You are on page 1of 92

PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

UNIT 1 BIDANG AQIDAH DAN SIRAH PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH

SINOPSIS

Tajuk ini memberi tumpuan kepada tajuk-tajuk bidang aqidah dan sirah Pendidikan Islam
Sekolah Rendah.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, pelajar dapat :

1. Memperincikan isi kandungan tajuk akidah dan sirah tahun satu hingga enam.

2. Menjelaskan kandungan kurikulum bidang Aqidah dan Sirah Pendidikan Islam Sekolah
Rendah

KANDUNGAN TAJUK:

1.1 PENGENALAN SUKATAN PENDIDIKAN AQIDAH DAN SIRAH SEKOLAH


RENDAH

i. DOKUMEN STANDARD
ii. KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)

1.2 ANALISIS DAN HURAIAN ISI KANDUNGAN AQIDAH DAN SIRAH DALAM
KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH TAHUN 1-6
i. CERAKIN TAJUK
ii. PERINCIAN ISI KANDUNGAN

1
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN SUKATAN PENDIDIKAN AQIDAH DAN SIRAH SEKOLAH RENDAH

i. DOKUMEN STANDARD

FOKUS

KSSR Pendidikan Islam memberi fokus utama kepada tujuh bidang dalam Pendidikan Islam,

iaitu al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab, dan Jawi. Modul ini akan membincangkan

mengenai bidang aqidah dan sirah sahaja.

1. Bidang akidah: murid dibekalkan dengan konsep asas akidah sehingga mereka boleh

menjadikan ilmu aqidah sebagai asas dalam tindakan dan benteng dalam kehidupan.

2. Bidang Sirah: murid dibekalkan dengan fakta sirah yang sahih sehingga mereka boleh

merumuskan peristiwa sirah Rasulullah SAW dan mengaplikasikan iktibarnya dalam kehidupan

harian sebagai bukti kecintaan kepada baginda melalui amalan sunnahnya.

ii. KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)

Pentaksiran adalah kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran untuk menentukan objektif pembelajaran telah dicapai. Kepentingan pentaksiran

kepada guru adalah untuk memberi gambaran tentang perkembangan murid, menilai

keberkesanan PdP, membantu memperbaiki PdP dan membantu menyusun perancangan

untuk melaksanakan tindakan susulan. Kepentingan pentaksiran kepada murid pula adalah

untuk memahami tujuan mereka belajar, meningkatkan motivasi dan keyakinan diri dan

memaklumkan kepada murid tentang tindakan susulan yang perlu diambil untuk mereka

mencapai standard yang ditetapkan.

Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih

autentik dan holistik dapat dijalankan. Dua bentuk pentaksiran dijalankan, iaitu pentaksiran

formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif dijalankan secara berterusan dalam

proses pembelajaran dan pengajaran. Maklumat yang diperolehi memberi maklum balas

2
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

tentang sejauhmana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Guru dapat mengetahui

kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid. Kelemahan murid yang dikenal pasti

perlu diatasi melalui aktiviti pemulihan dan kekuatan murid perlu ditingkatkan melalui aktiviti

pengayaan.

Contoh pentaksiran formatif : latihan, kerja rumah, kuiz, lembaran kerja, tugasan,

pemerhatian dan lain-lain yang bersesuaian. Pentaksiran Sumatif pula dikaitkan dengan

pentaksiran pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun. Memberikan nilai yang

membezakan pencapaian seseorang murid dengan murid yang lain dan seringkali digunakan

untuk membuat pemilihan. Contoh ujian sumatif: ujian topical, ujian bulanan, peperiksaan

penggal dan lain-lain ujian yang bersesuaian (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2018).

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan proses mendapatkan maklumat tentang

perkembangan murid yang dirancang, dilaksana dan dilapor oleh guru yang berkenaan.

Proses ini berlaku berterusan bagi membolehkan guru menentukan tahap penguasaan murid.

PBD boleh dilaksanakan oleh guru secara formatif dan sumatif. Pentaksiran secara formatif

dilaksanakan seiring dengan proses PdP, manakala pentaksiran secara sumatif dilaksanakan

pada akhir sesuatu unit pembelajaran, penggal, semester atau tahun. Guru perlulah

merancang, membina item atau instrumen pentaksiran, mentadbir, memeriksa, merekod dan

melapor tahap penguasaan yang diajar berdasarkan DSKP. Dalam usaha memastikan

pentaksiran membantu meningkatkan keupayaan dan penguasaan murid, guru haruslah

melaksanakan pentaksiran yang mempunyai ciri-ciri berikut: ? Menggunakan pelbagai kaedah

pentaksiran seperti pemerhatian, lisan dan penulisan (Bahagian Pembangunan Kurikulum,

2018).

• Menggunakan pelbagai strategi pentaksiran yang boleh dilaksanakan oleh guru

dan murid.

3
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

• Mengambil kira pelbagai aras pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari.

• Membolehkan murid mempamerkan pelbagai keupayaan pembelajaran.

• Mentaksir tahap penguasaan murid berdasarkan Standard Pembelajaran dan

Standard Prestasi.

• Mengambil tindakan susulan bagi tujuan pemulihan dan pengukuhan.

2.2 ANALISIS DAN HURAIAN ISI KANDUNGAN AQIDAH DAN SIRAH DALAM
KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH TAHUN 1-6

(Bahagian pembangunan Kurikulum, 2016; Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2015, 2017a,


2017b, 2018; Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM, 2017).

Pelaksanaan bagi kurikulum Pendidikan Islam adalah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas yang
berkuatkuasa sekarang.

3. Bidang Akidah

Bidang Akidah menumpukan perkara berikut:


3.1 Rukun Iman 3.2 Rukun Islam 3.3 Asmaul Husna 3.4 Sifat 20 3.5 Penyelewengan Aqidah
Bidang Sirah 5. Bidang Sirah Bidang Sirah menumpukan perkara berikut: 5.1 Sirah Rasulullah

i. CERAKIN TAJUK

BIDANG AQIDAH

TAHUN 1
• Rukun Iman
• Rukun Islam
• Pengertian al-Rahman dan al-Rahim
TAHUN 2
• Sifat-sifat Alah SWT
• Al-Ahad dan al-Somad
• Malaikat
TAHUN 3
• Nama Allah al-Alim dan al-Hakim
• Kitab-kitab

4
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

TAHUN 4
• Qada’ dan qadar
• Sifat wahdaniyah
• Sifat Qudrah
• Nama Allah Al-Salam
• Nama Allah Al-Hadi
• Pahala dan Dosa
TAHUN 5
• Sifat Iradah
• Sifat Ilmun
• Sifat Hayah
• Nama Allah Al-Sabur
• Nama Allah Al-Muntaqim
• Dosa kecil dan dosa besar
TAHUN 6
• Sifat Sami’
• Sifat Basar
• Sifat Kalam
• Nama Allah Al-Hasib
• Nama Allah Zul Jalal wal Ikram
• Konsep syirik
• Perkara Samiyat

BIDANG SIRAH
TAHUN 1
• Rasulullah SAW – keluarga, kelahiran, penyusuan
• Sifat Rasulullah SAW
• Keperibadian berkeluarga Rasulullah SAW
TAHUN 2
• Tanda-tanda Kenabian Nabi Muhammad SAW
• Keunggulan sifat amanah Nabi SAW
• Keperibadian Nabi SAW dalam kehidupan sahabat
TAHUN 3
• Peristiwa penerimaan wahyu Rasulullah SAW
• Sifat Tabligh Nabi SAW
• Keperibadian Nabi SAW dalam kehidupan bermasyarakat
TAHUN 4
• Penentangan terhadap dakwah Rasulullah SAW
• Peristiwa Israk dan Mikraj
• Perjanjian Aqabah 1 dan 2
• Peristiwa Hijrah
TAHUN 5

5
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

• Pembentukan Negara Madinah


• Kepimpinan Rasulullah SAW di negara Madinah

TAHUN 6
• Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah
• Peristiwa pembukaan Kota Makkah
• Perkembangan Islam selepas pembukaan Kota Makkah
• Iktibar peristiwa Hijjatul wadak
• Peristiwa Kefawatan Rasulullah SAW

ii. PERINCIAN ISI KANDUNGAN

Bagi perincian Kandungan tajuk Aqidah dan sirah, pelajar perlu merujuk buku teks.

Rujukan:

Bahagian pembangunan Kurikulum. (2016). KSSR Pendidikan Islam DSKP Tahun 2. KPM.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2015). KSSR Pendidikan Islam DSKP Tahun 1.
Putrajaya: KPM.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2017a). DSKP Pendidikan Islam Tahun Lima.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2017b). KSSR Pendidikan Islam Tahun 6. KPM.
Bahagian Pembangunan Kurikulum, K. (2018). KSSR Pendidikan Islam DSKP Tahun 4. KPM.
Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM. (2017). KSSR Pendidikan Islam DSKP Tahun 3.
KPM. Putrajaya.

6
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan

i. Whatsapp Group / Telegram / eLearning / Schoology

ii. Masa 2 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekurang-kurangnya 1 jam bagi satu sesi.
(rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelajaran:

i. Pengenalan sukatan Aqidah dan Sirah (rujuk dalam Agihan Tajuk)

ii. Analisis dan Huraian Isi Kandungan (rujuk dalam Agihan Tajuk)

iii. Cerakin Tajuk Aqidah dan Sirah (rujuk dalam Agihan Tajuk)

iv. Perincian Isi Kandungan (rujuk dalam Agihan Tajuk)

C. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

iv. Kesimpulan

D. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

7
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

UNIT 2 STRATEGI PENDEKATAN DAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

SINOPSIS

Tajuk ini memberi tumpuan kepada bidang akidah dan sirahPendidikan Islam Sekolah Rendah
khususnya strategi dan pendekatan.
HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, pelajar dapat :.

3. Menjelaskan strategi pengajaran bidang akidah dan sirah


4. Mengenal pasti pendekatan yang bersesuaian pengajaran aqidah dan sirah

KANDUNGAN TAJUK 2:

2.1 Strategi Pengajaran Pendidikan Islam


• Berpusat Guru
• Berpusatkan Murid
• Berpusatkan Bahan

2.2 Pendekatan Pendidikan Islam


• Induktif
• Deduktif
• Bersepadu
• Qudwah Hasanah
• Tematik

2.3 Prinsip pengelolaan asas sesi pengajaran:


• Mudah kepada susah
• Dekat kepada jauh
• Perkara yang diketahui kepada yang tidak diketahui
• Maujud kepada mujarrad
• khusus kepada umum

8
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

2.1 STRATEGI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Strategi PdP adalah sesuatu pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti yang dipilih dan
diaplikasi dalam pengajaran.Menurut Noriati A.Rashid et al., (2015), strategi pengajaran
merujuk kepada satu pelan tindakan yang dirancang dan ditentukan secara bertujuan untuk
memudahcara suatu jenis pembelajaran suatu situasi. Secara umumnya strategi pengajaran
merupakan suatu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran
untuk mencapai hasil pembelajaran dalam bilik darjah.

Transformasi kurikulum menegaskan penggunaan pelbagai strategi pembelajaran dan


pengajaran yang memberikan penekanan kepada pembelajaran secara “hands-onlearning”
(praktikal). Dalam proses PdP, tiada satu kaedah dan strategi yang khusus dan terbaik untuk
diaplikasikan di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian murid. Guru perlu bijak
menggunakan pelbagai strategi PdP yang sesuai dengan tahap perkembangan, keperluan,
kebolehan, bakat dan minat murid supaya pembelajaran berkesan dan lebih bermakna(KPM,
2016).

Dalam konteks Pendidikan Islam, pembelajaran dan pengajaran memberikan


penekanan kepada kesepaduan ilmu dan amaliuntuk menyampaikan ilmu kepada murid.
Strategi pembelajaran danpengajaran yang dirancang merangkumi pendekatan, kaedah dan
teknik bagi mencapai standard pembelajaran(Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2017).

Keberkesanan PdP bergantung kepada kreativiti guru merancang, mengolah dan


melaksanakan pendekatan, kaedah serta teknik secara bersepadu dan sistematik. PdP yang
berpusatkan murid bagi menggalakkan penglibatan yang aktif dapat menimbulkan suasana
pembelajaran yang menarik(Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2018).

Terdapat tiga strategi pengajaran iaitu strategi berpusatkan guru, berpusatkan murid
dan berpusatkan bahan (Esah Sulaiman, 2004).

Strategi Berpusatkan Guru

Strategi ini melibatkan guru sebagai peranan utama dengan aktif dalam penyampaian
pengajaran, manakala murid mendengar dan menerima apa yang disampaikan. Murid lebih
bersifat pasif dalam suasana ini kerana komunikasi sehala iaitu guru mengajar dan menyoal
manakala murid mendengar dan menjawab soalan guru(Esah Sulaiman, 2004). Murid tidak
diberi peluang menyumbangkan idea. Guru mementingkan pencapaian objektif pengajaran
dan tidak mengambil berat perkembangan emosi dan sahsiah murid. Guru juga mengabaikan

9
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

ciri perbezaan murid seperti kebolehan dan minat yang berbeza. (Shahabuddin Hashim et al.,
2003). Antara kaedah pengajaran berpusatkan guru ialah kuliah dan tunjukcara(Esah
Sulaiman, 2004) serta teknik hafalan dan bercerita (Shahabuddin Hashim et al., 2007).

Strategi Berpusatkan Murid


Murid terlibat aktif dalam pembelajaran dengan membuat pelbagai aktiviti seperti
perbincangan, penyelesaian masalah, melukis dan lain-lain. Antara kaedah pengajaran
menurut strategi ini adalah penyelesaian masalah, perbincangan dalam kumpulan, inkuiri,
penemuan, dan pembelajaran koperatif. Pengajaran yang dilaksanakan mewujudkan interaksi
dua hala antara guru murid dan murid dengan murid. Hal ini menjadikan suasana lebih
kondusif dan menjadikan suasana mesra. Walaubagaimanapun pengajaran perlu mengambil
kira kesesuaian dengan kebolehan, minat murid dan penglibatan murid yang aktif (Esah
Sulaiman, 2004). Guru bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara dengan lebih banyak
masa diberi kepada murid meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran. Guru
mngamalkan corak kepimpinan demokratik. Murid bebas bertanya dan memberi pendapat.
Guru memberi perhatian kepada pencapaian objektif pembelajaran (Shahabuddin Hashim et
al., 2007).

Strategi Berpusatkan Bahan


Pengajaran ini lebih menumpukan kepada penggunaan bahan pembelajaran oleh
murid. Murid lebih berdikari iaitu berinteraksi dengan bahan untuk memahami dan menguasai
sesuatu kemahiran dengan bimbingan guru. Bahan terdiri daripada modul pembelajaran
kendiri, buku kerja, bahan di komputer dan lain-lain (Esah Sulaiman, 2004). Bahan
pembelajaran atau alat bantu ini terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan
pembelajaran. Bahan pengajaran digunakan oleh guru manakala bahan pembelajaran
disediakan untuk kegunaan murid. Bahan-bahan ini adalah untuk memudahkan guru
mengendalikan pengajarannya dan membantu pembelajaran murid (Shahabuddin Hashim et
al., 2007).

10
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

2.2 PENDEKATAN PENDIDIKAN ISLAM

Pendekatan pengajaran bermaksud perincian tentang cara bagaimana seorang guru


ingin mengajar muridnya. Hal ini merujuk kepada cara guru mendekati atau pandangan guru
terhadap cara proses pengajaran (Noriati A.Rashid et al., 2015).

Induktif
MenurutShahabuddin Hashim et al., (2007), pendekatan induktif memberi peluang
kepada pelajar untuk membuat kesimpulan mengenai sesuatu konsep. Guru memulakan
pengajaran dengan memberi sebanyak mungkin contohkhusus sehingga murid boleh
membuat kesimpulan.Pendekatan ini melibatkan proses membuat penaakulan dan
menggalakkan pemikiran peringkat tinggi. Pendekatan ini boleh membiasakan murid berfikir,
membanding antara contoh-contoh dan mengambil kesimpulan dan prinsip umumdaripada
bahagian yang disampaikan (Ghazali Darusalam, 2001). Oleh hal yang demikian, guru boleh
membantu murid menguasai konsep atau generalisai berasaskan pemerhatian atau contoh-
contoh yang diperoleh (Noriati A.Rashid et al., 2015).

Prinsip pengajaran secara induktif (Noriati A.Rashid et al., 2015):


• Contoh perlu relevan dan sesuai untuk menerangkan sesuatu. Contoh juga
dipelbagaikan agar generalisi dapat dicapai dengan mudah.
• Pelajar perlu dibimbing membuat kesimpulan berdasarkan contoh yang dikemukakan.
• Pelajar diberi peluang untuk memerhati dan menganalisis contoh agar generalisasi
dapat dibuat.
• Guru merancang aktiviti pengajaran yang berkisar daripada contoh khusus kepada
suatu generalisasi atau kesimpulan umum.
• Pengajaran secara induktif menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit.

Deduktif

Pendekatan ini lebih berbentuk ekspositori, iaitu pengajaran bermula dengan memberi
definisi tentang ciri sesuatu konsep(Esah Sulaiman, 2004), guru memberikan rumus atau teori
yang sudah diketahui umum(Shahabuddin Hashim et al., 2007).Seterusnya diberikan contoh
yang sesuai dan perbandingan dibuat untuk mengukuh dan meningkatkan kefahaman murid.
Pengajaran bermula dengan penerangan konsep, diikuti dengan contoh, aktiviti dan
kesimpulan. Kemudian murid dibimbing mengingati fakta dan ciri tertentu bagi penyelesaian
masalah dan membuat kesimpulan baru.

11
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

Prinsip pendekatan ini (Shahabuddin Hashim et al., 2007):


• Pada awal pengajaran murid perlu didedahkan dengan masalah, hukum, formula atau
teori terlebihdahulu. Selepas itu barulah murid dibimbing mengaplikasikan rumusan
tersebut menggunakan contoh yang sesuai. Pelajar dipastikan memahami rumus yang
diperkenalkan agar mereka dapat mengaplikasikannya dalam situasi yang lain.
• Guru hanya membimbing murid menjalankan aktiviti tersebut melalui soalan terarah
yang dirancang dan tidak perlu menghuraikan cara-cara menyelesaikan masalah.
• Prosedur pengajaran menggunakan pendekatan deduktif ialah, memperkenalkan
rumus baru – pilih teori/rumus – gunakan contoh berkaitan – pelajar mengukuhkan
pemahaman tentang konsep ayat mudah.

Bersepadu

Pendekatanbersepadu adalah pendekatan yangmenggabungjalin dua atau lebih


kemahiran yang perlu dikuasai murid dalam satu masa. Pendekatan ini akan dapat membantu
murid untuk memahami hakikat kehidupan sebenar. Dalam kehidupan sebenar sesuatu itu
saling berkaitan antara satu sama lain dan bukannya sesuatu yang terpisah-pisah. Selain
daripada itu, guru hendaklah menggunakan pengalaman seharian murid dalam proses PdP
(KPM, 2016).

Pembelajaran dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu dan tidak memisahkan


pembelajaran kepada disiplin ilmu yangberbeza-beza. Selain daripada kesepaduan antara
disiplin ilmu, pendekatan ini juga melibatkan kesepaduan antara beberapa kemahiran,
kemahiran dan nilai, kesepaduan antara tunjang, kesepaduan antara aktiviti serta pelbagai
kaedah dan teknik(KPM, 2016).

Pembelajaran melalui pendekatan bersepadu dapat memenuhi keperluan murid yang


berbeza-beza dari segi perkembangan, minat dan kebolehan serta perbezaan dari segi latar
belakang(KPM, 2016).

Qudwah Hasanah

Pendekatan ‘contoh ikutan’ ini diambil daripada Surah al-Ahzab


ۡ َّ ْ‫سنَ ٌ۬ةٌ ِل َمن َكانَ يَ ۡر ُجوا‬
َ ‫ٱَّلل أ ُ ۡس َوة ٌ َح‬
َ َّ ‫ٱَّلل َوٱليَ ۡو َم ۡٱۡل َ ِخ َر َو َذك ََر‬
)٢١( ‫ٱَّلل َكثِ ٌ۬يرا‬ َ ُ ‫لَّقَ ۡد َكانَ لَ ُك ۡم فِى َر‬
ِ َّ ‫سو ِل‬
Terjemahan: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi
orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan
mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) (Al-Ahzab 33:21).

12
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

Rasulullah SAW menggunakan pendekatan ini sebagai pendekatan utama sehingga


mencapai kejayaan gemilang hasil model baginda sendiri dalam melaksanakan aspek
Pendidikan Islam. Baginda menunjukkan terlebih dahulu tindakan atau amalan yang perlu
dilakukan sehinggamemudahkan kefahaman dan pelaksanaan para sahabat. Sebagaimana
baginda SAW mengajar Sayidina Ali RA mengenai tatacara berkenderaan, seterusnya beliau
mengajarkan pula kepada muridnya (Abu Dawud, 1994: 599/2) (Kamarul Azmi Jasmi & Ab.
Halim Tamuri, 2007).

Tematik

Pendekatan tematik ini adalah pengurusan kurikulum dan pembelajaran melalui satu
tema atau topik yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat, latar belakang dan
tahap perkembangan murid(KPM, 2016). Menurut Noriati A.Rashid et al., (2015), pengajaran
menggunakan tema merupakan pengajaran yang disampaikan melalui konsep atau idea yang
besar. Melalui pendekatan ini, murid dapat menganalisis, membuat generalisasi dan
mengaplikasi pengetahuan. Penggabungan pelbagai idea yang berkaitan kepada satu konsep
yang lebih meluas atau tema membolehkan murid menyatukan pelbagai fakta. Pendekatan
tematik memberi peluang kepada murid mengalami pelbagai pengalaman dalam situasi
berlainan.Guru perlu mengenalpasti tema yang hendak dijadikan idea utama untuk pengajaran
bagi satu jangkamasa. Guru menyenaraikan tajuk kecil berkaitan tema dan berdasarkan topik
kecil tersebut guru merancang aktiviti spesifik pada masa yang ditetapkan. Guru perlu
memperkenalkan tema mudah terlebih dahulu sebagai persediaan murid sebelum menerima
yang lebih rumit. Sebaiknya pilih tema yang dekat dengan murid yang dapat memberikan
beberapa pengalaman agar pembelajaran bermakna.

Ciri atau prinsip pendekatan tematik (KPM, 2016; Noriati A.Rashid et al., 2015;
Shahabuddin Hashim et al., 2007):
• Mempunyai tajuk umum yang boleh dikembangkan kepada topik-topik kecil atau
Penggunaan satutema umum merentasi bidang pembelajaran.
• Pemilihan tema berdasarkan kesesuaian tahap murid, situasi tertentu atau peristiwa
semasa.
• Saling berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan pengalaman baru yang diperoleh
secara tersusun dan sistematik
• Kaedah pembelajaran ini berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan
kebolehan murid.

13
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

• Berorientasikan dunia sebenar.

Tujuan pendekatan tematik ialah (Noriati A.Rashid et al., 2015):

1. Strategi berpusat kepada kanak-kanak.


2. Guru dapat mencetus idea yang menarik untuk aktiviti yang dirancang kerana tema dapat
memberi guru arah serta tujuan semasa perancangan aktiviti PdP.
3. Penglibatan murid secara aktif dalam pengajaran secara bertema.
4. Kesinambungan terpelihara, walaupun pelbagai aktiviti dirancang, kesemua aktiviti itu
dikaitkan dengan satu tema yang sama agar murid dapat mengikuti aktiviti dengan mudah.
5. Potensi murid dapat dikembangkan dan dapat pelbagai kemahiran melalui pelbagai aktiviti
kemahiran yang digabungjalinkan.

2.3 PRINSIP PENGELOLAAN ASAS SESI PENGAJARAN:

Mudah kepada susah


Guru menyampaikan isi pelajaran kepada murid dimulakan dengan perkara yang
mudah sebelum menyampaikan yang susah (Shahabuddin Hashim et al., 2007).

Dekat kepada jauh


Guru memberi contoh-contoh yang hampir dengan murid untuk menjelaskan
perkaraperkara yang hampir sama dengan perkara yang diberi.

Perkara yang diketahui kepada yang tidak diketahui


Guru menggunakan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid dan
mengaitkannya dengan pengetahuan dan pengalaman baru (Shahabuddin Hashim et al.,
2007).
Maujud kepada mujarrad
Menjelaskan sesuatu yang mujarrad dengan berfokuskan kepada benda yang maujud.
Sesuatu benda yang wujud yang boleh dipegang , dilihat dan dirasa kepada sesuatu yang
abstrak yang merangsang pemikiran untuk mengetahuinya dengan bukti yang wujud di sekitar
murid. Isi pengetahuan yang dikembangkan hendaklah berasaskan pengetahuan sedia ada
murid.
Contoh:
Guru mengajar bahawa Allah SWT itu wujud dan tanda wujudnya Allah ialah dengan
wujudnya alam ini. Pengetahuan murid yang sedia ada ialah meraka tahu bahawa setiap

14
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

benda ada penciptanya, begitu juga dengan alam ini kerana ianya tidak akan terjadi dengan
sendirinya. Penggunaan prinsip ini dapat mencapai objektif dan pengajaran dapat berjalan
dengan berkesan dan baik.

Khusus kepada umum


Memberi beberapa contoh untuk dibuat generalisasi. Perkembangan isi pelajaran yang
berkesan hendaklah di susun dari sesuatu yang khusus kepada umum. Guru hendaklah
memilih isi pelajaran yang tersusun dari ciri-ciri khusus isi pelajaran.

RUMUSAN
Pemahaman terhadap pengurusan bilik darjah, pengurusan pengajaran dan
pembelajaran dan prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran dan pembelajaran merupakan
elemen yang penting diketahui oleh seseorang guru. Guru yang berkesan harus mempunyai
kemahiran dalam mengurus bilik darjah. Guru harus mengetahui cara mengurus murid,
kemudahan bilik darjah, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya. Guru juga
harus bijak menangani masalah-masalah yang timbul daripada tingkah laku murid yang
negatif. Hal ini akan meningkatkan minat murid untuk belajar seterusnya membentuk tingkah
laku murid ke arah yang lebih baik. Pengajaran dan pembelajaran adalah proses yang
melibatkan interaksi antara guru dan murid. Di mana guru merupakan individu yang
menyampaikan maklumat, ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala murid pula
merupakan individu yang menerima maklumat, ilmu pengetahuan, kemahiran yang
disampaikan oleh guru. Bagi mencapai tujuan tersebut guru perlu menggunakan cara yang
paling sesuai dan berkesan bagi menghadapi kepelbagaian murid di dalam bilik darjah.
Manakala prinspprinsip perkembangan isi pengajaran merupakan perkara yang penting dalam
memilih isi pelajaran yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Rujukan
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2017). KSSR Pendidikan Islam Tahun 6. KPM.
Bahagian Pembangunan Kurikulum, K. (2018). KSSR Pendidikan Islam DSKP Tahun 4. KPM.
Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan Pedagogi. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Ghazali Darusalam. (2001). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Kamarul Azmi Jasmi, & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam : Kaedah pengajaran dan
pembelajaran. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
KPM. (2016). KSPK Pendidikan Prasekolah DSKP.

15
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004
Noriati A.Rashid, Ying, B. P., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2015). Murid dan Alam
Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Shahabuddin Hashim, Rohanizani Yaakub, & Mohd. Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi, Strategi
dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Publications and Distributors
Sdn. Bhd.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

B. Media Digunakan
i. Whatsapp Group / Telegram / eLearning

ii. Masa 2 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekurang-kurangnya 1 jam bagi satu sesi.
(rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelajaran:

i. Strategi Pengajaran (rujuk dalam Agihan Tajuk)

ii. Pendekatan Pendidikan Islam (rujuk dalam Agihan Tajuk)

iii. Prinsip pengelolaan asas sesi pengajaran (rujuk dalam Agihan Tajuk)

C. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

iv. Kesimpulan

D. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

16
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

UNIT 3 APLIKASI KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN AQIDAH DAN SIRAH

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan tentang kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk bidang
Aqidah dan Sirah Sekolah Rendah.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, pelajar dapat :

5. Mengenal pasti dan memahami kaedah dan teknik yang sesuai untuk mengajar subjek
Pendidikan Islam bidang Aqidah dan Sirah.
6. Mengetahui cara pelaksanaan kaedah dan teknik pengajaran Aqidah dan Sirah yang
berkesan.

KANDUNGAN TAJUK 3:

3.0 Definisi Kaedah dan Teknik

3.1 Kaedah pengajaran Aqidah Sekolah Rendah


• Inkuiri Penemuan
• Perbincangan
• Perbahasan
• Forum
• Soal Jawab
• Penerangan / syarahan

3.2 Kaedah Pengajaran Sirah Sekolah Rendah


• Sumbangsaran
• Didik Hibur
• Bercerita
• Lawatan
• Simulasi
• Lakonan
• Dialog

17
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

3.0 DEFINISI KAEDAH DAN TEKNIK

DEFINISI KAEDAH

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran
ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung
(1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai
tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi
mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Abu Saleh (1988) mengatakan
bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang
tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang
terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia
merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran. Kaedah mengajar
ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun
(Mok Soon Sang,1992).

Melihat kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok
Soon Sang (1992), dan Abu Saleh (1988), nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang
ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri penemuan, dan
sebagainya. Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk
semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah
mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih
kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.

Perancangan prosedur tersebut boleh dilakukan dengan cara-cara seperti berikut:


• Kenalpasti terlebih dahulu apa yang akan digunakan.
• Tentukan bahan yang hendak disampaikan mengikut peruntukan masa.
• Tetapkan langkah-langkah mengikut aktiviti yang diperkenalkan
• Susun langkah secara berperingkat

DEFINISI TEKNIK

Teknik merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu kaedah atau
cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran.Ia merangkumi aktiviti, perlakuan dan
kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran. Ia juga ditakrifkan sebagai kemahiran guru
dalam mengelolakan kaedah dan cara menjalankan pelbagai langkah dalam aktiviti
pengajaran. Ia memberi penekanan bagaimana menggunakan sumber-sumber pengajaran

18
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

serta menimbang langkah-langkah pengajaran. Dalam menjalankan apa sahaja kaedah/ teknik
prinsip-prinsip di bawah boleh dijadikan panduan iaitu: melibatkan murid secara aktif,
menggalakkan pengalaman secara langsung, menekankan amalan dan penghayatan,
mengambil kira kebolehan dan kemampuan murid dan menyampaikan pengetahuan dan
pengalaman secara bersepadu.
Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi
yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang
hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Menurut Parrott (1986:5),

“…effective teacher is one who is able to demonstrate the


ability to bring about intended learning goals”.

3.1 KAEDAH PENGAJARAN AQIDAH SEKOLAH RENDAH

Menurut Hanafi (1993: 113), pendidikan aqidah ialah teras penting untuk menanamkan
keyakinan kepada manusia terhadap keesaan Allah dengan mengabdikan diri kepada-Nya dan
merealisasikan tujuan hidup manusia di dunia ini. Justeru, beliau menyenaraikan empat
kepentingan pendidikan aqidah kepada manusia, iaitu membebaskan manusia daripada
perhambaan selain Allah (Al-Nahl,16:36), membersihkan hati dan ruhani (Al-An’am,6:82),
memelihara jiwa dari mengikut hawa nafsu (Al-Jatsiyah.45:23) dan meneguhkan pendirian atau
istiqamah (Hud,11:112) (Kamarul Azmi dan Ab.Halim, 2019).

Bagi membentuk sikap pelajar yang memiliki nilai-nilai murni menjadi insan yang
berguna serta mempunyai daya ketahanan ruhani, guru Pendidikan Islam boleh
menggunakan apa jua kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan
menarik mengikut kesesuaian murid. Berikut adalah antara kaedah dan teknik yang boleh
digunakan untuk mengajar aqidah.

3.1.1 INKUIRI PENEMUAN


Lazimnya kaedah inkuri digunakan oleh guru sains untuk mata pelajaran sains sama
ada di dalam atau di luar makmal. Namun begitu, kaedah ini juga boleh digunakan untuk
pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam. Melalui proses inkuiri dalam mata pelajaran
sains, murid sering dipaksakan untuk menerima skema jawapan yang sedia ada pada guru
melalui eksperimen yang dilakukan oleh guru berkenaan (atau berdasarkan fakta dalam buku
teks). Mengapa saya kata begini? Sesetengah inkuiri sebenarnya boleh dilakukan dengan
tidak melalui eksperimen. Seringkali pemerhatian dan penemuan murid tentang sesuatu

19
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

fenomena, maklumat atau jawapan yang diperolehi tidak sama atau sepadan dengan jawapan
guru sedangkan mereka telah benar-benar melalui proses inkuiri penemuan dalam dunia
sebenar mereka. (Perlu diingat bahawa fakta sains sering berubah dengan penemuan-
penemuan dan bukti baru tentang sesuatu fenomena). Perbezaan yang sedikit telah
diputuskan sebagai salah oleh guru berkenaan. Ini bermakna pengetahuan sains selalu datang
dan diperakui daripada satu pandangan (one point of view).

Sekiranya guru berpegang kepada inkuiri sebagai satu falsafah, guru akan menghargai
pelbagai perspektif yang dibangkitkan oleh murid dalam soalan mereka. Katakanlah guru akan
mengajar tajuk Allah Wujud.

Langkah Pertama:

Guru boleh memaklumkan kepada murid tentang topik yang akan dipelajari dan aktiviti
yang akan mereka lakukan serta memberitahu mereka implikasi menarik yang akan mereka
perolehi dalam pelajaran ini.

Langkah Kedua:

Membina hipotesis (dalam konteks ini, hipotesis tidak digunakan tetapi persoalan
kajian) yang perlu dibina oleh murid (dengan bimbingan guru: pelbagai perspektif persoalan
akan diperolehi daripada murid). Guru perlu menjelaskan bahawa persoalan yang ditimbulkan
bertujuan untuk mengetahui, memahami, mencari bukti atau tanda-tanda kewujudan Allah
dengan berpandukan pandangan (bukan teori) individu yang boleh dipercayai serta signifikan
(menggunakan kaedah pengumpulan data yang sah dan boleh dipercayai).

Antara persoalan yang mungkin timbul adalah:


Siapa Allah?
Betulkah Allah wujud?
Apakah bukti penulisan menunjukkan Allah wujud?
Adakah bukti atau tanda pada alam yang menunjukkan tentang kewujudan Allah?
Bolehkah fenomena alam diterima sebagai bukti kewujudan Allah?
Bagaimana kewujudan manusia boleh menjadi bukti kewujudan Allah?
Apakah pengalaman yang pernah dilalui oleh mereka yang mempercayai tentang
kewujudan Allah?
dan banyak lagi....

Langkah Ketiga:
Setelah murid mempunyai gambaran yang jelas tentang tujuan proses inkuiri, mereka
perlu mempunyai idea bagaimana mencari jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan.
Perbincangan tentang beberapa persoalan akan membantu murid untuk mendapatkan apa

20
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

yang perlu mereka lakukan. Contohnya, pembacaan, kolaboratif, perbincangan dan


sebagainya dengan rakan dan orang yang lebih mengetahui (More Knowledgeable
Others atau MKO).

Langkah keempat:
Setelah mengetahui apa yang perlu dilakukan, murid akan menyenaraikan perkara atau
bahan yang diperlukan. Contohnya senarai soalan (termasuk soalan berkaitan pengalaman
yang pernah dilalui), kitab suci Al Quran, kitab-kitab hasil penulisan ulamak yang boleh
dipercayai dan sebagainya. Sebaiknya guru menyediakan atau menyenaraikan bahan-bahan
bacaan berkaitan (sah dan boleh dipercayai) terlebih dahulu.

Langkah kelima:
Murid akan mengumpulkan data dan membuat analisis penemuan mereka.

Langkah keenam:
Murid membuat perbandingan penemuan atau interpretasi maklumat dengan rakan lain
dan membuat rumusan dengan panduan dan bimbingan guru.

3.1.2 PERBINCANGAN
Satu kaedah yang melibatkan perbualan, mengeluarkan pendapat, bertukar fikiran,
berkongsi maklumat mengenai sesuatu topik atau masalah dengan tujuan mencari
penyelesaian. Dalam pengajaran aqidah misalnya, guru boleh mengadakan sesi perbincangan
dan dialog tentang kekuasaan Allah SWT dan segala ciptaan-Nya. Perbincangan ini boleh
dikaitkan dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Tariq, 86:5-8).

Kaedah perbincangan terbahagi kepada dua jenis iaitu perbincangan formal dan tidak
formal. Perbincangan formal dilaksanakan secara perbahasan, forum, pembentangan kertas
kerja dan sebagainya. Kaedah perbincangan ini terbahagi kepada dua itu:

a) Perbincangan formal
b) Perbincangan Tidak Formal

a) Perbincangan Formal
Biasanya dilakukan secara perbahasan, forum, pembentangan kertas kerja dan sebagainya.
Ciri-ciri perbincangan formal adalah seperti berikut:

 Penentuan penglibatan pelajar .

21
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

 Guru perlu menentukan terlebih dahulu pelajar yang mengambil bahagian seperti
menentukan nama-nama panel dalam forum yang akan diadakan. Begitu juga dengan
tugasan lain semasa forum seperti pengerusi, pencatat dan penjaga masa. Masa yang
mencukupi.
 Murid perlu diberi masa untuk mencari bahan-bahan seperti sumber surat khabar,
majalah, internet dan sebagainya Penglibatan keseluruhan pelajar.
 Guru hendaklah berusaha melibatkan semua pelajar dalam forum supaya mereka
boleh saling mengeluarkan hujah dan menyetakan pendapat mereka, semakin ramai
penglibatan pelajar pengajaran guru akan lebih berkesan
 Aktiviti susulan. Setiap aktiviti perbincangan perlu diikuti dengan aktiviti lain. Dalam
pengajaran akhlak, tajuk forum boleh juga dijadikan tajuk karangan atau esei. Dengan
cara ini pelajar akan lebih memberi tumpuan mereka terhadap perkara itu
 Ulasan guru. Apabila perbincangan telah selesai, guru perlu memberi ulasan dan
pandangan. Isi perbincangan perlu ditambah begitu juga dengan aspek ulasan guru.

b) Perbincangan Tidak Formal


Perbincangan seperti ini tidak memerlukan persiapan rapi sebagaimana situasi formal. Ciri-ciri
perbincangan tidak formal ialah:

 Guru selaku pengerusi.


Guru membuka tajuk perbincangan dan memberi peluang kepada semua murid
memberikan pandangan mereka secara bebas, sebaik-baiknya guru tidak memberikan
peluang tersebut kepada beberapa orang murid sahaja dan pastikan murid pasif ikut
serta memberi pandangan .

 Kawalan Kelas.
Guru yang tegas dan bijak mengawal situasi amat diperlukan supaya murid tidak
berebut dan berlaku pertentangan idea secara serius. Guru perlu menjadikan
perbincangan lebih berdisiplin dan teratur.

Pembahagian Kumpulan.
Selain secara kelas, murid juga boleh dipecahkan kepada kumpulan- kumpulan kecil untuk
membincangkan sesuatu sub topik dan mereka diminta memberi laporan hasil perbincangan
kumpulan tersebut. Kaedah ini amat sesuai dijalankan dalam bidang akhlak. Mereka diajar

22
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

bagaimana cara menyatakan pendapat dan menerima pandangan orang lain. Seterusnya
memupuk sikap saling menghormati pendapat sendiri dan pendapat orang lain. Mereka juga
berpeluang berkerjasama dalam merancang sesuatu sebelum membuat keputusan. Contoh
Kaedah Perbincangan:

1. Permulaan Pengajaran
 Guru mengaitkan masalah semasa yang berlaku dalam masyarakat berpunca dari
akhlak
 Guru perlu memastikan sejauh mana pengetahuan pelajar tentang tajuk yang akan
dibincangkan.

2. Sesi Perbincangan
 Lantik Pengerusi, pencatat dan pelapor
 Pastikan pelajar tahu cara perbincangan dijalankan
 Galakkan pelajar mencatat idea yang disarankan
 Fokus perbincangan kepada tajuk
 Kemukakan persoalan perbincangan
 Minta murid mengemukakan hasil perbincangan
 Membuat rumusan idea-idea perbincangan

3. Penutup
Guru perlu memberikan aktiviti lanjutan ulangkaji untuk kefahaman murid Guru membuat
penilain lanjutan dalam bentuk pemerhatian bagi memastikan pengajaran akhlak lebih
bermakna.

Perlaksanaan Sesi Perbincangan:


Sebelum
 Guru beri penjelasan tentang tugasan dan peraturan perbincangan
 Agih tugas kepada ahli kumpulan.
 Guru bimbing perlantikan pengerusi dan pencatat
 Bantu murid tentukan hala aktiviti perbincangan
Semasa
 Bantu murid bincang pandangan/idea yang dikemukakan
 Awasi perbincangan agar tidak terpesong dari tajuk
 Bantu murid beri idea
 Betulkan kesilapan
 Beri galakan kepada setiap ahli supaya mengambil bahagian

23
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

Selepas
 Guru boleh tamatkan perbincangan setelah setiap kumpulan mempunyai bahan yang
mencukupi
 Hasil perbincangan boleh disusun, disunting dan dicetak untuk diedarkan kepada
semua murid
 Beri ulasan dan rumusan
 Teknik Perbincangan: sesi buzz, sumbangsaran, seminar, forum, Perbahasan

3.1.3 PERBAHASAN
Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian
dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk
semua peringkat pelajar di sekolah menengah. Antara manfaat teknik ini ialah :
1. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan
2. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur
3. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan
laras bahasa yang sesuai.
4. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.
5. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.

Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan
pelajar. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada
perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu
dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.

3.1.4 FORUM
Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk
mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan
secara formal. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana
pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan
kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional. Untuk
menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar
selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.Persediaan yang rapi
perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.

24
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

3.1.5 SOAL JAWAB


Kaedah soal jawab merupakan kaedah dimana guru mengemukakan soalan, manakala
pelajar pula memberi jawapan. Proses pangajaran dan pembelajaran dengan kaedah soal
jawab disepadukan dengan kaedah perbincangan kerana ia dapat menambahkan lagi
keberkesanan pembelajaran. Guru perlulah mempelbagaikan soalan penyoalan berdasarkan
aras soalan iaitu aras rendah dan tinggi. Berikut adalah teknik dalam penyoalan:

a- Soalan perlu jelas dan ringkas


b- Beri masa pelajar berfikir
c- Kemukakan soalan kepada kelas
d- Mulakan dengan soalan tahap rendah
e- Pastikan pelajar mengangkat tangan untuk menjawab
f- Jangan terus menerima jawapan, walaupun betul
g- Kekemukan dahulu soalan sebelum menyebut nama
h- Kemukan soalan susulan (rangsang pelajar agar dapat menjawab soalan dengan
mengemukan kata kunci)
i- Berikan pujian yang berpatutan
j- Elakkan daripada berbohong sekiranya guru tidak mengetahui jawaban (dalam situasi
murid menyoal guru)

3.1.6 KAEDAH PENERANGAN / SYARAHAN / KULIAH


Kaedah ini guru lebih banyak melibatkan diri dalam memberikan huraian, penjelasan
serta penerangan berbanding pelajar. Kaedah ini adalah lebih kepada pendekatan pemusatan
guru, dimana melibatkan guru secara aktif dan murid lebih banyak bergantung kepada guru.
Dalam melaksananakan kaedah ini, guru perlu memberi perhatian terhadap kedudukan pelajar
dalam kelas supaya setiap individu dapat melihat guru dan mendengar percakapannya dengan
jelas. Guru juga perlu bertutur dengan jelas dan terang serta menggunakan bahasa yang
mudah difahami oleh pelajar.

Ciri-Ciri kaedah ini ialah:


i- Untuk memperkenalkan topik baru. Guru terus memberikan penerangan kepada topik
atau tajuk pembelajaran.

ii- Penguraian mudah dan jelas. Isi yang sukar dapat dijelaskan dengan penerangan dan
boleh dilakukan berulang-ulang.

iii- Kawalan kelas berkesan. Guru dapat mengawal kelas dengan baik kerana guru
bersemuka dengan pelajar atau murid.

25
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

iv- Suara guru penting. Suara seharusnya didengari oleh semua murid.

v- Menyoal murid untuk perhatian. Bagi memastikan tumpuan murid guru perlu sekali
sekala menyoal murid.

vi- Latihan mendengar dan menulis. Kaedah ini melatih murid mendengar sambil
membuat catatan.

vii- Kawal masa. Guru dapat mengawal masa pengajaran kerana pengajaran berpusatkan
guru.

viii- Antara teknik yang boleh digabungjalin dengan kaedah ini ialah kaedah/teknik soal
jawab, perbincangan dan bercerita.

Persediaan sebelum : Guru perlu menentukan objektif, bersedia dengan maklumat atau
bahan yang akan disampaikan serta penyusunan isi secara sistematik; memberi gambaran
sepintas lalu melalui pelajaran sebelumnya, arahkan murid supaya bersedia dengan cara
membaca sekurang-kurangnya sehari sebelum pengajaran (Ghazali, 2001:263).

Contoh: Dalam menghuraikan konsep sifat Allah SWT, alam ghaib, alam akhirat, dan lain-
lain, guru perlulah menghuraikan sendiri sifat-Nya dalam bentuk fakta yang tidak boleh
dihuraikan melalui pengajaran berpusatkan pelajar. Ini kerana persoalan aqidah penerangan
sifat Allah adalah bersumberkan wahyu, maka penerangannya tidak boleh datang daripada
pemikiran manusia (Kamarul Azmi dan Ab Halim, 2019: 264).

Namun begitu, untuk menjadikan kaedah ini menarik, guru perlulah menggabungkan
dengan kaedah lain seperti kaedah soal jawab atau perbincangan atau bercerita. Kaedah ini
merupakan kaedah yang paling tua (tradisional) dan sering digunakan sejak zaman Rasulullah
SAW.

3.2 KAEDAH PENGAJARAN SIRAH SEKOLAH RENDAH

Kaedah pengajaran sirah biasanya adalah berorientasikan sejarah. Oleh kerana itu
guru perlu menguasai beberapa kemahiran mengajar supaya pengajaran tersebut menarik dan
berkesan. Kesan daripada pengajaran sirah kepada pelajar ialah pelajar dapat mengambil
pengajaran dan iktibar daripada kisah-kisah yang mereka pelajari. Antara objektif pengajaran
sirah ialah:

26
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

i. Menyedarkan pelajar tentang perjalanan hidup dan perjuangan Rasulullah SAW


menegakkan agama Islam
ii. Mengambil pelbagai pengajaran dan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku ke atas
umat yang terdahulu
iii. Menanamkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW, sahabat dan tabi’in.
iv. Menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat sebagi contoh ikutan yang terbaik
v. Menanamkan semangat dan cintakan Islam melalui muhasabah diri

3.2.1 SUMBANGSARAN

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan
satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat
dan idea. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan
berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat
sekolah menengah, universiti dan latihan profesional. Menekankan pengeluaran idea daripada
pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.

Proses Sumbangsaran

 Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid


 Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas
 Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan
dalam sesi umum.
 Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak
 Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan
 Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
 Suasana perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan.
 Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi
 Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? )
 Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik
 Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan

3.2.2 KAEDAH DIDIK HIBUR

Didik hibur dalam erti kata mudah bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus
Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala
hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Maka didik hibur boleh dirumuskan

27
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

sebagai pendekatan PdP yang menyeronokkan murid. Walaupun murid kelihatan seronok dan
riang bermain tetapi perlu dikawal bagi memastikan objektif PdP tercapai seperti yang
ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang PdP masing-masing agar isi kandungan mata
pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.

Nyanyian merupakan salah satu kaedah yang paling digemari oleh murid kerana
iringan muzik memberi impak kepada nyanyian dan dapat membantu murid menguasai kosa
kata, sebutan, intonasi, rima dan struktur ayat. Aspek nyanyian ternyata dapat menceriakan
sesi pengajaran dan pembelajaran, mengukuhkan aspek kemahiran asas berbahasa serta
membantu murid mengingati apa-apa yang dipelajari dengan mudah. Prinsip semasa
melaksanakan kaedah nyanyian ialah guru memilih lagu yang sesuai, melodi yang mudah
diikuti, sesuai dengan tahap kesediaan dan pencapaian, lagu memiliki jalan cerita, pengajaran,
motivasi dan nilai serta tidak membebankan guru dan murid. Antara lagu yang menarik untuk
dinyanyikan ialah Tiga Kupang, Air Pasang Pagi, Oh Bulan dan Lompat Si Katak Lompat.
Teknik didik hibur di dalam bilik darjah akan menjadikan proses PdP lebih interaktif serta
berpusatkan murid.

Antara kebaikan didik hibur dalam pengajaran adalah

• Sesi pembelajaran yang tidak membosankan murid, sebaliknya membuatkan mereka


merasa gembira atau seronok kerana pengajaran yang disampaikan turut diselitkan
unsur humor atau jenaka, seni atau estetik, permainan, nyanyian, bercerita, puisi,
lakonan dan lain-lain secara sistematik dan terancang.
• Meningkatkan tahap keyakinan murid dan aktif berinteraksi dengan guru kerana ia
berkonsep santai dan berhibur, justeru menjadikan suasana sesi pembelajaran positif
dan murid sentiasa tertunggu-tunggu untuk melalui sesi seterusnya.
• Membentuk iklim pembelajaran yang aktif kerana kanak-kanak dapat membangunkan
kaedah kendiri dalam membentuk hubungan dengan rakan-rakan dan berpeluang
untuk bersaing secara positif.

3.2.3 KAEDAH BERCERITA

Dalam konteks pendidikan kaedah bercerita ialah seorang guru menyampaikan isi
pengajaran dan pembelajaran secara bercerita dalam suasana menghiburkan. Bagaimapun,
guru perlu mematuhi perinsip bercerita supaya ia sesuai dengan murid yang mendengar cerita
tersebut. Antara prinsip bercerita ialah ketika sesi pengajaran dijalankan, guru hendaklah

28
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

bercerita secara ikhlas dan ada unsur dakwah dengan tujuan mendidik murid supaya
berakhlak mulia dan bertakwa kepada Allah swt. Justeru itu, cerita yang dipilih hendaklah
mempunyai unsur didikan dan pengajaran. Elakkan membawa cerita berunsur khayalan, seks,
karut dan khurafat.

Langkah-langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah Bercerita:

o Sediakan senarai tajuk yang sesuai


o Tentukan penyelidikan secara individu atau kumpulan
o Menerangkan dengan jelas cara menjalankan penyelidikan
o Memastikan murid menyediakan soalan sekiraanya melibatkan temubual atau
pemerhatian

Guru hendaklah memastikan:

1. Cerita mestilah mempunyai tema yang sesuai dengan umur, latarbelakang dan
pengalaman murid
2. Mestilah menggunakan bahasa yang sesuai, mudah, tepat dan jelas
3. Plotnya hendaklah disusun atur dari permulaan hingga kesudahannya
4. Penyampain menarik, jelas dengan intonasi yang sesuai
5. Gerak badan dan ekspresi wajah mesti sesuai dengan suasana dan mood cerita seperti
riang, sedih atau marah.

3.2.4 KAEDAH LAWATAN

Kaedah pengajaran yang dilaksanakan dengan cara melakukan kunjungan atau


lawatan sambil belajar di luar kelas biasa. Murid memperoleh pengertian yang jelas dengan
apa yang dilihat dan dialami. Melalui kaedah lawatan boleh menimbulkan minat murid untuk
mengetahui denganlebih lanjut lagi mengenai sesuatu perkara yang tidak dapat dilihat dengan
jelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas. Ciri-ciri:

• Mempelajari sesuatu yang tidak boleh dibawa atau dipindahkan ke bilik darjah
• Menarik minat dan menumpukan kepada situasi atau masalah yang memerlukan
kajian
• Mendapat gambaran yang sebenar tentang amalan dan tindakan operasi kerja
secara realistik
• Menghubungkan teori dengan praktikal

29
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

3.2.5 KAEDAH SIMULASI


Kaedah simulasi ialah melakukan satu situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal
dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar. Tujuan kaedah simulasi:
o Meningkatkan kebolehan pelajar mengaplikasikan konsep tertentu dalam
menjalankan latihan menyelesaikan maslah.
o Menilai pendapat atau pandangan orang lain
o Membolehkan mereka berinteraksi sesama sendiri untk menyelesaikan masalah
o Melatih murid berkomunikasi secara spontan, dilatih menyusun ayat dan
menggunakan sebutan yang tepat.

Prinsip-Prinsip Simulasi:
Teknik yang boleh dilaksanakan untuk kaedah simulasi ialah main peranan iaitu
• Satu lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa skrip
• Menggunakan situasi- murid-murid dikehendaki membayangkan situasi yang
dikehendaki dan
• Melakonkannya secara spontan. Tempoh lakonan hendaklah pendek, antara
lingkungan 5-6 minit sahaja kerana konsep main peranan untuk menyelesaikan satu-
satu masalah sahaja
• Selepas main peranan, hendaklah dilaksanakan penilaian prestasi pelakon-pelakon
dan rumusan cara penyelesaian masalah.

Antara tajuk yang sesuai untuk bidang Sirah seperti tajuk Peristiwa meletakkan Hajar
al-Aswad, Perjanjian Hudaibiyah dan Hijrah. Secara spesifik kaedah ini membantu/melatih
murid-murid menguasai:
o Kemahiran komunikasi dan bersosial
o Mengubah sikap negatif dan membina sikap positif,
o Kemahiran berfikiran secara kritis dan kreatif
o Perkaitan isi pelajaran dengan aspek afektif (emosi)

Selepas lakonan, diadakan aktiviti perbincangan untuk dianalisis watak-watak lakonan dan
dibuat rumusan.

3.2.6 KAEDAH LAKONAN


Kaedah lakonan merupakan kaedah pengajaran berbentuk drama pendek atau sketsa
melibatkan lebih dua orang pelajar. Setiap pelajar melakonkan watak dan peranan yang

30
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

diperlukan mengikut skrip atau isi pengajaran. Sebagai contoh dalam pengajaran Sirah, pelajar
diminta melakonkan watak Sayyidina Abu Bakar dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj dan Hijrah ke
Yathrib / Madinah. Pelajar terpilih melakonkan watak tersebut dan murid lain
memerhatikannya. Dalam kaedah ini, murid-murid menjalankan aktiviti lakonan dan berpeluang
merasai sendiri situasi dan masalah. Murid juga digalakkan membuat keputusan berdasarkan
maklumat yang dikumpulkan semasa sesi lakonan dijalankan.

Pada akhir pelajaran guru dan murid akan memberi ulasan. Melalui kaedah ini juga
pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan seperti kemahiran lisan, membuat nota dan
catatan, menulis dan mengarang serta kemahiran membuat keputusan.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam kaedah lakonan ialah:
1. Peristiwa yang sesuai
2. Pelakon hendaklah memahami situasi
3. Penjelasan kepada penonton tentang apa yang akan mereka saksikan nanti
4. Pelakon yang sesuai
5. Lakonan secara bebas, tidak perlu terikat dengan skrip.
6. Guru perlu membimbing mereka supaya tidak tersasar.
7. Perbincangan selepas lakonan supaya pelajar benar-benar memahami
8. Peristiwa yang mereka pelajari.

3.2.7 KAEDAH DIALOG

Kaedah dialog atau soal jawab merupakan salah satu kaedah dalam pengajaran yang
melibatkan interaksi antara guru dan murid. Menurut Sulaiman Ngah Razali (2001) kaedah
menyoal bukan sahaja untuk menilai kefahaman murid terhadap kandungan pengajaran,
bahkan terdapat beberapa 7 tujuan lain seperti menggerakkan minda, membetukan kesilapan
murid, merentas kandungan pembelajaran, menggalakkan mutu pemikiran yang tinggi,
mengekalkan perhatian murid, mengerakan interaksi menyelesaikan masalah, mengaitkan
dengan tajuk sebelumnya dan memberi kesedaran. Kaedah yang melibatkan penglibatan
murid ini juga berupaya membina rasa percaya dan yakin pada diri murid (Zawawi Ismail et al.
2011).

Hal ini seperti yang digambarkan dalam dialog Nabi s.a.w. bersama para wanita,
seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (1987, no. hadis:298) yang bermaksud: Wahai
wanita! Hendaklah kalian bersedekah, kerana Aku telah diperlihatkan oleh Allah s.w.t. bahawa
golongan wanita adalah teramai di neraka. Para wanita bertanya: Mengapakah wahai

31
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

Rasulullah s.a.w.? Jawab Baginda s.a.w.: kalian banyak melaknat dan mengingkari suami.
Nabi bersabda lagi: Aku tidak pernah melihat kaum wanita yang kurang akal dan agamanya
yang mampu menewaskan golongan lelaki yang bijak di kalangan kamu. Mereka bertanya lagi:
apakah kurang agama dan akal kami wahai Rasulullah s.a.w.? Sabda Baginda s.a.w.:
bukankah penyaksian perempuan itu cuma menyamai setengah penyaksian seorang lelaki?
Mereka menjawab: benar! Itulah bukti kurangnya akal mereka, jelas Baginda s.a.w.

Terdapat di dalam al Quran, ayat-ayat yang menerangkan cara terbaik untuk mengajak
manusia kepada beriman kepada jalan Allah dengan menggunakan hikmah, nasihat dan
berbincang/berdialog dengan baik.
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah, nasihat yang baik
dan berdialoglah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu
Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan
Dialah yang lebih mengetahui orangorang yang mendapat petunjuk”.
(Surah An-Nahlu : 125)

Masa Rehat !

Rujukan:

Al-Quran al-Karim
Abu Saleh, Muhibuddin Ahmad (1988). Asasiyat fi turuq at-tadris al-`ammah. Riyadh: Dar Al-
Huda.
Al-Bukhari Muhammad bin Ismail Abu Abdullah. (1987). Sahih al-Bukhari (Ed. Ke-3 ed.).
Beirut: Dar Ibn Kathir
Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur:
Pustaka Antara.
Kamarul Azmi Jasmi dan Ab Hakim Tamuri (2019). Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM.
Mok Soon Sang (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran mikro. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman.
Parrot, Elizabeth (1986). Effective teaching. London & New York: Longman, 7th ed.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu pendidikan: pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann, ctk. 4.
Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, & Mohd Ala-Uddin Othman.
(2011). Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Di SMKA. GEMA Online™
Journal of Language Studies, 11(2), 67-82.

32
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

UNIT 4 PERANCANGAN PENGAJARAN (RPH) BIDANG AQIDAH DAN SIRAH

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan mengenai pembinaan rancangan pengajaran semester dan harian
bagi bidang Aqidah dan Sirah dan kepentingannya kepada guru, maklumat umum dan khusus
yang mesti ada dalam penulisan rancangan pengajaran yang dirancang.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, pelajar dapat :

7. Menjelaskan tujuan penyediaan rancangan pengajaran semester (RPS) dan harian (RPH).
8. Mengenal pasti maklumat umum dan khusus yang perlu ada dalam sesuatu perancangan
semester dan harian.
9. Menyediakan RPH Aqidah dan Sirah Pendidikan Islam yang kreatif dan inovatif dengan
mengaplikasikan kaedah dan teknik PdP PAK21.

KANDUNGAN TAJUK 4 :

4.1 Rancangan Pengajaran

4.1.1 Rancangan Pengajaran Semester (RPS)


4.1.2 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

4.2 Persediaan Pengajaran Harian

4.2.1 Keperluan Persediaan


4.2.2 Isi kandungan Rancangan Pengajaran Harian

4.3 Contoh RPH Aqidah dan Sirah

4.3.1 RPH Aqidah


4.3.2 RPH Sirah

33
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

4.1 RANCANGAN PENGAJARAN

Rancangan pengajaran merupakan suatu rangka kerja program pembelajaran yang dicerakin
daripada sukatan pelajaran (DSKP) dan disusun atur dengan teliti yang disediakan oleh guru
sebagai panduan bagi melaksanakan PdP di dalam bilik darjah (Kamarudin dan Siti Hajar,
2003 dalam Kamarul Azmi dan Ab Halim (2019). DSKP perlu dijadikan rujukan utama dalam
menentukan tahap, kadar dan skop kemahiran bagi satu tahun pengajaran. Rancangan
pengajaran ini terdiri daripada rancangan semester dan rancangan pengajaran harian.
4.1.1 Rancangan Pengajaran Semester (RPS)

Rancangan pengajaran ini dibina daripada rangka kerja setahun bagi satu semester (Kamarul
Azmi dan Ab Halim, 2019). Biasanya rancangan semester ini disediakan selepas ditolak
semua cuti umum dan cuti hujung minggu dan hari aktiviti sekolah, ujian dan peperiksaan
sebagaimana yang tercatat dalam kalendar sekolah. Baki ndaripada hari bersekolah tersebut
kemudiannya dirancang untuk rancangan pengajaran semester.

Guru Pendidikan Islam boleh menyusun rancangan pengajaran mengikut kesesuaian


tajuk dengan situasi sepanjang tahun. Sebagai contoh, tajuk tokoh seperti Rasulullah S.A.W
boleh diletakkan dekat dengan hari sambutan kelahiran baginda, tajuk sifat Qudrat Allah boleh
diletakkan dekat dengan Peristiwa Israk dan Mikraj dan sebagainya.

Rancangan pengajaran semester ini mengandungi :

(1) Objektif yang hendak dicapai bagi satu semester mengikut minggu pembelajaran
(2) Senarai kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid bagi suatu semester/minggu.
Kemahiran ini hendaklah melihat kepada penguasaan murid dari tahap rendah atau
mudah ke tahap yang tinggi atau susah berdasarkan dokumen standard pembelajaran.
(3) Perincian isi kandungan yang dipilih daripada dokumen standard kandungan
(4) Ruangan catatan

4.1.2 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Rancangan Pengajaran Harian merupakan pembahagian rancangan kerja mingguan kepada


harian secara terperinci.satu rancangan untuk satu unit PdP yang padu. Biasanya direka
bentuk untuk disempurnakan dalam satu sesi PdP di dalam bilik darjah (Kamarul dan Ab
Halim, 2019).

34
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

4.2 Persediaan Pengajaran Harian (RPH)

Rancangan ini mengandungi maklumat umum pengajaran seperti subjek, tajuk, tarikh, hari,
kelas, masa, tajuk besar dan subtajuk, jumlah murid, objektif, bahan bantu mengajar, msklumat
sedia ada pada murid, isi pengajaran, induksi set, kemahuran yang hendak diterapkan, aktiviti
yang disusun mengikut urutan yang mengandungi pendekatan dan kaedah PdP dan
penggunaan BBM selain anggaran kadar masa yang diperlukan bagi sesuatu objektif.

4.2.1 Keperluan Persediaan

Mengapa guru perlu menyediakan Persediaan Mengajar?

(1) Objektif pelajaran dapat difokuskan kepada pencapaian satu unit pelajaran

(2) Perancangan dan persediaan lebih teratur

(3) Kaedah pengajaran yang sesuai dapat ditentukan agar pengetahuannya dapat
disalurkan dengan baik kepada murid.

(4) Bahan bantu mengajar dapat disediakan sebelum kelas dimulakan.

(5) Dapat mengingati isi pelajaran yang akan diajar dan menyampaikannya dengan yakin

(6) Dapat memahami secara mendalam isi yang hendak diajar

(7) Memberi pnduan kepada guru ganti jika guru yang menyediakan persediaan mengajar
tidak hadir.

(8) Sebagai rujukan untuk meneguhkan kekuatan dan membaiki kelemahan pada rancangan
pelajarann yang lepas.

(9) Mengukur kebolehan diri dari segi kemampuan melaksanakan RPH yang dirancang.

(10) Menentukan ketepatan objektif pengajaran, isi, masa yang cukup, kaedah dan teknik
yang selaras dengan alat dan aktiviti.

(11) Membantu guru merancang aktiviti dan gerak kerja susulan.

(12) Bertindak sebagai senarai semak yng membolehkan guru mengenal pasti sama ada
butiran penting yang berkaitan dipenuhi atau tidak.

Rumusannya, rancangan pengajaran harian amat penting dilaksanakan agar segala


kemahiran dan pengetahuan mampu dikuasai oleh pelajar secara optimum.

35
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

4.2.2 Isi Kandungan Rancangan Pengajaran Harian

RPH merupakan persediaan lengkap yang disediakan oleh guru sebelum mereka benar-benar
mengajar. Untuk membuat persedian mengajar guru perlu memastikan perkara berikut ditulis
dengan lengkap dan sempurna:

(1) Maklumat umum


(2) Penulisan objektif
(3) Bahan bantu Mengajar
(4) Pengetahuan sedia ada murid
(5) Isi pelajaran
(6) Kefahaman dan Kemahiran
(7) Aktiviti guru dan murid bagi setiap langkah
(8) Ruangan catatan
(9) Penutup Pengajaran
(10) Tugasan lanjutan
(11) Refleksi

4.2.2.1 Ruangan Maklumat Umum


Ruangan ini menyenaraikan perkara penting tentang sesi PdP sperti mata pelajaran, subtajuk,
kelas, tarikh, masa kelas, dan jumlah kehadiran murid.

4.2.2.2 Ruangan Penulisan Objektif


Objektif PdP merujuk lepada pengetahuan dan kemahiran yang perlu dicapai atau dikuasai
oleh murid selepas sesuatu sesi PdP (Panduan Latihan Mengajar (PLM), 2004). Objektif ini
juga dirujuk sebagai hasil pembelajaran yang dijangka dikuasai oleh murid dalam
pembelajaran sesuatu tajuk pembelajaran (Ahmad, 2004:240).
Asas objektif hendaklah boleh diukur dicapai dalam jangka waktu yang ditetapkan
dengan mengambil kira tiga aspek berikut:
1) Hasil yang akan diperoleh oleh murid. Contohnya: “murid dapat ...
2) Prestasi dan tingkah laku murid yang dapat dilihat atau diukur selepas menjalani sesi
PdP. Contohnya: mentakrif, menyenarai, mensimlasikan atau sebagainya.
3) Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkah laku. Contohnya: dari segi
bahasa dan istilah, secara tertib dan sebagainya.

36
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

Dalam penulisan objektif, aras objektif amat dititikberatkan supaya menjurus dari aras
yang mudah kepada aras yang sukar. Oleh itu pemilihan kata kerja yan sesuai dengan tingkah
laku yang boleh diukur mestilah diberi perhatian dalam penulisan objektif seperti dinyaakan
dalam Jadual 4.2.

Jadual 4.2 Kata Kerja yang Sesuai untuk Penulisan Objektif PdP
Aras Contoh Aras Contoh

Mengingat Menamakan Analisis Membezakan

Menerangkan Mncerakinkan

Mengenal Menganalisis

Mentakrif Memperincikan

Menyebutkan Membandingkan

Membaca Menyelesaikan

Mencatatkan Mencirikan

Memahami Menterjemahkan Menilai Membandingkan

Mentafsir Memilih

Menjelaskan Menilai

Membincangkan Menganggarkan

Melaporkan Menyatakan pendapat

Mengemukakan Memberikan hujjah

Mengaplikasi Menggunakan Mencipta Merancang

Menggambarkan Membentuk

Menyenaraikan Menyusun semula

Menunjuk cara Membuat laporan

Menjelaskan dengan Merumus


contoh

Sumber: Buku Panduan Pentaksiran, 2019: 76

37
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

4.2.2.3 Ruangan Penulisan BBM


Bahan bantu mengajar perlu disediakan oleh guru dengan sempurna. Contohnya, jika guru
menggunakan kad manila, guru perlu menulis BBM dengan ringkas tajuk kandungan BBM
tersebut. Guru boleh menulis seperti berikut:
1) Kad Manila: Allah Al-Rahman al-Rahim
2) Slaid power point: Silsilah Nabi Muhammad SAW

4.2.2.4 Penulisan Pengetahuan Sedia Ada


Pengetahuan sedia ada merujuk kepada pengetahuan atau kemahiran asas yang menjadi
prasyarat pembelajaran yang ingin diajar yang dimiliki oleh murid sebelum mempelajari
sesuatu tajuk (Ahmad, 2004). Sebagai contoh, perbincangan tentang Allah a-Rahman al-
Rahim lebih mudah difahami sekiranya murid telah mempelajari rukun-rukun iman. Prasyarat
inilah nyang perlun diajarkan dahulu dan dimasukkan dalam lajur pengetahuan sedia ada
untuk PdP sterusnya, iaitu Allah al-Rahman al-Rahim.
Selain itu, guru juga boleh memasukkan dalam ruangan ini tugasan yang diberikan
kepada murid semasa sesi PdP yang lepas untuk kegunaan sesi PdP pada masa itu. ini
memudahkan guru mengingat kembali tugasan tersebut dalam aktiviti guru-murid dalam
rancangan mengajarnya.

4.2.2.5 Lajur Penulisan Isi Pelajaran


Isi pelajaran merangkumi segala konsep, prinsip, fakta atau apa yang perlu disampaikan dalam
sesuatu PdP. Isi yang akan disampaikan perlu dinyatakan selaras dengan objektif pengajaran.
Isi pelajaran yang disediakan perlu sesuai dengan tajuk dan disusun mengikut tertib
perkembangan PdP (PLM,2004).

4.2.2.6 Ruangan Kefahaman dan Kemahiran


Kefahaman melibatkan aspek celik akal yang diperoleh murid mengenai tajuk yang dipelajari
sepanjang proses PdP. Kemahiran pula kebolehan murid untuk melakukan sesuatu
menggunakan teknik yang betul dan selamat.
Aspek kefahaman melibatkan domain kognitif dan afektif yang ada dalam pemikiran
murid. Ianya berbeza dengan objektif pengajaran kerana kefahaman memberi tumpuan
kepada aspek dalaman seperti memahami, mengetahui, menginati, menghargai, menyedari
dan sebagainya yang tidak boleh diukur pada masa sesi PdP. Oleh itu aspek ini perlu ditulis
selaras dengan objektif PdP (pernyataan yang boleh diukur).

38
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

Aspek kemahiran pula melibatkan domain psikomotor. Dalam mata pelajaran


Pendidikan Islam, kemahiran merujuk kepada kemahiran amali yang perlu dikuasai murid
sepanjang proses PdP. Ia juga perlu ditulis selaras dengan objektif pengajaran (PLM, 2004).

4.2.2.7 Lajur Aktiviti Guru dan Murid


Aktiviti guru dah murid merujuk kepada senmua aktiviti yang dilaksanakan oleh guru dan murid
sepanjang proses PdP, untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. aktiviti ini perlu
dirancang dengan kemas dan tersusun, mengikut urutan objektif dan isi pelajaran.
Penggunaan BBM dan soalan penilaian yang penting mesti dicatat satu persatu apabila
digunakan dalam sesi PdP (PLM, 2004). Aktiviti yang dirancang perlu melibatkan murid secara
aktif agar pengetahuan dan kemahiran mengenai tajuk benar-benar dikuasai oleh murid.
Menurut Panduan Pendidikan Islam (2003), guru perlu membuat persediaan aktiviti
guru murid ini dengan pembahagian kepada tiga aras (rendah kepada yang sukar) dan tiga
tahap iaitu tahap memperkenalkan konsep, tahap keterangan isi pengajaran dan tahap
kemahiran.
Selain itu, perancangan penilaian juga perlu ada bagi setiap aktiviti berdasarkan
objektif. Maksudnya, aktiviti bagi setiap saru objektif perlu diakhiri dengan penilaian untuk
memastikan pencapaian objektif tersebut. Bagi aktiviti yang berpusatkan murid, penglibatan
murid seperti membentang, emberikan idea dan melakukan kerja yang berkreativiti sudah
melambangkan kejayaan dalam pencapaian objektif tersebut dan tidak perlu lagi penilaian
akhir.

4.2.2.8 Ruangan Catatan


Ruangan catatan digunakan oleh guru untuk segala ulasan yang berkaitan dengan isi
pelajaran, kemahiran, pendekatan, EMK, kaedah, BBM, dan nilai yang diterapkan dalam
aktiviti yang dijalankan dalam PdP. Semua perkara tersebut ditulis secara ringkas sahaja
mengikut susunan aktiviti guru murid.

4.2.2.9 Ruangan Penutup


Pada peringkat akhir PdP, guru perlu memberi pengukuhan terhadap pembelajaran murid.
Terdapat dua jenis penutup Pdp iaitu:
1) Penutup kognitif

39
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

Aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dalam penutup kognitif ialah merumus dan
mengulang segala isi atau fakta penting dengan menggunakan carta, pemetaan konsep,
aktiviti susulan, atau aktiviti soal jawab sebagai pengukuhan.

2) Penutup sosial
Pelaksanaan penutup sosial ialah dengan menimbulkan perasaan pencapaian murid,
memberi peneguhan positif, mewujudkan perasaan ingin tahu dan belajar mengaitkan
dengan pelajaran yang akan datang.

4.2.2.10 Ruangan Tugasan


Sebelum ssi PdP selesai, guru perlu memberikan aktiviti pengukuhan kepada murid bagi
memperkaya dan meneguhkan PdP yang telah dipelajari. Antara aktiviti yang boleh dijalankan
ialah:
1) Menyediakan beberapa soalan atau kerja rumah bagi tajuk yang berkaitan
2) Membuat laporan atau sesuatu projek berkaitan dengan tajuk sama ada secara individu
atau kumpulan seperti melengkapkan silsilah keluarga menggunakan teknik temu bual
3) Membuat persediaan dengan membaca, mengkaji atau mencari bahan untuk prlajaran
yang akan datang.

Hasil tugasan mestilah berbentuk penulisan yang boleh didokumenkan supaya boleh
dinilai. Selain itu, guru pelu juga menyatakan dengan jels tarikh tugasan perlu dihantar dan di
mana perli dihantar.

4.2.2.11 Penulisan Refleksi


Membuat refleksi atau muhasabah terhadap kekuatan dan kelemahan kerta kekurangan yang
didapati dalam satu-satu pengajaran merupakan sifat guru yang cemerlang. Kekurangan dan
kelemahan dalam PdP perlu disertakan dengan cadangan penambahbaikan. Cadangan
tersebut akan mendorong guru untuk merancang pengajaran yang lebih berkesan pada masa
akan datang.

40
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

TUGASAN

TUGASAN PERBINCANGAN

i. Bincangkan ciri-ciri penulisan objektif pembelajaran yang baik.


ii. Bincangkan maksud penulisan reflektif dan kepentingannya dalam pengajaran dan
pembelajaran.
iii. Hasilkan satu Rancangan Pengajaran Semester bagi bidang Aqidah Tahun 3
sekolah kebangsaan.

4.3 Contoh RPH Aqidah dan Sirah

4.3.1 Contoh RPH Aqidah

)‫ڨنديديقن إسالم (عقيده‬ ‫مات فالجرن‬

‫برايمان كڨد مالئكة‬ ‫تاجوق‬

‫ ابو بكر‬2 ‫كلس‬

‫ ڨاݢي‬8.40 – 9.40 ‫ماس‬

13.6.2019 ‫تاريخ‬

‫اورڠ‬ / 35 ‫كداتڠن‬

.‫مڠايماني كونسيڨ مالئكة دان مڠڨليكاس ي دالم كهيدوڨن هارين‬ 2.3 ‫ستندرد كاندوڠن‬

‫ مپاتاكن ڨڠرتيان مالئكة‬2.3.1 ‫ستندرد ڨمبالجرن‬

‫ ممباچ دليل نقلي تنتڠ كوجودن مالئكة‬2.3.2

‫ مالئكة‬٢‫ مپنارايكن نام‬2.3.3

41
‫‪PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1‬‬ ‫‪PIMKD2093‬‬

‫‪ 2.3.4‬مڠاناليسيس توݢس‪ ٢‬مالئكة‬

‫ڨد اخير ڨ & ڨ موريد داڨت ‪:‬‬ ‫اوبجيكتيف ڨ& ڨ‬

‫‪ )1‬منديفينيسيكن مقصود مالئكة دڠن تڨت‬

‫‪ )2‬ممباچ دليل نقلي تنتڠ كوجودن مالئكة دڠن فصيح دان برتجويد‬

‫‪ )3‬ممبيذاكن انم صيفت مالئكة دان مأنس ي مڠݢوناكن ݢرافيك ڨربيذاءن‬

‫‪ )4‬مڠاناليسيس نام دان توݢس‪ ٢‬مالئكة سچارا بركومڨولن‬

‫موريد تله ممڨالجري تنتڠ كواجيڨن برايمان كڨد هللا‪ ،‬ڨنچيڨتا سكلين مخلوق‬ ‫ڨڠتاهوان سديا اد‬

‫ترماسوق مالئكة‬

‫سني موزيك‬ ‫ڨپرڨن علمو‬

‫‪ .1‬كأوسهاو انن‬ ‫ايليمن مرنتس‬

‫‪ 1.8‬كسڠݢوڨن بالجر درڨد كسيلڨن‬ ‫كوريكولوم‬

‫‪ 1.11‬بردايا ساءيڠ‬ ‫(إي ‪ .‬م ‪ .‬ک)‬

‫كرتس سيبق ‪ /‬مانيال كد‪ /‬كرتس ايدرن ‪ :‬مالئكة دان توݢس‪ -‬توݢسث‬ ‫باهن بنتو مڠاجر‬

‫كد ايمبسن ‪ ،‬چكرا ڨادت نشيد حجاز (البوم كأيذيننمو) ‪ ،‬ڨماءين ‪CD‬‬

‫‪42‬‬
‫‪PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1‬‬ ‫‪PIMKD2093‬‬

‫چاتتن‬ ‫اكتيؤيتي ڨڠاجرن ‪ -‬ڨمبالجرن‬ ‫ايس ي ڨالجرن‬ ‫لڠكه ‪ /‬ماس‬


‫نيالي مورني‪ :‬خشوغئ‬ ‫‪ o‬موريد برديري دان ممباچ‬ ‫دعاء بالجر ‪:‬‬ ‫مقدمة‬
‫دعاء بالجر‪.‬‬
‫ي‬ ‫ي‬ ‫(‪ 5‬مينيت)‬
‫رب اشرح لي صدر ويسرلي امر ‪o‬‬
‫وحلل عقدة من لساني يفقهوا‬
‫قولي ‪ .‬ربنا زدنا علما نافعا‬

‫باهن بنتو مڠاجر ‪:‬‬ ‫‪ o‬موريد دمينتا مپاپيكن‬ ‫نشيد ‪ 10‬مالئكة (حجاز)‬ ‫سيت ايندوكس ي‬
‫برسام‪-‬سام نسيد ‪10‬‬
‫‪ CD‬نشيد حجاز دان‬ ‫سوءالن‪:‬‬ ‫( ‪ 5‬مينيت )‬
‫مالئكة يغ دڨردڠركن‪.‬‬
‫فماءين ‪C‬‬ ‫‪ o‬ݢورو ممينتا موريد مڠيڠت‬ ‫‪ .1‬اڨاكه تيما اوتام نشيد‬
‫نام‪ ٢‬دان ڨكرجاءن مالئكة‬
‫ترسبوت؟‬
‫يڠ دنشيدكن‪.‬‬
‫قاعده ‪:‬‬ ‫‪ o‬ݢورو مڠاءيتكن سوءالن‬ ‫‪ .2‬سبوتكن نام‪ ٢‬مالئكة دان‬
‫دڠن تاجوق ڨڠاجرن‪.‬‬ ‫ڨكرجاءن مريك يڠ كامو ايڠت‪.‬‬
‫‪ -‬سوءال جواب‬
‫‪ -‬ڨنرڠن‬ ‫‪ .3‬براڨاكه جومله مالئكة يڠ‬
‫ترداڨت دالم نسيد تادي؟‬

‫قاعده ڨ دان ڨ ‪:‬‬ ‫‪ o‬ݢورو ممبينچڠكن دليل‬ ‫• دليل كوجودن مالئكة ‪:‬‬ ‫لڠكه ‪1‬‬
‫وءمنو َن ٌ َ َ‬ ‫ُ‬
‫كوجودن مالئكة سباݢايمان‬ ‫باهلل‬
‫كل ءامن ِ‬ ‫وامل ْ ِ‬ ‫(‪ 15‬مينيت)‬
‫‪ -‬ڨربينچڠن‬ ‫َ‬
‫ترداڨت دالم القرءان‪.‬‬ ‫و َمل ِئك ِت ِه ‪(....‬سورة البقرة ‪:‬‬
‫‪ -‬سوءال جواب‬ ‫‪ o‬ݢورو يرسوءال جواب دڠن‬
‫‪ -‬التيه توبي ممباچ‬ ‫‪) 285‬‬
‫موريد‪.‬‬
‫‪ o‬ڨنرڠن ݢورو مڠناءي‬ ‫• ڨڠرتيان مالئكة ‪:‬‬
‫فغرتيان مالئكة دان حكوم ب‪.‬ب‪.‬م ‪ :‬ساليد ڨاءور‬ ‫جيسم هالوس يڠ تربنتوق درڨد‬
‫برايمان كفداث برداسركن‬ ‫چهاي يڠ سنتياس طاعت دالم‬
‫ڨوءين ت‬
‫دليل نقلى‪.‬‬
‫ملقساناكن ڨرينته هللا سبحانه‬
‫‪ o‬موريد ممباچ ڨڠرتيان‬
‫وتعالى‬
‫مالئكة سچارا التيه توبي‬
‫ڨنرڨن نيالي ‪:‬‬ ‫دڠن بيمبيڠن ݢورو‬ ‫• حكوم ممڨرچاياءيث ‪ :‬واجب‬
‫‪ -‬تاكوت كفد هللا‬ ‫• سوءالن‪:‬‬

‫‪43‬‬
‫‪PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1‬‬ ‫‪PIMKD2093‬‬

‫‪ -‬استقامه مالكوكن عمل‬ ‫‪ -‬مڠاڨ هللا منچيڨتا مالئكة‬


‫باءيق‬ ‫سدڠكن دي مها بركواس‬
‫مڠوروسكن عالم تنڨا‬
‫مريك؟‬
‫‪ -‬اڨاكه مالئكة ايت؟‬
‫‪ -‬اڨاكه حكوم برايمان‬
‫كڨداث؟‬
‫ك‪.‬ب‪.‬ك‪.‬ك ‪:‬‬ ‫‪ o‬موريد (بركومڨولن) دمينتا‬ ‫فربيذاءن انتارا مالئكة دغن‬ ‫لڠكه ‪2‬‬
‫مپنارايكن ڨربيذاءن انتارا‬ ‫مأنس ي‬
‫ممبيذاكن انتارا مالئكة دان‬ ‫(‪ 10‬مينيت)‬
‫صيفت مالئكة دڠن صيفت‬
‫مأنس ي‬ ‫مأنس ي مڠݢوناكن ݢرافيك‬ ‫مأنس ي‬ ‫مالئكة‬
‫ڨربيذاءن‪.‬‬ ‫برجنتينا‬ ‫تياد جنتينا‬
‫قاعده ‪:‬‬
‫‪ o‬ڨربينچڠن جواڨن موريد‬ ‫بركهوين‬ ‫تيدق‬
‫‪ -‬ڨربينچڠن ‪ /‬سومبڠ‬ ‫سلڨس سيس ي ڨمبنتڠن‬ ‫بركهوين‬
‫سارن‬ ‫برداسركن نوتا يڠ دسدياكن‬ ‫ماكن دان‬ ‫تق ماكن &‬
‫‪ -‬التيه توبي‬ ‫اوليه ݢورو‪.‬‬ ‫مينوم‬ ‫مينوم‬
‫ب‪.‬ب‪.‬م ‪ :‬سالءيد ڨاءور‬ ‫‪ o‬موريد ممباچ ڨربيذاءن‬ ‫تيدور‬ ‫تيدق تيدور‬
‫ڨوءين ت‬ ‫صيفت مالئكة دڠن مأنس ي‬ ‫جيسيم‬ ‫جيسيم‬
‫سچارا التيه توبي‬ ‫كاسر‬ ‫هالوس‬
‫اد موءمن‬ ‫سنتياس‬
‫دان اد يڠ‬ ‫برعباده كڨد‬
‫كفور‬ ‫هللا‬
‫ب‪.‬ب‪.‬م ‪:‬‬ ‫‪ o‬موريد دڨردڠركن سموال‬ ‫نام‪ ٢‬مالئكة دان توݢسث ‪:‬‬ ‫لڠكه ‪3‬‬
‫نشيد ‪ 10‬مالئكة پاپين‬
‫‪ CD -‬نشيد‬ ‫( ‪ 20‬مينيت )‬
‫كومڨولن حجاز‪.‬‬ ‫ممباوا وحى‬ ‫جبريل‬
‫‪ -‬كد كليمه‬ ‫‪ o‬موريد مپاپيكن نشيد‬ ‫منورونكن‬ ‫ميكائيل‬
‫براماي‪-‬راماي سمبيل‬ ‫رزقي‬
‫‪ -‬كد مانيال ‪ :‬مالئكة دان‬
‫مڠيڠتي نام مالئكة دان‬ ‫منيوڨ سڠكا‬ ‫اسرافيل‬
‫توݢس‪ -‬توݢسث‬
‫توݢسث سباپق ‪ 3‬كالي‪.‬‬ ‫كاال‬
‫‪ -‬كرتس سيبق ‪ /‬ماجوڠ‬ ‫منچابوت پاوا‬ ‫عزائيل‬
‫‪ o‬موريد دبهاݢيكن كڨد ليم‬
‫‪ -‬ساليد ڨاءورڨوءين ت‬ ‫كومڨولن اونتوق مميليه‬ ‫منچاتت‬ ‫رقيب‬
‫كد كليمه نام مالئكة دان‬ ‫عمل باءيق‬

‫‪44‬‬
‫‪PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1‬‬ ‫‪PIMKD2093‬‬

‫قاعده ڨ & ڨ ‪:‬‬ ‫ممادنكن دڠن توݢسث‬ ‫منچاتت‬ ‫عتيد‬


‫‪ o‬ستله سلساي ‪ ،‬ستياڨ‬ ‫عمل بوروق‬
‫‪ -‬ڨربينچڠن كومڨولن‬ ‫كومڨولن دكهندقي‬ ‫مپوءال اورڠ‬ ‫منكر ‪ -‬نكير‬
‫‪ -‬النيه توبي‬ ‫منمفلكنث دأتس كرتس‬ ‫دالم قبور‬
‫نيالي مورني ‪:‬‬ ‫سيبق ‪ /‬ماجوڠ‬ ‫منجاݢ نراك‬ ‫مالك‬
‫‪ -‬كرجاسام‬ ‫‪ o‬ممباچاكن جواڨن مريك‬ ‫منجاݢ‬ ‫رضوان‬
‫‪ -‬برتولق انسور‬ ‫دهادڨن كلس‪.‬‬ ‫شرݢ‬
‫‪ o‬ݢورو مپيمق جاوڨن موريد‬
‫دان ممبريكن مركه كڨد‬
‫كومڨولن ‪.‬‬
‫‪ o‬التيه توبي ممباچ نام‪٢‬‬
‫مالئكه دان توݢسث‪.‬‬
‫قاعده ڨ& ڨ ‪ :‬تكرار‬ ‫ݢورو برسوءال جواب دڠن‬ ‫ڨنوتوڨ كوݢنيتيف ‪:‬‬ ‫ڨنوتوڨ‬

‫موريد بركاءيتن ايس ي ڨالحران‬ ‫( ‪ 5‬مينيت )‬


‫فغرتيان مالئكة ‪ ،‬دليل برايمان‬
‫يڠ تله دڨالجري‪.‬‬
‫كڨد مالئكة‪ ،‬نام دان توݢس‪٢‬‬
‫موريد دنصيحتكن اݢر‬ ‫مالئكة‪.‬‬
‫سنتياس بربوات باءيق دان‬
‫فنوتوف سوسيال ‪ :‬نصيحت‬
‫منديريكن صالة ‪ 5‬وقتو كران‬
‫نيالي مورني ‪:‬‬
‫اد مالئكة يڠ سنتياس منچاتت‬
‫يقين كڨد اداث مالئكة هللا‬ ‫عمل كباجيقن كيت تنڨا‬
‫تيدور‪.‬‬

‫‪4.3.2‬‬ ‫‪Contoh RPH Sirah‬‬

‫‪45‬‬
‫‪PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1‬‬ ‫‪PIMKD2093‬‬

‫ڨنديديقن إسالم (سيره)‬ ‫مات فالجرن‬

‫ڨمبيناءن مسجد‬ ‫تاجوق‬

‫‪ 5‬عمر‬ ‫كلس‬

‫‪ 8.00 – 8.40‬ڨاݢي‬ ‫ماس‬

‫‪27.6.2019‬‬ ‫تاريخ‬

‫اورڠ‬ ‫‪/ 35‬‬ ‫كداتڠن‬

‫ممهمي‪ ،‬مڠمبيل اعتبار دان منچونتوهي تيندقن رسول هللا درڨد‬ ‫‪5.1‬‬ ‫ستندرد كاندوڠن‬
‫ڨريستيوا ڨمبنتوقن نݢارا مدينة‬

‫‪ 5.1.2‬منجلسكن ڨرانن مسجد نبوي‬ ‫ستندرد ڨمبالجرن‬

‫ڨد اخير ڨ & ڨ موريد داڨت ‪:‬‬ ‫اوبجيكتيف ڨ& ڨ‬

‫‪ )1‬مپنارايكن امڨت كأداءن مسجد رسول هللا صلى هللا عليه وسلم فد زمان‬
‫باݢيندا‬

‫‪ )2‬ممبينچڠكن انم ڨرانن مسجد منوروت تونتوتن إسالم‬

‫موريد تله ممڨالجري سيره رسول هللا سماس دمكه سهيڠݢ برهجره كمدينه‪.‬‬ ‫ڨڠتاهوان سديا اد‬

‫تيݢ اورڠ موريد تله دلنتيق سباݢاي ڨڠروس ي دان اهلي ڨانيل اونتوق برسديا‬
‫ملقساناكن اكتيﯛيتي فوروم برتاجوق "مسجيد چمرلڠ"‪.‬‬

‫كاجين تمڨتن ‪ :‬بنتوق موك بومي كاوسن (مكه)‬ ‫ڨپرڨن علمو‬

‫‪ .1‬كأوسهاو انن‬ ‫ايليمن مرنتس‬

‫‪46‬‬
‫‪PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1‬‬ ‫‪PIMKD2093‬‬

‫‪ 1.8‬كسڠݢوڨن بالجر درڨد كسيلڨن‬ ‫كوريكولوم‬

‫‪ 1.11‬بردايا ساءيڠ‬ ‫(إي ‪ .‬م ‪ .‬ک)‬

‫ڨتا‪ /‬ݢلوب ‪ ،‬كرتس سيبق (ماجوڠ) ‪،‬‬ ‫باهن بنتو مڠاجر‬

‫چاتتن‬ ‫اكتيؤيتي ڨڠاجرن ‪ -‬ڨمبالجرن‬ ‫ايس ي ڨالجرن‬ ‫لڠكه ‪ /‬ماس‬

‫نيالي مورني‪ :‬خشوع‬ ‫‪ o‬موريد برديري كتيك ݢورو‬ ‫دعاء بالجر ‪:‬‬ ‫مقدمة‬
‫ماسوق دان ݢورو ممبري‬
‫رب اشرح لي صدري ويسرلي‬ ‫(‪ 5‬مينيت)‬
‫سالم‪.‬‬
‫‪ o‬نوريد ممباچ دعاء‬ ‫امري وحلل عقدة من لساني‬
‫بالجربرسام‪-‬سام‪.‬‬ ‫يفقهوا قولي ‪ .‬ربنا زدنا علما‬
‫نافعا وارزقنا فهما‬

‫نيالي مورني ‪:‬‬ ‫‪ o‬ݢورو مڠوچڨكن تريما كاسيه‬ ‫فورمت فوروم‪:‬‬ ‫سيت ايندوكس ي‬
‫كڨد سموا موريد يڠ ترليبت‬
‫‪ -‬خشوع‬ ‫‪ -‬دجالنكن دالم دوا سيس ي‪.‬‬ ‫( ‪ 5‬مينيت )‬
‫دالم اكتيؤيتي فوروم ‪.‬‬
‫‪ -‬مڠهورمتي ݢورو‬ ‫‪ o‬ݢورو منرڠكن تنتڠ باݢايمان‬ ‫‪ -‬ستياڨ سيس ي اكن‬
‫فوروم دجالنكن دان ڨركارا يڠ‬ ‫دأخيري دڠن سوءالن‬
‫كڨد عموم‪.‬‬
‫ڨرلو دالكوكن سماس فوروم قاعده ‪:‬‬ ‫‪ -‬موريد يڠ مندڠر ڨرلو‬
‫دجالنكن‪.‬‬
‫‪ -‬ڨنرڠن‬ ‫منچاتت ايس ي ڨنتيڠ درڨد ‪ o‬ݢورو مپرهكن مجليس كڨد‬
‫ڨڠروس ي فوروم‪.‬‬ ‫ڨربينچڠن اهلي مجليس‬
‫فوروم‪.‬‬
‫قاعده ڨ دان ڨ ‪:‬‬ ‫‪ o‬ڨڠروس ي فوروم مموالكن‬ ‫• ڨراتورن برچاكڨ‪:‬‬ ‫لڠكه ‪1‬‬
‫بيچارا دڠن ممڨركنلكن اهلي‬ ‫‪ o‬تيدق لبيه ‪ 5‬مينيت‬
‫ڨانيل بيچارا فوروم ستروسث ‪ -‬فوروم‬ ‫(‪ 15‬مينيت)‬
‫ستياڨ ڨوسيڠن‬
‫ممبريتاهو ڨراتورن برچاكڨ‪.‬‬ ‫‪ o‬سورت ڨرايڠتن اكن‬
‫دبريكن اڨابيال ‪ 4‬مينيت ‪ o‬سيس ي فوروم دموالكن دڠن ڨنرڨن نيالي ‪:‬‬
‫سوءالن ڨرتام ‪ " :‬باݢايمان‬ ‫براللو‬
‫رسول هللا دان صحابت ممبينا ‪ -‬براني بركومونيكاس ي‬ ‫‪ o‬سيس ي منجواب‬
‫دهادڨن خاليق راماي‬ ‫مسجد نبوي دان اڨاكه‬
‫‪47‬‬
‫‪PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1‬‬ ‫‪PIMKD2093‬‬

‫صيفت فيزيكل مسجد رسول‬ ‫سوءالن ڨنونتون هاث‬


‫هللا (ص)؟"‬ ‫‪ 2‬دوا مينيت اونتوق دوا‬
‫دان ڨڠروس ي ممينتا ڨانيل‬ ‫سوءالن‬
‫مڠݢمبركنث كڨد خاليق‪.‬‬

‫• صيفت مسجد زمان رسول ‪ o‬اهلي ڨانيل ڨرتام مموالكن‬


‫ڨربيچاراءن‪.‬‬ ‫هللا‪:‬‬
‫‪ o‬ڨڠروس ي مروموسكن ايس ي‬ ‫فيزيكل مسجد ‪:‬‬
‫ڨانيل ڨرتام دان ستروسث‬
‫‪ -‬مسجد باتو ‪ ،‬تياڠ باتڠ‬
‫مڠموكاكن سوءالن كڨد اهلي‬
‫ڨانيل كدوا‪ :‬اڨاكه عملن يڠ‬ ‫خرما‪ ،‬لنتاي ڨاسير دان‬
‫وجود ڨد زمان نبي (ص)‬ ‫تانه‬
‫دمسجد باݢيندا يڠ بوليه‬
‫دجاديكن ڨندوان كڨد اومت‬ ‫• اكتيؤيتي مسجد رسول هللا‪:‬‬
‫إسالم كيني؟"‬ ‫‪ -‬ڨوست عباده‬
‫‪ o‬اهلي ڨانيل كدوا مموالكن‬
‫‪ -‬ڨوست ڨنديديقن‬
‫بيچارا‪.‬‬
‫‪ o‬ڨڠروس ي مروموس جاوڨن‬ ‫‪ -‬اكتيؤيتي مشاركت‬
‫ڨانيل كدوا دان ستروسث‬ ‫‪ -‬مشوارت‬
‫ممبوك ڨلواڠ كڨد ڨندڠر‬
‫اونتوق برتاث كڨد اهلي ڨانيل‪.‬‬ ‫‪ -‬ڨوست دعوه‬

‫قاعده ‪:‬‬ ‫‪ o‬سيس ي كدوا دموالكن دڠن‬ ‫ڨرانن مسجد چمرلڠ ‪:‬‬ ‫لڠكه ‪2‬‬
‫ڨڠروس ي مڠموكاكن سوءالن‬
‫‪ -‬الكونن‬ ‫كڨد ڨانيل ڨرتام‪" :‬ترڠكن‬ ‫‪ o‬ڨوست عباده ‪ :‬صالة‬ ‫(‪ 15‬مينيت)‬
‫اڨاكه تيݢ اكتيؤيتي اوتام يڠ‬ ‫جماعة‬
‫‪ -‬تونجوق چارا‬ ‫‪ o‬ڨوست كمشاركتن دان‬
‫بوليه منجاديكن مسجيد‬
‫دمليسيا سباݢاي مسجيد‬ ‫كباجيقن‪ :‬عقد نكاح ‪،‬‬
‫چمرلڠ دڠن منچونتوهي‬ ‫ڨراوبتن‪ ،‬كاءونسليڠ‪ ،‬هنتيان‬
‫نيالي مورني‬ ‫اكتيؤيتي مسجد رسول هللا؟"‬ ‫مسافير‬
‫‪ o‬اهلي ڨانيل ڨرتام مموالكن‬ ‫‪ o‬ڨوست ڨنديديقن دان‬
‫‪ -‬سماڠت برڨاسوكن‬ ‫دعوه ‪:‬‬
‫‪ -‬سماڠت كرجاسام‬ ‫بيچارا‪.‬‬

‫‪48‬‬
‫‪PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1‬‬ ‫‪PIMKD2093‬‬

‫‪ o‬ڨڠروس ي مروموس ايس ي‬ ‫‪ -‬كورسوس اݢام ڨريڠكت‬


‫اوچڨن اهلي ڨانيل ڨرتام دان‬ ‫سيجيل دان ديڨلوما‬
‫ستروس ي مڠموكاكن سوءالن‬ ‫‪ -‬كليه هارين دان ميڠݢوان‬
‫كڨد اهلي ڨانيل كدوا‪":‬اڨاكه‬ ‫‪ -‬فوروم ڨردان‬
‫اكتيؤيتي سالءين تيݢ‬ ‫‪ o‬ڨوست ايكونومي ‪ :‬كوڨراس ي‬
‫اكتيؤيتي يڠ تله دبينچڠكن‬ ‫‪ o‬ڨوست سني‬
‫اوليه اهلي ڨانيل ڨرتام؟"‬
‫‪ o‬ڨڠروس ي مروموس جاوڨن‬
‫ڨانيل كدوا دان ستروسث‬
‫ممبوك ڨلواڠ كڨد ڨندڠر‬
‫اونتوق برتاث سوءالن كڨد‬
‫اهلي ڨانيل‪ .‬ڨڠروس ي مپرهكن‬
‫سوءالن اونتوق دجواب كڨد‬
‫اهلي ڨانيل مڠيكوت تاحوق يڠ‬
‫دبيچاراكن‪.‬‬
‫‪ o‬ڨد اخير سيس ي‪ ،‬ڨڠروس ي‬
‫منجمڨوت ݢورو مپمڨايكن‬
‫چندرامات كڨد ڨانيل فوروم‬
‫دان ستروسث منوتوڨ‬
‫مجليس سرتا مپرهكن سموال‬
‫كلس كڨد ݢورو‪.‬‬
‫قاعده ڨ& ڨ ‪ :‬تكرار‬ ‫ݢورو ممبوات كسيمڨولن درڨد‬ ‫كسيمفولن‬ ‫ڨنوتوڨ‬
‫ڨربينچڠن فوروم مڠناءي ‪:‬‬
‫( ‪ 5‬مينيت )‬
‫‪ -‬صيفت فيزيكل دان عملن‬
‫مسجد نبي‪.‬‬
‫‪ -‬اكتيويتي يڠ سسواي‬
‫دلقساناكن دمسجد ترسبوت‬
‫اونتوق منجادي مسجد‬
‫چمرلڠ‪.‬‬

‫اكتيؤيتي ڨڠوكوهن ‪:‬‬

‫‪49‬‬
‫‪PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1‬‬ ‫‪PIMKD2093‬‬

‫ݢورو ممينتا موريد مپياڨكن ايس ي ڨنتيڠ تاجوق فوروم يڠ تله دچاتت دالم بنتوق ايس ي دان دسرهكن ڨد‬
‫تاريخ ‪ 3‬جوالي ‪ 2019‬سبلوم براخيرث سيس ي ڨرسكولهن‪.‬‬

‫ريفليكس ي كنديري‪:‬‬

‫‪50‬‬
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

PERANCANGAN KEMAHIRAN MIKRO BIDANG AQIDAH DAN


UNIT 5
SIRAH

SINOPSIS
Tajuk ini memberi tumpuan kepada perancangan kemahiran mikro bidang aqidah dan sirah.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, pelajar dapat :

10. Mengenalpasti dan memahami aspek-aspek kemahiran pengajaran mikro dalam bidang
Aqidah dan Sirah.
11. Membincangkan metodologi atau kaedah-kaedah yang perlu diikuti dalam pengajaran
mikro Aqidah dan Sirah.

KANDUNGAN TAJUK:

5.1 Pengenalan

5.2 Kepentingan Pengajaran Mikro

5.3 Kemahiran-kemahiran dalam Pengajaran Mikro

5.4 Metodologi Pengajaran Mikro Aqidah dan Sirah

5.1 PENGENALAN

Pengajaran mikro ialah aktiviti dalam makmal pengajaran yang melibatkan kumpulan
kecil guru atau guru pelatih yang mencerap pengajaran rakan dan berbincang tentang
pengajaran masing-masing. Setiap ahli belajar daripada maklumat yang diberikan tentang
pengajarannya, pencerapan pengajaran ahli lain, dan daripada perbincangan susulan.

Pengajaran mikro juga merupakan teknik pebgajaran yang dilakukan dalam masa lima
hingga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran bagi sekumpulan guru pelatih.
Jumlah pelatih biasanya antara 10 hingga 15 orang. Ia bertujuan membina kemahiran guru
berkaitan dengan aktiviti pengajaran dam pembelajaran dalam bilik darjah.

51
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

Pengajaran mikro memperlihatkan bagaimana seseorang pelatih dapat menyampaikan


satu-satu kemahiran yang telah dipelajari dan dikuasainya secara praktik. Pengajaran mikro
lebih banyak menggunakan teknik-teknik simulasi yang melibatkan situasi-situasi pengajaran
yang dipermudahkan. situasi-situasi ini dapat memberikan banyak peluang kepada guru-guru
pelatih untuk mengawal, memeriksa dan mendapatkan maklum balas tentang pengajarannya.

5.2 KEPENTINGAN PENGAJARAN MIKRO

Pengajaran mikro merupakan satu-satunya latihan yang paling baik untuk membantu
guru pelatih menguasai kemahiran-kemahiran mengajar. Justeru, pengajaran mikro
mempunyai faedah-faedah yang utama. Antaranya ialah:

1. Guru pelatih dapat melaksanakan latihan amali dalam keadaan tenang tanpa gangguan
terhadap dirinya, tanpa rasa takut dan sebagainya.

2. Guru pelatih berpeluang mempraktikkan teori-teori pengajaran dan kemahiran yang


telah dipelajari secara terancang.

3. Guru pelatih dapat menjalani latihan mengajar dalam situasi yang terkawal.

4. Guru pelatih dapat menguasai kemahiran-kemahiran mengajaran secara beransur-


ansur berpandukan peringkat-peringkat kemahiran yang dipelajarinya.

5. Guru pelatih dapat mengurangkan pelbagai masalah daripada pengajaran biasa di


sekolah.

6. Guru pelatih dapat memperbaiki aspek pengajaran hasil komen daripada guru dan
rakan sebaya ke arah menjadi guru yang lebih efektif di kemudian kelak.

7. Guru pelatih dapat menyaksikan sendiri segala perlakuan dan tindak lakunya
sepanjang pengajaran melalui tayangan semula video pengajarannya bagi tujuan
penambahbaikan.

8. Guru pelatih akan sentiasa berusaha meningkatkan aras keyakinan dirinya dalam
situasi pengajaran yang sebenar.

9. Perbincangan tiga hala antara pelatih, guru dan rakan sebaya dapat memberikan input
baharu yang sebelum ini mereka tdak ketahui.

52
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

5.3 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO

Pengajaran mikro memperlihatkan bagaimana seseorang guru pelatih dapat


menyampaikan satu-satu kemahiran yang telah dipelajari dan dikuasainya secara praktik. Ia
melibatkan kemahiran-kemahiran set induksi, penyoalan, variasi rangsangan, penerangan
dengan contoh-contoh, ilustrasi atau alat bantu mengajar, penggunaan papan tulis,
pengukuhan dan penutup. Pengajaran secara mikro dapat memberi peluang kepada pelatih
mempraktikkan teori pengajaran dalam situasi yang terkawal.

a. KEMAHIRAN SET INDUKSI

Set induksi adalah permulaan atau pengenalan sesuatu proses pengajaran (Kamarul
Azmi & Ab.Halim (2019) dalam tempoh antara tiga hingga lima minit berdasarkan kreativiti guru
(Shahabudin et al, 2005; Esah Sulaiman, 2004; Dallat, 2013). Set induksi bertujuan menarik
perhatian murid serta mendorong pelajar (PRPM, 2010) agar fokus mereka berkekalan,
menimbulkan minat dan perasaan ingin tahu terhadap perkara yang disampaikan guru
(Bentley-Davies, 2010). Ia juga bertujuan mewujudkan rangka kerja terhadap pemikiran,
prinsip atau maklumat yang perlu diikuti, untuk meluaskan pemahaman dan idea yang abstrak
menggunakan analogi atau contoh (M. Hunter, 1976).
Menurut Madeline Hunter (1976), terdapat pelbagai cara untuk guru melaksanakan set
induksi ini. Antaranya dengan mengemukakan soalan provokatif, mengaitkan pengetahuan
sedia ada atau isi pelajaran yang lepas dengan objektif Pengajaran dan Pembelajaran (PdP),
gambar atau kartun, visual, grafik, peta pemikiran, cerita, dan mengejutkan dengan sesuatu
atau kenyataan yang tak dijangka. Kajian Hamdi, Ab Halim, Rosadah, & Safani (2012)
mendapati terdapat beberapa amalan set induksi dilaksanakan oleh guru-guru iaitu
menggunakan kaedah bersoal jawab, perbincangan tajuk, mengaitkan pelajaran lepas dan
memastikan murid bersedia terlebih dahulu. Namun begitu kajian Sofiah & Kamarul Azmi
(2016b, 2017) mendapati guru Pendidikan Islam perlu memulakan PdP dengan pendekatan
akidah iaitu ingatan kepada Allah SWT seperti ucapan alhamdulillah dan bacaan basmalah.
Atan Long (1980) menyatakan bahawa set induksi satu perkara yang rumit tetapi penting
kerana penyampaian sesuatu pelajaran itu bermula dengan set induksi, sama ada
menggunakan bahan bantu mengajar (BBM), penerangan, demostrasi atau penyoalan.

53
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

Komponen-komponen Set Induksi.

Kemahiran Permulaan (Induksi Set)

1 Menarik perhatian Untuk menarik perhatian murid

2 Mewujudkan motivasi Untuk memotivasikan murid

3 Menstruktur Untuk menjelaskan apakah yang akan dipelajari

4 Membuat perkaitan Untuk membuat perkaitan antara isi pelajaran


yang telah dipelajari dengan yang akan dipelajari

i) Menarik Perhatian
Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur-unsur ketegangan,
menunjukkan sesuatu yang menghairankan, mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan
atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid.

ii) Mewujudkan Motivasi


Sebelum mengajar, guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan
bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar memberi perhatian, barulah pelajaran sebenarnya
boleh dimulakan dengan senang dan mudah. (Omardin Ashaari,1997).

iii) Perkaitan Kognitif


Guru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid,
mengaitkan pengetahuan lepas murid, atau mengaitkan isi pelajaran dengan peristiwa
semasa, mengaitkan minat dan pengalaman murid, akan dapat menyampaikan pengajarannya
dengan lebih berkesan. Misalnya, guru yang mengajar “Kesan beriman kepada Malaikat” boleh
membincangkan “Tugas-tugas malaikat” terlebih dahulu.

iv) Menstruktur
Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-cara
menjalankan tugas (aktiviti) dengan jelas. Contohnya, “Kita akan cuba membincangkan Kesan
Perlembagaan (Sahifah) Madinah setelah melihat isi-isi kandungan perlembagaan ini dengan
teliti”.

54
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

Ada beberapa kesan penggunaan set induksi dalam PdP iaitu :-

1. Motivasi pelajar meningkat tinggi. Mereka ingin belajar dengan lebih tekun lagi.
2. Perhatian pelajar-pelajar terhadap pelajaran lebih baik dan ini memudahkan mereka
dalam meneruskan pembelajaran yang baru.
3. Pelajar-pelajar akan lebih berusaha untuk meningkatkan prestasi ke arah pencapaian
yang memuaskan seperti jangkaan seorang guru.
4. Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokan kerana perkaitan dibuat antara
pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada pelajar-pelajar.
5. Naluri ingin tahu dikalangan pelajar dapat dipenuhi.
6. Corak interaksi diantara guru dan pelajar akan berubah-rubah. Ini akan mewujudkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan.

b) KEMAHIRAN PENYOALAN

Apakah Penyoalan?

Penyoalan adalah apa jua pernyataan atau perlakuan yang memerlukan maklumbalas murid.
Selain daripada berbentuk lisan, penyoalan juga boleh dilakukan melalui ekspresi muka,
isyarat dan konteks fizikal.

SOALAN ➔ MAKLUMBALAS ➔ REAKSI SELEPAS MAKLUM BALAS

Penyoalan guru adalah merupakan salah satu bentuk interaksi yang berlaku dalam bilik darjah.
Teknik penyoalan adalah merupakan salah satu alat untuk mencapai matlamat dan
merangsang aktiviti mental. Beberapa kebaikan penyoalan adalah seperti berikut;
• Merangsang pembelajaran
• Mengembangkan potensi berfikir murid
• Memandu kepada idea yang jelas
• Menggerakkan imaginasi
• Insentif kepada tindakan

Bila Guru Mengemukakan Soalan?

Fasa Pengajaran ➔ Tujuan Menyoal

Permulaan ➔ Membantu murid mengingat kembali


pengetahuan lepas yang berkaitan

55
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

Perkembangan ➔ Mencungkil fikiran pelajar untuk membantu


mengikuti pelajaran dengan berkesan

Penutup ➔ Menilai pencapaian objektif pelajaran

Komponen Kemahiran Penyoalan

Kemahiran Penyoalan

1 Pembentukan soalan • jelas


• tepat
• ringkas
2 Konsep

Fokus soalan

Fokus tunggsl • Soalan ditumpukan kepada satu idea sahaja


• Soalan konvergen (setumpu)
Fokus pelbagai • Soalan diperluaskan kepada lebih daripada satu
idea
• Soalan divergent (bercapah)
3 Sebaran soalan Soalan disebarkan kepada seluruh kelas

4 Hentian Memberi masa kepada murid memikirkan jawapan

5 Memberi petunjuk memberi petua atau petunjuk untuk membantu


menjawab murid menjawab soalan

6 Alih hala soalan

Peringkat Soalan Taksonomi Bloom

Pengetahuan • Mengenal, mengecam ▪ Siapakah….?

(Ingat Kembali) • Mengingat semula ▪ Dimanakah…?


(fakta, definisi)
▪ Yang mana satu…?

▪ Apakah….?

▪ Bagaimana…?

▪ Kenapa..?

56
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

▪ Berapakah..?

▪ Bilakah…?

▪ Apakah maksud…?

Kefahaman • Mentafsir ▪ Dengan menggunakan perkataan


kamu sendiri nyatakan…?
• Memberi contoh
▪ Berikan satu contoh..?
• Mengkelas
▪ Pilih definisi terbaik…?
• Meringkas
▪ Ringkaskan perenggan..?
• Menyimpul
▪ Terangkan apakah yang berlaku
• Membanding sekiranya..?
• Menerang ▪ Terangkan apakah yang
dimaksudkan..?

Aplikasi • Menyempurna ▪ Adakah anda tahu dalam situasi lain di


mana…?
• melaksana
▪ Dari maklumat yang diberi, bolehkah
anda menghasilkan satu set arahan
mengenai…

▪ Nyatakan banyak manakah perubahan


akan berlaku…?

Analisis • Membeza ▪ Kenapa……?

• Menyusun/mengatur ▪ Sekiranya……..?

• Membuat tanggapan ▪ Apakah tujuan……?

▪ Bolehkah kita mengandaikan….?

▪ Apakah kesimpulan..?

▪ Apakah hubungan diantara….?

▪ Nyatakan pandangan pengarang?

Sintisis • Menjana ▪ Bolehkah anda mencipta…untuk…?

• Merancang ▪ Bolehkah anda melihat kemungkinan


penyelesaian kepada….?
• Menghasilkan

57
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

▪ Sekiranya anda mempunyai sumber-


sumber… bagaimana anda akan
menanganinya?

▪ Berapakah cara anda boleh…?

▪ Bolehkah anda menghasilkan cara

▪ penggunaan baru dan unik untuk…..?

Penilaian • Memeriksa/menyemak ▪ Adakah cara lain yang lebih baik…?

• mengkritik ▪ Bolehkah anda mempertahankan


pegangan mengenai…?

▪ Apakah perubahan kepada……yg


anda cadangkan?

▪ Adakah anda mempercayai….?


Apakah perasaan anda
mengenainya?

▪ Siapa yang akan mendapat manfaat &


siapa yang akan rugi?

Mengapa Perlu Menyoal Ketika Melaksanakan Pengajaran?

1. Mengenal pasti apa pelajar tahu

2. Melibatkan pelajar dalam pelajaran

3. Memotivasikan pelajar

4. Menimbulkan minat

5. Memfokus kepada sesuatu

6. Mengenal pasti kelemahan

7. Menggalakkan pemikiran

8. Menggalakkan perbincangan

9. Menjana pembelajaran kendiri

10. Menilai pemahaman murid

58
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

Bagaimana Mencungkil Jawapan Murid?

1. Elak daripada soalan tertutup: jawapannya – “ya”, “tidak”, “betul”, “salah” sahaja

2. Pindah: soalan tutup ke aras lebih tinggi (Alih‐hala)

3. Guna teknik “wait time”

4. Guna ganjaran dan denda secara bijak

5. Beri petunjuk verbal dan tidak verbal

6. Libatkan semua pelajar

7. Kemuka soalan yang perlu penjelasan

Garis Panduan Utama Ketika Mengemukakan Soalan

1. Soal seluruh kelas

2. Soal dahulu, kemudian panggil pelajar

3. Sesuaikan soalan dengan aras pemikiran pelajar

4. Ulangi soalan penting

5. Sediakan soalan dengan teliti

6. Beri gerak balas yang menggalakkan

7. Gunakan soalan pimpinan (leading question)

8. Soal sepanjang pelajaran, bukan di akhir pelajaran sahaja

c. KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN

Kemahiran Variasi Rangsangan Merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik


penyampaian guru untuk menarik perhatian dan minat pelajar terhadap aktiviti pengajaran .
Variasi rangsangan meliputi 1. Perubahan tingkah laku guru, 2. Mempelbagaikan aktiviti
pengalihan deria murid. 3. Menukar corak interaksi guru- murid dan 4. Mempelbagaikan
kaedah dan teknik pengajaran Dalam proses p & p masa tumpuan pelajar adalah singkat .
Mereka akan hilang minat jika aktiviti tidak dipelbagaikan .

Prinsip Penggunaan Variasi Rangsangan Perubahan kaedah dan teknik penyampaian


guru harus dikaitkan dengan tujuan dan isi pelajaran . Perubahan aktiviti pengajaran haruslah

59
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

lancar dan dikaitkan dengan langkah-langkah penyampaian . Penggunaan BBM untuk


mempelbagaikan pengalihan deria harus dirancang dan disampaikan dengan teknik yang
berkesan . Setiap langkah harus mengandungi aktiviti pengajarn yang berbeza Mengubah
rangsangan berdasarkan maklum balas daripada murid-murid.

Objektif Penggunaan Variasi Rangsangan Memusatkan perhatian murid Mengekalkan


minat murid terhadap pengajaran guru Melibatkan murid secara aktif dalam pelbagai aktiviti
pengajaran Menggunakan pelbagai saluran deria Merangsang naluri ingin tahu Mewujudkan
suasana pembelajaran yang menarik

Kesan Penggunaan Variasi Rangsangan Naluri ingin tahu pelajar akan dibangkitkan &
mereka berusaha melibatkan diri secara aktif . Pelajar berpeluang menggunakan pelbagai
saluran deria untuk mempelajari sesuatu . Guru akan melakukan pergerakan badan dan ini
akan meneguhkan P&P.

Komponen-Komponen Variasi Rangsangan

Kemahiran Pelbagai Rangsangan

1 Pergerakan fizikal guru Guru bergerak mengikut “zon aktif murid”

2 Perubahan nada suara Mendatar – lantang

Lantang - senyap

3 Pergerakan anggota Tangan – kepala


(posture/gesture)
Tangan - hentian

4 Perubahan fokus deria Mendengar – menonton


murid
Melihat - merasa

5 Bentuk penglibatan lisan Menyoal – menjawab


murid
Bertukar – membaca

Bercerita - berbincang

6 Bentuk penglibatan Menulis jawapan di papan tulis


fizikal murid
Melakukan tunjukcara di hadapan kelas

60
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

d. KEMAHIRAN MENERANG

Definisi Kemahiran untuk menceritakan, menjelaskan, menggambarkan, memindahkan


sesuatu perkara yang diketahui kepada orang lain. Untuk menyampaikan maklumat , konsep
atau isi kandungan p & p Perlu dirancang dengan memilih bentuk kaedah dan teknik yang
sesuai dengan murid . Perlu menggunakan contoh , ilustrasi atau BBM yang sesuai untuk
meningkatkan pemahaman murid . Berdasarkan kepada kebolehan dan pengalaman murid .
Menggunakan variasi rangsangan bagi mengekalkan minat murid . Masa penerangan jangan
terlalu panjang bagi mengelakkan murid menjadi bosan dan hilang tumpuan . Menggalakkan
murid untuk bertanya perkara yang tidak difahami .

Matlamat Kemahiran Penerangan Menaakul – penerangan sebab musabab, punca


berlaku sesuatu atau dan membuat ramalan atau kemungkinan. Menghuraikan proses-
peraturan, undang-undang dan prosedur. Menjelaskan maklumat – menambah kefahaman
murid tentang sesuatu konsep, maksud, fakta, isi pelajaran dan sebagainya.

Teknik Memberi Penerangan Merancang – kenal pasti kumpulan sasaran, bahan bantu
mengajar, kaedah pengajaran yang sesuai dan susunan idea. Menepati sasaran- kebolehan,
usia dan pengalaman.

Kesan ke atas Pengajaran dan Pembelajaran

o Murid dapat memahami konsep atau isi pelajaran dgn lebih cepat, mudah & tepat

o memahami sesuatu proses atau prosedur secara terperinci & teratur

o menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru jika penerangannya menarik


& bermakna

o Contoh-contoh ilustrasi & bahan pelajaran bukan sahaja dapat merangsangkan


pelbagai deria murid, tetapi juga memudahkan kefahaman konsep dgn tepat serta
mengukuhkan apa yg diterangkan dlm ingatan mereka
o Masa aktiviti pengajaran guru dpt dijimatkan & ini boleh digunakan utk menambahkan
aktiviti pembelajaran murid

61
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

Komponen Kemahiran Menerang

e) KEMAHIRAN PENGUKUHAN

Komponen Kemahiran Pengukuhan

1 Lisan positif Guru menggunakan sebutan:

• baik/baus/betul/jawapan batul
• mengulang jawapan murid
2 Lisan negatif • bukan
• salah
• tidak
• kurang lengkap
• menyindir
• jawapan buruk

62
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

3 Gerak isyarat positif • senyuman


• tepuk tangan
• mengangkat ibu jari
4 Penggunaan jawapan
murid

5 Dampingan • mendampingi murid


• berdiri di sebelah murid
• duduk di sisi murid
6 Sentuhan • menyentuh kepala
• menyentuh bahu
• menyentuh bahagian belakang murid
7 Gerak isyarat negatif • mengeleng-geleng kepala
• menunjukkan muka marah
• menggoyangkan tangan
8 Tiada pengukuhan

f) KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS

Komponen Kemahiran Penggunaan Papan Tulis

1 kejelasan ▪ Saiz tulisan yang sesuai

▪ Tulisan kemas dan tepat

▪ Gambarajah jelas, ringkas

2 Susunan (layout) ▪ penggunaan ruang bagi tulisan dan rajah sesuai


dan seimbang

▪ susunan jelas dilihat

▪ nota disusun secara sistematik

3 Penonjolan / penekanan ▪ warna kapur/pen marker yang sesuai

▪ warna kapur/pen marker yang menarik

4 Teknik persembahan ▪ berjaya membentuk konsep yang jelas dan tepat

▪ berjaya memudahkan konsep

▪ berjaya melibatkan murid dalam aktiviti


pembelajaran

63
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

▪ menggunakan papan tulis dalam masa yang


sesuai

g) KEMAHIRAN PENUTUP

Bahagian terakhir sesuatu pelajaran bertujuan membantu mengukuhkan


konsep/kemahiran yang baru dipelajari (merumus isi penting/memberi aktiviti susulan) serta
menilai pencapaian objektif serta aktiviti P&P.

Ada 2 jenis kemahiran penutup iaitu penutup kognitif dan penutup sosial.

I. Penutup kognitif : Tujuan – mengukuhkan segala isi pelajaran & kemahiran yang
dipelajari melalui aktiviti – rumusan, pengukuhan & susulan.
II. Penutup sosial: Tujuan – memberi satu perasaan pencapaian supaya ingin terus
belajar .

Kesan ke atas Pengajaran dan Pembelajaran

• Melalui aktiviti susulan, murid dapat mengukuhkan kemahiran atau konsep yang baru
dikuasai .
• Dgn menggunakan kesimpulan sosial, seperti memberi murid penghargaan pencapaian,
mereka telah dimotivasikan supaya terus berusaha lebih giat lagi.

64
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

• Melalui aktiviti penilaian, guru dapat mentafsirkan pencapaian objektif pelajaran yg


ditentukan. Hasil penilaian ini akan membolehkan guru membuat pengubahsuaian utk
rancangan pelajaran yg akan datang.

5.4 METODOLOGI PENGAJARAN MIKRO AQIDAH DAN SIRAH

Pada asasnya, pengajaran mikro merupakan satu pengajaran simulasi di mana keadaan
pengajaran adalah terhad seperti saiz kelas, isi kandungan pelajaran dan disiplin dikurangkan.
Portner (1998) menyatakan bahawa guru pelatih bertanggungjawab untuk merangka corak
pengajaran yang akan dilakukan.
Pengajaran mikro merupakan satu latihan amali untuk guru pelatih mempraktikkan
segala teori dan kaedah yang telah dipelajari. Bagi menentukan similasi pengajaran berjalan
dengan teratur dan berkesan perlukan suatu tatacara pengurusan yang licin dan efisien bagi
membantu pelatih-pelatih menjalankan pengajaran mikro. Tambahan lagi, objektif pengajaran
mikro adalah untuk memberi latihan kepada bakal guru mengajar di sekolah, memberi
pendedahan kepada bakal-bakal guru tentang profesion perguruan serta tanggungjawabnya
serta memberi bimbingan dan menilai kebolehan guru pelatih menjalankan tugas seorang guru
sepertimana yang dikehendaki oleh etika profesion perguruan.
Rumusannya, pengajaran mikro menitikberatkan cara-cara guru-guru pelatih diberi
pengalaman dan kemahiran yang hampir sama dengan apa yang diperlukan dalam situasi
yang sebenar. Prosesnya adalah seperti rajah di bawah:
Konsep Pengajaran Pengajaran ❖ Membuat refleksi
mikro berlaku ❖ Perbincangan
❖ Pengajaran semula
  
Pelaksanaan
Persediaan
Pengajaran mikro ➔ Pengajaran
mikro ➔ Pasca
Pengajaran mikro
  
❖ Perancangan ❖ Memerhati ❖ Main semula
mata pelajaran ❖ Mengisi perakam video
❖ Penentuan borang ❖ Perbincangan
komponen bimbingan ❖ Tafsir
kemahiran ❖ Merakam ❖ Cadangan
video ❖ Merumus
Metodologi Pengajaran

 Pilih satu topik pengkhususan yang difikirkan menarik atau mudah untuk disampaikan
 Bina objektif pembelajaran untuk memandu pengajaran

65
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

 Buat persediaan untuk pengajaran antara 5 hingga 10 minit (pendahuluan, susunan isi,
kesimpulan)
 Laksanakan pengajaran (rakaman) - timbulkan rangsangan dan gunakan pelbagai cara /
sumber untuk menyampaikan pelajaran yang melibatkan penyertaan aktif pelajar (rakan)
 Pencerapan oleh rakan – perhatikan tingkahlaku pengajaran dan maklumkan kepada
rakan yang mengajar tentang ketepatannya
 Rancang semula pengajaran berdasarkan maklumbalas rakan/tutor
 Laksanakan pengajaran semula berdasarkan maklumbalas rakan/ tutor. Seharusnya
pengajaran ini berbeza dengan pengajaran yang pertama.
 Pandangan pemerhati – rakan/tutor memberi pendangan terhadap pengajaran semula
pelatih.

KESIMPULAN

Pengajaran mikro merupakan satu-satunya latihan yang paling baik untuk membantu guru
pelatih menguasai kemahiran-kemahiran tertentu sebelum melangkah kaki sebagai guru di
sekolah. Ia juga membantu bakal guru dalam menangani masalah yang mungkin timbul dalam
pengajaran yang sebenar apabila menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah ataupun
pengajaran selepasnya.

TUGASAN

Hasilkan satu rancangan pengajaran mikro untuk kemahiran set induksi dan kemahiran
menerang bagi satu tajuk pembelajaran akidah dan sirah untuk disimulasikan dalam tutorial
bersemuka.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

C. Media Digunakan

66
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

i. Whatsapp Group / Telegram / eLearning / Schoology

ii. Masa 3 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekurang-kurangnya 1 jam bagi satu sesi.
(rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelajaran:

• Kemahiran Pengajaran Mikro


- Aspek penilaian
- Kaedah
- penilaian

C. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

iv. Kesimpulan

D. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

67
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

APLIKASI PENGAJARAN AMALAN PEGAGOGI TERKINI DALAM AQIDAH


UNIT 6
DAN SIRAH

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan beberapa amalan pedagogi terkini (PAK21) dalam pengajaran Aqidah
dan Sirah.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, pelajar dapat :

1. melaksanakan simulasi amalan pedagogi terkini dalam Pendidikan Aqidah dan Sirah Islam.
• koperatif dan kolaboratif
• konstruktivisme
• kontekstualime
• pembelajaran masteri
• kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
• penggunaan peta pemikiran i-Think

KANDUNGAN TAJUK:

6.1 Objektif pengajaran Aqidah dan Sirah:


• Objektif pengajaran Aqidah
• Objektif pengajaran Sirah

6.2 Pedagogi abad ke-21

6.1 OBJEKTIF PENGAJARAN AQIDAH DAN SIRAH

6.1.1 Objektif Pengajaran Aqidah

o memahami dan menghayati konsep aqidah yang benar


o membentuk aqidah Islam yang betul dalam kalangan murid
o menanamkan keyakinan dan roh keislaman yang jitu ke dalam jiwa murid
o membentuk pekerti mulia berlandaskan kepada tuntutan aqidah

66
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

Modul Aqidah dalam DSKP KSSR memberi penekanan kepada kemahiran memahami
dan menghayati konsep aqidah serta mengaplikasikannya dalam kehidupan.

6.1.2 Objektif Pengajaran Sirah

o Memahami peribadi nabi saw yang meliputi kehidupan hariannya untuk


mengukuhkan kefahaman bahawa nabi saw bukan sahaja hebat dalam kalangan
kaumnya, bahkan baginda juga mendapat bimbingan daripada Allah SWT sebelum
kerasulannya
o Orang ramai (manusia seluruhnya) akan mendapati contoh teragong dalam
kehidupan mereka
o Untuk memahami al-Quran dan menjiwai roh dan tujuannya, kerana terdapat banyak
ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan peristiwa yang dilalui oleh baginda SAW
o Memahami Islam dengan tepat sama ada yang berkaitan dengan aqidah,
perundangan ataupun akhlak
o Menjadi contoh dan teladan kepada para pendakwah Islam dan para guru dalam
proses dakwah dan tarbiyyah.

Modul Sirah dalam DSKP KSSR memberi penekanan kepada pemahaman sirah
Rasulullah SAW dan mengambil iktibar serta meneladaninya dalam kehidupan.

6.2 PEDAGOGI ABAD KE-21

Definisi

Proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi,


kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. (A learning process
that focuses on a student-centred approach based on elements of communication, collaboration,
critical thinking, creativity, and values and ethical applications).

Baharuddin et al (2015) menyatakan bahawa ciri-ciri guru abad ke-21 yang perlu dipenuhi oleh
guru masa kini adalah: menguasai kurikulum yang diajar; mahir dan berketerampilan dalam
pedagogi; memahami perkembangan pelajar dan menyayangi mereka; memahami psikologi
pembelajaran; memiliki kemahiran kaunserling; dan menggunakan teknologi terkini. Pelajar juga

67
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

perlu mempunyai ciri-ciri pelajar abad ke-21 supaya aspirasi PPPM (2013-2025) dapat
direalisasikan.

Peraturan-peraturan pendidikan (Kurikulum Kebangsaan 1997) di bawah Akta


Pendidikan 1996 (Akta 550) menyatakan bahawa “… suatu program pendidikan yang termasuk
kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma,
nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”.

Bagi memenuhi kehendak tersebut maka para guru di bawah Kementerian Pendidikan
perlu menyusun semula Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi
ke dalam RPT dan RPH mengikut keupayaan murid semasa pelaksanaan PdP dengan
menggunakan pedagogi yang bersesuaian bagi mencapai objektif pembelajaran. Perkara ini
termaktub dalam

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3/1999 : KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3) – 9 Mac


1999 PENYEDIAAN REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

• Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) : Mengandungi secara ringkas isi


pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan

• Rancangan Pelajaran Harian (RPH) : Merupakan terjemahan RPT yang


mengandungi maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai
objektif (aktiviti) dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai (refleksi)

Pedagogi Abad ke-21 atau ringkasnya PAK21 dapat dilaksanakan melalui pembelajaran
berasaskan inkuiri, projek, STEM atau penyelesaian masalah melalui pelbagai aktiviti seperti
Think Pair Share, Round Table, Gallery Walk, Hot Seat dan Stay-Stray. PAK21 menekankan
lima daripada enam aspirasi murid menyentuh pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Dalam era globalisasi, pengurusan jurang
generasi perlu diuruskan dengan baik supaya ia berupaya memberikan kesan positif terhadap
cara komunikasi guru yang berkesan malah dapat memupuk motivasi dalam murid untuk belajar
(Halim Tamuri, Hanani Hussin, 2017). Keberkesanan Pendidikan Abad Ke-21 ini bukan sekadar
tertumpu pada prasarana dan susun atur bilik darjah tetapi penentu utama kejayaan adalah

68
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid bukan berpusatkan guru.
Ringkasnya, terdapat empat prinsip utama yang dalam pembelajaran abad ke-21 iaitu:

a. Pengajaran berpusatkan murid


b. Pembelajaran secara kolaboratif
c. Pembelajaran secara kontekstual
d. Intergrasi dengan masyarakat

6.2.1 PEMBELAJARAN KOPERATIF DAN KOLABORATIF

Kamus Dewan Edisi Ke tujuh (2009) mendefinisikan koperatif sebagai proses kerjasama
yang dihasilkan untuk memberi kebaikan kepada anggotanya. Pembelajaran koperatif pula
adalah satu jenis pembelajaran kolaboratif yang khusus. Menurut Slavin (2008) pembelajaran
koperatif merupakan metode pembelajaran yang memerlukan pelajar belajar dalam kelompok
kumpulan kecil untuk membantu satu sama lain belajar. Manakala pengajaran dan
pembelajaran koperatif merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan
pelajar untuk menggunakan segala kemahiran dan kebolehan pelbagai dan bekerjasama dalam
kumpulan kecil untuk merealisasikan matlamat kumpulan bersama (Aimi Hafizah, 2017)
melakukan aktiviti yang berstruktur. Setiap individu bertanggungjawab melakukan tugas masing-
masing. Hasil kerja mereka dinilaikan. Kumpulan pembelajaran koperatif bekerjasama dengan
bersemuka satu sama lain. Pembelajaran kooperatif juga didefinisikan sebagai satu set proses
yang membantu pelajar berinteraksi satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus atau
mendapatkan satu hasil akhir (end-product) yang ada kaitan dengan isi kandungan mata
pelajaran.

CIRI-CIRI UTAMA PEMBELAJARAN KOPERATIF

69
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

Kolaboratif pula merujuk kepada sesuatu yang dilakukan secara bersama-sama atau
berkumpulan. Pembelajaran Kolaboratif adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di
mana murid-murid bekerja dalam kumpulan untuk menerokai suatu persoalan tertentu atau
mencipta satu projek yang bermakna (wikipedia.org). Kajian oleh Johnson et al. (1991) telah
menyenaraikan ciri-ciri pembelajaran kolaboratif seperti saling bergantung yang positif,
tanggungjawab individu, menggalakkan interaksi face-to-face, mengamalkan kemahiran
kerjasama yang bersesuaian dan pemprosesan kumpulan.

Contohnya, sekumpulan pelajar yang berbincang tentang sesuatu topik diajar di sekolah
atau murid dari sekolah berlainan berkongsi maklumat tentang satu tugasan. Bagi elemen ini,
guru perlu memahami gaya pembelajaran muridnya. Sekiranya wujud suasana kelas yang
kolaboratif, maka, ia akan membawa kepada metakognitif, iaitu kesedaran murid-murid tentang
perkara yang diketahui dan tidak diketahui semasa proses pembelajarannya. Melalui kolaboratif,
guru boleh menerapkan beberapa nilai positif dalam diri murid itu sendiri, seperti
bertanggungjawab terhadap tugasan dalam kumpulan, penglibatan aktif atau seimbang, bersikap
terbuka untuk menerima idea dan pandangan rakan-rakan lain serta mengeratkan hubungan
silaturrahim dalam kalangan mereka. Jadi, guru adalah insan yang paling sesuai untuk
melakukan sesuatu perkara dalam memancing emosi dan perhatian murid-muridnya.

Kesimpulannya, pembelajaran kolaboratif merupakan istilah untuk satu pendekatan


pendidikan yang melibatkan pelbagai pihak untuk satu tujuan yang dikehendaki.

“Collaborative learning” is an umbrella term for a variety of educational


approaches involving joint intellectual effort by students, or students and
teachers together. Usually, students are working in groups of two or more,
mutually searching for understanding, solutions, or meanings, or creating a
product. Collaborative learning activities vary widely, but most center on
students’ exploration or application of the course material, not simply the
teacher’s presentation or explication of it. (Barbara Leigh, et. al , 1992)

70
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

PERBEZAAN KOPERATIF DENGAN KOLABORATIF

KOPERATIF KOLABORATIF
1. Satu strategi pembelajaran berteraskan 1. Berasaskan kepada idea bahawa
pasukan kecil. Setiap murid pembelajaran adalah satu tingkahlaku sosial.
bertanggungjawab tentang pencapaian diri
Pembelajaran berlaku melalui perbincangan
sendiri dan membantu ahli kumpulan
atau komunikasi fizikal atau virtual.
2. Pergantungan positif setiap ahli kumpulan 2. Tiada ‘kontrak’/pergantungan dalam
dalam menentukan kejayaan pasukan. kolaborasi bersama.
3. Peranan guru sebagai fasilitator, 3. Tidak memerlukan pemantauan guru dan
menstrukturkan dan memantau aktiviti tidak berstruktur.
pasukan mencapai objektif.

Piramid pembelajaran di atas menunjukkan pembelajaran yang berkesan terhasil apabila


pelajar berkemampuan untuk mengajar rakannya tentang apa yang guru telah ajarkan. Peranan
guru lebih berkesan (5%) kepada pelajar jenis auditori dan apabila pelajar bersedia untuk
belajar, mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan kelas dan mengambil nota
dengan baik.

71
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

6.2.2 PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Apakah konstruktivisme?
“Constructivism is an approach to teaching based on research about how people learn.
Many researchers say that each individual constructs knowledge rather than receiving it from
others.”
(McBrien & Brandt,1997)

(Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang


bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina
pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain).

Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna mengenai dunia


dengan mensintesis pengalaman baru terhadap apa-apa yang mereka telah fahami sebelumnya.
Mereka menjelaskan bahawa melalui prinsip konstruktivisme, ilmu pengetahuan dibina secara
aktif oleh setiap individu berasaskan pengalaman yang dilaluinya (Abdul Jalil dan Bahtiar,2005).
Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya.
Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka
untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama
rakan dan gurunya. Menurut Briner, M., (1999), murid membina pengetahuan mereka dengan
menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada,
mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang
diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

Dalam teori konstruktivisme, penekanan diberikan kepada murid lebih daripada guru. Ini
adalah kerana muridlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh
kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, murid membina sendiri konsep dan
membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan
digalakkan (Sushkin, N., 1999).

Menurut Nik Azis Nik Pa (1999), “konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu
komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna
bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada
aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran
yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada
pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan
membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih”.

72
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

IMPLIKASI DARIPADA PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME


 Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid
 Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil darIpada aktiviti yang dilakukan oleh
murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif
 Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah
pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut
 Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang
kepada murid untuk membina pengetahuan baru
 Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan
menyelesaikan masalah

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

a. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil
pembelajaran
b. Menyokong pembelajaran secara koperatif
c. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid
d. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan
memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar
e. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen
f. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea
g. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid
h. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai
panduan merancang pengajaran

KELEBIHAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

i. Murid lebih berfiikir


Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan
masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai
kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan
dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses
data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan.
ii. Murid lebih faham

73
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih lama konsep
tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang
diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
iii. Murid lebih mudah ingat
Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih lama konsep
tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang
diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
iv. Murid lebih yakin
Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri
kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri
sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
v. Lebih berkemahiran Sosial
Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam
menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila
murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka.
vi. Murid lebih seronok
Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri pengetahuan,
konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih
seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai
kemungkinan dan cabaran.

PERANAN GURU DAN MURID DALAM KELAS KONSTRUKVISME

Peranan Murid
 Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian secara
individu mereka membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka
bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan
masalah.
 Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu akan
membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika murid itu
berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid
tersebut dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham.
 Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat
ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka
terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan.

74
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

 Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk
menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.

Peranan Guru

 Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka.


 Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid.
 Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka.
 Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan hanya dalam bentuk ujian
bertulis.
 Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis,
meramal, meneroka dan membuat hipotesis.
 Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka.
 Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan
menggalakkan murid menyoal murid yang lain.
 Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan
dikemukakan.
 Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea
yang telah dijanakan.
 Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu.
 Membimbing murid mendapatkan jawapan yang tepat.

CONTOH RANCANGAN MENGAJAR KONSTRUKTIVISME

BAHASA MELAYU

OBJEKTIF : Membina hukum yang menghubungkan kata dasar yang bermula dengan ‘T’
dengan imbuhan ‘me’
TAJUK : Tatabahasa – Imbuhan Kata Kerja (Awalan Me- untuk kata dasar bermula
dengan t)
TING : 1
BAHAN BANTU MENGAJAR : Kad gambar
PENGETAHUAN PERLU ADA : Murid telah tahu yang kata terbitan terdiri daripada
imbuhan dan kata dasar.
AKTIVITI :
1. Murid ditunjukkan gambar tentang orang sedang menulis, menendang bola, menumbuk
sambal, menarik lembu, menonton televisyen.
2. Pelajar menulis ayat berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang ditunjukkan dalam gambar-
gambar tersebut. Murid diminta menuliskan ayat-ayat ini di papan tulis dan

75
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

menggariskan kata- kerja yang berimbuhan seperti menulis, menendang, menumbuk,


menarik dan menonton.
3. Murid menentukan kata dasar kepada perkatan-perkataan ini dan menyenaraikannya
dalam jadual seperti yang di bawah:
Kata Terbitan Kata Dasar
menulis tulis
menendang tendang
menumbuk tumbuk
menarik tarik
menonton tonton
4. Murid diberikan beberapa kata dasar lain seperti tonjol, tangkap, tekan dan tiru.
Kemudian murid membentuk kata terbitan jika imbuhan mediletakkan pada awal kata
dasar ini.
5. Murid menerangkan mengapa mereka telah membentuk kata terbitan tadi.
6. Murid membaca ayat-ayat yang berikut:
 Saleh menangis bila dimarahi gurunya.
 Fadilah menambah gula kepada air milonya.
 Sambil menyelam Raju telah mentelan air.
 Menorek hidung adalah satu tabiat yang buruk.

Murid menyatakan sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan perkataan-perkataan
yang bergaris dan memberikan sebab.

7. Murid merumus peraturan yang mereka gunakan bila menghubungkan kata dasar yang
bermula dengan huruf ‘t’ dengan imbuhan ’ me’.

8. Murid mencadangkan kata dasar lain yang bermula dengan huruf ‘t ‘ tetapi tidak
mengikuti hukum ini seperti mentafsir, menterjemah dan mentelaah.

6.2.3 PEMBELAJARAN KONTEKSTUALISME

Antara kelemahan pengajaran dan pembelajaran hari ini ialah kegagalan membantu
murid mencari hubungkait :
• Antara maklumat baru dengan pengalaman sedia ada
• Antara sekolah dengan dunia luar
• Antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain
• Antara pengetahuan lepas dengan cabaran kini, dan cabaran kini dengan
tanggungjawab masa depan

Apakah kekangan dalam membina hubungkait tersebut ?

• Bebanan pengurusan dan pentadbiran ke atas sekolah dan guru:

76
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

• Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan


• Tekanan untuk menghabiskan sukatan pelajaran
• Kebimbangan bahawa pengenalan elemen baru dalam kelas akan menambahkan
bebanan guru
• Terlalu terkongkong kepada pendekatan pengajaran secara behaviourist iaitu
penekanan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan

Apakah Pembelajaran Kontekstual?


Pembelajaran kontektual adalah konsep belajar yang membantu guru mengaitkan antara
perkara yang diajarkan dengan situasi nyata pelajar dan mendorong pelajar membuat hubungan
antara pengetahuan yang dimilikinya dengan penerapannya dalam kehidupan sehari-hari. Teori
pembelajaran Kontekstual menytakan bahawa pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat
memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda
mereka. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks
yang pelbagai dan bermakna kepada murid seperti fizikal, budaya, sosial dan psikologi.
Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan
pembelajaran yang berkesan seperti bilik darjah, makmal, tempat kerja dan kehidupan seharian.

Mengapa pendekatan kontekstual perlu dalam pengajaran dan pembelajaran?


i. Individu mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri.
Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal,
belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang
positif. Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks
hubungan yang tidak asing kepada murid. Kebanyakan murid belajar dengan berkesan
melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan
kendiri.

ii. Pembelajaran kontekstual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran.


Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran
yang perlu dipelajari. Ianya melibatkan pembelajaran secra konkrit iaitu pengalaman
(merasa), penglihatan (melihat), pemikiran (memikir) dan perlakuan (melakukan).

iii. Individu memiliki pelbagai jenis kecerdasan.


Menurut pandangan Howard Gardner, terdapat sekurang-kurangnya lapan jenis
kecerdasan pelbagai. Iaitu verbal-linguistik, logik-matematik, naturalis, interpersonal,
kinestetik, intrapersonal, visual – ruang dan muzik. Setiap orang memiliki kesemua

77
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

kecerdasan tersebut. Walau bagaimanapun, tahap dan kombinasi kecerdasan berbeza-


beza di antara individu. Teori kecerdasan pelbagai memberi maklumat tentang apa yang
perlu dipelajari tetapi lebih penting lagi, bagaimana mempelajarinya. Justeru,
pendekatan Pembelajaran Kontekstual dapat mencungkil potensi kecerdasan pelajar
dengan lebih berkesan.

Faedah Pembelajaran Kontekstual

Murid :
• Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan
• Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian
• Boleh memindahkan kemahiran
• Boleh meneroka dan mendapatkan bukti
• Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit
• Dapat belajar secara kerjasama

Guru:
• Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya.
• Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan.
• Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.
Industri :
• Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara berkesan
mengikut keperluan
• Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi

KAEDAH-KAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada
kaedah-kaedah pembelajaran berikut :

Jadual 1: Kaedah Pembelajaran Kontekstual

78
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

Relating (Menghubungkait)
Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan
kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu
bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari.

Experiencing (Mengalami)
Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demontrasi serta membuat latihan amali
menyambungkan wayar kepada plug 3 pin. Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila
berlakunya situasi di mana wayar plug 3 pin sterika tertanggal.

Applying (Mengaplikasi)
Murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan ini
apabila bertemu situasi di mana sebuah kereta yang tayarnya pancit tidak mempunyai jek.
Dengan mengamalkan pengetahuan yang ada, murid boleh menggunakan konsep tuas untuk
menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar.

Cooperating (Bekerjasama)
Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah pencemaran alam
menerusi satu aktiviti yang memerlukan mereka berbincang dan bekerjasama dengan ahli

79
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

kumpulan masing-masing . Hasil yang diperolehi adalah lebih baik disebabkan mereka
menyelesaikan masalah secara bekerjasama.

Transfering (Memindahkan)
Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem
Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan bahawa segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m
akan menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permainan.

Bagaimanakah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kontekstual ?

Rajah 1: Proses PdP Kontekstual

Matlamat utama pembelajaran secara kontekstual adalah untuk menghasilkan murid


yang berkualiti. Untuk menjayakannya, semua pihak perlu bersetuju mengenai apa yang perlu
dipelajari dan bersetuju mengenai strategi pembelajarannya. Di samping itu, sokongan daripada
organisasi masyarakat diperlukan untuk menjayakan strategi pengajaran dan pembelajaran
kontekstual. Sokongan luaran ini akan memberi galakan dan sumber-sumber untuk membantu
murid dan guru mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

80
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

6.2.4 PEMBELAJARAN MASTERI (PM)

Konsep PM suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua


murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum
berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang
mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Mengapa pembelajaran masteri?


• Keperluan dan kebolehan berbeza
• Setiap murid memerlukan pendekatan pdp yang sesuai dan berkesan
• Murid perlu menguasai ilmu, kemahiran dan sikap

Langkah Pembelajaran Masteri


i. Menentukan Hasil Pembelajaran .
• Mengenal pasti apa yang perlu dikuasai
• Memberi tumpuan dalam penguasaan HP
• Merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu mengajar
• Membantu membina ujian formatif dan sumatif

ii. Menentukan pengajaran dan pembelajaran


• P&p menggunakan pelbagai strategi, pendekatan dan kaedah

iii. Penilaian . Ia bertujuan:


• Mengesan pencapaian murid
• Mengenal pasti jenis murid
• Mengesan sama ada HP telah dikuasai atau belum
• Mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran
• Menentukan aktiviti pengayaan atau pemulihan
• Menentukan keberkesanan kaedah p&p

v. Tindakan Susulan
• Pemulihan (pengukuhan)
• Pengayaan (pengembangan)

81
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

6.2.5 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah digubal dengan mengutamakan usaha


berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis (Noriati A. Rashid, Lee Koek Cheng, Zulkufli
Mahayuddin & Zakiah Noordin, 2012). Bagi menghadapi persaingan global yang semakin sengit
dalam persekitaran ekonomi yang dipacu oleh inovasi, KPM telah memberi penekanan terhadap
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam sistem persekolahan. Sehubungan itu, KBAT di
definisi dalam kurikulum pendidikan sebagai keupayaan murid untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (KPM, 2014). Aras
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta menjadi asas definisi KBAT yang diguna
pakai oleh KPM ini berdasarkan hierarki Taksonomi Bloom (1956) serta Taksonomi Bloom
semakan Anderson & Krathwohl (2001).

Sumber: KPM (2014)

Kemahiran Berfikir merupakan pemikiran kritis dan kreatif yang melibatkan proses
menaakul menggunakan strategi berfikir bagi membolehkan individu menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan. Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk menilai sesuatu
idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan
alasan dan bukti yang munasabah. Kemahiran berfikir kreatif pula adalah kemampuan untuk
menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai dengan menggunakan daya
imaginasi secara asli serta berfikir tidak mengikut kelaziman. Kemahiran menaakul
membolehkan individu membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional.

82
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

Manakala Strategi berfikir merupakan cara berfikir yang berstruktur dan berfokus dengan
menggunakan alat berfikir dan teknik penyoalan yang berkesan seperti ditunjukkan dalam Rajah
3 berikut (BPK, 2014) :

Konsep Pelaksanaan KBAT menurut KPM di dalam bilik darjah memerlukan perubahan
di dalam kurikulum, pedagogi dan pentaksiran iaitu

1) Kurikulum yang dibentuk bersandarkan KBAT memerlukan ianya ditulis secara eksplisit di
dalam dokumen kurikulum

2) Pedagogi dilaksanakan dengan pelbagai strategi PdP yang menerapkan KBAT seperti alat
berfikir, soalan aras tinggi dan inkuiri

3) Pentaksiran yang dipelbagaikan menerusi soalan berbentuk aras tinggi (KBAT) dalam
peperiksaan pusat dan penilaian yang dilakukan secara berterusan menerusi Penilaian
Berasaskan Sekolah (PBS) yang melibatkan tiga aspek utama iaitu penilaian psikomotor,
peperiksaan dan pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PAJSK) (KPM, 2014).

Guru bertanggungjawab dalam mengurus dan melaksanakan aktiviti intelektual dalam bilik
darjah dan sekali gus membantu kepada pembentukan masyarakat yang berfikiran aras tinggi.
Menurut Dewey & Bento (2009), penerapan kemahiran berfikir dalam bilik darjah dapat
meningkatkan keupayaan kognitif dan pencapaian murid terutamanya di peringkat sekolah
rendah. Selain itu, pembangunan KBAT akan memudahkan pemindahan pengetahuan dan
kemahiran kepada tindakan yang bertanggungjawab dan fungsi tertentu mereka dalam
masyarakat pada masa hadapan (Zoller, 2001). Kajian juga mendapati pelaksanaan pengajaran
guru yang dapat membangunkan KBAT murid berupaya meningkatkan pencapaian murid

83
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

(Boaler & Staples, 2008; Franco, Sztajn & Ramalho, 2007). Antara kata kerja yang boleh
digunakan oleh guru khususnya dalam menulis hasil pembelajaran murid adalah seperti Jadual 2
berikut.

Jadual 2: Senarai Kata Kerja KBAT

Sumber: KPM (2014)

Pelbagai kaedah pengajaran boleh digunakan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran
berfikir aras tinggi murid dan disesuaikan dengan tajuk dan tema yang dipilih agar ia bertepatan
serta menarik perhatian dan minat murid (Cocklin, 2012). Fullan (2011) juga menyatakan kaedah
pengajaran yang sesuai akan memberikan impak terhadap pengajaran dan pembelajaran yang
diikuti oleh murid.

Guru yang menggalakkan KBAT ialah guru yang berperanan sebagai pemudah cara
yang melaksanakan pelbagai aktiviti yang berpusatkan murid, menyediakan aktiviti yang
mencabar minda murid dan menggunakan penyoalan aras tinggi serta berperingkat bagi
mendorong murid memberi pandangan serta membuat penyelidikan dan penerokaan secara
terancang dan berstruktur. Lihat contoh di bawah:

84
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

Rajah 3: Contoh Pelaksanaan KBAT Aqidah

KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

i. kemampuan menyelesaikan masalah


ii. kebolehan mencerna dan menghasilkan idea baru
iii. kemampuan menggunakan daya imaginasi dan kreativiti
iv. kemampuan dan kebolehan mencipta
v. kebolehan dan kemampuan mencapai sesuatu objektif
vi. kemampuan untuk memenuhi keperluan
vii. menggalakkan kajian masa depan

Lihat contoh soalan dalam Jadual 3 di bawah.


Bina tiga (3) soalan daripada bidang Aqidah dan tiga (3)
soalan daripada bidang Sirah berdasarkan KBAT ?

85
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

Jadual 3: Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi

6.2.6 PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN (I-THINK)

Bagi menerapkan KBAT dalam setiap mata pelajaran di sekolah-sekolah Malaysia, guru-
guru perlu dilatih agar memiliki perkara-perkara asas seperti ilmu pengetahuan tentang
kandungan mata pelajaran, kemahiran untuk mengajar KBAT dan sikap serta persekitaran yang
sesuai. Penekanan KBAT ini juga menjadi strategi utama yang digunakan sepanjang pengajian
guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) dengan memberikan tumpuan kepada persekitaran
proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan KBAT (Mohamad Nurul Azmi Mat Nor &
Nurzatulshima Kamarudin, 2016). Pada tahun 2011, KPM telah memperkenalkan Program i-
THINK bagi merintis persediaan dalam pelaksanaan KBAT dalam kurikulum di Malaysia dan di
sebar luas penggunaan program ini ke semua sekolah pada tahun 2014.

Di bawah ini ialah jenis-jenis peta i-Think dan fungsinya:

86
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

Vygotsky yakin bahawa pemikiran kita dipengaruhi oleh jenis alat yang digunakan …
Semasa kita menanam pokok atau menggosok gigi, bagaimana kita melaksanakan aktiviti
tersebut dengan jayanya adalah dipengaruhi oleh alat yang digunakan. Kita jarang menyedari
bahawa alat yang digunakan boleh mempengaruhi tugas mental, bagaimana kita berfikir
mengenainya, dan sama ada kita telah berjaya melaksanakannya (Hiebert, James et. al. Making
Sense, 1997).

Berdasarkan kajian kecerdasan, Peta Pemikiran menggabungkan proses kognitif dalam


pembelajaran dengan maklumat dalam bentuk visual. Apabila dilaksanakan di seluruh sekolah,
Peta Pemikiran menyediakan satu cara berfikir yang konsisten dan “brain compatible” bagi guru
menyampaikan maklumat dan untuk murid belajar dan mengekalkannya. Peta Pemikiran bukan
satu kurikulum, tetapi merupakan alat berfikir yang membolehkan guru menyampaikan kurikulum
yang sedia ada dalam bentuk yang lebih bermakna.

1. Apa itu Peta Pemikiran dan bagaimana peta ini berbeza dengan
Pengurusan Grafik?
2. Definisikan Peta Pemikiran dengan menggunakan Peta Bulatan.
87
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

Kata Kunci Pemikiran

Peta Pemikiran Proses Pemikiran Kata Kunci

Bulatan Mendefinisikan mengikut Konteks/ Senaraikan, jelaskan, tuliskan


konteks semua yang anda tahu, sumbangsaran,
kenalpasti, kaitkan dengan pengetahuan
sedia ada, meneroka makna/ maklumat
Buih Menerangkan kualiti Terangkan, Jelaskan, Gunakan 5
pancaindera untuk menerangkan sesuatu,
kualiti, sifat, ciri-ciri
Peta Buih Membanding beza Bandingkan, bezakan,carikan persamaan
Berganda dan perbezaan, bezakan antara A dengan B
Pokok Membuat pengelasan Kelaskan, Asingkan, Kategorikan, Kenalpasti
antara idea utama dan penjelasannya
Dakap Hubungan seluruh -bahagian Sebahagian daripada….., tunjukkan
struktur…., ambil sebahagian daripada….,
kenalpasti struktur, komponen fizikal,
anatomi
Alir Urutan Susunkan mengikut aturan yang betul,
ceritakan/ kira semula, kitaran, tunjukkan
proses, selesaikan masalah…., mengkaji
corak (trend)
Pelbagai Alir Sebab dan Akibat Sebab dan akibat, bincangkan akibatnya/
pengajaran, apakah yang akan berlaku
sekiranya…., jika….maka….., terangkan
perubatan…., kenalpasti pengajarannya,
kenalpasti keputusan daripada…., apa yang
berlaku jika…
Titi Analogi (hubungan yang Kenalpasti perkaitan, meneka peraturan,
sama, mencari faktor simbol, analogi, kesetaraan
penghubung)

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat


tambahan.

88
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

Rujukan:

Abdul Jalil Othman & Bahtiar Omar. (2005). Aplikasi pembelajaran secara konstruktivisme dalam
pengajaran karangan berpandu. Makalah Pendidikan, 4: 6- 8.
Abu Saleh, Muhibuddin Ahmad (1988). Asasiyat fi turuq at-tadris al-`ammah. Riyadh: Dar Al-
Huda.
Ahmad Mohd.Salleh (2004). Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Metodologi. Selangor:
Penerbit Fajar Bakti Sd.Bhd.
Aimi Hafizah binti Fadzilah (2017). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Koperatif
Berasaskan Abad Ke-21: Satu Tinjauan Di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan
Nenas. Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Al-Bukhari Muhammad bin Ismail Abu Abdullah. (1987). Sahih al-Bukhari (Ed. Ke-3 ed.). Beirut:
Dar Ibn Kathir.
Barbara Leigh Smith and Jean T. MacGregor (1992). Collaborative Learning: A Sourcebook for
Higher Education. Pennsylvania State University : National Center on Postsecondary
Teaching, Learning, and Assessment.
Ghazali Darussalam (2001). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn.Bhd.
Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Pustaka
Antara.
Johnson, D. W., Johnson, R. T., & Smith, K. A. (1991). Cooperative Learning: Increasing College
Faculty Instructional Productivity ASHE-ERIC Higher Education Report (Vol. 4). George
Washington University.
Kamarul Azmi Jasmi dan Ab Hakim Tamuri (2019). Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM.
Kamus Dewan (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Aplikasi di Sekolah.
Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Mok Soon Sang (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran mikro. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman.
Omardin Ashaari (1997). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Selangor: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Parrot, Elizabeth (1986). Effective teaching. London & New York: Longman, 7th ed.
Robert E. Slavin (2008). Cooperative Learning, Success for All, and Evidence-based Reform in
education. Éducation et didactique [Online], vol 2 - n°2 | septembre 2008. URL :
http://journals.openedition.org/educationdidactique/334
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu pendidikan: pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann, ctk. 4.
Sulaiman Ngah Razali. (1996). Analisis Data dalam Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, & Mohd Alauddin Othman.
(2011). Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Di SMKA. GEMA Online™
Journal of Language Studies, 11(2), 67-82.

89
PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1 PIMKD2093

PANEL PENGGUBAL DAN PEMURNI


PIMKD2093 PEDAGOGI PENGAJARAN ULUM SYARIAH 1
(AQIDAH DAN SIRAH)

NAMA KELAYAKAN AKADEMIK

PENYELARAS KURSUS

OTHMAN BIN LOMAN M Ed. Pendidikan Islam, UKM


B.A (Hons) (Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah), UKM.
Institut Pendidikan Guru Malaysia Sijil Perguruan Asas MPI
Cyberjaya Sijil Guru Perguruan Khas (Qiraat dan Tarannum) IPIS.

PENGGUBAL

SOFIAH BINTI MOHAMED


M.Ed. Perkembangan Kurikulum, UM
Institut Pendidikan Guru Kampus Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, UM
Perempuan Melayu, Melaka Diploma Pendidikan (Pendidikan Islam / B.Arab), UIA

PENGGUBAL / PEMURNI

SAPIYAH BINTI MD RANGGA M.A. Pendidikan (Pendidikan Islam), UKM


Diploma Siswazah (Syariah), UKM
Institut Pendidikan Guru Kampus B.A (Hons) Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin
Perempuan Melayu, Melaka dan Falsafah), UKM.
Diploma Pendidikan (Pendidikan Islam/B.Arab), UKM

90

You might also like