You are on page 1of 22

SY 12201 FIQH IBADAT 1 TAHARAH SOLAT

Tajuk:
Laporan Kaji Selidik Buku Teks Darjah IV
Bahagian Toharah
Tajuk: Istinja, Qada Hajat dan Hadas

Disediakan oleh:
23BS072 YENTI BINTI AWANG WALLI

Fakulti Pendidikan Islam – Minor


Program Sarjana Muda Perguruan Ugama
Semester 1
2023/2024
ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

1. Pendahuluan 1

1.1 Pengenalan 2-3

2. Objektif Kaji Selidik 3-4

2.1 Matlamat Utama 4

3. Metodologi Kaji Selidik 5

3.1 Kaedah Data 5

3.2 Soalan Kaji Selidik 5

3.3 Laporan Data 5-6

4. Kaji Selidik – Laporan 6

4.1 Laporan Pendahuluan Buku Teks 6

4.2. Laporan 1: Tajuk Istinja 7

4.3. Laporan 2: Tajuk Qada Hajat 8


4.4. Laporan 3: Hadas 9 - 11

5. Kaji Selidik – Carta dan Analisis Hasil Kaji Selidik 12 - 19

6. Cadangan Tindakan 19

4.1. Cadangan Penambahbaikan 19 - 20

7. Rumusan 21

8. Rujukan 21
1. Pendahuluan

Agama memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri dan akhlak
masyarakat di Negara Brunei Darussalam. Oleh itu, pendidikan agama khususnya
melalui penggunaan buku teks memainkan peranan penting dalam memastikan
kefahaman nilai dan amalan Islam yang betul dalam kalangan generasi muda.
Penyelidikan ini bertujuan untuk meneroka aspek ini dengan lebih mendalam,
dengan memfokuskan kepada buku teks ugama darjah 4 yang digunakan di negara
ini.

Sebagai sebuah negara yang mendekati konsep negara Islam, Negara Brunei
Darussalam amat menitikberatkan pendidikan agama dalam sistem pendidikannya.
Dalam konteks ini, buku teks agama menjadi alat penting dalam menyampaikan
pengajaran tentang konsep asas seperti istinja, qada hajat, dan hadas dalam Islam.
Konsep-konsep ini bukan sahaja merangkumi aspek kebersihan fizikal, tetapi juga
mempunyai kaitan yang mendalam dengan ibadah dalam Islam.

Melalui kajian ini, kita akan melihat bagaimana buku teks ugama darjah 4 di
Negara Brunei Darussalam merangkumi pelbagai aspek pengajaran dan
pemahaman terhadap ketiga-tiga konsep tersebut. Pendekatan pengajaran,
kandungan, dan fokus buku teks akan dianalisis dengan teliti untuk memahami
sejauh mana kejayaan buku teks ini dalam membentuk kefahaman dan amalan
pelajar berhubung dengan aspek kebersihan dan ibadah dalam Islam. Dengan ini,
kita akan dapat mengukur kesan pendidikan agama dalam membentuk kefahaman
dan nilai murni pelajar, serta peranannya dalam melahirkan masyarakat yang lebih
berakhlak dan berpegang teguh kepada ajaran agama.

1
1.1 Pengenalan

Semakan buku teks ugama darjah 4 di Negara Brunei Darussalam merupakan


langkah penting dalam menilai kesesuaian bahan pengajaran yang digunakan
dalam sistem pendidikan negara. Buku teks ugama merupakan salah satu aspek
penting dalam pendidikan agama di Negara Brunei Darussalam, dan kajian ini
akan memberi tumpuan khusus kepada tajuk-tajuk penting dalam buku teks ugama
darjah 4, iaitu "Istinja," "Qada Hajat" dan "Hadas."

Istinja ialah amalan membersihkan diri selepas buang air besar dan kecil. Ia
merupakan aspek penting dalam Islam yang mengajar kebersihan jasmani dan
rohani. Kajian ini akan menilai bagaimana buku teks ugama darjah 4 di Negara
Brunei Darussalam menjelaskan konsep Istinja kepada pelajar. Adakah buku-buku
teks ini memberikan penekanan yang cukup kepada kepentingan amalan ini dalam
Islam? Adakah ia disampaikan dengan jelas kepada pelajar? Dan adakah buku teks
memberikan panduan yang betul tentang cara melaksanakan Istinja dengan betul?

Qada Hajat merujuk kepada proses buang air besar dan air kecil. Dalam Islam,
amalan ini mempunyai peraturan tertentu dan mengajar tentang kebersihan dan
etika ketika menjalankan Qada Hajat. Kajian ini akan menilai bagaimana buku teks
ugama darjah 4 di Negara Brunei Darussalam menjelaskan konsep Qada Hajat
kepada pelajar. Adakah buku-buku teks ini memberikan penekanan yang
mencukupi kepada proses ini dalam Islam? Adakah ia memberi panduan yang jelas
tentang cara melaksanakan Qada Hajat dengan betul dan beretika? Dan adakah
buku teks menggalakkan pelajar memahami maksud dan kepentingan amalan ini
dalam kehidupan seharian?

2
Hadas merujuk kepada keadaan suci dan najis dalam Islam. Terdapat dua jenis
hadas: hadas besar dan hadas kecil. Kajian ini akan menilai bagaimana buku teks
ugama darjah 4 di Negara Brunei Darussalam menjelaskan konsep Hadas kepada
pelajar. Adakah buku teks memberikan penjelasan yang mencukupi berkenaan
hadas besar dan hadas kecil? Dan adakah buku teks membantu pelajar memahami
kepentingan menjaga kebersihan fizikal dan rohani dalam Islam?

Penyelidikan ini bertujuan untuk menilai kualiti buku teks ugama peringkat 4 di
Negeri Brunei Darussalam dalam membincangkan tajuk-tajuk seperti istinja, qada
hajat, dan hadas. Adalah penting untuk memastikan bahan pengajaran dalam
sistem pendidikan negara mencukupi dalam menyampaikan aspek-aspek penting
Islam kepada pelajar. Dengan menilai dan memahami bagaimana buku teks ini
menyampaikan maklumat kepada pelajar, kita dapat memastikan generasi muda
memahami dan mengamalkan nilai-nilai Islam dengan betul. Kajian ini akan
membantu dalam meningkatkan kualiti pendidikan agama di Negara Brunei
Darussalam dan memastikan pelajar mempunyai pemahaman yang kukuh tentang
topik-topik penting dalam agama mereka.

2. Objektif Kaji Selidik

Menilai keberkesanan buku teks ini dalam menyampaikan konsep dan amalan
istinja, qada hajat dan hadas kepada murid-murid darjah 4 dalam mata pelajaran
agama.

Objektif Khusus:
1. Mengukur tahap kefahaman murid darjah 4 tentang konsep istinja, qada Hajat,
dan hadas sebelum menggunakan buku teks ini.

3
2. Mengukur perubahan kefahaman murid darjah 4 selepas menggunakan buku
teks ini dalam pengajaran.

3. Menilai keberkesanan buku teks dalam menyampaikan peraturan dan teknik


pelaksanaan istinja, qada hajat, dan hadas kepada murid darjah 4.

4. Untuk menilai tahap kepuasan guru menggunakan buku teks ini sebagai bahan
bantu mengajar dalam mata pelajaran ugama darjah 4.

5. Untuk mendapatkan cadangan dan komen daripada guru-guru dan murid-murid


bagi menambah baik dan menambah baik kualiti buku teks ini.

Dengan objektif kajian penyelidikan ini, kami akan dapat menilai sejauh mana
kejayaan buku teks ini dalam menyampaikan konsep dan amalan berkaitan istinja,
qada hajat, dan hadas kepada murid-murid darjah 4.

2.1 Matlamat Utama

Melalui kajian penyelidikan ini, kita boleh meneliti bagaimana buku teks ugama
darjah 4 di Negara Brunei Darussalam mengajar konsep istinja, qada hajat dan
hadas kepada murid. Selain itu, kita dapat kemukakan cadangan penambahbaikan
cara buku teks menyampaikan konsep ini, termasuk penggunaan teknologi atau
pendekatan pendidikan yang lebih berkesan. Kita juga boleh mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan kandungan tajuk untuk menilai sejauh mana buku teks ini
mencapai pengajaran dan pembelajaran dengan mencadangkan perubahan yang
sesuai bagi meningkatkan kualiti pemgajaran dan pembelajaran dalam
matapelajaran tersebut.

4
3. Metodologi Kaji Selidik

Metodologi kajian berkenaan buku teks ugama darjah 4 ini melibatkan beberapa
langkah penting, antaranya kaedah data, persoalan kajian, dan menyediakan
laporan data. Berikut adalah penjelasan ringkas bagi setiap elemen ini:

3.1 Kaedah Data


Merujuk kepada kaedah atau teknik yang digunakan untuk mengumpul maklumat
berkaitan buku teks agama darjah 4. Dalam kajian ini, kaedah data menggunakan
kaji Selidik dengan mengumpul data melalui soalan-soalan menggunakan google
form dan juga temubual dengan guru serta murid yang menggunakan buku teks ini
untuk memberikan pandangan yang berbeza.

3.2 Soalan Kaji Selidik


Persoalan kajian dirangka dengan teliti dan difokuskan kepada objektif kajian.
Contoh soalan penyelidikan yang berkaitan dengan buku teks ugama darjah 4
termasuk soalan-soalan tentang konsep yang bersesuaian, penerangan lengkap,
pemahaman yang tepat dan tarikan isi kandungan setiap tajuk isi pelajaran tersebut.
Jenis soalan tertumpu pada jawapan Ya atau Tidak serta ada ruangan untuk
dibukakan cadangan.

3.3 Laporan Data


Selepas mengumpul data melalui penyelidikan dan soalan-soalan kaji selidik,
laporan data perlu disediakan. Laporan ini akan menerangkan hasil data dan
memberikan kesimpulan yang jelas berdasarkan maklumat yang diperoleh untuk
menilai tahap keberkesanan buku teks dalam menyampaikan isi kandungan yang
berkaitan tajuk istinja, qada hajat dan hadas.
5
Dengan menjalankan metodologi kajian ini, kita akan dapat mengumpul data yang
berkaitan tentang buku teks ugama darjah 4 dan memberi maklum balas yang
berguna dalam usaha meningkatkan kualiti buku teks ini dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran ugama.

4. Kaji Selidik – Laporan

Laporan ini bertujuan untuk menyelidik dan menilai bahagian dalam buku teks
ugama darjah 4 Toharah yang berkaitan dengan tajuk istinja, qada hajat dan hadas.
Kajian ini dijalankan untuk menilai kesesuaian dan ketepatan isi pelajaran untuk
disampaikan kepada murid-murid.

4.1 Laporan Pendahuluan Buku teks

6
4.2 Laporan 1: Tajuk Istinja

7
4.3 Laporan 2: Tajuk Qada Hajat

8
4.4 Laporan 3: Tajuk Hadas

9
10
5. Kaji Selidik- Carta dan Analisis Hasil Kaji Selidk

Hasil kaji selidik menunjukkan maklum balas daripada guru dan pelajar terhadap
isi pelajaran yang berkaitan dengan tajuk istinja, qada hajat dan hadas. Selain itu
laporan ini menyentuh isu-isu yang perlu dipertimbangkan bagi meningkatkan
kesan pengajaran dan pembelajaran tajuk-tajuk tersebut.

Bahagian 1: Istinja
Seramai 18 guru dan seorang pelajar telah memberikan maklum balas daripada kaji
selidik ini.
JENIS SOALAN YA TIDAK CADANGAN
Dapat memahami isi tajuk istinja 18 1
Penjelasan isi pelajaran yang cukup 15 4
Terdapat ilustrasi untuk membantu
5 14
dalam memahami konsep istinja
Terdapat contoh-contoh situasi untuk Perlu contoh ketika berada
5 13
menjelaskan isi penerangan di hutan yang tiada air
Terdapat maklumat yang mencukupi
9 9
tentang tatacara istinja
Terdapat perkataan atau frasa kata Perkataan jawi ‫قبل‬
2 16
yang sukar difahami
Terdapat nasihat mengenai istinja
9 10
sebagai amalan baik
Terdapat penekanan yang mencukupi
12 7
tentang pentingnya istinja
Perlu sumber tambahan untuk
18 1
memahami isi pelajaran

11
Bahagian 2: Qada Hajat

12
Seramai 18 guru dan seorang pelajar telah memberikan maklum balas daripada kaji
selidik ini.
JENIS SOALAN YA TIDAK CADANGAN
Isi tajuk diterangkan dengan jelas 18 1
Terdapat contoh untuk menjelaskan
12 7
isi tajuk qada hajat
Terdapat penerangan isi pelajaran
11 8
yang lebih terperinci
Terdapat latihan untuk membantu
10 9
memahami isi tajuk qada hajat
Terdapat pemahaman isi tersebut
13 6
sebagai pengamalan yang baik
Terdapat ilustrasi yang membantu
3 16
memahami isi tajuk ini
Isi pelajaran boleh disampaikan
9 10
dengan cara yang menarik
Tajuk ini memenuhi pembelajaran
dan pengajaran dalam kurikulum 18 1
pelajaran ugama di sekolah-sekolah
Perlu tajuk ini disertakan dalam buku
19 0
teks Toharah ugama darjah 4

13
Bahagian 3: Hadas
Seramai 18 guru dan seorang pelajar telah memberikan maklum balas daripada kaji
selidik ini.
JENIS SOALAN YA TIDAK CADANGAN
Perlu tajuk hadas dalam buku teks
18 1
dan cukup untuk memahami
Terdapat elemen yang perlu ditambah 3- Perlu gambar-gambar
11 6
untuk memperkukuhkan pemahaman yang menarik
Terdapat kekurangan dalam
penyampaian isi pelajaran yang perlu 5 14
diperbaiki
Terdapat panduan yang cukup untuk 1- isi pelajaran bagi guru
mengajar bagi guru dan boleh 17 1 sudah mencukupi cuma
memahami isi tajuk hadas bagi murid perlu tambahan dari luar
Terdapat contoh yang cukup untuk 2- tambahan untuk
mengilustrasikan isi pelajaran dengan 12 5 rujukan guru
jelas
Terdapat nilai-nilai dan ajaran-ajaran 17 2 1) Fokus pada tajuk haid.
islam berkaitan dengan tajuk yang 2) Beri tambahan dengan

14
perlu diperbaiki dalil atau hadis.

Analisis Laporan Data

TAJUK: HADAS
TAJUK: ISTINJA

15
6. Cadangan Tindakan

Cadangan Tindakan hasil kajian buku teks ugama Toharah darjah 4 ini adalah
untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap aspek-aspek penting dalam islam
yang berkaitan dengan kebersihan fizikal dan ibadah serta memberi tumpuan
kepada pengajaran yang berkesan dan aplikasi praktikal dalam kehidupan seharian.

6.1 Cadangan Penambahbaikan

Cadangan penambahbaikan untuk buku teks ugama Toharah darjah 4 yang


berkaitan tajuk istinja, qada hajat dan hadas adalah seperti berikut

1. Penambahbaikan Gambar

16
Perlu ada tambahan gambar yang berkaitan dengan isi pelajaran. Contoh, gambar-
gambar menunjukkan cara-cara bersuci, contoh hukum qada hajat dan situasi-
situasi berkaitan dengan hadas. Ini akan membantu lagi mengukuhkan pemahaman
pelajar.

2. Contoh Situasi
Sertakan contoh situasi kehidupan harian pada penerangan isi pelajaran berkaitan
tajuk istinja, qada hajat dan hadas. Contohnya bagaimana seseorang perlu
melakukan istinja sebelum solat dan situasi-situasi yang melibatkan huku qada
hajat serta hadas jika perlu dan bersesuaian.

3. Penekanan Nilai dan Etika


Tekankan nilai-nilai dan etika dalam konteks tajuk-tajuk ini dengan menjelaskan
tentang pentingnya jaga kebersihan diri dan bagaimana menjaga kesucian diri
tersebut adalah tindakan yang membawa berkat.

4. Aktiviti Interaktif
Sertakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar secara langsung melalui arahan-
arahan dalam isi pelajaran tersebut contohnya permainan teka-teki atau soalan
latihan yang melibatkan situasi-situasi praktikal. Ini akan membantu pelajar dapat
mengaplikasikan pengetahuan mereka.

Dengan penambahbaikan ini, buku teks akan menjadi lebih interaktif, menarik dan
membantu pelajar memahami dan menghayati tajuk-tajuk penting dalam
matapelajaran ugama dengan lebih baik.

17
7. Rumusan

Hasil kaji selidik tentang buku teks ugama Toharah darjah 4 berkaitan tajuk istinja,
qada hajat dan hadas ini menunjukkan keperluan yang jelas untuk
memperkukuhkan isi pelajaran tersebut melalui penambahbaikan dalam
penyampaian maklumat yang lebih terperinci dan menyeluruh dengan penekanan
pada pemahaman tajuk isi dan tatacara yang betul.

8. Rujukan

Buku Teks Ugama Toharah Darjah 4: Istinja mukasurat 36-38 / Qada Hajat
mukasurat 39-40 / Hadas mukasurat 41-50

Link: Soalan-soalan dari google form


https://docs.google.com/forms/d/
1XxW54uD2HqnBgqLdAnvHAPbsUT8PDCnLzXNtIzQ-vH0/edit#responses

18

You might also like