You are on page 1of 49

PELAKSANAAN KSSR PENDIDIKAN KHAS

(PENDIDIKAN JASMANI) BERMASALAH


PEMBELAJARAN

RUSTAM BIN SIIS

DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK


MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS)
(MOD PENYELIDIKAN DAN KERJA KURSUS)

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2018
v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan guru terhadap Kurikulum
Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Pendidikan Jasmani
Bermasalah Pembelajaran daripada empat aspek utama iaitu kurikulum, kemahiran
dan pengendalian, pentaksiran dan pelaksanaan. Seramai 122 orang guru Program
Pendidikan Khas Integrasi di Daerah Larut Matang dan Selama dipilih secara
pensampelan rawak. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferens.
Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan kurikulum guru adalah tinggi (min 4.13,
sisihan piawai 0.41). Tahap pengetahuan guru terhadap kemahiran dan keupayaan
pengendalian adalah tinggi (min 3.94, sisihan piawai 0.38), dan tahap pengetahuan
guru terhadap pentaksiran adalah tinggi (min 3.94, sisihan piawai 0.41), manakala
tahap pelaksanaan aktiviti jasmani suaian terhadap KSSRPK Pendidikan Jasmani
Bermasalah Pembelajaran juga tinggi (min adalah 4.21, sisihan piawai 0.37). Dapatan
kajian mendapati tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan (p=0.841;
p>0.05) pada nilai F=0.173 bagi perbezaan antara tempoh pengalaman mengajar guru
dengan pelaksanaan aktiviti jasmani suaian. Manakala bagi perbezaan antara latihan
pendidikan khas guru dengan aktiviti jasmani suaian tidak terdapat perbezaan skor
min yang signifikan (p=0.531 ; p>0.05) pada nilai F=0.886. Kajian juga mendapati
wujud hubungan tahap pengetahuan guru terhadap kurikulum KSSRPK Pendidikan
Jasmani Bermasalah Pembelajaran dengan pelaksanaan aktiviti jasmani suaian
(r=0.456), terhadap kemahiran dan keupayaan pengendalian KSSRPK Pendidikan
Jasmani dengan pelaksanaan aktiviti jasmani suaian (r=0.532), dan tahap pengetahuan
guru terhadap pentaksiran KSSRPK Pendidikan Jasmani dengan pelaksanaan aktiviti
jasmani suaian (r=0.606).Kesimpulan kajian ini menunjukkan bahawa tahap
pengetahuan guru memberi kesan secara langsung dalam aspek kurikulum,
kemahiran, pentaksiran dan pelaksanaan aktiviti jasmani suaian dalam kalangan murid
Bermasalah Pembelajaran.Implikasi kajian adalah guru pendidikan khas mempunyai
keupayaan untuk melaksanakan subjek pendidikan jasmani dengan berkesan.
vi

THE IMPLEMENTATION OF KSSR SPECIAL EDUCATION (PHYSICAL


EDUCATION) FOR LEARNING DIFFICULTIES

ABSTRACT

This study was conducted to evaluate the level of teacher knowledge on the Special
Education Primary School Standard Curriculum (KSSRPK) Learning Difficulties in
Physical Education from four main aspects in curriculum, skills and management,
assessment and implementation. A total of 122 Integrated Special Education Program
teachers in Larut Matang and Selama areas were randomly selected. The data were
analyzed using descriptive and inferential statistics. The results showed that the level
of teacher curriculum knowledge was high (mean 4.13, standard deviation 0.41). The
level of teacher's knowledge of the skills and handling capability was high (mean
3.94, standard deviation 0.38), and the level of teacher's knowledge of the assessment
was high (mean 3.94, standard deviation 0.41), while the level of physical activity
performed on KSSRPK Physical Education of Learning Difficulties was high (min is
4.21, standard deviation 0.37). The findings showed that there was no significant
difference in mean score (p=0.841; p> 0.05) at F=0.173 for the difference between
teacher teaching experience and physical activity. While for the difference between
the special education of teachers and physical activity there was no significant mean
difference (p=0.531; p> 0.05) at F=0.886. The study also found that there was a
correlation between the knowledge level of the teacher towards the curriculum of
KSSRPK Physical Education of Learning Difficulties with the implementation of
physical activity (r=0.456), on the skill and ability of handling the Physical Education
KSSRPK with the implementation of physical activity (r=0.532) assessment of
KSSRPK Physical Education with the implementation of physical activity (r=0.606).
The conclusion of this study shows that the level of teacher knowledge has a direct
impact on curriculum, skills, assessment and implementation of physical activity
among Pupils of Learning Difficulties. The implication of the study is that special
education teachers have the ability to effectively implement the subject of physical
education.
vii

KANDUNGAN

Muka Surat

PENGAKUAN ii

BORANG PENGESAHAN PENYERAHAN iii


DISERTASI

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xviii

SENARAI SINGKATAN xix

SENARAI LAMPIRAN xx

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 5

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Tujuan Kajian 13

1.5 Objektif Kajian 14

1.6 Soalan Kajian 15

1.7 Hipotesis Kajian 16


viii

1.8 Kerangka Konseptual Kajian 18

1.9 Model Penilaian CIPP 19

1.10 Kepentingan Kajian 23

1.11 Batasan Kajian 26

1.12 Definisi Operational 27

1.12.1 Guru Pendidikan Khas 27

1.12.2 Program Pendidikan Khas Integrasi 28

1.12.3 Bermasalah Pembelajaran 29

1.12.4 Aktiviti Jasmani Suaian 30

1.12.5 Pengalaman Mengajar 31

1.13 Rumusan 32

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 33

2.2 Pendekatan Teori Dan Model 35

2.2.1 Model Kecekapan Iceberg 35

2.2.2 Model Konseptual Kurikulum 37

2.2.3 Penguasaan Model Kecekapan Iceberg


Dalam Kajian 40

2.3 Kajian Berkaitan Pengetahuan Guru 40

2.4 Kajian Berkaitan Pengetahuan Kurikulum 44


Guru

2.5 Kajian Berkaitan Pengetahuan Kemahiran


Dan Keupayaan 47

2.6 Kajian Berkaitan Pentaksiran Guru 50


ix

2.6.1 Peperiksaan Tidak Adil Kepada Semua


Pelajar 52

2.6.2 Peperiksaan Menyekat Perkembangan


Pelajar dalam Jasmani, Emosi, Rohani,
Intelek (JERI) 53

2.6.3 Peperiksaan Menyekat Kreativiti


Pelajar 53

2.6.4 Pengiktirafan Yang Keterlaluan dalam


Akademik 54

2.7 Kajian Berkaitan Aktiviti Jasmani Suaian 55

2.8 Kajian Berkaitan Pengalaman Mengajar 56


Guru

2.9 Kajian Berkaitan Latihan Guru 57

2.10 Rumusan 58

BAB 3 MATEDOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 59

3.2 Reka Bentuk Kajian 60

3.3 Tempat Kajian 61

3.4 Populasi dan Pensampelan 61

3.5 Ralat Pensampelan 64

3.6 Instrumen Kajian 66

3.7 Kajian Rintis 69

3.7.1 Kesahan 70

3.7.1.1 Kesahan Kandungan 70

3.7.2 Kebolehpercayaan 73
x

3.7.2.1 Nilai Kebolehpercayaan


Cronbach Alpa 73

3.8 Prosedur Pengumpulan Data 77

3.9 Prosedur Analisis Data 78

3.9.1 Statistik Deskriptif 85

3.9.2 Statistik Inferensi 85

3.9.3 Ujian Anova 81

3.10 Rumusan 82

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 83

4.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 84

4.3 Profil Responden 86

4.3.1 Jantina 87

4.3.2 Pengalaman Mengajar Pendidikan


Khas 88

4.3.3 Latihan / Kursus PendidiKan Khas 88

4.3.4 Pengalaman dan Tempoh Mengajar


Pendidikan Jasmani 89

4.4 Analisa Deskriptif 90

4.4.1 Tahap Pengetahuan Guru Terhadap


Kurikulum KSSRPK Pendidikan
Jasmani Bermasalah Pembelajaran 90

4.4.2 Tahap Pengetahuan Guru Terhadap


Kemahiran dan Keupayaan
Pengendalian KSSRPK Pendidikan
xi

Jasmani Bermasalah Pembelajaran 93

4.4.3 Tahap Pengetahuan Guru Terhadap


Pentaksiran KSSRPK Pendidikan
Jasmani Bermasalah Pembelajaran 96

4.4.4 Tahap Pelaksanaan Aktiviti Jasmani


Suaian Terhadap KSSRPK Pendidikan
Jasmani Bermasalah Pembelajaran 99

4.5 Pengujian Hipotesis 102

4.5.1 Perbezaan Antara Tempoh Pengalaman


Mengajar Guru dengan Aktiviti
Jasmani Suaian 103

4.5.2 Perbezaan Antara Latihan Pendidikan


Khas Guru Dengan Pelaksanaan
Aktiviti Jasmani Suaian 104

4.5.3 Hubungan Antara Tahap Pengetahuan


Guru Terhadap Kurikulum KSSRPK
Pendidikan Jasmani Bermasalah
Pembelajaran Dengan Pelaksanaan
Aktiviti Jasmani Suaian 106

4.5.4 Hubungan Antara Tahap Pengetahuan


Guru Terhadap Kemahiran dan
Keupayaan Pengendalian KSSRPK
Pendidikan Jasmani Bermasalah
Pembelajaran dengan Pelaksanaan
Aktiviti Jasmani Suaian 107

4.5.5 Hubungan Antara Tahap Pengetahuan


Guru Terhadap Pentaksiran KSSRPK
Pendidikan Jasmani Bermasalah
Pembelajaran dengan Pelaksanaan
Aktiviti Jasmani Suaian 108

4.6 Rumusan Dapatan Kajian 110

4.6.1 Soalan Kajian 110

4.6.2 Hipotesis Kajian 111


xii

4.7 Kesimpulan 112

BAB 5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 113

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 114

5.2.1 Tahap Pengetahuan Guru Terhadap


Kurikulum KSSRPK Pendidikan
Jasmani Bermasalah Pembelajaran 114

5.2.2 Tahap Pengetahuan Guru Terhadap


Kemahiran dan Pengendalian
KSSRPK Pendidikan Jasmani
Bermasalah Pembelajaran 116

5.2.3 Tahap Pengetahuan Guru Terhadap


Pentaksiran KSSRPK Pendidikan
Jasmani Bermasalah Pembelajaran 118

5.2.4 Tahap Pelaksanaan Aktiviti Jasmani


Suaian Terhadap KSSRPK Pendidikan
Jasmani Bermasalah Pembelajaran 121

5.2.5 Perbezaan Antara Tempoh


Pengalaman Mengajar Guru Dengan
Pelaksanaan Aktiviti Jasmani Suaian 122

5.2.6 Perbezaan Antara Latihan Pendidikan


Khas Guru Dengan Pelaksanaan
Aktiviti Jasmani Suaian 123

5.2.7 Hubungan Antara Tahap Pengetahuan


Guru Terhadap Kurikulum KSSRPK
Pendidikan Jasmani Bermasalah
Pembelajaran Dengan Pelaksanaan
Aktiviti Suaian 125

5.2.8 Hubungan Antara Tahap Pengetahuan


Guru Terhadap Kemahiran dan
Keupayaan Pengendalian KSSRPK
Pendidikan Jasmani Bermasalah
Pembelajaran Dengan Pelaksanaan
xiii

Aktiviti Suaian 128

5.2.9 Hubungan Antara Tahap Pengetahuan


Guru Terhadap Pentaksiran KSSRPK
Pendidikan Jasmani Bermasalah
Pembelajaran Dengan Pelaksanaan
Aktiviti Suaian 130

5.3 Implikasi Kajian 132

5.4 Sumbangan Kajian 134

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 137

5.6 Kesimpulan 138

RUJUKAN 140

LAMPIRAN
xiv

SENARAI JADUAL

No.Jadual Muka Surat

1.1 Data Pemantauan Pelaksanaan Pendidikan


Jasmani PPKI (Rendah) Negeri Perak 2014 8

3.1 Senarai Sekolah dan Bilangan sampel 63

3.2 Penentuan Saiz Sampel 65

3.3 Saiz Sampel Para aras Kesignifikanan p 66


>.05

3.4 Pembahagian Instrumen Kajian 68

3.5 Skala Likert 69

3.6 Formula Kesahan Pakar 72

3.7 Kesahan Instrumen Pakar (N=5) 72

3.8 Kebolehpercayaan Instrumen Tahap


Pengetahuan Guru Terhadap Kurikulum
Pengetahuan Kurikulum 74

3.9 Kebolehpercayaan Instrumen Tahap


Pengetahuan Guru terhadap Pengetahuan
Kemahiran dan Pengendalian (N=30) 75

3.10 Kebolehpercayaan Instrumen Tahap


Pengetahuan Guru Terhadap Pengetahuan
Pentaksiran (N=30) 75

3.11 Kebolehpercayaan Instrumen Pelaksanaan


Aktiviti Jasmani Suaian (N=30) 75

3.12 Kebolehpercayaan Instrumen Pelaksanaan


KSSR Pendidikan Jasmani Pendidikan
Khas Bermasalah Pembelajaran (N=30) 76
xv

3.13 Interpretasi Skor Min 79

3.14 Interpretasi Mengikut Saiz Pekali Korelasi 80


(r)

4.1 Koefisien Kebolehpercayaan Instrumen


Kajian Melalui Kajian Rintis dan Kajian
Sebenar 85

4.2 Analisa Kebolehpercayaan Konstruk Yang


Dikaji 86

4.3 Bilangan Responden Mengikuti Kursus /


Latihan Pendidikan Khas Yang Dihadiri 89

4.4 Tahap Pengetahuan Guru Terhadap


Kurikulum KSSRPK Pendidikan Jasmani
Bermasalah Pembelajaran 93

4.5 Tahap Pengetahuan Guru Terhadap


Kemahiran dan Keupayaan Pengendalian
KSSRPK Pendidikan Jasmani Bermasalah
Pembelajaran 96

4.6 Tahap Pengetahuan Guru Terhadap


Pentaksiran KSSRPK Pendidikan
Bermasalah Pembelajaran 99

4.7 Tahap Pelaksanaan Aktiviti Jasmani Suaian


Terhadap KSSRPK Pendidikan Jasmani
Bermasalah Pembelajaran 102

4.8 ANOVA Sehala Berdasarkan Tempoh


Pengalaman Mengajar Pendidikan Khas
Dengan Pelaksanaan Aktiviti Jasmani
Suaian 103

4.9 ANOVA Sehala Berdasarkan Tempoh


Pengalaman Mengajar Pendidikan Jasmani
Dengan Pelaksanaan Aktiviti Jasmani
Suaian 104

4.10 ANOVA Sehala Berdasarkan Latihan


Pendidikan Khas Yang Dihadiri Oleh Guru
Dengan Pelaksanaan Aktiviti Jasmani
Suaian 105
xvi

4.11 Korelasi Pearson Antara Tahap


Pengetahuan Kurikulum Guru Terhadap
KSSRPK Pendidikan Jasmani Dengan
Pelaksanaan Aktiviti Jasmani Suaian 106

4.12 Korelasi Pearson Antara Tahap


Pengetahuan Kemahiran dan Pengendalian
Guru Terhadap KSSRPK Pendidikan
Jasmani Dengan Pelaksanaan Aktiviti
Jasmani Suaian 108

4.13 Korelasi Pearson Antara Tahap


Pengetahuan Pentaksiran Guru Terhadap
KSSRPK Pendidikan Jasmani Dengan
Pelaksanaan Aktiviti Jasmani Suaian 109

5.1 Indek Kebolehpercayaan Konstruk 136


xvii

SENARAI RAJAH

No. Rajah Muka Surat

1.1 Kerangka Konseptual kajian 18

2.1 Model Kecekapan Iceberg 36

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 87

4.2 Taburan Responden Mengikut Tempoh


Pengalaman Mengajar Pendidikan Khas 88

4.3 Taburan Responden Mengikut


Pengalaman dan Tempoh Mengajar
Pendidikan Khas 89

4.4 Ringkasan Skor Min 15 Pertanyaan Tahap


Pengetahuan Kurikulum Guru terhadap
KSSRPK Pendidikan Jasmani Bermasalah
Pembelajaran 91

4.5 Taburan Skor Min Tahap Pengetahuan


Kurikulum Guru Terhadap KSSRPK
Pendidikan Jasmani Bermasalah
Pembelajaran 92

4.6 Ringkasan Skor Min 12 Pertanyaan Tahap


Pengetahuan Kemahiran dan Keupayaan
Pengendalian KSSRPK Pendidikan
Jasmani Bermasalah Pembelajaran 94

4.7 Taburan Skor Min Tahap Pengetahuan


Kemahiran dan Keupayaan Pengendalian
Guru Terhadap KSSRPK Pendidikan
Jasmani Bermasalah Pembelajaran 95

4.8 Ringkasan Skor Min 17 Pertanyaan Tahap


Pengetahuan Pentaksiran Guru Terhadap
KSSRPK Pendidikan Jasmani Bermasalah
Pembelajaran 97
xviii

4.9 Taburan Skor Min Tahap Pengetahuan


Pentaksiran Guru terhadap KSSRPK
Pendidikan Jasmani Bermasalah 98
Pembelajaran

4.10 Ringkasan Skor Min 16 Pertanyaan Tahap


Pelaksanaan Aktiviti Jasmani Suaian
Terhadap KSSRPK Pendidikan Jasmani
Bermasalah Pembelajaran 100

4.11 Taburan Skor Min Tahap Pelaksanaan


Aktiviti Jasmani Suaian Terhadap
KSSRPK Pendidikan Khas Jasmani
Bermasalah Pembelajaran 101

5.1 Kerangka Konseptual Kajian 135


xix

SENARAI SINGKATAN

ADHD Attention Deficit Hyperactivity Disorder

BPK Bahagian Perkembangan Kurikulum

FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan

IPGM Institut Pendidikan Guru Malaysia

JERI Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah

KSSRPK Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas

PPD Pejabat Pendidikan Daerah

RPI Rancangan Pendidikan Individu

SISC+ School Improvement Specialist Coaches

UNESCO United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization


xx

SENARAI LAMPIRAN

A Tahap Pengetahuan Guru Terhadap Kurikulum KSSR Pendidikan


Khas (Pendidikan Jasmani) Bermasalah Pembelajaran

B Tahap Pengetahuan Guru Terhadap Kemahiran dan Keupayaan


Pengendalian KSSR Pendidikan Khas (Pendidikan Jasmani)
Bermasalah Pembelajaran

C Tahap Pengetahuan Guru Terhadap Pentaksiran KSSR Pendidikan


Khas (Pendidikan Jasmani) Bermasalah Pembelajaran

D Tahap Pelaksanaan Aktiviti Jasmani Suaian Terhadap KSSR


Pendidikan Khas (Pendidikan Jasmani) Bermasalah Pembelajaran

E Borang Soal Selidik


BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Program Pendidikan khas adalah pendidikan yang disediakan untuk murid

berkeperluan khas. Antara kategori murid berkeperluan khas terdiri daripada murid

yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur,

kurang upaya fizikal, kurang upaya pelbagai, dan masalah pembelajaran seperti

autisme, sindrom down, ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder), dan

disleksia.

Dengan perubahan demi perubahan dalam sistem pendidikan di negara dewasa

ini, tanggungjawab dan bidang tugas guru-guru pendidikan khas semakin bertambah.

Tanggungjawab melaksanakan tugas sebagai guru pendidikan khas untuk

memperkembangkan potensi murid pendidikan khas adalah merupakan satu tugas dan
2

tanggungjawab yang amat berat. Smith & Luckasson (2010), menyatakan bahawa

usaha memperkembangkan potensi murid berkeperluan khas, sebenarnya merupakan

tugas yang berat dan mencabar.

Pendidikan kepada murid berkeperluan khas sama seperti kanak-kanak di

aliran perdana yang lain, mereka juga memerlukan perancangan dan pelaksanaan

program yang berkesan dan bersesuaian dengan keperluan individu bagi

meningkatkan pengalaman belajar mereka (Ysseldyke & Algozine, 2009). Melalui

pendidikan sajalah cara yang paling berkesan untuk manusia menaikkan taraf hidup

dalam mobiliti sosial mereka masa kini. Pendidikan bukan saja menjamin kualiti

hidup seseorang manusia tetapi juga boleh menjamin kehidupan yang lebih bahagia.

Murid-murid berkeperluan khas juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang

setanding dengan pelajar di aliran perdana.

Di dalam “Deklarasi Dunia Mengenai Pendidikan Untuk Semua” di Jomtien,

Thailand,UNESCO (1990)menyatakan tentang pembentukan kurikulum berpusatkan

keperluan pelajar. Seiring dengan deklarasi dunia, Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ),

Bab 8- Pendidikan Khas, Seksyen 41 ( c ) , boleh diguna sebagai panduan untukguru-

guru pendidikan khas mengubahsuai kurikulum mengikut ketidakupayaan dan

kemampuan pelajarnya (Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, 2008).

Persidangan mengenai pendidikan khas yang bertajuk “Akses dan Kualiti”

yang telah diadakan pada 1994, telah menghasilkan ‘Pernyataan Salamanca’ iaitu

memastikan negara-negara di dunia ini memasukkan pendidikan khas untuk orang


3

kurang upaya dalam sistem pendidikan di negara masing-masing (Jabatan Pendidikan

Khas, 1997).

Oleh itu pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar seharusnya

diperluaskan khususnya untuk murid-murid berkeperluan khas. Murid-murid

berkeperluan khas memerlukan pendidikan berpusatkan murid, penyediaan

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) perlulah dilakukan. Pernyataan dalam Akta

Pendidikan 1996 ( Akta 550 ), Bab 8- Pendidikan Khas, Seksyen 41 ( b ), boleh

diguna sebagai panduan untuk guru-guru menyediakan RPI. Murid-murid khas ini

juga memerlukan satu program yang sistematik dan memberi penekanan kepada

kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan dan penguasaan serta pencapaian

murid-murid tersebut ke tahap yang maksimum.

Murid-murid khas ini, walaupun dengan keadaan fizikal dan mental yang

kurang, tidak bermakna bahawa mereka tidak boleh menjadi penyumbang kepada

masyarakat dan negara. Mereka tidak wajar dipinggirkan malah perlu diberikan

kemudahan pendidikan yang mencukupi. Greenspan dan Serena (2010), menekankan

bahawa setiap kanak-kanak memiliki profil yang unik dan spesifik.

Murid khas juga diharapkan dapat menggunakan kemahiran berbahasa untuk

berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat

majmuk, mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang

beragama Islam, mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian,

melibatkan diri dalam aktiviti riadah, menghargai keindahan alam dan warisan budaya
4

dan akhir sekali menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring

dengan perkembangan semasa.

Kini timbul persoalan setakat mana pendidikan dan perkhidmatan khas yang

disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas menjamin mereka boleh meningkat

dalam kehidupan, berdikari dan menjadi manusia yang produktif. Oleh itu satu sistem

pendidikan khas yang berkualiti dan berkesan perlu wujud sebagai mencerminkan

pengiktirafan masyarakat terhadap individu khas sebagai manusia yang sempurna.

Untuk itu, kurikulum sekolah di Malaysia dirangka bertujuan

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek

intelek, rohani, emosi dan jasmani berteraskan pernyataan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), unsur intelek

menumpu kepada daya berfikir, unsur rohani kepada ketuhanan, unsur emosi

menumpu kepada perasaan jiwa yang kuat manakala unsur jasmani memberi tumpuan

kepada perkembangan tubuh badan yang sihat. Pendidikan Jasmani merupakan salah

satu mata pelajaran yang ditawarkan dalam sistem pendidikan Malaysia. Mata

pelajaran ini merupakan salah satu mata pelajaran wajib di dalam sistem pendidikan

Malaysia. Pendidikan Jasmani merupakan satu proses pengajaran yang bertujuan

meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal terpilih. Mata pelajaran ini

berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor,

pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan

memperoleh pengetahuan dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti

fizikal (Wee Eng Ho, 2012). Manakala Butcher (2011), menyatakan bahawa

Pendidikan Jasmani bukanlah satu mata pelajaran yang sekadar memenuhi naluri
5

bermain murid. Ianya merupakan satu wadah pendidikan yang menyeluruh serta

mempunyai matlamat membaiki tingkah laku manusia melalui aktiviti fizikal yang

menyeronokkan.

1.2 Latar Belakang Kajian

Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek penting dalam kurikulum pendidikan

formal dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Pendidikan Khas (KSSRPK) Pendidikan Jasmani Bermasalah Pembelajaran dibina

selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip

pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang

pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan

seumur hidup. Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK)

Pendidikan Jasmani Bermasalah Pembelajaran lebih berfokus kepada penguasaan

kemahiran bagi memenuhi keperluan individu, tidak menekankan akademik dan tidak

membebankan murid (Bahagian Perkembangan Kurikulum, 2010).

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Pendidikan

Jasmani Bermasalah Pembelajaran dibina dengan hasrat pembelajaran yang diperoleh

dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga

menyediakan pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran supaya

mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam hidup.
6

Kurikulum ini digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid

secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap

kefungsian mereka. perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan

intelek bagi insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

Kurikulum ini juga bertujuan membimbing murid agar berupaya untuk

mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian

yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna. Murid diharap dapat

mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan

seharian. Dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas

(KSSRPK) Pendidikan Jasmani Bermasalah Pembelajarandiharapkan murid

memperoleh kemahiran dan berketerampilan ke arah kehidupan berkerjaya,

mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna.

Dalam konteks hubungan antara Pendidikan Jasmani dengan pendidikan

formal, Pendidikan Jasmani merupakan penyumbang besar kepada proses asimilasi

individu ke dalam masyarakat (De Vries, 2010). Pendidikan formal ialah proses di

mana masyarakat melalui sekolah, universiti dan lain-lain institusi pengajian akan

menurunkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkumpul daripada satu generasi

ke satu generasi. Sebagai salah satu dari institusi pengajian formal, mata pelajaran

Pendidikan Jasmani yang diajar di sekolah turut dirangkumkan ke dalam kurikulum

persekolahan seperti di dalam Dokumen Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas

(KSSRPK) Pendidikan Jasmani Bermasalah Pembelajaran :


7

Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK)


Pendidikan Jasmani Bermasalah Pembelajaran terdiri daripada kemahiran asas
pergerakan, asas permainan, asas olahraga, asas akuatik, kecergasan, rekreasi dan
kesenggangan. Kemahiran ini dibina berdasarkan aplikasi disiplin ilmu dalam Sains
Sukan seperti perkembangan motor, pembelajaran motor, anatomi, fisiologi,
biomekanik, kecergasan, sosiologi dan psikologi.
(Dokumen Standard KSSRPK (PJ), m.s.2, 2010)

Pendidikan Jasmani yang dijalankan di sekolah secara sinonimnya dikaitkan

dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal manusia yang bertujuan

untuk memberi kecergasan, kekuatan, kesihatan yang baik melalui pergerakan badan

yang terancang dan bersistematik sama ada secara individu atau berkumpulan.Bagi

murid-murid berkeperluan khas, banyak halangan yang dihadapi oleh murid-murid ini

untuk melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah, kerana murid-

murid berkeperluan khas mengalami masalah fizikal yang melibatkan otot, saraf dan

pembentukan postur yang kurang sempurna (Safani & Hamdan, 2011).

Murid-murid berkeperluan khas yang mengalami masalah otot yang kurang

sempurna dan tidak dapat melakukan pergerakan seperti murid lain, tidak kurang pula

yang mengalami masalah pendengaran dan penglihatan, akibatnya pergerakan mereka

agak terbatas dan tidak dapatbergerak sebebas dan sepantas murid tipikal. Untuk itu,

dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani, guru boleh

mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai objektif pengajaran, guru boleh

mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan murid.

Untuk itu aktiviti Jasmani Suaian yang bersesuaian harus disediakan untuk melatih

dan membiasakan keupayaan murid-murid ke tahap yang paling optimum bagi

menyediakan mereka untuk menghadapi kehidupan sebenar di luar persekolahan.


8

1.3 Pernyataan Masalah

Perkembangan mata pelajaran Pendidikan Jasmani merupakan sebahagian daripada

kemahiran yang penting dalam pergerakan motor kanak-kanak(Arthur & Evelyn,

2012). Oleh itu, dalam membuat perancangan pengajaran dan pemudah cara (PdPc),

penekanan kepada aktiviti Jasmani Suaian seperti motor halus dan motor kasar perlu

diberi tumpuan. Walau pun mata pelajaran Pendidikan Jasmani merupakan mata

pelajaran wajib dalam sistem pendidikan negara, pelaksanaannya di peringkat

operasional masih lemah(Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

2010). Mata pelajaran ini dianggap satu mata pelajaran untuk melengkapkan jadual

waktu sahaja. Keadaan ini dapat digambarkan seperti jadual 1.1.

Jadual 1.1

Data Pemantauan Pelaksanaan Pendidikan Jasmani PPKI ( Rendah) Negeri Perak


2014

Daerah Jumlah Pemantauan Laksana PJ Tidak Laksana PJ


Batang Padang 8 5 3
Manjung 9 7 2
Kinta Utara 13 9 4
Kinta Selatan 7 5 2
Kuala Kangsar 11 8 3
Kerian 8 5 3
Hilir Perak 9 7 2
LMS 15 10 5
Perak Tengah 9 7 2
Hulu Perak 7 5 2
Jumlah 96 68 28

 Berdasarkan data pemantauan JPN ( tidak termasuk pemantauan PPD. Sumber Jabatan
Pendidikan Negeri Perak (2014)
9

Pemantauan yang dijalankan ke atas 96 Program Pendidikan Khas Integrasi

Bermasalah Pembelajaran oleh Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri

Perak pada tahun 2014, terdapat 28 buah Program Pendidikan Khas Integrasi seluruh

Negeri Perak,bersamaan29.2 % tidak melaksanakan Mata Pelajaran Pendidikan

Jasmani kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran, manakala

68buah Program Pendidikan Khas Integrasi mewakili 70.8 % melaksanakan mata

pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Namun begitu, daripada 68 buah Program

Pendidikan Khas Integrasi yang melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani,

namun demikian sejauh manakah program- program tersebut melaksanakan aktiviti

Jasmani Suaian mengikut keperluan murid-murid yang mempunyai tahap kefungsian

berbeza yang memerlukan pendekatan yang amat berbeza untuk menanganinya.

Dalam pelaksanaan Mata PelajaranPendidikanJasmani tersebut, adakah wujud

pengubahsuaian terhadap aktiviti Pendidikan Jasmani untuk murid-murid pendidikan

khas bermasalah pembelajaran, yang berbeza ke fungsian atau mereka terus terpinggir

daripada mengikuti Pendidikan Jasmani yang perlu pengubahsuaian mengikut tahap

kefungsian mereka. Untuk mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh

murid-murid bermasalah pembelajaran dalam mengikuti Pendidikan Jasmani, aktiviti

Jasmani Suaian yang disesuaikan dengan keupayaan murid amatlah penting (Auxter,

Pyfer, & Huettig, 2011).

Ironinya, berdasarkan dapatan pemantauan oleh Unit Pendidikan Khas,

Jabatan Pendidikan Perak, masih terdapat program-program pendidikan khas yang

tidak melaksanakan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Ini

kebarangkalian menunjukkan bahawa aktiviti Jasmani Suaian yang berkesan dan


10

berkualiti untuk murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran tidak

dilaksanakan.

Pada tahun 2010, Tranformasi Kurikulum telah berlaku di mana Kurikulum

Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Pendidikan Jasmanibagi

Bermasalah Pembelajaran telah diperkenalkan. Berdasarkan KSSRPKPendidikan

Jasmani Bermasalah Pembelajaran, murid-murid didedahkan kepada perkembangan

kefungsian tahap penguasaan kemahiran bagi memenuhi keperluan individu. Mata

pelajaran ini amat penting dan perlu dikuasai oleh setiap murid bagi meningkatkan

kemahiran psikomotor dalam usaha membantu meningkatkan perkembangan mental

dan fizikal mereka. Melalui kemahiran yang dikuasai, murid-murid akan lebih

bersedia untuk belajar dan seterusnya dapat membantu mereka menguasai kemahiran

membaca, menulis dan mengira (3M) dengan lebih mudah.

Menurut Ab.Halim, Muhamad Faiz, dan Kamarul Azmi (2012), penyediaan

dan latihan guru perlu difokuskan kepada usaha melatih guru agar mempunyai

pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Penekanan kepada pembangunan insan guru

berteraskan konsep Muddaris, Muaddip, Murabbi, Mursyid dan Muallimdapat

melahirkan guru yang cemerlang. Guru yang berupaya menggunakan kaedah

pengajaran dan pedagogi kandungan yang bersesuaian merupakan guru yang kreatif

dan inovatif dan dapat memberi kesan positif terhadap prestasi murid.

Namun, semenjak KSSRPK Pendidikan Jasmani Bermasalah

Pembelajaran yang diperkenalkan bermula dengan Tahun 1 pada tahun 2010, dan

sehingga kini tahun 2016, telah melengkapiTahun 1 sehingga Tahun 6KSSRPK


11

Pendidikan Jasmani Bermasalah Pembelajaran dilaksanakan di sekolah, hirakinya

amat kurang kajian yang dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan guru

terhadap kurikulum KSSRPK Pendidikan Jasmani Bermasalah Pembelajaran. Apabila

guru tidak dapat menguasai pengetahuan terhadap KSSRPK Pendidikan Jasmani

Bermasalah Pembelajaran, dikhuatiri penyerapan aktiviti Jasmani Suaian dalam mata

pelajaran Pendidikan Jasmani tidak dilakukan.Menurut Maxwell (2010), kefahaman

murid dapat ditingkatkan apabila guru dapat menguasai sesuatu pengetahuan

kurikulum itu dengan baik. namun begitu guru selalu menghadapi rintangan dan

cabaran terutama dari segi pengetahuan tentang kemahiran pedagogi apabila sesuatu

kurikulum diperkenalkan.Manakala Yahaya dan Lailinanita (2011), menyatakan

bahawa orang yang sangat berpengaruh terhadap sesebuah inovasi pendidikan adalah

guru, untuk itu guru perlu menguasai setiap pengetahuan dan kemahiran pedagogi

sekiranya mahu memastikan sesebuah inovasi pendidikan tersebut mencapai

matlamatnya.

Abdul Rahim Hamdan, Ahmad Johari Sihes, Jamaluddin Ramli dan Musa

Ismail (2013), menyatakan dalam pelaksanaan kurikulum di Malaysia, aspek

pengetahuan kandungan dan pengetahuan pedagogi am adalah aspek yang terpenting.

Manakala pengetahuan guru berkenaan pelaksanaan kurikulum adalah faktor yang

paling dominan dalam pelaksanaannya.Abdul Rahim, Ahmad Johari, Jamaluddin, dan

Musa, (2013) dan juga Azlina dan Mazlifah, (2013) sependapat bahawa keberkesanan

pelaksanaan kurikulum juga akan terjejas sekiranya tahap pengetahuan guru tidak

cukup tinggi.
12

Baharin dan Lim (2010), juga mengatakan bahawa pengetahuan guru dari

aspek pedagogi dan aspek am akan memberi pengaruh yang yang besar terhadap

pelaksanaan sesuatu kurikulum serta ke atas keberkesanan pelaksanaan sesuatu

kurikulum. Untuk itu, kajian ini adalah satu platfom untuk mendapatkan maklumat

yang diperlukan untuk mengetahui tahap pengetahuan guru terhadap kurikulum ini.

Ini bertepatan dengan dapatan Buell, Hallam, Gamel danScheer (2012), yang

menyatakan kajian-kajian lepas yang telah dijalankan, guru-guru menganggap diri

mereka kurang pengetahuan terhadap sesuatu transformasi atau sesuatu pembaharuan,

dan perkara ini membuatkan guru-guru merasa kurang bersedia dan akan berdepan

dengan masalah dalam pengajarannya.

Pentaksiran penting bagi mengetahui tahap penguasaan dan pemahaman murid

tentang apa yang dipelajari. Maklumat yang diperoleh akan membantu guru untuk

menambah baik kaedah pengajaran dan hasil pentaksiran juga dapat memberi maklum

balas awal kepada guru untuk merancang tindakan susulan dan penyediaan

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bagi meningkatkan lagi penguasaan dan

pemahaman murid.

Dengan melihat kepada betapa pentingnya pentaksiran dalam merealisasikan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Pendidikan

Jasmani Bermasalah Pembelajaran di sekolah, satu kajian perlu dilakukan. Ini kerana,

sekiranya pentaksiran tidak dilakukan seperti yang sepatutnya, guru tidak dapat

merancang tindak susul dan merancang kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan

murid yang mempunyai kefungsian yang berbeza. Hal ini akan menyukarkan lagi
13

guru untuk menerapkan aktiviti Jasmani Suaian dalam pengajaran Pendidikan Jasmani

mereka. Ini bertepatan denganGearheart dan Gearheart (2007), yang mendefinasikan

pentaksiran sebagai satu proses yang melibatkan takrifan sistematik pelbagai

maklumat yang dapat dijadikan asas keputusan pengajaran dan apabila sesuai,

klasifikasi atau penempatan keputusan. Penilaian adalah berasaskan kepada proses

penyelesaian masalah.

1.4 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan guru-guru Pendidikan Khas

Integrasi terhadap Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK)

Pendidikan Jasmani Bermasalah Pembelajaran.Kajian ini juga bertujuan untuk

mengetahui pelaksanaan aktiviti Jasmani Suaian dalam kalangan murid-murid

pendidikan khas bermasalah pembelajaran dan faktor-faktor yang mempengaruhi

pelaksanaannya.

Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan guru

terhadap kurikulum KSSRPK Pendidikan Jasmani Bermasalah Pembelajaran,

mengetahui tahap pengetahuan guru terhadap kemahiran dan keupayaan pengendalian

terhadap KSSRPKPendidikan Jasmani Bermasalah Pembelajaran, mengetahui tahap

pengetahuan guru terhadap pentaksiran KSSRPKPendidikan Jasmani Bermasalah

Pembelajaran. Hal ini untuk memastikan semua pihak bertanggungjawab terhadap

Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran mendapat maklumat


14

berkaitan kajian yang dijalankan ini untuk panduan dan penambahbaikan pada masa

akan datang.

1.5 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan guru terhadap Kurikulum

Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Pendidikan Jasmani

Bermasalah Pembelajaran dan Pelaksanaan Aktiviti Jasmani Suaian untuk

meningkatkan kesediaan belajar di kalangan murid-murid pendidikan khas integrasi

bermasalah pembelajaran yang dilaksanakan di Program Pendidikan Khas Integrasi,

Daerah Larut Matang dan Selama, Perak.

Objektif kajian ini adalah untuk,

1.5.1 Mengetahui tahap pengetahuan guru terhadap kurikulum KSSRPK

Pendidikan JasmaniBermasalahPembelajaran .

1.5.2 Mengetahui tahap pengetahuan guru terhadap kemahiran dan keupayaan

pengendalian KSSRPK Pendidikan Jasmani BermasalahPembelajaran.

1.5.3 Mengetahui tahap pengetahuan guru terhadap pentaksiran KSSRPK

Pendidikan Jasmani Bermasalah Pembelajaran.

1.5.4 Mengetahui tahap pelaksanaan Aktiviti Jasmani Suaian terhadap KSSRPK

Pendidikan Jasmani Bermasalah Pembelajaran.

1.5.5 Mengenal pasti perbezaan antara tempoh pengalaman mengajar guru dengan

pelaksanaan aktiviti Jasmani Suaian.


15

1.5.6 Mengenal pasti perbezaan antara latihan pendidikan guru dengan

pelaksanaan aktiviti Jasmani Suaian.

1.5.7 Mengenal pasti hubungan antara tahap pengetahuan guru terhadap kurikulum

KSSRPK Pendidikan Jasmani Bermasalah Pembelajaran dengan pelaksanaan

aktiviti Jasmani Suaian.

1.5.8 Mengenal pasti hubungan antara tahap pengetahuan guru terhadap kemahiran

dan keupayaan pengendalian KSSRPK Pendidikan Jasmani Bermasalah

Pembelajaran dengan pelaksanaan aktiviti Jasmani Suaian.

1.5.9 Mengenal pasti hubungan antara tahap pengetahuan guru terhadap

pentaksiran KSSRPK PendidikanBermasalah Pembelajaran dengan

pelaksanaan aktiviti Jasmani Suaian.

1.6 Soalan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat memberi jawapan kepada persoalan berikut,

1.6.1 Apakah tahap pengetahuan guru Pendidikan Khas terhadap kurikulum

KSSRPK Pendidikan Jasmani Bermasalah Pembelajaran ?

1.6.2 Apakah tahap pengetahuan guru terhadap kemahiran dan keupayaan

pengendalian KSSRPK Pendidikan Jasmani Bermasalah Pembelajaran ?

1.6.3 Apakah tahappengetahuan guru terhadap pentaksiran KSSRPK Pendidikan

Jasmani Bermasalah Pembelajaran ?

1.6.4 Apakah tahap pelaksanaan aktiviti Jasmani Suaian terhadap KSSRPK

Pendidikan Jasmani Bermasalah Pembelajaran ?


16

1.6.5 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tempoh pengalaman

mengajar guru dengan pelaksanaan aktiviti Jasmani Suaian ?

1.6.6 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara latihan pendidikan khas

guru dengan pelaksanaan aktiviti Jasmani Suaian ?

1.6.7 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan guru

terhadap kurikulum KSSRPK Pendidikan Jasmani Bermasalah Pembelajaran

denganpelaksanaan aktiviti Jasmani Suaian ?

1.6.8 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan guru

terhadap kemahiran dan keupayaan pengendalian KSSRPK Pendidikan

Jasmani Bermasalah Pembelajaran dengan pelaksanaan aktiviti Jasmani

Suaian ?

1.6.9 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan guru

terhadap pentaksiran KSSRPK Pendidikan JasmaniBermasalah Pembelajaran

dengan pelaksanaan aktiviti Jasmani Suaian ?

1.7 Hipotesis Kajian

Sebelum membuat hipotesis kajian, pengkaji dikehendaki membina kemungkinan-

kemungkinan hipotesis yang boleh menjawab isu-isu berkaitan dan seterusnya dapat

mencapai objektif kajian(Ali Yusob Md Zain, 2012). Menurut Najib (2011), hipotesis

berdasarkan pengetahuan yang sedia ada, mempunyai kaitan dengan penyataan

masalah dan objektif kajian serta menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah.

Hipotesis-hipotesis nul yang dibina adalah berdasarkan persoalan kajian 1.6.5, 1.6,6,

1.6.7, 1.6.8 dan 1.6.9 adalah,


17

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar guru

dengan pelaksanaan aktiviti Jasmani Suaian.

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara latihan guru dengan

pelaksanaan aktiviti Jasmani Suaian.

Ho3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan guru

terhadap kurikulum KSSRPK Pendidikan Jasmani Bermasalah Pembelajaran

dengan pelaksanaan aktiviti Jasmani Suaian.

Ho4: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan guru

terhadap kemahiran dan keupayaan pengendalian KSSRPK Pendidikan

Jasmani Bermasalah Pembelajaran dengan pelaksanaaan aktiviti Jasmani

Suaian.

Ho5: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan guru

terhadap pentaksiran KSSRPK Pendidikan Jasmani Bermasalah Pembelajaran

dengan pelaksanaan aktiviti Jasmani Suaian.


18

1.8 Kerangka Konseptual Kajian

GURU PENDIDIKAN KHAS

KONTEKS

Pelaksanaan KSSRPK Pendidikan Jasmani Bermasalah


Pembelajaran

INPUT PROSES/OUTPUT OUTCOME

KSSRPK Pelaksanaan KSSRPK


PENDIDIKAN Pendidikan Jasmani
JASMANI Bermasalah Kecerdasan fizikal
Pembelajaran murid-murid
Bermasalah
Pembelajaran
berkembang

LATAR BELAKANG PENGETAHUAN KEMAHIRAN


GURU
- Kurikulum - Menjalankan
- Pengalaman KSSR BP ( PJ ) Aktiviti Jasmani
mengajar - Pedagogi PJ Suaian
Pendidikan Khas - Pentaksiran
- Kursus KSSR ( PJ )
Pendidikan Khas - Murid-Murid
Bermasalah
Pembelajaran

Rajah 1.1. Kerangka Konseptual Kajian. Diubahsuai Daripada Model Penilaian


CIPP, Stufflebeam, 1971
19

1.9 Model Penilaian CIPP

Penilaian bermaksud satu kajian yang telah dibentuk dan dijalankan untuk membantu

pemerhati bagi menilai harga dan merit sesuatu objek. Menurut Stufflebeam (2000b),

penilaian boleh dijalankan ke atas sebarang aktiviti yang mempunyai matlamat seperti

penilaian ke atas kurikulum sekolah dan program yang sedang dijalankan.

Model penilaian program adalah berfokus kepada sekolah atau pun sesuatu

program(Webster, 2008). Terdapat pelbagai jenis model penilaian yang boleh

digunakan untuk menilai sesuatu program atau pun kurikulum antaranya adalah model

konteks (context), sumber (input), proses (process), dan hasil (product) yang dikenali

sebagai Model Penilaian Stufflebeam. Stufflebeam merupakan pengerusi The Phi

Kappa Delta National Study Committee on Evaluation yang membentuk model

konteks, sumber, proses dan hasil (Stufflebeam, 2008). Model penilaian konteks,

sumber, proses dan hasil adalah satu kerangka yang komprehensif bagi melaksanakan

dan melaporkan penilaian sesuatu program yang sedang dijalankan.

Menurut Stufflebeam ( 2000a), konsep utama model ini adalah penilaian

tentang konteks, sumber, proses dan hasil. Penilaian konteks menilai keperluan,

masalah dan peluang-peluang sebagai asas untuk mentakrifkan matlamat dan

keutamaan serta kesignifikan hasil sesuatu program. Penilaian sumber menilai

pelbagai pendekatan perancangan program dan sumber-sumber yang diperlukan untuk

melaksanakan program. Penilaian proses menilai pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang

boleh membantu mencapai hasil program. Penilaian hasil pula adalah untuk mengenal

pasti hasil yang telah dicapai dan tidak dicapai bagi membantu mengesan
20

keberkesanan program. Penilaian hasil boleh juga dilaksanakan sama ada pada akhir

program atau pun ketika program itu sedang dijalankan.

Model ini juga lebih menekankan kepada mengumpul maklumat dengan

tujuan untuk memudahkan membuat sebarang keputusan. Maklumat yang diperoleh

daripada penilaian juga boleh dijadikan sebagai panduan untuk memantapkan lagi

sesuatu program sama ada di peringkat perancangan, penyusunan, pelaksanaan dan

penghasilan. Keempat-empat dimensi penilaian ini penting penggunaannya bagi

kebanyakan program pendidikan di sekolah. Maklumat yang diperoleh melalui model

penilaian Stufflebeam ini boleh dijadikan sebagai landasan untuk membuat untuk

membuat keputusan yang terbaik dan boleh dipercayai dalam proses pelaksanaan

kurikulum (Sowell, 2011).

Kajian Pelaksanaan KSSRPK Pendidikan JasmaniBermasalahPembelajaran

didasari oleh Model Penilaian CIPP Stufflebeam( 1971) yang diubahsuai dari empat

dimensi utama iaitu konteks, sumber, proses dan hasil.

a) Dimensi Konteks( Context )

Dimensi ini merujuk kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas

(KSSRPK) Pendidikan Jasmani Bermasalah Pembelajaran. Kurikulum Standard

Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Pendidikan Jasmani Bermasalah

Pembelajaran ini dibina dengan hasrat agar pembelajaran yang diperoleh dalam bilik

darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga


21

menyediakan pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran supaya

mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam hidup.

Kurikulum ini juga digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi

murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap

kefungsian mereka. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan

intelek bagi insan seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

b) Dimensi Sumber ( Input )

Dimensi sumber dalam kajian ini meliputi aspek latar belakang pengalaman mengajar

guru kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran dan kursus

berkaitan dengan pendidikan khas yang diterima oleh guru.

Dimensi sumber dalam kajian ini juga berdasarkan Model Iceberg, meliputi:-

i) Pengetahuan

- Pengetahuan guru terhadap kurikulum KSSR Pendidikan Jasmani Bermasalah

Pembelajaran.

- pengetahuan guru tentang pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani

Bermasalah Pembelajaran.
22

- pengetahuan tentang pentaksiran KSSRPK Pendidikan Jasmani Bermasalah

Pembelajaran.

- pengetahuan berkaitan ciri-ciri dan kategori murid-murid Bermasalah

Pembelajaran.

ii) Kemahiran

- kemahiran guru untuk menjalankan Aktiviti Jasmani Suaian.

- Kemahiran guru untuk menjalankan pentaksiran Aktiviti Jasmani Suaian

iii) Sikap

- sikapguru untuk melaksanakan aktiviti Jasmani Suaian

iv) Keyakinan

- keyakinan yang ada pada guru untuk melaksanakan aktiviti Jasmani Suaian.
23

c) Dimensi Proses( Process/Output )

Berdasarkan rajah, dimensi ini adalah berkaitan dengan pelaksanaan Pendidikan

Jasmani Bermasalah Pembelajaran meliputi kurikulum, kemahiran dan keupayaan

pengendalian ataupun proses pengajaran dan pemudah cara, pentaksiran dan

pelaksanaan aktiviti Jasmani SuaianterhadapKSSRPK Pendidikan Jasmani

Bermasalah Pembelajaran.

d) Dimensi Hasil ( Outcome )

Dimensi ini adalah kesan dari pengetahuan, kemahiran serta sikap dan

keyakinan guru dapat menunjukkan kecerdasan fizikal murid-murid yang mengikuti

KSSRPK Pendidikan Jasmani Bermasalah Pembelajaran pada keseluruhan

berkembang.

Berdasarkan kepada huraian, menunjukkan bahawa dalam melaksanakan

Kurikulum Standard Sekolah rendah, kurikulum tersebut perlu melalui proses

konteks, sumber dan proses.

1.10 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini diharap dapat memberi maklumat terkini serta petunjuk kepada :-
24

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khususnya kepada Bahagian

Pendidikan Khas untuk mengumpul maklumat berkaitan tahap pengetahuan guru

terhadap Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK)

Pendidikan Jasmani Bermasalah Pembelajaran dan faktor-faktor yang mempengaruhi

pelaksanaan aktiviti Jasmani Suaian, dan membuat penambahbaikan yang bersesuaian

dan relevan serta memberi penekanan pelaksanaan aktiviti Jasmani Suaian untuk

murid bermasalah pembelajaran.

Jabatan Pendidikan Negeri, untuk memberi penekanan ke atas pengetahuan

guru terhadap KSSRPK Pendidikan Jasmani Bermasalah Pembelajaran dengan

memberi gambaran yang jelas dan maklumat yang berfaedah mengenai kepentingan

melaksanakan aktiviti Jasmani Suaian dalam pengajaran, merangka program latihan

dan kursus dalaman yang lebih fokus dan menjurus terhadap pengajaran dan

pembelajaran dengan menekankan pelaksanaan aktiviti Jasmani Suaian.

Institut Pengajian Tinggi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM),

untuk merancang dan mewajibkan kursus-kursus yang bersesuaian dengan

peningkatan pengetahuan serta pemahaman konsep dan pelaksanaan aktiviti Jasmani

Suaian kepada bakal guru sebelum mereka bertugas sebagai guru di sekolah kelak.

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk lebih kerap melakukan pencerapan

terhadap proses pengajaran dan pembelajaran khususnya Pendidikan Jasmani

Bermasalah Pembelajaran, untuk memastikan guru-guru yang mengajar mata

pelajaran pendidikan jasmani mengikut kurikulum yang telah disediakan serta

memastikan berlakunya aktiviti Jasmani Suaian kepada murid-murid Bermasalah


25

Pembelajaran, menjalankan kursus-kursus dalaman untuk membantu guru-guru yang

kurang mahir dalam melaksanakan aktiviti Jasmani Suaian dan dapat melahirkan

sikap positif guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani berkhidmat dengan lebih

cemerlang serta menguasai pengajaran dengan baik demi kebaikan murid-murid

Bermasalah Pembelajaran.

Sekolah :-

i. Pihak pentadbir untuk menyediakan prasarana dan peralatan yang bersesuaian

agar guru dapat menjalankan aktiviti Jasmani Suaian bersesuaian dengan

kemampuan serta ke fungsian murid-murid yang diajarnya.

ii. Guru untuk mendapat kesedaran dan keyakinan mengenai betapa pentingnya

menguasai pengetahuan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan

Jasmani Bermasalah Pembelajaran dan melaksanakan aktiviti Jasmani Suaian

dalam pengajaran dan tidak hanya bersandarkan kepada pengajaran secara teori

semata-mata.

iii. Murid untuk dapat menjalani pembelajaran pendidikan jasmani dengan lebih

bermakna melalui aktiviti Jasmani Suaian, serta berlaku perkembangan yang

positif kepada kecerdasan fizikal murid-murid Bermasalah Pembelajaran yang

mempunyai tahap ke fungsian dan tahap keupayaan.


26

Ibu bapa untuk mendapat maklumat serta penjelasan yang terbaik tentang

perkembangan fizikal anak-anak mereka serta memahami konsep pelaksanaan aktiviti

Jasmani Suaian yang dilakukan terhadap anak-anak mereka dan dapat membantu

pihak guru dalam memberikan latihan yang berterusan dan sokongan kepada anak-

anak mereka.

1.11 Batasan Kajian

Batasan kajian merupakan kekangan atau masalah serta halangan yang dihadapi oleh

pengkaji semasa melakukan kajian. Menurut Mckee MG (1993) dalam Anbarasi et al.

(2010), batasan kajian adalah mengenai perkara-perkara yang mengehadkan kajian

yang dijalankan secara ideal.

Kajian ini terbatas kepada, guru-guru pendidikan khas yang mengajar di

Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di sekolah-sekolah

rendah di sekitar Daerah Larut Matang dan Selama, Perak sahaja. Jumlah keseluruhan

sampel adalah seramai 122 orang guru. Data dikumpul dan dianalisis hanya untuk

mendapatkan gambaran semasa di Daerah Larut Matang dan Selama sahaja.

Responden yang terpilih dalam kajian ini adalah yang mempunyai pengalaman

mengajar pendidikan jasmani sahaja.

Kajian ini dilakukan secara tinjauan, di mana data dikumpul melalui soal

selidik sahaja. Maklumat hanyalah dari maklum balas borang soal selidik yang

diedarkan kepada guru-guru pendidikan khas di Program Pendidikan Khas Integrasi


27

Bermasalah Pembelajaran Daerah Larut, Matang dan Selama. Dapatan kajian ini

adalah bergantung sepenuhnya kepada kerjasama dan keikhlasan responden dalam

menjawab item-item dalam soal selidik yang diedarkan.

Kajian dijalankan terhadap guru yang mengajar murid bermasalah

pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran

sahaja.Serta batasan-batasan yang dihadapi oleh pengkaji sepanjang kajian dijalankan.

1.12 Definisi Operational

Dalam konteks kajian ini, maksud istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini

adalah seperti berikut :

1.12.1 Guru Pendidikan Khas

Guru-guru Pendidikan Khas adalah guru yang bertugas di sekolah yang mengajar di

Program Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah kelolaan

Bahagian Pendidikan Khas. Guru-guru adalah terlibat secara langsung dengan semua

tugas yang diarahkan kepadanya dalam sebuah sekolah dan tanggungjawab terhadap

pelajar-pelajarnya (Ibrahim, 2010).Menurut Mohd Zuri dan Aznan (2011), guru

pendidikan khas adalah guru-guru yang dilatih khas untuk mengajar kanak-kanak

berkeperluan khas seperti masalah pembelajaran, masalah penglihatan dan masalah

pendengaran.
28

Dalam konteks kajian ini, guru-guru pendidikan khas adalah tenaga pengajar

yang mempunyai pengalaman mengajar pendidikan jasmani pendidikan khas di

Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran.

1.12.2 Program Pendidikan Khas Integrasi

Jamila (2010) menjelaskan, Program Pendidikan Khas Integrasi adalah istilah terkini

bagi Program Pendidikan Khas Percantuman. Program ini adalah satu program yang

menempatkan murid khas di kelas khas di dalam sebuah sekolah biasa. Pentadbiran

program ini adalah di bawah pentadbiran sekolah.

Program Pendidikan Khas Integrasi bererti suatu program pendidikan bagi

murid berkeperluan khas yang hanya dihadiri oleh murid berkeperluan khas di kelas

khas di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan (Warta Kerajaan Persekutuan,

2013)

Dalam konteks kajian, Program Pendidikan Khas Integrasi bagi murid-murid

berkeperluan khas kategori bermasalah pembelajaran yang mengikuti Kurikulum

Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Pendidikan Jasmani

Bermasalah Pembelajaran di sekolah rendah harian biasa.


29

1.12.3 Bermasalah Pembelajaran

Menurut Warta Kerajaan Persekutuan (2013), “murid berkeperluan pendidikan khas”

masalah pembelajaran ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan,

sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak. Manakala menurut Abd Halim

(2009), bermasalah pembelajaran mengikut konteks yang digariskan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia adalah kanak-kanak yang dikenal pasti dan

disahkan oleh pakar perubatan sebagai mengalami kurang upaya atau kekurangan

yang mengganggu kelangsungan proses pembelajaran biasa. Menurut Jamila (2010)

pula, kanak-kanak yang tergolong dalam kumpulan bermasalah pembelajaran ialah

kanak-kanak sindrom down, autisme, terencat akal, cerebral palsy, hiperaktif ataupun

gangguan penumpuan, disleksia, pelbagai ketidakupayaan dan pitar cerdas. Menurut

Mohd Zuri & Aznan (2011) pula, merujuk kepada murid-murid berkeperluan khas

yang “ketidakupayaan belajar” dan “kesukaran belajar” untuk menjelaskan individu

yang mempunyai tahap fungsi intelek yang terhad dan sedang berkembang atau pun

berkembang pada tahap yang lambat berbanding dengan murid-murid lain.

Dalam konteks kajian ini, bermasalah pembelajaran ialah murid dengan

keperluan khas di Program Pendidikan Khas Integrasi bermasalah Pembelajaran yang

mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK)

Pendidikan Jasmani Bermasalah Pembelajaran yang telah disahkan oleh pengamal

perubatan.
30

1.12.4 Aktiviti Jasmani Suaian

Berdasarkan Dokumen Standard KSSRPK Bermasalah pembelajaran Bahagian

Perkembangan Kurikulum (2010), Pendidikan Jasmani merangkumi kemahiran asas

pergerakan, asas permainan, asas olahraga, asas akuatik, kecergasan, rekreasi dan

kesenggangan. Ini bertujuan untuk membimbing murid melakukan kemahiran motor

asas, melakukan kemahiran khusus dengan teknik yang betul dan kecekapan

menggabungkan pergerakan dalam melakukan aktiviti. Dalam melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani, guru boleh mempelbagaikan

pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard

Pembelajaran. Guru boleh mengubah suai atau membina modul yang bersesuaian

mengikut keperluan.

Menurut Safani dan Hamdan (2011), aktiviti Jasmani Suaian adalah aktiviti

Pendidikan Jasmani yang bersesuaian untuk melatih dan melazimkan keupayaan

murid-murid berkeperluan khas ke tahap yang optimum bagi menyediakan mereka

untuk menghadapi kehidupan sebenar.

Dalam konteks kajian ini, aktiviti Jasmani Suaian adalah aktiviti-aktiviti

bersesuaian dengan tahap kefungsian murid bermasalah pembelajaran yang mengikuti

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Pendidikan

Jasmani Bermasalah Pembelajaran.


31

1.12.5 Pengalaman Mengajar

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), maksud pengalaman adalah

menangkap objek, pemikiran atau emosi melalui deria atau minda. Selain itu,

pengalaman juga didefinisikan sebagai penyertaan aktif dalam peristiwa atau aktiviti,

yang membawa kepada pengumpulan pengetahuan atau kemahiran satu pengajaran

yang diajar oleh pengalaman.

Menurut Rosni dan Siti Fatihah (2010), menyatakan bahawa kefahaman guru

yang tinggi terhadap kriteria penilaian kerja kursus bergantung pada pengalaman guru

dalam mengajar mata pelajaran.kajian lepas mendapati guru-guru yang merasa kurang

bersedia berdepan dengan masalah dalam pengajaran kerap menganggap diri mereka

tidak berpengalaman dan tidak mendapat latihan yang mencukupi(Buell et al. 2012 ).

Kesimpulannya, pengalaman adalah suatu pengetahuan atau kemahiran yang

diperoleh melalui suatu peristiwa atau siri peristiwa yang dilalui oleh seseorang

individu atau sebuah kumpulan.

Dalam konteks kajian ini, pengalaman mengajar adalah kemahiran atau

tempoh masa yang telah dilalui oleh guru dalam melaksanakan pengajaran dan

pemudahcara terhadap murid bermasalah pembelajaran yang mengikuti Kurikulum

Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Pendidikan Jasmani

Bermasalah Pembelajaran dan pengalaman guru dalam melaksanakan KSSRPK

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dalam kajian ini adalah berbeza.


32

1.13 Rumusan

Penguasaan aktiviti atau pengalaman dalam aktiviti Jasmani Suaian adalah asas

sebagai persediaan kepada golongan murid berkeperluan khas ini untuk mempelajari

asas pergerakan. Selain itu, murid diajar dengan teknik yang betul, menggunakan

pengetahuan dan aktiviti Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas

(KSSRPK) Pendidikan Jasmani Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dalam

pengurusan kehidupan seharian secara berkesan dan meluaskan daya kreativiti dan

inovasi dalam menjalankan sebarang aktiviti fizikal. Kesemua kemahiran-kemahiran

berikut adalah amat penting dalam perkembangan kognitif murid berkeperluan khas.

Pengetahuan guru dalam mencurahkan ilmu dan kemahiran dalam mendidik golongan

ini akan membuka lebih peluang kepada golongan kurang upaya ini untuk menguasai

kemahiran 3M seperti yang ditekankan oleh kurikulum persekolahan di Malaysia.

You might also like