You are on page 1of 57

MENINGKATKAN BACAAN AL-QURAN MELALUI KAEDAH

IQRA’ DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BADANG

NURR KHAIRULL JANNAH BINTI MD.ZAIN

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

2018

1
MENINGKATKAN BACAAN AL-QURAN MELALUI KAEDAH IQRA’

DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 2 SEKOLAH KEBANGSAAN BADANG

NURR KHAIRULL JANNAH BINTI MD.ZAIN

KERTAS PROJEK YANG DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI

SEBAHAGIAN KEPERLUAN UNTUK IJAZAH SARJANA MUDA DALAM

BIDANG PENGAJIAN ISLAM

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

2018

2
PERAKUAN

Nama : Nurr Khairull Jannah Bt Md.Zain

No Matrik: 860629265154001

Saya dengan ini memperakukan bahawa Kertas Projek ini adalah hasil kerja
saya sendiri,kecuali untuk petikan dan ringkasan yang telah diperakui.

Tandatangan: Tarikh:09 November 2018

………………………..

3
MENINGKATKAN BACAAN AL-QURAN MELALUI KAEDAH IQRA’

DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BADANG.

NURR KHAIRULL JANNAH BINTI MD.ZAIN

MEI 2018

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan bacaan Al-Quran melalui kaedah Iqra’
dalam kalangan pelajar Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Badang.Kaedah Iqra’ adalah suatu
kaedah pengajaran membaca Al-Quran yang disusun sebagi usaha untuk mempercepatkan
penguasaan  bacaan Al-Quran dalam tempoh yang singkat.Kajian ini dijalankan bertujuan
untuk mamantapkan penguasaan Al-Quran pelajar Tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Badang
09700 Karangan Kulim, Kedah.Seramai 24 orang pelajar Tahun 2 telah dipilih sebagai
sampel kajian.

Kaedah ini dilihat sebagai salah satu kaedah yang efektif dalam pengajaran dan pembelajaran
al-Quran.Kajian ini juga bertujuan melihat kaedah Iqra’berkesan untuk diaplikasikan di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran asas bacaan Al-Quran terhadap golongan pelajar.
Kajian dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap keupayaan pelajar menyebut huruf
Hijāiyyah dan tanda baris, membaca perkataan atau kalimah, membaca ayat al-Quran dan
membaca ayat beserta hukum tajwid.Dapatan kajian menunjukkan perubahan positif pada
pelajar ini.Di akhir sesi pelajar dapat menguasai penguasaan bacaan Al-Quran dengan kaedah
Iqra’ yang telah dijalankan.

4
PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Alhamdulillah.syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah dan kurnianya yang memberikan
kesihatan yang baik sepanjang melaksanakan projek ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tutor Universiti Terbuka
Malaysia,terutamanya kepada Encik Ismail Bin Abd Rahman kerana telah memberi sokongan
dan dorongan serta tunjuk ajar kepada saya ketika menjalankan kajian ini. Tunjuk ajar beliau
amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.

Selain itu,saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibubapa serta ahli
keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi
menyelesaikan tugasan ini. Selain itu juga,saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan
ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang
diberikan oleh semua pihak membolehkan saya berjaya menyiapkan kerja kursus Pengajian
Islam ini dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

5
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

TAJUK HALAMAN 1

PERAKUAN 2

ABSTRAK 3

PENGHARGAAN 4

ISI KANDUNGAN 5

BAB 1 :PENGENALAN

1.1 Latar belakang kajian 7

1.2 Pernyataan masalah 9

1.3 Soalan-soalan kajian 10

1.4 Objektif kajian 10

1.5 Hipotesis kajian 11

BAB 2: KAJIAN LITERATUR

2.1 Kajian Literatur 12

2.2 Literatur Berkaitan 15

BAB 3 METHODOLOGI KAJIAN

3.1 Reka Bentuk Kajian 17

3.2 Instrumen kajian 17

3.3 Kaedah Kajian 18

3.4 Pengumpulan Data 20

3.5 Penganalisaan Data 21

6
BAB 4:DAPATAN KAJIAN

BAB 5:HASIL TEMUAN DAN PERBINCANGAN

KESIMPULAN

RUJUKAN 24

LAMPIRAN

7
MENINGKATKAN BACAAN AL-QURAN MELALUI KAEDAH IQRA’ DALAM
KALANGAN PELAJAR TAHUN 2 SEKOLAH KEBANGSAAN BADANG

BAB 1

PENGENALAN

Al-Quran merupakan mukjizat yang terbesar pernah diturunkan kepada umat manusia. Ia
diturunkan melalui perantaraan Malaikat Jibril dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad
s.a.w. untuk disampaikan kepada manusia. Ia juga merupakan mukjizat yang paling kekal dan
wujud sehingga ke hari ini. Walaupun terdapat pelbagai usaha yang dilakukan oleh anasir-
anasir yang sentiasa berusaha untuk menjatuhkan nama baik Islam, namun Allah telah
berjanji bahawasanya tidak akan ada satu perkara pun yang boleh mengubah kesucian Al-
Quran.

Nilai ketinggian Al-Quran sebagai teras panduan hidup manusia seharusnya diterapkan dalam
jiwa setiap umat Islam tanpa mengira peringkat umur. Menurut Ibnu Khaldun dalam kitabnya
Muqaddimah menyatakan bahawa Al-Quran itu perlu dipelajari dan dibaca oleh kanak-kanak
pada peringkat awal, kerana membaca Al-Quran akan menanamkan benih-benih keimanan ke
dalam jiwa kanak-kanak. Yusuf Qardawi pula menegaskan di antara manfaat membaca dan
menghafal Al Quran pada masa kanak-kanak adalah, ia dapat meluruskan lidah, membaca
huruf dengan tepat, dan mengucapkannya sesuai dengan makhraj hurufnya.

Kepentingan mempelajari serta mengajarkan Al-Quran suatu yang tidak dapat dipertikaikan
lagi kerana ia merupakan sumber asas dalam pembinaan manusia. Selanjutanya Mohd Ali
(1991) dan Haron Din (1992) membaca Al-Quran adalah ibadah yang diberi pahala oleh
Allah kepada pembacanya jika dibaca dengan sebutan yang betul serta mengikut kaedah
bacaan dan hukum tajwid.

8
Hal ini selaras jika dirujuk kepada beberapa hadis yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w
tentang kepentingan pendidikan Al-Quran diantaranya yang bermaksud:

“Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya;
dan membaca al-Quran, kerana orang-orang yang memelihara     al-Quran itu berada
dalam lindungan singgasana Allah pada hari ketika tidak  ada perlindungan selain daripada
perlindunga-Nya; mereka berserta para     nabi-Nya dan  orang-orang suci.(Ath-Tabrani).

Manakala pada riwayat lain. Daripada Uthman bin ‘Afan r.a berkata: bahawasanya
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Orang yang paling baik lagi mulia disisi Allah s.w.t diantara kamu semua ialah orang yang
belajar Al-Quran kemudian ia mengajarkannya kepada orang lain. (Riwayat Bukhari)

1.1 Latar Belakang kajian.

Mempelajari Al-Quran merupakan suatu keperluan dan tanggungjawab kepada umat Islam
untuk mahir membaca Al-Quran. Ibnu khaldun (2002) dalam kitabnya Muqaddimah
menyatakan bahawa Al-Quran itu perlu dipelajari dan dibaca oleh kanak-kanak pada
peringkat
awal,kerana membaca Al-Quran akan menanamkan benih-benih keimanan ke dalam jiwa
kanak-kanak.Tidak dinafikan lagi bahawa kemahiran membaca Al-Quran telah
dititikberatkan oleh pelbagai pihak di dalam kehidupan muslim sehari-hari khususnya di
Malaysia.Ia jelas dilihat dengan adanya sistem pendidikan yang mementingkan pembelajaran
Al-Quran seawal usia tujuh tahun lagi sebagaimana yang diamalkan di kebanyakan sekolah-
sekolah rendah di Malaysia.

9
Dalam pada itu, terdapat juga pendidikan membaca Al-Quran yang diadakan secara tidak
formal iaitu dengan mempelajarinya daripada guru-guru Al-Quran di rumah-rumah, surau-
surau atau di pusat-pusat pengajian Al-Quran.Sejarah telah membuktikan bahawa kemahiran
membaca Al-Quran adalah sangat penting untuk dipelajari dan dikuasai oleh setiap individu
yang bernama Muslim.

Berikutan dengan itu, banyak usaha dari pelbagai pihak telah dijalankan bagi mencapai
kemahiran bacaan Al-Quran terutamanya sedari usia kanak-kanak.Ia bagi memastikan aspek-
aspek penting di dalam bacaan Al-Quran seperti kelancaran, kefasihan dan kemahiran hukum
tajwid sentiasa dipatuhi. Ia juga bagi menghidupkan budaya menjiwai dan menghayati bacaan
Al-Quran itu sendiri.Justeru, pelbagai kaedah atau teknik membaca Al-Quran telah
diwujudkan bagi memastikan kemahiran membaca Al-Quran dapat dikuasai seawal usia
kanak-kanak lagi.

Meningkatkan penguasaan membaca Al-Quran sangat dianjurkan kepada setiap individu


muslim kerana Al-Quran akan mendatangkan pelbagai manfaat terhadap pembacanya, namun
mempelajari kaedah dan tata cara dalam pembacaannya merupakan tuntutan yang mesti
dipenuhi, kesalahan dalam membaca Al-Quran akan menentukan sah atau tidak sahnya
ibadah yang dilakukan oleh seseorang tersebut. Oleh itu seseorang mesti secara berterusan
mempertingkatkan ilmu tilawah Al-Quran agar lidah sentiasa terpelihara diwaktu kita
membaca.

Al-Quran wajib dipelajari kerana ia mempunyai fungsi dan sumbangan yang penting sebagai
sumber dan panduan yang dapat menyelesaikan pelbagai persoalan dan memenuhi segala
kehendak manusia (Hanafi Mohamad, 1996). Pendidikan Al-Quran adalah mencakupi semua
pendidikan manusia dalam segala segi hidupnya dan sepanjang usianya. “Kehidupan dunia
ini” adalah diumpamakan  sebagai menjalani satu perjalanan untuk persiapan kepada
kehidupan yang lebih baik iaitu di akhirat. Kerana itulah pendidikan Al-Quran mengandungi
kehidupan sekarang dan kehidupan akan datang secara serentak (Wahbah az-Zuhaili, 2005).

10
1.2 Pernyataan Masalah

Kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana kaedah Iqra’ dapat membantu para pelajar dan ia
juga untuk melihat sejauhmana kaedah ini dapat menarik minat pelajar untuk membaca dan
mempelajari Al-Quran serta keberkesanan kaedah ini dalam membantu pelajar lemah untuk
mengenal huruf yang terdapat dalam Al-Quran.

Isu penguasaan Al-Quran pada peringkat sekolah rendah perlu diberi perhatian secara serius
kerana kegagalan menguasai Al-Quran memberi kesan kepada beberapa aspek dalam
kehidupan anak-anak, terutama dalam amalan-amalan Islam. Kajian-kajian lepas
menunjukkan penguasaan Al-Quran dalam kalangan pelajar sekolah rendah adalah pada
tahap sederhana dan lemah (Amri, 2005; Daud, Wan Mohd Khairul Firdaus dan Mahadi,
2014; Hajarul Bahti et al., 2010; Muhammad Naim, 2003).

Aspek kaedah pembelajaran yang dilaksanakan di dalam kelas didapati kurang memberi
kesan terhadap penguasaan bacaan Al-Quran dalam kalangan pelajar walaupun mereka telah
diajar selama enam tahun di peringkat sekolah rendah. Maka, kaedah pembelajaran Al-Quran
pada peringkat sekolah rendah perlu dipertingkatkan untuk mengatasi masalah tersebut
(Hajarul, Huzairi, Haidayat, Hayati dan Nabiroh, 2010).

Saya dapat lihat di kalangan pelajar menghafal kalimah apabila diminta untuk membaca
AlQuran tanpa mengenal huruf dan baris dengan betul. Oleh sebab itu telah timbul pelbagai
kaedah dan cara untuk mempelajari dan memdalami Al-Quran dengan baik dan berkesan.

11
Beberapa masalah telah dikenalpasti seperti dibawah:

i.Memakan masa yang lama untuk membaca Al-Quran sekiranya tidak dapat menguasai
ejaan dan mengenal huruf.

ii. Corak pengajaran guru lebih kepada interaksi satu hala(Guru sekadar mendengar bacaan
murid atau guru yang memperdengar kanbacaan kepada murid).

iii.Buku kurang menarik dari segi persembahan grafik dan warna.

iv. Penguasaan pelajar lebih kepada hafazan berbanding dari segi kemahiran menulis.

v.Tiada panduan dan had tempoh yang tertentu dalam pembacaan Al-Quran.

vi.Kaedah ini tidak dimasukan dalam sukatan pelajaran KBSR.

vii.Tiada keseragaman dalam sistem pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah ini biasanya
diajar oleh guru-guru kampung mengikut tahap keupayaan mereka.

Oleh itu saya mengambil keputusan untuk menjadikan isu ini sebagai kajian bagi
mengenalpasti masalah seterusnya membantu pelajar untuk meningkatkan tahap bacaan
pelajar dengan lebih efektif lagi.

1.3 Soalan-soalan kajian

Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan bagi menjawab beberapa masalah utama
kajian iaitu:

1.Adakah kaedah Iqra’ dapat membolehkan pelajar mengenal dan menyebut huruf hijaiyyah
dengan betul?

2.Adakah kaedah Iqra dapat meningkatkan penguasaan  bacaan Al-Quran dalam tempoh yang
singkat?

12
3.Adakah terdapat perbezaan dan pencapaian pelajar dalam menguasai bacaan Al-Quran?

4.Adakah terdapat peningkatan dalam membaca ayat Al-Quran beserta hukum tajwid yang
betul?

1.4 Objektif kajian

Secara khususnya, objektif kajian ini bertujuan sejauh mana keberkesanan kaedah Iqra’
dalam penguasaan bacaan Al-Quran.

Objektif Umum:

Objektif umum mencari keberkesanan kaedah iqra’ memainkan peranan penting dalam
menguasai bacaan Al-Quran dalam kalangan pelajar tahun 2 Sekolah Kebangsaan Badang.

Objektif Khusus:

1.Mengenalpasti sejauhmana kaedah Iqra’ dapat meningkatkan pengusaan bacaan Al-Quran.

2.Mengkaji keberkesanan kaedah Iqra’ dalam memantapkan bacaan Al-Quran.

3.Memastikan corak pengajaran guru-guru dalam proses PDP dapat menarik minat pelajar
serta tempoh 6 bulan memadai bagi setiap pelajar mengusai kaedah pengajaran dan
mendapat tindak balas positif dari pelajar.

13
1.5 Hipotesis kajian

Di dalam kajian ini, penulis ingin melihat secara khusus teknik Iqra’ adalah kaedah yang
lebih efektif untuk digunapakai dalam usaha memahirkan para pelajar menguasai kemahiran
membaca Al-Quran.

1.Memperkenalkan kaedah Iqra’ yang digunapakai dalam proses pengajaran dan


pembelajaran Al-Quran.

2.Menjelaskan bentuk metodologi serta kaedah pengajaran yang ditekankan menerusi teknik
Iqra’ .

3.Menganalisa perbezaan kemampuan pelajar membaca Al-Quran dengan baik menerusi


penguasaan mereka terhadap teknik Iqra’.

Rumusan

Bab ini menghuraikan secara ringkas mengenai pengenalan kepada kajian.pernyataan


masalah kajian,persoalan kajian serta objektif kajian bagi memahami dengan ringkas tentang
kaedah yang dijalankan.

14
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

PENGENALAN

Dalam bab ini akan membicarakan tentang tinjauan literatur kajian-kajian berkaitan
penguasaaan bacaan Al-Quran dengan menggunakan kaedah iqra yang akan memudahkan
bacaan pelajar.Kajian ini menekankan kaedah iqra’ yang menjadi pemudahcara pelajar untuk
lebih menguasai bacaan Al-Quran dengan baik.

Kaedah Iqra’ merupakan satu kaedah yang disusun sebagai satu usaha mengadaptasi atau
mengubah suai kaedah lama (al-Baghdadi) agar dapat mencapai matlamat belajar al-Quran
dalam waktu yang singkat dan cepat. Kaedah Iqra’ atau cara cepat belajar al-Quran Rasm
Uthmani ini berasal dari Indonesia dan mula diperkenalkan pada tahun 1984 di sebuah taman
kanak-kanak al-Quran di kota Gedo, Jogjakarta. Pengasas kaedah ini ialah al-Marhum Ustaz
Haji As’ad Humam yang mempunyai pengalaman mengajar Al-Quran sejak tahun 1950 dan
mengasaskan kaedah ini melalui percubaan dan penyelidikan yang mendalam.

Kajian ini secara khususnya ingin mengenalpasti kemampuan pelajar membaca Al-Quran
dengan baik menerusi penguasaan mereka membaca Al-Quran bagi teknik Iqra’. Kemampuan
penguasaan bacaan pelajar ini diuji hanya di tahap asas bacaan Al-Quran sahaja dan ianya
bersesuaian dengan sukatan pengajian teknik Iqra’ beserta tahap umur sampel kajian.

15
1. Kajian Literatur

Kaedah Iqra’ di Malaysia bermula  pada tahun 1992 dan dikembangkan selepas tempoh
percubaan pertama selama lebih kurang 6 bulan di beberapa buah sekolah di Malaysia.
Kementerian Pendidikan telah menetapkan pengajaran tilawah Al-Quran pelajar tahun satu
sekolah-sekolah kebangsaan pada sesi persekolahan 1995 dengan menggunakan kaedah Iqra’.
Pelajar tahun satu dikehendaki memiliki buku kaedah Iqra’ dan mengikuti kelas kemahiran
Al-Quran.

Pada tahun 2006, satu ujian telah dijalankan bagi menentukan kesesuaian di antara beberapa
kaedah belajar membaca Al-Quran yang ada pada masa kini.Hasil daripada ujian tersebut,
Kementerian Pelajaran telah bersetuju supaya kaedah Iqra’ terus digunapakai di sekolah-
sekolah.Kaedah Iqra’ dikenalpasti sebagai antara kaedah yang dapat membantu
mempercepatkan pelajar menguasai kemahiran membaca Al-Quran dengan baik.

Kajian ini secara khususnya ingin mengenalpasti kemampuan pelajar membaca Al-Quran
dengan baik menerusi penguasaan mereka membaca Al-Quran bagi teknik Iqra’ yang
dipelajari di sekolah dan di pusat pengajian Al-Quran masing-masing. Kemampuan
penguasaan bacaan pelajar ini diuji hanya di tahap asas bacaan Al-Quran sahaja dan ianya
bersesuaian dengan sukatan pengajian teknik Iqra’ beserta tahap umur sampel kajian.

16
CIRI-CIRI DAN SIFAT KAEDAH IQRA’

1-Bacaan Terus (Tanpa analisa dan dieja)

Pelajar tidak diperkenalkan terlebih dahulu kepada nama-nama huruf Hijaiyah dan tanda–
tanda bacaan. Mereka terus diperkenalkan bunyi satu-satu huruf dengan menggunakan bahan
pengajaran. Bacaan terus melalui Iqra’ membuatkan pelajar terus mengenal bunyi mengikut tanda
bacaan.Mereka tidak diperkenalkan kepada huruf hijayyah secara langsung.Ini membuatkan
mereka membaca lebih cepat dan lancar apabila naik Al-Quran.

2-Penggunaan Teks Tertentu

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan satu set buku yang mengandungi 6


naskhah.Pelajar menggunakan buku mengikut tahap masing-masing bermula daripada buku
pertama.Buku-buku ini telah direka khas dengan kulit yang berbeza warna untuk menarik
minat pelajar.Gambar 2.1 menunjukkan set buku iqra’ yang merupakan panduan bacaan buku
iqra’.

3-Teknik Pengajaran Cara Belajar Murid Aktif (CBMA)

Yang belajar adalah murid, bukan gurunya, jadi setelah guru menerangkan pokok pengajaran
dan murid sudah jelas serta mengulangi beberapa kali (Talaqqi Musyafahah), maka pelajar
disuruh membaca sendiri bahan berikutnya.

17
4-Tahap Berasaskan Pencapaian Individu

Pencapaian setiap pembaca bergantung kepada usaha dan kebolehan diri sendiri juga
sokongan padu tenaga pengajar.Yang cekap akan beralih kepada buku baru, yang kurang
mahir akan teruskan pembacaan sehingga lancar.

5-Tenaga Pembimbing/Pembantu

Seorang guru membimbing lapan hingga sepuluh orang murid dalam satu masa. Jika keadaan
memerlukan guru boleh mengambil pelajar tertentu untuk menjadi pembantu dan penyemak
bagi pelajar lain di peringkat bawah.

6-Latihtubi

Latihan demi latihan, itu adalah kunci kejayaan kaedah ini.Iqra’ dijadikan mudah dan ringan
untuk diulang bacaan di mana sahaja.Iqra’ dicipta agar semua orang mampu membaca Al-
Quran.Teori tajwid tidak dimasukkan sekali di dalam buku-buku ini kerana tidak mahu
mengelirukan pembaca.Apabila sudah tamat membaca semua buku-buku Iqra’, baru ilmu
tajwid akan diajar untuk mengukuhkan lagi bacaan mereka.

7-Talaqqi Musyafahah.

Dalam mempelajari bacaan Al-Quran pelajar mesti berhadapan secara langsung dengan
gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul  bagaimana makhraj dan sifat-

18
sifat huruf yang sebenarnya. kaedah talaqqi dan musyafahah adalah kaedah pembelajaran
atau penerimaan Al-Quran dari mulut ke mulut atau berguru.

Kaedah ini merupakan kaedah tradisi yang terbukti berkesan menyampaikan sebarang
sebutan dengan tepat dan dianggap satu-satunya cara sahaja yang boleh digunakan untuk
mempelajari Al-Quran.Tahap pencapaian murid dalam kaedah Iqra’ adalah bergantung
kepada kecekapan individu. Untuk penilaian dan pengesanan, rekod prestasi perlu disediakan
seperti yang dicadangkan.Rajah 2.1 menunjukkan ilustrasi langkah-langkah dalam Kaedah
Talaqqi dan Musyafahah.

M
G
U
U
R
R
I
U
D

Rajah 2.1: Kaedah Talaqqi dan Musyafahah.

Sumber : Adaptasi dari Glosari al-Quran (1994)

8-Sistematik

Huruf-huruf di dalam buku Iqra’ sengaja disusun secara lengkap, sempurna dan
terancang.Dimulakan dengan memperkenalkan huruf-huruf tunggal.Seterusnya
19
memperkenalkan huruf-huruf sambung,Huruf yang dibaca dengan panjang, sehingga menjadi
ayat-ayat yang lebih panjang dan bermakna.Struktur susunan huruf di dalam buku iqra’ ini
cukup sistematik membuatkan ianya mudah difahami dan dibaca.Gambar 2.2 menunjukkan
struktur susunan huruf yang mudah dibaca dan difahami.

9-Komunikatif

Buku ini mesra kanak-kanak.Disusun secara rapi, dari mudah hingga ke tahap lebih tinggi
secara berperingkat membuatkan kanak-kanak tidak takut untuk mencuba dan terus berusaha
membaca.Selain itu, kanak-kanak telah diperkenalkan dengan bacaan panjang dan pendek
dari awal lagi.Ini membuatkan bacaan mereka lebih lancar ketika membaca Al-Quran kelak.

 10-Fleksible dan Mudah alih

Boleh dibawa ke mana sahaja.Buku iqra’ ini nipis dan bersaiz buku poket membuatkan ia
boleh dibaca di mana sahaja.Tua atau muda. Ia sesuai untuk semua, tidak kira bangsa atau
negara.

2.2 Literatur Berkaitan

20
Kaedah Iqra’ merupakan satu kaedah yang disusun sebagai satu usaha mengadaptasi atau
mengubah suai kaedah lama (al-Baghdadi) agar dapat mencapai matlamat belajar Al-Quran
dalam waktu yang singkat dan cepat. Menurut Mohd Alwi et.al (2003), setelah lama
menggunakan kaedah al-Baghdadi, Ustaz Hj As’ad kemudiannya beralih pula kepada kaedah
Qira’ati selama tiga tahun, namun beliau dapati ianya masih belum dapat memenuhi
kepentingan pelajarnya dalam pengajian al-Quran. Selain itu, beliau juga mendapati pihak
penyusun Qira’ati itu sendiri kurang memberi sambutan dan tidak berpegang kuat dengan
kaedah yang telah mereka susun, lalu beliau mengambil inisiatif menyusun sendiri gagasan
yang beliau rangka dengan lebih baik dan sempurna lagi iaitu kaedah Iqra’.

Di Malaysia kaedah Iqra’ dijadikan kaedah pengajaran di sekolah-sekolah rendah di seluruh


negara. Begitu juga di Singapura apabila Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) turut
menggunakan kaedah ini di beberapa madrasah dalam pendidikan agama di sana. Begitulah
juga keadaannya di Arab Saudi, Emeriah Arab Bersatu, Filipina dan Thailand yang telah turut
mengadakan rintis penggunaan kaedah Iqra’ ini di negara masing-masing.

Seterusnya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menguatkuasakan pengajaran


Tilawah al-Quran di sekolah-sekolah rendah supaya menggunakan kaedah Iqra’ bermula pada
sesi persekolahan 1995 yang lalu. Murid-murid tahun satu dikehendaki mengikuti kelas
kemahiran al-Quran selama enam bulan pertama penggal persekolahan yang pertama. Selain
itu, Unit Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan
kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Persekutuan (MAKDIS) pula telah
berusaha menerbitkan modul pengajaran Iqra’ untuk dijadikan panduan guru-guru bagi
menjalankan kaedah ini di sekolah masing-masing.

Buku-buku Iqra’ disusun untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran al-Quran dari
peringkat pengenalan huruf hijaiyyah hinggalah menguasai tilawah al-Quran dengan baik dan
mengikut hukum tajwid. Ianya telah disusun dengan mengambil kira keupayaan dan

21
kemampuan murid menguasai asas kemahiran seperti mengenal, menyebut, mengeja,
membaca dan menulis serta diselitkan juga pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat murid
sepanjang enam bulan pertama persekolahan mereka.

Kaedah ini mengutamakan bimbingan dan latih tubi. Oleh kerana itulah setiap orang guru
hanya akan membimbing 5 atau 6 orang murid sahaja bagi setiap satu sesi pengajaran yang
mengambil masa selama 60 minit. Pendekatan ini begitu sesuai dijalankan kerana menurut
Abdul Halim El-Muhammady (1990), sekiranya jumlah murid dalam suatu kelas terlalu
ramai akan menyebabkan guru tidak dapat memberi bimbingan berkesan ke atas setiap
pelajar dalam suatu sesi pengajaran.

Kaedah ini mempunyai kelebihan tersendiri iaitu ianya membolehkan murid menguasai
bacaan al-Quran dengan cepat. Kaedah Iqra’ ini dikenal pasti juga sebagai kaedah yang dapat
membantu mempercepatkan pelajar menguasai kemahiran membaca al-Quran dengan baik
melalui 3 peringkat iaitu:

1) Peringkat mengenal huruf

2) Peringkat mengenal baris

3) Peringkat membunyikan baris.

BAB 3

METHODOLOGI KAJIAN
22
Metodologi kajian adalah meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk
mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang
dijalankan lebih bersistematik dan perjalanan kajian lebih terarah dalam mencapai objektif.
Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Badang.Bab ini akan menjelaskan
metodologi kajian yang digunakan dalam kajian yang dijalankan.Bab ini juga akan
membincangkan dengan terperinci beberapa perkara penting dalam metodologi dan strategi
yang digunakan dalam menyiapkan kajian ini.

Dalam kajian ini penyelidik memilih reka bentuk kajian yang berbentuk campuran (mixed
metode) iaitu metod kualitatif dan kuantitatif. Data yang dikutip pula lazimnya merangkumi
data deskriptif (kualitatif) dan maklumat statistik (kuantitatif). Melalui reka bentuk kajian
tinjauan ini penyelidik akan dapat mengumpul maklumat dan mengutip data secara langsung
dengan pelajar.

Penilaian konteks adalah untuk melihat objektif kajian dan keutamaannya dapat dicapai.
Penilaian input pula bagi mengenal pasti sumber dan langkah-langkah yang bersesuaian
dengan kaedah yang dijalankan. Penilaian proses pula melibatkan sokongan pelbagai pihak
dan bahan bantu dalam kaedah yang digunakan. Manakala penilaian produk pula ialah hasil
yang tercipta dari kesemua proses yang dijalankan. Ringkasnya, kajian ini dijalankan bagi
mengkaji tentang tahap penguasaan bacaan Al-Quran murid tahun 2 Sekolah Kebangsaan
Badang berdasarkan kaedah iqra’. Penilaiannya melibatkan temubual pelajar, pemerhatian ,
soal selidik serta ujian bacaan yang dijalankan kepada setiap pelajar.

3.1 Reka Bentuk Kajian

23
Pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai dapat membantu pelajar dalam memantapkan
bacaan Al-Quran dengan lebih sempurna.Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, kaedah
ini pada umumnya memberi kesan baik terhadap pencapaian pengajaran Al-Quran di
sekolah-sekolah rendah kebangsaan . Secara umumnya kaedah Iqra’ memang berkesan
dan dapat mencapai objektif yang ditetapkan sekiranya mengikut arahan dan sukatan
sebagaimana yang dikehendaki.Pengkaji menggunakan sebuah kelas tahun 2 sebagai menilai
tahap keupayaan pelajar dalam mengusai tahap bacaan Iqra’ setiap pelajar.

Kajian ini dijalankan kepada 24 orang sampel yang terdiri daripada pelajar Tahun 2 Sekolah
Kebangsaan Badang dengan menggunakan kaedah persampelan mudah yang terdiri daripada
10 orang pelajar lelaki dan 14 orang pelajar perempuan Saiz sampel telah ditentukan dengan
merujuk jadual penentuan saiz sampel yang telah disediakan oleh Krejcie & Morgan (1970)
dari seramai pelajar tahun 2 Sekolah Kebangsaan Badang seramai 24 orang. Pada peringkat
ini pelajar telah mempelajari al-Quran berdasarkan model Iqra’ bagi Tahun 2.. Reka bentuk
penyelidikan ini seperti ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Jadual 1: Reka Bentuk Penyelidikan

Kaedah Responden /
Reka bentuk Kajian Jenis Data
Pengumpulan Sampel

Kajian Deskriptif Soal selidik Pelajar Kuantitatif (Tinjauan)

Kajian Deskriptif Ujian Bacaan Pelajar Kualitatif (Skor Pencapaian)

Manakala ujian kualiti bacaan dilakukan setelah pelajar membaca Iqra’ . Ujian secara lisan
ini adalah untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar dalam bacaan al-Quran. Kaedah analisa
dokumen menggunakan hasil daripada ujian kualiti bacaan ini sebagai alat mengumpul

24
maklumat untuk mengukur tahap pencapaian bacaan Iqra’ pelajar. Bagi menilai tahap
pencapaian keseluruhan pelajar pula, satu petunjuk telah ditetapkan bagi mengukur tahap
pencapaian . Petunjuk tahap pencapaian bagi ujian membaca adalah seperti berikut:

Jadual 2: Ukuran Tahap Pencapaian Bacaan al-Quran

Bil Kategori Bacaan Skor Pencapaian

1. Membaca dengan lancar, fasohah dan bertajwid 80 - 100 Cemerlang

2. Membaca dengan lancar dan bertajwid 60 - 79 Baik

3. Membaca kurang lancar tetapi bertajwid 40 - 59 Sederhana

4. Membaca tidak lancar tetapi tidak bertajwid 0 - 39 Lemah

Model dan Modul Pengajaran & Pembelajaran Iqra’

Seterusnya skala pengukuran bagi item-item dalam soal selidik adalah pelbagai. Skala yang
digunakan adalah Skala Likert yang mengandungi persetujuan terhadap sesuatu penyataan.
Ianya diubahsuai mengikut kesesuaian objektif kajian. Kaedah soal selidik ini dijalankan
hanya kepada responden dalam kalangan pelajar sahaja. Skor yang didapati dalam ujian soal
selidik diberi markah seperti jadual di bawah:

Jadual 3: Skala Pengukuran Bagi Item-Item Dalam Soal Selidik

Skor Keterangan

1 Sangat Tidak Setuju

2 Tidak Setuju

3 Setuju

4 Sangat Setuju

Skala Likert oleh Rensis Likert (1932)

3.2 Instrumen kajian

25
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah dengan menggunakan pemerhatian,
temu bual dan soal selidik kerana ia dapat membantu mempertingkatkan lagi ketetapan dan
kebenaran yang diberikan oleh sampel. Selain itu, kerja yang dijalankan juga akan menjadi
lebih terancang. Kajian ini dijalankan kepada 24 orang sampel yang terdiri daripada pelajar
Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Badang dengan menggunakan kaedah persampelan
mudah.Pelajar yang terdiri daripada 10 lelaki dan 14 perempuan.

Kajian ini menggunakan instrumen Ujian Kualiti Bacaan yang dilakukan setelah pelajar
menjalani Model Khatam al-Quran serta Model Tasmik sejak tahun 1 hingga tahun 5. Ujian
secara lisan ini adalah untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar dalam bacaan al-Quran.
Kaedah analisa dokumen menggunakan hasil daripada ujian kualiti bacaan ini sebagai alat
mengumpul maklumat untuk mengukur tahap pencapaian bacaan al-Quran pelajar. Potongan
markah dibuat bermula dari angka 40 (40 markah). Setiap satu kesalahan dipotong satu
markah dan setiap kesalahan yang berulang hanya dipotong satu markah sahaja. Kualiti
bacaan pelajar dinilai berdasarkan aspek bacaan berikut:

Jadual 4: Penilaian Kualiti Bacaan Iqra’

Potongan Markah Perkara Yang Dinilai

100 95 90 85 80 i. sebutan huruf, makhraj huruf, tajwid,


kelancaran bacaan
79 74 69 64 60

59 54 49 44 40

39 29 19 9 0

Markah Keseluruhan

Panduan Pelaksanaan Model dan Modul Pengajaran & Pembelajaran Iqra’

Kajian ini juga menggunakan instrumen soal selidik yang digunakan untuk konsep yang
berkaitan dengan sikap, prestasi dan pandangan selain daripada keterangan latar belakang.
Penggunaan soal selidik merupakan satu alat ukur yang paling praktikal apabila melibatkan
26
sampel yang ramai. Soal selidik digunakan untuk mengukur pendapat, sikap atau
pengetahuan. Matlamat utama pembentukan soal selidik ialah untuk membentuk suatu alat
yang memaksimumkan jawapan, juga untuk memastikan bahawa maklumat yang
dikumpulkan adalah lengkap, sahih dan boleh diharap. Borang soal selidik yang diedarkan
kepada responden dengan merujuk kepada model CIPP oleh Stufflebeam (1973), dibahagikan
kepada empat bahagian.

Format maklum balas yang digunakan ialah skala likert. Alat kajian soal selidik dibina
dengan membuat rujukan secara terperinci agar soalan-soalan yang dibina menepati kehendak
kajian untuk memperolehi data dan maklumat. Pengubahsuaian soalan ini bertujuan untuk
kesesuaian tahap umur pelajar serta tahap kematangan pelajar. Pengubahsuaian juga dibuat ke
atas item-item juga supaya menepati kehendak kajian yang dijalankan.

3.3 Kaedah Kajian

1.Temu bual

Instrumen kajian yang menggunakan kaedah temu bual merupakan satu kaedah yang boleh
dikatakan penting dan mempunyai kesahihan yang tinggi. Ini kerana, penyelidik dapat
memperoleh informasi dan maklumat terus daripada responden kajian.

Justeru, dalam penyelidikan yang dilakukan ini, kaedah temu bual menjadi kaedah yang
digunakan sebagai cara untuk mendapatkan data dan maklumat daripada responden kajian.
Temubual yang dijalankan adalah berkenaan latar belakang reaponden dan kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang digunakan. Sebelum bertemu dengan responden kajian, iaitu terdiri
daripada guru yang mengajar mata pelajaran Al-quran dan pelajar-pelajar tahun 2 di Sekolah
Kebangsaan Badang. Sesi temubual ini terlebih dahulu dibuat dengan menyediakan soalan-
soalan yang akan digunakan semasa sesi temu bual.

2.Pemerhatian

27
Selain daripada kaedah temu bual, kaedah pemerhatian digunakan dalam mendapatkan
maklumat-maklumat serta sumber-sumber informasi. Untuk mendapat maklumat-maklumat
ini , pemerhatian gerak kerja dan tingkah laku yang dilakukan oleh guru-guru mata pelajaran
al-quran dan juga pelajar-pelajar tahun 2 yang megambil mata pelajaran Al-quran ini.

Dalam kaedah ini, pemerhatian dilakukan terhadap proses pengajaran yang dilakukan oleh
guru-guru subjek al-quran di Sekolah Kebangsaan Badang. Selain itu mencatatkan segala
apa yang dilakukan oleh guru sama ada cara guru mengajar, sesi soal jawab, dan juga latihan-
latihan yang diberikan oleh guru kepada pelajar-pelajar.

Begitu juga hal keadaan pelajar-pelajar ini. Segala aktiviti pembelajaran oleh pelajar-pelajar
akan diperhatikan , seterusnya akan dicatat sebagai input informasi bagi kajian ini. Antara
catatan aktiviti yang dibuat melalui pemerhatian ini ialah, berkenaan aktiviti pembacaan iqra’
oleh setiap pelajar.

Selain daripada itu, dari segi pembacaan pelajar-pelajar dapat menjawab segala persoalan
yang diajukan oleh guru kepada mereka juga dijadikan catatan bagi tujuan pungutan
data.Antara kelebihan yang boleh didapati melalui kaedah ini, dapat melihat tingkah laku dan
pembacaan iqra’ pelajar secara semula jadi.

3.Soal Selidik

Dalam mendapatkan data kajian, selain daripada kaedah pemerhatian dan temu bual, kaedah
seterusnya adalah kaedah soal selidik bagi tujuan ini. Dalam kaedah ini, penyelidik
menyediakan beberapa soalan yang diajukan kepada guru-guru mata pelajaran Al-quran dan
juga pelajar-pelajar tahun 2 yang mengambil mata pelajaran ini untuk dijawab oleh mereka.

Metod ini dirangka bagi membolehkan mereka menjawab soalan-soalan yang disediakan. Ini
bagi memastikan persoalan kajian yang dikemukan dapat dijawab secara sukarela oleh
responden kajian tanpa ada pengaruh daripada pihak lain.
28
Bagi membina item-item soal selidik ini bagi pelajar-pelajar tahun 2 yang mengambil subjek
Al-Quran di Sekolah Kebangsaan Badang.

Borang soal selidik yang diagihkan untuk murid-murid terdiri daripada beberapa item
soalan , iaitu ;

1. Pendapat berkenaan subjek Al-quran mengenai bacaan iqra’.

2. Pendapat berkenaan kesukaran mempelajari bacaan iqra’.

3. Pendapat berkenaan metod pembelajaran yang digemari oleh mereka.

4. Pendapat berkenaan kaedah mempelajari bacaan iqra’ dalam subjek Al-quran.

Kaedah soal selidik ini mempunyai kelebihan-kelebihannya yang tersendiri iaitu memberikan
banyak manfaat dan kebaikan kepada murid itu sendiri. Dengan adanya skala yang diberikan,
dapat mengukur tahap manakah jawapan yang diberikan oleh pelajar tahun 2 Sekolah
Kebangsaan Badang. Begitu juga dengan ruangan jawapan berbentuk subjektif, dapat menilai
seterusnya mempertimbangkan pendapat-pendapat responden untuk digenerelisasikan sebagai
data atau dapatan kajian.

4. Ujian Bacaan

Dengan menggunakan kaedah ini, semua murid menumpukan perhatian terhadap pengajaran
guru. Penilaian dilakukan dengan memberi peluang kepada murid untuk memperdengarkan
bacaan yang telah dipelajari.Ujian kualiti bacaan dilakukan adalah untuk mengetahui
pencapaian murid dalam bacaan al-Quran. Kaedah analisa dokumen menggunakan hasil
daripada ujian kualiti bacaan ini sebagai alat mengumpul maklumat untuk mengukur tahap
pencapaian bacaan al-Quran pelajar sama ada pada tahap cemerlang, baik,sederhana dan
lemah.

3.4 Pengumpulan Data

29
Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data dalam menjalankan kajian berasaskan
pendekatan kualitatif. Antaranya kaedah pemerhatian, tembual dan ujian bacaan. Kajian kes
yang menggunakan pendekatan kualitatif misalnya banyak kelebihan antaranya
membolehkan pengkaji bertemu peserta kajian dan berinteraksi dengan mereka serta
membuat pemerhatian (Lincoln & Guba 1985). Menurut Marohaini (1996).Penyelidikan yang
menggunakan pendekatan kualitatif akan dapat membuahkan pemahaman yang lebih baik
tentang perlakuan yang diperhatikan.

Kajian ini menggunakan kaedah-kaedah yang bersesuaian dengan kajian kualiatif iaitu:

a)Data hasil daripada temubual.

Hasil daripada temubual, guru mendapati bahawa pelajar telah menunjukkan keyakinan diri
mereka apabila diminta oleh guru untuk menulis huruf hijaiyyah. Pelajar juga
memperlihatkan minat mereka untuk belajar serta menguasai bacaan Al-Quran. Kelas Iqra’
hendaklah diteruskan supaya mereka dapat belajar membaca Al-Quran dengan cepat dan
praktikal.

b) Data hasil daripada pemerhatian.

Melalui pemerhatian, guru dapat melihat tahap kebolehan pelajar dalam membaca Al-Quran
dengan menggunakan kaedah Iqra’ adalah semakin bertambah baik. Pelajar juga dapat
mengenal dan menulis huruf–huruf tunggal hijaiyyah sebelum memulakan kelas Iqra’.

a)Data hasil daripada soal selidik.

30
Penggunaaan soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat dari responden. Kaedah
ini mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada responden kerana mereka bebas untuk
memilih dan menjawab soalan tanpa segan silu. Penggunaan soal selidik juga dapat
menjimatkan masa, tenaga dan kos.

d) Data hasil daripada ujian bacaan.

Pelajar memperlihatkan peningkatan dari segi bacaan oleh semua pelajar yang terlibat.
Seterusnya, para pelajar telah menunjukkan prestasi yang baik dalam bacaan huruf hijaiyah
yang tidak bersambung iaitu huruf tunggal.

3.5 Penganalisaan Data

Dalam mendapatkan data-data serta maklumat-maklumat kajian, beberapa perkara yang


dirasakan penting bagi tujuan ini. Antaranya membuat kajian-kajian rintis seperti melakukan
kajian terhadap penyelidikan-penyelidikan lepas. Untuk mendapatkan maklumat daripada
sampel kajian ini, penyelidik telah menyediakan beberapa soalan yang berbentuk maklumat
peribadi, seperti tahap pendidikan, pengalaman mengajar dan metodologi pembelajaran yang
digemari sebagai item-item soalan tersebut.

Soalan-soalan ini pula terkandung di dalam borang soalselidik yang diagih-agihkan kepada
responden kajian, iaitu guru-guru dan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Badang.Dalam
mendapatkan semula respon-respon dan maklum balas daripada sampel kajian, memberikan
ruang masa yang mencukupi kepada mereka untuk mengisi maklumat-maklumat serta
melengkapkan butiran-butiran yang seharusnya mereka isi di dalam borang soal selidik.

Di sini, bagi mengelakkan daripada memberikan tekanan kepada responden kajian dalam
mendapatkan maklumat dan data kajian. Selain itu memastikan maklumat yang diperolehi
daripada responden kajian adalah genuin atau asli.

31
Maka oleh kerana itulah, penyelidik memberikan ruang dan masa yang luas untuk responden
mengisikan maklumat-maklumat yang dikehendaki oleh penyelidik. Setelah maklumat-
maklumat didapati hasil daripada jawapan-jawapan dan pendapat-pendapat yang diberikan,
langkah seterusnya adalah, mengadunkan ia dan menyusun maklumat-maklumat ini
mengikut kategori-kategori yang bersesuaian. Tujuan langkah ini adalah bagi
memperlihatkan maklumat-maklumat yang terkandung di dalam kajian ini dalam keadaan
yang tersusun kemas dan mengikut topik yang telah ditentukan.

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

32
Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan semua dapatan kajian yang diperolehi oleh pengkaji melalui
analisis data-data yang dijalankan terhadap pelajar.Kajian ini dijalankan di Sekolah
Kebangsaan Badang 09700 Karangan Kulim Kedah.Seramai 24 orang terlibat dalam kajian
ini.Kajian ini bertujuan unyuk menentukan sejauh manakah keberkesanan kaedah Iqra’dalam
meningkatkan penguasaan bacaan Al-Quran dengan lebih baik.Kajian ini telah mengenalpasti

Kajian yang dijalankan bertujuan untuk menentukan sejauhmana kaedah Iqra’ ini dapat
menarik minat pelajar untuk membaca dan mempelajari Al-Quran bagi pelajar tahun 2
terutamanya dalam penguasaan cara mengenal huruf , cara sebutan huruf dan kelancaran
pembacaan Iqra’ dan menghafaz Al-quran. Kajian ini dapat dijadikan panduan dalam melihat
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Kajian ini secara jelasnya ingin mencapai objektif seperti berikut :

1. Mengetahui sejauhmana kaedah Iqra’ dapat meningkatkan penguasaan bacaan Al-Quran.

2. Menilai tahap keberkesanan kaedah Iqra’ dalam memantapkan bacaan Al-Quran.

3. Menentukan corak pengajaran guru-guru dalam proses PDP dapat menarik minat pelajar
dan mendapat tindak balas positif dari pelajar.

4. Menilai penguasaan kaedah bacaan Iqra’ selama tempoh 6 bulan.

Dapatan daripada analisis data ini dapat menjawab persoalan kajian iaitu :

33
1. Adakah kaedah Iqra’ dapat memberikan peningkatan untuk pelajar mengenal dan
menyebut huruf hijaiyyah dengan betul?

2.Adakah terdapat perbezaan dan pencapaian pelajar dalam menguasai bacaan Al-Quran?

3.Adakah terdapat peningkatan dalam membaca ayat Al-Quran beserta hukum tajwid yang
betul?

4. Adakah kaedah Iqra dapat meningkatkan penguasaan  bacaan Al-Quran dalam tempoh
yang singkat?

Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, 3 hipotesis dirumuskan iaitu :

1.Memperkenalkan kaedah Iqra’ yang digunapakai dalam proses pengajaran dan


pembelajaran Al-Quran.

2.Menjelaskan bentuk metodologi serta kaedah pengajaran yang ditekankan menerusi teknik
Iqra’ .

3.Menganalisa perbezaan kemampuan pelajar membaca Al-Quran dengan baik menerusi


penguasaan mereka terhadap teknik Iqra’.

Maklumat dan data telah direkodkan untuk mendapatkan keputusan bagi penguasaan
pembacaan Iqra’ yang dijalankan untuk semua pelajar tahun 2 menggunakan instrumen yang
dipilih mengikut kesesuaian semasa pengajaran dan pembelajaran. Semua pelajar tahun 2
telah mengambil ujian pra yang sama. Ujian pra adalah ujian yang diberikan kepada sampel
kajian sebelum berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran mengikut 6 modul Iqra’.
Markah pelajar telah direkodkan. Markah ujian pra digunakan sebagai penanda titik
permulaan prestasi bagi setiap pelajar sampel dalam modul Iqra’ yang diberikan pada
mereka.

34
Selepas menjalani ujian pra, keputusan direkodkan untuk melihat perubahan bagi setiap
pelajar selama 6 bulan. Proses ini dibuat dalam jangkamasa yang ditetapkan untuk
memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih produktif dan berkesan bagi pelajar tahun 2.
Kaedah yang digunakan adalah berdasarkan pembelajaran modul jilid 1 hingga jilid 6.

Proses yang dijalankan melalui pengajaran dan pembelajaran bagi topik tersebut satu lagi
ujian telah diberikan. Ujian ini adalah ujian pos dan ia merupakan ujian yang sama yang
digunakan dalam ujian pra yang telah dijalankna sebelum ini.Ujian yang digunakan bagi
meningkatkan prestasi pembacaan pelajar dan memberi perubahan yang lebih baik untuk
permarkahan pelajar. Markah direkodkan untuk diberikan pada pelajar mengikut peningkatan
pembacaan setiap pelaja tersebut

Soal selidik telah diberikan kepada pelajar setelah proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Sampel kajian ini dibuat untuk tujuan melihat perubahan sikap dan motivasi
pelajar dalam proses pembelajaran Al-Quran . Soal selidik ini mempunyai 12 soalan yang
perlu dijawab oleh pelajar. Ia meliputi 6 soalan penilaian perlaksaan bacaan Iqra’ dan
penilaian pengurusan selepas kaedah pembacaan Iqra’.

Tujuan soal selidik untuk mengukur perubahan sikap positif dan memberi perubahan
penguasaan dalam pembacaan Al-Quran selama 6 bulan proses pengajaran dan pembelajaran.
Setiap jawapan yang diberikan oleh pelajar menggunakan skala yang mana lebih pelajar
memberi jawapan.

35
Profil Latar Belakang Responden Kajian

Sampel kajian terdiri daripada 24 orang pelajar Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Badang. Latar
belakang sampel kajian ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Maklumat Profil Responden

Demografi Kekerapan Peratusan

Jantina:

Lelaki 10 46.67

Perempuan 14 58.33

Jadual 1 menunjukkan bahawa kajian ini melibatkan seramai 10 orang (46.67%) pelajar lelaki
dan 14 orang (58.33%) pelajar perempuan. Seramai 24 orang pelajar pelajar tahun 2 .

Rajah 1 menunjukkan carta demografi peratusan jantina dan kelas tahun 2.

Rajah 1: Carta Demografi Peratusan Jantina.

58.33%
46.67% %

Lelaki Perempuan

36
Dapatan Ujian Kualiti Bacaan

Ujian kualiti bacaan secara lisan ini adalah untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar dalam
bacaan al-Quran. Kaedah analisa dokumen menggunakan hasil daripada ujian kualiti bacaan
ini sebagai alat mengumpul maklumat untuk mengukur tahap pencapaian bacaan al-Quran
pelajar. Jadual berikut menunjukkan hasil ujian kualiti bacaan yang telah dilakukan.

Jadual : Tahap Pencapaian Bacaan Al-Quran

Markah Tahap Pencapaian Gred Kekerapan Peratus

80-100 Cemerlang A 8 33.33

60-79 Baik B 10 41.67

40-59 Sederhana C 3 12.50

0-39 Lemah D 3 12.50

Rajah 2 : Carta Pencapaian Tahap Penguasaan Bacaan Al-Quran

Tahap Pencapaian Bacaan Al-Quran

Lemah
16.67
Cemerlang
33.33
Sederhana
12.5

Baik
41.67

37
Dapatan Soal Selidik

Analisis deskriptif bagi soal selidik dibincangkan mengikut konstruk penilaian konteks, input,
proses dan penilaian produk. Konstruk penilaian konteks dibahagikan kepada dua
subkonstruk, konstruk penilaian input pula dibahagikan kepada tiga subkonstruk, manakala
konstruk penilaian proses dibahagikan kepada tiga subkonstruk dan konstruk penilaian
produk pula dibahagikan dua subkonstruk. Setiap subkonstruk yang dikaji dipamerkan dalam
jadual.

Dapatan kajian dihuraikan bagi setiap subkonstruk. Soal selidik dibina berdasarkan skala
Likert telah diinterpretasikan kepada tiga tahap seperti dalam jadual :

Jadual : Interpretasi Skor Purata (Skala Likert 5)

Skor purata Interpretasi

1.0 hingga 2.00 Rendah

2.01 hingga 3.00 Sederhana Rendah

3.01 hingga 4.00 Sederhana Tinggi


Tinggi
4.01 hingga 5.00

Sumber: Azhar Ahmad (2006) dan Ahmad Munawwar (2009) dalam Sapie et. al

Hasil dapatan kajian berdasarkan analisis deskriptif dapat dirumuskan seperti berikut:

1. Dapatan kajian berdasarkan penilaian konteks terhadap kerelevanan matlamat dan


hasil penguasaan dan pembelajaran Iqra’ bagi meningkatkan kualiti penguasaan
pembacaan Al-Quran.

2. Dapatan kajian penilaian konteks terhadap tahap kerevelanan matlamat pembelajaran


Iqra’ adalah baik.

3. Dapatan kajian berdasarkan penilaian input terhadap tahap kemahiran dan


pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar.
38
4. Dapatan kajian menunjukkan penilaian input terhadap kemudahan dan prasarana
adalah tinggi

5. Dapatan kajian menunjukkan penilaian input terhadap tahap perlaksanaan berdasarkan


prestasi mengikut jilid Iqra’ yang dipelajari.

6. Dapatan kajian berdasarkan penilaian proses terhadap tahap bimbingan dan


penyeliaan adalah tinggi

7. Dapatan kajian menunjukkan penilaian penguasaan pembacaan pelajar adalah tinggi

8. Dapatan kajian menunjukkan konteks, input, proses dan produk terhadap tahap
penguasaan pelajar tahun 2 Sekolah Kebangsaan Badang terhadap model pengajaran
dan pembelajaran Iqra’ adalah tinggi.

Manakala dapatan kajian analisis dokumen berdasarkan kualiti bacaan al-Quran yang
menunjukkan tahap penguasaan pelajar tahun 2 Sekolah Kebangsaan Badang terhadap model
Iqra’ bagi pengajaran dan pembelajaran al-Quran adalah memuaskan. Walaubagaimanapun
masih terdapat pelajar yang lemah dalam penguasaan Iqra’.

Tahap Pencapaian Bacaan Al-Quran

Lemah
16.67
Cemerlang
33.33
Sederhana
12.5

Baik
41.67

Rajah ini menunjukkan seramai 8 orang pelajar cemerlang dalam penguasaan pembacaan
Iqra’ tahun 2 iaitu 2 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan dengan peratusan
sebanyak 33.33%. 5 orang mendapat skor 80%-90% dan 3 orang mendapat skor yang lebih
tinggi iaitu sebanyak 90%-100%.

Tahap Pencapaian Bacaan Al-Quran

39
Lemah
16.67
Cemerlang
33.33
Sederhana
12.5
Baik
41.67

Rajah ini menunjukkan seramai 10 orang pelajar mendapat pencapaian yang baik dengan
bilangan yang sama iaitu 5 orang pelajar lelaki dan 5 orang peajar perempuan. Skor yang
diperolehi oleh 6 orang sebanyak 70%-79% dan 4 orang pelajar mendapat antara 60%-69%.
Kekerapan mendapati purata skor baik paling tinggi.

Tahap Pencapaian Bacaan Al-Quran

Lemah
16.67
Cemerlang
33.33
Sederhana
12.5

Baik
41.67

Manakala rajah ini menunjukkan tahap pencapaian sederhana diperolehi oleh 3 orang pelajar
iaitu 2 orang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan. Peratusan yang diperolehi adalah
50%-59% oleh 2 orang pelajar dan seorang lagi mendapat 45%.

Tahap Pencapaian Bacaan Al-Quran

Lemah
16.67
40
Cemerlang
33.33
Sederhana
12.5
Baik
41.67

Seterusnya pencapaian bagi pelajar yang mendapat tahap yang lemah iaitu seramai 3 orang
pelajar terdiri daripada seorang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar perempuan.Peratus yang
diperolehi adalah 20%-29% .

Keputusan ini dapat menggambarkan kaedah Iqra’ merupakan satu kaedah penambahbaikan
dalam proses pembelajaran dan membaca Al –quran dengan baik dan teratur.Dapatan
daripada analisis data yang digunakan dapat dilihat peratusan pelajar yang boleh membaca
dengan cemerlang mendapat skor yang tertinggi.

Berdasarkan analisis deskriptif dapat dirumuskan penilaian konteks terhadap kerelevanan


matlamat dan hasil penguasaan dan pembelajaran Iqra’ bagi meningkatkan kualiti
penguasaan pembacaan Al-Quran melalui kaedah Iqra’ adalah baik serta input terhadap tahap
kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar juga amat memuaskan.

BAB 5

41
HASIL TEMUAN DAN PERBINCANGAN

Secara keseluruhannya hasil kajian mendapati tahap pelaksanaan kaedah Iqra’ dalam
pengajaran al-Quran adalah pada tahap yang baik. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat
peningkatan tahap pencapaian murid dalam bacaan Al-Quran. Secara umumnya kaedah
Iqra’ memang berkesan dan dapat mencapai objektif yang ditetapkan sekiranya
mengikut arahan dan sukatan sebagaimana yang dikehendaki

Di dalam bab yang terakhir ini perbincangan secara ringkas adalah merujuk kepada kaedah
yang digunakan,rekabentuk instrumen kajian dan keputusan yang diperolehi.Keputusan
kajian dapat menentukan keberkesanan kaedah Iqra’ dalam menguasai bacaan Al-Quran.

Perbincangan juga merujuk kepada dapatan,kesimpulan implikasi dapatan serta cadangan


kajian lanjutan.Implikasi dapatan merupakan pandangan secara keseluruhan kesan daripada
kajan yang telah dibuat. Cadangan kajian lanjutan pula ialah tentang cadangan-cadangan
pengkaji untuk kajian-kajian yang akan dibuat pada masa akan datang.Akhirnya ringkasan
mengandungi kesimpulan keseluruhan tentang kajian yang telah dijalankan iaitu
keberkesanan kaedah iqra’bagi memantapkan bacaan Al-Quran dalam kalangan pelajar-
pelajar tahun 2.

Ringkasan kajian

42
Kajian ini adalah bertujuan untk menguji keberkesanan penggunaan kaedah iqra’dalam
meningkatkan bacaan Al-Quran dengan lebih baik.Kajian ini telah dijalankan di Sekolah
Kebangsaan Badang.Sampel Kajian ialah 24 oang pelajar tahun 2 yang terdiri daripada 10
orang pelajar lelaki dan 14 orang pelajar perempuan.

Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Badang 09700 Karangan Kulim,
Kedah.Seramai 24 orang pelajar Tahun 2 yang terdiri daripada 10 rang pelajar lelaki dan 14
orang pelajar perempuan telah dipilih sebagai sampel kajian.

Kajian ini secara jelasnya ingin mengetahui sejauhmana kaedah Iqra’ dapat meningkatkan
penguasaan bacaan Al-Quran serta menilai tahap keberkesanan kaedah Iqra’ dalam
memantapkan bacaan Al-Quran menentukan corak pengajaran guru-guru dalam proses PDP
dapat menarik minat pelajar dan mendapat tindak balas positif dari pelajar.Kajian ini adalah
untuk menilai penguasaan kaedah bacaan Iqra’ selama tempoh 6 bulan yang dijalankan
terhadap pelajar-pelajar.

Kajian ini mengambil masa 6 bulan untuk mendapatkan keputusan bagi penguasaan
pembacaan Iqra’ yang dijalankan untuk semua pelajar tahun 2 menggunakan instrumen yang
dipilih mengikut kesesuaian semasa pengajaran dan pembelajaran. Semua pelajar tahun 2
telah mengambil ujian pra yang sama.

Ujian pra adalah ujian yang diberikan kepada sampel kajian sebelum berlakunya proses
pengajaran dan pembelajaran mengikut 6 modul Iqra’. Markah pelajar telah direkodkan.
Markah ujian pra digunakan sebagai penanda titik permulaan prestasi bagi setiap pelajar
sampel dalam modul Iqra’ yang diberikan pada mereka.

Di akhir kajian juga borang soal selidik telah diberikan kepada pelajar setelah proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Sampel kajian ini dibuat untuk tujuan melihat
43
perubahan sikap dan motivasi pelajar dalam proses pembelajaran Al-Quran . Soal selidik ini
mempunyai 12 soalan yang perlu dijawab oleh pelajar. Ia meliputi 6 soalan penilaian
perlaksaan bacaan Iqra’ dan penilaian pengurusan selepas kaedah pembacaan Iqra’.

Skala Likert digunakan bagi tujuan pengumpulan skor. Penggunaan soal selidik merupakan
satu alat ukur yang paling praktikal apabila melibatkan sampel yang ramai di samping
digunakan untuk mengukur pendapat, sikap atau pengetahuan .Matlamat utama pembentukan
soal selidik ialah untuk membentuk suatu alat yang memaksimumkan jawapan, juga untuk
memastikan bahawa maklumat yang dikumpulkan adalah lengkap dan sahih.

Berdasarkan kajian berasaskan pendekatan kualitatif yang merangkumi kaedah pemerhatian,


tembual dan ujian bacaan mendapati banyak kelebihan antaranya membolehkan pengkaji
bertemu peserta kajian dan berinteraksi dengan mereka.Penyelidikan yang menggunakan
pendekatan kualitatif akan dapat membuahkan pemahaman yang lebih baik tentang perlakuan
yang diperhatikan. Setelah maklumat-maklumat didapati hasil daripada jawapan-jawapan dan
pendapat-pendapat yang diberikan, langkah seterusnya adalah menyusun maklumat-
maklumat ini mengikut kategori-kategori yang bersesuaian.

Perbincangan Dapatan

Kajian ini dilaksanakan bertujuan melihat keberkesanan penggunaan kaedah iqra’ dalam
menguasai bacaan Al –Quran serta meningkatkan kualiti dan prestasi yang lebih cemerlang
dalam kalangan pelajar tahun 2.Berdasarkan data-data yang diperolehi dapat dihuraikan skor
pencapaian penguasaan bacaan Al-quran menggunakan kaedah iqra’ amat berkesan
dijalankan kepada pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah.

Daripada kajian dapatan yang merangkumi proses temubual.ujian bacaan soal selidik dan
pemerhatian dapat dihuraikan skor peratus yang dikaji bagi melihat keberkesanan kaedah iqra
terhadap pelajar-pelajar tahun 2. Hasil ujian kualiti bacaan yang telah dilakukan dapat

44
memperlihatkan tahap pencapaian pelajar melalui tahap cemerlang,baik,sederhana dan lemah
serta gred yang diperolehi.

Dari aspek skor purata pula dibina berdasarkan skala Likert yang telah diinterpretasikan
kepada tiga tahap iaitu rendah 1.0-2.0.sederhana rendah 2.01-3.01,sederhana tinggi 3.01-4.01
dan tinggi 4.01-5.01.Oleh yang demikian dalam kajian ini menunjukkan terdapat penilaian
input terhadap kemudahan dan prasarana adalah tinggi.Selain itu penilaian input terhadap
tahap perlaksanaan berdasarkan prestasi mengikut jilid Iqra’ yang dipelajari serta proses
terhadap tahap bimbingan, penyeliaan dan penguasaan pembacaan pelajar adalah tinggi.

Berdasarkan perbincangan di atas juga, jelas menerangkan betapa pentingnya gabungan ciri-
ciri pengajaran yang efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian ini,
pengkaji seterusnya turut mengambil kira model-model pengajaran agar dapat diaplikasikan
untuk tujuan pengajaran Al-quran.

Implikasi Dapatan

Secara amnya,dapatan kajian telah memberikan kesan kepada umum bahawa kaedah
iqra’dalam penguasaan bacaan Al-quran dapat meningkatkan kualiti bacaan yang amat baik
serta dapat menjaga sebutan makhraj huruf dengan tepat dan betul.Kemahiran membaca al-
Quran yang baik dan cemerlang yang dapat dicapai dengan menggunakan pendekatan
pengajaran yang tersusun dan pembelajaran yang terancang. Kaedah merupakan pendekatan
dalam usaha untuk memastikan pelajar mampu membaca Al-Quran dengan baik, lancar dan
bertajwid.

Antara pendekatan yang boleh digunakan oleh guru berdasarkan kaedah Iqra’ ini ialah
pendekatan mengenal yang merangkumi mengenal huruf hija'iyah berasingan dan
bersambung, tanda-tanda baris, tanda bacaan dan makhraj secara berasingan dan bersambung

45
serta jenis alif lam dan tanda baris dan seterusnya guru dapat memastikan pelajar menguasai
sepenuhnya pendekatan kaedah Iqra’ ini.

Dapatan kajian yang diperolehi secara keseluruhannya adalah dapat membuktikan dan
menerima hipotesis yang dibuat menjelaskan bahawa kaedah Iqra’ sewaktu pengajaran
bacaan Al-Quran amat efektif dan berkesan.Selain itu dapat meningkatkan mutu bacaan
pelajar dalam usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan yang dilakukan untuk
memastikan kelangsungan dalam pengajaran Al-Quran.

Cadangan kajian lanjutan

Setelah kajian dijalankan, dapat dihuraikan kesepaduan strategi, pendekatan, kaedah dan
teknik akan meningkatkan lagi kualiti proses penguasaan bacaan Al-Quran. Kesepaduan
strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam menjayakan penguasaan bacaan Al-Quran
yang berkesan.Terdapat tiga kaedah pengajaran Al-Quran yang dapat dilaksanakan semasa
pengajaran dalam kelas, iaitu:

(1) Kaedah kelas

Kaedah ini melibatkan bacaan contoh oleh guru kepada pelajar. class teaching dilakukan di
permulaan pengajaran kemahiran membaca Al-Quran. Kebaikan kaedah kelas ialah pelajar
dapat menumpukan perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh guru dan dapat
mencontohi bacaan guru. Walaupun begitu terdapat juga kelemahan kaedah kelas iaitu
kaedah ini tidak boleh diikuti oleh golongan pelajar yang lemah. Justeru, kaedah kumpulan
boleh digunakan bagi membantu golongan pelajar ini.

(2) Kaedah Kumpulan

46
Tujuannya ialah untuk memahirkan pelajar dalam menguasai kemahiran membaca Al-Quran.
Ia memerlukan seorang guru yang cekap dan mahir untuk mengelolakan kumpulan pelajar.
Secara amnya terdapat tiga kumpulan pelajar dalam kelas, iaitu kumpulan yang lancar
membaca Al-Quran, kumpulan yang kurang lancar dan kumpulan yang lemah.

Oleh itu, kaedah kumpulan amat sesuai dijalankan bila mana terdapat kepelbagaian tahap
pelajar dalam penguasaan bacaan Al-Quran.Pelajar yang terdapat dalam kelas akan
dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Guru akan memilih seorang pelajar yang
mahir dan melantiknya sebagai naqib bagi setiap kumpulan untuk membantu guru dalam
membimbing rakan sebaya yang kurang mahir.

Kaedah kumpulan ini melibatkan peer teaching agar kemahiran membaca Al-Quran pelajar
dapat ditingkatkan. Manakala bagi kumpulan pelajar yang lemah, guru hendaklah memberi
tumpuan khusus dengan menggunakan BBM yang sesuai dengan tahap kebolehan pelajar dan
menarik minat belajar mereka. Pengurusan pengajaran yang cekap dan terancang akan
memberi keberkesanan penggunaan kaedah kumpulan dalam meningkatkan penguasaan
bacaan Al-Quran.

(3) Kaedah bimbingan rakan sebaya

Kaedah yang dikenali sebagai peer teaching ini amat sesuai dipraktikkan bagi kumpulan
pelajar yang sederhana tahap kemahiran membaca Al-Quran. Guru akan memilih pelajar
yang berkebolehan dan lancar dalam bacaan Al-Quran untuk mengajar kumpulan pelajar
yang kurang mahir bacaan Al-Quran. Kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran asas
Al-Quran kerana kurang mendapat peluang pemulihan dan bimbingan oleh guru dan rakan
sebaya.

47
Hal ini kerana guru kurang merancang aktiviti pemulihan dan menggunakan pendekatan peer
teaching dalam pengajaran mereka. Akibatnya pelajar yang lemah dalam penguasaan
kemahiran membaca Al-Quran akan sentiasa ketinggalan berbanding rakan pelajar mereka
yang sudah mahir dalam Tilawah Al-Quran

Ketiga-tiga kaedah ini amat sesuai dilaksanakan di dalam kelas dalam jumlah pelajar yang
agak ramai. Namun jumlah pelajar dan tahap kemampuan pelajar juga penentu kepada
kejayaan guru.

Secara keseluruhannya kajian ini dapat membantu pelajar dalam menguasai pembacaan Al-
Quran dengan kaedah iqra’. Kajian ini juga dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelaS.Dengan ini secara tidak langsung akan membantu mencapai
falsafah pendidikan Negara dan falsafah pendidikan Islam.

KESIMPULAN

48
Kajian ini bermanfaat secara umumnya kepada guru-guru yang mengajar Al-Quran,
manakala secara khususnya bagi guru pendidikan Islam yang ingin meningkatkan penguasaan
pelajar dalam Al-Quran. Justeru, guru hendaklah memastikan kaedah iqra’ ini benar-benar
memberi kesan kepada para pelajar. Pelbagai usaha perlu dilakukan oleh guru agar para
pelajar tidak berterusan lemah dalam penguasaan Al-Quran. Berdasarkan dapatan kajian ini,
jelas menunjukkan bahawa pentingnya komponen-komponen dalam amalan pengajaran guru
ini diberi penekanan bagi meningkatkan pencapaian Al-Quran dalam kalangan pelajar.

Tidak dapat dinafikan bahawa pemilihan kaedah yang bersesuaian merupakan aspek penting
dalam pengajaran bacaan Al-Quran. Faktor-faktor seperti kemampuan pelajar, persediaan
guru, kelenturan dan susun atur sesuatu kaedah yang digunakan memainkan peranan dalam
menentukan kejayaan pengajaran bacaan al-Quran. Jangka masa pengajian yang disasarkan
juga turut menjadi faktor pemilihan sesuatu kaedah dan adakalanya terdapat juga usaha
pengubahsuaian dan penerapan terhadap sistem pengajian yang akhirnya melahirkan
beberapa kaedah baru.

Pemilihan kaedah Iqra’ ini merupakan aspek penting dalam pengajaran bacaan Al-Quran.
Faktor-faktor seperti kemampuan pelajar, persediaan guru, kelenturan dan susun atur sesuatu
kaedah yang digunakan memainkan peranan dalam menentukan kejayaan pengajaran bacaan
Al-Quran. Jangka masa pengajian yang disasarkan juga turut menjadi faktor pemilihan
sesuatu kaedah dan adakalanya terdapat juga usaha pengubahsuaian dan penerapan terhadap
sistem pengajian yang akhirnya melahirkan beberapa kaedah baru (Adel et.al 2006).

Menurut Mohd Faisal Mohamed et.al (2008) untuk mendapatkan hasil yang baik dalam
semua perkara yang dilakukan, haruslah melalui langkah-langkah, teknik dan tatacara yang
sesuai. Begitu juga dalam pengajaran dan pembelajaran, ia memerlukan kaedah dan teknik
yang sesuai untuk mendapatkan kesan yang lebih mantap.

49
Oleh sebab itu juga, seseorang yang ingin menguasai kemahiran membaca Al-Quran perlu
mempelajari dan menjalani latihan-latihan bacaan mengikut cara yang betul.

Mengikut kajian yang telah dilakukan, saya mendapat gambaran umum dan memahami
proses kajian tindakan ini dilakukan. Saya dapat mengetahui cara untuk membantu pelajar
lemah membaca Al-Quran dengan mengenal huruf-huruf hijaiyah terlebih dahulu. Kajian
yang telah dijalankan adalah didapati bahawa para pelajar boleh mengenal huruf-huruf
tunggal hijaiyyah dan dapat membaca Iqra’ dengan baik dan praktikal. Di samping itu, ia
dapat memperlihatkan peningkatan minat pelajar terhadap bacaan mereka kerana mereka
dapat menunjukkan keyakinan diri semasa membaca Al-Quran dan meminta guru
meneruskan kelas bacaan Iqra’agar mereka dapat membaca dengan lebih baik lagi.

Di samping, mengetahui bagaimana kaedah untuk membantu pelajar menambahkan minat


mereka membaca Al-Quran melalui cara yang mudah diikuti pelajar kerana setiap buku iqra’
disusun dimulai dengan baris huruf, perkataan atau ayat sebagai pengenalan, manakala
barisan tengah pula sebagai latihan. Bagi peneguhan, ujian atau penilaian disusun dibahagian
akhir buku ini.

Kajian ini dapat membuktikan dengan jelas bahawa penggunaan kaedah Iqra’ dapat
meningkatkan tahap penguasaan bacaan Al-Quran dengan lebih baik seterusnya memberikan
keyakinan kepada setiap pelajar untuk membacanya.Terima kasih diucapkan kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam membantu
menyempurnakan kajian ini.

Sekian,terima kasih.

RUJUKAN
50
Mohd Majid Konting & Zakaria Kasa, “Pengetahuan dan kemahiran pengajaran: Satu Kajian
Kes Di Kalangan Guru Pelatih” (makalah, Seminar KebangsaanPendidikan Guru, Alor Setar
19-20 Mei 2002).

Yusuf. Al-Qardhawi, “Menghafal al-Quran” (Bandung:Seri Tarbiyah Mizan, 2010).

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131104/dn_17/Ramai-


buta-huruf-al-Quran, dicapai pada 20 Mac 2014.

Mohd Alwi Yusoff, Adel M.Abdulaziz, Ahmad Kamel Mohamed,


“Kajian Keberkesanan Iqra’ Sebagai Kaedah Pembelajaran Membaca Al-Quran di
SemenanjungMalaysia”(makalah Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan, Kolej Islam
Universiti Malaysia, 2003)

Mohammad Naim Mat Salleh. 2003.Pencapaian Tilawah al-Quran melalui Kaedah Iqra’ di
Sekolah-sekolah Rendah Kebangsaan Daerah Setiu, Terengganu. Projek Penyelidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Aderi Che Noh. 2015. Pengajaran & Pembelajaran Tilawah Al-Quran Sekolah
Menengah di Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Al-Bukhari, Abu cAbdullah Muhammad bin Ismail. (1998). Sahih al-Bukhari, Kitab Fadail
al-Quran. Mansurah : Maktabah Iman.

Mohd Aderi Che Noh dan Rohani Ahmad Tarmizi. 2009. Persepsi Pelajar Terhadap Amalan
Pengajaran Tilawah al-Quran. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009):93-109.

Ghazali Darusalam, Pedagogi Pendidikan Islam (Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, 2001), 232.

H. Muhammad Jazir ASP. 1994. “Iqra’ Cara Cepat Belajar Membaca Al-Quran”.(Kertas
kerja). Seminar Kaedah Membaca al-Quran Yang Mudah, Bandar Seri Begawan Brunei
Darussalam. 22-25 Julai.

51
Ahmad Mohd Salleh. (2004). Pendidikan Islam, falsafah, sejarah dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Muhammad Mukri Hj Abdullah. “Kaedah Pengajaran Mengajar al-Quran Yang Berkesan.


Kaedah Atiyyah Qabil Nasr- Ghayat al-Murid Fi Ilm al-Tajwid.

Hj Mohd Yusof Hj Zuhri.1994. “Pengajaran dan Pembelajaran Membaca Al-


Quran:Pengalaman Singapura”.(Kertas kerja)Seminar Kaedah Membaca al-Quran yang
mudah.

52
LAMPIRAN A

53
BUKU IQRA’ 1

Isi pelajaran:
1.Membunyikan huruf tunggal berbaris atas tanpa perlu mengeja.

Cara mengajar:
*Guru hanya memberi contoh bacaan tanpa perlu menerangkan mengapa dibaca sedemikian.
*Guru menyemak seorang demi seorang
*Murid pandai membantu murid yang lemah.

BUKU IQRA’ 2

Isi pelajaran :
1.Mengenal huruf yang bersambung dan bacaan mad.

Cara mengajar:

*Guru tidak perlu menerangkan huruf-huruf yang disambung.


*Guru memperdengarkan perbezaan bacaan huruf yang ada mad dengan bacaan huruf yang
tiada mad.

*Bagi murid yang lemah dan keliru mengenai bacaan panjang atau pendek, mulai dari muka
surat 14 bolehlah diterangkan kepadanya mengapa dibaca demikian.

BUKU IQRA’ 3

Isi pelajaran:
1.Bacaan mad (‫ )و‬dan (‫)ي‬
2.Memperkenalkan bacaan yang berbaris atas (fathah), bacaan berbaris bawah (Kasrah), dan
bacaan yang berbaris hadapan (Dhommah).
3.Perbezaan bunyi antara (‫ )ت‬maftuhah dengan (‫ )ة‬marbuthoh ketika berhenti (waqaf)
4.Memperkenalkan huruf ‫ ا‬bertanda mati (sukun).

54
Cara mengajar:
Sekiranya murid selalu memanjangkan bacaan yang sepatutnya dibaca pendek kerana
mengingatkan huruf berikutnya maka bacaan bolehlah terputus-putus atau guru boleh
menutup huruf berikutnya.

BUKU IQRA’ 4

Isi pelajaran;
1. Bacaan berbaris dua di atas, dua dibawah dan dua dihadapan.
ْ dan (‫) ْم‬.
2. Bacaan (‫)ن‬
3. Bacaan izhar halqi dan qalqolah.

Cara mengajar :
*Guru memperkenalkan nama-nama huruf dan baris.
*Guru memperdengarkan bacaan yang betul pada huruf yang ada tanda sukun.
*Guru membimbing bacaan izhar halqi dan qalqolah.
*Guru boleh membaca secara taranum untuk menambah minat murid-murid.

BUKU IQRA’ 5

Isi pelajaran:
1. Huruf-huruf yang dianggap tidak ada pada bacaan.
2. Cara waqaf huruf yang bertanuin.
3. Tanda syaddah (_ّ)pada huruf.
4. Bacaan tajwid secara idgham, ikhfak dan mad yang melebihi dua harkat

Cara mengajar:
*Murid digalakkan menghafaz ssurah al-mukminun ayat 1-11 pada muka surat 27.
*Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid yang sama taraf pencapaiannya.
*Guru hanya memperdengarkan bacaan bertajwid seperti idgham, ikhfak dan mad yang
melebihi dua harkat dan tidak perlu memperkenalkan istilah-istilah tersebut. Murid dapat
membacanya secara betul dan bertajwid itulah yang paling penting.

55
BUKU IQRA’ 6

Isi pelajaran:
1.Bacaan-bacaan dengung
2.Tanda-tanda berhenti (waqaf) dan cara bacaannya.

Cara mengajar :

*Murid masih terikat dengan panduan membaca iaitu « lambat asalkan betul ».
*Cara bacaan yang menyusahkan tidak digalakkan walaupun bacaan tartil.

Didalam kaedah iqra’, antara teknik-teknik bacaan yang terkandung didalamnya adalah
seperti berikut :-

a)Teknik tarikah bi al-tadris iaitu guru membaca terlebih dahulu dan murid mengikut secara
kelas.
b)Teknik ar-riyadhiah al-tikrar iaitu bacaan secara latih tubi.
c)Teknik al-tawasi’ bi al-maqasid iaitu teknik pengajaran beserta bahan bantu mengajara.
d)Teknik al-tariqah bi al-shautiyah iaitu membaca dengan sebutan dan intonasi dengan betul
dan jelas.
e) Teknik takhqiq iaitu bacaan secara putus-putus.
f) Teknik jahar iaitu membaca dengan menyambung terus hurufke huruf dan ayat ke ayat.
g) Teknik tartil iaitu membaca secara lancar tetapi betul bacaannya.
h) Teknik tadwir iaitu membaca secara hafaz tanpa tersekat-sekat.
i) Teknik al-tariqah al-muqaranah iaitu banding beza bacaan dari segi sebutan dan bunyi,
j) Teknik al-tariqah bi al-riyadhiah al-asfal iaitu menyusun huruf dan ayat secara latih tubi
tanpa hafazan.
k) Teknik al-tariqah min al-ma’ruf ila al-majhul iaitu mengenal huruf-huruf tunggal dahulu
diikuti huruf-huruf yang bersambung.
l) Teknik al-tariqah min al-asfal ila al-‘ala iaitu membaca bacaan yang mudah terlebih dahulu
diikuti bacaan yang sukar.

56
57

You might also like