You are on page 1of 26

KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS HAFAZAN DI PUSAT

PENGAJIAN TAHFIZ

PENYELIDIK :

USTAZ YUSRI BIN CHEK

USTAZ MUHAMMAD TORIQ BIN YAACOB

DARUL QURAN

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

2016

1
PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya kajian penyelidikan
Darul Quran siri 1 tahun 2016 dapat menyiapkan. Kajian bertajuk “Kajian Tinjauan
Terhadap Penjadualan Kelas Hafazan di Pusat Pengajian Tahfiz ”. Ucapan ribuan
terima kasih ditujukan kepada Pengarah darul Quran, Dr. Hj. Nordin Bin Ahmad yang
banyak memberi tunjuk ajar, perhatian dan kepercayaan yang tinggi dalam memastikan
projek penyelidikan ini berjaya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah juga diucapkan kepada pegawai dan


kakitangan khususnya kaki tangan Cawangan Kualiti Pendidikan Tahfiz (KPT) Darul
Quran yang turut membantu, memberi kerjasama serta lontaran idea-idea sepanjang
tempoh kajian dijalankan. Tidak lupa juga diucapkan kepada kakitangan di Jabatan
Tahfiz al-Quran dan Qiraat yang banyak membantu dalam memberi maklumat-
maklumat yang berkaitan serta hubungan yang harmoni secara langsung dapat
melahirkan semangat kerja secara berkumpulan untuk memastikan kajian ini berjaya
amat dirasai.

Akhir kalam, semoga segala usaha, kerjasama dan bantuan yang


diberikan akan memperoleh ganjaran di sisi Allah SWT dan dibalas dengan kebaikan.

PENYELIDIK :

Ustaz Yusri Bin Chek


Ustaz Muhammad Toriq Bin Yaacob

Jun 2016

2
KANDUNGAN

1. TUJUAN 1

2. PENGENALAN 1

3. PERNYATAAN MASALAH 3

4. LAPORAN TINJAUAN 7
4.1 Waktu tasmik 7
4.2 Waktu ia’dah 8

5. ANALISIS DATA 9
5.1 Waktu tasmi’ 9
5.2 Aktiviti sebelum tasmi’ 10
5. 3 Aktiviti murajaah 11
5.4 Faktor sokongan pengukuhan hafazan 11
5.4.1 Kesihatan otak 11
5.4.2 Gelombang otak 15
5.4.3 Umum 17
5.4.4 Perekodan 18
5.4.4 Komitmen guru 18

6. SYOR 19
7. RUJUKAN 21

3
Abstrak

Kajian ini adalah bertujuan mengkaji penjadualan semula waktu tasmi’ bagi hafazan baru agar
membantu merealisasikan dasar penjimatan kewangan Darul Quran. Pusat Pengajian Tahfiz
(PPT) yang berorientasikan pengajian tradisional dan moden seperti berikut ;Madrasatul Quran
Kubang Bujuk, Terengganu (MQKB), Institut al-Quran Kuala Lumpur (IQKL) Maahad Tahfiz
Kiblah, Sungai Merab Jaya, Selangor, Maahad Tahfiz Darul Itqan al-Muhammadiah, Sabak
Bernam Selangor, Maahad Tahfiz al-Quran Pulai Chondong, Kelantan, Sekolah Menengah Tahfiz
Kementerian Pendidikan Malaysia, MRSM Ulul Albab, Tahfiz al-Quran Darul Tuba, Tangkak,
Johor, Maahad Tahfizul Quran al-Bukhari, Pasir Puteh Kelantan, Pusat Tahfiz Muaz bin Jabal,
Kota Baharu Kelantan. Sembilan PPT melaksanakan kelas Tasmi’ Hafazan Baru pada sesi pagi
dengan tempoh inimum ialah 1 jam dan Maksimum ialah selama 2 jam 30 minit. Secara
umumnya sesi dimulakan sekitar jam 6.15 atau selewatnya 10.30 pagi. Hanya 1 PPT
melaksanakan Tasmi’ Hafazan Baru pada sesi petang dengan tempoh selama 1 jam 45 minit
bermula jam 3.30 hingga 5.15 petang. Tujuh PPT melaksanakan kelas I’adah pada sesi pagi
dengan tempoh minimum ialah 1 jam dan maksimum ialah selama 3 jam. Secara umumnya sesi
dimulakan sekitar jam 7.30 pagi dan selewatnya dimulakan pada jam 8.50 pagi. Tiga PPT
melaksanakan I’adah pada sesi petang dengan tempoh selama 1 jam 10 minit dan maksimum
ialah selama 3 jam 45 minit. Secara umumnya sesi dimulakan sekitar jam 2.00 dan selewatnya
bermula pada 5.30 petang

4
2. Pengenalan

2.1 Menghafaz adalah salah satu kaedah yang penting di dalam mendalami ilmu al-
Quran. Hafazan adalah proses yang digunakan untuk menyimpan pengetahuan (Ab.
Fatah Hasan:15). Menghafaz memerlukan suatu kekuatan fikiran pada orang yang
melakukannya. Sementara menghafaz sesuatu yang dipelajari dan mengasah ingatan
melalui hafazan adalah cara yang paling baik untuk mengekalkan ingatan dan
kecerdasan otak.

2.2 Pengertian "hafazan" diambil dari asal perkataan "hafaza" yang bererti sudah
masuk betul ingatan, dapat mengucapkan pelajaran (ayat al-Quran dan lain-lain) dengan
ingatan semata-mata, tanpa melihat buku, kitab dan sebagainya (Kamus
Dewan,1997:211). Mengikut Mu'jam al-'Arabi al-Asasi, perkataan hafaz berasal dari
perkataan ( ‫حفظ‬ ) bermaksud menjaga sesuatu dan mengawalnya daripada hilang
(Ahmad al-'Ayyid & Dawud 'Abduh, 1989:332).

2.3 Oleh itu, memandangkan betapa pentingnya menghafaz al-Quran bagi menjaga
keaslian dan kesuciannya maka ulama telah bersepakat bahawa menghafaz al-Quran
itu hukumnya fardu kifayah. Imam Badr al-Din Muhammad bin 'Abdillah al-Zarkasyi di
dalam bukunya al-Burhan fil Ulum al-Quran(Juzuk 1: 271) menyatakan: “Mempelajari al-
Quran hukumnya adalah fardu kifayah, demikian juga memeliharanya (iaitu
menghafaznya) maka ia juga wajib (kifayah) bagi setiap umat.” Pemeliharaan al-Quran
yang dijamin oleh Allah SWT melalui penulisan mushaf dan hafalan di dada-dada Huffaz
(Surah al-Hijr : 9 ) hingga ke hari ini. Bermulanya dengan Rasulullah s.a.w. mengajar al-
Quran itu kepada para Sahabatnya juga menerusi hafazan. Proses turunnya al-Quran
adalah secara berperingkat-peringkat, sedikit demi sedikit. Tentunya hal ini dapat
membantu dan memudahkan Rasulullah s.a.w. untuk menyampaikannya kepada para
sahabat, yang kemudiannya menghafaz dan memahami isi kandungannya. Kebiasaan
tidak terburu-buru ini dikekalkan sehinggalah menjadi salah satu kaedah atau manhaj di
dalam menghafaz al-Quran (Abu Najihat al-Hafiz, 2001:20). Penyampaian al-Quran
secara sedikit demi sedikit telah dipraktikkan oleh Jibrail a.s. kepada Rasulullah s.a.w.
Caranya dengan memperdengarkan bacaannya lalu diikuti oleh sahabat sebelum
menghafaznya. Selain dari itu, baginda juga menyuruh beberapa orang sahabatnya

5
yang pandai agar menulis ayat-ayat suci al-Quran yang hendak dihafaz di atas kepingan
batu-batu, tulang-tulang dan pelepah tamar. Oleh itu, pemeliharaan al-Quran menerusi
hafalan ini berterusan sehinggalah kehari ini. Namun begitu, kaedah dan strategi hafalan
sedikit sebanyak berbeza yang mana ia disesuaikan dengan kesesuaian perkembangan
masa dan zaman.

2.4 Menurut Hashim (2014), antara faktor yang telah dikenal pasti punca kelemahan
dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran tahfiz ialah guru didapati masih
mengekalkan kaedah tradisional dalam proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz
(Mohamad Marzuqi, 2008; Azmil Hashim, 2010) walaupun mereka menyokong
sepenuhnya bahawa penggunaan teknologi membantu dalam meningkatkan mutu
hafazan al-Quran (Mohamad Marzuqi, 2008). Selain itu, kelemahan dalam pencapaian
hafazan pelajar juga dikenal pasti berpunca daripada kekurangan dalam strategi gaya
pembelajaran tahfiz iaitu dari aspek strategi, kaedah dan motivasi dalam pembelajaran
tahfiz (Misnan dan Ahmad Sadadi, 2003; Azmil Hashim, 2010). Proses pengajaran dan
pembelajaran menggunakan kaedah hafazan yang bersistematik masih belum dapat
dilaksanakan dengan sempurna kerana kurangnya sumbangan terhadap kemahiran
ikhtisas dalam perguruan tahfiz (Azmil Hashim et. al., 2013). Memandangkan cabaran,
gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi
seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah hafazan yang
berkesan dan bersistematik bagi membantu mereka menghafaz dan menjaganya dari
lupa (Mohd Fazri, 1999:27). Oleh itu, selain daripada faktor kekuatan hafalan pelajar,
beberapa perkara lain yang perlu diambilkira dalam memastikan keberlangsungan kelas
P & P tahfiz, umpamanya kaedah hafalan, strategi, motivasi, waktu menghafal dan lain-
lain lagi.

2.5 Justeru, pengkaji ingin melihat beberapa aspek penting yang berkaitan dengan
keberkesanan proses P & P hafazan seperti waktu tasmik, kadar hafazan, kaedah dan
aktiviti pembelajaran lain sebagai rujukan dan tindakan pihak berkaitan. Bagi tujuan
tersebut, pengkaji telah membuat tinjauan awal terhadap beberapa buah Pusat
Pengajian Tahfiz (PPT) yang berorientasikan pengajian tradisional dan moden seperti
berikut ;

6
I. Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Terengganu(MQKB)
II. Institut al-Quran Kuala Lumpur(IQKL)
III. Maahad Tahfiz Kiblah, Sungai Merab Jaya, Selangor
IV. Maahad Tahfiz Darul Itqan al-Muhammadiah, Sabak Bernam Selangor
V. Maahad Tahfiz al-Quran Pulai Chondong, Kelantan
VI. Sekolah Menengah Tahfiz Kementerian Pendidikan Malaysia
VII. MRSM Ulul Albab
VIII. Tahfiz al-Quran Darul Tuba, Tangkak, Johor
IX. Maahad Tahfizul Quran al-Bukhari, Pasir Puteh Kelantan
X. Pusat Tahfiz Muaz bin Jabal,Kota Baharu Kelantan

3. Pernyataan Masalah
Pengkaji telah menetapkan beberapa permasalahan kajian yang menyumbang kepada
kajian tinjauan ini, antaranya ialah :

a) Penetapan waktu tasmi’ bagi hafazan baru. Sebelum perbincangan tentang


penetapan waktu tasmi’ hafazan baru, kajian ini akan mengemukan terlebih dahulu
perbincangan tentang waktu menghafaz al-Quran. Ini disebabkan oleh hubungan antara
waktu menghafaz hafazan baru yang melibatkan aktiviti tikrar dengan waktu tasmi’
hafazan mempunyai kaitan secara langsung. Ini dibuktikan dengan kajian dalam bidang
neurosains yang menunjukkan bahawa jarak masa antara proses tikrar dengan tasmi’
tidak boleh terlalu lama kerana akan menyebabkan hafazan baru hilang. bidang Neuro
sains menjelaskan bahawa terdapat dua bentuk tempoh pengekalan ingatan (memory
retention duration) iaitu Memori Jangka Pendek (Short-Term Memory) dan Memori
Jangka Panjang (Long-Term Memory). Hafazan baru yang disimpan dalam Short-Term
Memory perlu dipindahkan ke Long-Term Memory melalui aktiviti pengulangan (tikrar)
dan aktiviti pembentangan di hadapan guru (tasmi’) bagi mengelakkan hafazan baru
hilang dalam tempoh masa 15 ke 30 saat. Perbincangan lanjut tentang hal ini
dibincangkan dalam 5.4.1.

Berkenaan dengan waktu menghafaz al-Quran, secara umumnya tidak ada


pengkhususan waktu bagi menghafaz al-Quran. Menurut Dr.Ahsin (2008), bagi pelajar
yang hanya menumpukan sepenuh masa dengan aktiviti hafazan al-Quran sahaja, maka
mereka boleh memaksimumkan penggunaan masa pada bila-bila masa yang sesuai.

7
Bagi pelajar yang mempunyai aktiviti selain hafazan seperti pembelajaran lain dan
aktiviti ko-kurikulum, mereka perlu memanfaatkan masa-masa yang terluang. Walau
bagaimanapun, terdapat lima waktu yang dianggap sesuai untuk menghafaz al-Quran.
Waktu-waktu tersebut ialah sebagaimana berikut iaitu waktu sebelum Subuh, selepas
Subuh sehingga terbit matahari, selepas bangun dari tidur tengah hari, selepas solat
fardhu, waktu di antara Maghrib dan Isyak. Antara faktor pemilihan waktu sebelum
subuh ialah kerana wujudnya suasana tenang pada waktu ini. Bahkan al-Quran
menghubungkan aktiviti qiamullaili pada waktu sebelum subuh bersama dengan aktiviti
membaca al-Quran. Imam al-Qarthubi (1989) dalam tafsirnya menjelaskan tentang had
masa waktu malam pada kalimah “‫ ”الليل‬dalam ayat kedua daripada surah al-Muzzammil
kepada permulaan tenggelam matahari sehingga terbit fajar. Sementara itu, Syed Qutb
(2000) menjelaskan bahawa menurut riwayat yang sah, pada kebiasaannya Rasulullah
SAW akan menunaikan solat witir tidak melebihi sebelas rakaat dan menghabiskan
lapan rakaat itu dalam masa kurang sedikit dari dua pertiga malam, dan Baginda SAW
membaca al-Quran dengan bacaan yang tartil. Seterusnya ia disebut juga pada surah
yang sama ayat 20. Selain itu, ianya ditegaskan juga dalam ayat ke 79 daripada surah
al-Isra’. Menurut al-Qarthubi (1989) kalimah “‫ ”به‬merujuk kepada al-Quran, ini bermakna
galakkan bertahajjut dengan (pembacaan) al-Quran. Tempoh masa Selepas Subuh
sehingga terbit matahari pula ada dinyatakan keberkatannya berdasarkan doa Baginda
SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud : “Ya Allah berkatilah ummat pada awal
paginya ”(hadis diriwayatkan oleh at-Tabarani, Ahmad, ad-Darimi,Abu bawud dan at-
Tarmizi dan hadis ini dihukum berstatus Hasan oleh at-Tarmizi). Oleh itu, sewajarnya
perlu ada suatu kajian bagi mengetahui sejauh mana kesesuaian waktu tasmik dalam
hafazan al-Quran.

Menurut Zulkifli Mohamad al-Bakri (2013) bahawa setiap hari Rasulullah SAW akan
membaca ayat al-Quran yang diterimanya pada waktu malam.Selanjutnya para akan
mengulang ayat tersebut dengan konsisten sehingga sebati dalam dada mereka pada
waktu malam. Bahkan menurut as-Sabuni, sesiapa yang berjalan pada waktu malam di
Madinah dan melalui rumah para Sahabat SAW, mereka akan mendengar dengungan
yang kuat yang menandakan aktiviti pembacaan al-Quran di kalangan Sahabat SAW.
Walau bagaimanapun dalam menetapkan waktu memulakan hafazan, para ulama telah
menetapkan bahawa waktu paling baik bagi memulakan hafazan ialah pada waktu sahur

8
atau waktu sebelum subuh. Sebahagian ulama pula berpendapat waktu yang baik ialah
pada waktu petang.

Oleh itu, berdasarkan kepada dalil al-Quran dan pandangan ulama digabungkan dengan
teori neuro sains berkenaan dengan waktu menghafaz hafazan baru dan waktu tasmi’,
kesimpulan yang dapat dikemukakan bagi melaksanakan waktu aktiviti tasmi ialah
sebelum waktu subuh dan perlu sentiasa beriringan dengan waktu aktiviti hafazan baru.
Ini kerana waktu tersebut merupakan waktu terbaik untuk melaksanakan aktiviti hafazan
baru dan aktiviti tasmi’ perlu digabungkan bersama aktiviti hafazan baru. Ini bagi
memastikan pelajar yang melakukan aktiviti tikrar iaitu proses perpindahan maklumat
hafazan dari Short-Term Memory dapat dikukuhkan dengan aktiviti tasmi’ sebelum
dipindahkan ke Long-Term Memory. Selain itu, proses berurutan antara aktiviti tikrar
dengan aktiviti tasmi’ dalam waktu yang sama ini (waktu sebelum subuh) dapat
mengelakkan hafazan baru daripada hilang. Jika waktu tasmi’ dilaksanakan pada waktu
selepas subuh yang melibatkan jarak masa yang lama dengan waktu aktiviti tikrar,
dikuatiri pelajar akan terpaksa melakukan semula proses tikrar sebelum tasmi’ pada
selepas subuh tersebut. Walau bagaimanapun, proses tikrar kali kedua ini memakan
masa yang kurang berbanding aktiviti tikrar yang telah mereka lakukan sebelum subuh.
Rajah 1 dan Rajah 2 akan menjelaskan situasi pelaksanaan aktiviti tikrar dan aktiviti
tasmi ‘sebelum dan selepas subuh dalam waktu yang sama dan dalam waktu yang
berasingan.

Rajah 1 : Pelaksanaan Aktiviti Tikrar Dan Aktiviti Tasmi ‘Sebelum Subuh Dalam Waktu Yang
Sama.

SEBELUM SUBUH

Tikrar 1.0 -> Tasmik 1.0

Rajah 2 : Pelaksanaan Aktiviti Tikrar Dan Aktiviti Tasmi ‘Sebelum Subuh Selepas Subuh Dalam
Waktu Yang Berasingan.

SEBELUM SUBUH SELEPAS SUBUH

Tikrar 1.0 Tikrar 2.0 -> Tasmik 1.0 9


Waktu seterusnya yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti tasmi’ ialah pada waktu
malam dan diikuti dengan waktu petang.

b) Kadar hafazan mempengaruhi pencapaian dan kualiti seseorang huffaz al-Quran.


Menurut Abdullah dan Rahman (2010) mengatakan bahawa hafalan Al-Quran terlalu
mudah untuk hilang dari ingatan kecuali mereka yang benar-benar memastikan
pemeliharaannya. Menurut Abdullah dan Rahman menyatakan bahawa menghafal ayat-
ayat al-Quran memerlukan kesabaran dan disiplin yang tinggi untuk mencapai jumlah
sasaran ayat-ayat yang perlu dihafal pada satu-satu masa. (Abdullah & Rahman, 2010).
Oleh itu sewajarnya perlu ada kajian bagi mengkaji Kadar Hafazan yang sesuai bagi
tempoh satu hari hafazan al-Quran.

c) Setiap orang memiliki suatu metode atau cara masing-masing di dalam menghafaz al-
Quran mengikut kesesuaian akalnya. Menurut Nor Musliza Mustafa dan Dr. Mokmin
Basri(2014) terdapat pelbagai teknik dan sistem yang digunakan di institusi menghafal
Al-Quran untuk memastikan pelaksanaan proses hafazan adalah teratur dan sistematik.
Proses pengulangan dalam ayat-ayat al-Quran menghafal dijalankan menggunakan
solat lima waktu dan zikir setiap hari untuk memastikan bahawa ayat-ayat Al-Quran
yang dihafal terpelihara (Nor Musliza Mustafa dan Dr. Mokmin Basri, 2014). Menurut
Abu Mazaayaa (1996: 3), pada dasarnya, setiap seorang hafiz itu memiliki suatu metode
atau cara masing-masing di dalam menghafaz al-Quran mengikut kesesuaian akalnya.
Oleh yang demikian, setiap orang hafiz perlu memilih cara yang lebih berkesan, singkat
masanya dan tahan lebih lama hafazannya. Justeru, perlu ada kajian bagi menganalisis
kaedah yang efektif dalam menghafal al-Quran

4. Laporan Tinjauan
Laporan ini lebih memfokuskan kepada jadual dan tempoh masa perjalanan kelas. Ia
dibahagikan kepada dua waktu utama iaitu waktu tasmi’ dan waktu I’adah.

4.1 Waktu Tasmik

4.1.1 Kebanyakan PPT melaksanakan kelas Tasmi’ bagi Hafazan Baru sesi pagi
bermula sekitar jam 6.15 atau 6.30 pagi hingga jam 7.30 pagi. Antara institusi yang
melaksanakannya ialah Maahad Tahfiz Darul Itqan al-Muhammadiah, Sabak Bernam

10
Selangor dan Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Terengganu yang menggunakan
Kaedah Hafazan Deobandy, India (Maahad Tahfiz Darul Itqan al-Muhammadiah) dan
Maahad Tahfiz Kiblah, Sungai Merab Jaya Selangor. (Maahad Tahfiz Kiblah) Bagi
Maahad Tahfizul Quran al-Bukhari, Pasir Puteh Kelantan, kelas Tasmi’ bagi Hafazan
Baru berakhir sedikit lewat iaitu pada jam 8.00 pagi. Walau bagaimanapun, bagi Maahad
Tahfiz Darul Itqan al-Muhammadiah dan Madrasatul Quran Kubang Bujuk
membenarkan pelajar untuk Tasmi’ bagi Hafazan Baru pada sesi kelas jam 8.30 hingga
11.00 pagi iaitu kelas ulangan hafazan mingguan atau kelas sepenuh masa.

4.1.2 Manakala Tahfiz al-Quran Darul Tuba,Tangkak Johor yang menggunakan


Kaedah Hafazan Turki pula memulakan sesi Tasmi’ bagi Hafazan Baru bermula jam
10.30 pagi hingga jam 12.00 tengah hari. PPT ini terlebih dahulu memulakan sesi
paginya dengan kelas yang dikenali dengan Ders 1 dan Ders 2 masing-masing pada
jam 6.30 hingga 7.30 pagi dan 8.30 hingga 10.30 pagi. Menurut kaedah hafazan turki
kelas ini akan melibatkan aktiviti membaca al-Quran dengan jelas secara berulang-ulang
(articulate repeated verses of the Quran). (Sedek Ariffin, Mustaffa Abdullah, Khadher
Ahmad, 2015)

4.1.3 Sistem Pendidikan Tahfiz yang dilaksanakan di Sekolah Menengah Kementerian


Pendidikan Malaysia juga melaksanakan kelas bermula jam 6.30 pagi hingga 7.30 pagi.
Walau bagaimanapun kelas ini ialah kelas persiapan hafazan baru dan talaqqi. Kelas
Tasmi’ bagi Hafazan Baru adalah bermula jam 7.30 pagi hingga jam 9.30 pagi. Bagi
Institut al-Quran Kuala Lumpur kelas hafazan dan tasmi’ hafazan di hadapan guru
dilaksanakan bermula jam 7.30 hingga jam 10.00 pagi.

4.1.4 Maahad Tahfiz al-Quran Pulai Chondong Machang Kelantan pula melaksanakan
kelas tasmi’ pada jam 7.30 pagi hingga jam 9.00 pagi. Kelas ini ialah kelas Tasmi’ dan
murajaah hafazan baru. Bagi MRSM Ulul Albab,mereka memulakan kelas Tasmi’ bagi
Hafazan Baru bermula jam 7.40 hingga jam 9.00 pagi.

4.1.5 Pusat Tahfiz Muaz bin Jabal, Kota Baharu Kelantan melaksanakan kelas Tasmi’
bagi Hafazan Baru bermula jam 3.30 petang hingga jam 5.15 petang. PPT ini
menggunakan kaedah hafazan Mekah. Jadual Kelas Tasmi’ bagi Hafazan Baru Pusat
Pengajian Tahfiz boleh dilihat daripada Jadual 1.

11
Jadual 1 : Jadual Kelas Tasmi’ bagi Hafazan Baru Pusat Pengajian Tahfiz
Pusat Pengajian Tahfiz Waktu Tasmi’ bagi Hafazan Tempoh
Baru
Madrasatul Quran Kubang Bujuk, 6.15 - 7.30 pagi 1 jam 15 minit
Terengganu
Institut al-Quran Kuala Lumpur 8.00 - 10.00 pagi 2 jam
Maahad Tahfiz Kiblah 6.30 - 7.30 pagi 1 jam
Maahad Tahfiz Darul Itqan al- 6.15 - 7.15 pagi 1 jam
Muhammadiah
Maahad Tahfiz al-Quran Pulai 7.30 - 9.00 pagi 1 jam 30 minit
Chondong
Sekolah Menengah Tahfiz 7.30 - 9.20 pagi 1 jam 50 minit
Kementerian Pendidikan
Malaysia
MRSM Ulul Albab 7.40 - 9.00 pagi 1 jam 20 minit
Tahfiz al-Quran Darul Tuba 10.30 - 12.00 pagi 2 jam 30 minit
Maahad Tahfizul Quran al- 6.30 - 8.00 pagi 1 jam 30 minit
Bukhari
Pusat Tahfiz Muaz bin Jabal 3.30 - 5.15 petang 1jam 45 minit

4.2 Waktu I’adah


Secara umumnya PPT menggabungkan I’adah dengan aktiviti hafazan baru walaupun
kelas rasmi tersebut merupakan kelas I’adah. Ini disebabkan jadual waktu I’adah
berlangsung dalam tempoh masa yang lama. Contoh PPT yang terlibat ialah Madrasatul
Quran Kubang Bujuk, Maahad Tahfiz Kiblah, Maahad Tahfizul Quran al-Bukhari,
Maahad Tahfiz Darul Itqan al-Muhammadiah. PPT ini melaksanakan kelas I’adah sekitar
3 jam. Manakala PPT yang melaksanakan kelas I’adah sekitar 2 jam dan ke bawah tidak
melaksanakan aktiviti tasmi hafazan baru dalam kelas I’adah. Antara PPT tersebut ialah
MRSM Ulul albab, Tahfiz al-Quran Darul Tuba dan Institut al-Quran Kuala Lumpur.
Jadual menunjukkan Kelas I’adah Institusi Pendidikan Tahfiz (PPT)

12
Jadual 2 : Jadual Kelas I’adah Pusat Pengajian Tahfiz
Pusat Pengajian Tahfiz Waktu I’adah Tempoh
Madrasatul Quran Kubang Bujuk, 8.30 hingga 11.00 pagi 2 jam 30 minit
Terengganu
Institut al-Quran Kuala Lumpur 2.30 hingga 3.30 petang 1 jam
Maahad Tahfiz Kiblah 8.30 hingga 11.30 pagi 3 jam
Maahad Tahfiz Darul Itqan al- 8.30 hingga 11.30 pagi 3 jam
Muhammadiah
Maahad Tahfiz al-Quran Pulai 7.30 hingga 9.00 pagi 1 jam 30 minit
Chondong
Sekolah Menengah Tahfiz 7.30 - 9.20 pagi 1 jam 50 minit
Kementerian Pendidikan
Malaysia
MRSM Ulul albab 2.00 hingga 2.40 petang 40 minit
5.00 hingga 5.30 petang 30 minit
Tahfiz al-Quran Darul Tuba 6.30 - 7.30 pagi 1 jam
8.30 hingga 10.30 pagi 2 jam
Maahad Tahfizul Quran al- 8.50 hingga 11.30 pagi 2 jam 40 minit
Bukhari
Pusat Tahfiz Muaz bin Jabal 5.30 hingga 9.15 malam 3 jam 45 minit

5. Analisis Data

5.1 Waktu Tasmi’


Berdasarkan dapatan di atas, secara tradisinya di kebanyakan institusi tahfiz
memperkenalkan kelas tasmik pada sebelah pagi. Kelas bermula seawal jam 6.15 pagi
sehingga 12.00 tengah hari. Walau bagaimanapun ada Maahad Tahfiz yang memulakan
kelas tasmik pada sebelah petang iaitu dari jam 3.30 petang sehingga jam 5.30 petang
iaitu Pusat Tahfiz Muaz bin Jabal.
Pusat Tahfiz Muaz bin Jabal memulakan sesi tasmi hafazan baru berserta
dengan I’adah hafazan lama pada jam 3.00 hingga 5.15 petang. Pelajar diwajibkan
memperdengarkan hafazan baru dengan disertakan terlebih dahulu hafazan lama.
Pelajar yang tidak berjaya memperdengarkan hafazan lama tidak akan dibenarkan untuk

13
meneruskan hafazan baru. Ini bersesuaian dengan kaedah hafazan mekah yang
dilaksanakan.
Kaedah Mekah ini merupakan kaedah yang ringkas dan mudah untuk
dilaksanakan kerana hanya memerlukan masa selama empat jam sahaja untuk sesi
kelas menghafaz. Di Mekah sesi kelas bermula selepas asar hingga solat isyak sahaja.
Bagi Pusat Tahfiz Muaz bin Jabal ini, baki sesi kelas iaitu kelas selepas asar sehingga
isyak ialah kelas murajaah hafazan lama. Kaedah Mekah ini justeru amat sesuai kepada
semua golongan pelajar yang belajar secara formal di Sekolah Rendah Kebangsaan
atau Sekolah Menengah Kebangsaan pada waktu pagi dan memperuntukkan masa
waktu petang dan malam bagi kelas tahfiz al-Quran.

5.2 Aktiviti Sebelum Kelas Tasmi’


Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak ada aktiviti pembelajaran sebelum kelas
tasmi’. Hanya kelas persiapan hafazan baru sahaja diadakan sebelum kelas tasmi’.
Kelas pembelajaran lain diadakan selepas kelas tasmi’. Ini menunjukkan bahawa aturan
jadual kelas yang sesuai bagi PPT ialah seperti berikut :
i) Kelas Persiapan Hafazan Baru
ii) Kelas Tasmi’ Hafazan Baru
iii) Kelas Pembelajaran Lain

Dari aspek pecahan kelas hafazan al-Quran pula, Kelas Hafazan al-Quran
terbahagi kepada empat pembahagian berikut :
i) Kelas Persiapan Hafazan Baru
ii) Kelas Tasmi’ Hafazan Baru
iii) Kelas Murajaah Hafazan Baru
iv) Kelas I’adah Hafazan Lama

Walau bagaimanapun, terdapat PPT yang menggabungkan I’adah dengan


aktiviti tasmi’ hafazan baru walaupun kelas rasmi tersebut merupakan kelas I’adah. Ini
disebabkan jadual waktu I’adah berlangsung dalam tempoh masa yang lama. Contoh
PPT yang terlibat ialah Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Maahad Tahfiz Kiblah, Maahad
Tahfizul Quran al-Bukhari, Maahad Tahfiz Darul Itqan al-Muhammadiah. PPT ini
melaksanakan kelas I’adah sekitar 3 jam. Manakala PPT yang melaksanakan kelas
I’adah sekitar 2 jam dan ke bawah tidak menggabungkan aktiviti tasmi hafazan baru

14
dengan aktiviti I’adah. Antara PPT tersebut ialah MRSM Ulul albab, Tahfiz al-Quran
Darul Tuba dan Institut al-Quran Kuala Lumpur. Tidak ada penggabungan aktiviti kelas
persiapan hafazan baru dengan kelas-kelas hafazan yang lain. Rumusannya, tidak ada
penggabungan aktiviti kelas persiapan hafazan dengan aktiviti kelas lain. Manakala
aktiviti kelas I’adah digabungkan dengan aktiviti tasmi’.

5.3 Aktiviti Murajaah


Berkenaan dengan aktiviti Murajaah Hafazan Baru dan I’adah Hafazan Lama, perlu ada
kesinambungan antara kedua-dua aktiviti tersebut melalui aktiviti dalam kelas. Beberapa
PPT melaksanakan aktiviti Murajaah Hafazan Baru kemudian diikuti dengan Tasmi’
Hafazan Baru dan akhir sekali disertakan dengan aktiviti I’adah Hafazan Lama. Ini
terbukti bagi PPT yang melaksanakan kaedah hafazan Mekah dan Turki. Selain
daripada itu, faktor masa dan rekod adalah penting sebagai instrumen pelengkap
memastikan kedua-dua aktiviti berkenaan berlangsung dengan selaras dan seimbang.

5.4 Faktor Sokongan Pengukuhan Hafazan

5.4.1 Kesihatan Otak


Terdapat kajian sains yang mengemukakan perbandingan antara bidang Neurologi dan
Islam yang dikemukanan oleh Rohaida Mohamed Saat (2011) yang menjelaskan
bahawa Pengkajian Neurologi adalah bidang kajian yang membincangkan isu berkaitan
hafazan yang merupakan aktiviti yang paling utama dalam proses hafazan al-Quran.
Dalam bidang Neurologi pengulangan maklumat yang berkaitan adalah dititik beratkan
sama ada menggunakan visual, bunyi vokal, auditori dan maklum balas. Aktiviti ini
dikenali sebagai aktiviti “takrir” dalam proses hafazan al-Quran dan asas aktiviti ini
dalam neurologi adalah untuk menguatkan “interneuron synapses”(sejenis saraf neuron
perhubungan).
Aktiviti pengulangan verbal membantu pembentukan memori kerana melibatkan
pengaktifan “motor pathways ” (laluan motor) berserta dengan gabungan maklumat
tambahan yang diproses oleh “auditory system” (sistem pendengaran). Oleh itu, amalan
Nabi Muhammad SAW memperdengarkan bacaan al-Quran dengan Jibril a.s boleh
menghasilkan kesan yang sama. Mengambil maklum balas daripada pihak yang lebih
pakar bagi tujuan semakan dan pengesahan pembetulan bagi kesalahan telah

15
membentuk strategi yang bagus bagi menukarkan “Short Term-Memory” (STM) kepada
“Long Term-Memory” (LTM).
Penguasaan bahasa Arab yang membawa kepada kemampuan untuk
memahami kronologi penceritaan dalam al-Quran dapat membantu menghafaz al-
Quran. Dari perspektif neurosains, cara ini melibatkan kedua-dua semantic memory
(memori berbentuk perkataan) dan procedural memory (memori berbentuk urutan
peristiwa).
Ahli Psikologi dan Neuro sains juga mendapati bahawa proses ingatan
mempunyai tiga tahap iaitu proses Pengekodan (Encoding), Pengekalan( Retention) dan
panggilan semula (recall). Semasa proses Encoding berlaku, maklumat daripada Short-
Term Memory dipindahkan ke Long Term Memory. Pada peringkat ini bahagian otak
yang terlibat ialah Hippocampus iaitu bahagian otak yang berfungsi untuk melaksanakan
proses encoding dan pembentukan memori (Hafeezullah Amin and Aamir S.
Malik,2013).Menurut Lutz, S., dan Huitt, W.(2003), Short-Term Memory mempunyai
keupayaan yang terhad dan maklumat baru tanpa latihan (unrehearsed information)
akan hilang dalam tempoh masa 15 hingga 30 saat jika tidak ada sebarang tindakan
susulan. Terdapat cara yang berkesan bagi memastikan kualiti maklumat baru dalam
Short-Term Memory. Antaranya ialah dengan cara pengulangan (rote) atau melakukan
latihan pengekalan (maintenance rehearsal). Walau bagaimanapun, cara ini hanya untuk
menyimpan maklumat sehingga ia boleh ke proses selanjutnya. Proses latihan
pengekalan ini mengandungi aktiviti pengulangan terhadap maklumat baru. Selanjutnya,
Lutz, S., dan Huitt, W.(2003) menyimpulkan bahawa sebarang bentuk aktiviti
pembelajaran, maklumat baru perlu dipindahkan ke Long-term Memory. Oleh itu
pengulangan dan latihan pengekalan tidak mencukupi untuk menghasilkan kesan yang
berkekalan. Hal ini mempunyai kaitan yang kukuh dengan aktiviti pembelajaran, kerana
jika tujuan pendidikan adalah pembelajaran maka maklumat perlu dibentangkan dalam
apa-apa cara sehingga membolehkannya dimasukkan ke dalam struktur memori.
Menurut Very Julianto dan Magda Bhinnety Etsem (2011), Long Term Potentian
(LTP) adalah suatu yang amat kompleks berkaitan dengan belajar dan mengingat. Untuk
dapat mencipta LTP maka dapat diciptakan gelombang theta. Gelombang theta akan
dihasilkan oleh tubuh pada saat tubuh manusia dalam emosi yang kuat dan pada titik
konsentrasi tertinggi. Komunikasi dengan Tuhan didapati berlaku pada fasa ini. Aktiviti
keagamaan seperti meditasi dan berdoa boleh menghasilkan gelombang theta ini.

16
Bahkan terdapat banyak kajian yang menyatakan bahawa pada gelombang theta inilah
terdapatnya titik yang dikenali sebagai “God Spot”.
John Gruzelier(2008) menjelaskan ketika aktiviti meditasi berlaku, gelombang
theta dapat dihasilkan disertai dengan situasi ketenangan yang mendalam. Aktiviti
meditasi juga meningkatkan gelombang theta dan mengurangkan gelombang alpha
selain meningkatkan kepaduan gelombang theta melalui penghasilan elektrod distal
(distal electrode) dalam kedua-dua bahagian dimensi kaudal dan lateral (caudal and
lateral dimensions) daripada EEG topografi (topographic EEG).
Menurut Doug Booth(2005) kedudukan seseorang adalah penting ketika
melakukan aktiviti meditasi. Selain itu, bagi meditasi jenis gunung (mountain meditation)
memerlukan pelaku menggambarkan bentuk gunung yang sesuai sehingga
menimbulkan ketenangan. Dalam masa yang sama pengamal juga di galakkan
menyebut secara perlahan perkataan gunung tersebut. Bagi meditasi sembahyang
berpusat (centering prayer meditation), pengamal perlu melakukan bacaan ayat suci
(sacred word) yang mempunyai makna yang mendalam sehingga mampu
menghubungkan pengamal dengan tuhan.
Kajian yang dilakukan oleh Fatimah Ibrahim e.t.l (2008) pula mendapati ibadat
solat menghasilkan keadaan tenang pada otak. Ketenangan maksimum dapat dicapai
apabila seseorang berada dalam keadaan sujud bahkan sebahagian pengkaji mendapati
ketenangan terhasil mungkin akibat dari perlakuan tamakninah.
Justeru aktiviti hafazan al-Quran boleh diterapkan dalam solat kerana solat
mempunyai ciri-ciri yang sama dengan meditasi yang mampu menghasilkan gelombang
theta. Di dalam solat seseorang muslim perlu berada dalam keadaan berdiri dan turut
perlu membaca bacaan ayat-ayat al-Quran. Bahkan dalam setiap pergerakan dalam
solat perlu disertakan dengan bacaan-bacaan zikir tertentu (Fatimah Ibrahim e.t.l, 2008).
Ketika pembacaan al-Quran dalam solat seorang muslim yang memahami makna ayat
al-Quran akan membayangkan objek-objek dan suasana-suasan yang dinyatakan dalam
ayat tersebut. Sebagai contoh, jika ayat al-Quran tersebut menceritakan tentang
kenikmatan syurga, ketenangan air yang mengalir di dalamnya, suasana taman buah-
buahan yang damai dan lain-lain gambaran yang menenangkan, akan menyokong
keadaan tafakur seorang muslim tersebut di dalam solat. Ini membuktikan bahawa ayat
suci al-Quran yang dihafazan dan disusuli dengan membacanya dalam solat merupakan
teknik paling optimum dalam memastikan keadaan tenang yang juga ingin dicapai oleh
pengamal meditasi. Selain itu, dapatan ini juga menyokong bahawa kenapa terdapat

17
banyak ayat al-Quran mengemukakan ayat-ayat berkenaan dengan taman-taman, air
mengalir, buah-buahan,gunung-ganang, kerehatan dan suasana-suasana lain yang
menghasilkan ketenangan kepada pembacanya.
Selain itu masalah stres yang dialami oleh manusia dapat dipulihkan melalui
aktiviti solat yang boleh menghasilkan ketenangan dan mampu mewujudkan gelombang
theta. Ini disebabkan oleh faktor solat yang mempunyai bacaan zikir dan bacaan zikir
mampu memberi kenenangan kepada hati (Danial Zainal Abidin,2009). Jalal Muhammad
(2008) pula menjelaskan keseluruhan aktiviti sujud,istirahat, kembali berdiri sebelum
sujud dan pergerakan lain dalam solat telah membantu mengurangkan darah pada otak.
Ini amat bertepatan dengan al-Quran daripada Surah al-Ra’d ayat 28 yang bermaksud :

“Orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah".
ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Berdasarkan kepada perbincangan Ahli Psikologi dan Neuro sains tersebut maka
aktiviti pengajaran dan pembelajaran hafazan al-Quran yang bermula dengan aktiviti
menghafaz hafazan baru dan tasmi’ ada kaitannya dengan bidang Psikologi dan Neuro
Sains. Aktiviti hafazan baru dilakukan dalam proses pengekodan di mana hafazan baru
berfungsi sebagai maklumat baru yang masih berada dalam Short-Term Memory yang
akan dipindahkan ke Long-Term Memory. Pada tahap ini, hafazan baru tersebut perlu
sentiasa diulang atau melibatkan latihan pengekalan yang sesuai dikenali sebagai tikrar
supaya ia bersedia untuk dipindahkan ke Long-Term Memory. hafazan baru tersebut
akan hilang dalam tempoh masa 15 ke 30 saat jika tidak dilibatkan dengan aktiviti
pengulangan atau latihan pengekalan. Bagi menjamin hafazan baru tersebut kekal di
dalam Long-term Memory, maka hafazan baru tersebut perlu dibentang di hadapan guru

melalui aktiviti tasmi’. Penjelasan berkaitan dengan hal ini dapat dijelaskan dalam bentuk
gambar rajah seperti berikut :

18
1. Ayat al-
Quran yang
belum dihafaz

Proses

2. Tikrar 3. Tasmi’

Proses Pengulangan dan Pembentangan Hafazan


Latihan Pengekalan Baru dengan guru
Hafazan Baru

Hafazan Baru disimpan dalam


Long-Term Memory

5.4.2 Gelombang Otak


Berkaitan dengan kajian sains gelombang otak, terdapat kajian yang telah
dikemukakan oleh Megan Nelson (2011) gelombang otak mempunyai lima tahap iaitu
gelombang delta,gelombang theta, gelombang alpha, gelombang beta dan gelombang
gamma. Gelombang delta adalah gelombang yang paling rendah dan yang tertinggi
dalam amplitud. berlaku di bawah 4 Hz dan dikaitkan dengan keadaan sewaktu tidur.
Gelombang theta adalah di antara 4 hingga 7 HZ dan dikaitkan dengan meditasi dan
situasi tenang yang mendalam seperti dalam keadaan tenang yang memukau dan
berlaku dalam dentuman yang pendek. Gelombang alpha adalah di antara 8 hingga 13
Hz yang berlaku ketika mula sedar dari saat ketenangan, fikiran melayang-layang.
Gelombang beta berlaku di antara 14 hingga 38 Hz apabila seseorang individu berfikir
secara aktif, menyelesaikan masalah, memberi tumpuan penuh dan saat ketakutan.
Gelombang gamma berlaku di antara 40 Hz dan ke atas. gelombang ini melibatkan
aktiviti mental yang tinggi termasuk berada dalam keadaan sedar dan daya tanggapan.

19
Brent Phillips (2008) ada membincangkan tentang salah tanggapan berkenaan
dengan gelombang otak. Menurutnya, sesetengahan orang beranggapan bahawa
terdapat sejenis sahaja gelombang otak yang berlaku dalam satu masa. Sebenarnya,
gelombang otak berlaku dengan aktif pada setiap masa. Gelombong otak beta, alpha,
theta,gamma dan delta sentiasa wujud serentak. walau bagaimanapun, dalam satu
masa, terdapat satu daripada gelombang otak yang lebih kuat berbanding gelombang
yang lain. Gelombang tersebut akan mencatatkan bacaan amplitud pada pengujian
electroencephalogram (EEG) yang lebih tinggi. Sebagai contoh, dalam pengujian EEG,
di dapati bacaan amplitud gelombong otak bagi seorang individu ialah 3 bagi gelombang
alpha, 10 bagi gelombang beta manakala gelombang theta adalah 2. Dengan bacaan
implitud ini, gelombang otak individu berkenaan ialah pada tahap gelombang beta. Pada
tahap gelombang otak beta ini, gelombang otak yang lain tetap ada. Tetapi gelombang
yang lain tidak sekuat gelombang beta. Dalam penjelasan yang sama juga Brent Phillips
menjelaskan bacaan amplitud dalam pengujian EEG terhadap aktiviti akan menunjukkan
angka yang menepati jenis-jenis gelombang otak. Sebagai contoh, jika kita melakukan
aktiviti membaca buku, maka bacaan amplitud kita akan menunjukkan bacaan
gelombang otak beta iaitu sekitar 13 hingga 22 Hz.
Ini menunjukkan bahawa gelombang otak dapat dihasilkan dan dikenal pasti
melalui aktiviti yang dilakukan ole manusia. Beberapa kajian terutama dalam bidang
psikologi dan neuro sains yang melakukan kajian gelombang otak terhadap aktiviti-
aktiviti tertentu. Very Julianto (2011) melakukan kajian bagi melihat kesan aktiviti
pembacaan al-Quran terhadap analisis keupayaan memori jangka pendek melalui
perubahan ke atas gelombang otak. Hasil kajian oleh Bc. Jakub Kraus (2015)
menunjukkan bahawa frekuensi rentak binaural sepadan dengan gelombang alpha
aktiviti otak dan mempunyai kesan positif sementara kepada kapasiti ingatan kerja.
Menurut Ke Wu e.t.l (t.t), terdapat beberapa kajian telah melaporkan bahawa
peningkatan gelombang alfa terhadap tindak balas pendedahan elektromagnet EMF
bagi panggilan telefon bimbit. Kajian yang dilakukan oleh Nicole Hurless e.t.l (2013)
adalah untuk menilai kesan muzik dan tempo pada corak pengaktifan otak terhadap 10
individu bukan pemuzik. Kajian ini memerhatikan peningkatan amplitud gelombang
alpha apabila peserta mendengar genre pilihan mereka. Hasil kajian ini menunjukkan
gelombang Alpha ini tidak terjejas dengan ketara terhadap tempo yang dipilih.
Sebaliknya gelombang beta amplitud meningkat dengan ketara dengan peningkatan
tempo. Selain itu, terdapat juga kajian yang mengaitkan gelombang otak aktiviti

20
bertafakur. Nor Azah Abdul Aziz (2011), menjelaskan bahawa gelombang otak dalam
keadaan tenang (gelombang alpha) meningkat semasa aktiviti bertafakur jika
dibandingkan dengan keadaan sebelum dan selepas meditasi. Kajian ini selanjutnya
mengemukakan beberapa aspek persamaan aktiviti solat dengan meditasi dan aktiviti
tafakur. Ini turut disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Fatimah Ibrahim e.t.l (2008).
Oleh itu, dalam Islam waktu yang optimum gelombang otak tenang berlaku iaitu
gelombang alpha dan theta ialah pada waktu sebelum subuh. Ini kerana pada waktu ini,
Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan ibadah solat sebagaimana yang
disarankan dalam surah al-Muzammil ayat 2 hingga 7 dan ayat 20 serta dalam Surah al-
Isra’ ayat 79. Pelaksanaan ibadah solat menyebabkan terhasilnya gelombang alpha dan
theta.

5.4.3 Umur
Manakala faktor umur juga penting yang mana ia berkait rapat dengan
keberkesanan hafazan. Menurut Dr Ahsin Wijaya dalam bukunya Bimbingan Praktis
Menghafal al-Quran bahawa sebenarnya tiada batasan usia tertentu secara mutlak
untuk menghafal al-Quran, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa tahap umur seseorang
memang mempengaruhi keberkesanan hafalan Quran. Seorang penghafal yang berusia
muda lebih berpotensi daya ingatannya terhadap apa yang dibaca dan dihafal
berbanding dengan mereka yang berusia lanjut sekalipun ia tidak bersifat mutlak(Dr.
Ahsin : 2008). Namun demikian, ia tidak bererti bahawa usia tua tidak boleh atau tidak
mampu untuk menghafal al-Quran lagi. Ramai di antara Sahabat Nabi SAW yang
menghafal ketika usia tua yang mana ia didorong oleh semangat dan keimanan mereka
yang tinggi. Ia sebagaimana Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Abbs RA
bahawa Nabi bersabda :

‫ وحفظ الرجل‬،‫ كالنقش في حجر‬:‫ وفي رواية‬،‫حفظ الغالم كالوسمة في الحجر‬


‫بعدما كبر ككتاب على الماء‬
Maksudnya : Hafalan diusia muda umpama mengukir di atas batu,
sedangkan hafalan setelah dewasa umpama menulis di atas air.(Hadis
riwayat Khatib dan al-Dailami, dihukum Daif oleh Abu al-Hatim al-Razi, al-
Azdi dan al-Hazabi)

Menurut Dr. Ahsin lagi bahawa usia yang relatif muda belum banyak terbeban
dengan masalah kehidupan yang memberatkannya sehingga ia akan lebih cepat

21
menciptakan tumpuan untuk mencapai sesuatu yang diinginkan. Maka usia yang ideal
untuk menghafal adalah berkisar antara usia 6 hingga 21 tahun (Dr. Ahsin : 2008).

5.4.4 Perekodan
Selain daripada itu, aspek perekodan bagi aktiviti hafazan juga perlu diberi
perhatian. Ini bagi memastikan aspek prestasi hafazan dan ulangkaji dapat direkodkan
dan penting sebagai bahan rujukan pada masa yang diperlukan. Bagi Sekolah
Menengah Tahfiz Kementerian Pendidikan Malaysia, guru tahfiz perlu merekodkan
aktiviti Tasmik, Murajaah Hafazan Baharu, Murajaah Hafazan Lama, Murajaah
Mingguan dan Fiqh al-Ayat dalam buku rekod yang dibekalkan. Begitu juga dengan
beberapa PPT yang lain. Bahkan Tahfiz al-Quran Darul Tuba yang menggunakan
kaedah hafazan Turki memiliki keistimewaan yang tersendiri disebabkan oleh
penggunaan Jadual Hafazan yang lebih menyeluruh dan sistematik.

5.4.4 Komitmen Guru


Faktor komitmen guru juga amat penting di dalam kelancaran sesuatu proses
tasmi’. Guru adalah pembimbing dan pendengar, malah juga penyemak bacaan pelajar.
Samada dari segi hafazan dan juga tajwidnya. Menurut Dr.Ahsin (2008) menyatakan
bahawa hafalan yang ditasmi’kan atau diperdengarkan kepada guru akan mempunyai
nilai yang berbeza dengan hafalan yang tidak di tasmi’kan kepada guru. Dengan
demikian banyaknya (masa) pertemuan dengan guru akan membentuk hafalan yang
baik dan kuat(Dr. Ahsin : 2008). Lebih-lebih lagi yang melibatkan masa untuk 2 proses
asas tasmi’ iaitu menghafal dan mengekalkan hafalan. Disamping itu, aspek komitmen
guru yang tinggi juga perlu diambil kira serta tidak terlalu membebankan mereka dengan
tugasan-tugasan lain yang boleh mengganggu tumpuan dan sesi kelas tasmi’ yang
berlangsung. Malah terdapat larangan (dari segi adab) bagi pelajar untuk
memperdengarkan bacaannya kepada guru ketika mana gurunya dalam keadaan sibuk.
Ia disebut oleh Imam Nawawi dalam Kitab al-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran
menyatakan bahawa diantara adab-adab lain yang mesti dipelihara oleh pelajar ialah
janganlah dia membaca pelajarannya dengan gurunya sedangkan ketika itu hati gurunya
sibuk dengan perkara lain. Kerana ini boleh menghalang gurunya daripada memberikan
sepenuh perhatian dan kecergasan. Dia hendaklah mengambil kesempatan pada waktu-
waktu gurunya berada dalam keadaan cergas.(al-Nawawi)

22
Terdapat beberapa PPT seperti kelas tahfiz Ulul Albab KPM, MRSM Ulul Albab
dan IQKL yang mana guru-guru tasmi’ juga yang terlibat dengan proses P&P lain selain
kelas tasmi’. Malah juga terdapat guru-guru tasmi’ di beberapa PPT yang terlibat dengan
pengurusan dan pentadbiran secara langsung dan tidak langsung.

Rujukan

23
Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri dan Misnan Jemali (2013). Latar Belakang Guru Tahfiz Dan
Amalan Kaedah Pengajaran Tahfiz Al-Quran Di Malaysia. The Online Journal of Islamic
Education. Vol. 1 Issue 1 28-39.

Abdullah, U. A. H. B. H., Salamon, P. M. D. H. , Suratman, U. A. S., Noor, U. S. S. B. M., Jasmi,


U. K. A., & Darawi, U. A. B. B. S. @. (2005). Sistem Pembelajaran dan Kaedah Hafazan
Al-QuranYang Efektif : Satu Kajian di Kuala Lumpur dan Terengganu.

Al-Qurtubi, Syamsuddin Abu Abdullah. (1989). Al-Jami’ li Ahkam al-Quran alKarim. Kairo: Dar
al-Gad al-Arabi.

Abdul Hafiz, A., & Norhanan, A. R. (2010). Kaedah Hafazan Al-Quran Sistem Turki: Kajian Di
Tahfiz Al-Quran Darul Tuba. Jurnal Teknologi 2.

Bc. Jakub Kraus.(2015). The effect of binaural beats on working memory capacity

Brent Phillips.(2008). Where Science Meets Spirit: The Formula for Miracles.

Danial Zainal Abidin.(2009). Quran SAintifik Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada


Teropong Sains.PTS Millenia Sdn Bhd. Kuala Lumpur

Entwistle, N., & Entwistle, D. (2003). Preparing for Examinations: The Interplay of Memorizing
and Understanding, and the Development of Knowledge Objects. Higher Education
Research & Development. Doi :10.1080/0729436032000056562

Fatimah Ibrahim, Wak Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.(2008).Solat : Kebaikan Dari
Perspektif sains. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Gabe Turow.(2005). Auditory Driving As A Ritual Technology : A Review and Analysis. Stanford
university

Ke Wu e.t.l (t.t). The Effect Of High Frequency Radio Waves On Human Brain Activity: An EEG
Study.Journal of Undergraduate Life Scineces. University Of Toronto.Kanada.

24
John Gruzelier(2008) A theory of alpha/theta neurofeedback, creative performance
enhancement, long distance functional connectivity and psychological integration.
University of London.London

Jalal Muhammad al-Syafi’i.(2008). Kuasa Di Sebalik Solat. al-Hidayah Publication. Kuala


Lumpur.

Mohamad Marzuqi Abd Rahim. (2008). Pengajaran Mata Pelajaran Hafazan Al-Quran: Suatu
Kajian Maahad Tahfiz Al-Quran Zon Tengah. Kertas Projek Sarjana: Fakulti Sains Kognitif
dan Pembangunan Manusia: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Misnan Jemali & Ahmad Sadadi Hafidz. (2003). Hubungan antara Kaedah Menghafaz al-Quran
dengan Pencapaian Kursus Tahfiz wa al-Qiraat Pelajar Semester Empat dan Lima di
Maahad Tahfiz wal Qiraat di Perak. Seminar Kaedah Pengajaran Tahfiz al-Quran
Peringkat Kebangsaan. Kolej Universiti Islam Malaysia.

Mazaayaa, A.-H. A. (2006). Panduan Menghafal Al-Quran.

Maahad Tahfiz Darul Itqan al-Muhammadiah, http://mt-darulitqan.blogspot.my/p/jadual-harian-


palajar.html, 15 Januari 2016

Maahad Tahfiz
Kiblah.http://tahfizkiblah.com.my/maahad/index.php?option=com_content&view=article&id
=160&Itemid=110 , 15 Januari 2016

Megan Nelson (2011), Cognitive and Mood Effects of Binaural Beats, Concord McNair Scholars
Research, Journal, Volume 14, Concord University

Nicole Hurless e.t.l (2013) Music genre preference and tempo alter alpha and beta waves in
human non-musicians. Impulse: The Premier Undergraduate Neuroscience
Journal.Appalachian State University.Amerika Syarikat
Nor Azah Abdul Aziz (2011). Kaedah Menangani stres dengan solat. Journal of islamic and
arabic education. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Perak

25
Puvenesvary a/p Muthiah.(t.t). Aplikasi Kepelbagaian teknik Dalam Pengurusan Kaunseling
Organisasi. Seminar Kaunseling Peringkat Kebangsaan Kali V. Universiti Utara Malaysia.
Kedah

Rohaida Mohamed Saat e.t.l (2011), Memorization Activities And Use of Reinforcement in
Learning : Content Analysis from Neuroscince and Islamic Perpectives, Journal of Applied
Sciences 11 (7) Universiti Malaya.Kuala Lumpur

Sedek Ariffin, Mustaffa Abudllah, Khadher Ahmad. (2015). Module Of Al-Quran Memorization
According To Capability And Period. Religoin, Linguistics & Education

Syed Qutb (2000), Tafsir Fi Zhilal Quran.Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. Kelantan.
Zulkifli Mohamad al-Bakri.(2013).Hebatnya Kuasa Hafazan. PTS Islamika Sdn. Bhd. Selangor.

Very Julianto dan Magda Bhinnety Etsem (2011), The Effect Of Reciting Holy Quran Toward
Short-Term Memory Ability Analyzed Thought The Changing Brain Wave, Jurnal
Psikologi Vol. 38,No.1,Universitias Gadjah Mada.

edisi lama sesawang ini adalah sebahagian daripada kandungan kajian. Naskhah penuh
laporan boleh diperoleh di Perpustakaan Darul Quran, Kuala Kubu Baharu, Selangor

26

You might also like