You are on page 1of 50

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH

SEKOLAH MENENGAH

Modul Pembelajaran
PIMK2042
TAHSIN TILAWAH AL-QURAN

Institut Pendidikan Guru Malaysia


Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan

i
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG
BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN
LEPAS IJAZAH SEKOLAH MENENGAH.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

Institut Pendidikan Guru Malaysia


Kementerian Pendidikan Malaysia

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAAN

ii
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat, dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,


bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan
berdisiplin.

Mac 2017
Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada
kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau
mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku
ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

KANDUNGAN MUKA SURAT

Notis Hak Cipta i

iii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ii
Falsafah Pendidikan Guru iii

Kandungan iv

Panduan Pelajar v

vii
Ikon Modul

viii
Agihan Tajuk RMK

Tajuk Pembelajaran
UNIT 1 – Pengenalan Tilawah 1–6
UNIT 2 – Rasm Uthmani 7 - 15
UNIT 3 – Tajwid Al-Quran 16 - 25

UNIT 4 – Tarannum 26 – 31
UNIT 5 – Hafazan Al-Quran
32 - 35
Rujukan 36
Panel Penulis Modul 38

PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan


pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada
pelajar untuk mendapatkan maklumat dan gaya pembelajaran terkini.
iv
PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri membolehkan pelajar membuat keputusan tentang


pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri lebih berkesan jika
pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar
mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

SASARAN KURSUS

Pelajar Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Menengah yang mendaftar
dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidkan Malaysia (IPG KPM).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPLI SM yang dilaksanakan dalam
mod Kursus Dalam Cuti (KDC), diperuntukkan 60% daripada Jumlah Pembelajaran
Pelajar adalah bersemuka manakala 40% adalah Jumlah Pembelajaran Pelajar
pembelajaran kendiri.

SUSUNAN UNIT MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang
konsisten:
1. Hasil Pembelajaran Unit
2. Sinopsis
3. Penyelidikan
4. Pengalaman

v
5. Refleksi

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email jika
terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar
pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh
dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar. Peperiksaan bertulis
ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi interaksi bersemuka dan modul.

IKON

HASIL PEMBELAJARAN
UNIT AKTIVITI

vi
PENYELIDIKAN REFLEKSI

PENYELIDIKAN REFLEKSI

RUJUKAN
PENGALAMAN

PENGALAMAN

AKTIVITI
RUJUKAN

AKTIVITI

AGIHAN TAJUK

Nama Kursus : TAHSIN TILAWAH AL-QURAN


Kod : PIMK2042

Kandungan modul ini dibahagi kepada lima unit. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-
tajuk untuk pembelajaran melalui modul dan interaksi bersemuka.

vii
JUMLAH JAM MODUL BERSEMUKA
PEMBELAJARAN
TAJUK / TOPIK CATATAN
(30 Jam) (12 jam) (18 Jam)

1. Pengenalan Tilawah

 Rukun tilawah
- Menepati mashaf
rasm Uthmani
- Al-Tawatur
- Menepati kaedah
nahu bahasa Arab

 Maratib tilawah
- Tahqiq
- Tartil
- Tadwir
- Hadar

 Bentuk tilawah yang Perlu


dilarang dibaca
Unit 1
3 jam 2 jam 1 jam sebelum
 Adab dengan al-Quran
interaksi
bersemuka

viii
2. Rasm Uthmani

 Rasm Uthmani
- Definisi rasm
Uthmani
- Sejarah rasm
Uthmani
- Kelebihan rasm
Uthmani

 Kaedah penulisan rasm Perlu


Uthmani Unit 2 dibaca
- al-hazf
- al-ziyadah
6 jam 3 jam 3 jam sebelum
- al-badal interaksi
- al-fasl wa al-wasl bersemuka
- al-hamz
- mafihi qiraatain

 Dhabt al-Quran
- Definisi dan sejarah
dhabt al-Quran
- Nuqat al-i’rab dan
nuqat al-i’jam

Unit 3 Perlu
3. Tajwid al-Quran 9 jam 4 jam 5 jam dibaca
sebelum
 Makhraj dan sifat huruf interaksi
- Pengenalan
bersemuka
makhraj huruf
- Makhraj jauf, halq,
lisan, dua bibir dan
rongga hidung
- Pengertian sifat
huruf
- Sifat tunggal dan
sifat yang berlawan

 Hukum nun, mim dan


lam sakinah
- Pengertian dan
pembahagian
hukum nun sakinah
- Pengertian dan
pembahagian
hukum mim
sakinah
- Pengertian dan
pembahagian
hukum lam sakinah

 Hukum tarqiq, tafkhim


dan taghliz
- Takrif tarqiq,
tafkhim dan taghliz
- Hukum lam dan ro’

 Al-mudgham
- Idgham
mutamasilain

ix
- Idgham
mutaqaribain
- Idgham
mutajanisain

 Al-mudud
- Pengenalan hukum
mad
- Pembahagian
hukum mad
- Jenis-jenis mad

 Waqaf dan Ibtida’


- Hukum waqaf
Bahagian-
bahagian waqaf
(waqaf ikhtiari,
waqaf idhtirari,
waqaf intizhari,
waqaf
ikhtibari)
- Jenis-jenis waqaf
ikhtiari (tam, kafi,
– hasan,
qabih)

- Hukum ibtida’
dan
pembahagian
nya

Amali bacaan surah al-Insan


dan al-Sajadah

4. Tarannum

 Pengenalan taranum
al-Quran secara
murattal

 Pengenalan tarannum
bayyati
- Sifat
tarannum
bayyati dan
peranannya Perlu
- Amali Unit 4 dibaca
tarannum 6 jam 2 jam 4 jam sebelum
bayyati dalam interaksi
surah pilihan bersemuka
 Pengenalan tarannum
nahwand
- Sifat
tarannum
nahwand dan
peranannya
Amali tarannum
nahwand dalam surah
pilihan

x
5. Hafazan al-Quran

 Aplikasi hafazan
dengan kaedah
- Talaqqi
musyafahah
- Kaedah
chunking
- Kaedah Perlu
memahami Unit 5 dibaca
makna ayat 6 jam 1 jam 5 jam sebelum
- Kaedah interaksi
gundal bersemuka
- Kaedah tikrar
- Kaedah
simbol

 Tasmik dua surah


pilihan
- Surah al-
Sajadah
- Surah al-Insan

Catatan: Interaksi bersemuka – dapatkan maklumat daripada pensyarah anda

xi
UNIT 1 PENGENALAN TILAWAH

Hasil Pembelajaran Unit

Pada
Padaakhir
akhirunit
unitpelajar
pelajardapat
dapat: :
Menghuraikan adab dan rukun tilawah al-Quran
Menghuraikan adab dan rukun tilawah al-Quran
Membaca ayat-ayat al-Quran dengan bentuk-bentuk (maratib) bacaan yang
Membaca ayat-ayat al-Quran dengan bentuk-bentuk (maratib) bacaan yang
diizinkan oleh syarak.
diizinkan oleh syarak.

Sinopsis

Unit ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar tentang pentingnya menguasai ilmu tajwid,
gaya bacaan al-Quran dan bacaan-bacaan khusus bagi riwayat hafs Torik Syatibi. Di samping
itu tajuk ini memberi penekanan kemahiran pelajar tentang maratib (bentuk-bentuk) bacaan
yang muktabar.

Pengenalan

Tajuk ini sangat penting untuk seorang guru kerana ia berkaitan dengan keagungan al-Quran
sendiri. Untuk memelihara kemuliaannya tuhan memperturunkan melalui malaikat jibril
peraturan-peraturan bacaannya. Diharapkan melalui peraturan-peraturan tersebut isi
kandungan al-Quran akan terus terpelihara sehingga akhir zaman.

1
1.1 RUKUN-RUKUN TILAWAH (BACAAN) AL-QURAN

Setiap ibadat mempunyai rukun-rukun yang tersendiri, begitu juga dengan bacaan Al-Quran.
Rukun bacaan Al-Quran ada tiga. Ringkasannya seperti dalam grafik di bawah

RUKUN TILAWAH AL-QURAN

SAH SANAD BACAAN

BERTEPATAN DENGAN RESM OTHMANI

BERTEPATAN DENGAN NAHU BAHASA ARAB

Sah
sanad.

Sanad secara mudah bermakna sandaran , sijil tauliah atau syahadah. Secara lebih
khusus Iaitu sesaorang membaca Al-Quran sehingga khatam daripada bimbingan
guru-guru yang muttaqin lagi bijaksana dan bersambung sanad-sanad bacaannya
sehingga kepada bacaan Rasulullah. Pemeliharaan rukun ini sangat penting kerana
bacaan al-Quran merupakan sebahagian daripada sunnah Nabi s.a.w.

Definasi sebenar cara penerimaan sanad untuk meyakinkan bahawa bacaan tersebut adalah
datangnya daripada Rasululah s.a.w ialah dengan membaca al-Quran di hadapan guru yang
thiqoh (dipercayai) , serta keilmuan guru tersebut dalam bidang al-Quran diketahui umum dan
guru kepadanya juga terkenal di dalam masyarakat. Inilah dimaksudkan sanad atau sijil ketika
menuntut ilmu bacaan al-Quran.

Sanad yang dikenali umum dalam bentuk sehelai kertas yang dinamakan sijil atau tauliah
merupakan suatu perkara yang baru. Kewujudannya kerana terhakisnya ilmu daripada hati
manusia dan pembohongan serta penipuan berleluasa. Jika diimbas kepada sirah rasulullah
kita dapati orang yang menanggung al-Quran ketika itu adalah mereka yang sangat amanah
(sahabat-sahabat). Penerimaan mereka terhadap ilmu yang dipelajari daripada Rasulullah tidak
diragui kesahihannya walaupun ketika itu tidak terdapat sijil dan bentuk-bentuk perakuan
bertulis yang lain.

Oleh itu untuk mengelakkan keraguan dalam bacaan al-Quran, setiap individu muslim
hendaklah mencari kepastian terhadap diri sendiri tentang pembelajaran dan penerimaan di
dalam ilmu al-Quran yang dibaca sekarang. Adakah bacaannya menepati sepenuhnya
sebagaimana bacaan Rasulullah mengajar para sahabatnya iaitu membaca mengikut kaedah-
kaedah tajwid yang ditentukan. Adakah kita membuat kepastian terhadap guru yang mengajar

2
al-Quran kepada kita. Adakah guru tersebut mengambil dan menerima sanad daripada
pembacaan al-Quran beliau sebelum ini.

Bertepatan dengan mushaf resm Othmani

Iaitu bacaan-bacaan mesti bertepatan dengan salah satu daripada mushaf-mushaf


Resm Othmani. Mushaf kufi adalah salah satu mushaf Resm Othmani dan
digunakan secara meluas di Malaysia dan di dunia. Penggunaan mushaf ini selari
dengan riwayat bacaan yang tersebar luas di Malaysia dan di dunia iaitu bacaan
Imam Asim , Riwayat Hafs Torik (aliran bacaan) Syatibi. Penulisan resm Othmani merupakan
sesuatu yang tauqifi (ketentuan Allah) dan bukan daripada ijtihad (buah fikiran) mana-mana
pihak.

Pengabaian terhadap penggunaan mushaf Othmani akan menyebabkan bacaan kurang tepat
seperti menambah bacaan huruf-huruf tambahan di dalam penulisan al-Quran, penghentian
(waqaf) bacaan kurang tepat.

Bertepatan dengan nahu Bahasa Arab.

Iaitu bacaan-bacaan mesti bertepatan dengan salah satu wajah (bentuk) kaedah
nahu Bahasa Arab samada ia fasih atau lebih fasih, yang disepakati atau yang
tidak disepakati selama mana sanad bacaan tersebut tetap sahih.

Berapa banyak bacaan-bacaan al-Quran yang diingkari oleh ahli-ahli nahu bahasa
arab tetapi keingkaran mereka tidak diterima kerana ulama-ulama salaf berijmak menerimanya.
Ini kerana jika sesuatu riwayat diakui keesahannya ahli-ahli nahu tidak boleh menolaknya dan
dikira sebagai satu kesalahan bahasa kerana bacaan al-Quran adalah sunnah muttabaah yang
mesti diterima.

Jika kekurangan salah satu daripada rukun tersebut bacaan itu dikira Syaz (yang meragukan).

Hasilkan grafik yang menggambarkan sanad imam asim riwayat hafs


torik Syatibi.

1.2 . ADAB-ADAB AL-QURAN.

Terdapat banyak adab-adab yang perlu dijaga ketika berinteraksi dengan al-Quran . Adab-adab
itu merangkumi adab-adab membaca, mendengar , belajar dan guru al-Quran
Adab mendengar
& membaca al-
Quran

Adab-adab dengan
Al-Quran

Adab-adab guru Adab pelajar-


al-Quran pelajar al-Quran

3
Adab membaca dan mendengar bacaan al-Quran

Untuk menjaga kedudukan al-Quran ulama-ulama telah menyatakan melalui dalil-dalil naqli
adab berkaitan mendengar dan membaca al-Quran. Antara adab-adab tersebut ialah ;

Adab membaca dan mendengar al-Quran

Ikhlas kerana Allah


Menghadirkan hati dan aqal
Membaca istiazah
Membaca basmalah
Berkeadaan suci
Membaca di tempat suci & bersih
Membersih mulut
Memakai pakaian bersih & suci
Membaca dengan khusuk & tawaduk
Duduk dengan sopan & mengadap kiblat
Tidak diselangi dengan percakapan yg tdk
perlu
Memohon kebajikan (ayat rahmat)
Membaca ucapan tertentu (ayat tertentu)

Adab-adab pelajar al-Quran

1. ikhlaskan niat kerana Allah


2. Merendah diri kepada guru dan bersopan dengannya walaupun gurunya muda , kurang
mashur dan seumpamanya
3. Belajar daripada guru yang berkeahlian dan diyakini ilmunya
4. Belajar bersungguh-sungguh berdasarkan kemampuan.
5. Memandangnya dengan rasa penuh hormat.

Adab guru al-Quran


1. Ikhlaskan niat kerana Allah
2. Menjauhi perasaan bermegah-megah dengan ramai bilangan murid.
3. Menjauhi perasaan membenci murid yang pergi belajar kepada orang lain.
4. Berakhlak dengan akhlak terpuji.
5. Berlembut dengan pelajar
6. Menasihati pelajar supaya berbuat kebaikan.
7. Membimbing mengikut kemampuan pelajar
8. Mendahulukan pelajar yang datang dahulu.

4
1.3. MARATIB TILAWAH

Untuk memuliakan dan menjaga al-Quran yang berstatus mukjizat Islam menentukan 4
maratib atau kelajuan bacaan al-Quran. Empat bentuk tersebut diharuskan dan
dirumuskan dalam rajah di bawah

Maratib bacaan al-Quran

Tahkik

Tartil

Tadwir

hadar

Tahqiq

Iaitu kelajuan bacaan seperti tartil cuma ia lebih lambat dan perlahan. Kelajuan ini biasanya
dilaksanakan bagi mereka yang baru belajar membaca al-Quran

Tartil
Ialah bacaan perlahan-lahan , tenang ketika melafazkan huruf-huruf daripada makhrajnya dan
dengan memberikan hak (sifat semula jadi huruf) dan mustahaknya (sifat-sifat yang mendatang)
serta bertadabbur dengan maknanya.

Hadar
Iaitu bacaan cepat serta tetap menjaga kesemua hukum tajwid dan biasanya diamalkan oleh
orang yang mentasmik hafazan di depan gurunya.

Tadwir
Iaitu kelajuan bacaan pertengahan di antara kelajuan bacaan tartil dan hadar.

1.4. BENTUK BACAAN AL-QURAN YANG DILARANG

Akibat daripada terdedah dengan berbagai bentuk irama dan alunan bentuk bacaan al-Quran
juga semakin berubah dan untuk mengawal keadaan itu Islam sudah lama menentukan cara-
cara bacaan yang ditegah. Di sini dinyatakan beberapa keadaan tersebut.
1. Tatrib iaitu bacaan dengan merengek-rengek suara dan memanjangkan bukan pada
tempatnya
2. Tamtit iaitu bacaan dengan melebihkan-lebihkan harakat pada hokum mad.

5
3. Tarkis iaitu bacaan dengan melenggok-lenggok nada suara sehingga melebihkan
pada harakat huruf mad bertujuan menyesuaikan rentak
4. Tahzin bacaan dengan nada yang amat sedih yang menjejaskan tajwid dan
membawa sifat riyak
5. Tatrid iaitu bacaan yang menggentarkan suaru keterlaluan seperti orang kesejukan
atau ditimpa sakit.
6. Tahrif iaitu bacaan al-Quran secara serentak dan berhenti secara serentak
7. Membaca bersama alat muzik.

Gunakan pita rakaman audio atau radio dan bandingkan kelajuan bacaan al-
Quran bagi setiap maratib bacaan al-Quran

6
UNIT 2 RASM UTHMANI

Hasil Pembelajaran Unit

Pada
Padaakhir
akhirunit
unitpelajar
pelajardapat
dapat: :
Mendefinasikan Rasm al-Quran.
Mendefinasikan Rasm al-Quran.
Menyusur galur secara ringkas sejarah penulisan atau Rasm al-Quran
Menyusur galur secara ringkas sejarah penulisan atau Rasm al-Quran
Menyenaraikan kelebihan dan kepentingan pemeliharaan penulisan (rasm) al-Quran.
Menyenaraikan kelebihan dan kepentingan pemeliharaan penulisan (rasm) al-Quran.
Mengaplikasikan kaedah-kaedah penulisan Rasm Uthmani dalam ayat-ayat Quran
Mengaplikasikan kaedah-kaedah penulisan Rasm Uthmani dalam ayat-ayat Quran
berkaitan.
berkaitan.

Sinopsis

Unit ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar tentang asas-asas penguasaan ilmu rasm atau
penulisan al-Quran bagi riwayat Hafs Torik Syatibi. Ia merangkumi tajuk-tajuk definasi, sejarah,
kelebihan dan kaedah-kaedah rasm. Di samping memberi penekanan kepada aspek-aspek
teori ia juga membina kemahiran pelajar mengaplikasikan kaedah-kaedah rasm di dalam ayat-
ayat al-Quran yang berkaitan.

Pengenalan

Sudah menjadi sunnah ilmu dipelihara dikawal dan dijaga melalui kedua-dua cara iaitu secara
lisan dan penulisan. Begitu juga dengan al-Quran. Bersama-sama bentuk-bentuk bacaan
mutawatir yang diiturunkan melalui Malaikat Jibril Allah juga menentukan kaedah-kaedah
tertentu membentuk kalimah-kalimah al-Quran. Ulama-ulama Al-Quran telah mengesan
beberapa kaedah penulisan kalimah-kalimah al-Quran dan kaedah-kaedah tersebut dinamakan
kaedah Rasm Uthmani.

7
2.1 Rasm dan Rasm Uthmani.
Rasm ialah pembentukan (taswir) kalimah melalui huruf-huruf Hijaiyah. Rasm Uthmani pula
ialah bentuk-bentuk tulisan al-Quran yang digunakan dan dipersetujui Saidina Uthman ketika
penulisan dan penyalinan al-Quran. Ada yang mentakrifkan sebarang bentuk penulisan yang
berlainan dengan cara penulisan lafaz-lafaz al-Quran. Ini disebabkan adanya penambahan,
pembuangan, penggantian dan sebagainya dalam struktur kalimah tertentu al-Quran. Dr
Syaaban Mohd Ismail memperincikan sebagai suatu keterangan yang membincangkan
mengenai cara penulisan mushaf-mushaf pada zaman saidina Uthman.

Ia juga dikenali dengan Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada sahabat-sahabat yang
bertanggungjawab menulis mushaf-mushaf dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu. Ia
juga dinamakan Rasm Tauqifi kerana kebanyakan ulama berpendapat bahawa rasm tersebut
merupakan manifestasi kaedah-kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah dan bagindalah juga
memerintahkan supaya digunakan di dalam penulisan al-Quran Ketika itu.

Rujuk pada mana-mana kitab Ulum al-Quran dan catatkan bukti-bukti daripada
hadith-hadith sahih yang menunjukkan Rasm Al-Quran adalah Rasm Tauqifi dan
bukan Rasm Ijtihadi.

Rasm Uthmani.

Tulisan asal al-Quran yang


diwahyukan kepada Rasulullah

Rasm yang digunakan


sahabat-sahabat menulis ayat-ayat al-Quran

Dinisbahkan kepada Saidina Uthman kerana


beliau mengarahkan al-Quran disalin semula

8
2.2. Sejarah Rasm Uthmani

2.2.1 Penulisan .
Umum diketahui bangsa Arab adalah bangsa ummiy tidak mengenal tulisan. Keadaan ini
berlaku di kalangan Quraisy kecuali beberapa orang yang belajar menulis menjelang
kedatangan Islam. Hal ini juga menjadi isyarat daripada Allah mengenai akan datang seorang
nabi iaitu Nabi Muhammad s.a.w mengukuhkan Islam dan mempersiapkan dokumentasi yang
dia akan turunkan kepadanya. Media tulisan merupakan media penjagaan yang lebih teliti dan
berkemungkinan minima mengalami perubahan.

Para sejarawan hampir bersepakat bahawa kaum Quraisy di Makkah tidak mengambil tulisan
kecuali melalui Harb b Umaiyah Ibn Abi Syam. Mereka cuma berbeza pendapat mengenai
daripada siapa dia mempelajarinya. Dari sumber inilah dijumpai sejumlah orang yang mampu
menulis menjelang kedatangan Islam. Jumlah mereka sangat sedikit dibanding dengan sekian
besar jumlah yang masih buta huruf.

Adapun warga Madinah ada di antara mereka terdapat sejumlah ahli Kitab yang mampu
menulis. Ketika nabi memasuki Madinah terdapat sebilangan orang Yahudi yang mengajar
anak-anaknya menulis. Di sini juga terdapat dua puluh orang yang pandai menulis antaranya
Munzir ibn Amr, Ubay ibn Wahb, Amr ibn Said, Zaid b Thabit yang kesemuanya belajar tulis
menulis daripada kalangan Yahudi atas perintah Nabi s.a.w.
Kemudian datanglah Islam. Ia memerangi buta huruf bangsa Arab, dan menghapuskannya
demi mempertingkatkan martabat mereka. Ayat-ayat 1 dan 4-5 surah al-Alaq dan ayat-ayat 1-2
surah al-Qalam membuktikan keadaan tersebut. Peringatan melalui ayat-ayat tersebut
membuktikan keperluan penulisan dalam mengangkat martabat umat Islam. Oleh sebab itu
Rasul s.a.w sangat menggalakkan sahabatnya untuk belajar manulis. Ia menyedia berbagai
media untuk mencapai hasrat tersebut. Tawanan perang Badar yang pandai menulis diarahkan
mengajar sepuluh sahabat nabi sebagai bahan tebusan. Sedikit demi sedikit hilangnya buta
huruf dan digantikan dengan celik huruf. Ini membuktikan bahawa Islam adalah agama ilmiah,
berbudaya dan bertamadun.

9
2.2.2 Penulisan Al-Quran

Rasulullah mengambil berat terhadap penulisan al-Quran. Ini dibuktikan melalui perlantikan nabi
s.a.w terhadap para penulis wahyu antaranya keempat-empat Khalifah rasyidah, Muawiyah,
Abbas b Said, Khalid b Walid, Ubai b Kaab, Zaid b Thabit, Thabit b Qais, Arqam ibn Ubai dan
lain-lain sahabat. Setiap kali ada wahyu turun baginda menyuruh menulisnya demi
memperkukuh dokumentasinya, di samping menambah kepercayaan dan berhati-hati terhadap
Kitab Allah sehingga penulisannya mendukung hafazan. Mereka mencatat tulisan-tulisan al-
Quran menggunakan pelbagai sumber yang ada pada masa itu yang juga menunjukkan
besarnya perhatian mereka terhadap penulisan al-Quran. Kemudian tulisan-tulisan itu disimpan
di rumah Rasulullah s.a.w. Jadi di masa kenabian al-Quran telah dihimpun sempurna melalui
cara seperti itu. Hanya ia belum ditulis dalam sahifah-sahifah atau mushaf-mushaf. Ia tertulis
berserakan di atas tulang-tulang dan media-media lain yang seumpamanya.

2.2.3 Penulisan pada masa Saidina Abu Bakar.

Abu Bakar menjalankan urusan Islam sesudah kewafatan Rasulullah. Ia menghadapi masalah
kemurtadan sebahagian orang arab. Peperangan Yamamah mensyahidkan ramai para hafiz al-
Quran dan saidina Umar melahirkan kebimbangan terhadap al-Quran. Setelah saidina Umar
memujuk saidina Abu Bakar dan juga Allah membuka hati Abu Bakar Zaid b Thabit mengumpul
al-Quran. Ia menjalankan tugas tersebut berdasarkan hafazan yang ada dalam hati para Qurra
dan catatan-catatan yang ada pada para penulis. Kemudian lembaran-lembaran itu disimpan di
tangan Abu Bakar, seterusnya Saidina Umar dan kemudian berpindah ke tangan Hafsah (anak
saidina Umar).

2.2.4 Penulisan Quran pada masa Saidina Uthman.

Penyebaran Islam bertambah luas dan para Qurra tersebar di pelbagai wilayah, dan penduduk
di setiap wilayah mempelajari qiraat daripada Qari yang dikirim kepada mereka. Cara
pembacaan mereka berbeza-beza seiring dengan perbezaan “huruf” yang dengannya al-Quran
diturunkan. Apabila mereka berkumpul di suatu pertemuan sebahagian mereka merasa hairan
perbezaan-perbezaan Qiraat tersebut.

10
Perbezaan-perbezaan tersebut semakin ketara setelah terjadi peperangan Armenia dan
Azarbaijan. Sebahagian qiraat-qiraat tersebut bercampur dengan kesalahan. Para sahabat
perihatin terhadap masalah ini kerana takut kalau perbezaan ini menimbulkan penyimpangan
dan perubahan. Mereka bersepakat menyalin lembaran-lembaran pertama yang ada pada Abu
Bakar dan menyatukan umat Islam pada lembaran itu dengan bacaan yang tetap pada satu
huruf. Al-imam Abu Abdillah al-Muhasiby dalam kitabnya “fahm as-sunan” menjelaskan “Abu
Bakar memerintahkan menyalinnya dari satu tempat ke tempat lain atau dari satu media ke
media lain secara kolektif. Media yang digunakannya ibarat media yang digunakan oleh
rasulullah s.a.w yang masih berserakan , kemudian ia mengumpulkannya dan mengikatnya
dengan benang sehingga tidak ada yang terabai”.

2.2.5 Penulisannya dimasa Saidina Uthman.

Semasanya kawasan Islam semakin luas dan kaum muslimin bertaburan diberbagai daerah.
Umat Islam jauh daripada masa kerasulan dan turunnya wahyu. Masing-masing daerah Islam
mengambil qiraat sahabat terkenal daripada kalangan mereka. Di antara mereka terjadi
perbezaan wajah-wajah qiraat yang memungkinkan timbulnya pertikaian dan perpecahan.
Pertikaian itu menjadi sengit kerana mereka telah jauh daripada masa kenabian. Keadaan itu
semakin parah sehingga saling mengkafirkan antara sesama sendiri. Pertikaian itu merebak ke
darah-daerah lain seperti Hijaz dan Madinah.

Kerana peristiwa-peristiwa tersebut saidina Uthman mengumpulkan para pakar untuk


menyelesaikannya. Mereka akhirnya bersepakat untuk menyalin beberapa mushaf untuk
dikirimkan di daerah dan mengeluarkan perintah agar selainnya dibakar dan hanya bertumpu
kepadanya.

Uthman melaksanakan kesepakatan bistari itu sekitar akhir tahun kedua puluh empat dan awal
tahun kedua puluh lima Hijriah. Untuk menyalin al-Quran mereka dibantu oleh beberapa
sahabat pilihan yang berkepakaran dalam bidang al-Quran antaranya Zaid b Thabit, Zaid b Al-
Ash dan Abdurrahman ibn Al-Haris. Akhirnya terhasillah beberapa naskhah mushaf Uthmani
dan di hantar naskhah tersebut ke beberapa daerah Islam bersama seorang Qari yang mewakili
qiraat-qiraat tertentu. Mushaf-mushaf Uthmani memiliki kaedah-kaedah penulisan tertentu. Para
pakar di bidang ini meringkaskan kaedah-kaedah tersebut ke dalam enam kaedah dasar.
Kaedah-kaedah tersebut akan diperincikan kemudian.

11
Hasilkan rajah yang menggambarkan perbezaan pengumpulan al-Quran di zaman
Nabi s.a.w., zaman Saiyyidina Abu Bakar dan zaman Saiyyidina Uthman.

2.3. Kelebihan Rasm Uthmani

Daripada beberapa takrifan di atas menunjukkan bahawa Rasm Uthmani sangat perlu diambil
berat dan didalami keilmuannya khususnya apabila hendak menulis dan membaca kitab suci al-
Quran.

Terdapat pelbagai faktor daripada pelbagai sudut yang dijadikan sandaran ulama-ulama untuk
memperkukuhkan kenyataan tersebut. Antara terpenting ialah penulisannya bersifat Tauqifi.

2.3.1 Rasm Uthmani tauqifi.

Ia bermaksud kaedah-kaedah tersebut adalah daripada Rasulullah. Lebih jelas ia bermaksud


Rasm tersebut datang daripada Allah dan sudah pasti dimaklumi Rasulullah tidak mengajar
sesuatu kepda sahabatnya melainkan setelah mendapat wahyu daripada Allah.

Fakta tersebut adalah pegangan kebanyakan ulama samada Salaf atau Khalaf semenjak dulu
hinggalah sekarang. Ia diyakini lagi melalui pegangan sahabat-sahabat dan mereka tidak
pernah sama sekali mengingkarinya. Walaupun ada beberapa pendapat yang berbeza dengan
kenyataan di atas pendapat ini perlu ditolak kerana kaedah penulisannya terdedah kepada
kesilapan kerana tiada sandaran kaedah yang mantap. Kaedah-kaedah lain juga sering
berubah dan sekiranya berlaku kepada al-Quran pasti berlaku penyelewengan yang
merosakkan kefahaman al-Quran.

Fakta yang perlu jelas disedari juga ialah setiap huruf al-Quran mempunyai mukjizat tersendiri
yang sebahagiannya diketahui dan sebahagian lagi hanya diketahui oleh Allah. Sebarang
pengurangan penambahan dan penyesuiaan akan mengurangkan keagungan dan mukjizat al-
Quran.

2.4. Rasm Uthmani salah satu rukun bacaan Al-Quran.

12
Ulama bersepakat rukun bacaan al-Quran ada tiga dan salah satunya bacaannya menepati
salah satu daripada mushaf-mushaf Uthmani samada yang dihantar ke Mekah, Madinah, Kufah,
Basrah, Syam atau pun mushaf Imam yang disimpan oleh beliau sendiri.

2.4.1 Merangkumi tujuh huruf.

Antara faktor mendasar sehingga menjadikan rasm Uthmani perlu diberi keutamaan ialah
berkaitan tujuh huruf al-Quran dan ini menjadikannya bertepatan dengan wajah qiraat yang
diajarkan Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya.

Terdapat banyak hadith berkaitan tujuh huruf dan pelbagai pendapat ulama mengenai
maksudnya. Salah satu pendapat yang disepakati oleh kebanyakan ulama ialah tujuh cara
bacaan yang merangkumi kata nama samada ia mufrad, mutahanna atau jamak dan samada ia
muzakar atau muannas, perselisihan pada cara i’rab, perselisihan cara tasrif, perselisihan
mendahulu atau mentakhir huruf atau kalimah, perselisihan dari segi ibdal, perselisihan dari
segi menambah atau mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan perselisihan pada lahjah
samada tebal atau nipis, imalah, tashil, ismam dan sebagainya.

Sekiranya rasm Uthmani tidak digunakan dalam penulisan al-Quran pasti mushaf yang
dihasilkan tidak meliputi semua huruf dan seterusnya menjadi mushaf itu terhad dan sesuai
digunakan untuk membaca qiraat mutawatirah tertentu sahaja dan tidak bagi qiraat-qiraat
mutawatirah yang lain.

2.4.2 Bertepatan dengan pembentangan bacaan Al-Quran terakhir.

Faktor ini juga penting kerana seperti dimaklumi secara pasti melalui sejarah Islam Rasul
melakukan semakan terakhir al-Quran dengan malaikat Jibril dan Zaid b Thabit seorang
sahabat yang sangat rapat dengannya turut berada bersamanya. Dengan keadaan tersebut
Zaid b Thabit diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpul al-Quran oleh dua khulafa’
al-Rashidin Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman. Ia menulis berdasarkan kepada
pembentangan tersebut.

13
Oleh itu beliau meyakini bahawa kesemua ayat al-Quran yang diturunkan semasa hayat nabi
tetapi tidak dibentangkan semasa pembentangan terakhir adalah sebagai ayat yang
dimansuhkan tulisannya dan beliau tidak menulisnya di mushaf tersebut. Begitu juga apa yang
terkandung dalam mushaf-mushaf para sahabat seperti Mushaf Saidatina Aisyah, Umar, Ubai
b Kaab dan lain-lain sahabat kerana sebahagiannya tidak terdapat semasa pembentangan
terakhir.

2.4.3. Kaedah penulisan yang istimewa.

Mengikut penelitian dan pengkajian ulama al-Quran sebenarnya Rasm Uthmani banyak
keistimewaan yang tidak terdapat pada rasm lain. Antaranya
1. keistimewaan pada huruf-huruf ziyadah.
Selain daripada mengandungi mukjizat yang hanya diketahui oleh Allah sahaja, huruf-
huruf ziyadah mempunyai beberapa keistimewaan antaranya;
a. mengetahui baris asal sesuatu huruf. Contohnya “‫ ”إيتاءي‬ditambah huruf ya
selepas huruf hamzah untuk menunjukkan hamzah sebelumnya berbaris kasrah,
“‫ ”سأوريكم‬ditambah huruf wau selepas huruf hamzah menunjukkan baris huruf
hamzah ialah dhommah, “‫ ”وألاوضعوا‬pula ditambah alif selepas hamzah untuk
menunjukkan bahawa hamzah berbaris fathah.
b. Menggambarkan sesuatu makna. Contohnya ziyadah huruf ya pada kalimah “
‫ ”بأييد‬untuk memperteguhkan lagi mengenai kebesaran dan kekuasaan Allah yang
mencipta langit atau cakarwala dengan begitu kukuh dan sempurna.

2. keistimewaan huruf-huruf Ibdal.


a. Panduan mengetahui kata asal/akar sesuatu kalimah. Contohnya kalimah “‫”الصلوة‬
(jamak “‫ )”الصلوات‬dan seumpamanya dituliskan dengan huruf wau menggantikan
huruf alif disebabkan wau merupakan sebahagian daripada huruf dalam struktur
asal kalimah tersebut. Begitu juga kalimah “‫ ”الهدى دان فتلقى‬ditulis dengan huruf ya
menggantikan huruf alif disebabkan huruf ya adalah huruf asal daripada kalimah
tersebut.

3. keistimewaan hazaf.

14
a. Petunjuk dua atau lebih wajah Qiraat. Contohnya “ ‫وترى الشمش إذا طلعت تزور عن كهفهم‬

َّ
‫ ”ذات اليمين‬kalimah ‫ تزور‬dibaca dengan tiga wajah (‫تزاَ َو ُر‬ ‫ َت َز َاو ُر دان‬، ُّ‫ ) ََت ْز َور‬.
b. Mempunyai maksud tertentu yang khusus. Contohnya dihazaf wau pada kalimah
"‫ "ويدع االنسن‬untuk memperkukuhkan kenyataan bahawa doa seorang hamba
sangat mudah dan cepat sampai kepada Allah.

4. keistimewaan wasl (berangkai) dan fasl (berpisah).


a. Kalimah-kalimah al-Quran yang dibaca sama ada yang ditulis secara terpisah
dan ada yang berangkai. Ia juga mempunyai keistimewaan tersendiri. Dari segi
makna terdapat perbezaan contohnya “‫ ”أمن يمشى‬dengan “‫ ”أم من يكون‬apabila ditulis
terpisah bermakna “‫ ”بل‬tetapi jika bersambung bermakna "‫أو‬

Melalui beberapa contoh di atas Rasm Uthmani mempunyai keunikan tersendiri sehinggakan
sukar diperkatakan. Hanya pengkaji-pengkaji yang mendalaminya akan dapat mentafsirkan
sebahagian daripada keunikannya.

Berdasarkan realiti dan apa yang dikaji oleh ulama maka sebahagian besar di kalangan
mereka berpendapat bahawa Rasm Uthmani adalah kaedah penulisan yang wajib dan
dipelihara dan diamalkan.

Walaupun pendapat mengatakan kaedah Rasm Uthmani tidak wajib diamalkan namun
pendapat tersebut berbentuk minoriti dan ditolak oleh kebanyakan ulama kerana ia boleh
membawa perubahan atau pengurangan huruf-huruf al-Quran dan dalam jangka panjang
mendedahkan al-Quran kepada perubahan.

Kemukakan LIMA buah Hadith Sohih yang menjelaskan maksud Tujuh Huruf di
dalam pengajian Al-Quran.

15
UNIT 3 TAJWID AL-QURAN

Hasil Pembelajaran Unit

Pada
Padaakhir
akhirunit
unitpelajar
pelajardapat
dapat: :
Menghuraikan hukum-hukum tajwid asas bacaan al-Quran
Menghuraikan hukum-hukum tajwid asas bacaan al-Quran
Mengaplikasi hukum-hukum tajwid ke dalam bacaan ayat-ayat al-Quran
Mengaplikasi hukum-hukum tajwid ke dalam bacaan ayat-ayat al-Quran
Membaca ayat-ayat al-Quran dengan bentuk-bentuk (maratib) bacaan yang
Membaca ayat-ayat al-Quran dengan bentuk-bentuk (maratib) bacaan yang
diizinkan oleh syarak.
diizinkan oleh syarak.

Sinopsis

Tajuk ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar tentang pentingnya menguasai ilmu tajwid,
gaya bacaan al-Quran dan bacaan-bacaan khusus bagi riwayat hafs Torik Syatibi. Di samping
itu tajuk ini memberi penekanan kemahiran pelajar tentang maratib (bentuk-bentuk) bacaan
yang muktabar.

Pengenalan

Tajuk ini sangat penting untuk seorang guru kerana ia berkaitan dengan keagungan al-Quran
sendiri. Untuk memelihara kemuliaannya tuhan memperturunkan melalui malaikat jibril
peraturan-peraturan bacaannya. Diharapkan melalui peraturan-peraturan tersebut isi
kandungan al-Quran akan terus terpelihara sehingga akhir zaman.

16
3.1. MAKHRAJ DAN SIFAT HURUF

Makhraj

Pada bahasa tempat keluar.


Pada istilah tempat keluar huruf-huruf hijaiyah yang membezakan antara satu huruf dengan
huruf yang lain

Mengikut pendapat terpilih makhraj huruf am terbahagi kepada lima bahagian iaitu makhraj jauf,
makhraj halk, makhraj lisan, makhraj dua bibir dan makhraj rongga hidung.

Bagi makhraj am jauf hanya terdapat satu makhraj khas dan huruf-huruf yang terlibat ialah
ketiga-tiga huruf mad. Bagi makhraj am halk terdapat tiga makhraj khas iaitu pangkal,tengah
dan hujung halkum dan huruf-hurufnya pula ialah hamzah dan ha keluar daripada pangkal
halkum, ain dan ha kecil keluar daripada tengah halkum dan khain dank ho terbit daripada
hujung halkum.

Makhraj am lidah pula mengandungi sepuluh makhraj khas yang meliputi pangkal, tengah, tepi
dan hujung lidah. Huruf-huruf yang terlibat ialah Tak,Tho,Jim,Dal,Dzal,Ra
Zai,Sin,Syin,Shad,Dhad,Tok, Zha’,Qaf,Kaf,Lam,Nun dan ya.

Makhraj am dua bibir mempunyai dua makhraj khas dan huruf yang terlibat ialah ba,wau,mim
dan fa. Makhraj am jauf pula mengandungi satu makhraj khas dan keluar daripadanya ghunnah.

Sifat huruf.

Pada bahasa bermaksud sesuatu yang wujud pada sesuatu benda seperti hitam, putih, kuat,
lemah dan sebagainya.
Pada istilah bermaksud cara mengawal dan menekan udara ketika huruf-huruf dilafazkan
samada tinggi, nyaring, kuat dan sebagainya. Sifat-sifat huruf ketara kedengaran ialah ketika ia
mati berbanding ketika ia berbaris.

Mengikut pendapat yang mashur huruf-huruf hijaiyah mempunyai tujuh belas sifat lazim. Ia
merangkumi sifat-sifat tunggal dan sifat-sifat yang mempunyai lawan. Sifat-sifat tunggal ialah
sofir bermakna siulan/berdesir dan huruf-hurufnya ialah zai sin sod ,lin bermaksud lembut ,
takrir bermaksud berulang/ulang dan hurufnya ialah ro , istitolah bermaksud memanjang dan
hurufnya ialah dod,Qolqolah bermaksud berdetak dan huruf-hurufnya digabung dalam
ungkapan “qutubun jaddun” , Inhiraf bererti melencong dan huruf-hurufnya ialah lam dan ro dan
tafassi bererti menghembur dan hurufnya ialah syin. Sifat yang mempunyai lawan ialah jahar
(nyaring) lawannya hamas (berbisik) , syiddah (kuat) lawannya rokhowah (lembut) dan di
antaranya tawassut/bayyinah, istikla (meninggi) lawannya istifal (merendah), itbak (melekap)
lawannya infitah (terbuka), ismat (tersekat) lawannya izlak (tergelincir/lancar).

Gunakan CD holy Quran versi 6.5 dan amat-amati bagaimana makhraj dan sifat
huruf-huruf hijaiyyah diamalikan.

17
3.2. HUKUM-HUKUM NUN DAN MIM SAKINAH

Nun Sakinah iaitu nun yang tidak berbaris dan ia akan menerima baris jika bertemu dengan
huruf sukun. Tanwin pada bahasa bermakna suara dan pada istilah lafaz (suara) nun sakinah
yang terdapat (tersirat) di akhir kata nama isim.

Apabila nun sakinah atau tanwin bertemu dengan huruf-huruf hijaiyyah hukumnya terbahagi
kepada empat iaitu Izhar, idgham, ikhfak dan iqlab.

Izhar.

Izhar bererti nyata dan terang dan pada istilah ialah mengeluarkan setiap huruf daripada
makhrajnya dengan terang tanpa dengung. Terdapat enam huruf izhar yang digabungkan
dalam ungkapan “ighin goahu”. Kejauhan nun sakinah atau tanwin dengan huruf-huruf halkum
menyebabkan bacaannya diizharkan.

Idgham.

Pada bahasa bererti memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu dan pada istilah bermaksud
memasukkan huruf yang sukun ke dalam huruf berbaris seolah-olah menjadi satu huruf
bertasdid. Huruf-hurufnya digabungkan ke dalam ungkapan “yarmaluna”. Sebab-sebab bacaan
diidgamkan kerana pertama nun sakinah dan tanwin adalah dua huruf mislain/ mutamasilain,
kedua nun sakinah dan tanwin dengan mim adalah dua huruf yang bersekutu pada segala sifat
dan ketiga nun sakinah dan tanwin dengan huruf-huruf lam,ra,wau dan ya adalah dua huruf
mutaqaribain.Idgham terbahagi dua iaitu idgham tanpa dengung dan idgham dengan dengung.
Idgham tanpa dengung mempunyai dua huruf yang digabungkan dalam ungkapan “ralla” dan
huruf-huruf idgham maal ghunnah digabungkan dalam ungkapan “yumin”.

Martabat idgham juga terbahagi dua iaitu idgham kamil dan naqis. Ulama bersepakat
mengatakan idgham kamil nun sakinah dan tanwin berlaku pada dua huruf iaitu lam dan ro dan
kebanyakan ulama juga mengatakan idgham kamil juga berlaku pada huruf-huruf nun dan mim.

Tatbiqkan bacaan idgham kamil dan naqis dalam bacaan surah al-insan

Iqlab

Iqlab bererti memalingkan sesuatu dan pada istilah bermaksud menukarkan lafaz sesuatu huruf
kepada yang lain dengan mengekalkan dengung serta ikhfak.(Dikhfakkan mim kepada ba)
Sebab-sebab ditukarkan nun sakinah dan tanwin kepada mim kerana kedua-dua huruf itu
mempunyai persamaan iaitu; persamaan pada makhraj dan sifat-sifat kedua-duanya.

Ikhfak

Pada bahasa Ikhfak bererti tersembunyi dan pada istilah mennyembunyikan huruf sukun
dengan satu sifat antara izhar dan idgham tanpa tasdid serta kekal ghunnah pada huruf
pertama. Huruf-hurufnya digabungkan dalam rangkaikata “‫”س}}تجز ص}دك فث}}ق ض}}طظ شذ‬. Sebab-sebab

18
diikhfakkan kerana makhraj nun sakinah atau tanwin tidak berjauhan dan tidak berhampiran
dengan makhraj huruf-huruf ikhfak. Jadi ia berada di pertengahan di antara izhar dan idgham.
Ikhfak mempunyai tiga martabat.
1. Martabat tertinggi iaitu ikhfak kepada huruf to dan ta.
2. Martabat terendah iaitu ikhfak terhadap huruf-huruf “kof” dan “kaf”
3. Martabat pertengahan iaitu ikhfak terhadap huruf-huruf selain daripada huruf-
huruf di atas.

Rujuk kepada guru al-Quran tertentu dan praktikkan bacaan ikhfak yang nun
sakinah atau tanwin bertemu dengan huruf-huruf isti’lak.

3.3. TARQIQ, TAFKHIM DAN TAGHLIZ

Makna tafkhim ialah menebalkan sebutan huruf dengan mengangkat lidah ke lelangit manakala
tarkik ialah menipiskan sebutan huruf dengan membuka ruang antara lidah dengan lelangit.

Tebal nipis huruf-huruf hijaiyah terbahagi tiga;


1. huruf yang tebal selama-lamanya iaitu huruf-huruf istilak
2. huruf yang sentiasa tipis ialah huruf-huruf istifal kecuali huruf-huruf alif ro dan lam.
3. huruf-huruf yang boleh nipis dan tebal (bergantung kepada keadaannya) iaitu huruf-
huruf alif lam dan ro.

Hukum huruf alif.

Ditebalkan jika sebelumnya huruf istiklak dan ditarkikkan jika sebelumnya huruf-huruf istifal
contohnya ‫قال دان فتاب‬

Hokum lam lafaz jalalah.

Dibaca taghliz atau tebal apabila didahului huruf berbaris fathah atau dhommah dan dibaca
tarqiq jika didahului huruf berbaris kasrah atau baris dua di atas atau baris dua di hadapan
seperti ‫احدن هللا‬،‫قومن هللا‬

Hukum huruf Ro.

Berdasarkan tafkhim dan tarqiq ro dibahagikan kepada empat bahagian iaitu;


1. yang mesti dibaca tebal dan ia berlaku dalam 10 keadaan berikut;
a. berbaris fathah
b. berbaris dhommah
c. ro mati dan sebelumnya berbaris fathah
d. ro mati dan sebelumnya berbaris dhommah
e. ro mati huruf sebelumnya berbaris kasrah dan selepasnya huruf istiklak
f. ro mati dan huruf sebelumnya berbaris kasrah yang mendatang samada dalam
satu kalimah atau kalimah berasingan
g. ro mati kerana waqaf dan huruf sebelumnya berbaris fathah
h. ro mati kerana waqaf dan huruf sebelumnya berbaris dhommah

19
i. ro mati kerana waqaf , huruf sebelumnya juga sukun (selain ya) dan huruf
sebelumnya berbaris fathah.
j. Ro mati kerana waqaf huruf sebelumnya sukun (selain ya) dan huruf sebelumnya
berbaris dhommah.

2. yang mesti dibaca nipis dan ia berlaku 9 keadaan berikut;


a. berbaris kasrah
b. berbaris kasrah arid (mendatang)
c. ro mati dan huruf sebelumnya berbaris kasrah
d. ro mati huruf sebelumnya berbaris kasrah dan selepasnya huruf istiklak dalam
kalimah berasingan
e. ro mati kerana waqaf dan huruf sebelumnya mati serta huruf sebelumnya
berbaris kasrah
f. ro mati kerana waqaf dan sebelumnya ya Mad
g. ro mati kerana waqaf dan sebelumnya ya Lin
h. ro yang dimalahkan
i. ro yang diqaqaf secara raum

3. ro yang harus tipis atau tebal tetapi tebal lebih utama dan hanya berlaku pada kata ‫مصر‬
di dalam surah-surah yusuf (2) yunus dan Zukhruf.
4. ro yang harus tebal atau tipis tetapi nipis lebih utama dan berlaku dalam keadaan
berikut;
a. ro mati dan huruf sebelumnya berbaris kasrah serta selepasnya huruf istiklak
yang juga berbaris kasrah contoh ‫فرق‬
b. ro sukun kerana waqaf (asalnya berbaris kasrah) dan huruf sebelumnya huruf
istiklak yang juga berbaris sukun ‫القطر‬
c. ro mati kerana waqaf (asalnya berbaris kasrah) dan selepasnya ya mahzufah
iaitu pada kalimah ‫االسر دان نذر‬

Dapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan hikmah hukum ro yang boleh di


baca dua wajah di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

3.4. AL-MUDGHAM

Idgham mutamasilain.

Iaitu idgham yang berlaku antara dua huruf yang bersamaan sifat dan makhraj. Idgham ini
terbahagi dua iaitu dengan ghunnah dan tanpa ghunnah. Idgham mutamasilain tanpa dengung
berlaku pada beberapa huruf sahaja iaitu huruf ba, ta, dal, dzal, ro, ain, fa, kaf, lam, wau dan
ha. Idgham mutamasilain dengan ghunnah berlaku pada antara huruf-huruf mim sakinah pada
mim dan nun sakinah pada Nun.

Idgham mutaqaribain.

Ialah idgham yang berlaku pada dua huruf yang berhampiran sifat dan makhraj. Ia juga
terbahagi dua tanpa dengung dan dengan dengung. Idgham mutaqaribain tanpa dengung
berlaku antara huruf-huruf qaf sakinah pada kaf, nun sakinah pada ra, dan nun sakinah pada
lam. Idgham mutaqaribain dengan dengung berlaku pada antara huruf-huruf nun sakinah pada
wau dan nun sakinah pada ya.

20
Idgham mutajanasian.

Iaitu idgham yang berlaku pada dua huruf yang bersamaan makhraj tetapi berlainan sifat. Ia
juga terbahagi dua tanpa dengung dan dengan dengung. Ia berlaku pertemuan antara huruf-
huruf tak sakinah dan dal, tak sakinah dan to, tak sakinah pada dzal, dal sakinah pada tak, dzal
sakinah pada zhak dan tok sakinah pada tak. Idgham mutajanisain dengan ghunnah pula hanya
berlaku pada antara huruf-huruf bak sakinah dan mim.

Hasilkan peta minda yang menggambarkan perbezaan antara idgham-idgham


mutamasilain,mutaqaribain dan mutajanisain

3.5. AL-MUDUD

Mad

Mad pada bahasa bererti pertambahan. Pada istilah mad diertikan memanjang suara melalui
salah satu huruf mad atau huruf-huruf lin. Dalil bacaan mad terdapat melalui hadith nabi yang
diriwayatkan oleh ibnu masud di mana seorang lelaki membaca ayat 60 surah taubah tanpa
bacaan mad.

Huruf mad ada tiga iaitu alif wau dan ya tetapi dengan syarat-syarat berikut; pertama alif yang
didahului oleh baris fathah, kedua wau sakinah yang didahului baris dommah dan ketiga ya
sakinah yang didahului baris kasrah. Contoh bagi keadaan-keadaan mad tersebut terdapat
pada kalimah "}‫ "نوحيها‬, manakala huruf lin terdapat dua iaitu wau dan ya yang berkehendakkan
syarat-syarat ; wau sakinah didahului baris fathah dan ya sakinah yang didahului baris fathah
seperti contoh-contoh "‫ "ليس دان سوف‬.

Pembahagian mad.

Mad terbahagi dua mad asli dan mad farei. Mad asli iaitu mad yang terjadi dengan sebab utama
mad iaitu kewujudan huruf mad. Ia juga dikenali mad tabie dan mad zati. Mad asli terbahagi
kepada dua pula iaitu mad asli harfi atau mad asli thunai. Ia hanya terdapat di huruf-huruf
tertentu pembukaan surah yang dikumpulkan dalam ungkapan "‫"حي طهر‬. Mad asli kedua ialah
mad asli kalimi atau mad asli mutlak seperti contoh sebelum ini.

Mad farie pula terhasil daripada sebab kewujudan hamzah atau sukun yang mengiringi huruf-
huruf mad atau lin. Ia juga dikenali dengan nama mad mazidi. Terdapat tiga jenis yang terhasil
dengan sebab kewujudan hamzah. Mad-mad itu ialah mad wajib muttasil, mad jaiz munfasil dan
mad badal. Mad arid lissukun, mad lin dan mad lazim pula terhasil daripada kewujudan sukun.

21
Jenis mad akibat kewujudan hamzah.

Mad disebabkan hamzah

Mad wajib muttasil

Mad jaiz munfasil

Mad badal
Mad wajib muttasil.

Ia terhasil apabila mana-mana huruf mad bertemu hamzah dalam satu kalimah sama ada ketika
bacaan wasal atau ketika waqaf. Mengikut imam asim riwayat hafs torik Syatibi wajib dibaca 4
atau 5 harakat ketika bacaan wasal dan harus dibaca 6 harakat ketika waqaf. Ketiga contoh
bagi hukumnya terdapat pada kalimah-kalimah "‫ سوء دان سيء‬،‫ "ساء‬.

Mad jaiz munfasil.

Ia terhasil apabila mana-mana huruf mad bertemu hamzah dalam dua kalimah iaitu ketika
bacaan wasal sahaja. Hukumnya mengikut imam asim riwayat torik syatibi harus dibaca 4 atau
5 harakat ketika wasal dan hanya dibaca dua harakat ketika waqaf. Contohnya terdapat pada
kalimah "‫ وفى أنفسكم‬،‫ قالو إنا معكم‬،‫ "ومآانزل‬.

Mad badal.
Ia terjadi apabila hamzah mendahului huruf mad dengan syarat tiada hamzah atau sukun
selepas huruf mad tersebut. Ia juga digelar mad badal asli. Mengikut riwayat hafs Torik Syatibi
ia dibaca dua harakat. Contoh-contohnya terdapat pada kalimah-kalimah "‫أوتي دان إيمنا‬،‫ "ءامن‬. jika
huruf mad terdapat selepas huruf hamzah asli ia dinamakan mad syabih bil badal. Contonya :
‫"القرءان‬.

22
Mad disebabkan sukun

Mad arid lilsukun

Mad lin

Mad lazim

Mad arid lilsukun.

Ia terjadi apabila huruf mad bertemu sukun yang mendatang iaitu ketika waqaf sahaja.
Bacaannya harus 2,4 dan 6 harakat.

Mad lin.

Ia terjadi apabila huruf lin bertemu dengan sukun yang mendatang iaitu ketika waqaf sahaja. Ia
harus dibaca 2 , 4 atau 6 harakat.

Mad lazim.

Secara am mad lazim terbahagi kepada dua kategori kalimi dan harfi. Mad lazim kalimi apabila
huruf mad bertemu dengan sukun asli dalam kalimah-kalimah al-Quran dan mad lazim harfi
berlaku apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli pada huruf-huruf pembukaan (fawatih) al-
Quran. Setiap mad lazim harfi dan kalimi terbahagi kepada dua bahagian pula iaitu muthaqqal
dan mukhaffaf. Maksud muthaqqal ialah huruf sukun selepas huruf mad diidghamkan ke dalam
huruf selepasnya manakala mukhaffaf ialah huruf sukun selepas huruf mad tidak diidghamkan
ke dalam huruf selepasnya.

Mad-mad farie yang lain.

Mad shilah.

Terjadi ketika membaca wasal pada hak domir yang berada di antara dua huruf berbaris dan ia
terbahagi dua iaitu qosirah dan towilah. Mad silah qosirah ialah apabila hak domir mendahului
huruf hijaiyyah selain daripada hamzah. Ia dibaca 2 harakat ketika wasal dan ketika waqaf
dimatikan hak domir tersebut. Mad silah towilah pula ialah apabila hak domir mendahului
hamzah. Mengikut riwayat hafs torik Syatibi ia dibaca 4 atau 5 harakat ketika wasal dan apabila
waqaf ia dimatikan.

Mad tamkin.

Apabila berhimpun dua huruf ya dengan syarat ya yang pertama bertasdid dan berbaris kasrah
dan ya kedua sukun.

23
Mad iwad.

Ia terjadi apabila waqaf pada huruf bertanwin mansub kecuali ta marbutoh. Bacaannya 2
harakat kerana ia mad tabie yang terjadi ketika waqaf.

Mad faraq.

Ia terjadi apabila hamzah wasal yang berada sebelum lam takrif dimasuki hamzah istifham. Ia
sebahagian daripada mad lazim kalimi sama ada muthaqqal dan mukhaffah.

Mad takzim

Terjadi apabila huruf mad pada kalimah la nafiah bertemu hamzah pada kalimah "‫"إله‬.
Hukumnya harus dibaca 4 atau 5 harakat kerana ia sebahagian daripada mad jaiz munfasil.

Mad tabriah.

Terjadi apabila huruf mad pada kalimah la nafiah bertemu dengan huruf hijaiyyah selain
daripada hamzah. Hukumnya wajib dibaca 2 harakat kerana ia sebahagian daripada mad asli.

Sediakan penjelasan istilah-istilah yang berkaitan dengan hukum mad berikut :


mad wajib, mad lazim , mas jaiz , mad farq , mad tamkin dan mad takzim

3.6. HUKUM WAQAF DAN IBTIDA’

Waqaf

Waqaf pada bahasa : menahan.


Waqaf pada istilah : memutuskan suara bacaan di akhir perkataan pada kadar masa boleh
bernafas mengikut adatnya serta berniat untuk menyambung semula bacaan.

Hukum Belajar : Wajib pada pandangan setengah ulama’

Bahagian Waqaf

Waqaf boleh di bahagikan kepada empat bahagian;

1. Waqaf Ikhtiari iaitu waqaf pilihan yang dilakukan oleh pembaca tanpa sebarang sebab
yang tertentu.
2. Waqaf Idhtirari iaitu waqaf terpaksa ( darurat) yang dilakukan pembaca kerana
kehabisan nafas, terbersin, menguap dan sebagainya.
3. Waqaf Intizhari iaitu waqaf tangguh yang dilakukan oleh pembaca kerana membaca
wajah ( qiraat) yang lain daripada wajah bacaan yang diterima.
4. Waqaf Ikhtibari iaitu waqaf pengetahuan yang dilakukan oleh pembaca bertujuan untuk
menerangkan perbezaan antara maqtu’ dan maushul. Ithbat dan mahdzuf, menyoal
dalam peperiksaan atau mengajar.

24
Waqaf Ikhtiari dibahagikan kepada jenis;

1. Waqaf Tam ( berhenti dengan sempurna) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak
mempunyai hubungan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz dan makna.
2. Waqaf Kafi ( berhenti memadai ) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak mempunyai
hubungan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz tapi mempunyai hubungan dari
segi makna.
3. waqaf Hasan(berhenti yang baik ) iaitu waqaf pada kalimah yang boleh memberi faham
akan maknanya yang jelas tetapi mempunyai hubungan dengan kalimah atau ayat
selepasnya dari segi lafaznya.
4. Waqaf Qabih ( berhenti yang tidak baik) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak memberi
faham akan maknya kerana berhubung kuat deengan kalimah selepasnya kecuali
darurat dan ( jika berlaku) wajib memulakan dengan kalimah sebelumnya.

Ibtida’

Makna Ibtida’ pada bahasa : permulaan.


Pada istilah : Memulakan bacaan al-Quran sama ada selepas waqaf atau qata’

Hukum Ibtida’ terbahagi dua jenis;

1. Ibtida’ Jaiz ( permulaan yang harus) iaitu memulakan bacaan pada kalimah yang dapat
memberi faham akan maknnya serta tidak bersalahan dengan apa yang dikehendaki
Allah Ta’ala
2. Ibtida’ Tidak Jaiz ( permulaan yang tidak harus) iaitu memulakan bacaan pada kalimah
yang tidak menyampaikan maksud yang sebenar atau boleh mengubah makna yang
dikehendaki.

Senaraikan waqaf-waqaf jibril yang disepakati yang terdapat di dalam al-Quran


dan kenapakah di tempat-tempat tersebut kita disunnahkan Waqaf.

Tasmi’kan bacaan khas imam Asim riwayat hafs torik Syatibi di depan sesaorang
guru al-Quran yang mahir.

Layari laman web qquran (www.qquran.com).


a) Cari maklumat-maklumat berkaitan dengan nama-nama qori-qori mesir
yang terkenal.
b) Pilih satu tokoh Al-Quran Mesir yang anda minati dan nyatakan
sumbangannya terhadap Al-Quran
Aktiviti Tutorial: Berdasarkan satu suroh yang ditentukan oleh pensyarah anda
dalam juzuk Amma:
a) Analisakan hukum-hukum tajwid yang sudah dipelajari dalam modul, dan
b) Tasmi’kan suroh tersebut di hadapan pensyarah anda.

25
UNIT 4 TARANNUM

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat;


Pada akhir unit pelajar dapat;
Menjelaskan pengertian tarannum Bayyati dan Nahwand serta sejarah
Menjelaskan pengertian tarannum Bayyati dan Nahwand serta sejarah
perkembangannya.
perkembangannya.
Menghuraikan perincian sifat dan peranan tarannum Bayyati dan Nahwand serta
Menghuraikan perincian sifat dan peranan tarannum Bayyati dan Nahwand serta
tarannum yang sesuai diwuslahkan..
tarannum yang sesuai diwuslahkan..

Sinopsis

Unit ini membolehkan pelajar menjelaskan latarbelakang, sifat, peranan dan tarannum yang
boleh diwuslahkan dengan tarannum Bayyati mengikut keadaan persembahan tarannum
Bayyati. Konsep ilmu tarannum dari sudut istilah, bentuk dan peranan yang berkaitan dalam
bidang ini para pelajar juga sepatutnya boleh menerangkan hukum tarannum al-Quran
berdasarkan dalilnya dan membaca al-Quran dengan tarannum secara murattal.

Di antara tarannum yang masyhur dan sering dilagukan dalam persembahan bacaan al-Quran
serta mendapat perhatian daripada kalangan Qari dan Qariah adalah tarannum
Nahawand.Perkara ini mungkin disebabkan oleh sifat kesederhanaan dalam mengalunkan
rentak dan irama Nahawand ini mampu memukau dan menarik minat serta dekat di hati para
Qari seterusnya melembutkan hati mereka apabila mendengarkannya.

Pengenalan

Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa Tarannum Bayyati adalah ibu bagi alunan seni
lagu atau maqam tarannum yang terdapat dalam bacaan al-Quran. Ini kerana fungsi maqam ini
adalah sebagai pembuka dan penutup rentak dan irama kepada sesuatu persembahan bacaan
al-Quran.

26
Di Malaysia, amalan bacaan para Qari dan Qariah masa kini telah mempopularkan bacaan al-
Quran dengan susunan tarannum yang tertentu di samping meletakkan tarannum Bayyati
sebagai maqam pertama yang bertindak sebagai pembuka atau permulaan persembahan.

4.1 Tarannum Bayyati

4.1.1 Definisi

Dari sudut bahasa, perkataan “Bayyati” adalah berasal dari bahasa Arab yang diambil dari
wazan (asas pertimbangan asal perkataan) baytun yang bermaksud rumah atau tempat
kediaman.

Dari sudut istilah pula bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau
maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari Tanah Arab khususnya dari Mesir.

4.1.2 Sejarah Perkembangan

Tarannum Bayyati mula diperkenalkan di Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Tanah
Melayu kira-kira pada tahun 1940-an iaitu selari dengan permulaan perkembangan tarannum
lahjah Arab Misri.

Di antara faktor tersebarnya seni tarannum khususnya maqam Bayyati di Tanah Melayu ketika
itu adalah penghijrahan pelajar Melayu bagi melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian
Islam di Universiti al-Azhar, Mesir. Ini kerana setelah tamat pengajian mereka di sana,
sebilangan daripada bilangan pelajar ini bukan sahaja pulang dengan segulung ijazah bahkan
membawa bersama mereka pelbagai jenis ilmu dan fikrah khususnya dalam bidang tarannum
al-Quran.

27
4.1.3 Sifat-sifat tarannum Bayyati

4.1.4 Peranan tarannum Bayyati

28
Aktiviti Tutorial: Berdasarkan satu suroh yang ditentukan oleh pensyarah anda
dalam juzuk Amma:
a) Cari dua bacaan daripada Qari atau Qariah, sama ada dalam bentuk CD
atau kaset. Nilaikan bacaan tarannum Bayyati mereka.

4.2 Tarannum Nahwand

29
Dari sudut bahasa, perkataan Nahawand adalah nama bagi tempat yang terletak di daerah
Hamadan, Parsi.

Manakala dari sudut istilah pula Nahawand bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan
tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari daerah tersebut mengikut
citarasa dan sosiobudayanya yang tersendiri.

4.2.1 Sejarah Perkembangan

Menurut sejarah, Nahawand ini adalah merupakan suatu nama tempat di daerah Hamadan
yang terletak di negara Parsi atau sekarang dikenali sebagai Iran.

Sebenarnya daerah Hamadan adalah sebuah kota yang sangat popular suatu ketika dahulu di
mana di sana lahirnya sebuah karya yang terkenal dalam bidang perubatan iaitu al-Qanun Fi al-
Tibb yang ditulis oleh Bapa Perubatan, iaitu Ibnu Sina atau nama sebenarnya ialah Abu Ali al-
Husayn bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Sina. Sebagaimana berlaku perubahan dan
pengubahsuaian terhadap beberapa tarannum seperti Husayni dan Kurdi, tarannum Nahawand
juga tidak terlepas daripada perubahan ini.

Perkara ini berlaku hasil daripada pengubahsuaian para Qurra’ dari Mesir yang mengubahnya
mengikut selera budaya mereka. Walau bagaimanapun, identiti asalnya iaitu alunan rentak
irama Nahawand masih lagi dikekalkan.

4.2.2 Sifat-sifat tarannum Nahwand

30
4.2.3 Peranan tarannum Nahwand

Sila rujuk bacaan tarannum Nahawand sama ada dalam bentuk CD atau Kaset.
Perdengarkan bacaan tersebut dan praktikannya dalam kumpulan

31
.

32
UNIT 5 HAFAZAN

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat;


Pada akhir unit pelajar dapat;
1. Menjelaskan kaedah menghafaz Al-Quran yang digunakan sesuai dalam
1. Menjelaskan kaedah menghafaz Al-Quran yang digunakan sesuai dalam
pengajaran dan pembelajaran.
pengajaran dan pembelajaran.
2. Menghuraikan perincian teknik menghafaz Al-Quran dan penilaian yang sesuai
2. Menghuraikan perincian teknik menghafaz Al-Quran dan penilaian yang sesuai
dalam kemahiran menghafaz Al-Quran.
dalam kemahiran menghafaz Al-Quran.

Sinopsis

Unit ini membolehkan pelajar memahami kaedah dan teknik menghafaz Al-Quran dengan
berpandukan kepada pelbagai kaedah yang sesuai dan memudahkan. . Kaedah dan teknik
menghafaz Al-Quran yang dipelbagaikan yang berkaitan dalam bidang ini membolehkan para
pelajar memiliki kemahiran yang mantap untuk untuk mencapai tujuan asas bagi menghafaz Al-
Quran.

Di antara kaedah dan teknik yang diamalkan bagi tujuan menghafaz Al-Quran seperti kaedah
Tikrar, kaedah Chungking, teknik Mindmapping, teknik “pointers” dan “keyword” dan
seumpamanya memberikan pelbagai cara membantu para huffaz.

Pengenalan
Ini merupakan antara isu yang paling besar bagi masyarakat kita untuk menghafaz dan
mengingati al-Quran. Hal ini sudah semestinya membawa kepada kesungguhan dalam
hafazan. Elok rasanya kita menekuni sejarah berkenaan isu hafazan agar benar-benar
berbekas dalam ingatan serta mengetahui bagaimana para sahabat dan salafussoleh
menghafaz al-Quran.

33
5.0 Hafazan

Bidang hafazan al-Quran bermula semenjak penurunan ayat al-Quran yang pertama. Ketika
Rasulullah SAW beumur 40 tahun dan sedang beribadat di Gua Hira’, Allah SWT telah
memerintahkan Jibril AS untuk mengajarkan al-Quran kepada Baginda SAW. Ayat pertama
yang dibaca adalah iqra’ yang diulang sebanyak tiga kali oleh Malaikat Jibril AS dan kemudian
dibaca kembali oleh Baginda secara hafazan.

5.1 Adab sebelum menghafaz Al-Quran

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafaz Al-Quran


2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafaz
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafaz
4. Berada dalam keadaan yang tenang
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafaz
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf yang lain
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafaz.

5.2 Teknik menghafaz

5.2.1 Teknik “Chunking”


1. Memisahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang
sesuai mengikut arahan guru
2. Memisahkan selembar muka surat kepada beberapa bahagian ( 2 atau 3
bahagian ) yang sesuai
3. Memisahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran
cerita
4. Memisahkan juzuk kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizb, rubu’,
cerita dan sebagainya
5. Memiahkan Al-Quran kepada kelompok surah, setiap 10 juzuk dan sebagainya

5.2.2 Teknik Mengulang


1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum
menghafaz Al-Quran
34
2. Membaca ayat yang telah dihafaz berulang-ulang kali ( 10 atau lebih ) sebelum
berpeindah kepada ayat yang seterusnya
3. Setelah menghafaz setiap setengah muka surat, harus diulang beberapa kali
sebelum diteruskan bahagian yang kedua
4. Selepas menghafaz satu muka surat diulang berkali-kali sebelum diteruskan ke
muka surat seterusnya
5. Sebelum menghafaz bahagian Al-Quran seterusnya, harus diulang bahagian
yang sebelumnya

5.2.3 Teknik Tumpu dan Ingat


1. Menumpukan penglihatan pada ayat, muka surat dan lebaran
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf
4. Ulang sehingga dapat melihat ayat dan muka surat tersebut dengan mata
tertutup

5.2.4 Teknik Menghafaz dengan seorang Teman


1. Pilih seorang teman yang sama minat
2. Orang yang pertama membaca, disemak oleh orang yang kedua
3. Orang yang membaca kedua, disemak oleh orang yang pertama
4. Saling menebuk ayat diantara satu sama lain

5.2.5 Teknik “pointer” dan “keyword”


1. Buat beberapa kotak
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi
mukasurat tersebut
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan

5.2.6 Teknik “mindmaping”


1. Bagi setiap juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu’. Tulis ayat pertama
rubu’ tersebut dicabangnya
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu’

35
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi
rubu’

5.2.7 Mengekalkan hafazan


1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti berbuka puasa, ketika
belayar, selepas azan, dan lain-lain lagi
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah
4. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz dan
sebagainya
5. Membaca pada waktu pagi dan megulangnya pada waktu malam
6. Jangan membaca ketika bosan, marah atau mengantuk
7. Menulis setiap ayat yang mutashabih

36
RUJUKAN
Bahan Cetakan:

Abdul Fattah as-Sayid `Ajmi al-Mursifi. (2001). Hidayah al-qari` ila


tajwidi kalam al-Bari. Madinah al-Munawwarah : Dar al-Fajr al-Islamiyyah.

Abdul Kadir Muhammad Riyadh Tulaimat. (1997). al-Adabii al-tullab


halaqat wa khalawi wa maàhid tahfiz al-Quran al-karim. Saudi Arabia: Dar
Nur al-Maktabat

Abdul Kadir Leong. (2011). Tajwid al-Quran rasm uthmani. Kuala Lumpur
: Pustaka Salam
Abu Mardhiyah. (2013). Tajwid al-Quran ‘Aashim, riwayat hafsh toriq
al-Syatibi. (Jilid 1 & 2). Kuala Lumpur : Al-Jenderaki Enterprise.

Abdullah al-Qari bin Hj. Salleh (1990), Kursus Qari dan Qariah. Kuala
Lumpur: DBP

Buku Kaedah Hattawiah 1&2

Buku Kaedah Iqra’ 1-6

Buku Kaedah Qira’ati 1-5

Jamaluddin Ridhuan (2000), Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Al-


Quran, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,


j-QAF: Panduan Pelaksanaan Model dan Modul Pengajaran &
Pembelajaran, 2004

Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral


(2004), Buku Panduan Dasar Pelaksanaan Dan Pengurusan Kurikulum j-
QAF, Kuala Lumpur: JAPIM KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah


Pendidikan Islam, 2003

Mehdi Mohd al-Hirozi, (2001), Bughyahtul Murid min ahkami tajwid, Beirut :
Darul Basyair al-Islamiah.

Mohd Khalid Abdul Aziz Mansur, Dr. (1999), Al-Wasit fi illmi Tajwid,Urdun:
Darun Nafais.

Mohd Yusuf Ahmad (2000), Sejarah dan Kaedah Pendidikan Al-Quran,


Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.

Mohd Fathi’ Said, (2016 ) Buku Penilaian Hafazan, Bangi Selangor :


Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah IPGKPI
37
Muhyiddin Abi Zakaria Yahya Syaraf al-Nawawi dan al-Imam al-Hafiz
Sheikh al-Islam. (1999). At-Tibyan fi adab hamlati al-Quran. Beirut :
Muassasah al-Raiyan

Nik Jaafar Nik Ismail. (2014). Qawaid al-tarannum. Kuala Lumpur : Dar
al-Fikr.

Surur Shihabuddin. (2010). Ilmu tajwid menurut riwayat hafs an asim


melalui toriq asy syatibiyyah. Batu Caves : Pustaka Salam.

Urusetia Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran


Kementerian Dalam Negeri. (2007). Buku panduan rasm uthmani. Kuala
Lumpur: Percetakan Nasional Berhad

38
PANEL PENULIS MODUL PEMBELAJARAN
PIMK2042TAHSIN TILAWAH AL-QURAN

NAMA KELAYAKAN

HASIM BIN HARUN Kelulusan:

Pensyarah B.A Hons ( Al-Quran & Al-Sunnah ) UKM


IPG Kampus Pendidikan Islam, Sijil Perguruan Malaysia (PAI) MPI
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Pengalaman:
Pensyarah Pengkhususan al-Quran
Panel Pemurnian RMK PISMP
Panel Pemurnian RMK PDPLI

AHMAD KAMARUDIN BIN IBRAHIM Kelulusan:


M.Mgmt. Universiti Malaya 2000
Pensyarah B.A (Hons) Pendidikan Islam UM 1986
IPG Kampus Pendidikan Islam, Sijil Perguruan MPI 1982
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Pengalaman:
Pensyarah Pengkhususan al-Quran
Panel Pemurnian RMK PISMP
Panel Pemurnian RMK PDPLI

MAHDZIR BIN NOR Sarjana Pendidikan Islam, UKM


Pensyarah Sarjana Muda Pengajian al-Quran dan al-Sunnah,
IPG Kampus Pendidikan Islam, UKM
43650 Bandar Baru Bangi, Diploma Pendidikan
Selangor
Pengalaman:
Pensyarah Pengkhususan al-Quran
Panel Pemurnian RMK PISMP
Panel Pemurnian RMK PDPLI

39

You might also like