You are on page 1of 134

TAHAP PENCAPAIAN BACAAN IQRA DALAM

KEMAHIRAN AL QURAN DIKALANGAN

MURID PRA SEKOLAH

SURAIYA BINTI OMAR

Projek Sarjana ini dikemukakan sebagai Memenuhi

sebahagian daripada syarat Sarjana Pendidikan Islam

Open Universiti Malaysia

2015
2

PENGAKUAN

Nama : Suraiya Binti Omar

No Matrik : CGS 00922925

Saya akui Projek Sarjana ini adalah hasil kerja saya sendiri, kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap-tiap satunya saya telah jelaskan sumbernya.

Tandatangan : Tarikh

2
3

ABSTRAK

Kaedah Iqra’ adalah suatu kaedah pengajaran membaca al-Quran yang disusun
sebagai usaha dan alternatif yang praktis agar dapat tercapai tujuan belajar membaca
al-Quran dalam waktu singkat dan cepat. Kajian ini bertujuan mengkaji tahap
pencapaian bacaan Iqra dalam kemahiran al-Quran dikalangan murid pra
sekolah. Metodologi kajian ini melibatkan reka bentuk kombinasi dua
fasa. Dalam fasa 1, kaedah modifikasi sukatan Al Quran Pra Sekolah
dimana sukatan bacaan Iqra ditambah dibawah kemahiran bahasa Al
Quran pelbagai baris.Dalam fasa kedua,kaedah kajian kes melibatkan
murid-murid daripada 2 buah pra sekolah dan 30 orang murid telah
dipilih sebagai persampelan bagi melalui ujian pra dan pos yang
dijalankan untuk mengkaji pencapaian bacaan Iqra mereka mengikut
sukatan kemahiran al-quran yang telah dimodifikasikan dan data
pemerhatian dianalisis secara kuantitatif. Alat kajian yang digunakan
ialah: (i) Ujian bacaan Iqra untuk menguji kemahiran menyebut huruf
hijaiah berbaris atas di menggunakan buku iqra 1, (ii) Soal selidik, iaitu
tentang jenis kumpulan pelajar, latar belakang pelajar, pencapaian
menyebut huruf al quran, teknik pelajar membaca iqra dan cara guru
mengajar iqra serta penerimaan ibu bapa tentang kaedah iqra. Dapatan
kajian mendapati bahawa Penguasaan pelajar dalam menyebut huruf al
quran adalah lambat berdasarkan sukatan al quran yang sedia ada.
Terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah bacaan iqra terhadap
penguasaan al quran dan pencapaian pelajar dalam sukatan al quran .
Dapatan juga dapat menunjukkan terdapat peningkatan dalam bacaan al
quran mereka setelah mengikuti kaedah bacaan iqra ini. Hasil dapatan
adalah di analisis didalam bentuk peratusan.

3
4

ABSTRACT

Iqra method is a method of teaching how to read al-quran. This method is


structrured in a way to achieve the goal of learning to read the quran in ashort
period of time and quickly. He aim of this study is to evaluate the level of
achievement in reading iqra in quran skills among the pre-school pupils. The
methodology of this study involves the combination of two phases. In phase
one the syllabus of the pre school is modified where the syllabus for reading
iqra is added to the skills in reading al quran from the various lines. In the
second phase, the method of case study involved 30 pupils from the two pre
school classes. They were chooses as sampling for pre and post test which
was done to test their level of reading Iqra based on the modified al-quran
skill and the observation data was analysed quantitatively. The instruments
used in the case study are : (i) A test to see the ability to say upper line hijaiah
letters using iqra book 1, (ii) Using questionnaire to find the type of pupils,
background, their achievement in saying the letters of al quran, techniques
pupils use to read iqra, the method used by teachers in teaching iqra and the
acceptance of parents of the tecniques. The study found that the level of
mastery of the students in saying al quran letters is slow based on the current
syllabus. There is a significant correlation between techniques in reading
iqra towards the mastery of al quran and the students achievement in learning
al quran syllabus. The finding also shows an increase in reading al quran
after they followed this technique. The result is analysed in terms of
percentage.

4
5

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah s.w.t., Tuhan semesta alam beserta isinya. Hanya dengan

taufiq dan hidayah-Nyalah, akhirnya penulis dapat menyelesaikan Kertas projek

ini yang bertajuk : “Tahap Pencapaian Bacaan Iqra Di dalam Kemahiran Al

Quran Dikalangan Murid Pra Sekolah, sebagai syarat untuk menyelesaikan

ijazah sarjana di Universiti Terbuka Malaysia. Selawat dan salam semoga

dilimpahkan kepada Rasulullah s.a.w. beserta keluarga, sahabat dan umatnya.

Penulis dengan berbesar hati ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang

tidak terhingga kepada :

Wan Ismail Wan Ahmad , selaku insan yang paling dikasihi, dan seluruh ahli

keluarga yang telah mengiringkan doa serta memberikan motivasi

hingga penulis dapat menyelesaikan tesis untuk ijazah sarjana Pengajaian

Islam di Universiti Terbuka Malaysia.

Ustaz Mohd Arif Bin Jusoh, selaku penyelia dalam penulisan tesis ini, yang

telah meluangkan masanya untuk memberikan bimbingan dengan ramah

dan tulus kepada penulis hingga penulisan tesis ini selesai.

5
6

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Latar belakang kajian 1


1.1.1 Matlamat pendidikan al quran 4
1.1.2 Dalil pendidikan al quran 5
1.2 Penyataan masalah 10
1.3 Objektif Kajian 18
1.4 Soalan Kajian 19
1.5 Kesignifikan kajian 19
1.6 Definisi Istilah 19
1.7 Batasan Kajian 21
1.8 Rumusan 21

BAB 2 TINJAUAN SUSASTERA

2.1 Pengenalan 22
2.2 Isu-Isu Tinjauan Susastera 23
2.2.1 Kebaikan dan ciri-ciri bacaan iqra 23

2.2.2 Senario Pengajaran Dan Pembelajaran Iqra 25

2.2.3 Lima Perkara Penting Dalam Penyanpaian Kaedah Iqra 27


2.2.4 Dasar Perlaksanaan Program J Qaf 27

2.3 Kajian Yang Berkaitan 28


2.4 Kajian-Kajian Terdahulu 34
2.5 Rumusan 40

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 41
3.2 Rekabentuk Kajian 42
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 43
3.4 Instrumentasi 43
6
7

3.5 Tempat Kajian 44


3.6 Kerangka Penganalisisan Data 44
3.6.1 Kerangka Konsep 44
3.6.2 Carta Aliran Kerja 45
3.6.3 Prosedur Pemerolehan Data 46
3.6.4 Kaedah Penganalisisan Data 47

BAB 4 ANALISIS DATA DAN HASIL KAJIAN

4.1 Pengenalan 49
4.2 Analisis Deskriptif Latarbelakang Responden 50
4.2.1 Jantina 50
4.3 Aktiviti Rawatan 53
4.3.1 Proses Rawatan 54
4.3.2 Peringkat 1- Pengajaran Kelas 57
4.3.3 Peringkat 2-Tasmik 58
4.3.4 Peringkat 3-Permainan 60
4.3.5 Peringkat 4-Penilaianan Bersepadu 63
4.3.6 Penilaian Kaedah rawatan 64
4.3.7 Keputusan Ujian Pra Dan Pos 65
4.4 Keputusan Ujian Pra Dan Pos Keseluruhan 66
4.5 Analisis Deskriptif Mengkaji Tahap Penguasaan Murid
Tentang Bacaan Iqra Dalam Kemahiran Al Quran 68
4.5.1 Berminat Dalam Bacaan Iqra 69
4.5.2 Fasih Menyebut Huruf Iqra 70
4.5.3 Mengenal Baris 71
4.5.4 Merasa Seronok Dengan Pembelajaran Iqra 73
4.6 Analisis Deskriptif Cara Pengajaran Iqra Yang
Disampaikan Oleh Guru 76
4.7 Analisis Deskriptif Mengkaji Sikap Dan Minat Ibu Bapa
Terhadap Perlunya Pengajaran Iqra Dirumah 80
4.8 Rumusan Analisis Deskriptif Mengkaji Kaedah Iqra adalah

7
8

Kaedah Yang Amat Berkesan Bagi Murid Menguasai Bacaan


Al-Quran 86
4.8.1 Analisis Keseluruhan Mengkaji Perbezaan Ujian Pra
Dan Ujian Pos Terhadap Tahap Penguasaan Bacaan Iqra
Murid Pra Sekolah Dari Segi Peratusan Mudah 89
4.9 Rumusan 90

BAB 5 RUMUSAN

5.1 Dapatan Utama 91


5.1.1 Hubungan Antara Pengusaan Pelajar Terhadap Bacaan Iqra 92
5.1.2 Hubungan Antara Cara Pengajaran Guru Dan
Tahap Penguasaan Bacaan Iqra 93
5.1.3 Hubungan Antara Peranan Ibu Bapa Dlam melaksanakan
Kaedah Bacaan Iqra Dirumah 94
5.2 Perincangan Permasalahan Yang Dihadapi 95
5.3 Implikasi Kajian 96
5.4 Hala Tuju Dan Cadangan Kajian Lanjutan 97
5.4.1 Pengajian Al Quran Di Peringkat Pra Sekolah 98
5.4.2 Pengajian Al Quran Peringkat Sekolah Rendah Dan Menengah 103
5.4.3 Pengajian Al Quan Di Maktab Dan Di Universiti 104
5.4.4 Peranan Guru Dalam Mengatasi Masalah Kelemahan Bacaan
Al Quran 105
5.4.5 Media Massa 107
5.4.6 Kesedaran Dan Motivasi 108
5.4.7 Penyeliaan Ibu Bapa 109
Penutup 110
Rujukan

8
9

SENARAI JADUAL

1.1 Petikan Sukatan Asas Bahasa Al Quran Pra Sekolah KSP 14


1.2 Modifikasi Sukatan Asas Bahasa Al Quran Pra Sekolah KSPK 16
1.3 Jadual Agihan Buku Iqra 1 Bagi Murid Pra Sekolah 17
4.1 Taburan Kekerapan Peratus Responden Mengikut Jantina 51
4.2 Taburan Kekerapan Peratus Responden Mengikut Pekerjaan 52
4.3 Markah Dan Gred Ujian Pra 54
4.4 Aktiviti yang Dijalankan Selama 2 Bulan 57
4.5 Keputusan Ujian Pra Dan Pos 65
4.6 Taburan kekerapan dan Peratus Murid Yang Menyukai Bacaan Iqra 68
4.7 Taburan Kekerapan dan Peratus Murid berkemampuan Membunyikan
Huruf Dengan Fasih 69
4.8 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Mengenal Baris Atas
Dan Meletakkannya pada Huruf Hijaiah Dan Membunyikannya Dengan
Betul 72
4.9 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Merasa Seronok Dapat
Menjalankan Aktiviti Menggunakan Kaedah Iqra 74
4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratus Aktiviti Tasmik Memberi
Keberkesanan Yang Lebih Terhadap Pengajaran Iqra 76
4.12 Taburan Kerapan Dan Peratus Guru Yang Menyatakan Aktiviti
Rakan Sebaya Dapat Membantu Rakan Yang Lemah Dalam
Bacaan Iqra 77
4.13 Taburan Kekerapan Dan Peratus Guru Yang Menyatakan
Aktiviti Permainan Membangkitkan Minat Yang Memberangsangkan
Terhadap Pengajaran Iqra 78
4.14 Taburan Kekerapan Dan Peratus Ibu Bapa Mengakui Keberkesanan
Kedah Iqra Terhadap Anak-Anak Mereka Dapat Meningkatkan Tahap
Penguasaan Tahap Bacaan Al-Quran 81
4.15 Analisis Deskriptif Peratus Tahap Keberkesanan Bacaan Iqra 87
4.16 Analisis Keseluruhan Mengkaji Perbezaan Ujian Pra Dan Pos
Terhadap Perbezaan Tahap Penguasaan Bacaan Iqra Murid Pra Sekolah

9
1
0

Dari Segi Peratusan Mudah 88

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka Konsep 44


1.2 Carta Aliran Kerja 46
4.1 Peratus Reponden Mengikut Kumpulan 51
4.2 Peratus Pekerjaan Ibu/bapa/penjaga 53
4.4 Taburan Kekerapan dan peratus responden menyukai bacaan iqra 69
4.5 Taburan kekerapan dan peratus respoden menyebut huruf hijaiah 71
4.6 Peratus responden mengenal baris atas 73
4.7 Peratus responden merasa seronok menjalankan aktiviti bermain 75
4.8 Peratus guru yang menyatakan aktiviti tasmik memberi keberkesanan
Yang lebih terhadap pengajaran iqra 77
4.9 Peratus guru yang menyatakan aktiviti rakan sebaya dapat membantu
Rakan yang lemah dalam bacaan iqra 78
4.10 Peratus guru yang menyatakan aktiviti permainan membangkitkan
minat yang memberangsangkan terhadap aktiviti bacaan iqra 79
4.11 Peratus ibu bapa yang mengakui keberkesanan kaedah iqra
terhadap anak-anak mereka dapat meningkatkan tahap penguasaan
bacaan al quran 81
4.12 Peratus ibu bapa dan guru yang mengakui kaedah iqra amat mudah 83

4.13 Peratus ibu bapa dan guru akan menggunakan kaedah iqra dirumah
Dan disekolah bagi mempertingkatkan penguasaan al quran 85
4.14 Pemeringkatan peratusan keberkesanan kaedah iqra bagi
Meningkatkan Tahap penguasaan bacaan al quran 88
4.15 Peratus analisis keseluruhan perbezaan ujian pra dan pos terhadap
Keberkesanan kaedah iqra 90

10
1
1

SENARAI SINGKATAN

KSPK Kurikulum Standard Pra Skolah Kebangsaan


KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
CBMA Cara Belajar Murid Aktif

11
BAB 1 PENGENALAN

1.1 Latar belakang kajian

Dewasa ini kebanyakan murid lemah di dalam pembacaan Al quran

walaupun mereka telah mempelajarinya daripada peringkat sekolah

rendah lagi. Maka kesedaran tentang kewajipan membaca Al Quran

perlu ditekankan mulai dari peringkat bawahan lagi iaitu di peringkat

kanak-kanak kerana Amalan membaca al-Quran merupakan suatu

keperluan dan juga tanggung jawab secara fardhu ain kepada umat

Islam untuk mahir membaca al-Quran, apatah lagi memahami dan

mengamalkannya. Justeru itu, bukan sahaja isi al-Quran yang menjadi

panduan hidup manusia, malah membaca juga dapat menenangkan

jiwa dan merupakan satu ibadat. Hal ini dapat dilihat dengan jelas

menerusi hadis:

“Tidak berhimpunnya satu-satu kaum itu dirumah Allah membaca

ayat-ayat al-Quran dan mempelajarinya melainkan turun ke atasnya

ketenangan, diliputi dengan rahmat Allah dan Allah sentiasa menyebut

mereka” (al-Qushairi, 1995)

Al-Qur’an ialah qara’a yang mempunyai erti mengumpulkan dan

menghimpun. Selain itu, disebut juga sebagai qira’ah beerti

menghimpun huruf-huruf dan kata-kata antara satu dengan yang lain

dalam satu ucapan yang tersusun rapi. Al-Qur’an pada mulanya

1
seperti qira’ah iaitu masdar (infinatif) dari kata

qara’a, qira’atan dan qur’anan (Manna’ Khalil al-Qattan, 1992)

Abdul Halim (1991) menyatakan membaca al-Quran adalah membaca

kalam Allah S.W.T yang mesti dibaca dengan betul dari makhraj dan

tajwidnya supaya tidak terpesong maknanya. Tuntutan kepada

kemahiran membaca al-Qur‟an merupakan tuntutan Fardu ‟Ain iaitu

kewajipan ke atas individu muslim yang mesti dilaksanakan kerana

kesempurnaan bacaan al-Qur‟an itu ada hubungan rapat dengan

tuntutan kesempurnaan ibadah solat. Oleh itu, bagi mencapai tujuan

tersebut, al-Quran perlulah dipelajari seawal usia kanak-kanak.

membaca al-Quran sangat dianjurkan kepada setiap individu muslim

kerana al-Quran akan mendatangkan pelbagai manfaat terhadap

pembacanya, namun mempelajari kaedah dan tata cara dalam

pembacaannya merupakan tuntutan yang mesti dipenuhi, disamping

hukuman mendapat ganjaran dosa, kesalahan dalam membaca al-

Quran akan menentukan sah atau tidak sahnya ibadah yang dilakukan

oleh seseorang tersebut. Oleh itu seseorang mesti secara berterusan

mempertingkatkan ilmu tilawah al-Quran agar lidah sentiasa

terpelihara diwaktu kita membaca.

Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar dan teragung dikurniakan

oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W melalui perantaraan

malaikat Jibril. Kemudian Nabi S.A.W diperintahkan Allah S.W.T

agar menyampaikan kepada seluruh manusia. Adapun isi kandungan

1
al-Quran sarat dengan petunjuk yang akan membawa manusia ke arah

kebahagiaan hidup di dunia apatah lagi akhirat.

Al-Quran wajib dipelajari kerana ia mempunyai fungsi dan

sumbangan yang penting sebagai sumber dan panduan yang dapat

menyelesaikan pelbagai persoalan dan memenuhi segala kehendak

manusia (Hanafi Mohamad). Pendidikan al-Quran adalah mencakupi

semua pendidikan manusia dalam segala segi hidupnya dan sepanjang

usianya. “Kehidupan dunia ini” adalah diumpamakan sebagai

menjalani satu perjalanan untuk persiapan kepada kehidupan yang

lebih baik iaitu di akhirat. Kerana itulah pendidikan al-Quran

mengandungi kehidupan sekarang dan kehidupan akan datang secara

serentak (Wahbah az-Zuhaili).

Melalui al-Quran, Allah S.W.T mendidik manusia supaya percaya

kepada Allah sahaja sebagai Tuhan yang patut disembah dan meminta

pertolongan, iaitu dari segi Uluhiyyah dan Rubbubiyyah kerana Allah

S.W.T sahajalah yang berkuasa (Mohd Yusuf Ahmad). Ini juga

ditegaskan melalui firman Allah S.W.T di dalam surah al-Baqarah

ayat 21 yang bermaksud:

“Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang menciptakan kamu dan

orang-orang yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa “

Dengan demikian manusia dituntut untuk meyakini dan mengimani

bahawa kitab suci al-Quran ini adalah kepunyaan Allah S.W.T dan

bukan dicipta oleh Rasulullah S.A.W atau pun makhluk lain. Justeru

2
itu, al-Quran wajar diangkat sebagai teras dan sumber rujukan utama

yang mendasari seluruh aspek kehidupan dan diyakini sepenuh hati

kebenarannya. Sebagai khalifah Allah S.W.T setiap muslim

berkewajipan memikul dan melaksanakan segala apa yang ditentukan

oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran. Ini selari dengan firman Allah

S.W.T dalam surah al Baqarah, ayat 147 yang bermaksud:

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu janganlah

engkau termasuk orang-orang bimbang”.(Mahmud Yunus)

1.1.1 Matlamat Pendidikan Al Quran

Matlamat Pendidikan al-Quran dengan jelasnya membuktikan bahawa

ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya mampu memberi kejayaan

dalam pelbagai penyelidikan. Ahli sains mengambil al-Quran sebagai

asas sains, ahli hukum mengeluarkan hukum daripada al-Quran, ahli

falsafah membicarakan falsafah dalam al-Quran dan ahli pendidikan

pula mengambil al-Quran sebagai dasar, kaedah, falsafah dan

matlamat pendidikan (Mohd Yusuf Ahmad) dan ajarannya bukan

sahaja membuka jalan kepada manusia untuk mengawal dan

menghayati segala kebaikannya malah menjadi asas untuk

meninggikan kekuatan iman dan mengakui kebesaran dan kekuasaan

Allah S.W.T di samping membentuk akhlak dan peribadi mulia

sebagai khalifah Allah di bumi yang fana ini.

Al-Quran mempunyai kelebihan yang sangat banyak dan tinggi di sisi

Allah S.W.T dan tuntutan mempelajari serta mengajarnya kepada

3
orang lain juga sangat besar pahalanya. Oleh sebab itu al-Quran itu

sendiri mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu berbanding dengan

kitab-kitab lain. Membaca al-Quran, mempelajari, mengajarkannya

serta mengulang-ulangkannya akan mendapat ganjaran pahala berlipat

kali ganda daripada Allah S.W.T (Wahbah az-Zuhaili).

1.1.2 Dalil Pendidikan al-Quran

Ini kembali ditegaskan oleh Allah Allah S.W.T melalui firmannya

dalam surah al-Isra’ ayat 9. yang bermaksud:

“Sesungguhnya al-Quran ini menunjuki (jalan) yang lebih lurus dan

memberi kabar gembira kepada orang-orang beriman yang

mengerjakan (‘amalan) yang saleh; sesungguhnya untuk mereka itu

pahala yang besar “.(Mahmud Yunus)

Membaca al-Quran adalah ibadat yang diberi pahala oleh Allah S.W.T

kepada pembacanya. Membaca al-Quran sangat digalakkan kepada

umat Islam sehinggakan setiap huruf yang dibaca akan diberi sepuluh

kebaikan. Perkara ini telah dinyatakan Rasulullah S.A.W melalui

Hadis riwayat al-Thirmizi yang bermaksud:

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran)

maka satu huruf yang dibaca itu akan digandakan satu kebajikan, dan

satu kebajikan itu akan digandakan menjadi sepuluh kebajikan. Aku

tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf, tetapi alif satu huruf,

Lam satu huruf dan Mim satu huruf”. (Riwayat al-Thrmizi).

4
Sepertimana yang ditegaskan oleh rasulullah di dalam hadisnya :

( " ‫ قال رسول اال صلى اال عليه وسلم‬:‫عن أبي سعيد الخدري رضي اال عنه قال‬
‫يقول‬

‫ من شغله القرآن عن مسألتي أعطيته أفضل ما أعطي السائلين‬:‫ الرب تبارك وتعالى‬،

‫" )وفضل آلم اال تعالى على سائر الكلم آفضل اال على خلقه‬

Yang bermaksud:Daripada Abu Said al-Khudri ra dia berkata,


Rasulullah s.a.w bersabda, Allah Taala berkata, “sesiapa yang
disibukkan dirinya dengan al-Quran dari meminta-minta kepadaku,
maka Aku akan berikan kepadanya sebaik-baik perkara yang aku
berikan kepada orang yang meminta kepadaKu,

kelebihan Kalam Allah Taala di atas segala kalam (percakapan) sama


seperti kelebihan zat Allah di atas segala makhluknya”.

(Diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan al-Darimi) Dan sabda Rasulullah


s.a.w :

(‫ )خيرآم من تعلم القرآن وعلمه‬Maksudnya:

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan


mengajarkannya”.

(diriwayatkan oleh Bukhari)

Sabda Rasulullah s.a.w

“Orang yang mahir dengan al-quranakan bersama malaikat


yang mulia lagi berbakti dan orang yang membacanya dalam
keadaan sulit ( susah ) dan merangkak-rangkak . Maka baginya dua
pahala (kebajikan)”

(Riwayat Muslim).
5
Sabda Rasulullah s.a.w

“ Sesiapa yang mengajarkan anaknya al quran dengan melihat maka


diampunkan baginya dosa yang lalu dan yang akan datang dan
sesiapa yang mengajarnya dengan hafalan maka setiap anaknya itu
membaca satu ayat, akan menaikkan ayahnya satu darjat hingga
akhir ayat yang diamalkannya “

(Quraish Shihab) menyatakan bahawa, Allah s.w.t memuliakan umat

Islam dengan kitab al-Quran sebagai kalam terbaik. Dalam al-Quran

telah dikumpulkan segala yang diperlukan oleh manusia berbentuk

kisah terdahulu, nasihat-nasihat, pelbagai perumpamaan, adab,

kepastian hukum, hujah-hujah yang kuat dan jelas sebagai bukti

keesaan-Nya. Allah s.w.t mewajibkan manusia supaya bersikap baik

terhadap kitab-kitab-Nya, termasuk perlakuan ini adalah menjelaskan

adab-adab pembaca, membimbing mereka melaksanakan ajaran al-

Quran serta megingatkan manusia dengan nasihat-nasihat yang baik

(Anis Ahmad)

Berdasarkan peri pentingnya pembacaan al-quran kepada seluruh

umat manusia yang merupakan satu tuntutan yang dituntut Allah dan

rasulNya,maka tanggung jawab dalam pengajaran dan pembelajaran

al-Quran seperti guru al-Quran dan para pendidik di sekolah adalah

mendalami dan menyelami segala keistimewaan dan kelebihan yang

terdapat di dalam isi kandungan al-Quran dalam usaha untuk

disampaikan kepada murid dengan pendekatan yang tepat dan lebih

berkesan lagi. Manakala bagi para pendidik dan guru al-Quran,

6
mereka haruslah menyelami segala kelebihan al-Quran kemudian

menyampaikan kepada para murid dari semasa ke semasa dengan

tujuan untuk menyuburkan minda, cintakan al-Quran serta suka untuk

mendengar, membaca dan mempelajari al-Quran.

Abdul Halim (1991) menyatakan membaca al-Quran adalah membaca

kalam Allah S.W.T yang mesti dibaca dengan betul dari makhraj dan

tajwidnya supaya tidak terpesong maknanya. Tuntutan kepada

kemahiran membaca al-Qur‟an merupakan tuntutan Fardu ‟Ain iaitu

kewajipan ke atas individu muslim yang mesti dilaksanakan kerana

kesempurnaan bacaan al-Qur‟an itu ada hubungan rapat dengan

tuntutan kesempurnaan ibadah solat. Oleh itu, bagi mencapai tujuan

tersebut, al-Quran perlulah dipelajari seawal

7
mungkin, iaitu sejak kanak-kanak mula mengenali perbezaan sesuatu

bentuk. Pendedahan awal di dalam pelajaran al-Quran dapat menanam

minda kepada penghayatan al-Quran sebenarnya. Ibnu Khaldun

menyatakan dalam mendidik kanak-kanak yang masih belum baligh

ini, pembacaan al-Quran harus diajar dahulu sebelum menghafalnya

dan ianya haruslah dibentuk dengan cara lemah lembut dan

bertimbang rasa dan bukannya dengan kekerasan (Shahril dan Habib).

Penulis berpendapat perlaksanaannya haruslah bermula dari peringkat

prasekolah. (Mohd Yusof)

Dengan itu, Kaedah Iqra merupakan satu kaedah pembelajaran asas al-

Quran diperingkat mengenal huruf-huruf tunggal Hijayah Arab hingga

ke peringkat membaca ayat-ayat al-Quran. Di zaman mutakhir ini

berbagai kaedah yang muncul dalam pengajaran al-Quran yang

banyak menitip beratkan kecepatan dan kemahiran. Masing-masing

bersaing dalam menarik minat masyarakat untuk mempelajari al-

Quran yang kesemuanya menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk

membolehkan umat Islam mampu membaca al-Quran dengan betul.

Antara kaedah yang termasyhur dan tersebar luas terutamanya di

sebelah rantau Asia Tenggara ialah kaedah iqra’. Sejak kaedah ini

yang di perkenalkan oleh al-Marhum As’ad Humam pada tahun 1988

di Indonesia, ianya telah mendapat sambutan hangat di tengah-tengah

suasana ilmu di kepulauan Melayu dan tersebar di negara-negara yang

berdekatan termasuklah negara Malaysia pada tahun 1992 dan

8
dikembangkan selepas tempoh percubaan pertama selama lebih

kurang 6 bulan di beberapa buah sekolah di Malaysia.

Menurut Ibnu khaldun dalam kitabnya Muqaddimah menyatakan

bahawa “al-Quran itu perlu dipelajari dan dibaca oleh kanak-kanak

pada peringkat awal, kerana membaca al-Quran akan menanamkan

benih-benih keimanan ke dalam jiwa kanak-kanak”. (Yusof Qardhawi)

menegaskan diantara manfaat membaca dan menghafal Al Quran pada

masa kanak-kanak adalah, ianya dapat meluruskan lidah, membaca

huruf dengan tepat, dan mengucapkannya sesuai dengan makhraj

hurufnya.

Selaras dengan sukatan bacaan asas al-Quran huruf hijaiah pelbagai

baris,kaedah Iqra adalah satu kaedah yang terbaik dilaksanakan

didalam pdp bacaan al-quran. Kaedah Iqra perlu di terapkan

dikalangan murid pra sekolah kerana cara bacaannya yang mudah.

Kaedah Iqra’ dikenal pasti sebagai antara kaedah yang dapat

membantu mempercepatkan kanak-kanak menguasai kemahiran

membaca al-Quran dengan baik.

9
1.2 Penyataan Masalah

Pendidikan Islam Pra Sekolah mempunyai pelbagai tunjang iaitu

memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun

Islam, Sirah Rasulullah dan Kalimah Syahadah. Murid pra sekolah

belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat, mencontohi

beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan harian mengikut

adab. Pada masa yang sama murid ini juga mengenal asas bahasa Al-

Quran, huruf hijjaiyah dan Jawi serta menghafaz beberapa surah pendek

dan doa pilihan.

Fokus kajian adalah mengkaji tahap penguasaan asas bahasa Al-Quran

pra sekolah.

Berdasarkan tahap pencapaian khatam Al-Quran Daerah Kerian yang

masih lagi belum mencapai tahap yang memberangsangkan Iaitu Iqra ‘

sifar apabila naik ke sekolah menengah maka satu kaedah dan langkah

yang afektif dan realistik perlu di perkenalkan untuk memperbaikai lagi

kelemahan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran al-quran.

Bertitik tolak daripada kaedah Iqra yang telah dilaksanakan bermula

ditahun satu sekolah kebangsaan dimana mereka telah mengikuti kelas

kemahiran al-Quran sepanjang enam bulan pertama persekolahan.

Pengajaran dan pembelajaran di Tahun Satu yang berfokus kepada

10
penguasaan kemahiran membaca Iqra 1-6 mulai Januari hingga

Jun dengan peruntukan masa empat waktu seminggu dan tiga

waktu daripada Julai hingga November.

Sukatan bacaan Iqra tahun satu adalah bermula daripada Iqra 1 namun

dapat di nyatakan bacaan Iqra buku 1 ini boleh dimulakan pada

peringkat pra sekolah kerana bacaan Iqra’ini dikenal pasti sebagai antara

kaedah yang dapat membantu mempercepatkan kanak-kanak menguasai

kemahiran membaca al-Quran dengan baik.

Maka adalah lebih baik kaedah ini diterapkan lebih awal lagi iaitu

diperingkat pra sekolah kerana Kanak-kanak di tahap pra sekolah adalah

anak-anak yang bersih sedang berada dalam ‘sponge mood’, setiap

pancaindera mereka akan merekod dan menyimpan data dari

persekitaran yang mereka alami.

Keupayaan membaca Iqra kanak-kanak diperingkat pra sekolah adalah

tidak sukar kerana keupayaan menyebut bagi seseorang kanak adalah

bermula daripada seusia bayi lagi. Semua kanak-kanak secara umumnya

mempunyai corak perkembangan fonologi tidak kira bahasa apa yang

dituturkan.Kanak-kanak juga menghasilkan bunyi secara rambang. Ini

berlaku bermula daripada peringkat agahan lagi.Pada mulanya kanak-

kanak memperoleh fonem-fonem yang kasar dan perbezaan fitur yang

ketara. Tetapi ia akan beransur maju kepada fonem-fonem yang halus

dan jelas kedengaran. Antara bunyi yang dihasilkan oleh kanak-kanak

mengikut peringkat adalah seperti berikut: 0-2 bulan boleh menangis dan

senyum, 4 bulan boleh bermain dengan bunyi vokaal seperti “aa” “oo”
11
“uu”, 6-9 bulan boleh mencantum bunyi konsonan dan vocal untuk

menghasilkan suku kata seperti “ mama” “ baba” seterusnya semasa

kanak-kanak membesar, mereka mempelajari perkataan baru melalui

proses fast-mapping iaitu secara membandingkan perkataan baru

dengan perkataan lama yang sudah diketahui. Justru itu umur 5 dan 6

tahun adalah peringkat perkembangan pertuturan yang sudah matang

bagi seseorang kanak-kanak melahirkan bunyi,perkataan dan ayat .

Justru itu , agihan bacaan Iqra yang bermula dengan Iqra 1 perlu

dimasukkan di dalam kemahiran asas Bahasa Al Quran sukatan

kerohanian dan nilai Pra sekolah supaya murid-murid dapat mengenali

dan menyebut huruf daripada kalimah al-quran dengan lebih mudah,

cepat dan pantas,seterusnya tahap penguasaan bacaan huruf dan kalimah

al-quran dapat ditingkatkan.

12
Jadual 1.1 sukatan Asas Bahasa Al quran pra sekolah KSPK

1 PI5.0 (PI 5.1) (PI 5.1.3)


7 Asas Mengetahui bahasa (PI 5.1.7)
Bahasa Al Al- Quran. Mengenal pasti bunyi
-Quran - Huruf ‫ت ب‬ ‫ث‬ huruf mengikut tanda
baris atas (fathah) bacaan:
baris bawah baris atas (fathah)
(Kasrah) baris bawah (Kasrah)
baris hadapan baris hadapan
(Dhommah) (Dhommah)

13
di dalam sukatan Kerohanian sikap dan nilai Pra Sekolah seperti
yang di nyatakan di atas kemahiran di dalam tunjang utama,
bidang al-Quran adalah mengenal pasti huruf mengikut tanda
bacaan yang dengan membunyikan huruf bunyi berbaris satu di
atas,di bawah dan dihadapan. Tidak ada sukatan bacaan Iqra di
dalam sukatan tersebut.

Maka bacaan Iqra adalah wajar dimasukkan kedalam sukatan ini


supaya kemahiran menyebut kalimah pelbagai baris dapat
ditingkatkan dan murid dapat mempercepatkan lagi proses
menguasai al-quran. Sukatan yang akan dimodifikasikan adalah
seperti berikut

14
Jadual 1.2 Modifikasi Sukatan asas Bahasa Al quran Pra Sekolah KSPK

2 (PI 5.0) (PI 5.1) (PI 5.1.3)


Asas Bahasa
Mengetahui bahasa (PI 5.1.7)
Al -Quran Al- Quran.
Mengenal pasti bunyi
- Huruf ‫ت ب‬ ‫ث‬ huruf mengikut tanda
bacaan:
baris atas (fathah)
baris atas (fathah)
baris bawah (Kasrah)
baris bawah (Kasrah)
baris hadapan
(Dhommah) baris hadapan
(Dhommah)

(PI 5.2)
(PI 5.1.3)
Bacaan Iqra
baris atas
m.s 1

15
Bacaan Iqra bagi murid Pra Sekolah akan dimulakan dengan buku
Iqra 1 sahaja. Pembahagian sukatan mengikut minggu dan masa yang
ditetapkan iaitu satu muka surat seminggu bagi satu masa.Jumlah
masa sukatan Iqra akan dibahagi dengan kemahiran Jawi dan
menghasilkan 22 minggu bagi tempoh setahun.Maka bacaan Iqra
akan dimulakan dari minggu selepas orientasi sehingga akhir
tahun.Agihan bacaan Iqra adalah seperti dalam jadual berikut :

Jadual 1.3 Agihan muka surat buku iqra 1 bagi murid pra sekolah

MINGGU AL-QURAN (BACAAN IQRA )


1 MS-1
3 MS-2
5
MS-3
7
MS-4
9
MS-5
11
MS-6
13
MS-7
15
MS-8
17
MS-9
19
MS-10
21
MS-11-12
23
MS-13-14
25
MS-15-16
27
MS-17-18
29
MS-19-20
31
MS-21-22
33
MS-23-24
35
MS-25-26
37
MS-27-28
39 MS-29-30
40
MS-31

sukatan bacaan Iqra 1 akan dapat dihabiskan dalam tempoh setahun seterusnya
murid yang memasuki tahun satu akan memulakan bacaan Iqra mereka dengan

16
buku Iqra 2.Pastinya bacaan Iqra 1 yang telah dikuasai oleh murid pra
sekolah akan dapat mempercepatkan proses bacaan al-quran
seterusnya murid akan dapat khatam al-quran dengan lebih cepat.

Sebuah buku Iqra khas yang lebih interaktif kepada murid pra
sekolah perlu diwujudkan yang mempunyai ciri-ciri yang
bersesuaian dengan tahap pemikiran mereka.Disamping bacaan murid
dapat melakukan aktiviti permainan dan lembaran kerja supaya
mereka tidak akan jemu membaca Iqra yang perlu menyebut huruf
berulang-ulang .

1.3 Objektif kajian

i. Mengenal pasti sukatan al quran yang lebih berkesan bagi


membolehkan murid cepat dan pantas menguasai bacaan iqra

ii. Mengenal pasti kaedah Iqra adalah satu kaedah yang akan
meningkatkan tahap penguasaan murid dalam sukatan al quran

iii. Mengenal pasti kaedah pengajaran yang terbaik bagi meningkatkan


tahap pencapaian bacaan iqra

1.4 Soalan kajian

17
i. Adakah modifikasi sukatan al quran akan memberi kesan
kepada tahap bacaan iqra dengan lebih cepat dan pantas

ii Adakah kaedah iqra adalah kaedah terbaik yang boleh


meningkatkan tahap penguasaan bacaan al quran murid
pra sekolah

iii Adakah kaedah pengajaran yang disampaikan oleh guru boleh


mempertingkatkan tahap penguasaan bacaan iqra murid

1.5 Kesignifikan kajian

Adalah diharapkan bahawa hasil kajian ini dapat membentuk satu


sukatan al quran yang lebih afektif bagi murid pra sekolah menjalani
proses bacaan iqra di dalam pdp al quran dengan kaedah yang lebih
mantap mudah dan pantas bagi mempercepatkan proses menguasai al
quran.

Modifikasi sukatan al quran ini penting untuk menyusun dan


merangka sukatan yang lebih berkesan dan Berjaya seterusnya guru-
guru dapat memperkenalkan kaedah yang lebih baik kepada murid-
murid dengan merancang aktiviti yang kreatif dan afektif dengan
pelbagai bahan bantu mengajar, seterusnya dapat mempertingkatkan
tahap penguasaan bacaan iqra mereka.

Bagi pihak KPM pula, perhatian kepada penambahbaikan sukatan al-


quran ini adalah untuk memenuhi kehendak dan wadah KPM bagi
menghasilkan murid-murid yang dapat mencapai penguasaan iqra
cemerlang seterusnya Berjaya mempertingkatkan penguasaan bacaan
al-quran sehingga khatam al-quran.

18
1.6 Definisi istilah

Tahap penguasaan menunjukkan perihal kemampuan untuk menguasai


bacaan al-quran yang dipelajari oleh murid tersebut.

Sampel utama dalam kajian ini merupakan murid-murid pra sekolah


yang merupakan responden kepada pengkaji. Maksud murid
berdasarkan kamus dewan (1989 ). Murid didefinisikan sebagai orang
yang belajar (seperti murid sekolah dan pra sekolah,penuntut
dimaktab dan sebagainya).Murid yang dimaksudkan disini ialah
murid-murid daripada 3 buah pra sekolah.

Kaedah Iqra’ adalah suatu kaedah pengajaran membaca al-Quran


yang disusun sebagai usaha

mengadaptasi/mengubah-suai kaedah lama (Baghdadi) agar dapat


tercapai tujuan belajar membaca alQuran.

Makna al-quran ialah bacaan,manakala maksudnya ialah kitab suci


yang diwahyukan oleh Allah kepada nabi Muhammad melalui
malaikat jibril.Ia mengandungi berbagai bagai pengajaran,hokum
hakam,perundangan dan peraturan lengkap sebagai panduan umat
Islam dan keselamatan sejagat. Para ulama mentafsir al-quran dalam
berbagai kitab ulumul quran, ditinjau dari segi bahasa bahawa al-
quran merupakan bentuk masdar dai kata qoro’a-yaqro’uu-qiroo’atan
– wa’ qoran – wa quraanan. Kata qoro’a bererti menghimpun dan
menyatukan. Al quran pada hakikatnya merupakan himpunan huruf-
huruf dan kata-kata yang menjadi satu ayat. Himpunan ayat-ayat
menjadi surah. Himpunan surah menjadi mushaf Al Quran.
Disamping itu, para ulama mengatakan bahawa Al quran dengan akar
kata qoro’a bermakna tilawah : membaca . Kedua-dua makna apabila
disatukan akan menjadi al quran iaitu himpunan huruf – huruf dan
kata-kata yang dapat dibaca.

Pendidikan Pra sekolah adalah persediaan sebelum melangkah kealam


persekolahan diperingkat sekolah rendah. Pengalaman persekolahan

19
dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan
dapat membekalkan mereka dengan kemahiran,keyakinan diri dan
sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan
formal dan pendidkan sepanjang hayat.

1.7 Batasan Kajian

Fokus kajian ini akan melihat dan meninjau bacaan Iqra murid hanya
di dua buah pra sekolah disekitar Bagan Serai.

Fokus kedua kajian ini akan meninjau dan menganalisis secara khusus
kepada sukatan al Quran bagi pra sekolah untuk dilakukan
penambahbaikan supaya dapat dilaksanakan oleh guru pendidikan
Islam di pra sekolah . Kajian ini hanya membataskan Kurikulum al
quran Pendidikan Islam pra sekolah dan tidak mencakupi kepada
bidang yang lain iaitu ibadah ,sirah,akhidah,akhlak dan jawi.

1.8 Rumusan

Secara ringkasnya, bab satu membincangkan latar belakang dari aspek


kepentingan membaca al quran dan pemilihan kaedah Iqra sebagai
satu kaedah terbaik yang mempunyai kelebihan dan kebaikannya.
Selanjutnya , tujuan kajian adalah untuk mengkaji sukatan al quran
dan melakukan modifikasi iaitu memasukkan kemahiran bacaan Iqra
1 kedalam sukatan al quran. 3 Soalan kajian dikemukakan dan
soalan-soalan tersebut menentukan metodologi kajian selanjutnya.
Kajian ini mempunyai kesignifikan kepada murid-murid dan para
pendidik bagi menghasilkan tahap penguasaan bacaan Iqra yang lebih
baik, seterusnya KPM akan dapat menghasilkan satu sukatan al quran
yang lebih berkesan kepada murid pra sekolah. Kajian ini juga
mempunyai batasannya kerana hasil dapatannya tidak menyeluruh
kepada semua bidang pendidikan Islam tetapi hanya memfokuskan
kepada sukatan al quran.

20
BAB 2 TINJAUAN SUSASTERA

2.1 Pengenalan

Al quran merupakan sebuah kitab suci yang syumul sifatnya yang


ditanzilkan oleh tuhan maha pencipta yang sangat mengetahui akan
kehendak serta keperluan manusia. Dengan demikian Allah tukarkan
Al-Quran sebagai kitab panduan bagi manusia yang merangkumi
semua perkara yang perkataan dengan kehidupan mereka ini
termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan hubungan antara sesama
manusia. Manusia dengan alam dan manusia dengan alam sekitar.

kajian ini akan memfokuskan berkaitan dengan tahap penguasaan


murid terhadap subjek al quran. Justeru kajian ini akan
mengetengahkan hasil berkaitan perkara yang dibincangkan dengan
tahap penguasaan al quran daripada mengenal huruf hijaiyyah melalui
kaedah iqra. Dibawah ini diperjelaskan tentang konsep kajian yang
akan diketengahkan di dalam perbincangan tahap penguasaan bacaan
iqra ini.

21
2.2 Isu-Isu Tinjauan Susastera

2.2.1 Kebaikan dan ciri-ciri bacaan Iqra

Ustaz Mohd.Mukri Hj Abdullah, bekas pegawai di Kementerian


Pendidikan Malaysia, salah seorang yang bertanggung jawab dalam
pelaksanaan kaedah ini di Malaysia telah menjelaskan sifat-sifat Iqra’

Ciri-ciri tersebut ialah:

1-Bacaan Terus ( Tanpa analisa dan dieja)

Murid tidak diperkenalkan terlebih dahulu kepada nama-nama huruf


Hijaiyah dan tanda - tanda

bacaan. Mereka terus diperkenalkan bunyi satu-satu huruf dengan


menggunakan bahan pengajaran.

2- Penggunaan Teks Tertentu.

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan satu set buku yang


mengandungi 6 juzuk/naskah. Murid

menggunakan mengikut tahap masing-masing bermula dari juzuk


pertama. Disusun secara berjilid

dengan kulit buku berwarna-warni yang harmoni sehingga menarik


minat. Ianya juga untuk tidak menimbulkan rasa jemu

3- Teknik Pengajaran Cara Belajar Murid Aktif (CBMA)

Yang belajar adalah murid, bukan gurunya, jadi setelah guru


menerangkan pokok pengajaran dan murid sudah jelas mengulangi
beberapa kali (Talaqqi Musyafahah), maka murid disuruh membaca
sendiri bahan berikutnya.

4- Talaqqi Musyafahah.

22
Dalam mempelajari bacaan Al-Quran murid mesti berhadapan secara
langsung dengan gurunya.

Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul bagaimana


makhraj dan sifat-sifat huruf yang sebenarnya.

5- Tahap Berasaskan Pencapaian Individu.

Tahap pencapaian dan kelajuan murid dalam mengikut bahan


pengajarannya yang siap adalah bergantung kepada kecekapan
individu murid dan peranan gurunya. Untuk penilaian dan
pengesanan, rekod prestasi perlu disediakan seperti yang dicadangkan.

6- Tenaga Pembimbing/Pembantu.

Seorang guru membimbing lima hingga enam orang murid dalam satu
masa. Jika keadaan memerlukan guru boleh mengambil murid tertentu
untuk menjadi pembantu dan penyemak bagi murid lain di peringkat
bawah.

7- Praktis. 5

Tujuan kaedah dibentuk adalah supaya murid dengan cepat dan mudah
dapat membaca Al-Quran. Soal teori dan ilmiah tajwid tidak diajar
tetapi mempraktikkan sebutannya.

8- Sistematik.

Disusun secara lengkap, sempurna dan terancang dengan bentuk huruf


dan reka letak yang seimbang. Bermula daripada mengenalkan huruf-
huruf pelbagai baris peringkat demi peringkat sehingga ke peringkat
ayat yang bermakna. Kerana prosesnya yang bersifat evolusi, maka
ianya terasa mudah.

9-Komunikatif.

Lingkaran petunjuk dan pengenalan adalah akrab dengan pembaca


sehingga dapat menyeronokkan mereka yang mempelajarinya.

23
Disusun dalam bahasa melayu yang mudah difahami, sehingga ianya
lebih berkesan. Selain itu, sejak awal-awal lagi sudah diperkenalkan
pelajaran secara berirama ( mad=panjang dan tanpa mad= pendek)
sehingga terasa seronok dalam membaca dan mendengarnya.

10- Kelenturan Dan Mudah.

2.2.2 Senario pengajaran dan pembelajaran Iqra

Senario pengajaran dan pembelajaran al-quran menjadi sebuah


kepentingan didalam kehidupan yang tidak dipisahkan daripada
kehidupan seluruh insan di maya ini. Dengan ini amatlah bersesuaian
dengan kehendak dan kewajipan seluruh umat manusia bahawa
kaedah Iqra’ dikenal pasti sebagai antara kaedah yang dapat
membantu mempercepatkan kanak-kanak menguasai kemahiran
membaca al-Quran dengan baik. Justru itu, tanggung jawab dalam
pengajaran al-Quran tidak hanya dilepaskan kepada masyarakat begitu
sahaja bahkan kerajaan melalui Kementerian Pendidikan memainkan
peranan yang penting dan memberi sumbangan yang besar dalam hal
ini. Kementerian Pendidikan telah menetapkan pengajaran tilawah al-
Quran tahun satu sekolah- sekolah kebangsaan pada sesi persekolahan
1995 dengan menggunakan kaedah Iqra’. Murid tahun satu
dikehendaki memiliki buku kaedah Iqra’ dan mengikuti kelas
kemahiran al-Quran sepanjang enam bulan pertama persekolahan.

Unit Pendidikan Islam dan Moral di Jabatan Pendidikan Wilayah


Persekutuan dengan kerjasama Majlis Kegiatan Dakwah Islamiayah
Sekolah-sekolah Persekutuan (MAKDIS) juga telah berusaha
menerbitkan modul pengajaran Iqra’. Modul ini adalah satu contoh
panduan untuk kegunaan guru menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran al-Quran dalam kelas. Ianya diatur begitu rupa dengan
mengambil kira keupayaan dan kemampuan murid menguasai asas

24
kemahiran seperti mengenal, menyebut, mengeja, membaca dan
menulis dan pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat murid
sepanjang tempoh enam bulan pertama bagi sesi persekolahan setiap
tahun. Modul ini berpandukan kepada sukatan pelajaran dan huraian
sukatan pelajaran tilawah al-Quran, disamping menggariskan panduan
kepada guru langkah-langkah pengajaran dengan menitikberatkan
kemahiran-kemahiran yang harus dicapai oleh murid. Modul
mengandungi isi pelajaran, objektif, set induksi, aktiviti, media dan
langkah-langkah pengajaran mengikut agihan waktu pengajaran
sepanjang enam bulan serta kerja-kerja susulan dan latihan-latihan
bagi menguji keberkesanan pembelajaran yang dikuasai murid.

sejak kanak-kanak mula mengenali perbezaan sesuatu bentuk.


Pendedahan awal di dalam pelajaran al-Quran dapat menanam minda
kepada penghayatan al-Quran sebenarnya. Ibnu Khaldun menyatakan
dalam mendidik kanak-kanak yang masih belum baligh ini,
pembacaan al-Quran harus diajar dahulu sebelum menghafalnya dan
ianya haruslah dibentuk dengan cara lemah lembut dan bertimbang
rasa dan bukannya dengan kekerasan (Shahril dan Habib, 1999).
Penulis berpendapat perlaksanaannya haruslah bermula dari peringkat
prasekolah.

Secara amnya objektif pendidikan Asas Tilawah al-Quran yang


terdapat dalam Sukatan Kurikulum Pelajaran Malaysia untuk
prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah adalah sama iaitu
dapat menyumbang kearah melahirkan murid Islam yang beriman,
berilmu, berakhlak mulia, bertaqwa dan beramal soleh. Untuk
peringkat prasekolah matlamat utama pendidikan al-Quran ialah agar
kanak-kanak mula mengenal bentuk huruf, mengecam bunyi dan
menyebut huruf tunggal Hijayah (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2001). Mengikut Al-Killany (1986), menjelaskan kaedah yang
digunakan semasa mengajar asas Al-Qur‟an harus dipadankan dengan
objektif pengajaran tersebut. Oleh itu pendidik terlebih dahulu

25
merancang apakah objektif pengajarannya dan siapa pelajarnya,
kemudian baru memilih kaedah mana yang sesuai.

2.2.3 Lima perkara penting dalam penyampaian kaedah iqra

Ada lima perkara penting yang disenaraikan oleh Al-Killany sebagai


panduan guru memilih kaedah mengajar asas al-Quran iaitu:

i. Kaedah yang dipilih mesti sesuai dengan tujuan dan objektif


pengajaran.

ii. Kaedah mesti sesuai dengan nature mata pelajaran yang diajar.

iii. Kaedah yang digunakan mesti sepadan atau setara dengan


umur pelajar.

iv. Guru harus mampu menggunakan atau mengaplikasikan


kaedah yang dipilih.

v. Masa harus mencukupi apabila mengaplikasikan mana-mana


kaedah.

(Mohd Yusof, 2000)

2.2.4 Dasar perlaksanaan program J qaf

Keseimbangan dan keharmonian yang terdapat dalam Falsafah


Pendidikan Negara akan dapat dicapai jika pemantapan al quran
dikalangan murid-murid yang akan membina nilai-nilai murni ini
dapat direalisasikan bermula daripada Sukatan Kerohanian dan Nilai
Pra Sekolah.

Pemantapan bacaan Iqra dikalangan murid pra sekolah pastinya akan


merealisasikan Dasar perlaksanaan program j qaf iaitu Melalui modul
tasmik dan khatam al Quran murid-murid diperingkat sekolah rendah
telah melalui proses pengajaran dan pembelajaran Al-Quran dengan
lebih baik dan menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan
26
Hasilnya murid-murid mencapai khatam al-quran dengan lebih baik
Ini dapat dibuktikan melalui analisa visi dan misi Pejabat Pendidikan
Daerah iaitu kearah mencapai Iqra sifar tahun 6

Bersandarkan dasar yang telah dimantapkan maka perlulah


pengajaran al quran melalui kaedah Iqra ini dimulakan daripada
peringkat pra sekolah lagi.

2.3 Kajian yang berkaitan

Kaedah Iqra’ adalah suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran


membaca al-Quran yang disusun sebagai usaha mengubahsuai kaedah
lama. Misalnya, al-Bahgdadiyah, ini bertujuan agar murid dapat
belajar membaca al-Quran dalam waktu yang lebih singkat dan cepat.
Kaedah ini disusun oleh al-Marhum Ustaz Hj. As’ad Humam
(Pengarah Kumpulan Tadarus Angkatan Muda Masjid dan Musholla
Yogyakarta). (Mohd Alwi Yusoff et.al 2008).

Pada mulanya beliau juga menggunakan kaedah al-Baghdadiyah, ia


kemudian menggunakan kaedah Qira’ati selama tiga tahun. Setelah
melalui percubaan dan peyelidikan yang mendalam beliau
menemukan beberapa perkara yang masih perlu disempurnakan untuk
kepentingan muridnya dalam pengajaran dan pembelajaran membaca
al-Quran. Setelah beliau bincangkan dengan pihak penyusun kaedah
Qira’ati, ternyata kurang memberi sambutan yang baik, pihak kaedah
Qira’ati tetap berpegang kukuh dengan cara yang sudah disusunnya.
Atas dasar itu, setelah tidak berjaya mengadakan penyempurnaan, ia
menulis dan menyusun sendiri buku Iqra’ tersebut (Usep Fathudin
1994).

Mohd Jazir (1994) menyatakan pada awal perkembangannya. Kaedah


ini digunakan dalam Majelis Tadarus Remaja di wilayah Yogyakarta
dan wilayah persekitarannya yang berpusatkan di Masjid dan
27
Musholla. Kegiatan ini diadakan seminggu sekali, kerana kaedah ini
mendapatkan sambutan yang baik di kalangan masyarakat, maka pada
masa itu ditubuhkan 600 majlis pengajian al-Quran yang diikuti oleh
semua lapisan masyarakat dari peringkat anak-anak hingga orang
dewasa.

Pengkaji menilai terdapat 10 karakteristik dari kaedah Iqra’ iaitu; (i)


bacaan terus (tanpa analisa dan dieja) ertinya murid tidak
diperkenalkan nama-nama huruf hijayiyah namun murid lansung
diperkenalkan dengan bunyi kalimat yang diambil dari ayat al-quran.
(ii) penggunaan teks tertentu iaitu; pada setiap pengajaran dan
pembelajaran guru menggunakan satu set buku yang mengandungi
enam juzuk. (iii) guru menggunakan teknik pengajaran cara belajar
murid aktif (CBMA) murid dijadikan “Student Center” berpusatkan
kepada murid. (iv) Talaqqi Musyafahah, dalam pengajaran dan
pembelajaran murid berdepan lansung dengan guru. (v) tahap
berasaskan pencapaian individu, masing-masing murid akan
mempunyai rekod pencapaian belajar yang akan dinilai guru pada
setiap kali pengajaran dan pembelajaran. (vi) seorang guru akan
membimbing lima atau enam orang murid dalam satu masa, jika
keadaan memerlukan guru boleh mengambil murid tertentu untuk
menjadi penunjuk ajar dan penyemak bagi murid lain diperingkat
bawah. (vii) praktis, murid hanya diajarkan dengan sebutan sampai
boleh membaca dengan baik dan tepat, tanpa diperkenalkan dengan
teori tajwid. (viii) sistematik, silabus tersusun secara lengkap,
sempurna dan terancang dengan bentuk huruf dan letak yang
seimbang. (ix) komunikatif, adanya panduan yang tersedia bagi guru
sehingga pembaca mudah memahami dan bagi murid menyeronokkan
jika mereka mempelajarinya. (x) kelenturan dan mudah, boleh
dipelajari oleh sesiapa, bermula dari kalangan kanak-kanak usia pra
sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan bahkan peringkat
dewasa.

Kejayaan yang dicapai kaedah Iqra’ telah tersebar luas di Indonesia,


mahupun Negara-negara jiran seperti Malaysia, Singapura dan Brunei
28
Darussalam. Di Malaysia kaedah Iqra’ dijadikan kaedah pengajaran
dan pembelajaran membaca al-Quran di sekolah-sekolah seluruh
Negeri. Ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Mohd Alwi
Yusoff et.al (2003) tentang keberkesanan kaedah Iqra di 27 buah
sekolah di beberapa buah negeri di bawah kementerian Pelajaran
Malaysia dan 6 buah sekolah agama swasta. Secara keseluruhan
mereka menyatakan kaedah Iqra pada umumnya memberi kesan baik
terhadap pencapaian pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah
rendah kebangsaan.

Disokong pula oleh kajian yang dilakukan oleh seorang penyelidik


Barat mendapati bahawa pembinaan pemikiran masyarakat Jepun
berpunca dari keprihatinan dan kepekaan pemimpin dan rakyat negara
itu terhadap pembentukan generasi awal. Masyarakat Jepun telah
menyediakan generasi mereka dengan daya ketahanan menghadapi
cabaran dari aspek fizikal dan mental, dan mereka juga bertungkus
lumus menumpukan perhatian membina daya keintelektualan dan
menggarap potensi semulajadi setiap individu kanak-kanak sejak dari
peringkat awal perkembangan. Justeru itu boleh dikatakan di sini
bahawa ketinggian pendidikan awal seseorang kanak-kanak
merupakan asas kepada pembangunan ummah.

Justeru itu berdasarkan prinsip JERI melalui FPN yang dipegang oleh
kita semua , amatlah wajar pemantapan kerohanian yang berasaskan
kekuatan akhidah diterapkan dari usia awal kanak-kanak. Maka
memulakan bacaan Iqra daripada pra sekolah itu adalah satu asas yang
perlu di laksanakan bagi membolehkan peratus pencapaian murid
dalam menguasai al-quran dapat ditingkatkan. Teguhnya ummah
berdasarkan pendidikan rohaniah yang bermula daripada kukuhnya
pegangan al quran .

29
Berdasarkan teori bacaan pula , kebolehan membaca itu adalah
mengenal dan membunyikan huruf, membatang suku kata serta
memahami apa yang dibaca. Harris dan Sipay (1980) menyifatkan
proses membaca sebagai satu proses mendapatkan interpretasi yang
bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.
Seseorang itu akan dapat memahami apa yang dibaca apabila berlaku
interaksi antara pengamatannya tentang lambang-lambang yang
dibaca, kebolehan berbahasa dan pengetahuan tentang alam sekeliling.
Dallman (1978) pula menyatakanbahawa membaca melibatkan
pemahaman dan interpretasi idea yang dilambangkan menerusitulisan.
Sementara Gibson (1966) pula menyatakan bahawa membaca adalah
prosesperwujudan komunikasi dan mendapat makna daripada
lambang-lambang yang bercetak.Monroe (1964) menerangkan bahawa
membaca bukan sekadar menyebut perkataan tersebut. Jika seseorang
itu membaca secara mekanikal dia tidak akan merasa seronok untuk
membaca. Monroe telah membahagikan proses membaca kepada
empat komponen iaitu: i)Persepsi huruf, ii) Karangan-karangan idea
yang dipersembahkan dalam bentuk perkataan iii)Tindak balas dari
idea-idea dalam bahan yang bacaan, iv) Asimilasi atau intergrasi
ideadengan pengetahuan atau pengalaman.

Thondike (1969) pula memberi definisi membaca sebagai sesuatu


yang kompleks dan memerlukan pertimbangan bagi setiap huruf
dalamsesuatu ayat, mencipta hubungan antara ayat dengan ayat yang
lain, memilih dan membuang sesuatu konotasi serta memerlukan
kerjasama sebagai sesuatu pasukan bagi memperolehitindak balas
terakhir supaya dapat memahami apa yang tersirat dan apa yang
tersurat.Membaca memerlukan pemikiran yang aktif daripada pihak
pembaca. Penyelidik penyelidik seperti Artley (1966) Niles (1963)
dan Russell (1972) berpendapat bahawa peringka-peringkat
pemikiran yang berlaku dalam kepala seseorang semasa membaca
adalah sepertiberikut:

30
1. Peringkat literal: Peringkat membuat pengamatan tentang
bentuk, bunyi, dan makna perkataan.

2. Peringkat interpretasi: Peringkat mengaitkan dan


menterjemahkan lambang-lambang kepada makna.

3.Peringkat penilaian: Peringkat memberi tindak balas terhadap


apa yang dibaca berdasarkan pengetahuan yang sedia ada.

4.Peringkat Asimilasi: Peringkat membuat penafsiran terhadap


apa yang disimpan.

Goodman dan Gray (1970) menganggap bahawa kanak-kanak itu


sudah boleh membaca jika ia boleh menyebut huruf dengan bunyi atau
namanya dengan betul. Goodman (1970) menegaskan pentingnya
kanak-kanak itu memahami apa yang dibacanya. Gray pula
berpendapat bahawa seorang kanak-kanak itu dikatakan boleh
membaca ialah seorang yang bukan sahaja memahami maksud bahan
yang dibaca tetapi berupaya mengaitkan benda yang dibaca dengan
apa yang telah diketahuinya atau yang sedia ada dalam pengalaman
pembaca. Gray dan Goodman telah membuat rumusan bahawa
seorang boleh membaca sepatutnyaboleh mengenal bentuk-bentuk
huruf dan perkataan juga boleh mengaitkan bunyi-bunyi tertentu
dengan huruf-huruf yang bergabung. Gray telah membahagikan
kemahiran membaca kepada tiga peringkat iaitu peringkat kemahiran
asas (elementary skills), kemahiran pertengahan (intermediate skills)
dan kemahiran kefahaman (comprehensive skills). Smith (1971) juga
bersetuju bahawa kefahaman membaca berlaku dalam peringkat
yangberlainan. Peringkat-peringkat ini diberi pelbagai nama oleh
orang yang berlainan tetapi ramai yang menggunakan perkataan
literal, interpretif ata inferens dan aplikasi untuk membezakan
peringkat-peringkat itu. Dallman (1970 pula menerangkan peringkat-
peringkat ini dengan membaca barisan (reading the lines), membaca
antara barisan (reading between thelines), membaca melampaui
barisan (reading beyond the lines). Strain (1976) mengatakan setiap

31
peringkat kefahaman dapat dinyatakan atau dibezakan mengikut jenis
tingkah laku yang ditunjukkan oleh seorang invidu sebagai
tindakbalas kepada bacaan.

Kenedy pula mentafsirkan proses membaca sebagai satu keupayaan


seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang yang
mewakili bahasa atau perkataan) menghubungkan bentuk itu dengan
bunyi atau makna yang telah diketahui, berasaskan pengalaman lepas
untuk memahami dan menerangkan maksudnya.

Anderson (1979) menganggap bacaan sebagai satu proses mengenal


dan menterjemahkan simbol-simbol bahasa yang kemudiannya
melibatkan proses berinteraksi dengannya. Interaksi ini berlaku dalam
bentuk seperti berikut;

1. Penerimaan atau penolakan sesuatu idea yang dikemukakan

2.Penghayatan bahasa itu sendiri

3.Penyimpanan fakta-fakta

4.Perasaan atau inspirasi

5.Memberi dorongan untuk membolehkan tindakan yang


seterusnya diambil sama ada positif atau negatif.

Kesimpulannya membaca adalah satu proses yang kompleks. Dalam


proses itu pembaca merupakan seorang pengguna bahasa mencuba
sedaya upaya menyusun semula maklumat yang terkandung dalam
teks yang dibacanya itu. Jadi tepatlah jika dikatakan bahawa membaca
adalah satu proses kognitif yang wujud daripada gabungan antara
maklumat yang berpunca daripada teks dan maklumat yang berpunca
daripada membaca. Maka berdasarkan teori-teori bacaan diatas dapat
lah dirumuskan bahawa kanak-kanak seawal usia sememangnya sudah
layak dimulakan bacaan iqra.

32
Abdul Halim (1991) pula menyatakan membaca al-Qur’an adalah
membaca kalam Allah S.W.T yang mesti dibaca dengan betul dari
makhraj dan tajwidnya supaya tidak terpesong maknanya. Tuntutan
kepada kemahiran membaca al-Qur’an merupakan tuntutan Fardu
’Aini aitu kewajipan ke atas individu muslim yang mesti dilaksanakan
kerana kesempurnaan bacaan al-Qur’an itu ada hubungan rapat
dengan tuntutan kesempurnaan ibadah solat.

Ismail (1985) mengatakan membaca al-Qur’an adalah tidak sama


dengan membaca buku-buku lain kerana membaca al-Qur’an
memerlukan faham maksud ayat dan perlu meneliti,memerhati dan
mengkaji sedalam-dalamnya sebagaimana yang telah di dilakukan
oleh ulamak-ulamak terdahulu. Mereka mengkaji dan menyelidik
lafaz-lafaz dan maksud ayat.

Berdasarkan kata-kata Ibnu khaldun (2002) dalam kitabnya


Muqaddimah akan dapat menegaskan lagi bahawa “al-Quran itu perlu
dipelajari dan dibaca oleh kanak-kanak pada peringkat awal, kerana
membaca al-Quran akan menanamkan benih-benih keimanan ke
dalam jiwa kanak-kanak”. (Yusof Qardhawi, 2010) menegaskan
diantara manfaat membaca dan menghafal Al Quran pada masa kanak-
kanak adalah, ianya dapat meluruskan lidah, membaca huruf dengan
tepat, dan mengucapkannya sesuai dengan makhraj hurufnyaShihab
(2004) menyataQuraiskan bahawa, Allah s.w.t memuliakan umat
Islam dengan kitab al-Quran sebagai kalam terbaik. Dalam al-Quran
telah dikumpulkan segala yang diperlukan oleh manusia berbentuk
kisah terdahulu, nasihat-nasihat, pelbagai perumpamaan, adab,
kepastian hukum, hujah-hujah yang kuat dan jelas sebagai bukti
keesaan-Nya. Allah s.w.t mewajibkan manusia supaya bersikap baik
terhadap kitab-kitab-Nya, termasuk perlakuan ini adalah menjelaskan
adab-adab pembaca, membimbing mereka melaksanakan ajaran al-
Quran serta megingatkan manusia dengan nasihat-nasihat yang baik
(Anis Ahmad, 2004)

33
Tegasnya, Al-Quran diturunkan untuk kepentingan seluruh umat
manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan masa. Isi al-Quran menjadi
sumber asas kepada manusia untuk dijadikan panduan dalam
menjalani kehidupan dunia apatah lagi akhirat. Untuk mencapai hasrat
tersebut manusia perlu menyelami al-Quran melalui belajar membaca,
mengahafaz, memahami serta mengamalkannya.

2.4 Kajian-Kajian Terdahulu

Kajian oleh md Jaafar,Mohd Adi dan Wan Embong yang dijalankan


di Sek. Keb. Sg. Balang Darat, Muar, Johor, melibatkan 50 responden
dikalangan murid tahap II. Pengkaji menggunakan instrumen soal
selidik untuk mendapatkan data. Dapatan kajian dirumuskan
menggunakan perisian Statiscal Package For The Social Sciences
(SPSS) Versi 10.0. hasil kajian mendapati, 24% murid menggunakan
kaedah Iqra dalam pengajian al-Quran, walaupun sejumlah 82%
bersetuju bahawa Kaedah Iqra memudahkan mereka menguasai
bacaan, hukum tajwid dan mudah menghafal ayat-ayat al-Quran.
Seterusnya membawa kesan kepada penguasaan bacaan di tahap
sederhana (min 3.81). Banyak ruang yang boleh diperbaiki dan
dimurnikan lagi agar Kaedah Iqra mampu menyakinkan murid dan
persekitarannya dalam melahirkan generasi celik al-Quran serta
penghayatannnya.

Kajian oleh Duman , Bachok dan Suratman ini dilihat berdasarkan


tahap penguasaan pelajar dalam bacaan al-Quran yang dinilai bacaan
mereka secara lisan, tahap penguasaan hukum-hukum tajwid, tahap
penguasaan tanda-tanda kalimah al-Quran dan resam Uthman dan
faktor-faktor yang mendorong dan mempengaruhi pelajar memebaca
dan mempelajari al-quran. Seramai 40 pelajarTingkatan Satu yang
menambil mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah tersebut telah
dipilih sebagai sampel kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa
faktor utama yang mempengaruhi pelajar menguasai bacaan al-Quran

34
ialah ibu bapa dan guru yang berkemahiran dalam bidang tersebut
serta minat pelajar.

Kertas Kerja Seminar Wahyu Asas Tamadun Universiti Sains Islam


Malaysia (2011) yang bertajuk “Penguasaan Kemahiran Bacaan al-
Quran Dalam Program j-QAF: Kajian Kes di Sekolah Kebangsaan
Dato’ Demang Hussin, Melaka” disediakan oleh Nurfadilah Mohamad
dan Dr. Muhammad Mustaqim Mohd Zarif. Kertas kerja ini
membincangkan tahap penguasaan bacaan al-Quran dalam kalangan
pelajar Tahun Enam yang mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran program j-QAF di Sekolah 21 Noraini Idris,
Penyelidikan Dalam Pendidikan, (Mc Graw Hill Education, t.t), 86. 12
Kebangsaan Dato’ Demang Hussin, Melaka. Seramai 130 orang
responden dipilih secara rawak mudah serta diuji tahap bacaan al-
Quran mereka. Hasil perbincangan dan analisis dapatan ujian bacaan
al-Quran yang telah dijalankan menunjukkan seramai 75 orang pelajar
boleh membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid, 17 orang
pelajar boleh membaca secara sederhana dan kurang bertajwid serta
38 orang pelajar lemah dalam membaca alQuran. Kajian yang
dijalankan oleh Mohamad Naim Mat Salleh dari Jabatan Pendidikan
Islam dan Moral, Institut Perguruan Kuala Terengganu, Terengganu
(2008) yang bertajuk “Pencapaian Tilawah al-Quran Melalui Program
j-QAF Bagi Murid-murid Sekolah Rendah Daerah Setiu, Terengganu”
bertujuan mengenalpasti tahap pencapaian kemahiran asas tilawah al-
Quran dan tahap buta huruf al-Quran berasaskan penggunakan kaedah
Iqra’ melalui program j-QAF dalam kalangan murid-murid tahun satu
sekolah-sekolah rendah kebangsaan di daerah Setiu, Terengganu.
Kajian yang dijalankan adalah dalam bentuk tinjauan yang
menggunakan soal selidik, rekod pencapaian dan temubual sebagai
alat mengumpul maklumat. Kajian ini melibatkan seramai 193 orang
murid dan 16 orang guru dari lima buah sekolah rendah kebangsaan
daerah Setiu, Terengganu. Dapatan utama kajian beliau menunjukkan
hanya 10.9% murid boleh membaca al-Quran, manakala 89.1% tidak
boleh membaca al-Quran. Ini menunjukkan pengajaran dan

35
pembelajaran tilawah al-Quran berasaskan kaedah Iqra’ tidak
dilaksanakan sebaiknya sebagaimana saranan pengasas kaedah
tersebut. Menurutnya lagi, objektif tilawah al-Quran di bawah
program j-QAF yang mahukan semua murid tahun satu pada enam
bulan pertama menguasai kemahiran membaca al quran masih belum
dicapai

Mohd Aderi Che Noh & Rohani Ahmad Tarmizi. 2009. Jurnal
Pendidikan Malaysia 34(1): 93 – 109

Kajian ini merupakan satu kajian lapangan yang mengkaji tentang


persepsi pelajar Tingkatan Dua di sekolah menengah harian Malaysia.
Kajian berkaitan dengan amalan pengajaran guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran. Kajian ini melibatkan
seramai 1651 orang responden pelajar. Sampel kajian adalah dipilih
secara rawak berstrata dan berkelompok daripada seluruh Malaysia.
Zon yang terlibat ialah Zon Utara yang diwakili oleh negeri Perak,
Zon Selatan yang diwakili oleh negeri Melaka, Zon Timur diwakili
oleh negeri Kelantan, zon Barat diwakili oleh Kuala Lumpur dan Zon
Malaysia Timur diwakili oleh negeri Sarawak.

Mohd Faisal, Zawawi Ismail, Rahimi Mohd Saad. 2010. Journal for
Islamic Educational Studies, (1) 1: 133 – 144.

Journal ini tidak berbentuk sebuah kajian, namun penulis


menerangkan dengan terperinci isu-isu semasa dalam pengajaran dan
pembelajaran al-Quran, serta cabaran-cabaran yang akan dihadapi
dimasa hadapan, penulis juga mengemukakan hasil-hasil kajian yang
telah dilakukan penyelidik sebelumnya bagi mendukung hujah yang
disampaikan. Terdapat lima isu utama yang diangkat penulis dalam
tulisannya ini iaitu (i) bagaimanakah kolaborasi masyarakat dalam
merealisasikan celik al-Quran, (ii) bagaimanakah masa hadapan
pendidikan al-Quran, (iii) pendidikan al-Quran signifikan dan
pelaksanaannya, (iv) kepentingan belajar dan mengajarkan al-Quran,
(v) konsep pengajaran dan pembelajaran al-Quran.

36
Mohd Yakub @ Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff & Saidi bin Mohd.
2008. Al-Bayan. Journal of Al-Quran & al-Hadith 1 (6): 1394-3723

Kajian ini dijalankan di Negeri Terengganu yang melibatkan kawasan


bandar dan luar bandar. Sekolah-Sekolah yang terlibat dalam kajian
ini hanyalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) sahaja tidak
termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah
Menengah Sains dan Sekolah Menengah Teknik. Sebanyak empat
buah sekolah bandar dan empat buah sekolah luar bandar dipilih
dalam kajian ini. Subjek kajian melibatkan pelajar melayu Islam dari
aliran sains dan sastera yang datang dari pelbagai tahap sosio-
ekonomi. Tujuan kajian ini dibuat ialah untuk meninjau tahap
keupayaan bacaan al-Qur’an mereka berdasarkan sukatan pelajaran
tilawah al-Qur’an tingkatan empat.

Mohd Alwi Yusoff, Adel Mohd Abdulaziz & Ahmad kamel Mohamed.
2010. Journal Studi Al-Quran and Islamic Educations 3 (2): 51-66

Kajian ini dijalankan di 27 buah sekolah di beberapa buah negeri di


bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan 6 buah sekolah agama
swasta. Secara amnya tujuan kajian adalah untuk melihat
keberkesanan metod Iqra sebagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran membaca al-Quran di sekolah-sekolah tersebut.
Manakala tujuan utama penyelidik membuat kajian ialah, kaedah Iqra
telah lama digunakan guru-guru pendidikan Islam dalam proses
pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran.

kajian pustaka yang ditulis di gunakan sebagai referensi awal dalam


melakukan penelitian ini adalah terhadap atikel Ulfatun Ni’mah
(2003). Kajian Psikologi Tahfidzul Qur’an Anak Usia 6-12 Tahun Di
Pondok Pesantren Yanbu’ul Qur’an Kudus, atikel ini membahas
tentang psikologi atau kemampuan anak usia 6-12 Tahun, dan
permasalahannya (masalah) yang dihadapi dalam menghafal al-
Qur’an. atikel Said Hakim Lutfi (2007), Aktiviti Pembelajaran Al-
Qur’an Di Madrasah Ibtidaiyah KY Ageng Giri Girikusuma Mranggen

37
Demak. Atikel ini membahas tentang keefektifan pembelajaran al-
Qur’an. Kemudian tentang atikel Nur Fadhilah (2003), Deskriptif
Kegiatan Belajar Sambil Bermain Dalam Pengembangan Akhlak Anak
Usia 4-6 Tahun di Raudlatul Athfal Amalia Kendal. Atikel ini
menggambarkan kemampuan belajar anak usia 4-6 tahun melalui
bermain dalam membentuk akhlak anak usia 4-6 tahun. Atikel Kuseni
(2003), Upaya Meningkatkan Motivasi Anak Dalam Membaca Al-
Qur’an Di TPQ Al-Azhar Ngaliyan Semarang. Atikel ini membahas
tentang berbagai hal mengenai peningkatan motivasi anak dalam
membaca al-Qur’an. Selanjutnya tentang Atikel Nur Fathoni (2003),
Study Korelasi Antara Penguasaan Ilmu Tajwid Dalam Qiro’ati
Dengan Prestasi Anak Dalam Membaca Al-Qur’an Di TPQ Al Amin
Pucangrejo Kecamatan Gemuh Kabupaten Kendal. Atikel ini
membandingkan antara penguasaan ilmu tajwid dalam Qiro’ati
dengan prestasi anak dalam membaca al-Qur’an.

Kajian Yusri bin Chek bertajuk Pelajaran Tajwid al-Qur’an di


Malaysia: Kajian Terhadap Kelas Khas Kemahiran Membaca dan
Menghafaz al-Qur’an di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Kuala Lumpur. Kajian beliau lebih menjurus kepada pelajaran Tajwid
dan secara umumnya kajian tersebut tertumpu kepada konsep, kaedah
dan teknik pembacaan alQur’an yang sebenarnya. Pengkaji juga
merujuk kepada kajian

Kajian Abdul Halim Bin Harun14 pula ialah satu kajian tentang
permasalahan pengajian Al-Qur’an dalam program KBSM. Kajian ini
bertujuan meninjau beberapa masalah yang terdapat dalam
pelaksanaan tilawah Al-Qur’an dalam kurikulum bersepadu sekolah
menengah. Kajian ini melibatkan masalah penguasaan bacaan dan
kefahaman ayat-ayat Al-Qur’an oleh pelajar, masalah buku teks, buku
tafsir Al-Qur’an dan buku-buku tambahan yang digunakan oleh guru
dan masalah pengajaran tilawah Al-Qur’an. Dalam kajian ini seramai
407 orang responden dipilih menjadi sampel kajian. Mereka ini terdiri
daripada 360 orang pelajar tingkatan 4 di enam buah sekolah
menengah kota bharu di kelantan, 39 orang guru dan 8 orang pegawai
38
pendidikan islam di Kementerian Pendidikan Malaysia. Hasil kajian
ini mendapati masalah kandungan ayatayat Al-Qur’an dalam sukatan
tilawah Al-Qur’an menjadi faktor utama kepada kelemahan pelajar
dalam menguasai aspek bacaan dan kefahaman ayat-ayat Al-Qur’an.
Faktor lain ialah aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan bahan-bahan
pengajaran tidak banyak membantu dalam menyelesaikan masalah
pengajaran dan pembelajaran tilawah Al-Qur’an.

Kajian Aminah Idris pula mengkaji penilaian program tilawah Al-


Qur’an sekolah menengah rendah. Kajian ini dijalankan untuk menilai
sama ada pelaksanaan program tilawah Al-Qur’an di sekolah
menengah rendah mencapai matlamatnya. Kajian ini juga bertujuan
mengenal pasti masalah-masalah pelaksanaan program tilawah Al-
Qur’an dan kemudahan-kemudahan bahan yang ada di sekolah,
menentukan minat dan sikap pelajar terhadap program tilawah Al-
Qur’an, penguasaan awal jawi dan Al-Qur’an pelajar sebelum
memasuki sekolah menengah, kefahaman, 16 Aminah Idris, (1997)
Penilaian Program Tilawah Al-Qur’an Sekolah Menengah Rendah.
( Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia).
16 kemahiran, strategi dan cara penilaian guru dalam program tilawah
Al-Qur’an, keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dan
bahan yang diguna untuk program tilawah Al-Qur’an. Sampel kajian
ini terdiri daripada 16 orang guru agama dan 160 pelajar yang dipilih
secara rawak daripada empat buah sekolah di daerah Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan. Maklumat kajian diperolehi melalui soal
selidik yang disediakan untuk guru dan pelajar. Data yang
dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan statistik kekerapan,
peratusan dan min. Beberapa masalah pelaksanaan dapat dikesan
dalam kajian ini; antaranya ialah: (a) kebanyakan pelajar mempunyai
minat dan sikap yang sederhana terhadap program tilawah Al-Qur’an,
(b) penguasaan jawi dan Al-Qur’an pelajar berada di tahap sederhana
sebelum mereka memasuki sekolah menengah, (c) guru dan pelajar
bersetuju bahan pengajaran tilawah Al-Qur’an masih belum
mencukupi di sekolah dan (d) program tilawah Al-Qur’an masih

39
belum berjaya mengubah sikap pelajar menghayati nilai-nilai islam
sepenuhnya.

2.5 Rumusan

Daripada teori-teori ,pendapat-pendapat dan kajian-kajian terdahulu


yang telah dibentangkan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa murid
pra sekolah adalah selayaknya membaca iqra kerana proses
penguasaan bacaan sememangnya bermula daripada peringkat awal
kanak-kanak dan sepatutnya kaedah iqra ini di perkukuhkan melalui
sukatan al quran yang lebih mantap dan efisien supaya tahap
penguasaan bacaan mereka akan dapat ditingkatkan lagi seterusnya
jumlah murid yang dapat menguasai bacaan al quran akan meningkat
lebih cepat. Justru itu, Kajian tahap penguasaan bacaan iqra
dikalangan murid pra sekolah perlu dilaksanakan bagi memantapkan
sukatan Asas Bahasa Al Quran Pra Sekolah.

40
41
BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Metodologi merupakan aspek penting bagi melakukan penyelidikan


kajian. Ia bertujuan memastikan kaedah pengumpulan data yang
digunakan bersesuaian dengan matlamat dan objektif kajian yang
hendak dicapai. Oleh itu bahagian ini akan membincangkandan
menjelaskan kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan data
yang dikehendaki bagi menganalisis kajian yang dijalankan.

3.2 Reka bentuk kajian

Reka bentuk kajian ialah perancangan yang menentukan cara


penyelidikan dijalankan untuk menemukan jawapan kepada
permasalahan penyelidikan yang telah ditetapkan. Kaedah ini
melibatkan beberapa aspek penyelidikan seperti permasalahan,
strategi dan perkaitan sebab dan akibat. Ianya juga melibatkan
penetapan analisis, populasi, persampelan,variable, cara pengukuran,
pengumpulan dan penganalisisan data ( Sulaiman Masri, 2003 : 25)
bagi mencapai sesuatu matlamat penyelidikan.

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif iaitu


penggunaan borang soal selidik, kaedah temubual terhadap guru dan
melakukan ujian pra dan pos keatas murid pra sekolah di dua buah
sekolah di daerah kerian. Izhar ( 2000 ), menyatakan bahawa
kebanyakan penyelidikan boleh menggunakan borang soal selidik
kerana respondan boleh mengambil masa yang sesuai untuk menjawab
soal selidik yang diterima dan ini akan memberikan maklumat yang
lebih baik kepada penyelidik. Soal selidik adalah alat formal yang
digunakan bagi memperolehi maklumat secara langsung daripada
42
respondan mengenai sesuatu perkara yang dikaji oleh penyelidik.
Temubual pula lebih sesuai digunakan bagi mendapatkan maklumat
lanjut sekiranya jawapan yang diterima dalam borang soal selidik
tidak jelas. Ujian diberikan kepada murid pra sekolah A untuk
mengesan Sejauh mana sukatan pra sekolah yand ada sekarang
berkesan dalam penguasaan bacaan al quran, manakala ujian pos pula
adalah bertujuan untuk melihat pencapaian kaedah bacaan iqra
terhadap penguasaan bacaan al quran. Penyelidik juga menggunakan
maklumat daripada sumber lain seperti daripada buku rujukan,jurnal
dan kajian-kajian lepas dari sumber internet.

3.3 Populasi dan Persampelan

Dalam kajian ini populasi kajian melibatkan 30 orang murid dari dua
buah pra sekolah di daerah kerian.

3.4 Intrumentasi

Kesemua data yang diperolehi daripada respondan melalui edaran


borang soal selidik dan ujian pra dan pos dikemaskini dan ditunjukkan
dalam bentuk jadual bagi memudahkan penganalisisan bagi maklumat
seperti latar belakang respondan boleh dikategorikan sebagai
pembolehubah nominal yang dianalisis menggunakan nilai peratusan
mudah untuk menerangkan hubungan antara satu sama lain.

Proses penganalisisan data bagi soal selidik yang dijalankan adalah


bertujuan untuk menentukan kekerapan dan peratusan bagi setiap item
yang dikemukakan. Proses tersebut dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu bahagian A adalah latar belakang respondan dan item iaitu
jantina, minat, tempat mula mempelajari al quran. Bahagian B pula
mengandungi item soalan yang dibina berpandukan kepada persoalan
kajian yang berkaitan dengan tajuk kajian.

43
3.5 Tempat Kajian

Kajian ini dilakukan terhadap murid pra sekolah di dua buah sekolah
di daerah kerian.

3.6 Kerangka Penganalisisan Kajian

3.6.1 Kerangka konsep

Sukatan Al Quran Pra


Sekolah Peningkatan
Gambarajah 1.1
Tahap Kerangka Konsep
Menguasai bacaan Iqra Peningkatan Penguasaan
Tahap Penguasaan Bacaa Al
buku 1 Quran Murid Bacaan
Pra Sekolah
al
quran Murid
Dalam kerangka konseptual kajian ini
Guru dapat ditunjukkan bahawa dengan
Alat Bantu Mengajar adanya pengetahuan guru dengan
kaedah iqra dan pelbagai alat bantu
Penglibatan Ibu mengajar maka mereka mampu
Bapa/Penjaga membina pendekatan yang sesuai
bagi membantu kanak-kanak
terutama yang lemah bagi meningkatkan tahap penguasaan bacaan al
quran mereka. Hasil daripada aktiviti pengajaran yang dilakukan itu
kanak-kanak akan dapat meningkatkan penguasaan bacaan al quran
dengan lebih berkesan . Hasil keberkesanan bacaan ini dapat ditaksir
melalui penilaian guru-guru berkenaan yang biasanya terdapat dalam
rekod penilaian berterusan di prasekolah berkenaan seterusnya
dibantu oleh bacaan ibu bapa dirumah.

3.6.2 Carta Aliran Kerja


Mula

44
Kenal pasti Tentukan
responden kerangka kajian

Ujian Pra
Modifikasi
sukatan
Kaedah
rawatan Bina soal

dilaksanakan selidik

Ujian Pos dijalankan

Soal selidik
dijalankan kepada guru
dan ibu bapa

Menganalisis data
dan menyediakan
laporan akhir

Tamat

Gambarajah 1. 2 carta aliran kerja

3.6.3 Prosedur pemerolehan data

Sebelum soal selidik dijalankan, pengkaji akan memohon kelulusan dan

kebenaran untuk melaksanakan kajian daripada Pejabat Pendidikan Daerah.

Setelah mendapat kelulusan daripada Pejabat Pendidkan Daerah Pengkaji akan

memohon kebenaran daripada pihak pentadbiran sekolah yang terlibat.

45
Jika kedua-dua bersetuju pengkaji akan memohon kebenaran daripada guru

penyelaras pra sekolah tersebut untuk menjalankan kajian kepada kelas yang

dipilih.

3.6.4 Kaedah Penganalisisan Data

Kaedah analisis kajian merupakan kaedah penganalisisan data yang

perlu diambil perhatian di dalam penyelidikan bagi melihat

perkembangan kajian dari awal sehinggalah kajian tamat yang

melibatkan tentang proses analisis kajian.

Peringkat pertama, pengkaji menyusun jadual kerja seperti carta

aliran kerja didalam gambarajah 1.2 setelah itu pengkaji akan

menyediakan kertas cadangan penyelidikan yang hendak dibuat dan

seterusnya menyediakan borang soal selidik. Proses yang seterusnya

adalah proses pengumpulan data, pengumpulan data memerlukan

penyelidik mendapatkan kebenaran daripada pihak Pentadbir sekolah ,

Jabatan Pendidkan Daerah untuk menjalankan kajian di sekolah yang

dipilih.

Dalam kajian ini, soal selidik diedarkan kepada ibu bapa dan guru

terlibat di dalam melaksanakan kajian dan mengambil masa selama 2

bulan untuk menjalankan aktiviti rawatan setrusnya mengumpul data

daripada responden iaitu murid pra sekolah yang dipilih. Surat rasmi

disertakan untuk meminta kebenaran dan menjelaskan tentang cara

menjawab soalan tersebut.

46
Data yang diterima daripada responden iaitu berupa set soalan dan

modul bacaan iqra cepat serta keputusan ujian pra dan pos dianalisi

dan dijadikan data penyelidik. Data Yang dikutip itu diproses,

dibanding, dibeza dan disusun semula secara berterusan seperti yang

di cadangkan oleh Bogden and Biklen (1998 ), Spradley ( 1999 ),

semua maklumat dan keputusan dianalisis untuk memudahkan proses

analisis data.

Setiap jawapan yang di pilih daripada soalan soal selidik ibu bapa dan

guru diberi skor tertentu. Manakala bagi menunjukkan tahap

penguasaan bacaan iqra yang digunakan kesemua skor ditukar dalam

bentuk peratusan dan min skor setiap item. Purata min skor yang

tertinggi menunjukkan tahap penguasaan yang meningkat dan min

skor yang rendah menunjukkan disebaliknya.

47
BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 PENDAHULUAN

Bab ini akan membincangkan hasil analisis dan dapatan kajian yang
diperolehi daripada soal selidik yang diedarkan kepada murid-murid
pra sekolah Bestari dan bijaksana. Soal selidik yang dilakukan
berkisar kepada kajian terhadap sikap dan minat murid tentang tahap
pencapaian bacaan Iqra murid bagi dua buah sekolah tersebut.
Responden kajian terdiri daripada 30 responden yang mana 15
daripadanya adalah daripada kumpulan rawatan iaitu pra sekolah A
dan 15 daripada kumpulan kawalan iaitu pra sekolah B.

Analisis data dibuat menggunakan analisis deskriptif dan hasilnya


ditunjukkan dalam bentuk peratusan mudah dan dapatan analisis
menggambarkan hasil kajian yang dilakukan. Hasil dapatan kajian
juga dikelaskan kepada dua bahagian iaitu analisis latar belakang
responden dan analisis mengenai soal selidik yang bertujuan
menjawab persoalan kajian seterusnya memenuhi kehendak objektif
kajian

48
4.2 Analisis Deskriptif Latarbelakang Responden

Latar belakang responden menerangkan taburan kekerapan dan


peratus responden berdasarkan jantina murid, pekerjaan
ibu/bapa/penjaga dan nama murid dalam keputusan ujian pra dan
ujian pos.

4.2.1 Jantina

Jadual dan graf 4.1 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus


responden mengikut jantina. Daripada jadual dan graf, bilangan
responden kumpulan rawatan dan kawalan adalah sama iaitu 15
orang (50.0%).

49
Jadual 4.1 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut
Jantina

Jantina Kekerapan (f) Peratus (%)

R K R K

Peremu 15 50.0 50.0

an 15

Lelaki 15 50.0 50.0


15

Jumlah 30 100.0

Graf 4.1 Peratus Responden Mengikut kumpulan

Jadual 4.2 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut


Pekerjaan Ibu/Bapa/Penjaga

50
Pekerjaan Ibu/Bapa/Penjaga Kerapan (f) Peratus (%)

K R K

Buruh 1 1 6.0 6.0

Guru 5 4 33.3 25.0

Kontrak 1 2 6.0 13.3

Mekanik 1 1 6.0 6.0

Akitek 1 6.0

Peneroka 1 1 6.0 6.0

Pesawah 2 3 13.3 20.0

Polis 1 1 13.3 6.0

Jumlah 15 15 100.0 100.0

Graf 4.2 P

51
Peratus Responden Mengikut Pekerjaan Ibu/Bapa/Penjaga

52
4.2.2 Pekerjaan Ibu/Bapa/Penjaga

Jadual dan graf 4.2 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus


responden mengikut pekerjaan ibu/bapa/penjaga. Pekerjaan yang
paling ramai adalah peneroka iaitu seramai 16 orang (53.3%). Ini
diikuti dengan pekerjaan polis (3 orang, 10.0%), pemandu lori,
pekerja kilang dan buruh dengan masing-masing 2 orang (6.7%).
Guru, kontrak, mekanik, peguam, dan periklanan masing-masing
mempunyai hanya seorang dengan peratus 3.3%.

4.3 AKTIVITI RAWATAN

Berdasarkan kepada keputusan Ujian Pra yang telah dijalankan


menunjukkan pencapaian bacaan Iqra dalam kemahiran al quran bagi
kumpulan rawatan dan kawalan. Bagi kumpulan rawatan Seramai tiga
belas orang murid telah menguasai bacaan huruf berbaris atas,bawah
dan hadapan manakala bagi kumpulan rawatan seramai 8 orang murid
yang menguasai bacaan iqra daripada mukasurat 1 hingga mukasurat
20 . Ini menunjukkan tahap penguasaan bacaan huruf berbaris dan
bacaan iqra 1 adalah berbeza. Jadual di bawah menunjukkan tahap
penguasaan bacaan huruf berbaris dan bacaan iqra 1 bagi kumpulan
kawalan dan rawatan yang dicapai hasil Ujian Pra yang telah
dijalankan.

53
Bil RESPONDEN Ujian Pra
Kumpulan Rawatan Kumpulan Kawalan
4.3
Bacaan Iqra 1 Bacaan Huruf Pelbagai
Jadual
Berbaris
Markah Menguasai Belum Menguasai Belum
Menguasai Menguasai
dan gred
1 Responden 1 / /
Ujian 2 Responden 2 / /
3 Responden 3 / /
Pra 4 Responden 4 / /
5 Responden 5 / /
6 Responden 6 / /
7 Responden 7 / /
8 Responden 8 / /
9 Responden 9 / /
10 Responden 10 / /
11 Responden 11 / /
12 Responden 12 / /
13 Responden 13 / /
14 Responden 14 / /
15 Responden 15 / /

4.3.1 Proses Rawatan

kaedah bacaan Iqra digunakan dalam rawatan ke atas murid-murid


tersebut. Kaedah rawatan ini digunakan untuk melihat keberkesanan
bacaan al quran iaitu menjadikan penguasaan bacaan al quran lebih
cepat dan pantas. Pengkaji menggunakan kaedah Pembelajaran bacaan
Iqra semasa pengajaran dan pembelajaran al quran . Antara kaedah
yang digunakan seperti berikut:

Bacaan terus (tanpa eja) : Murid tidak diperkenalkan nama huruf dan
tanda bacaan sebaliknya terus dipekenalkan bunyi setiap huruf.

Penggunaan teks tertentu : P&P menggunakan buku iqra 1

Teknik Pengajaran Cara Belajar Murid Aktif (CBMA) : Guru


menerangkan asas utama pengajaran secara berulang kali atau Talaqqi
Musyafahah, kemudian murid yang sudah memahami akan
mengulanginya dengan membaca sendiri bahan berikutnya.

Talaqqi Musyafahah : Mempelajari Al-Quran secara berhadapan


secara langsung dengan guru.

54
Tahap Berasaskan Pencapaian Individu : Tahap pencapaian dan
kelajuan murid dalam mengikuti bahan pengajarannya adalah
bergantung kepada individu murid dan peranan gurunya. Untuk tujuan
penilaian, rekod pretasi perlu disediakan.

Tenaga pembimbing : Guru boleh membimbing 5 atau 6 orang dalam


satu masa. Jika keadaan memerlukan guru boleh mengambil murid
tertentu untuk menjadi pembantu dan penyemak bagi murid lain di
peringkat bawah.

Praktis : Tujuan kaedah dibentuk adalah supaya murid dengan cepat


dan mudah dapat membaca Al-Quran.Tiada pengajaran tentang ilmu
tajwid, tetapi sebutan yang dikeluarkan mengandungi hukum tajwid.

Komunikatif: Lingkaran petunjuk dan pengenalan adalah akrab


dengan pembaca sehingga dapat menarik minat dan menyeronokkan
contohnya, diperkenalkan pelajaran secara berirama apabila bacaan
yang ada hukum mad dibaca dengan panjang dan tanpa mad pula
dibaca pendek.

Kaedah- kaedah ini dipilih dan dijalankan selama dua bulan iaitu pada
bulan mei dan Jun Pembahagian bacaan Iqra mengikut muka surat
telah dijalankan seperti dalam jadual 4.4 dibawah.

Jadual 4.4 Aktiviti yang dijalankan selama dua bulan

55
BULAN MINGGU/M.SURAT AKTIVITI/KAEDAH

Minggu 1 1.Talaqimusyafahah,tasmi’

ms 1
MEI

Minggu 2 2. Talaqi musyafahah,tasmi’


ms 3

Minggu 3 3. Talaqi musyafahah,tasmi’

ms 5

Minggu 4 4.Talaqi,musyafahah,tasmi’
penilaian
ms 7

Minggu 1 1. T 1. Talaqi musyafahah,tasmi’,


ms-13-14
JU JUN

Minggu 2 2. T 2. Talaqi musyafahah,tasmi’


ms-15-16

Minggu 3 3. T 3. Talaqi musyafahah,tasmi’,


ms- 17-18

Minggu 4 4.T 4. Talaqi,musyafahah,tasmi’,

ms-19-20 Pen Penilaian

4.3.2 Peringkat 1 – Pengajaran Kelas

kaedah iqra diperkenalkan dengan beberapa peringkat pengajaran


iaitu bemula dengan murid diperkenalkan dengan sebutan bunyi
huruf fathah melalui peringkat pengajaran kelas ( teaching kelas ).
Murid membaca huruf mengikut sebutan guru dengan fasih. Murid
melakukan latih tubi supaya sebutan menjadi sempurna dan fasih.
Sekiranya murid masih keliru menyebut huruf, guru perlu
membetulkan dengan segera dengan jelas.

56
Oleh kerana kaedah Iqra adalah kaedah yang berunsurkan
pengulangan dan latih tubi berbanding kemahiran di dalam
kumpulan kawalan hanya membunyikan huruf berbaris atas sahaja
tanpa pengulangan yang banyak.

Justru itu, beberapa teknik yang lebih memberangsangkaan dan


membangkitkan minat murid dilaksanakan dalam aktiviti rawatan
ini.

Kaedah yang dijalankan iaitu :-

1. Teknik nasyid

2. Teknik bimbingan rakan sebaya

3. Teknik kumpulan

4.3.3 Peringkat 2 - Tasmik

Guru meminta pelajar membaca ayat secara kumpulan. Pelajar


dikumpulkan mengikut tahap. Tasmik adalah perkataan yang diambil
dari bahasa Arab yang bermaksud mendengar. Kaedah ini digunakan
guru dalam pengajaran Tilawah al Quran melalui aktiviti guru
mendengar bacaan pelajar. Kaedah tasmik melibatkan guru dengan
pelajar di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Kaedah ini digunakan untuk menguji tahap pencapaian
pelajar dalam penguasaan bacaan iqra

Cara pelaksanaan kaedah tasmik, ialah pelajar diminta membaca huruf


yang ditentukan oleh guru dengan suara yang kuat , di hadapan guru.
Guru mendengar bacaan pelajar dengan teliti supaya dapat mengesan
kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam bacaannya. Jika terdapat
kesalahan, guru akan memperbetulkan kesalahan murid.

Pelaksanaan kaedah Tasmik.


57
- Guru mendengar dan meneliti bacaan pelajar.

Kedudukan guru adalah berhampiran dengan pelajar dengan


keadaan berhadapan atau bersemuka supaya guru dapat melihat cara
pelajar menyebut huruf.

- Pelajar dikehendaki membaca dengan suara yang nyaring


supaya guru dapat mendengar dengan jelas sebutan dan bacaan
pelajar.

- Pelajar membaca secara kumpulan kecil atau individu.

Kelebihan kaedah tasmik.

- Guru dapat mengesan kelemahan bacaan pelajar dalam waktu yang


cepat.

- Guru dapat memperbetulkan bacaan pelajar dengan tepat.

- Guru dapat mengesan dan mengenalpasti tahap kebolehan sebenar


pelajar

- Guru dapat memastikan pelajar tidak melakukan kesilapan.

- Guru dapat mendisiplinkan pelajar dengan cara yang berkesan.

Kaedah tasmik sangat sesuai diaplikasikan dalam bidang Asuhan


Tilawah al-Quran daripada peringkat bacaan iqra seterusnya ayat al
quran . Melalui kaedah ini guru dapat mengesan dengan cepat
penguasaan pelajar terhadap ayat bacaan yang diajar. Bagi mencapai
hasil pembelajaran seperti yang dirancang, guru perlu melaksanakan
langkah-langkah yang sesuai mengikut aras pembelajaran.

58
Aplikasi kaedah tasmik bagi hasil pembelajaran

- Guru meminta pelajar membaca ayat yang telah dipelajari secara


kelas dan kumpulan secara kuat dan nyaring.

- Guru mendengar bacaan pelajar dengan teliti supaya dapat


mengesan kesalahan dalam bacaan pelajar.

- Guru meminta pelajar membaca ayat secara individu. Pelajar


membaca bergilir-gilir secara individu.

- Guru meneliti bacaan pelajar dan memperbetulkan kesalahan


pelajar.

- Guru perlu memastikan semua pelajar dapat membaca ayat dengan


betul

4.3.4 Peringkat 3 - Permainan

Peringkat permainan ini di laksanakan kepada murid- murid sebagai


aktiviti pengukuhan bagi membangkitkan minat pembelajaran murid-
murid terhadap pelajaran bacaan iqra kerana tahap ini kanak-kanak
tidak boleh diberikan latih tubi pengulangan yang akan menyebabkan
mereka cepat bosan . Aktiviti Permainan menjadi satu keperluan
semula jadi bagi kanak-kanak di tahap ini. Situasi bermain boleh
digunakan dalam pengajaran guru di bilik darjah untuk mencapai
objektif-objektif pendidikan. Kaedah bermain sesuai untuk
pendidikan prasekolah dan sekolah rendah. Kaedah ini juga boleh
digunakan dalam pengajaran Pendidikan Islam.

59
Permainan merupakan satu cara melatih murid sebagai seorang
manusia dan merupakan satu teknik yang baik untuk menjadikan
pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak akan
memperoleh pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka
mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka.

Objektif Kaedah Permainan (Belajar Sambil Bermain)

Memberi peluang kepada murid-murid melakukan aktiviti berpura-pura


di bawah keadaan terkawal.

Mengembangkan potensi intelek, jasmani, rohani dan sosial murid-


murid.

Mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru dipelajari.

Prinsip-prinsip Kaedah Permainan

Menurut Musa Daia (1992), kaedah mainan didasarkan beberapa


prinsip seperti di bawah:

1) Proses pembelajaran mestilah disalurkan melalui aktiviti-


aktiviti yang berbentuk permainan.

2) Pembelajaran mestilah di dalam keadaan yang bebas dan


tidak ada langsung penghalangnya.

3) Penyampaian hendaklah secara tidak langsung dan bersahaja


supaya sesuai dengan minat dan keperluan kanak-kanak.

4) Guru mestilah mempunyai sikap yang positif, iaitu sering


menggalakkan murid-murid melahirkan sesuatu dengan bebas. Beri
peluang yang cukup kepada setiap murid untuk melahirkan sesuatu.

60
5) Murid-murid hendaklah sentiasa gembira dalam proses
pembelajaran. Mereka hendaklah menjadi peserta yang aktif dalam
proses itu. Mereka juga hendaklah bertanggungjawab terhadap
perkembangan dan kemajuan diri sendiri.

Langkah Melaksanakan Aktiviti Permainan

Guru menyediakan alat permainan seperti :-

1. Kad imbasan iqra

2. Bongkah iqra

3. Puzzle Iqra

Guru kemudian mendemonstrasikan cara atau kaedah bermain.

Seorang atau sekumpulan kecil murid dipilih untuk melakukan semula


demonstrasi guru.

Semua murid menjalankan aktiviti permainan dalam kumpulan kecil


masing-masing.

Guru beredar dari sekumpulan ke sekumpulan dengan tujuan


mengawas aktiviti murid, dan memberi bimbingan jika perlu.

Selepas aktiviti permainan, seorang murid, dipilih untuk membaca


huruf iqra berbaris atas dengan bacaan yang berlagu

61
Kelebihan Kaedah Permainan

1) Murid tidak bosan.

2) Melatih murid berinteraksi dengan bebas sesama mereka.

3) Guru dapat mengenal dengan mudah kemampuan murid


dan kelemahan murid semasa bermain.

4.3.5 Peringkat 4 Penilaian bersepadu

Peringkat Penilaian bersepadu dipilih pada minggu ke empat dalam


bulan tersebut. Langkah-langkah yang digunakan oleh pengkaji
dalam pengajaran dan pengajaran di dalam kelas adalah seperti
berikut:

1. Menyediakan set bacaan Iqra cepat yang perlu dibaca.

2. Pengkaji memperkenalkan bacaan yang perlu dibaca.

3. Bahan pembelajaran diedarkan kepada semua murid.

4. Penilaian dibuat seorang demi seorang

4.3.6 Penilaian Kaedah Rawatan

Sebanyak empat Peringkat aktiviti pengajaran dan pembelajaran


digunakan dalam kemahiran bacaan iqra di peringkat rawatan ini.
62
Penilaian dijalankan selepas ke empat-empat kaedah tersebut selesai
dilaksanakan berdasarkan keputusan terakhir dalam bulan Jun . Hasil
keputusan penilaian serta markah yang diperolehi seperti dalam jadual
4.5. Penilaian akhir dalam bulan Jun dinilai sebagai ujian pos untuk
melihat keberkesanan kaedah yang telah dijalankan.

4.3.7 Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos

Jadual 4.5 Keputusan ujian pra dan pos

Bil Responden Ujian Pra dan Pos

Kumpulan Rawatan

Bacaan Iqra1

Menguasai Belum Menguasai

Pra Pos
1 Responden 1 / /
2 Responden 2
3 Responden 3 / /
4 Responden 4
5 Responden 5
6 Responden 6 /
7 Responden 7
8 Responden 8
9 Responden 9 / /
10 Responden 10 / /
11 Responden 11 / /
12 Responden 12 /
13 Responden 13 /
14 Responden 14 / /
15 Responden 15 / /

63
4.4 Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos keseluruhan

Jadual 4.6 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut


Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos

64
Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian Pra Ujian Pos

Kekerapan (f) / Kekerapan(f) / Peratus


Peratus (%) (%)

Menguasai 8 10
53.3% 66.6%

Belum menguasai 7 5
16.6% 33.3%

Jumlah 30 100.0

Jadual 4.6 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus Daripada


jadual, keputusan ujian pra peratus menguasai adalah 53.3 dan bagi
ujian pos peratus menguasai adalah 66.6 . kekerapan ini membawa
kepada nilai min/purata 53.3 bagi ujian pra dan 66.6 bagi ujian pos
dengan perbezaan sebanyak 13.3

Graf 4.3 Peratus Responden Mengikut Keputusan Ujian Pra dan


Ujian Pos keseluruhan

65
Jadual 4.6 dan Graf 4.3 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus
responden mengikut keputusan ujian pra dan ujian pos keseluruhan.
Menguasai bagi ujian pra – 8 ( 53.3%) manakala bagi ujian pos adalah
10 orang (66.6%). Belum menguasai - bagi ujian pra adalah 7 orang
(16.6%) manakala bagi ujian pos pula adalah 5 orang ( 33.3% ).

4.5 Analisis Deskriptif Mengkaji Tahap Penguasaan Murid


Tentang Bacaan Iqra Dalam Kemahiran Al Quran

4.5.1 Minat kepada Bacaan Iqra

Jadual 4.7 taburan kekerapan dan peratus murid yang menyukai bacaan
iqra

66
Skala / Kekerapan (f) Peratus (%)
Tahap

Sangat 10 66.6
Berminat

Berminat 3 20.0

Tidak 2 3.3
Berminat

Jumlah 15 100.0

Graf 4.4 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden


Menyukai bacaan Iqra

67
Jadual 4.7 dan graf 4.4 menunjukkan peratus responden yang
menyukai bacaan iqra. 10 orang murid (66.6 % ) sangat berminat
dengan kaedah bacaan iqra. Manakala 3 orang responden hanya
berminat sahaja terhadap kaedah bacaan iqra. Dan murid atau
responden yang tidak berminat pula seramai 2 orang (3.3 % )

4.5.2 Fasih menyebut huruf iqra

Jadual 4.8 Peratus Responden Berkemampuan membunyikan sebutan


huruf dengan fasih

Skala/ Kekerapan Peratus


Tahap (f) (%)

Sangat 4 26.6%
fasih

Fasih 9 60%

Tidak 2 3.3%
fasih

Jumlah 30 100.0

68
Graf 4.5 peratus responden menyebut huruf hijaiah

Jadual 4.8 dan graf 4.5 di atas menunjukkan tentang peratus


kemampuan responden atau murid menyebut huruf hijaiah. 4 orang
Murid (26.6 % )menyebut dengan sangat fasih. Manakala 9 orang
murid ( 60%) menyebut dengan fasih dan 2 orang murid (3.3%) tidak
fasih menyebut huruf hijaiah tersebut.

69
4.5.3 Mengenal Baris

Jadual 4.9 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengenal


baris atas dan meletakkannya pada huruf hijaiah dan membunyikannya
dengan betul

Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%)

Sangat 10 66.6%
kenal

Kenal 5 33.3%

Jumlah 15 100.0

70
Graf 4.6 Peratus Responden Mengenal baris atas dan dapat
meletakkannya pada huruf hijaiah dan membunyikannya dengan betul.

Jadual 4.9 dan graf 4.6 di atas menunjukkan murid mengenal baris
atas dan dapat meletakkan tanda baris pada huruf hijaiah dan
membunyikannya dengan betul. 10 orang murid ( 66.6% ) dapat
mengenal baris atas dan meletakkannya pada huruf hijaiah dan
membunyikannya dengan betul. Manakala 5 orang murid ( 33.3%)
tidak mengenal baris atas dan tidak membunyikannya dengan betul.

71
4.5.4 Merasa seronok dengan pembelajaran iqra

Jadual 4.10 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Merasa Sangat


Seronok Dapat Menjalankan Aktiviti Menggunakan Kaedah Iqra

Skala / Kekerapan Peratus


Tahap (f) (%)

menjalankan 9 60%
aktiviti
dengan
seronok

Menjalankan 4 26.6%
aktiviti
dengan
bersahaja

Pasif 2 3.3

Jumlah 15 100.0

72
Graf 4.7 peratus responden merasa seronok menjalankan aktiviti
bermain

Jadual 4.10 dan graf 4.7 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap
dan minat merasa sangat seronok dapat menjalankan aktiviti
menggunakan kaedah bermain sambil membaca iqra. 9 orang ( 60 % )
merasa seronok membaca iqra sambil menjalankan aktiviti bermain.
Manakala 4 orang murid ( 26.6 % )hanya bersahaja membaca iqra
walaupun sambil bermain dan 2 orang murid ( 3.3 % ) adalah pasif .

4.6 Analisis Deskriptif Mengkaji Cara Pengajaran Iqra Yang


Disampaikan Oleh Guru

73
Jadual 4.11 Taburan Kekerapan dan Peratus aktiviti tasmik memberi
keberkesanan yang lebih terhadap pengajaran iqra

Skala / Kekerapan Peratus


Tahap (f) (%)

Sangat 2 50%
Setuju

Tidak Setuju 1 25%

Tidak Pasti 1 25%

Jumlah 4 100.0

74
Graf 4.8 Peratus guru yang Menyatakan aktiviti tasmik memberi
keberkesanan yang lebih terhadap pengajaran iqra.

Jadual 4.11 dan graf 4.8 di atas menunjukkan aktiviti tasmik memberi
keberkesanan yang lebih tehadap pengajaran iqra. 2 orang guru ( 50
% ) sangat setuju bahawa aktiviti tasmik memberi keberkesanan yang
lebih terhadap pengajaran iqra. Manakala seorang gurru ( 25% )
hanya bersetuju dengan aktiviti tasmik memberi kesan terhadap
pengajaran iqra dan seorang guru tidak pasti dengan kaedah tersebut .

Jadual 4.12 Taburan Kekerapan dan Peratus guru yang menyatakan


Aktiviti rakan sebaya Dapat Membantu Rakan Yang Lemah dalam

Bacaan Iqra

75
Skala / Kekerapan Peratus
Tahap (f) (%)

Sangat 2 50%
Setuju

Tidak 1 25%
Setuju

Tidak Pasti 1 25%

Jumlah 4 100.0

76
Graf 4.9 Peratus guru yang menyatakan aktiviti rakan sebaya
Dapat Membantu Rakan Yang Lemah dalam bacaan iqra

Jadual 4.12 dan graf 4.9 di atas menunjukkan tentang peratus guru yang
menyatakan aktiviti rakan sebaya dapat membantu rakan yang lemah
dalam bacaan iqra. 2 orang guru ( 50% ) sangat bersetuju dengan
aktiviti rakan sebaya perlu dilaksanakan bagi membantu rakan yang
lemah dalam bacaan iqra. Seorang guru ( 25 % ) menyatakan tidak
bersetuju manakala seorang lagi menyatakan tidak pasti dengan aktiviti
tersebut.

Jadual 4.13 Taburan Kekerapan dan Peratus guru yang menyatakan


aktiviti permainan membangkitkan minat yang memberangsangkan
terhadap pengajaran iqra

77
Skala Kekerapan (f) Peratu
/Tahap s (%)

Sangat 4 100.0
Setuju

Tidak - -
Setuju

Jumlah 4 100.0

78
Jadual 4.13 dan graf 4.10 di atas menunjukkan bahawa aktiviti
permainan membangkitkan minat yang memberangsangkan terhadap
bacaan iqra. Keempat guru telah menyatakan bahawa kaedah aktiviti
permainan membangkitkan minat murid yang memberangsangkan
terhadap bacaan iqra.

4.7 Analisis Deskriptif Mengkaji Sikap Dan Minat Ibu Bapa


Terhadap Perlunya Pengajaran Iqra Ditekankan Dirumah

Skala / Kekerapan Peratus (%)


Tahap (f)

Sangat 11 73.3%
Setuju

Setuju 3 20.0%

Tidak 1 6.6%
Pasti

Jumlah 15 100.0

79
Graf 4.11 Peratus ibu bapa mengakui keberkesanan kaedah iqra
terhadap anak-anak mereka dapat meningkatkan tahap
penguasaan bacaan al quran.

Jadual 4.14 dan graf 4.11 di atas menunjukkan peratus ibu bapa
mengakui keberkesanan kaedah iqra dapat meningkatkan tahap
penguasaan bacaan al quran. 11 orang ibu bapa ( 66.6 % ) sangat
setuju dengan kaedah iqra memberi dalam penguasaan al quran.
Manakala 3 orang ( 20.0 % ) hanya setuju dan ( 3.3 % ) tidak pasti.

80
Jadual 4.15 Taburan Kekerapan dan Peratus bahawa Kaedah Iqra Ini
Membantu ibu bapa dan guru terhadap penguasaan kemahiran al
quran dirumah dan disekolah

Skala/Tah Kekerapan (f) Peratus (%)


ap

Sangat 13 68.4%
Setuju

Setuju 4 21.05.%

Tidak 2 10.5%
Pasti

Jumlah 19 100.0

81
Graf 4.12 Peratus Ibu bapa dan guru yang mengakui kaedah iqra amat
mudah

Jadual 4.15 dan graf 4.12 di atas menunjukkan bahawa kaedah iqra
membantu ibu bapa dan guru terhadap penguasaan kemahiran al quran
dirumah .11 orang ibu bapa dan 2 orang guru yang telah mengakui
bahawa kaedah iqra ini amat mudah dan mempercepatkan penguasaan
bacaan al quran murid dirumah dan disekolah. Manakala 2 orang ibu
bapa dan seorang guru hanya bersetuju dengan keberkesanan kaedah
iqra ini dan 2 orang tidak pasti.

82
Jadual 4.16 Taburan Kekerapan dan Peratus guru- guru dan ibu bapa
Akan Menggunakan Kaedah Iqra Ini Untuk Menghasilkan anak-anak
yang cepat menguasai bacaan al quran

Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%)

Sangat setuju 15 100.0

Setuju - -

Tidak Pasti - -

Jumlah 19 100.0

83
Graf 4.13 Peratus ibu bapa dan guru akan menggunakan kaedah
iqra disekolah dan dirumah bagi mempertingkatkan penguasaan
bacaan al quran anak-anak

Jadual 4.17 dan graf 4.13 di atas menunjukkan bahawa ibu bapa
dan guru akan menggunakan kaedah iqra ini bagi
mempertingkatkan penguasaan bacaan al quran anak-anak.

11 orang ibu bapa dan 2 orang guru sangat bersetuju akan


menggunakan kaedah iqra ini dirumah dan disekolah. Manakala 3
orang ibu bapa dan seorang guru hanya bersetuju dan seorang ibu
bapa dan seorang guru tidak pasti.

84
4.8 Rumusan Analisis Deskriptif Mengkaji Kaedah Iqra Adalah
Kaedah Yang Amat Berkesan Bagi Murid-Murid Menguasai
Bacaan Al-Quran

Jadual 4.18 dibawah akan memperjelaskan lagi tentang analisis


deskriptif dan pemeringkatan peratusan tahap keberkesanan kaedah
iqra bagi meningkatkan penguasaan bacaan al quran murid pra
sekolah

Jadual 4.18 Analisis Deskriptif peratus Tahap Keberkesanan bacaan Iqra

85
Item tahap keberkesanan bacaan Pemeringkatan
Iqra Peratusan
60.0%
Murid dapat menyebut huruf hijaiah dengan
fasih

Murid dapat mengenal baris atas 66.6%


dangan betul
Murid merasa seronok menjalankan 60.0%
aktiviti Iqra
Murid dapat membantu rakan yang 50.0%
lemah
Aktiviti tasmik memberi kesan 50.0%
dalam kaedah bacaan iqra
Aktiviti permainan memberi kesan 100.0%
yang memberangsangkan dalam
kaedah iqra
Merasa Sangat Seronok Dapat 100.0%
Menjalankan Aktiviti Menggunakan
Kaedah iqra kepada murid
Amat berkesan dalam 73.0%
mempertingkatkan tahap penguasaan
bacaan al quran kepada murid
Kaedah bacaan iqra dapat 66.6%
Membantu ibu bapa Lebih Mudah
mengajar anak-anak membaca al
quran
Penglibatan guru dan ibu bapa yang 100.0%
0 praktis akan dapat meningkatkan

tahap penguasaan bacaan al quran


dikalangan murid
Jumlah 100%

86
Graf 4.14 Pemeringkatan peratusan Tentang keberkesanan kaedah
iqra bagi meningkatkan tahap penguasaan bacaan al quran

Jadual 4.17 dan graf 4.14 menunjukkan analisis deskriptif tentang


keberkesanan kaedah iqra bagi meningkatkan tahap penguasaan
bacaan al quran mengikut beberapa huraian item keberkesanan kaedah
iqra iaitu dari segi murid menguasai sebutan huruf dengan fasih,
murid dapat merasai suasana pembelajaran yang seronok, aktiviti
tasmik dapat meningkat kan penguasaan dengan cepat. Pdp yang
dijalankan oleh guru lebih menarik dan mudah bagi guru seterusnya
kaedah ini adalah praktikal kepada guru dan ibu bapa.

87
4.8.1 Analisis Keseluruhan Mengkaji Perbezaan Ujian Pra Dan
Pos Terhadap Tahap Penguasaan Bacaan Iqra Murid Pra Sekolah
Dari Segi Peratusan Mudah

Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian Pra Ujian Pos

Kekerapan (f) / Kekerapan (f) /


Peratus (%) Peratus (%)

Menguasai 8 10

53.3% 66.6%

Belum menguasai 7 5

16.6% 33.3%

Jumlah 30 100.0

Jadual 4.19 keputusan keseluruhan ujian pra dan pos

88
graf 4.15 menunjukkan analisis secara keseluruhan iaitu secara
peratusan untuk menganalisis perbezaan ujian pra dan ujian pos
terhadap keberkesanan kaedah iqra terhadap penguasaan kemahiran al
quran. Didapati, ujian pos mendapat peratus lebih tinggi berbanding
ujian pra iaitu 66.6%. Maka perbezaan ini menunjukkan bahawa ujian
pos lebih berkesan daripada ujian pra. Peningkatan peratusan pada ujian
pos ini menunjukkkan bahawa kaedah bacaan iqra adalah berkesan bagi
meningkatkan tahap penguasaan kemahiran al quran dikalangan murid
pra sekolah

4.9 RUMUSAN

Secara kesimpulannya, keberkesanan Kaedah Iqra dalam kemahiran al


quran di kalangan murid pra sekolah menunjukkan bahawa terdapat

89
perubahan dan perbezaan di antara ujian pra dan ujian pos dan ujian
pos lebih memberi kesan dalam meningkatkan penguasaan bacaan al
quran daripada ujian pra. Oleh itu, pelajar dapat meningkatkan
penguasaan bacaan al quran,memberi kemudahan kepada guru-guru
dalam perlaksanaan pengajaran alquran di dalam kelas dan juga
meningkatkan minat dan keprihatinan ibu bapa dalam pengajaran al
quran dirumah.

90
BAB 5 RUMUSAN

5.1 Dapatan Utama

Berdasarkan dari kajian-kajian yang dilaksanakan,telah terhasil


pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Oleh
kerana pengajaran dan pembelajaran Al-Quran menjadi tumpuan
dalam sistem pendidikan negara sekarang, para guru harus
memastikan semua murid dapat membaca Al-Quran dengan apa
cara sekali pun.Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan
oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran.
Kaedah-kaedah ini digunakan bertujuan memastikan pelajar dapat
menguasai kemahiran-kemahiran dalam Tilawah al-Quran
terutamanya dari segi pembacaan ayat al quran. Bagi memastikan
hasil pembelajaran mengikut aras tercapai, guru perlu bijak dalam
memilih kaedah yang sesuai dengan tahap pelajar. Justru itu
Penggunaan kaedah iqra tidak dapat dinafikan adalah satu kaedah
yang mudah dan dapat meningkatkan penguasaan murid pra
sekolah terhadap bacaan al quran dikalangan murid pra sekolah.

Beberapa rumusan dapat disimpulkan daripada kajian yang telah


dijalankan iaitu :-

5.1.1 Hubungan antara cara penguasaan pelajar terhadap


bacaan iqra

Daripada perhatian yang dibuat terhadap bacaan pelajar 26.6 %


adalah sangat fasih 60 % pula adalah fasih fasih dan 3 % tidak
fasih langsung menyebut huruf tersebut. Kebanyakan mereka fasih
menyebut huruf yang lembut ( rakhawah ) dan ( lin )
contohnya huruf ‫ شفهويز‬.

91
Murid yang dapat menguasai dengan fasih sebutan huruf hijaiah
adalah disebabkan faktor-faktor persekitaran di mana mereka
sering mendengar bacaan alquran ibu bapa dirumah maka dengan
sendirinya lidah murid-murid menyebut huruf hijaiah tersebut,
sebaliknya murid yang sukar menyebut adalah mereka yang
mempunyai persekitaran hidup yang kurang mengamalkan bacaan
al quran.

Bacaan bunyi baris atas pula adalah satu bacaan yang amat mudah .
Ianya juga satu bacaan yang mempunyai rentak yang menarik jika
dibaca dengan nada nasyid atau berirama. Rentak ini akan
memberi minat kepada murid untuk membacanya.

Tidak dinafikan aktiviti permainan yang di lakukan di dalam


pengajaran al quran adalah satu aktiviti yang amat berkesan dan
memberi ransangan seterusnya membangkitkan minat murid untuk
membaca iqra alat -alat permainan yang pelbagai pada masa kini
yang diedarkan oleh syarikat-syarikat pengeluaran alat bantu
mengajar sudah pasti memberikan impak yang berkesan kepada
mereka dan murid-murid tidak akan merasa jemu melalui suasana
pembelajaran yang menyeronokkan ini.

Mengikut Vygotsky (1967) “Main membantu perkembangan


bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui
penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam
pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-
kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar.
Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan
menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk
memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain”.

92
5.1.2 Hubungan antara pengajaran guru dan tahap
penguasaan bacaan Iqra

Pengajaran guru adalah satu aspek yang penting dalam penguasaan


bacaan iqra bagi murid-murid pra sekolah. Kaedah bacaan iqra
yang telah dilaksanakan didalam kajian ini adalah satu langkah
yang praktis di mana dapatan daripada soal selidik dan pengajaran
serta penilaian yang dijalankan menunjukkkan guru-guru telah
memperolehi satu kaedah yang amat mudah bagi mengajar murid –
murid untuk menguasai bacaan al quran. Pelabagai bentuk
Permainan huruf-huruf al quran yang digunakan dalam proses
pengajaran Iqra amat berkesan kepada murid dalam penguasaan al
quran.

Banyak kebaikan dalam penggunaan bahan mencapah dalam main.


Antaranya ialah: i. mengalakkan imaginasi ii. memberi peluang
kanak-kanak untuk mencipta dan mencuba iii. menggalakkan
kanak-kanak bekerjasama dan hubungan sosial iv. membina
keyakinan diri v. berorientasikan proses bukan hasil, dan lain-lain
kebaikan terutama yang banyak melibatkan jenis bahan seperti
bahan kemahiran, bahan motor kasar, bahan manipulatif, bahan
binaan, bahan peluahan kendiri dan bahan semulajadi. Main bukan
sahaja dianggap penting dewasa ini malah sejak dari dahulu lagi.
Tidak hairan jika dalam abad ke 21, main diambil sebagai salah
satu dari kaedah pendekatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak.

93
5.1.3 Hubungan antara peranan ibu bapa dalam
melaksanakan kaedah bacaan iqra di rumah

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan kepada ibu bapa 100%


telah menjelaskan bahawa kaedah bacaan Iqra adalah kaedah yang
amat yang praktis dalam mempercepatkan penguasaan bacaan al
quran murid-murid pra sekolah. Ibu bapa perlu mendidik dan
memberi galakan kepada anak-anak untuk mencintai Al-Quran,
agar mereka akan mencintai dan selalu rindukan aktiviti bacaan
Al-Quran.

Ibu dan ayah juga perlu membaca Al-Quran di rumah serta


menunjukkan qudwah yang baik. Perubahan perlu bermula
daripada diri ibu bapa sendiri seandainya ibu bapa mahukan anak-
anak mereka cepat menguasai al quran.

Sebenarnya, proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak


banyak dipengaruhi alam persekitaran. Menurut Hasan Ali
(1994:8), faktor warisan atau genetik semata - mata bukan
pengaruh yang utama. Pengkayaan pengalaman melalui asuhan
’nurture’ merupakan pengaruh yang lebih dominan. Asuhan dan
pengkayaan pengalaman memainkan peranan penting untuk
membantu memperkembang dan mempertingkatkan kepintaran
seseorang.

5.2 Perbincangan Permasalahan Yang Dihadapi

1. Tidak ada buku panduan khusus yang menerangkan cara pengajaran


al- Quran mengikut kaedah Iqra’.

2. Tidak ada kursus-kursus intensif yang berterusan kepada guru-guru.

3. Bilangan murid yang ramai dalam satu bilik darjah.

94
4. Tempoh masa yang singkat iaitu enam bulan tidak mencukupi untuk
mengajar kaedah ini.

5. Perbezaan cara pengajaran al-Quran diantara sekolah dan rumah.

6. Tidak ada buku yang khusus untuk latihan harian dan bulanan.

7. Kurangnya aktiviti sampingan dalam pengajaran al-Quran.

8. Tidak ada pengawasan pihak berkaitan terhadap buku-buku yang


diedarkan di sekolah-sekolah.

9. Naskah buku Iqra’ yang digunakan tidak mempunyai tarikan-


tarikan yang dapat menarik perhatian murid seperti warna-warna dan
lain-lain. Dari masalah-masalah yang disebut tadi masalah yang
paling penting yang dihadapi oleh guru-guru ialah ketiadaan buku
panduan yang khusus berkaitan dengan cara mengajar kaedah Iqra’.

10. Ibu bapa kurang diberi pendedahan tentang kaedah iqra

5.3 Implikasi kajian

Kajian ini penting untuk membantu pihak-pihak yang berkenaan


seperti murid-murid,guru-guru,pihak Universiti,Kementerian
Pelajaran Malaysia ( KPM ),ibu bapa,masyarakat dan sekolah bagi
mengetahui sejauh mana tahap penguasaan murid terhadap subjek Al-
Quran.Hasil kajian ini juga penting kepada pihak universiti
terutamanya fakulti pendidikan khususnya model kurikulum pra
sekolah agar pelajar dapat mendalami teori dan amalan mendidikan
bagi kanak-kanak dibawah umur 6 tahun seterusnya dapat menyedikan
guru-guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan,persenoliti dan
membuat persediaan dalam melaksanakan tugas dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Selain itu , kajian ini juga berguna kepada pihak KPM dalam mencari
dan memilih bakal guru yang memenuhi segala aspek pengajaran
sebagai seorang pendidik yang berwibawa dalam mendidik anak

95
bangsa dan Negara. Selain itu, pihak KPM juga boleh menggunakan
hasil dapatan kajian ini dalam merangka satu sukatan al quran yang
lebih baik mudah dan cepat kepada murid pra sekolah untuk
menguasai bacaan iqra .

Selain KPM, kajian ini juga penting kepada pihak sekolah dalam
memperkukuhkan bacaan iqra murid-murid untuk menguasai al-
quran. Bagi guru-guru dalam dalam jurusan pendidikan Agama Islam
terutamanya, kajian ini penting kepada mereka bagi memperbaiki
kelemahan dan kekurangan dalam pengajaran supaya bertepatan dan
bersesuaian dengan gaya pembelajaran murid. Secara tidak langsung
kajian ini mendapat membantu mereka dalam meningkatkan prestasi
kendiri dan memperbaiki kelemahan murid serta dapat memantapkan
bacaan iqra murid.

Hasil dapatan kajian ini juga dapat membantu murid dalam


mengetahui gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan mereka
untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah ketika proses pdp
berlangsung. Selain itu,mereka juga dapat mengetahui kaedah
pengajaran guru yang paling sesuai supaya dapat meningkatkan
prestasi mereka dalam subjek al-quran.

Ibu bapa adalah orang yang paling rapat dan dekat dengan anak-anak.
Segala perlakuan dan perbuatan yang dilakukan akan dicontohi oleh
anak-anak.Ibu bapa boleh mengaplikasikan hasil dapatan kajian ini
dalam mendidik anak-anak mereka dirumah dengan lebih efektif.

Disamping itu, kajian ini juga penting kepada masyarakat supaya


mereka dapat melahirkan dan mendidik anak bangsa supaya sikap
budaya ilmu dan penerapan nilai-nilai murni dapat dibentuk
bersesuaian dengan matlamat pendidikan dimalaysia.

96
5.4 Hala Tuju Dan Cadangan Kajian Lanjutan

Dari masalah-masalah yang disebut tadi masalah yang paling penting


adalah yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi
oleh guru-guru kerana masalah yang paling pokok di dalam
meningkatkan penguasaan bacaan iqra adalah sukatan al quran dan
kaedah yang paling berkesan, justru itu ketiadaan buku panduan yang
khusus berkaitan dengan cara mengajar kaedah Iqra adalah
permasalahan pokok. Dengan hanya bergantung kepada catatan
panduan yang terdapat di dalam buku Iqra, ia tidak memadai dan tidak
menyatakan secara jelas cara pengajaran. Pihak Unit Pendidikan Islam
dan Moral, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan telah mengambil
satu langkah yang baik dalam hal ini dengan menerbitkan buku
panduan akan tetapi buku tersebut tidak tersebar ke negeri-negeri lain
untuk dimanfaatkan bersama.Mengenai buku latihan khusus tentang
pengajaran al-Quran, ada di sesetengah negeri telah mengambil
inisiatif sendiri dalam menyediakan buku latihan sebagaimana yang
dilakukan di negeri Kelantan pada tahun 1994 tetapi ia tidak ada daya
tarikan yang boleh menarik minat murid seperti warna-warni dan lain-
lain. Kebanyakan guru menyediakan latihan-latihan untuk pengajaran
al-Quran atas inisiatif sendiri. Banyak contoh-contoh soalan latihan
yang diambil dari sekolah-sekolah yang di lawati yang kebanyakannya
dalam bentuk cetakan kertas pendua ataupun fotostat.

Justeru itu , pihak jabatan Pendidikan negeri dan pejabat pendidikan


daerah Kerian perlu mengambil inisiatif yang bersungguh-sungguh
untuk memanfaatkan apa yang telah dilakukan Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan dengan menerbitkan Modul bacaan dan latihan
Iqra yang lebih praktis dan interaktif yang boleh digunakan oleh
murid-murid pra sekolah bagi meningkatkan penguasaan bacaan al
quran mereka.

Bagi memperkukuhkan lagi kurikulum Asas Bahasa Al Quran, sistem


pembelajaran dan pengajaran al quran perlu di laksanakan dengan
lebih tersusun dan teratur dengan pelbagai kemudahan alat bantuan

97
mengajar dan program kursus kepada guru pendidikan Islam serta
penglibatan ibu bapa dan semua golongan masyarakat.

Cadangan bagi mempertingkatkan sistem pengajaran dan


pembelajaran al quran kearah menegakkan ayatullah dijiwa anak-
anak didik adalah : -

5.4.1 Pengajian Al-Quran diperkukuhkan di Peringkat Pra


Sekolah

Berdasarkan realiti yang ada dalam masyarakat Malaysia


hari ini usaha untuk mengatasi masalah kelemahan pelajar
membaca Al-Quran adalah perlu dimulakan daripada peringkat
rebung lagi iaitu seawal usia kanak- kanak kerana peringkat ini
murid-murid amat mudah menuturkan dan menguasai bacaan
sepertimana teori-teori bacaan yang telah dibentangkan di atas
.sesuatu bacaan di peringkat pra sekolah tidak boleh di ambil ringan
dengan meletakkan kemahiran yang sangat rendah dalam sukatan al
quran . Justeru itu satu kaedah dan sukatan kemahiran al quran yang
amat berkesan perlu di tetapkan untuk meningkatkan tahap
penguasaan bacaan al quran murid-murid. Oleh yang demikian
pengkaji mencadangkan supaya usaha mengatasinya
dilakukan di peringkat yang lebih awal, iaitu sebelum
mereka masuk ke seko1ah rendah adalah sangat realistik dengan
memperkenalkan dan melaksanakan bacaan Iqra dikalangan mereka.
Ketika itu ruang masa lebih selesa dan pemikiran mereka
masih belum terisi dengan maklumat-maklurnat lain dan
daya ingat mereka lebih kuat dan cerdas. Sabda Rasulullah
maksudnya, "Belajar dimasa kecil seperti mengukir di
alas batu " (Diriwayatkan oleh Tarmizi dan Baihaqi)
Baginda menyuruh mengajar Al-Quran kepada kanak-kanak
sejak kecil lagi. Sabda Baginda yang bermaksud "Didiklah
anak kamu dengan tiga perkura iaitu kasih kepada
98
rasulullah kasih kepada keluarganya dan mengajar
mnembaca Al- Quran, (diriwayatkan oleh Tbrani dari
Ali R.A). Ibn Khaldun mengatakan pengajaran AI-Quran
asas kepada semua pengajaran lain kerana ia merupakan
syair agama yang membawa kepada keteguhan aqidah
dan kekuatan iman. ( Abdullah Al-Nasih Ulwan, 1976:
160) Oleh itu Al-Quran perlu diajar kepada kanak-kanak
pad a awal Iagi ( Iman 1\1- Ghazali 1058) Kanak-kanak
yang berumur lima tahun adalah amat sesuai diajar Al-Quran
kerana mereka telah mumayyiz iaitu dapat membezakan

antara baik dengan yang buruk. Satu ketika dalam


sejarah awal Islam seorang wanita solehah ketika
menjawab pertanyaan AI-Mufdhil bin Zaid tentang
anaknya yang dikaguminya, berkata ; "Sernasa
umurnya genap lima tahun saya rnenghantarnya kepada
guru yang mengajarnya membaca dan mengahafaz Al-
Quran" Kanak-kanak di peringkat ini telah bersedia
untuk dihantar ke keIas pra sekolah. Di peringkat
ini mereka ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang
baru serta mencabar. Keinginan dan inisiatif mereka amat
penting dalam lingkungan umur tiga hingga enarn
tahun.( Ee Ah Meng. 1995:43). Bagi mereka sudah
tentu AI-Quran merupakan suatu yang baru dan
mencabar. Dengan dorongan dan tunj uk ajar yang baik
rnereka akan meneroka dan cuba menguasai sebutan
hingga dapat membacanya sendiri .. Mereka akan sedar
dan yakin bahawa mereka boleh dan AI-Quran bukan
suatu yang susah tetapi mudah, indah dan berfaedah
seperti firman Allah S.A.W. yang berrnaksud

( Sesunggunhnya karni permudahkan AI-Quran untuk


dihafaz, difaham dan diambil pengajaran). Mohamad
Ali AI Sabuni, 1981). Dari situ akan lahir pula dalan

99
diri mereka inisiatif untuk mengetahui dan memaharni
AI-Quran dan menghafaznya. Oleh itu disarankan
supaya bahasa Arab diiajar seiring dengan pengajian
AI-Quran supaya pelajar-pelajar diasuh rnernahaminya
Ibnu Sina dalam Kitabussiasah menasihatkan agar
memulakan pengajaran AI-Quran di peringkat kanak-
kanak lagi. Untuk itu perlu kepada persiapan mental
dan fizikal, kerana pada masa yang sarna mereka
akan belajar huruf-huruf hijaiyyah, membaca,
menulis dan asas-asas agama.( Dalam Abdulah Al-
Nasih Ulwan.1996:269). Adalah penting bagi pelajar
mernahami Al-Quran ketika mereka mempelajarinya.
Memahami makna merupakan faktor penting
untuk mengingati dan menguasai apa yang dipelajari
.. ( Hasan Syahatah,

1994: 126) . Cadangan ini sekiranya dilaksanakan dapat


membantu pelajar mencapai matalamat pendidikan Islam
sekolah menengah yang mahukan pelajar-pelajar
menguasai ayat-ayat al-quran (Sukatan Pelajaran
Pendidikan Islam) Sekiranya inisiatif pelajar tidak
digalakkan, di peringkat ini, perkembangan mereka
mungkin terjejas ( Pigeat dalam Ee Ah Meng , 1995:
43) menyebabkan mereka tidak minat lagi belajar
sesuatu yang mencabar seperti AI-Quran.

Oleh itu dicadangkan kepada pihak-pihak


yang bertanggungjawab, menyediakan pendidikan
pra-sekolah agar memberi tumpuan kepada
pengajian AI-Quran dan bahasa Arab.

Untuk merealisasikan cadangan ini pengkaji


mengesyorkan setengah jam ditambah untuk masa tasmik
seperti yang telah dilaksanakan diperingkat sekolah rendah namun

100
dipendekkan masa agar tidak memberatkan murid-murid di tahap
pra sekolah ini.

Bagi melicinkan pengajaran dan pembelajaran Al-


Quran, dicadangkan pengajian dibahagi kan kepada
dua peringkat iaitu;

i. Peringkat pengenalan (lebih kepada permainan ) murid 5 tahun

ii. Peringkat membaca buku Iqra-6 tahun

Di peringkat pengenalan dicadangkan para pelajar


belajar selama satu tahun iaitu bagi mereka yang
berumur lima tahun. Di peringkat ini mereka
diperkenalkan dengan huruf-huruf Al-Quran, latih tubi
menyebut huruf sehingga benar-benar fasih seterusnya tanda-
tanda baca yang terdapat dalam Al-Quran.
Serentak dengan itu mereka dilatih menyebut dan
menulis dengan betul.

101
Setelah pelajar-pelajar benar-benar mengenali huruf-
huruf Al-Quran , mereka hendaklah diajar
membaca buku iqra iaitu bagi murid yang berumur 6 tahun Di
sini guru hendaklah mempastikan pelajar-pelajar dapat
menyebut huruf-huruf dengan makhraj yang betul dan
menyempurnakan sifat-sifat huruf .

Untuk rnelaksanakan cadangan ini, perlu disusun


buku yang khusus untuk dijadikan teks pengajaran .

Di peringkat kedua murid akan membaca buku iqra


sendiri . Pengkaji mencadangkan supaya guru-guru dan
pelajar di peringkat ini menggunakan buku iqra yang telah
disediakan oleh pihak kementerian . Di peringkat kedua
ini guru perlu mengikuti langkah yang sejajar dengan
matlamat yang hendak yang dicapai. Guru
memperdengarkan bacaan contoh, mendengar bacaan
pelajar untuk membetulkan bacaan mereka dan
meminta pelajar melatih sendiri untuk dinilai pada
hari berikutnya. Manakala kaedah mendengar,
melihat, menulis, membaca hendaklah digunakan
supaya memperolehi kemahiran- kemahiran yang
diperlukan. Adalah diyakini dalam masa dua tahun
pelajar-pelajar dapat mengenalpasti huruf-huruf
AI-Quran dan mampu membaca iqra sendiri.

Masa tasmik perlu ditambah di dalam sesi pengajaran pra sekolah


sepertimana yang telah dilaksanakan ditahun satu sekolah rendah.
Namun demikian masa tasmik ini perlu dipendekkan masa hanya
setengah jam supaya murid-murid pra sekolah tidak merasa jemu
apabila melalui tempoh bacaan tasmik yang lama.

102
5.4.2 Pengajaran Al-Quran sekolah rendah dan menengah

Bagi meneruskan usaha menguasai bacaan al quran, seperti


mana yang ditegaskan, bahawa pendidikan adalah
suatu usaha yang berterusan (Falasafah Pendidikan
Negara). Pencapaian yang diperolehi di peringkat
Pra sekolah, walau bagaimana baik sekalipun,
tidak mencukupi tanpa disusuli di peringkat
sekolah rendah, kemudian menengah dan
seterusnya I ke universiti. Apa yang diperolehi di
peringkat pra sekolah hanya sebagai asas yang perlu
diperkukuhkan di sekolah rendah. Di sini guru
berpeluang memperbaiki kelemahan yang masih
ada dan melatih pelajar sehingga mencapai ketahap
lebih baik.

Sesuai dengan kitab suci yang menjadi panduan


kepada setiap muslim dan sejajar dengan
peranannya yang besar serta kesannya yang
mendalam sebagai penawar hati dan pengubat jiwa,
maka lima masa yang telah diperuntukkan bagi
bidang bacaan Al-Quran di sekolah rendah dan
menengah adalah satu tempoh yang perlu ditekankan kepada
murid agar kemahiran bacaan al quran dapat dikuasai dengan
sebaik

103
5.4.3. Pengajaran Al-Quran di Maktab dan di Universiti.

Seterusnya bagi mencapai hasrat dan matlamat pengajaran


AI-Quran yang terkandung dalam sukatan mata pelajaran
pendidikan Islam di Pra sekolah , sekolah rendah dan
menengah adalah untuk memberi kemahiran kepada
setiap pelajar muslim supaya mereka dapat membaca dan
beramal dengan ajarannya . Ini selaras dengan
kehendak Islam yang mewajibkan setiap penganutnya
belajar AI-Quran bermula dari membaca sehingga dapat
memahami dan beramal dengannya. (AI- Baqarah: 15 J
), dengan matlamat jangka panjang yang murni ini
sekiranya dilaksanakan dengan baik dan berkesan akan
melahirkan generasi muslim yang mahir membaca AI-
Quran Sekalipun mereka bukan guru agama . Apabila
semua kemah iran ini dimiliki setiap guru muslim,
ketika itu mereka boleh membantu guru agama
yang bilangan mereka adalah terhad untuk
mengendalikan pengajaran AI-Quran . Untuk
memastikan cadangan ini dapat dilaksanakan di sekolah,
dicadangkan kepada pihak kementerian pendidikan
supaya pelajar membaca AI-Quran dijadikan
sebahagian daripada mata pelajaran pendidikan Islam di
maktab dan universiti dan di uji bacaannya serta lulus
bagi semua pelajar muslim.

104
Kemahiran membaca Al-Quran akan kekal pada
seseorang muslim selama mana beliau terus
membacanya dari masa ke semasa. Sebaliknya ia akan
hilang dengan cepat bila amalan tersebut ditinggalkan.

5.4.4 Peranan guru dalam usaha mengatasai masalah


kelemahan membaca Al-Quran

Untuk mempastikan kejayaan pelajar, guru-guru


AI-Quran hendaklah terdiri daripada mereka yang
mempunyai kelayakan yang cukup. Tidak cukup
dengan hanya mengetahui hukum-hukum Tajwid
secara teori tetapi mestilah mahir membacanya
dengan makhraj yang betul serta menjaga sifat-sifatnya
dengan sempuma. Mereka juga mesti tahu bahasa Arab
dan faham setiap apa yang dibaca dan diajar kepada
murid serta tahu sejarahnya. Tanpa mengetahui makna
dan maksud, tidak mungkin mereka dapat membaca
dengan betul. Ketika membaca AI- Quran, nada
hendaklah sesuai dengan makna dan mesej yang
hendak disampaikan seperti mana yang telah dilakukan
oleh Rasulullah SA W. Bila disebut huruf mestilah dengan
sebutan yang betul dan dapat didengari oleh murid terutama murid
yang belum lagi menunjukkan minat terhadap bacaan al quran .
mereka ini perlu di berikan alat bantu mengajar yang akan
membangkitkan minat mereka untuk mengikuti bacaan guru . Alat
permainan yang bersesuaian bagi kemahiran membaca huruf al
quran perlu di berikan kepada murid –murid agar mereka tidak
merasa jemu menyebut huruf berulang-ulang kali.

Bagi mengukuhkan lagi penguasaan mereka latihan menulis huruf

105
juga perlu ditekankan kepada murid –murid kerana disamping
mereka dapat menguasai sebutan huruf mereka juga dapat
menguasai kemahiran menulis huruf-huruf hijaiah. Pihak
kementerian dan JPN juga perlu menggiatkan kursus-kursus
penedahan kaedah dan teknik pengajaran juga perlaksanaan
kurikulum Pendidikan Al Quran.

Buku –buku aktiviti latihan menulis huruf-huruf iqra yang banyak


dipasaran perlu berikan kepada murid-murid agar latihan Yang
dibuat akan membolehkan mereka mengenal dengan lebih kukuh
huruf-huruf iqra tersebut.

Tegasnya, bahawa dengan menggunakan kaedah pengajaran yang


terancang ,tersusun dan pelbagai bentuk pengajaran dengan
menggunakan alat bantu mengajar yang lebih praktis, kanak-
kanak prasekolah akan lebih terdorong untuk belajar dan mereka
akan lebih rasa selesa serta seronok tanpa mengalami sebarang
tekanan sepanjang proses pembelajaran

Sepertimana mengajar matapelajaran yang lain, guru-


guru AI- Quran perlu mendapat latihan yang berkaitan
dengan cara dan kaedah mengajar AI-Quran. Mereka
perlu didedahkan dengan teori-teori pembelajaran
dan pengajaran supaya dapat dijadikan panduan
ketika berinteraksi dengan pelajar. Oleh kerana mereka
juga perlu bertindak sebagai guru bahasa maka Iatihan
khusus perlu diberi di samping latihan umum untuk
manjadi seorang guru (Lado: J 980; Dalam RadhiJh
1995). Lebih khusus lagi kepada guru-guru AI-Quran
perlu didedahkan dengan kaedah pengajaran Al-Quran
secara khusus.

106
Para guru, khususnya guru-guru AI-Quran hendaklah
menjadikan diri mereka sebagai contoh dan ikutan
yang baik. Mereka mestilah menghiaskan diri mereka
dengan sifat-sifat kasih sayang, lemah lembut, amanah
dan ikhlas (Imam AI-Ghazali, Jilid I: 49) Mereka perlu
sabar di atas kelemahan pelajar sifat kasihan belas
perlu ditunjukkan kepada mereka, tetapi dalam waktu
yang sarna guru mesti besikap tegas terhadap pelajar-
pelajar yang melakukan kesalahan dengan sengaja.

5.4.5 Media massa

Selain daripada apa yang disebut di atas peranan


media elektronik seperti 'radio dan telivesyen amat
penting dalam usaha membantu pelajar mencapai
kemahiran AI-Quran .. Kedua-duanya banyak mempengaruhi
pelajar khususnya kanak-kanak. Oleh itu dicadangkan
kepada pihak yang bertanggungjawab supaya diadakan
siaran khas bacaan Al-Quran pada waktu yang sesuai untuk
memberi peluang kepada pelajar mendengamya.
Rancangan ini bukan sahaja boleh membantu pelajar
tetapi sekaligus berperanan sebagai penghibur yang
hakiki pada hati yang duka , dan mengubati jiwa
pelajar yang ternoda dan derita. Ini ditegaskan oleh
Allah sendiri dalam FirmaNya yang bermaksud : " Orang
yang beriman dan penuh hal; mereka dengan
mengingati Allah. Tidak kah dengan mengingati Allah itu
boleh menenangkan hati, (AI-Ra'd: 28)

5.4.6 Kesedaran dan motivasi.

Salah satu faktor yang penting dalam pembelajaran


ialah motivasi. Ia adalah berkaitan dengan minat dan

107
dan pembelajaran dan pada takat itu adalah menjadi
asas kepada pembelajaran ( Crow dan Crowtaj Habibah
Elias, 1983: 297 dalam Mohamad Idris 1996). Mereka
perlu ditanam dan dipupuk dengan minat membaca Al-
Quran sejak dari awal lagi. Ibubapa hendaklah menjadi
contoh tauladan dan surmber inspirasi bagi anak-anak
dengan selalu membaca Al-Quran di rumah mereka.
Sifat kanak-kanak yang suka meniru akan mengikut
jejak langkah ibubapa mereka. Ibubapa perlu
membimbing anak-anak di samping sentiasa mernberi
dorongan dan galakan kepada meraka agar menjadi
seorang tokoh ulama' dan memimpin masyarakat yang
disegani dan dihormati. Perlu ditanam dalam minda
kanak-kanak bahawa membaca dan memahami Al-
Quran adalah kewajipan utama setiap muslim. Ia
menjadi syarat untuk menjadi seorang ulama' dan
pemimpin yang berwibawa. Untuk itu didikan rohani
perlu diberi perhatian yang bersungguh-sungguh
sehingga lahir dalam diri mereka rasa kasih dan cinta
kepada Al-Quran. Ketika itu mereka akan lebih banyak
berusaha sendiri untuk mendapat kejayaan yang
cemerlang. Peghargaan yang sewajamya perlu diberi
kepada kanak-kanak yang tamat dan pandai membaca
Al-Quran samada dalam bentuk hadiah atau wang
ringgit. Di samping itu pengiktirafan masyarakat
terhadap kejayaan mereka perlu supaya mereka
merasakan bahawa usaha mereka dihargai dan kebolehan
mereka dipandang tinggi.

Selain daripada dorongan yang berbentuk spiritual


seperti yang dinyatakan diatas, perlu ada suatu dorongan
yang lebih nyata, iaitu dengan cara memasukkan ujian
bacaan Al-Quran dalam semua peringkat peperiksaan;
samada diperingkat rendah, menengah dan
108
universiti. Oengan cara yang demikian setiap pelajar
akan sentiasa bersungguh sungguh mempelajari AI-Quran
untuk mempastikan kejayaan mereka dalam peperiksaan
tidak terjejas.

5.4.7 Penyeliaan ibubapa.

Walau sebaik manapun sesuatu sistem diwujudkan dan


selengkap manapun rancangan itu disusun tanpa
penyelian yang cukup tidak mungkin mencapai sasaran
yang ditetapkan .. Kemungkinan akan tinggal rancangan dan
masalah terus tidak terhurai. Beberapa pandangan dan
cadangan yang dikemukakan di atas dirasakan tidak
lengkap tanpa sesuatu yang boleh menjadi pemangkin
kepadanya iaitu penyeliaan ibubapa. Ibubapa hendaklah
mengawasi anak-anak mereka setelah keluar dari bilik
darjah. Jangan sekali-kali biarkan mereka menghabiskan
masa lapang dengan kegiatan yang tidak berfaedah.
Pastikan mereka membaca apa yang dipelajari dan
menulis apa yang diajar setiap hari. Supaya pelajaran
mereka tidak ketinggalan dan kemahiran AI-Quran mereka
terus berkembang.

109
PENUTUP

Diakhir kerja kursus ini, saya dapat simpulkan bahawa kaedah iqra ini
adalah satu Kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai
ilmu al-Quran, jika ada seseorang menyatakan bahawa dia tidak boleh
membaca al-Quran, itu sememangnya alasan yang tidak boleh
diterima kerana pelbagai cara telah diperkenalkan untuk seseorang itu
belajar ilmu al-Quran. Jadi, kita semua hendaklah berusaha
mengembeling tenaga daripada semua pihak bagi merealisasikan
pencapaian penguasaan alquran terjulang di setiap bibir anak didik
semua . kementerian pelajaran perlu berusaha lebih giat lagi bagi
melaksanakan kaedah iqra dalam kemahiran al quran dikalangan
murid pra sekolah seterusnya program enam bulan khatam al-
Quran ,bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Jadi, pelaksanaan program ini satu langkah bijak untuk memastikan


generasi akan datang menguasai ilmu al-Quran. program ini bukan
sahaja memberi manfaat kepada pelajar malah turut memberi
kemudahan kepada guru-guru dalam mengajar ilmu al-Quran.
Disamping itu peranan ibu bapa tidak dinafikan dalam proses
mempertingkatkan penguasaan bacaan al quran yang bermula dari
peringkat seawal usia. Maka rumah adalah satu tempat benih dan
tunas ini akan bercambah seterusnya hendaklah dibajai oleh para guru
disekolah. kaedah bacaan iqra ini perlu dilaksanakan dengan
bersungguh-sungguh bagi menghasilkan impak iaitu anak didik yang
dapat membaca al quran dengan penuh kefasihan

Kesimpulannya,tiada alasan untuk mengatakan susah untuk


mempelajari al-Quran kerana kaedah iqra ini adalah satu kaedah

yang sangat mudah dan memudahkan yang disediakan untuk


seseorang itu mempelajari ilmu al-Quran.

110
RUJUKAN

Ahmad Mohd Salleh,( 2011 ) Kurikulum,Metodologi dan Pedagogi


Pengajian Islam.Edisi Kedua.KPLI Pengajian Islam & j-QAF.

Abdul Halim El-Muhammady (1991). Pendidikan Islam, falsafah


disiplin dan peranan pendidik, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Salam.

AB Rahim Md. Arshad. (2000). Kajian keberkesanan perlaksanaan


kaedah Iqra’ di Sekolah-Sekolah Rendah daerah Kulai. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia

Al-Qardhawi, Yusuf. 2010. Menghafal al-Quran; Seri Tarbiyah.


Mizan. Bandung.

Anifriza. 2003. Pelaksanaan pengajaran al-Quran dengan metode


Tartil: satu tinjauan di sebuah Sekolah Rendah Bandar Padang.
Laporan Skripsi Sarjana. Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri
(STAIN) Batu Sangkar.

Azira Mohd Nasir. 2009. Bantu usaha kerajaan lahir modal insan celik
al-Qur’an. Sinar Harian, 19 April

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral.2004. Buku


Panduan Perlaksanaan Model-model Pengajaran dan Pembelajaran
dan Kokurikulum Tahun 1.
British Toy & Hobby Association. (2001). Child development depends
on play and toys. Diperolehi November 29, 2005, dari
http://www.btha.co.uk/pr

faktor Memepengaruhi: Satu Kajian Di Sekolah Menengah


Kebangsaan Kayu Ara Pasong Pontian, Johor. Bachelor's thesis,
Universiti Teknologi Malaysia.

111
Essa, E. (1992). Introduction to early childhood education. New York:
Delmar Publishers Inc.

Esah Abdullah. 2007. Konvensyen Pendidikan j-QAF. http://w.w.w.


Terengganu.gov.my/ukom/beritapenuh.php?beritakod=892. Diakses
pada 23 April 2007
Gestwicki, C. (1995). Developmentally appropriate practice:
Curriculum and development in early education. New York: Delmar
Publisher Inc.

Ibn Khaldun. 2000. Muqadimah Ibn Khaldun. Terj. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Internet; http://www.ujanailmu.com.my/pd_sejarah_dan.cfm

Internet; http://eprints.utm.my/2844/1/75184.pdf

Ismail Masyhuri Al-Hafiz.( 1993 ).Fadhilat Membaca dan Menghafaz


Al-Quran serta panduan menghafaznya,Penerbit ;Syarikat Nurul
Has.

Kamarulzaman Abdul Ghani, Khadijah Abdul Razak dan


Mohamed Amin Embi. 2003. Tahap amalan pengajaran guru-guru
Pendidikan Islam dan Bahasa Arab: Satu kajian di sekolah-sekolah
menengah agama di Kelantan. Prosiding Wacana Pendidikan Islam
Siri 2. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Agama Republik Indonesia. 2000. Strategi pendidikan


al-Quran di Indonesia. Jakarta.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Kurikulum


Prasekolah Kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Kurikulum Prasekolah


Kebangsaan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Modul pengajaran


pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
112
McMilan, J.H, & Schumacher, S. (1989). Research in Education, A
Conceptual Introduction. 2nd Edition. London: Scott, Feresman and
Company.

Mertens, D.M. (1998). Research methods in education and psychology


: integrating diversity with quantitative & qualitative approaches.
Thousand Oaks: Sage Pub

Masnan Jemali. 2005. Tahap Penguasaan al-Qur’an di Kalangan


Pelajar Sekolah Menengah di Perak: Prosiding Wacana Pendidikan
Islam Siri ke 4., Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Alwi Yusoff, Adel M. Abdulaziz, & Ahmad Kamel Mohamed.
(2003). Keberkesanan iqra' sebagai kaedah pembelajaran membaca al-
Quran. Kuala Lumpur: Mes Enterprise.

Mohd Aderi Che Noh. 2004. Celik al-Quran di kalangan pelajar


tingkatan satu Zon Pudu Kuala Lumpur. Projek Penyelidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Md. Jaafar., Mohd Adli and Wan Embong, Wan


Hassan (2002) Perlaksanaan Kaedah Iqra Dalam Tilawah Al-quran
Satu Satu Kajian Kes Di Sekolah Kebangsaan Sg. Balang Darat,muar,
Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Mohammad Naim Mat Salleh. 2003. Pencapaian tilawah al-Quran


melalui Kaedah Iqra’ di sekolah-sekolah rendah kebangsaan daerah
Setiu, Terengganu. Projek Penyelidikan. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Mok Soon Sang. 2000. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur.
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mohamad Sabri Satar. 2001. Keberkesanan kaedah Hattawiyyah


dalam pembelajaran tilawah al-Quran. Projek Penyelidikan.

113
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Yusuf Ahmad,( 2004 ) Sejarah dan Kaedah Pendidikan Al
Quran.Cetakan Ketiga.Penerbit Universiti Malaya.

Nor Kamaliah. 2006. Satu kajian mengenai kaedah pengajian al-Quran


yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Kelantan. Fakulti
Usuluddin Akademik Islam. Universiti Malaya.

Nofrizal. 2006. Hubungan minat dengan kebolehan membaca al-


Quran di kalangan pelajar Madrasah Diniyah Awaliyah luar bandar di
Sumatera Barat. Projek Penyelidikan. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Raihan Mohd Nordin. 2000. Penguasaan kemahiran membaca al-


Quran di kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan Gurun
Kedah Darul Aman. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ramlan Ahmad. 2000. Kemahiran membaca al-Quran dan jawi


pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh: satu kajian kes. Projek
Penyelidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rohizani Yaakub, Shahabudin Hashim dan Mohd Zohir Ahmad.


2005. Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan.
Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som. (1999). Isu Pendidikan
di Malaysia, Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distrutions Sdn. Bhd

Shulman, L. S. 1987. Knowledge and teaching: Foundations of


the new reform. Harvard Educational Review, 50.

Sulaiman Ngah Razali. 1997. Pedagogi teori dan praktik. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
114
LAMPIRAN MUKA
SURAT

A Surat Kebenaran Menjalankan Kajian


113

B Soalan Ujian Bacaan Iqra


114

C Borang Penilaian Ujian Bacaan Iqra


116

D Borang Soal Selidik Bacaan Iqra


118
LAMPIRAN

11 Mac2015

TO WHOM IT MAY CONCERN Dear Sir/Madam,

CONFIRMATION OF STUDENT'S REGISTRATION

This is to certify that SURAIYA BINTI HJ OMAR is enrolled as a


student in our MASTER OF ISLAMIC STUDIES (MIST) Pogramme.

For your information, SURAIYA BINTI HJ OMAR is in her 4th


semester (January 2015) and she is currently doing her Master's
Project (AMST51 06).

Details of the students are as follows:

I/C No. : 701104-0-25934

Matric No. : CGS00922925

Intake : JANUARY 2014

Expected Date of Completion : MAY 2015

We greatly appreciate any assistance that you can give to


SURAIYA BINTI HJ OMAR. If you have any enquiries, please do not
hesitate to contact me at 03-2773 2227 /2225. Thank you.

Yours sincerely,

DR. ROZEMAN ABU HASSAN

Dean Faculty of Applied Social Science

Status Company

Malaysia, Jalan Tun Ismail, 50480' Kuala Lumpur. Tel: 603-2773 2002 Fax: 603-2697 8824

UJIAN BACAAN IQRA’ CEPAT


‫___________________________ ‪NAMA MURID :‬‬ ‫___________________ ‪KELAS :‬‬

‫ح‬ ‫ح‬ ‫ح‬


‫تأ ح‬‫ح‬ ‫ج‬
‫ث ح‬
‫ح‬ ‫ت‬
‫أ ح‬
‫ح‬
‫خ‬ ‫ب‬
‫ح‬
‫حز حر‬ ‫ت‬ ‫ح‬
‫خ ح‬ ‫خ دح ذح‬
‫ح‬
‫س‬
‫ح‬ ‫دح‬
‫ط ح‬
‫ظ‬ ‫ح‬ ‫ص حر‬ ‫ح‬ ‫ت‬
‫ش ح‬
‫ح‬
‫عح‬ ‫ض‬
‫ح‬ ‫حز‬
‫ف قح‬
‫ح‬ ‫ح‬
‫ظ عح‬ ‫د ح غح ح‬
‫ظ‬
‫ح‬
‫ظ‬ ‫غح‬
‫غح ح‬
‫م‬ ‫غح ح‬
‫ل‬ ‫قح ح‬
‫ك‬
‫ض‬
‫ح‬ ‫ح‬
‫ظ‬ ‫ف‬
‫ح‬
‫ه ح يح ح‬
‫خ‬ ‫ل غح‬
‫وح ح‬ ‫ن غح‬
‫ح‬
‫ش‬
‫ح‬
NAMA MURID : ___________________________ KELAS : ___________________

‫بوثي باريس أتس‬


‫خ د ح ذ ح حر حز‬
‫ح ح‬ ‫ح‬
‫ج ح‬
‫ث ح‬
‫ت ح‬
‫ب ح‬
‫أ ح‬
‫ط ح‬
‫ظ‬ ‫ض ح‬
‫ص ح‬
‫ش ح‬
‫س ح‬ ‫ح‬
‫عح غح‬
‫ن وح هح حء‬
‫م ح‬
‫ل ح‬ ‫ف قح ح‬
‫ك ح‬

‫يح‬
‫ل ح‬
‫ك قح‬ ‫م ح‬
‫ن ح‬
‫ي حء ه ح وح ح‬
‫ف‬
‫ح‬
‫ش‬
‫ص ح‬
‫ض ح‬ ‫ظ ح‬
‫ط ح‬ ‫غ عح ح‬
‫س‬
‫ح‬
‫ث‬
‫ج ح‬
‫ح ح‬ ‫ز حر ذ ح د ح ح‬
‫خ ح‬
‫بأ‬
‫ت ح‬
‫ح‬
‫___________________________ ‪NAMA MURID :‬‬ ‫___________________ ‪KELAS :‬‬
Lampiran ‫ط‬
A ‫أأ‬

‫ أ‬Omar
Suraiya binti‫ظ‬ ‫ب‬
‫أ‬
Sarjana Pengajian Islam
‫ع‬
‫أ‬
Universiti Terbuka Malaysia ‫ت‬
‫أ‬
‫أ‬
‫غ‬ ‫ث‬
‫أ‬
‫ف‬
‫أ‬ ‫ج‬
‫أ‬
‫قأ‬ ‫ح‬
‫أ‬
‫أ‬
‫ك‬ ‫أ‬
‫خ‬
‫أ‬
‫ل‬ ‫أد‬
‫م‬
‫أ‬ ‫أذ‬
‫ن‬
‫أ‬ ‫أر‬
‫و‬
‫أ‬ ‫أز‬
‫هأ‬ ‫س‬
‫أ‬
‫ءأ‬ ‫ش‬
‫أ‬
‫ي‬
‫أ‬ ‫ص‬
‫أ‬
‫ض‬
‫أ‬

Tuan/Puan

Merujuk kepada perkara di atas adalah dengan segala hormatnya saya


memohon kerjasama tuan/puan bagi mengisi borang soal selidik ini yang bertujuan
untuk mengumpulkan data bagi kajian yang bertajuk “ Tahap Pencapaian Bacaan
Iqra Dalam Kemahiran Al Quran Dikalangan Murid Pra Sekolah”

Untuk pengetahuan tuan/puan, kajian ini merupakan kajian untuk Kertas Projek
Sarjana Pengajian Islam yang diikuti oleh saya. Kajian ini bagi menyelesaikan
Kursus Sarjana Pengajian Islam Universiti Terbuka Malaysia yang sedang saya
jalani sekarang
Justeru itu adalah diharapkan agar tuan/puan dapat menjawab soalan-soalan
dalam borang soal selidik ini dengan jujur dan jelas demi masa depan penguasaan
al quran di Malaysia.

Segala kerjasama yang tuan/puan berikan adalah dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian. Wassalam.

Yang benar,

………………………
( Suraiya Binti Omar)
Lampiran B

BORANG SOAL SELIDIK

Nama Guru/Ibu Bapa : …………………………………………………..

Pekerjaan : ………………………………….

Bagi setiap item, sila bulatkan untuk menyatakan pendapat anda


mengikut skala yang diberikan.

Setuju
Tidak setuju
No Perkara

Tidak pasti

Sangat setuju
Sangat tidak
setuju
1 2 3 4 5
A) PENGAJARAN GURU
1 Adakah murid mudah menyebut huruf
hijaiah

2 Adakah murid mudah membunyikan


huruf berbaris atas
3 Adakah kaedah bermain berkesan di
dalam pengajaran iqra
4 Adakah kaedah tasmik lebih berkesan
didalam pengajaran iqra
5 Adakah aktiviti rakan sebaya berkesan di
dalam pengajaran iqra
B) PENGLIBATAN IBU BAPA
1
Adakah anak-anak lebih mudah
membaca iqra

2
Adakah anak-anak lebih mudah
menyebut huruf hijaiah
3
Adakah anak menyukai buku iqra

4
Adakah kaedah iqra lebih berkesan
diajar kepada anak-anak
5
Adakah kaedah iqra akan terus
digunakan bagi meningkatkan tahap
penguasaan al quran

You might also like