You are on page 1of 16

JAUHI DADAH…

JOM KITA BERUBAH…

MOHD AZMAL HUZAIMIE BIN KAMARUL ZAMAL


PENGENALAN

MAKSUD DADAH DAN JENIS DADAH

• Dadah ialah apa jua bahan kimia, sama ada asli atau tiruan,
apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntuk,
dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan
seseorang atau organisasi dari segi fizikal dan mental ( AADK ).
• Ubat-ubatan atau bahan seperti ganja, heroin, marijuana dan
sebagainya yang boleh merosakkan atau membinasakan sesiapa
sahaja yang menggunakannya dengan cara berlanjutan ia akan
merosakakn kesihatan dan membawa maut ( kamus dewan ).
Penagihan dadah menurut perspektif pelbagai
agama
• Islam - istilah khamar digunakan bagi semua bahan yang memabukkan atau
yang boleh menghilangkan akal fikiran seseorang. Rasulullah SAW pernah
bersabda :
' setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap yang memabukkan
adalah haram - HRM
• Buddha
' pemabuk dan penagih dadah hilang harga diri, daya pertimbangan, akal
yang sihat dan penghancuran diri dari segi kasmani dan rohani ' -
Anentthava Nikaya.
• Kristian
– ' Tuhan telah menjemput kita untuk membentuk masyarakat yang adil dan
kasih. Dengan ini, kita dikehendaki memperkembangkan potensi kita
dengan sepenuhnya.
FAKTOR -FAKTOR PELAJAR TERLIBAT DENGAN
DADAH
1. Kerana rasa yang ingin tahu.
2. Tekanan dari rakan-rakan supaya mencuba.
3. Kejahilan atau menerima penerangan yang silap mengenai
bahaya akibat dari penggunaan dadah.
4. Kurang kemampuan untuk menghadapi kekecewaan dan
kehampaan.
5. Akibat daripada keadaan peribadi yang kucar-kacir.
6. Akibat keadaan latar belakang kehidupan yang mengecewakan (
keruntuhan rumah tangga, kematian ibu bapa, dan sebagainya ).
7. Ingin melegakan kekusutan fikiran dan penderitaan.
8. Fikiran yang tidak tenteram ( Neurosis )
9. Untuk mengelak dari kenyataan hidup.
Golongan ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:
a) Golongan miskin yang ingin melarikan diri dari masalah kebendaan.
b) Golongan kaya yang ingin melarikan diri daripada masalah emosi.
KESAN - KESAN BURUK DADAH
1. Merosakkan sistem daraf pusat ( otak dan saraf tunjang ).
2. Dalam keadaan mabuk atau khayal, penagih tidak dapat mengawal
pergerakan dan perimbangan badannya.
3. Risiko jangkitan HIV / AIDS, Hepatatis dan Sawan apabila menggunakan
aat suntikan yang dikongsi.
4. Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran, kelahiran bayi
songsang, lahir tidak cukup bulan, kematian bayi semasa lahir / melahirkan
bayi yang tidak sempurna atau cacat.
5. melemahkan dan merosakkan daya pemikiran, pemahaman, percakapan,
pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah.
6. menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat.
7. Peningkatan kes - kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng, kecurian, rompakan,
rogol, pembunuhan dan sebagainya. Ini adalah kerana penagih sebenarnya telah
mengalami kerosakan otak dan mampu atau sanggup melakukan apa sahaja demi
ketagihan mereka kepada dadah.
8. Membawa maut kepada :-
a) Diri sendiri
Contohnya :
Akibatnya daripada pengambilan dos yang berlebihan.
b) Ahli keluarga
Contohnya :
Ibu, kerana tindakan ganas / luar kawalan penagih kerana memerlukan wang untuk
membeli dadah.
c) Orang awam
contohnya :
kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh dadah.
DASAR DADAH NEGARA

• MATLAMAT
Mewujudkan negara malaysia yang bebas dari ancaman gejala
dadah bagi menjamin dan mengekalkan kestabilan dan
kesejahteraan hidup masyarakat.
• OBJEKTIF
Menghapuskan bekalan dadah dan permintaan dadah
 Keluarga bebas dadah
 Sekolah bebas dadah
 Tempat kerja bebas dadah
 Kawasan bebas dadah
MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH
• Matlamat pendidikan pencegahan dadah di sekolah adalah untuk memberi pengetahuan,
kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan, dan ibu bapa agar
mereka menjauhi dan berupaya menentang ancaman Dadah.
• pendidikan pencegahan Dadah boleh :
a. meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran pendidikan pencegahan Dadah
kepada murid supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan Dadah.
b. membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi dikalangan
murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
c. membentuk budaya sihat, tingkah laku positif dan amalan nilai-niai murni di kalangan
pelajar.
d. melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat
luar sekolah dalam usaha mencegah Dadah.
e. menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat murid sekolah daripada
terlibat dengan Dadah.
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH ( PPDa )

• VISI
Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012
• MISI
Melahirkan murid bebas dadah melalui Program PPDa
yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek
pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan
pembangunan sahsiah.
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH ( PPDa )
• Antara program dan aktiviti yang dijalankan di sekolah :
– Mesej Pendidikan Pencegahan Dadah.
– Ujian Pengesahan Dadah ( Urine Test ).
– Skim Lencana Anti Dadah ( SLAD ).
– Program Intelek Asuhan Rohani ( PINTAR )
– Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah.
– Lorong / Sudut / Bilik PPDa.
– Program jangka pendek sekolah Minggu Sains.
– Sahabat PEMADAM.
– Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah.
– Kaunseling Pendidikan Pencegahan Dadah.
LANGKAH - LANGKAH MENINGKATKAN
KEBERKESANAN PENDIDIKAN ANTI DADAH DI
SEKOLAH
• Menjalankan pendidikan anti dadah sebagai salah satu
silibus dalam mata pelajaran di sekolah.
• Kerjasama dengan pelbagai pihak seperti pihak polis,
PIBG, AADK supaya dapat memantau aktiviti pelajar di
luar sekolah.
• mengadakan seminar kepada ibubapa dalam menangani
isu dadah dalam kalangan pelajar.
STATISTIK
• Perangkaan sosial terpilih siri 12/2010 penagihan dadah berdasarkan
statistik AADK seramai 126153 penagih baru di terima sepanjang tempoh
2000/2008 secara purata melibatkan 14017 penagih baru setiap tahun.
• Bagi tempoh 2001-2004, bilangan penagih dadah baru di kesan melebihi
bilangan penagih berulang, namun pada tahun berikutnya sehingga 2008
bilangan penagih berulang menyumbang lebih daripada 50 peratus jumlah
penagih dadah di Malaysia.
• AADK ( JAN - NOV 2011 ) golongan belia merupakan golongan yang paling
ramai terdedah dengan risiko penagihan. Ini dapat di buktikan melalui
perangkaan majoriti penagih yang dikesan sepanjang januari - November
2011 adalah belia iaitu seramai 7,970 orang ( 77.20% ). Belia yang berumur
antara 19-24 tahun mencatatkan bilangan penagih teramai iaitu 2,704 orang
( 26.19% ). Manakala bagi golongan dewasa, sebanyak 1,892 orang
( 18.33% ) dan remaja seramai 448 orang ( 4.34% ).
STATISTIK BILANGAN PENAGIH MENGIKUT UMUR KETIKA DI
KESAN
KESIMPULAN

• PENDIDIKAN ANTI DADAH KURANG BERKESAN KERANA


– MASIH WUJUD PENINGKATAN DALAM JUMLAH PENAGIHAN DALAM KALANGAN
REMAJA.
– PENINGKATAN PENAGIH DADAH BERULANG ATAU RELAPS.
– Penghuni Remaja Di PUSPEN
seramai 18 orang penagih remaja yang berumur antara 13-18 tahun menjalani
proses rawatan dan pemulihan di PUSPEN seluruh negara sepanjang November
2011. Penghuni berbangsa Melayu merupakan penghuni remaja yang paling ramia
iaitu sebanyal 28 orang ( 58.33% ), cina 4 orang ( 8.33% ), sabah/sarawak seramai
9 orang ( 18.73% ) dan lain - lain 7 orang ( 14.58% ).

You might also like