbincang tentang pembinaan bahan intervensi
Slot ini bermula pada jam 2.30 petang di mana semua peserta dibahagi kepada empat
kumpulan mengikut unit. Setiap kumpulan dikehendaki untuk mencipta satu bahan intervensi
berdasarkan masalah yang diperbincangkan.
Setelah tempoh masa tamat, setiap unit atau kumpulan membentangkan hasil
perbincangan dan bahan intervensi dengan menekankan aspek permasalahan yang
diketengahkan, bahan intervensi, kekuatan serta kelemahan bahan tersebut.
Slot diakhiri dengan penyampaian sijil kepada para peserta bengkel dan cenderamata.
Bengkel berakhir pada jam 4 petang.

Secara keseluruhan, objektif bagi program ini dapat dicapai dengan sangat baik. Para
peserta bengkel dilihat dapat menguasai kefahaman dan pengetahuan mengenai amalan dalam
bidang penyelidikan dan inovasi melalui bengkel dalam kumpulan yang diadakan pada
sebelah petang. Mereka dapat mengolah dan membina bahan intervensi dengan baik seperti
yang telah diterangkan secara teori pada slot 1.
Selain daripada itu, peserta bengkel dapat berkongsi idea, pandangan serta
pengalaman tentang amalan penyelidikan dan inovasi dalam bidang pendidikan Islam.
Memandangkan peserta dari semester 8 telah pun selesai membentangkan kajian tindakan
mereka, mereka boleh bertukar-tukar idea dan menceritakan pengalaman mereka dalam
melaksanakan amalan penyelidikan dan inovasi menerusi bengkel tersebut.
Di samping itu juga, peserta bengkel dapat meningkatkan daya kreativiti masing-
masing ddalam mencari masalah serta dapat membuka dimensi pemikiran baru dalam
kalangan peserta bengkel dalam dunia penyelidikan. Perkara ini dapat dilihat melalui
bengkel yang telah diadakan pada waktu pada waktu petang di mana para peserta dapat
mengaplikasikan pengetahuan yang telah sedia ada melalui taklimat pada slot pertama dan
pembentangan oleh pembentang terpilih pada slot kedua.
Dalam melaksanakan bengkel ini, terdapat juga kelemahan yang dapat dikesan.
Antaranya ialah masa yang diperuntukkan kurang sistematik di mana banyak masa yang
diperuntukkan pada slot kedua di mana pembentangan dan diskusi inovasi diadakan. Hal ini
menyebabkan slot dapat dihabiskan lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
Di samping itu juga, pembentangan yang terpilih hanya memfokuskan kepada bahan
intervensi yang dibina. Pembentangan bukan secara keseluruhan untuk memberi gambaran
dengan lebih jelas mengenai situasi yang sebenar ketika membuat pembentangan kajian
tindakan pada masa akan datang. Rata-rata peserta masih kabur dengan prosedur yang perlu
dikuti bagi membut pembentangan kajian tindakan.
Selain daripada itu juga, peserta juga dilihat kurang menepati masa yang telah
ditetapkan. Sebagai contoh, murid masuk lewat ke tempat bengkel setelah sesi minum pagi
dan pada sebelah petang. Terdapat juga peserta yang lewat dan tidak hadir pada slot ketiga
bengkel.
Sebagai cadangan penambahbaikan, pihak jawatankuasa program perlu menyusun
masa dan aktiviti secara sistematik bagi mengisi sesebuah slot supaya aktiviti yang dirancang
sesuai dan selari dengan masa yang diperuntukkan. Selain daripada itu, aktiviti yng dirancang
perlu lebih menarik supaya peserta tidak berasa bosan dan mengantuk.
Seterusnya, pihak jawatankuasa khususnya jawatankuasa disiplin perlu lebih tegas
mengenai disiplin kehadiran dan kelewatan peserta. Ahli jawatankuasa yang
bertanggungjawab perlu mencari alternatif lain supaya kehadiran peserta 100% penuh dan
tiada masalah kelewatan peserta hadir ke tempat bengkel. Sebagai contoh, peserta perlu hadir
lima belas minit awal daripada masa sesuatu slot bermula
Selain daripada itu, pihak penganjur boleh menjemput penceramah atau jemputan
daripada luar bagi memberikan gambaran yang lebih jelas tentang amalan dalam
penyelidikan dan inovasi dalam Pendidikan Islam. Hal ini bertujuan untuk memberi kelainan
dalam setiap slot di mana penceramah bukan hanya di kalangan pensyarah-pensyarah sahaja
malah pensyarah boleh bergandingan dengan penceramah dari luar kampus.
Di samping itu juga, jika ingin diteruskan lagi, bagi siswa guru semester 8 yang telah
pun selesai membentangkan hasil kajian tindakan mereka boleh berperanan sebagai fasilitator
atau pembimbing bagi membantu siswa guru semester 6 dalam meningkatkan pemahaman
mereka dalam amalan penyelidikan dan inovasi ini. Melalui program ini, siswa guru semester
8 secara tidak langsung dapat mencurahkan ilmu yang dimiliki walaupun tidak berpeluang
membentangkan hasil kajian tindakan mereka ketika bengkel tersebut.
Sebagai kesimpulannya, objektif bagi program ini dapat dicapai dengan baik.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan dan diperbaiki dengan lebih baik lagi supaya
siswa guru yang lain juga mendapat pendedahan yang sama dan akhirnya dapat
meningkatkan profesionalisme sebagai seorang pendidik khusunya bagi subjek Pendidikan
Islam.

DISEDIAKAN OLEH:

AJK LAPORAN
BENGKEL PENYELIDIKAN DAN INOVASI

You might also like