You are on page 1of 13

HIR3013 (B) Kaedah Penyelidikan Pendidikan Islam

Tugasan Akhir Cadangan Penyelidikan

Bahagian 1: Cadangan Penyelidikan

1. Tema/topik penyelidikan dalam bidang Pendidikan Islam dan kata kunci. (_1_/1)

Tema yang dipilih bagi kajian ini ialah menumpukan kepada Kesediaan bakal Guru dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran apabila disekolah kelak. Kesediaan bakal guru yang
difokuskan ini adalah bagi bakal guru yang akan mengajar subjek- subjek agama di sesi
sekolah. Kajian ini juga menumpukan kepada penguasaan ilmu agama dan kesediaan untuk
menerima sesuatu subjek dikalangan bakal pendidik yang akan mengajar subjek agama di
peringkat sekolah nanti. Menurut Tan Sri Alimuddin Mohd Dom (2022), Subjek Pendidikan
Islam juga merupakan salah satu aspek penting bagi memastikan sistem pendidikan di negara
ini seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Maka untuk memastikan
mencapai obejktif falsafah Pendidikan kebangsaan ianya bermula dari tenaga pengajar itu
sendiri kerana bagi membina pelajar kearah yang berwawasan maka ianya bermula
diperingkat akar umbi lagi iaitu seorang guru bagi pelajar itu dalam menyampaikan
pengajaran seiring dengan yang ditetapkan. Ilmu agama ini bukanlah satu ilmu yang boleh
dipandang rendah untuk mengajarnya kerana ia juga bermain dengan fakta yang berpandukan
wahyu daripada allah kepada rasul yang penuh dengan tertib dan tersusun tanpa direka-reka
oleh nabi. Maka persediaan yang perlu diambil hendaklah dengan rapi kerana kemungkinan
akan terpesong kea rah yang tidak betul jika mengajar subjek-subjek agama ini tanpa fakta
dan rujukan yang betul, bahkan masa depan anak muda kan terpesong dari landasan.
Tambahan pula tahap penguasaan ilmu agama kepada bakal guru yang akan mengajar subjek-
subjek agama ini masih berada dalam tahap kurang memuaskan dan tidak menepati secara
menyeluruh.
Kata Kunci: Agama, Bakal Guru, Persekolahan, Pendidikan, Pengajaran, Kesediaan,

2. Cadangan tajuk penyelidikan. (_1_/1)

cadangan tajuk penyelidikan ialah “Kesediaan bakal Guru dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran subjek - subjek agama apabila disekolah”. Tajuk penyelidikan ini
memfokuskan kepada tahap pemahaman dan penguasaan bakal guru terhadap subjek-subjek
agama akan diajar sekolah nanti. Ini melibatkan penilaian kefahaman guru terhadap isi
kandungan ilmu,konsep, nilai, dan ajaran agama yang relevan dengan mata pelajaran yang
diajarkannya disekolah nanti. Selain itu, tajuk ini juga menekankan Penggunaan strategi
pengajaran yang efektif: untuk melihat strategi pengajaran yang digunakan oleh bakal guru
dalam mengajar subjek-subjek agama. Fokusnya adalah pada identifikasi strategi pengajaran
yang efektif dalam
membantu pelajar memahami dan menghayati nilai-nilai agama yang diajar. Akhir sekali,
penyelidikan ini akan mengkaji Kesiapan bakal guru dalam mengendalikan isu-isu
kontroversi dalam subjek agama bagi mengendalikan isu-isu kontroversi yang mungkin
timbul dalam konteks pengajaran subjek agama. Fokusnya adalah pada penilaian strategi
pengajaran yang digunakan oleh guru untuk mempromosikan pemahaman dan toleransi
terhadap perbezaan pendapat dalam konteks agama.

3. Pengenalan terhadap topik. (_3_/3)

Aspek yang pertama adalah pensejarahan yang membahaskan mengenai sejarah berkaitan
subjek-subjek agama
Agama islam merupakan agama yang syumul, bahkan agama islam merupakan satu
perlembangan di negara malaysia sebagai agama yang rasmi ialah agama islam maka untuk
memastikan menjunjung perlembagaan yang termaktub maka pelbagai inisiatif dilakukan
bagi mermatabatkan perlemabnagn ini sehinggakan pada bidang Pendidikan di Malaysia
mewajibkan Pendidikan islam bagi rakyat yang beragama islam ini memastikan mereka tidak
tercicir daripada apa yang mereka wajib pelajari dan taati. pada peringkat Sekolah rendah dan
sekolah menengah sudah wujudnya mata pelajaran Pendidikan Islam. Seperti yang diketahui,
di dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi mata pelajaran Pendidikan
Islam mempunyai 6 kandungan pembelajaran yang akan pelajar itu hadapi. Antaranya
kandungan-kandungan topik yang terdapat di dalam Pendidikan Islam adalah pertama, bidang
al-quran. kedua, bidang hadis, ketiga, bidang akidah, keempat, bidang fiqah, kelima, bidang
sirah dan tamadun islam dan keenam, bidang akhlak islamiyyah.bahkan bukan itu sahaja,
pelajar juga yang mengambil pengkhususan dalam bidang agama mempunyai Kurikulum
bersepadu Dini (KBD) dan kurikulum bersepadu tahfiz (KBT). Subjek yang titawarkan
sangat banyak antaranya bidang syariah,usuluddin, quran sunnah dan berbagai lagi. Ini
menunjukan Pendidikan islam itu sangat diambil berat bagi masyarakat. Namun kesemuanya
itu bagi kemaslahatan setiap rakyat Malaysia bagi memastikan agama islam di martabatkan di
negara ini. Peranan serta halatuju pendidikan Islam memperlihatkan bahawa tujuan
uatamanya adalah untuk membentuk personaliti Muslim yang mencakupi semua aspek
rohani, jasmani, intelek serta jugaemosi. Yang lebih utama lagi segala perlakuan sama ada
yang bersifat Zahir atau luaran mahupun batin atau dalaman perlu berada selari dengan ajaran
Islam seperti yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang merupakan sumber
utama agama . Ini juga memberi erti bahawa Pendidikan Islam bukan sekadar memindahkan
maklumat kepada para pelajar malah peranannya adalah lebih luas dan bersifat holistik.
Aspek yang kedua pula menbincangkan Kesediaan bagi bakal guru akan subjek yang
akan diajarnya iaitu mata pelajaran agama yang meliputi dari pelbagai bidang agama adalah
berkaitan dengan kepakaran, kecekapan dan kelayakan mereka dalam bidang tersebut. Guru
agama yang baik seharusnya mempunyai kefahaman yang mendalam tentang ajaran agama
yang akan diajarnya, serta berkebolehan untuk menyampaikan bahan itu dengan jelas dan
berkesan kepada pelajar. Oleh kerana itu, bagi bakal guru itu perlu mempunyai latihan dan
pembangunan profesional kerana ianya memainkan peranan penting dalam meningkatkan
kesediaan bakal guru untuk mengajar mata pelajaran agama. Kerana dengan Latihan yang ada
dapat menjadikan bakal guru sentiasa bersedia dengan ilmu dan kemahiran serta Guru perlu
terus mengikuti latihan dan aktiviti pembangunan diri bagi meningkatkan kefahaman tentang
ajaran agama terkini, dan untuk memastikan kaedah pengajaran yang berkesan, dan strategi
penilaian yang berkaitan.
Selain itu, bakal guru juga terutamanya Seorang guru agama perlu bersemangat dan
bermotivasi tinggi bagi bersedia untuk mengajar mata pelajaran agama kerana subjek agama
dia merangkumi pelabagai aspek Rohani,dan jasmani, maka memerlukan motivasi yang lebih
bermotivasi. Motivasi ini boleh timbul daripada kepercayaan peribadi terhadap agama yang
diajar, keinginan untuk membimbing pelajar dalam pembangunan rohani, atau minat yang
mendalam terhadap pengajian agama itu.
Aspek yang terakhir pula ialah membabitkan isu-isu berkaitan kesediaan bakal guru
dalam mengajar subjek-subjek agama. Kita tidak pelik akan isu-isu yang berlaku kerana
perubahan zaman menjadi permasalahan agama juga bertambah, mungkin disebabkan
kecanggihan yang ada yang mana boleh tersebar hadis-hadis palsu menyebabkan kekeliruan
berlaku pada pelajar- pelajar yang aktif dengan media sosoal seperti facebook, Instagram, dan
lain-lain. Maka mereka sentiasa mengikuti perkembangan semasa tidak kira isu apa bahkan
isu-isu agama yang banyak berlegar di media sosial, apabila mereka tengok disosial media
perkara yang pelik maka mereka akan menuju guru-guru mereka yang mengajar subjek
agama. Disini guru itu perlu bijak untuk mengendalikan soalan yang diberikan bagi
memastikan pelajar itu memahami apa masalah yang berlaku atau apakah persoalan yang
diajukan. Kadang-kala masalah yang ditanya bersifat khilafiah, jika guru itu tidak mahir
untuk menerangkan khilafiah itu khawatir pelajar itu salahfaham dengan topik itu dan
menyebar kepada kawan-kawan yang lain pula secara salah. Maka kesediaan bakal guru
dengan isu-isu semasa perlu juga diutamakan bagi memastikan pelajar-pelajar itu memahami
dengan betul dan tepat berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh syarak.

4. Penyataan masalah. (_3_/3)

Terdapat tiga permasalahan kajian yang didapati dan dikenalpasti dalam tajuk kajian yang
ingin laksanakan, pertamanya ialah berkaitan dengan guru tidak menguasai dengan baik
setiap isi kandungan ilmu itu, bukanlah mereka mempunyai langsung pengetahuan namun
mereka tetap mempunyai imu tetapi yang mana ilmu yang mereka ada merupakan ilmu-ilmu
yang asas yang ada sejak dari zaman persekolahan tanpa mereka tambah dan tingkatkan
kearah yang lebih baik kerana inilah menjadi punca mereka kurang bersedia untuk mengajar
subjek agama kerana mereka risau jika mereka mengajar tidak kehendak silibus yang
ditetapkan. Tambahan lagi subjek agama ini tidak asing lagi daripada mengunakan bahasa
arab kerana sumber agama islam ialah daripada Bahasa arab kebanyakannya dan rujukan-
rujukan ulama ini juga dari kitab arab sebahagiannya. Kemungkinan kecuaian sikap bakal
guru itu sendiri yang tidak mengambil mengasah ilmu yang sedia ada atau tidak “upgrade”
akan ilmu dari semasa ke semasa ketika berada di tempat pengajian. Guru yang tidak
mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang subjek mungkin akan mengalami kesulitan
untuk memberikan penerangan yang tepat dan lengkap kepada pelajar Kerana bakal guru
perlu memiliki kemahiran dan keupayaan menjadi seorang yang profesional dan pakar dalam
bidangnya (Zamri & Anita 2020). Agar dapat menyampaikan ilmu dengan lebih berkesan
untuk masyarakat.
Selain itu, permasalahan kajian kedua adalah kaedah yang digunakan ketika tempoh
bakal guru itu berada di tempat pengajian. Hal ini kerana kebanyakan tempat pengajian yang
ada namun tidak semua begitu, mereka belajar mengejar untuk menghabiskan silibus dan
yerpaksa belajar secara agak laju tanpa menyentuh bab-bab tertentu dengan lebih mendalam.
Ini menyebabkan bakal guru yang mengajar subjek agama itu tidak mahir dalam satu-satu
bidang bahkan jika ia tidak bertanya didalam kelas jika mereka tidak faham akan
menambah lagi
kekeliruan kepada bakal guru itu. Kita memahami sistem yang ada dan telah diguna pakai
pada kebanyakan institusi itu namun bagi membina bakal guru yang mampu untuk membawa
watak seorang guru agama yang betul-betul memahami setiap isi kandungan maka hendaklah
penambahbaikan bagi mencapai kejayaaan di masa hadapan kerana Guru yang tidak
mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang suatu subjek mungkin akan mengalami
kesulitan untuk memberikan penerangan yang tepat dan lengkap kepada pelajar.
Akhir sekali, permasalahan kajian yang ketiga ialah berkait dengan institusi itu, mungkin
ianya boleh melakukan pembaharuan berbanding sebelum ini dengan mewajibkan bakal guru
agama ini lulus syafawi dan teori tentang setiap bidang ilmu dalam subjek agama di sekolah
dengan lebih mendalam. Seperti menetapkan supaya khatam satu kitab feqah , satu kitab
tasauf, dan kitab-kitab yang lain secara mendalam kerana dengan itu memberi dan menambah
kefahaman bakal guru untuk mengajar dan tidak lagi berasa segan dan takut jika diberikan
apa- apa tugasan disekolah untuk disebarkan kepada pelajar.

5. Objektif kajian. (_1_/1)


Antara objektif kajian yang ingin dicapai di dalam tajuk kajian ini adalah:
1. Mengenal pasti tahap kefahaman dan pengetahuan bakal guru terhadap subjek agama yang
akan diajar.
.2.Mengenal pasti kaedah yang digunakan bakal guru terhadap subjek agama yang akan
mengajar disekolah
3. Mengenalpasti isu-isu yang berkaitan dengan kesediaan bakal guru untuk mengajar subjek
agama, terutamanya bidang KBD atau AZHARI.
4. Mengenalpasti kesan kaedah yang digunakan bakal guru terhadap subjek agama yang akan
mengajar disekolah

6. Sorotan Kajian Lepas terhadap konseptual kajian. (_6_/6)

Permulaan bagi pensejarahan kepada tajuk kajian ini ialah,ia dimulakan dengan maksud
kaedah pengajaran ataupun gaya pengajaran boleh didefiniskan sebagai satu tindakan guru
yang sistematik dalam mencapai objektif pengajaran dalam jangka masa yang pendek (Azizi
& Syazwani, t.t). pendidikan islam merupakan satu subjek yang wajib yang ditetapkan oleh
kementerian pendidikan Malaysia bagi setiap individu yang beragama islam ini berlandaskan
perlembagaan negara Malaysia iaitu agama islam sebagai agama rasmi negara. Maka bagi
merealisasikan pendidikan islam agar tercapai objektif dapat dilaksanakan maka bermula dari
akar umbi lagi perlu di usahakan dengan baik, antaranya gurulah tunjang untuk menjayakan
objektif yang ditetapkan. Menurut kamus Dewan (1993), guru adalah merujuk kepada
pendidik, pengajar dan pengasuh.Memang sudah maklum bahawa guru merujuk kepada suatu
kerjaya yang tugasnya menyampaikan ilmu pengetahuan. Menurut Kamarul Azmi Jasmi dan
Ab. Halim Tamuri (2007), guru adalah aset yang sangat penting dalam dunia pendidikan
dan guru mempunyai tugas yang sangat besar dalam melahirkan anak-anak bangsa yang
berguna. Bahkan bukan tertumpu kepada subjek pendidikan islam sahaja, namun bahkan
dalam kementerian pelajaran malaysia mewujudkan DSKP KBD,KBT dan AZHARI yang
terdiri subjek-subjek agama yang lebih mendalam seperti subjek bahasa Arab, Subjek Nahu,
Subjek Arudh, Subjek Mantiq, Subjek mirath, subjek sorof, subjek balaghah, subjek syariah,
subjek quran sunnah. Subjek usuluddin, subjek al-quran dan banyak lagi yang tidak dapat
disenarai. Kesemuanya itu merupakan langkah-langkah KPM menjadikan subjek Agama
bukan subjek sampingan bahkan subjek utama yang dititik berat bagi memastikan masyarakat
yang beragama islam tidak tercicir. Tanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan untuk
berhasil gurulah antara yang bertanggungjawab, maka guru perlu diutamakan dalam pelbagai
aspek seperti kualiti penghasilan guru, kaedah yang digunakan guru itu, penguasaan atau
pemahaman guru itu. Kesemuanya bermula di guru menghasilkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dalam bidang pendidikan Malaysia khusunya.
Selain itu, perbahasan yang akan dibawa adalah berkenaan dengan pengalaman berkaitan
tajuk kajian yang berpandukan kajian-kajian lepas berkenaan dengan tajuk kajian ini dapat
dikenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh kesediaan guru yang mengajar subjek agama
dalam pengajaran disekolah. Permasalahan yang berlaku dalam kesediaan guru yang
mengajar subjek agama dalam kajian-kajian lepas ada beberapa perkara seperti kaedah yang
diterapkan, penguasaan bahasa arab sebagai bahasa pengantar utama bagi subjek agama dan
isu-isu semasa yang terdapat dalam pengajaran subjek-subjek agama.Pertamanya, pendekatan
yang digunakan sangat penting untuk para guru memastikan pengajaran yang dilakukan
memberi kesan kepada pelajar-pelajar. Menurut Mohamad Fuad et al., (2020), guru
Pendidikan Islam menggunakan pendekatan pengajaran yang berlandaskan pengajaran
tradisional iaitu pengajaran berpusatkan guru berbanding pengajaran berpusatkan murid.
Pengajaran berpusatkan pelajar mungkin boleh diterapkan bagi memberi kesan lagi prose
pengajarang itu berlangsung. Keduanya, penguasaan bahasa arab bagi guru-guru untuk
mengajar subjek-subjek agama sangat penting kerana rujukan-rujukan yang diperlukan untuk
memastikan pengajaran yang akan diajar itu berkesan dan dapat dijelaskan dengan baik
kepada pelajar. Menurut Noor Shamshinar et al.,(). Ketiganya masalah isu-isu semasa yang
menyebabkan guru itu tidak dapat dirungkaikan dengan baik. Oleh itu , perlu meneliti
kesiapan guru dalam mengendalikan isu-isu kontroversi yang kemungkinan timbul dalam
konteks pengajaran subjek agama. Maka, fokusnya adalah pada penilaian strategi pengajaran
yang digunakan oleh guru untuk mempromosikan pemahaman dan toleransi terhadap
perbezaan pendapat dalam konteks agama.
Akhir sekali perbahasan topik mengenai Kesediaan Guru dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran subjek - subjek agama, iaitu guru-gur agama perlu memiliki pengetahuan yang
memadai dalam subjek agama yang akan diajarnya. Selain itu, Mereka juga harus memiliki
pemahaman yang mendalam atau pemahaman yang jelas tentang ajaran agama,dan prinsip-
prinsip etika yang berkaitan serta guru juga perlu perkembangan ilmu dalam bidang agama
untuk memastikan pengetahuan yang mereka sampaikan tetap relevan. Disamping
itu,Penggunaan metode pengajaran yang efektif daripada guru dapat membantu
meningkatkan kesediaan guru dalam sesi pengajaran disekolah. Guru hendaklah memilih
metode yang sesuai dengan isi kandungan pelajaran dan keperluan pelajar. Metode yang
interaktif, seperti diskusi kelompok, permainan , atau lain-ain lagi, dapat mendorong
pemahaman pelajar dan membantu mereka memahami konsep agama dengan lebih baik.

7. Sorotan Kajian Lepas terhadap data empirikal. (_6_/6)


Perbahasan yang pertama adalah Penguasaan ilmu bahasa Arab yang baik penting untuk
mendalami ilmu-ilmu Islam seperti mana menurut Rosni Samah (2009) kerana tanpa
menguasai bahasa Arab dengan baik guru-guru tidak dapat untuk memahami ilmu-ilmu
islam dengan baik bahkan, ulama-ulama dahulu tidak akan dapat memahami ilmu Islam
secara mendalam kecuali mereka menguasai ilmu bahasa arab. Oleh itu kita dapat lihat
kemunculan ilmuan-ilmuan dan pusat-pusat pengajian Islam sejak awal dahulu adalah mereka
menekankan pelajar-pelajarnya untuk mendalami bahasa Arab sebagai satu kewajipan bagi
mempelajari ilmu-ilmu Islam. Pendidikan ini yang bertujuan untuk melahirkan insan yang
seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani bertepatan dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara Malaysia serta
kepentingan pengajaran Pendidikan yang telah bermula semenjak perbincangan tentang
paradigma baru kurikulum Pendidikan Islam seluruh dunia dalam sebuah konvesyen “ The
First Conference on Muslim Education” yang diadakan di Mekah pada tahun 1977 (Syed Ali
Ashraf, 1994). Oleh itu, Pendidikan Islam amat penting bagi memastikan pelajar itu
mempunyai kekuatan bukan luaran sahaja bahkan kekuatan dalaman yang dapat
menyesuaikan diri mereka itu dengan keperluan semasa supaya pelajar-pelajar tidak terkeluar
daripada landasan nilai etika dan kerohanian yang diwajibkan dalam agama islam. Menurut
Mohammad Kamal, 1988 menyebut bahawa Pendidikan Islam pada hakikatnya bukanlah satu
mata pelajaran yang cuba menyampaikan satu maklumat yang sempit dan kaku, malah
merupakan satu sistem dan gagasan pembentuk prinsip dan cara hidup berasas sumber wahyu
yang diturunkan sebagai panduan kehidupan manusia sepenuhnya. Maka kita tengok Realiti
yang wujud pada hari ini jika dilihat kepada konsep pedagogi Pendidikan Islam hanya lebih
menekankan kepada keupayaan dan kebolehan pelajar mengetahui dan menghafal bahkan
Pelajar itu itidak memahami dan menghayati isi kandungan.

Selain itu, perbahasan yang dibahaskan adalah berkenaan dengan kaedah penyelidikan
yang terdapat di dalam tajuk kajian ini. Mengikut kepada kajian-kajian lepas iaitu Kajian
yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kualitatif ianya digunakan kerana kajian ini
bertujuan untuk memahami secara mendalam akan tahap penguasaan bahasa Arab dalam
kalangan guru- guru yang mengajar Pendidikan Islam serta meninjau cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh guru-guru tersebut bagi menguasai bahasa Arab. Kaedah itu digunakan juga
untuk mengetahui kesediaan mereka dalam pengajaran subjek bahasa Arab. (Noor
Shamshinar et al., t.t).Kajian kedua ini berbentuk kuantitatif yang melibatkan penggunaan
borang soal selidik. Menurut Konting (2005), kajian secara deskriptif digunakan untuk
membincangkan situasi yang terjadi terutama dalam bidang yang masih kurang dikaji.
(Azmil, Zulazizi ,2020). Disamping itu, kajian ketiga pula ini adalah berbentuk kuantitatif
yang menggunakan kaedah tinjauan berpandukan instrumen soal selidik sebagai alat kajian
bagi mendapatkan maklumat daripada responden serta kaedah pengkajian secara deskriptif
yang dapat mengumpul data berhubung fenomena yang tidak dapat dilihat secara langsung.
(Fuad et al.,2022). Terdapat juga kajian yang menggunakan kajian kuantitatif deskriptif yang
bertujuan untuk meninjau dan mengenal pasti persepsi guru -guru Pendidikan Islam terhadap
pentaksiran dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. (Artika, Hasmadi,2019).

Akhir sekali, untuk dapatan kajian ini adalah berdasarkan kepada kajian yang ditemui
terdapat kajian yang telah dilaksanakan melalui kaedah temubual secara separa berstruktur
terhadap 9 orang guru pelatih Pendidikan Islam yang sedang mengikuti kursus Asas
Pengajaran Bahasa Arab dalam semester 3 di KUIS. Mereka juga terdiri daripada sebahagian
daripada guru-guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam yang bersedia untuk ditemubual.
(Noor Shamshinar et al.,t.t). terdapat juga kajian yang mempunyai seramai 61 orang
responden dalam kalangan GPI JAIS yang bertugas di Selangor menggunakan kaedah
kuantitatif seperti kaedah tinjauan
berpandukan instrumen soal selidik Maklumat berkaitan responden akan dihuraikan secara
umum dalam bahagian ini berdasarkan jumlah sampel kajian meliputi aspek jantina, tahap
pendidikan, status jawatan, tempoh jawatan, gaji, jenis sekolah dan daerah. Penyelidik telah
berjaya mendapatkan jumlah responden yang berjumlah 61 orang (9.74%) daripada
kumpulan sampel peserta Kursus Profesionalisme Keguruan GPI JAIS tahun 2022 yang
berjumlah 96 orang( Fuad et al.,2022). Akhir sekali, data yang didapati itu melalui kajian
didapati seramai 145 bilangan responden telah menjawab memulangkan semula instrument
soal selidik yang telah dikemukaka. Seramai 63 orang (43.4 peratus) adalah guru lelaki dan
guru perempuan seramai 82 orang(56.4 peratus) Artika, Hasmadi (2019).

8. Metodologi kajian. (_6_/6)


Kaedah yang digunakan di dalam kajian ini ialah menggunakan kaedah ataupun metode
kuantitatif untuk mengumpulkan data bagi kajian ini, serta sumber data yang dikumpul akan
digunakan adalah menggunakan instrumen borang soal selidik. Kaedah dan sumber data ini
akan digunakan bagi mencapai objektif kajian ini.

8.1. Reka bentuk kajian.


Kaedah yang digunakan di dalam kajian ini menggunakan metode kuantitatif. kerana di
dalam metode kuantitatif ini melibatkan pengumpulan data yang melibatkan numerical iaitu
berbentuk nombor yang mudah untuk data dikumpul melalui instrument soal selidik. kajian
yang menggunakan kuantitatif ini bagi menganalisis data,dan metode kuantitatif ini bertujuan
untuk menghuraikan keadaan masalah yang dikaji dengan menggunakan borang soal selidik
sebagai alat pengumpul data. Maka untuk kajian ini metode kuantitatif ini akan digunakan
bagu dapat mengumpulkan data serta maklumat dengan lebih terperinci berkaitan kajian.

8.2. Kaedah pensampelan kajian (populasi / sampel / pensampelan).


Sampel yang digunakan di dalam kajian ini adalah menggunakan seramai 70 pelajar ijazah
sarjana muda Pendidikan Islam Universiti Sultan Pendidikan Idris bagi mengumpulkan data.
Ia bertujuan bagi mendapatkan maklumat daripada bakal-bakal guru bagi kesediaan bakal
guru itu untuk mengajar subjek agama disekolah kelak. Bagi memastikan data dapat
dianalisis dengan betul, penyelidik perlu mengikut beberapa peraturan statistik, penyelidik
hanya memilih 70 orang pelajar ismp Pendidikan islam sebagai sampel kajian.

8.3. Instrumen kajian.


Instrumen bagi kajian kalai ini ialah instumen soal selidik yang digunakan untuk mengumpul
data, menggunakan instrument soal selidik ini, ia dapat membantu pengkaji bagi mengetahui
jawapan-jawapan yang dijawab oleh responden-responden untuk memudahkannya mencari
maklumat tentang kajian yang dikaji. Instrument Soal selidik yang dibuat ini mempunyai
persoalan-persoalan berdasarkan objektif kajian yang ingin dicapai dalam kajian ini dan
setiap jawapan yang dijawab menggunakan skala Likert lima mata dan kajian soal selidik
dibuat bagi mengumpul data tentang pembolehubah yang berkaitan dengan fenomena tanpa
perlu menanyakan persoalan mengapa permasalahan ini berlaku.Menurut Ng Lee et al.,
(2020), kajian soal selidik ini adalah satu alat pengukur bagi mengumpul data dan skala bagi
mengukurnya adalah menggunakan skala Likert lima mata. Maka instrumen yang digunakan
dalam kajian ini ialah soal selidik yang menjadi pengukur kepada soal selidik tersebut
berpandukan skala Likert lima mata.
8.4. Prosedur analisis data (termasuk proses / prosedur pengumpulan data).
Prosedur bagi pengumpulan data bagi kajian ini menggunakan instrumen soal selidik ini
adalah dengan menggunakan analisis deskriptif. Analisis deskriptif ini menggunakan perisian
Statistical Package for Social Sciences atau dikenali dengan singkatan nama SPSS.
Berdasarkan. Menurut W. Azizi dan Norhisham (2021), bagi mendapat data kajian, ia
menganalisis menggunakan analisis secara deskriptif berpandukan Statistical Package for
Social Sciences (SPSS) bagi mendapatkan kekerapan, peratus dan min sisihan piawai. Maka
kajian kali ini menggunakan prosedur analisis data yang menggunakan analisis deskriptif
berpandukan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan data
hasil daripada soal selidik yang dilaksanakan. 70 orang responden digunakan dalam kajian ini
yang dianalisis menggunakan analisis deskriptif bagi mendapatkan jumlah dan maklumat
berkaitan tajuk kajian ini.

9. Rajah kerangka konseptual kajian. (_1_/1)


Rajah kerangka konseptual kajian ini menerangkan mengenai perbahasan-perbahasan topik
yang dibahaskan di dalam tajuk kajian iaitu kesediaan bakal guru dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran akan subjek - subjek agama didalam kelas bagi Sekolah. Antara topik
perbahasan yang ada adalah mengenai tahap-tahap penguasaan bakal guru yang akan
mengajar disekolah, kaedah yang bakal guru belajar sebelum ke sekolah dan isu-isu berkaitan
kesediaan bakal guru yang akan mengajar subjek-subjek agama disekolah. Ini dilampirkan
rajah kerangka konseptual kajian:

kesediaan bakal guru dalam sesi


pengajaran dan pembelajaran
akan subjek - subjek agama
diSekolah

Tahap Isu-isu semasa


penguasaan yang
bakal guru berkaitan
Kaedah yang
digunakan
oleh bakal
guru
10. Sumbangan kajian. (_1_/1)

Sumbangan kajian dalam perkembangan ilmu yang saya harapkan wujud apabila selesai
kajian ini ialah kesediaan bakal guru yang akan mengajar subjek agama disekolah itu
melonjak naik berbanding sebelum ini,kerana tunjang kejayaan itu bermula dari pendidikan
seorang guru yang mahir dan berkualiti sehingga dapat melahirkan pelajar-pelajar atau
masyarakat yang berwawasan, Serta tahap penguasaan ilmu bagi setiap seorang bakal guru
itu meluas bukan hanya dalam skop yang kecil,bahkan sehingga dapat menciptakan
pembaharuan pengajaran yang berkesan dalam subjek-subjek agama. Selain itu, bakal guru
akan berani untuk menyahut cabaran jika diminta untuk mengisi kekosongan guru untuk
mengajar subjek-subjek terutamanya subjek-subjek agama Dini yang menggunakan Bahasa.
Guru yang mempunyai kebolehan yang tinggi mampu menghasilkan pembelajran dan
pengajaran yang berkesan dan berkualiti, seterusnya menjadi pembangunan profesional guru
agama dan penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran agama di
sekolah.
11. Rujukan (_1_/1).

Abdul Jalil, Ali and Abdul Ghani Kanesan, Abdullah and Isrihan, Mohamed (2019) Amalan
pengupayaan dan autonomi guru dalam pembelajaran dan pemudahcaraan abad ke 21.
Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 6 (1). pp. 49-58. Retrieved from AMALAN
PENGUPAYAAN DAN AUTONOMI GURU DALAM PEMBELAJARAN DAN
PEMUDAHCARAAN ABAD KE
21 - IAB Institutional Repository

Artika Rasul,Hasmadi Hassan. (2019). Persepsiguru Pendidikanislam Dalam Pentaksiran


Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sekolah Rendah. International
Journal of Humanities Technology and Civilization.7(2): 13-19. From
https://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/view/3447/553

Azizi Yahaya & Syazwani Abdul Razak. (t.t). Teori berkaitan gaya pembelajaran dan
kaedah pengajaran. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia. Daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/10384/1/TEORI_BERKAITAN_GAYA_PEMBELAJ
ARAN_DAN.pdf

Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Abdul Halim Tamuri dan Mohd Izham Mohd
Hamzah. (2011). Amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru cemerlang
pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic
Education. 3(1): 59-74.

Mohamad Fuad Ishak, Abu Zaki Ismail, Sapie Sabilan, Suhana Mohamed Lip, Shazarina
Zdainal Abidin & Suziana Hanini Sulaiman. (10 November 2020). Pembelajaran
hadis di Maahad Intergrasi Tahfiz Selangor. Seminar Antarabangsa Isu-isu
Pendidikan, (pp. 110-120). Selangor. From
http://conference.kuis.edu.my/ispen/wp-
content/uploads/2020/12/ISPEN20_13.pdf

Maimun Aqsha Lubis, Wan Nurul Syuhada Wan Hasan & Mohd Isa Hamzah. (2017). Tahap
pengetahuan dan kesediaan guru-guru Pendidikan Islam sekolah menengah harian di
Selangor terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran Pendidikan Islam.
ASEAN Comporative Education Research Journal on Islam and Civilization, 1(1), 1-
13.Retrieved from

https://www.academia.edu/79006553/Tahap_Pengetahuan_Dan_Kesediaan_Guru_Gu
ru_Pendidikan_Islam_Sekolah_Menengah_Di_Selangor_Terhadap_Penggunaan_Mul
timedia_Dalam_Pengajaran_Pendidikan_Islam#:~:text=PdP%20Pengetahuan%20GPI
%20Kesediaan%20GPI%20pendidika%20n%20
Mohd Majid Konting 2004. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Muhammad Ilyas Temrin & Mohd Akil Muhamed Ali. (2017). Pembelajaran ilmu hadith di
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Malaysia. Jurnal al-Turath,
2(No. 1), 10-19. From http://journalarticle.ukm.my/13559/1/32-47-1-SM.pdf
Mohamad Fuad Ishak, Abu Zaki Ismail, Sapie Sabilan, Suhana Mohamed Lip, Shazarina
Zdainal Abidin & Suziana Hanini Sulaiman. (10 November 2020). Pembelajaran
hadis di Maahad Intergrasi Tahfiz Selangor. Seminar Antarabangsa Isu-isu
Pendidikan, (pp. 110-120). Selangor. From
http://conference.kuis.edu.my/ispen/wp-
ontent/uploads/2020/12/ISPEN20_13.pdf

Ng Lee. Ching., Hazura Abdul Rahim, & Zubaidah Salamat. (2020). Tahap amalan
pembelajaran abad ke-21 (PAK21): Satu kajian kes. Jurnal Pengurusan dan
Kepimpinan Pendidikan, 33(1), 71-86. From
http://eprints.iab.edu.my/v2/1110/1/JURNAL33%20BIL1.2020%20%2820Dis2020%
29%20-%20Artikel%205.pdf

Nur Adibah Liyana Awi & Hafizhah Zulkifli. (2021). Amalan kreativiti guru Pendidikan
Islam dalam pembelajaran abad ke-21. ASEAN Comparative Education
Research Journal on Islam and Civilization, 4(1). Retrieved from
https://spaj.ukm.my/acerj/index.php/acer-j/article/view/67

Noor Shamshinar , Zetty Nurzuliana, Mohd Kamal Din.(t.t). Kesediaan Guru


Pendidikan Islam Dalam Pengajaran Bahasa Arab : Satu Kajian Terhadap Guru
Pelatih Diploma Perguruan Pendidikan Islam Di Kuis.
https://ejurnalfp.files.wordpress.com/2015/02/kesediaan-guru-pendidikan-islam-di-
dalam-pengajaran-bahasa-arab-satu-kajian-terhadap-guru-pelatih-diploma-
perguruan-pendidikan-islam-di-kuis.pdf
Noor Lela Ahmad* & Nur Afrina Haziqah Azman. (2020). Tahap Amalan Pengajaran
Berkesan Guru Prinsip Perakaunan Berasaskan Model Slavin. Jurnal Pendidikan
Malaysia daripada http://journalarticle.ukm.my/15246/1/39930-129379-1-PB.pdf
Sapie Sabilan, Mohamad Fuad Ishak, Suhana Mohamed Lip, Shazarina Zdainal Abidin.
(2022). Tahap Kesediaan Guru-Guru Pendidikan Islam Melaksanakan Pembelajaran
Teradun Berasaskan Kemahiran Teknologi. Daripada
https://www.researchgate.net/publication/365469440_Tahap_Kesediaan_Guru-
Guru_Pendidikan_Islam_Melaksanakan_Pembelajaran_Teradun_Berasaskan_Kemahir
an_Teknologi

W Azizi Abdul Rahman & Norhisham Mohamad. (2021). Pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran dalam Pendidikan Islam Sekolah-Sekolah Menengah Harian di Negeri
Perak. International Journal of Education, Pschology and Counselling (IJEPC),
6(38), 80-92. From http://www.ijepc.com/PDF/IJEPC-2021-38-03-08.pdf

Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahman. (2020). Profesion Keguruan dan Pembangunan
Insan. (Pnyt.) Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bahagian 2: Refleksi ( /10)

1. Kekuatan cadangan kajian


penulisan yang dilakukan adalah jelas perbahasan dari sudut pengenalan yang menjelaskan
mengenai tujuan kajian, dalam kesediaan bakal guru terhadap subjek-subjek agama yang akan
diajarkan disekolah,objektif kajian yang ingin dicapai sangat membantu tajuk penyelidikan
yang akan dibahaskan. Selain itu,kajian ini mengunakan kajian responden yang sesuai dengan
kajian yang ingin dikaji tanpa perlu menggunakan teknikal yang banyak seperti perlu bergerak
kepada tempat yang jauh, serta tajuk yang digunakan tidak mepunyai kesusahan untuk
mendapatkan sumber rujukan

2. Kelemahan cadangan kajian


kelemahan yang terdapat di dalam penulisan ini adalah yang pertama dari sudut laras
Bahasa dan tatabahasa yang digunakan adalah tidak mengikut laras dan tatabahasa bahasa
melayu yang betul dan sesuai seperti penggunaan penanda wancana yang tidak bertepatan.
Kelemahan kedua yang terdapat di dalam penulisan ini juga adalah dari sudut perlu juga
menambah rujukan kerana yang ada terlalu sedikit dari artikel dan jurnal serta boleh
tambahkan rujukan buku, tesis, disertasi dan sebagainya bagi mengukuhkan lagi fakta dan
maklumat tentang tajuk kajian. Kelemahan yang terakhir adalah dari sudut penyusunan
perkataan ataupun ayat yang berulang banyak di dalam penulisan ini serta tajuk yang ingin
dibahas terlalu umum dan perlu diubah kepada lebih tajuk yang lebih khusus.

3. Aspek pemurnian.
Aspek pemurnian ialah tajuk telah diubah oleh penyelia kearah tajuk yang lebih khusus,
kerana tajuk asal itu bersifat umum iaitu kesediaan bakal guru yang akan mengajar subjek-
subjek agama disekolah, penyelia telah melakukan pemurnian bagi tajuk kajian ini kepada
Persiapan atau Kesediaan bakal guru akan pengetahuan isi kandungan pendidikan islam yang
perlu diajarkan disekolah.
Seterusnya, penambahbaikan yang perlu ditambah baik di dalam penulisan ini ialah yang
pertama perlu menggunakan laras dan tatabahasa bahasa melayu yang sesuai.
Penambahbaikkan yang kedua adalah dengan perlu menambah lagi rujukan yang berkaitan.
Penambahbaikkan yang terakhir adalah perlu mengurangkan ayat ataupun perkataan yang
berulang-ulang supaya mudah difahami.
Akhir sekali, aspek kekuatan yang terdapat di dalam penulisan ini adalah dari sudut
matlamat yang ingin dicapai di dalam tajuk kajian ini jelas. serta dari aspek kelemahan pula di
dalam penulisan ini adalah kekurangan rujukan yang perlu ditambah lagi agar banyak idea dan
percambahan idea yang boleh dikembangkan di dalam penulisan ini serta pengunaan ayat
berulang-ulang dan masalah laras atau tatabahasa yang perlu diperbaiki lagi untuk memastikan
penulisan itu penulisan yang terbaik.

You might also like