You are on page 1of 184

STRATEGI INTERAKSI BERKESAN DI DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS


KANAK-KANAK PRASEKOLAH

MAZNAH BINTI AHMAD

DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK


MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN
(MOD PENYELIDIKAN DAN KERJA KURSUS)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2017
iv

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti strategi interaksi berkesan Bahasa


Inggeris semasa sesi pengajaran dan pembelajaran oleh guru prasekolah di
Daerah Kerian, Perak. Kajian ini juga mengenalpasti kemahiran pedagogi
guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris serta penggunaan
peneguhan dan rangsangan sebagai motivasi untuk kanak-kanak berinteraksi
dalam Bahasa Inggeris. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes
telah digunakan dalam kajian ini. Pensampelan bertujuan melibatkan lima
orang guru prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah
menghadiri beberapa siri kursus kemahiran Bahasa Inggeris pada tahun 2014.
Tiga jenis instrumen kajian telah digunakan iaitu temu bual, pemerhatian dan
analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan kaedah tematik. Hasil kajian
menunjukkan bahawa penggunaan peluang yang diberikan oleh guru, strategi
interaksi berkesan seperti kaedah pengulangan, penggunaan dwi bahasa dan
parallel talk dapat meningkatkan interaksi Bahasa Inggeris. Kesimpulan
daripada kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan pelbagai strategi
berkesan, kemahiran pedagogi guru dan penggunaan peneguhan dan
rangsangan dapat meningkatkan interaksi Bahasa Inggeris dalam kalangan
kanak-kanak. Implikasi kajian ini dapat memberi kesedaran tentang kepentingan
guru-guru prasekolah berkongsi kemahiran berinteraksi dan mempelbagaikan strategi
interaksi berkesan dalam Bahasa Inggeris bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran untuk kanak-kanak prasekolah.
v

EFFECTIVE INTERACTION STRATEGIES IN TEACHING AND


LEARNING OF ENGLISH FOR PRESCHOOL CHILDREN

ABSTRACT

This study aims to identify effective English interaction strategies during teaching and
learning sessions by preschool teachers in Kerian District, Perak. This study also
identifies teachers' pedagogical skills in teaching and learning of English and the use
of reinforcement and encouragement as a motivation for children to interact in English.
Qualitative approach with case study design have been chosen in this study. The
purposive sampling involves five preschool teachers who attended a series of English
language proficiency courses in 2014. Three research instruments employed were
interviews, observations and document analysis. The data were analysed using
thematic analysis. The findings highlight that the use of opportunities provided by the
teachers and effective strategies such as repetition, bilingual use and parallel talk can
increase English interaction among preschool children. The study concludes that the
use of various effective strategies, teachers’ pedagogical skills and the use of
reinforcement and encouragement can enhance English interaction. The implication of
this study may create awareness on the significance of preschool teachers to share their
interaction skills and vary effective interaction strategies in English to improve the
quality of teaching and learning for preschool children.
vi

KANDUNGAN

Muka Surat

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Tujuan Kajian 12

1.5 Objektif Kajian 12

1.6 Persoalan Kajian 13

1.7 Kepentingan Kajian 13

1.8 Batasan Kajian 16

1.9 Kerangka Konsep Kajian 17

1.10 Definisi Operasional 20


vii

1.10.1 Kanak-kanak prasekolah 20

1.10.2 Pengajaran Prasekolah 21

1.10.3 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)


dan KSPK Semakan 2017 21

1.10.4 Interaksi Berkesan 22

1.10.5 Peneguhan (reinforcement) 23

1.11 Kesimpulan 24

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 26

2.1 Pengenalan 26

2.2 Tunjang Bahasa dan Komunikasi 27

2.3 Motivasi 29

2.4 Model Pemerolehan Bahasa Kedua 31

2.5 Teori-teori yang berkaitan 36

2.5.1 Teori Pembelajaran Sosial Bandura 38

2.5.2 Teori Vygotsky 40

2.5.3 Teori Behaviorisme 43

2.6 Kajian-kajian Lepas 45

2.6.1 Kajian berkaitan strategi pengajaran guru 45

2.6.2 Kajian berkaitan kemahiran guru menjalankan pedagogi 51

2.6.3 Kajian berkaitan peneguhan dan rangsangan sebagai


motivasi 56

2.7 Rumusan 58
viii

BAB 3 METODOLOGI 60

3.1 Pendahuluan 60

3.2 Reka Bentuk Kajian 61

3.3 Sampel Kajian 62

3.4 Kajian Rintis 63

3.5 Tata Cara Pengumpulan Data Instrumen Kajian 64

3.5.1 Temu bual Guru 67

3.5.2 Pemerhatian di dalam Bilik Darjah 68

3.5.3 Nota Lapangan 70

3.6 Analisis Data 71

3.7 Etika Kajian 72

3.8 Kesahan dan Kebolehpercayaan 73

3.9 Triangulasi Data 74

3.10 Kesimpulan 75

BAB 4 DAPATAN KAJIAN 76

4.1 Pendahuluan 76

4.2 Latar Belakang guru 77

4.2.1 Guru Prasekolah 1 78

4.2.1 Guru Prasekolah 2 78

4.2.3 Guru Prasekolah 3 78

4.2.4 Guru Prasekolah 4 79

4.2.5 Guru Prasekolah 5 79

4.3 Dapatan Kajian 79


ix

4.3.1 Strategi Interaksi Berkesan di dalam Pengajaran dan


Pembelajaran Bahasa Inggeris 80

4.3.1.1 Peluang Semasa Pengajarn dan Pembelajaran 80

4.3.1.2 Pengulangan 89

4.3.1.3 Penggunaan dwibahasa 94

4.3.1.4 ‘Parallel talk’ 97

4.3.1.5 Rumusan 99

4.3.2 Kemahiran pedagogi guru 99

4.3.2.1 Pemilihan tajuk 100

4.3.2.2 Kemahiran menyoal 100

4.3.2.3 Membetulkan kesalahan serta merta 101

4.3.2.4 Kaedah Scafolding 102

4.3.2.5 Kemahiran berbahasa Inggeris 102

4.3.2.6 Rumusan 103

4.3.3 Peneguhan dan rangsangan sebagai motivasi 104

4.3.3.1 Motivasi Ekstrinsik 104

4.3.3.2 Motivasi Intrinsik 106

4.3.3.3 Rumusan 108

4.4 Kesimpulan 109

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 110

5.1 Pengenalan 110

5.2 Perbincangan dapatan Kajian 111

5.2.1 Perbincangan dapatan kajian strategi interaksi


yang digunakan oleh guru dalam pengajaran

dan pembelajaran bahasa Inggeris kanak-kanak


prasekolah 111
5.2.2 Perbincangan dapatan kajian kemahiran guru
menjalankan pengajaran Bahasa Inggeris bagi
menggalakkan interaksi berkesan 117

5.2.3 Perbincangan dapatan kajian peneguhan dan rangsangan


yang diberikan oleg guru sebagai motivasi untuk
menggalakkan berinteraksi dengan kanak-kanak 121

5.3 Rumusan 124

5.4 Implikasi Kajian 125

5.5 Cadangan Kajian Akan Datang 129

5.6 Kesimpulan 130

RUJUKAN 134

LAMPIRAN
xi

SENARAI JADUAL

No. Jadual Muka surat

1.1 Kaedah Pengumpulan Data 66


xii

SENARAI RAJAH

No. Rajah Muka Surat

1.1 Kerangka Konseptual Kajian 19

1.2 Prosedur Pengumpulan Data 65


xiii

SENARAI SINGKATAN/SIMBOL/TATANAMA/ISTILAH

EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

JPN Jabatan Pendidikan Negeri

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

KSPK Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

MBMMBI Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa

Inggeris

NKRA Bidang Keberhasilan Utama Negara

PdP Pengajaran dan pembelajaran

PERMATA Kurikulum Awal Kanak-kanak berumur 0 – 4 tahun

PPD Pejabat Pendidikan Daerah

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

TESL Teaching English as a Second Language

ZPD Zone Proximal Development


xiv

SENARAI LAMPIRAN

A Protokol Temu bual

B1 Protokol pemerhatian Pengajaran Terhadap Guru

B2 Protokol pemerhatian terhadap kanak-kanak

C Surat kelulusan dari Pakar Akademik Mengesahkan Instrumen Temu bual dan
Instrumen Pemerhatian

D Surat Kelulusan Untuk menjalankan Kajian di Sekolah, Institusi


Pendidikan Guru, Jabatan Pendidikan Negeri dan Bahagian di Bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia
KPMSP.600-3/2/3 Jld 10 (70 ) – 27 Januari 2016

E Transkrip temu bual

F Senarai semak pemerhatian di dalam kelas


BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan di Malaysia melalui Falsafah Pendidikan Negara menekankan pendidikan

yang menyeluruh merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Pendidikan

prasekolah telah menjadi agenda utama pendidikan negara pada masa kini. Ianya telah

dijadikan salah satu sub di dalam NKRA (Bidang Keberhasilan) setelah menyedari

keberkesanan pendidikan awal kanak-kanak dalam semua aspek terutama

perkembangan kognitif. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggariskan

konsep amalan yang bersesuaian digunakan untuk pembelajaran kanak-kanak

prasekolah melalui Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK, 2010) dan

KSPK Semakan 2017 (2016).


2

Bermula dari peringkat inilah kanak-kanak boleh dididik untuk menjadi insan

yang sempurna. Pelaksanaan prasekolah untuk semua kanak-kanak sebelum memasuki

alam persekolahan sebenar disifatkan mampu membantu perkembangan pendidikan

seterusnya memudahkan proses pengajaran guru di bilik darjah. Mengikut Rohaty

(2013), kanak-kanak boleh menyerap dengan baik kemahiran-kemahiran yang diajar

kepada mereka dan pada peringkat ini ianya merupakan suatu permulaan memasuki

dunia pendidikan yang mampu memberi kesan positif kepada proses tumbesaran.

Kanak-kanak terutama pada peringkat prasekolah begitu sensitif terhadap

persekitaran dan boleh mempelajari pelbagai bahasa serentak. Oleh itu guru-guru tidak

boleh melepaskan peluang untuk mencari pendekatan, kaedah serta strategi yang sesuai

untuk membimbing serta memberi pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan

kepada kanak-kanak.

Penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian pada masa ini amat

penting sejajar dengan perkembangan pendidikan di Malaysia sehingga ke peringkat

global. Perlaksanaan dasar ‘Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa

Inggeris’ (MBMMBI) dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai 2010. Tujuan

utama memperkasakan Bahasa Inggeris adalah untuk memantapkan penguasaan Bahasa

Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari sebagai bahasa komunikasi dan bahasa

ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa. Setiap pelajar perlu menguasai Bahasa

Inggeris dengan baik untuk membolehkan penerokaan pelbagai ilmu dalam persaingan

di peringkat nasional dan global, Julaihi Bujang (2010). Berikutan kepentingan tersebut

penguasaan Bahasa Inggeris perlu bermula dari peringkat prasekolah kerana pada

peringkat inilah mereka mula didedahkan dengan bahasa antarabangsa ini.


3

Guru prasekolah perlu melakukan lonjakan berganda untuk menterjemahkan

dasar serta mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris melalui pembelajaran yang

berkesan. Bahasa Inggeris menjadi seiring dan sama pentingnya dengan Bahasa Melayu

apabila peruntukan masa di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK,

2010) dan KSPK Semakan 2017 (2016) untuk pengajaran bagi kedua-dua bahasa adalah

sebanyak 600 minit dalam seminggu. Peranan guru semakin penting dalam pelaksanaan

strategi pembelajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di kelas prasekolah. Strategi

interaksi berkesan adalah satu strategi yang boleh membantu peningkatan penguasaan

Bahasa Inggeris kanak-kanak prasekolah. Guru perlu memahami tatacara perlaksanaan

yang berkesan supaya menghasilkan impak positif terhadap kanak-kanak prasekolah.

1.2 Latar Belakang Kajian

Kerajaan Malaysia telah memandang serius mengenai penguasaan Bahasa Inggeris dari

kanak-kanak peringkat prasekolah hingga ke peringkat universiti. Pengajaran Bahasa

Inggeris telah menjadi wajib diajar diperingkat sekolah menengah mahu pun sekolah

rendah. Sejajar dengan kepentingan ini Bahasa Inggeris juga perlu diajar kepada kanak-

kanak seawal prasekolah kerana kemahiran asas bahasa ini menjadi teras kepada

penguasaan bahasa dan ilmu pada peringkat yang lebih tinggi.

Di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK, 2010) dan

KSPK Semakan 2017 (2016) yang digunakan mengandungi tunjang komunikasi yang

turut merangkumi Bahasa Inggeris sebagai asas kepada kanak-kanak. Pendekatan dalam

KSPK (2010) dan KSPK Semakan 2017 (2016) menekankan kepada penggunaan
4

strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur,

perkembangan diri, kebolehan, bakat serta minat kanak-kanak. Ini merupakan peluang

kepada kanak-kanak mempelajari dan menguasai Bahasa Inggeris dengan kaedah yang

menyeronokkan.

Kanak-kanak prasekolah perlu didedahkan kepada dunia pembelajaran secara

tidak langsung dapat memberi pengalaman awal yang penting seperti berinteraksi

menggunakan Bahasa Inggeris. Pembelajaran yang bermakna dapat membekalkan

keyakinan bagi pembentukan sikap yang positif sebagai persediaan memasuki alam

persekolahan secara formal dan pendidikan sepanjang hayat.

Memandangkan Bahasa Inggeris adalah bahasa kedua bagi kebanyakan kanak-

kanak prasekolah maka ianya diajar dengan dua cara iaitu interaksi secara verbal dan

bukan verbal seperti penggunaan bahasa badan (body language), ekspresi wajah dan

eye contact dalam usaha untuk memudahkan pemahaman kanak-kanak. Kesemua

elemen tersebut mejadi penting di dalam strategi interaksi yang perlu diamalkan oleh

guru bagi memberi pengalaman awal Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak.

Interaksi berkesan di antara guru dan murid merupakan satu hubungan timbal

balik yang saling memberi kesan serta saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Menurut Adrian dan Elene (2013) interaksi merupakan proses menjalinkan hubungan

dan berkomunikasi dan saling mempengaruhi fikiran mahupun tindakan. Kanak-kanak

dapat memahami percakapan guru dan dapat memberi tindak balas di dalam pengajaran.

Kajian terbaru oleh Fredson (2015) mendapati bahawa interaksi yang saling menyokong
5

dan menghargai antara satu sama lain akan meningkatkan motivasi kepada kanak-kanak

dan mereka lebih berminat untuk mengikuti pembelajaran.

Guru adalah insan paling rapat dan meluangkan sebahagian masa mereka

semasa pengajaran dan pembelajaran maka peluang berinteraksi secara berkesan perlu

digunakan dengan sebaiknya. Kanak-kanak akan cuba berinteraksi dengan guru dan

sedikit demi sedikit memahami bahasa ini seandainya pengajaran dan pembelajaran

yang dijalankan menarik dan penuh bermakna kepada mereka. Lowen dan Reinders

(2011) menyatakan bahawa untuk melihat keberkesanan sesuatu pengajaran dan

pembelajaran, ianya bergantung kepada penglibatan kanak-kanak dan interaksi yang

berkesan mereka dengan guru.

1.3 Penyataan Masalah

Dewasa ini kelemahan menguasai Bahasa Inggeris dalam kalangan kanak-kanak

peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti dipandang serius kerana masalah ini

membawa kepada kegagalan menguasai ilmu yang kebanyakan buku-buku rujukan

terdapat di dalam Bahasa Inggeris. Akta Pendidikan 1996 (Kementerian Pendidikan,

1996) menyatakan bahawa pendidikan bahasa merupakan mata pelajaran wajib dalam

semua program awal kanak-kanak. Bahasa Malaysia adalah bahasa utama manakala

Bahasa Inggeris adalah bahasa kedua. Walau bagaimanapun, tidak ada definisi yang

jelas bagaimana kedua-dua bahasa ini boleh digunakan sebagai alat untuk berinteraksi

dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak. Kesan kualiti

Bahasa Inggeris terhadap pendidikan awal kanak-kanak juga kurang terserlah. Pengkaji
6

membahagikan permasalahan ini kepada dua kategori iaitu masalah secara umum dan

masalah yang lebih khusus.

Masalah secara umum adalah pada Januari 2014, di dalam Dialog Penyediaan

Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia 2015 – 2025, mantan Menteri

Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin menyatakan bahawa pelajar di

Malaysia yang terdiri daripada kanak-kanak prasekolah, murid sekolah rendah, pelajar

sekolah menengah dan universiti masih tidak boleh bertutur menggunakan Bahasa

Inggeris dengan baik. Keadaan ini sangat membimbangkan kerana Bahasa Inggeris

telah diajar sejak kecil. Beliau bersetuju supaya pengajaran Bahasa Inggeris telah mula

diajar pada peringkat prasekolah lantas menyarankan supaya penguasaan Bahasa

Inggeris di dalam kalangan kanak-kanak prasekolah perlu ditingkatkan. Pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Cambridge English telah

menjalankan kajian terhadap sekolah-sekolah di Malaysia melalui "Measuring the

English Language Standard and Establishing an evidence-based base line for

Malaysian schools" kerana ingin mengetahui tahap pembelajaran dan pengajaran

Bahasa Inggeris. Menurut kajian tersebut, 85 peratus pelajar memang berminat belajar

Bahasa Inggeris manakala dalam kalangan guru-guru pula, 97 peratus guru memang

berminat untuk mengajar Bahasa Inggeris. Memandangkan peratusan minat serta

penerimaan murid dan guru terhadap Bahasa Inggeris agak tinggi, perlulah dikaji satu

alasan penguasaan yang masih rendah di kalangan pelajar-pelajar di Malaysia.

Ekoran dari masalah tersebut, Hazrul (2012) dalam kajiannya mendapati

bahawa para majikan melahirkan perasaan tidak puas hati kerana 50 peratus daripada

graduan yang memohon pekerjaan kurang menguasai kemahiran berkomunikasi dan


7

berinteraksi menggunakan Bahasa Inggeris. Mereka bukan sahaja tidak mempunyai

kesepadanan kemahiran malah tidak fasih berbahasa Inggeris. Keadaan ini menjadikan

mereka sukar memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Maka para guru perlu

memandang serius perkara ini seterusnya menyokong pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Inggeris yang berkesan bermula dari peringkat prasekolah dan

sekolah rendah.

Penguasaan kemahiran Bahasa Inggeris yang kukuh dalam kalangan kanak-

kanak prasekolah amat penting malah mengimbangi penguasaan pengetahuan asas

ketika mereka memasuki alam persekolahan formal. Kerajaan memberi tumpuan

kepada penguasaan Bahasa Inggeris kerana terdapat sebahagian murid yang masih tidak

menguasai kemahiran 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) walaupun sudah

belajar di Tahun Enam kerana ketinggalan dalam pembelajaran, antara lain dikatakan

ianya berpunca dari pencapaian dan penguasaan kemahiran yang berbeza sejak

memasuki Tahun Satu lagi.

Masalah yang lebih khusus adalah mengikut kajian oleh Albert (2012) dalam

kajiannya terhadap sebuah kelas prasekolah mendapati bahawa pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Inggeris menjadi terganggu kerana murid tidak memahami

perkara yang disampaikan oleh guru. Di dalam pengajarannya, Albert (2012) mendapati

bahawa kanak-kanak hanya mendiamkan diri dan mengharapkan jawapan daripada

guru. Guru tidak dapat menyampaikan isi pelajaran dengan baik kerana kanak-kanak

tidak memahami bahasa tersebut. Penguasaan dari segi perbendaharaan kata dan

perbualan mudah juga sangat lemah. Memandangkan kanak-kanak tidak memahami

bahasa kedua mereka ianya menjadi lebih sukar untuk berinteraksi dengan guru. Latihan
8

yang berterusan perlu dilakukan bagi meningkatkan tahap penguasaan perbendaharaan

Bahasa Inggeris. Guru perlu menyediakan kanak-kanak prasekolah bagi mempelajari

Bahasa Inggeris dengan memberikan pengalaman awal dalam pembelajaran seperti

yang digariskan dalam tunjang bahasa dan komunikasi. Kanak-kanak perlu memahami

isi pelajaran yang hendak disampaikan. Memandangkan mereka masih belum

memahami Bahasa Inggeris dengan baik maka proses pengajaran dan pembelajaran

menjadi terganggu.

Masalah seterusnya adalah guru prasekolah mendapati bahawa suatu kesukaran

bagi mereka untuk berinteraksi dengan kanak-kanak dan menjalankan aktiviti

menggunakan Bahasa Inggeris kerana mereka bukanlah terdiri dari mereka yang

mengambil jurusan Bahasa Inggeris. Perkara utama yang mendatangkan kesukaran

kepada mereka adalah keupayaan berinteraksi secara berkesan dengan kanak-kanak.

Mereka tidak dilatih secara professional untuk mengajar Bahasa Inggeris sebagai

bahasa kedua. Guru-guru tidak berjaya menjalankan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dalam Bahasa Inggeris dengan berkesan kerana kurang menguasai bahasa

ini dan tahap kecekapan serta pengetahuan mereka tentang penguasaan Bahasa Inggeris

juga terhad. Rohaty (2013) menyatakan bahawa salah satu penemuan utama beliau

mengenai isu-isu kritikal dalam pendidikan awal kanak-kanak ialah kekurangan

kompetensi guru dalam menggunakan Bahasa Inggeris semasa berinteraksi dengan

kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempelajari Bahasa Inggeris daripada guru-guru yang

kurang berkelayakan dan kurang mahir dalam bahasa tersebut mungkin tidak dapat

mencapai penguasaan Bahasa Inggeris yang cukup baik. Oleh itu amatlah penting untuk

mengkaji prestasi dan pengetahuan guru prasekolah dalam usaha untuk penguasaan

bahasa kedua ini.


9

Masalah berikutnya adalah guru prasekolah tidak berpeluang untuk menjadi

mahir dan cekap berinteraksi menggunakan Bahasa Inggeris dengan anak-anak didik

mereka. Guru tidak dapat menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang

bermotivasi dan berkualiti serta mampu mengekalkan minat kanak-kanak dalam

menggunakan Bahasa Inggeris kerana mereka kurang menguasai serta kurang mahir

menggunakannya semasa berinteraksi dengan kanak-kanak. Berbanding dengan guru-

guru sekolah rendah dan menengah, seramai 61000 guru Bahasa Inggeris dilatih semula

dalam gelombang pertama (dari tiga gelombang) Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (2013-2025), mereka telah mengikuti latihan Iktisas TESL (Pengajaran

Bahasa Inggeris Sebagai bahasa kedua) untuk mengajar Bahasa Inggeris kepada pelajar

di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Berikutan permasalahan dari aspek pembangunan professional guru-guru

pendidikan awal kanak-kanak, ianya menjadikan mereka kurang memberi tumpuan

kepada penggunaan Bahasa Inggeris dalam amalan harian mereka. Guru-guru masih

memerlukan satu latihan yang khusus untuk meningkatkan profesionalisme mereka

terutama di dalam aspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Pihak Jabatan

Pendidikan Negeri (JPN) sentiasa mengambil berat perkara ini. Pada tahun 2014, satu

kursus jangka pendek telah dijalankan iaitu “Peningkatan Bahasa Inggeris untuk Guru-

guru Prasekolah Negeri Perak telah dijalankan mulai bulan April hingga Oktober. Guru-

guru didedahkan dengan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris kanak-kanak prasekolah. Pihak JPN

Perak sentiasa memantau pelaksanaan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Inggeris berdasarkan kursus yang telah dijalankan pada tahun 2014.
10

Menurut Rohaty (2013), masalah yang juga perlu dipandang serius di dalam

pengajaran Bahasa Inggeris prasekolah ialah guru-guru sering menekankan amalan

membaca secara mekanis dan kemahiran menulis. Mereka jarang sekali menggunakan

Bahasa Inggeris sebagai alat interaksi seharian dan kurang menekankan interaksi

menggunakan bahasa tersebut. Rohaty (2013) melihat bahawa Bahasa Inggeris tidak

harus digunakan sebagai mata pelajaran di dalam kelas pendidikan awal kanak-kanak

semata-mata tetapi juga sebagai medium interaksi antara guru dan kanak-kanak semasa

aktiviti luaran serta aktiviti-aktiviti lain. Di dalam kurikulum PERMATA (Kurikulum

awal kanak-kanak yang memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran kanak-

kanak berumur 0-4 tahun), proses merangsang minda kanak-kanak dijalankan secara

sistematik melalui 3 kaedah utama iaitu penerokaan, eksperimen dan pengalaman

melalui bermain. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010) dan KSPK

Semakan 2017 (2016) juga memberi tumpuan kepada proses berpusatkan kepada

pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang memberi penekanan kepada inkuiri

penemuan, pengajaran bersepadu serta pembelajaran melalui pendekatan bermain.

Ianya menggalakkan pembelajaran secara kontekstual serta pembelajaran berasaskan

projek. Bersesuaian dengan KSPK (2010) dan terkini KSPK Semakan 2017 (2016)

menekankan kepada kepentingan interaksi guru dengan kanak-kanak dalam pendekatan

pengajaran dan pembelajaran mereka.

Pengkaji telah melihat kekurangan dari segi instrumen untuk menilai kanak-

kanak dalam penguasaan Bahasa Inggeris sebagai suatu perkara yang perlu diambil

berat. Namun begitu satu instrumen Bahasa Inggeris telah disediakan oleh pihak JPN

Perak iaitu Junior Kids Program, JPN Perak (2014) telah digunakan untuk menilai

penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan kanak-kanak Prasekolah. Instrumen ini


11

dibentuk berdasarkan Standard Pembelajaran yang terdapat di dalam Kurikulum

Standard Prasekolah Kebangsaan (2010). Walau bagaimanapun instrumen ini hanya

dapat mengukur penguasaan dari segi membaca dan menulis tetapi masih tidak dapat

mengukur sejauh mana penguasaan kemahiran berinteraksi kanak-kanak menggunakan

Bahasa Inggeris. Dapatan laporan dari JPN Perak (2014) menunjukkan bahawa kanak-

kanak hanya boleh membaca secara mekanis tetapi masih tidak yakin berinteraksi

menggunakan Bahasa Inggeris walaupun semasa interaksi yang mudah dengan guru-

guru.

Masalah yang terakhir adalah pengkaji mendapati bahawa masih terdapat

kekurangan penyelidikan dan kajian yang berlatar belakang kepada strategi interaksi

yang digunakan oleh guru-guru prasekolah di dalam pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Inggeris. Menurut Hooi San dan Anna Christina (2014), walaupun terdapat

beberapa kajian yang memberi tumpuan kepada penguasaan asas Bahasa Inggeris

kanak-kanak namun masih tiada kajian setakat ini yang mengkaji dari aspek perspektif

guru berhubung dengan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai alat interaksi dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Tiada data yang muktamad mengenai penggunaan

Bahasa Inggeris sebagai alat berinteraksi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran

pada peringkat pendidikan awal kanak-kanak.


12

1.4 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi interaksi berkesan yang digunakan oleh

guru di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan kanak-

kanak prasekolah. Pengkaji juga ingin melihat bentuk peneguhan dan rangsangan yang

digunakan oleh guru di dalam pengajaran untuk menggalakkan interaksi yang berkesan.

1.5 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji strategi interaksi berkesan yang

digunakan oleh guru-guru di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris

kepada kanak-kanak prasekolah.

Objektif kajian ini secara khusus adalah seperti berikut:

1) Mengenalpasti strategi interaksi berkesan yang digunakan oleh guru di dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak prasekolah.

2) Mengenalpasti kemahiran pedagogi guru menjalankan pengajaran Bahasa

Inggeris untuk menggalakkan interaksi berkesan.

3) Mengenalpasti peneguhan dan rangsangan guru sebagai motivasi bagi

menggalakkan interaksi berkesan.


13

1.6 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada tujuan kajian, beberapa persoalan telah dirangka bagi mencapai

objektif kajian yang akan dilaksanakan oleh pengkaji iaitu:

1. Bagaimana guru menggunakan strategi interaksi yang dalam proses pengajaran

dan pembelajaran Bahasa Inggeris?

2. Sejauhmana guru mempunyai kemahiran pedagogi dalam menjalankan

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris untuk menggalakkan interaksi

berkesan?

3. Sejauhmana peneguhan dan rangsangan guru sebagai motivasi untuk

menggalakkan proses interaksi di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Inggeris?

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan tertentu yang sangat penting dan

bermakna terutama kepada kanak-kanak prasekolah, guru dan kepada negara.

Kepentingan adalah seperti berikut:


14

1.7.1 Kepentingan Kepada Kanak-kanak Prasekolah

Hasil kajian ini memberi manfaat yang besar kepada kanak-kanak prasekolah. Apabila

guru mengaplikasi pelbagai strategi pengajaran yang berkesan di dalam pengajaran

Bahasa Inggeris seperti aktiviti bercerita, permainan, aktiviti kumpulan, nyanyian dan

lain-lain, kanak-kanak akan menikmati pengalaman indah dan menyeronokkan semasa

mempelajari Bahasa Inggeris . Ini menjadikan pendidikan kanak-kanak lebih berkualiti

dan memberangsangkan.

Selain daripada itu, aplikasi pelbagai strategi yang menarik juga dapat

membantu meningkatkan keyakinan kanak-kanak untuk berinteraksi menggunakan

Bahasa Inggeris. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan akan meningkatkan

minat kanak-kanak mempelajari bahasa kedua mereka.

1.7.3 Kepentingan Kepada Guru Prasekolah

Hasil kajian ini juga memberi faedah yang sangat besar kepada guru supaya saling

berkongsi kemahiran dan pengetahuan tentang penggunaan Bahasa Inggeris sebagai

alat untuk berinteraksi dengan kanak-kanak. Guru dapat bertukar-tukar fikiran serta

saling memberi idea bagi mendapatkan strategi yang berkesan di dalam pengajaran

Bahasa Inggeris.
15

Guru juga dapat memperbaiki amalan di dalam pengajaran dan pembelajaran

dengan mengaplikasikan pelbagai strategi yang menarik serta berkesan untuk

menggalakkan kanak-kanak berinteraksi menggunakan Bahasa Inggeris. Selain

daripada itu ianya dapat memberi panduan kepada guru dalam meningkatkan keyakinan

mereka berinteraksi dengan kanak-kanak.

1.7.3 Kepentingan Kepada Negara

Kajian ini adalah seiring dengan objektif gelombang pertama Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang menekankan kepentingan kemahiran

dwibahasa. Gelombang pertama adalah memberi tumpuan dalam mengukuhkan sistem

pendidikan semasa termasuk pendidikan prasekolah sebelum memperkenalkan

perubahan struktur yang akan bermulanya gelombang kedua (2016 – 2020).

Kajian ini juga secara langsung menyokong dasar negara MBMMBI (2010)

dengan menyediakan pembelajaran Bahasa Inggeris yang berkualiti serta menekankan

penggunaan bahasa tersebut supaya generasi muda dapat menguasai Bahasa Inggeris

dengan baik, mudah menguasai ilmu pada peringkat universiti dan dapat bersaing di

peringkat global.
16

1.8 Batasan Kajian

Pengkaji membataskan kajian ini kepada strategi interaksi guru-guru semasa

menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di kelas prasekolah. Kajian ini

bukanlah untuk menilai tahap kualiti pengajaran guru tetapi untuk melihat keberkesanan

interaksi yang efektif yang dijalankan oleh guru-guru prasekolah dan kesesuaian

strategi yang diamalkan di kelas.

Kajian akan dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu

dengan melakukan pemilihan melalui persampelan bertujuan (purposive sampling).

Untuk persampelan bertujuan ini pengkaji memilih lima orang guru prasekolah yang

telah mengikuti kursus jangka pendek bagi peningkatan Bahasa Inggeris pada tahun

2014. Mereka terdiri daripada guru-guru yang mengajar di kelas-kelas prasekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengajar di Daerah Kerian, Perak. Kursus

yang terlibat adalah kursus Peringkat Profesiensi Bahasa Inggeris Guru-guru

Prasekolah Peringkat Negeri Perak. Kursus ini dijalankan pada setiap minggu selama

enam bulan iaitu bermula Jun hingga November 2014. Kursus ini menekankan kepada

teknik pengajaran yang sesuai untuk pengajaran Bahasa Inggeris kanak-kanak

prasekolah. Guru-guru juga telah didedahkan kepada penggunaan bahan yang

bersesuaian dan aplikasi strategi pengajaran yang sesuai untuk menarik minat kanak-

kanak di dalam kelas.

Pemilihan ini berdasarkan kepada pemerolehan data yang padat serta

menyeluruh boleh diperolehi. Para peserta ini hanya mewakili sampel dan tidak

mewakili sampel yang lain di lokasi yang sama. Kajian ini melibatkan guru prasekolah
17

Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja yang menggunakan KSPK (2010) dan KSPK

Semakan 2017 (2016) sepenuhnya. Ianya tidak melibatkan tadika atau prasekolah

swasta yang menggunakan kurikulum tambahan dan menggunakan konsep dan

pendekatan yang berbeza dengan pendidikan prasekolah kerajaan.

1.9 Kerangka Konsep Kajian

Kerangka konseptual bertujuan untuk membantu pemahaman dan penghuraian konsep-

konsep yang berkaitan dengan kajian yang hendak dijalankan. Menurut Othman Lebar

(2015), idea tentang kerangka konsep adalah saling berkait dengan kerangka kajian.

Kerangka konseptual ini dibina berasaskan kepada komponen yang memberi

kesan terhadap strategi interaksi berkesan di dalam pengajaran Bahasa Inggeris iaitu

strategi interaksi berkesan yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Inggeris, kemahiran guru menggunakan Bahasa Inggeris dan rangsangan serta

dorongan yang digunakan untuk menggalakkan interaksi dengan kanak-kanak. Ketiga-

tiga komponen ini disepadukan untuk melihat strategi interaksi yang berkesan di dalam

pengajaran Bahasa Inggeris.

Strategi yang digunakan oleh guru amat penting untuk menggalakkan interaksi

di dalam Bahasa Inggeris. Kebolehan dan kemahiran guru menggunakan Bahasa

Inggeris juga sangat mempengaruhi interaksi yang berkesan bersama kanak-kanak.

Guru bukan sahaja berinteraksi di dalam slot pengajaran Bahasa Inggeris malahan boleh

berinteraksi di sepanjang waktu pembelajaran kanak-kanak sebagai suatu kebiasaan


18

berinteraksi. Di dalam pengajaran dan pembelajaran, guru sentiasa memberi rangsangan

dan dorongan serta menanam sifat ingin mencuba memulakan interaksi dengan guru.

Guru memberi peluang dan ruang untuk kanak-kanak berinteraksi dengan guru dan

rakan-rakan.

Komponen-komponen ini di bawah satu lingkungan Model Pemerolehan

Bahasa Kedua oleh Krashen (1981). Penggunaan model ini adalah sebagai memberi

gambaran keseluruhan kajian ini. Ianya disokong pula oleh tiga teori utama iaitu Teori

Pembelajaran Sosial Bandura (1925) dan Teori Vygotsky (1978) serta Teori

Behaviorisme (1957). Teori pembelajaran sosial Bandura (1925) memberi gambaran

tentang interaksi di antara kanak-kanak dan guru manakala teori Vygotsky (1978) pula

menjelaskan situasi serta kaedah yang dijalankan oleh guru di dalam pengajaran dan

pembelajaran. Teori Behaviorisme (1957) menerangkan tentang tingkah laku positif

yang terbentuk seperti interaksi kanak-kanak berkait rapat dengan dorongan dan

rangsangan yang diberikan oleh guru. Model dan teori ini yang dipilih ini amat perlu

bagi menghubungkait dan menghuraikan konsep dan idea secara jelas dan terperinci

mengenai kajian serta pengkaji lebih terarah dalam memberi fokus kepada objektif

kajian.

Berdasarkan objektif kajian yang perlu dicapai di dalam kajian ini, pengkaji

mendapati bahawa ketiga-tiga komponen ini perlu dilihat bersama semasa pengajaran

dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Komponen tersebut merupakan tunjang

kepada strategi interaksi berkesan di dalam pengajaran Bahasa Inggeris.


19

Model Pemerolehan Bahasa Kedua (Krashen)

Strategi interaksi yang


digunakan

Strategi Interaksi Berkesan


Peneguhan dan
rangsangan guru
Kemahiran guru

Teori Pembelajaran Sosial (Bandura) Teori Behaviorisme (Skinner)

Teori Vygotsky

Rajah 1.1 Kerangka konseptual kajian


20

1.10 Definisi Operasional

Kajian ini menggunakan beberapa istilah yang perlu diberikan definisi operasional yang

dirasakan sesuai untuk memperolehi maklumat yang dikehendaki oleh pengkaji.

Definisi operasional diberikan bagi mengelak sebarang kekeliruan dalam lingkungan

kajian ini.

1.10.1 Kanak-kanak Prasekolah

Dalam konteks kajian ini, kanak-kanak prasekolah merujuk kepada kanak-kanak yang

berumur empat hingga enam tahun yang mengikuti program pendidikan prasekolah di

bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kanak-kanak prasekolah mengikuti

pengajaran dan pembelajaran mengikut kurikulum yang disediakan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia iaitu KSPK (2010) dan yang terkini adalah KSPK Semakan 2017

(2016) yang padat dan tersusun untuk membantu perkembangan mereka serta

berkeyakinan melangkah ke Tahun Satu.

Mengikut KSPK (2010) dan KSPK Semakan 2017 (2016), kanak-kanak

prasekolah perlu mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai

pendedahan asas kepada bahasa kedua itu. Guru perlu menyediakan persekitaran yang

menarik dan kondusif sebagai persediaan kanak-kanak melalui pengalaman yang

menyeronokkan mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Kanak-kanak

berumur empat hingga enam tahun berupaya mempelajari pelbagai bahasa secara

serentak.
21

1.10.2 Pengajaran Prasekolah

Dalam kajian ini, pengajaran prasekolah merujuk kepada proses pengajaran dan

pembelajaran di kelas prasekolah dijalankan secara fleksibel dalam suasana

pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria. Pembelajaran dijalankan selama empat

jam mengikut komponen-komponen yang disediakan di dalam Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan (2010) dan kini KSPK Semakan 2017 (2016). Guru-guru

memulakan pembelajaran dengan pengurusan diri, kecekapan berbahasa dan

berkomunikasi serta berkeyakinan melontarkan idea di dalam perbualan pagi, berfikir

secara kreatif dan imaginatif meneroka kemahiran yang diajar serta refleksi diri di akhir

sesi pembelajaran. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010) dan KSPK

Semakan 2017 (2016).

1.10.3 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK 2010) dan KSPK

Semakan 2017

Dalam kajian ini, Kurikulum Pendidikan Prasekolah Kebangsaan (KSPK, 2010) dan

KSPK Semakan 2017 (2016) adalah suatu dokumen rujukan standard kepada semua

guru prasekolah dan pengusaha-pengusaha tadika dalam pindaan Akta Pendidikan 1996

(Pendidikan Prasekolah). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal sebagai

usaha untuk menyelaras dan meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah. Mengikut

KSPK (2010) dan KSPK Semakan 2017 (2016), ianya bertujuan untuk merangsang

pemikiran dengan membina kecekapan berbahasa dan berkomunikasi, kemahiran


22

berfikir, sikap positif dan akhlak yang baik serta meningkatkan kecergasan dan

kesihatan ke arah penyuburan potensi yang optimum kanak-kanak prasekolah.

KSPK (2010) dan KSPK Semakan 2017 (2016) juga bermatlamat untuk

menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai

kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan ke Tahun Satu.

Penggunaan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian juga ditekankan selaras dengan

kedudukan bahasa itu sebagai bahasa kedua. Penekanan diberi kepada penguasaan

bahasa yang merentas semua komponen bagi membantu kanak-kanak berfikir,

memahami sesuatu konsep, berimaginasi, melahirkan idea, berinteraksi dan

berkomunikasi secara berkesan.

1.10.4 Interaksi Berkesan

Di dalam kajian ini, interaksi berkesan membawa maksud proses komunikasi dua hala

antara guru dan kanak-kanak yang saling memberi dan menunjukkan reaksi dari segi

perlakuan dan tindak balas. Interaksi Bahasa Inggeris yang berkesan pula adalah

merujuk kepada komunikasi dua hala antara guru dan kanak-kanak dengan

menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan. Guru dapat berinteraksi

dalam Bahasa Inggeris melalui perbualan lisan dan ketika menyampaikan isi pelajaran

dengan berkesan manakala kanak-kanak pula dapat berinteraksi menggunakan Bahasa

Inggeris semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Di dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Inggeris, guru perlu mencungkil idea dan pemikiran kreatif
23

kanak-kanak melalui interaksi seperti menggunakan teknik penyoalan yang sesuai, dan

menggunakan soalan-soalan terbuka untuk menggalakkan kanak-kanak berinteraksi.

Guru bukan sahaja menggunakan strategi interaksi berkesan di dalam slot

pengajaran Bahasa Inggeris malah ianya boleh dipraktikkan semasa sesi perbualan pagi

(circle time), slot pengajaran selain daripada Bahasa Malaysia, aktiviti luar, rehat dan

refleksi sebelum kanak-kanak pulang. Interaksi berkesan boleh diamalkan sepanjang

waktu pembelajaran di kelas prasekolah. Pujian dan penghargaan diperlukan untuk

menggalakkan interaksi guru dengan kanak-kanak (Norsita, 2014).

Apabila kanak-kanak sentiasa dirangsang untuk berinteraksi dengan guru

menggunakan Bahasa Inggeris, tabiat ini akan menjadi kebiasaan dan kanak-kanak

tidak kekok dan berasa tidak asing menggunakan Bahasa Inggeris. Strategi interaksi

berkesan menjadi penting untuk membantu penguasaan bahasa kedua kanak-kanak

prasekolah.

1.10.5 Peneguhan (reinforcement)

Peneguhan (reinforcement) adalah perkara yang dilakukan oleh guru untuk

menggalakkan sesuatu perlakuan atau tingkah laku itu diulangi. Peneguhan adalah

berdasarkan kepada teori pembelajaran tingkah laku yang dibawa oleh Skinner (1957).

Mengikut Skinner (1957), di dalam teori pelaziman operan gerak balas diulangi atau

dihapuskan yakni tidak diulangi jika diberikan peneguhan sebaik-baik sahaja gerak

balas itu ditunjukkan.


24

Di dalam kajian ini, semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris guru

lebih menggunakan peneguhan positif untuk menggalakkan kanak-kanak melakukan

sesuatu tingkah laku positif secara berulang-ulang seperti berinteraksi dengan guru.

Peneguhan boleh digunakan apabila kanak-kanak membuat percubaan untuk menjawab

soalan guru atau berinteraksi menggunakan Bahasa Inggeris. Guru memberi pujian

seperti ‘bagus’ dan ‘very good’ kepada kanak-kanak. Ini akan mendorong kanak-kanak

untuk terus cuba menjawab soalan dan berinteraksi dengan guru serta lebih

berkeyakinan berinteraksi. Semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris

dilakukan guru bukan sahaja perlu menyediakan persekitaran yang menarik, ceria dan

selesa untuk pembelajaran malah guru perlu memberi rangsangan dan peneguhan untuk

mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan. Kesimpulannya, untuk

menggalakkan interaksi di antara kanak-kanak dan guru terutama untuk berinteraksi

menggunakan Bahasa Inggeris, peneguhan merupakan suatu rangsangan yang boleh

menyebabkan berulangnya proses berinteraksi seperti yang dikehendaki oleh guru.

1.11 Kesimpulan

Dalam bab ini, pengkaji telah menerangkan pelbagai aspek termasuklah menerangkan

secara lebih terperinci tentang kajian yang dilaksanakan dan permasalahan kajian yang

mendorong penyelidik untuk menjalankan kajian. Pengkaji ingin melihat perlaksanaan

strategi interaksi guru dan kanak-kanak amat penting terutama di kelas kanak-kanak

prasekolah. Guru memainkan peranan penting kepada emosi, motivasi, kreativiti dan

produktiviti pelajar (Norsita, 2014). Guru perlu menggunakan strategi yang sesuai
25

supaya hubungan yang dijalinkan dapat membantu perkembangan kognitif, emosi yang

stabil dan peluang berkomunikasi yang lebih luas kepada kanak-kanak


BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini akan menerangkan berkenaan teori dan model yang menjadi dasar kepada kajian

ini beserta dengan sokongan dari kajian-kajian lepas. Kandungan bab ini meliputi

penerangan tentang model yang menjadi asas kepada kajian ini. Pengkaji memilih

Model Pemerolehan Bahasa Kedua serta teori-teori yang menjadi dasar kepada kajian

ini iaitu Teori Interaksi Sosial Krashen (1981), Teori Pembelajaran Sosial Bandura

(1925), Teori Behaviorisme Skinner (1957) dan Teori Vygotsky (1978). Selain daripada

itu, pengkaji juga akan mengulas beberapa kajian lepas yang berkaitan bidang kajian

pengkaji.
27

Kewujudan model dan teori adalah perlu dalam satu-satu kajian bagi menyusun,

menghubungkait dan menghuraikan peraturan, konsep serta gagasan idea supaya

susunan kerangka konseptual yang dibina menjadi bermakna dan dapat dibuktikan

secara deskriptif. Penggunaan model kajian dan teori dapat memberi gambaran

keseluruhan kajian serta usaha dan tindakan pengkaji diperkukuhkan dan

didokumentasikan secara rasmi.

Sistem pendidikan yang terancang dan bersistematik pastinya akan memberi

pengaruh dan sumbangan besar terhadap aspek perkembangan bahasa kanak-kanak.

Kanak-kanak yang mengikuti kelas prasekolah berupaya memperkembangkan aspek

bahasa mereka melalui komunikasi bersama rakan sekelas dan guru sepanjang sesi

pembelajaran serta pelbagai aktiviti yang dijalankan di kelas prasekolah. Pelbagai

pendekatan dan strategi yang digunakan oleh guru di dalam pengajaran dan

pembelajaran di peringkat prasekolah. Menurut KSPK (2010) dan KSPK Semakan

2017 (2016), pendekatan bertema, pendekatan bersepadu, projek dan pendekatan

bermain sambil belajar sangat berkesan dijalankan oleh guru-guru prasekolah. Melalui

pendekatan tersebut, murid akan berasa seronok dan mendapat kepuasan di dalam

sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Bahasa menjadi medium utama dalam

menyampaikan pengajaran dan pembelajaran.

2.2 Tunjang Bahasa dan Komunikasi

Tunjang Bahasa dan Komunikasi adalah salah satu tunjang yang terdapat di dalamn

KSPK (2010) dan KSPK Semakan 2017 (2016). Tunjang bahasa dan komunikasi
28

menjadi penting kerana ianya merupakan asas kepada perbincangan di dalam kajian ini.

Pelaksanaan komponen bahasa dan komunikasi di prasekolah sekolah kebangsaan

merangkumi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai

bahasa kedua. Bahasa Melayu digunakan bahasa perantaraan dan sebagai bahasa utama

dalam menyampaikan ilmu serta sebagai nadi kepada pembelajaran kanak-kanak.

Bahasa Inggeris pula bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan

individu di persekitaran mereka termasuk guru dan rakan-rakan menerusi aktiviti

pembelajaran seperti cerita, puisi, lagu dan permainan. Kebolehan menguasai bahasa

dan berkomunikasi dengan baik akan meningkatkan keyakinan murid untuk terlibat

secara aktif di dalam pembelajaran.

Prinsip utama pengajaran bahasa adalah menyepadukan empat kemahiran

bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis di dalam bahasa yang

dipelajari. Pengajaran mendengar bertujuan supaya kanak-kanak boleh membezakan

bunyi dan memhami sesuatu yang didengar. Kemahiran bertutur adalah kemahiran yang

memerlukan kanak-kanak menyebut bunyi dan perkataan yang betul serta dapat

menyatakan pemikiran dan perasaan mereka secara berkesan dan bertatasusila.

Kemahiran membaca mempunyai objektif supaya kanak-kanak boleh mmengucapkan

perkataan dan ayat yang tertulis serta bercetak dan memahami makna perkataan yang

dibaca. Kemahiran menulis pula bertujuan untuk melatih kanak-kanak menguasai motor

halus sehingga boleh menulis huruf, perkataan seterusnya menulis ayat mudah.

Kemahiran bahasa dan komunikasi boleh dicapai melalui pengalaman pembelajaran

yang bermakna dan menggembirakan.


29

Pengajaran dan penguasaan Bahasa Inggeris pada peringkat prasekolah

melibatkan pengalaman kanak-kanak dan persekitaran mereka. Pendedahan kepada

penggunaan ayat-ayat mudah dan bahan di persekitaran memudahkan kanak-kanak

memahami Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris menjadi lebih bermakna dan berkesan

melalui interaksi di antara guru dengan kanak-kanak serta sesama rakan sebaya.

Kemahiran mendengar dan bertutur di dalam Bahasa Inggeris akan lebih bermakna

dengan penggunaan body language, mimik muka dan eye contact (KSPK, 2010) dan

KSPK Semakan 2017 (2016).

2.3 Motivasi

Motivasi dikatakan sebagai daya penggerak di dalam diri kanak-kanak supaya timbul

keinginan untuk belajar serta menentukan arah dan tujuan sehingga mencapai sesuatu

tujuan yang dikehendaki. Untuk menggalakkan kanak-kanak berinteraksi dengan guru,

peranan motivasi sangat penting. Fredson (2015) motivasi merupakan proses yang

mempengaruhi manusia bertindak, proses membangkitkan tingkah laku, mengekalkan

tingkah laku dan menyalur tinglah laku ke arah tertentu.

Kanak-kanak yang bermotivasi dalam pembelajaran akan menunjukkan minat,

semangat dan ketekunan yang tinggi dalam pelajaran, tanpa banyak bergantung kepada

guru. Zalina, Mohd Hanafi dan Mohd Mokhtar, (2016), kejayaan mempunyai pengaruh

yang kuat dengan motivasi individu. Motivasi yang hadir ketika pengajaran yang

menyeronokkan menjadi perangsang untuk membangkitkan keseronokan dan minat


30

seseorang kanak-kanak terhadap pembelajaran mereka terutama untuk berinteraksi

dengan guru dan rakan-rakan.

Motivasi terbahagi kepada dua jenis iaitu motivasi ekstrinsik dan intrinsik.

Sitwat dan David (2012) motivasi ekstrinsik merupakan elemen yang terkandung di

bawah persekitaran luaran. Motivasi ekstrinsik merangkumi faktor-faktor seperti

popular, mobiliti sosial, kepujian, dorongan dan ganjaran. Motivasi instrinsik pula ialah

kecenderungan dalaman untuk menumpukan perhatian kepada minat, membuat latihan

kepada keupayaan, mencari dan menjadi pakar di dalam cabaran yang optima. Zalina,

Mohd Hanafi dan Mohd Mokhtar (2016) motivasi ini akan wujud dalam diri individu

apabila melakukan sesuatu perkara atau aktiviti yang bertujuan untuk menikmati

keseronokan tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Motivasi intrinsik adalah

keinginan bertindak yang disebabkan oleh faktor pendorong yang murni berasal dari

dalam diri individu, dan tujuan tindakan itu terlibat di dalam tindakan itu sendiri, bukan

di luar tindakan tersebut.

Seseorang guru perlu merangsang, membantu dan membimbing kanak-kanak.

Motivasi instrinsik adalah penyumbang kepada keupayaan kanak-kanak untuk

memperoleh pembelajaran bermakna, menyelesaikan masalah dan pengalaman yang

menggembirakan (Mastoor, 2013). Peningkatan ini berlaku disebabkan pelajar yang

mempunyai motivasi instrinsik yang tinggi untuk berinteraksi secara optimum dalam

proses pembelajaran. Guru akan menggunakan pelbagai strategi untuk menggalakkan

keinginan kanak-kanak yang mendalam untuk berinteraksi secara aktif dengan guru di

dalam pengajaran dan pembelajaran.


31

Apabila kanak-kanak bermotivasi tinggi, secara tidak langsung mereka akan

memperoleh keseronokan dalam pembelajaran, mereka lebih memahami dan berminat

untuk berinteraksi menggunakan Bahasa Inggeris. Segala usaha untuk menggalakkan

interaksi dalam kalangan kanak-kanak harus dirancang dan dilaksanakan dengan

berkesan. Kanak-kanak akan lebih gembira dan berkeyakinan apabila mereka terlibat

secara langsung di dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pengalaman,

penggunaan objek-objek konkrit dan juga berpusatkan kanak-kanak. Menurut Mastoor

(2013) pendekatan pengajaran yang digunakan bersesuaian dengan gaya pembelajaran

pelajar atau kanak-kanak, pengetahuan yang disampaikan dapat disimpan dengan lebih

lama mempunyai kaitan untuk memotivasikan kanak-kanak supaya mempunyai sikap

yang positif dan motivasi yang tinggi terhadap pembelajaran tersebut.

2.4 Model Pemerolehan Bahasa Kedua

Pemerolehan bahasa kedua adalah proses mempelajari sesuatu bahasa lain di samping

bahasa ibunda telah diperolehi. Model Pemerolehan bahasa kedua penting ditekankan

sebagai dasar utama di dalam kajian ini. Pemerolehan bahasa kedua adalah satu proses

mempelajari perlakuan baru dan membentuk tabiat baru melalui latihan-latihan dan

peneguhan. Ianya perlu dipelajari secara formal dan hanya berkembang melalui latihan

dan pengukuhan. Dalam mempelajari bahasa kedua, interaksi adalah fungsi

utama berbahasa dan pengajaran bahasa lebih berpusatkan keupayaan

pengajaran komunikatif. Penguasaan bahasa berlaku apabila kanak-kanak memahami

mesej yang hendak disampaikan dan memulakan interaksi sebagai tindak balas

menggunakan bahasa tersebut.


32

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh pendidik bagi

melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kaedah pengajaran

merupakan satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran

secara teratur, kemas,dan sistematik. Jumiya (2014) membincangkan bagaimana bahasa

kedua boleh diperolehi secara semulajadi. Kaedah semulajadi kurang menekankan

kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori tatabahasa tertentu.

Kaedah semulajadi juga berasaskan kepada teori pembelajaran bahasa yang

menganggap bahawa bahasa lebih mudah dikuasai secara semula jadi.

Di dalam kajian ini, pengkaji memilih model yang dikemukakan oleh Stephen

Krashen (1985) kerana beliau banyak memberi idea dan konsep-konsep di dalam

pemerolehan bahasa kedua. Krashen (1985) telah mengemukakan perspektif

teoritikalnya mengenai pembelajaran bahasa kedua melalui teori input hipotesis.

Krashen (1985) melalui tulisan buku dan artikelnya memperkenalkan hipotesis

pembelajaran dan pemerolehan (Acquistion-Learning Hypothesis) dan lebih dikenali

sebagai input hipotesis (Input Hypothesis). Hipotesis ini menyatakan bahawa

pemerolehan struktur dan rumus tatabahasa oleh bahasa kedua berlaku secara

semulajadi. Untuk pemerolehan bahasa kedua, Krashen (1985) menegaskan bahawa

kanak-kanak perlu menghafal serta mengingat sejumlah perbendaharaan kata supaya

bahasa tersebut dapat digunakan dengan berkesan. Dengan kata lain kanak-kanak perlu

mempunyai jumlah perkataan yang mencukupi untuk digunakan untuk membentuk ayat

lengkap dan membantu proses berinteraksi. Jumiya (2014) menyokong garis panduan

di dalam Krashen The Natural Approach (1930) kepada kepada guru-guru dan ibu bapa

supaya perbanyakkan berinteraksi dengan kanak-kanak untuk meningkatkan

perbendaharaan kata mereka serta meningkatkan penguasaan bahasa kedua.


33

Wegner (2013) menyatakan bahawa dua cara yang digunakan oleh seseorang

kanak-kanak untuk memupuk kompetensi bahasa kedua iaitu pemerolehan (acquisition)

dan pembelajaran (learning) seperti yang ditegaskan oleh Krashen (1981) di dalam

kelas secara formal akan menghadapi sedikit gangguan dan kesukaran kerana mereka

tidak mempunyai hubungan dengan bahasa yang dipelajari.

Proses mempelajari bahasa ini memerlukan rangsangan dan sikap positif dalam

kalangan kanak-kanak. Selari dengan Krashen (1985) kanak-kanak akan menggunakan

kelima-lima deria mereka untuk pemerolehan bahasa. Aktiviti pengajaran perlu

bermula daripada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kanak-kanak

akan diajar menyebut sesuatu perkataan sebelum mengajar bentuk-bentuk tulisan

kepada mereka. Bertepatan dengan umur kanak-kanak di mana mereka dapat menyerap

pelbagai bahasa serentak. Mengikut Rohaty (2013), perkembangan bahasa kedua lebih

pesat sebelum umur kanak-kanak berusia 3 tahun. Proses mempelajari bahasa kedua

akan dilakukan dalam keadaan lebih formal dan memerlukan banyak latihan dan

pengulangan hingga menjadi sesuatu tabiat.

Pemerolehan bahasa kedua dalam konteks pendidikan di Malaysia adalah

seseorang yang mempelajari Bahasa Inggeris sebagai tambahan kepada bahasa ibunda

mereka masing-masing. Pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua kepada kanak-

kanak memerlukan perhatian yang lebih teliti. Krashen (1981) menjelaskan bahawa

proses pembelajaran bahasa kedua berlaku terhadap kanak-kanak yang melebihi umur

5 tahun iaitu apabila pembelajaran bahasa kedua itu tidak lagi berlaku secara

semulajadi. Krashen (1981), mengatakan bahawa kanak-kanak perlu bersungguh-

sungguh untuk memperolehi bahasa kedua. Bukan sekadar mempelajarinya sebagai


34

cara untuk meningkatkan kompetensi bertutur dan berinteraksi dengan menggunakan

bahasa tersebut. Seandainya tidak dapat dicapai, kanak-kanak bahasa kedua hanya

sekadar mengetahui aspek tatabahasa dan pola bahasa sahaja. Menurut Wegner (2013),

bahasa diperolehi secara formal apabila diajar di dalam bilik darjah. Beliau menegaskan

bahawa pembelajaran bahasa kedua mengalami gangguan kerana bahasa ini tidak

mempunyai hubungan langsung dengan penutur jati bahasa tersebut. Pendidik perlu

merancang aktiviti-aktiviti pembelajaran Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak dengan

kaedah yang berkesan.

Pembelajaran Bahasa Inggeris juga melibatkan empat elemen yang penting iaitu

bertutur, mendengar, membaca dan menulis. Di dalam pembelajaran Bahasa Inggeris,

interaksi antara guru dan kanak-kanak amat penting kerana ianya dapat membantu

penguasaan kemahiran di dalam kelas. Kanak-kanak yang mempelajari Bahasa Inggeris

sebagai bahasa kedua (second language) memerlukan sokongan, motivasi dan

pembelajaran yang menarik supaya mereka mudah memahami pelajaran. Guru perlu

sedar bahawa bukan semua kanak-kanak dapat menerima pembelajaran dengan mudah.

Ada kanak-kanak yang mudah memahami bahasa yang baharu dipelajari dan ada juga

kanak-kanak yang merasakan ianya agak sukar. Guru perlu sentiasa memberi semangat

dan galakan supaya kanak-kanak berminat mempelajari Bahasa Inggeris. Guru juga

perlu membina hubungan yang baik untuk mengekalkan minat kanak-kanak belajar.

Guru perlu menyediakan kelas yang menarik supaya kanak-kanak lebih

bermotivasi dan minat yang mendalam untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Di dalam

pengajaran dan pembelajaran, guru perlu mengaitkan asas budaya dan pengalaman

sebenar kanak-kanak supaya ianya meninggalkan kesan yang mendalam dan memberi
35

impak yang positif terhadap kanak-kanak. Pengajaran bahasa kedua adalah berbeza

daripada penguasaan bahasa pertama. Bahasa kedua diperolehi melalui pembelajaran

yang bersifat formal dan tidak formal serta menekankan kepada banyak pendedahan

latihan serta pengulangan sehingga membentuk suatu tabiat kepada seseorang untuk

menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Jumiya (2014) menyatakan

seseorang kanak-kanak yang telah menguasai bahasa pertama akan mengalami proses

yang berbeza bagi pemerolehan bahasa kedua.

Terdapat empat perpsektif teori yang seringkali digunakan melaksanakan

kaedah pembelajaran dan pengajaran bahasa kedua. Perpsektif linguistik adalah

berdasarkan kepada pengajaran dan pembelajaran struktur bahasa yang melibatkan

pengasingan dalam aspek tatabahasa dan sinteksis. Dalam erti kata lain, fokus

pengajaran bertumpu kepada ketepatan menggunakan bahasa kedua. Kebiasaannya ia

melibatkan kandungan metakognitif tentang bahasa tersebut atau ‘belajar tentang

bahasa’ untuk menguasai bahasa kedua.

Perspektif kognitif ialah strategi pembelajaran yang berkesan dengan kanak-

kanak yang sedang mempelajari bahasa kedua. Strategi pembelajaran bahasa kedua

yang dipilih oleh kanak-kanak berdasarkan kepada konsep dan teknik yang digunakan

untuk membantu mereka membuat kesimpulan tentang penggunaan bahasa tersebut

sehingga mereka dapat menguasai bahasa kedua tersebut.

Perspektif afektif dan interpersonal memberi tumpuan kepada aspek psikologi

dan afektif kanak-kanak yang mempelajari bahasa kedua. Aspek ini mempengaruhi

samada pembelajaran bahasa kedua dapat dikuasai oleh kanak-kanak atau sebaliknya.
36

Interaksi di antara guru dan kanak-kanak dan suasana pembelajaran serta motivasi

kanak-kanak itu sendiri mempengaruhi pembelajaran bahasa kedua.

Perspektif fungsi interaksi sering dirujuk sebagai pendekatan ‘semulajadi’

dalam konteks keperluan untuk berinteraksi. Perspektif ini mengandungi aspek yang

berkaitan dengan komunikasi, struktur bahasa yang bersesuaian dengan penggunaannya

semasa berkomunikasi dan penglibatan kanak-kanak semasa bersosial untuk menguasai

bahasa kedua.

2. 5 Teori –teori Yang Berkaitan

Konsep-konsep teori kajian ini diambil daripada model pemerolehan bahasa kedua.

Beberapa konsep-konsep teras pemerolehan bahasa kedua dibincangkan dalam konteks

pembelajaran dan perkembangan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Isu utama

kepada pemilihan teori ini ialah keperluan untuk mengkaji interaksi guru yang mengajar

kanak-kanak dalam konteks budaya dan sosial serta pandangan bagaimana menyokong

kanak kanak berbahasa Inggeris.

Interaksi sosial mempunyai beberapa ciri yang tertentu iaitu ianya merupakan

interaksi di antara seorang individu dengan individu dengan lain iaitu melibatkan kedua

belah pihak. Interaksi juga melibatkan seseorang individu dengan individu atau

kumpulan di dalam hubungan sosial mereka yang mempunyai maksud dan arah tuju

yang jelas serta berlandaskan pola sesuatu sistem sosial yang tertentu. Jelas

menunjukkan bahawa ciri-ciri interaksi ini berlaku di antara seseorang guru dengan
37

kanak-kanak dan pelajar di sekolah. Untuk mempelajari sesesuatu bahasa haruslah

berlaku interaksi sosial di antara guru dan kanak-kanak secara aktif.

Di dalam mempelajari bahasa terutama Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua

interaksi sosial di antara guru dan kanak-kanak merupakan medium yang amat penting.

Guru perlu mewujudkan interaksi yang aktif dan mempunyai arah tuju yang jelas bagi

menggalakkan kanak-kanak berinteraksi dengan mereka. Interaksi sosial guru dan

kanak-kanak menunjukkan betapa penting hubungan yang perlu diwujudkan dalam

merealisasikan interaksi di dalam pengajaran Bahasa Inggeris kanak-kanak prasekolah

serta meningkatkan keberanian kanak-kanak berinteraksi menggunakan bahasa

tersebut.

Interaksi sosial boleh menjadi salah satu medium yang berperanan dalam

pembangunan kognitif pelajar termasuk penguasaan bahasa kedua. Hal ini penting

untuk mengetahui bagaimana dan bila interaksi boleh membantu pembelajaran berlaku.

Penyelidikan menggunakan pengantaraan interaksi sosial dalam penguasaan bahasa

kedua biasanya tertumpu kepada strategi untuk menyokong atau menggalakkan kanak-

kanak memperolehi dan menguasai serta mempelajari Bahasa Inggeris. Beberapa kajian

memfokuskan kepada usaha guru untuk menggalakkan peluang kanak-kanak

berinteraksi dengan guru secara semula jadi. Chen Zhen dan Cheng Xi Li (2016),

interaksi sesama sendiri antara guru dan kanak-kanak dan hubungan dalam kalangan

guru, rakan sebaya serta ibu bapa adalah bagi mencapai di Zon Perkembangan

Proksimal.
38

2.5.1 Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Teori yang berkait rapat dengan kajian ini adalah Teori Pembelajaran Sosial Bandura

(1925). Pengkaji memilih Teori Pembelajaran Sosial Bandura (1925) kerana teori ini

mengemukakan perubahan tingkah laku berdasarkan proses dalaman dengan pengaruh

persekitaran. Bandura (1925) berpendapat bahawa cara seseorang bertindak terutama

kanak-kanak bukanlah suatu tingkah laku kebetulan tetapi ianya merupakan kejadian

yang dialami dan diingati sesuatu peristiwa seperti menginterpretasi, mengorganisasi

dan bertindak menangani kejadian tersebut. Ini dapat dijelaskan apabila interaksi kanak-

kanak melibatkan beberapa faktor termasuk tingkah laku dan persekitaran. Kanak-

kanak dapat mempelajari sesuatu tingkah laku atau bahasa melalui pemerhatian ke atas

tingkah laku model yakni guru mereka. Di dalam pengajaran dan pembelajaran, guru

perlu menjadi model yang baik, mempamerkan tingkah laku yang membantu kanak-

kanak memahami perkara yang ingin disampaikan.

Menurut Bandura (1925), pembelajaran bukan sahaja berlaku secara pelaziman

klasik dan operan yang mementingkan perkaitan antara rangsangan dan gerak balas

malahan peniruan. Di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, guru perlu menitik

beratkan rangsangan dan gerak balas daripada kanak-kanak serta memandang serius

perbuatan meniru terhadap perlakuan dan percakapan guru. Kanak-kanak lebih

memberi tumpuan kepada perkara yang ditunjukkan oleh guru. Suppiah, Ramlah dan

Abdul Aziz (2012), penyediaan persekitaran yang kondusif dan bahan-bahan bantu

mengajar yang bersesuaian dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar terutama

pembelajaran bahasa. Jika kanak-kanak berminat terhadap sesuatu pengajaran, mereka

akan memberi gerak balas dan respons yang positif terutama berinteraksi dengan guru
39

mereka. Kanak-kanak akan menjadikan guru sebagai role model dan memberi sepenuh

perhatian terhadap tingkah laku guru.

Seseorang kanak-kanak yang ingin meniru tingkah laku dan percakapan guru

terutama dalam mempelajari bahasa kedua disebabkan oleh faktor-faktor motivasi

seperti ganjaran dan insentif. Kedua-dua ganjaran dan insentif menjadi pendorong

kepada minat kanak-kanak untuk mempelajari bahasa kedua yakni Bahasa Inggeris. Di

dalam mempelajari bahasa kedua, guru menggunakan peneguhan yang positif untuk

mendapatkan penguasaan dan pemerolehan bahasa yang lebih baik.

Selain daripada itu, untuk mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua,

guru perlu mengurangkan perasaan takut yang terdapat pada kanak-kanak untuk

berinteraksi dengan guru (Suppiah, Ramlah dan Abdul Aziz, 2012). Kanak-kanak perlu

mempunyai keberanian dan menghindarkan perasaan malu untuk berinteraksi dengan

guru. Bandura (1925) juga menekankan peranan guru sebagai model kepada kanak-

kanak terutama kanak-kanak prasekolah. Apabila kanak-kanak merasa kagum dengan

‘role model’ yang baik, mereka akan sentiasa mengekalkan minat untuk berinteraksi

dengan guru menggunakan bahasa yang dipelajari.

2.5.2 Teori Vygotsky

Teori ini diasaskan oleh Vygotsky pada tahun 1934. Beliau sangat terkenal sebagai ahli

psikologi yang memikirkan tentang perkembangan kognitif terutama hubungan antara

bahasa hasil daripada interaksi sosial dan pemikiran serta menikberatkan latar sejarah,
40

budaya dan faktor sosial. Vygotsky (1978) sangat terkenal dengan prinsip scaffolding

dan Zone of Proximal Development (ZPD). Scaffolding dan ZPD menjadi asas dan

rujukan kepada kajian ini. Zon Perkembangan Proksimal adalah jarak antara peringkat

perkembangan sebenar dengan perkembangan potensi individu yang ditentukan dengan

bantuan orang dewasa atau kolaborasi antara rakan-rakan yang berkebolehan. Zon

perkembangan proksimal yang disarankan oleh Vygotsky (1978) ini menghubungkan

perbezaan antara perkara yang boleh dipelajari tanpa bantuan dengan perkara yang

boleh dipelajari tanpa bantuan dengan bantuan guru dan rakan sebaya yang

berkebolehan. Seseorang pelajar yang berkolaborasi dengan rakan sebaya atau orang

dewasa yang lebih berkeupayaan, akhirnya akan dapat menyelesaikan masalah yang

susah dan kompleks.

Scaffolding merupakan suatu teknik yang digunakan oleh seseorang yang

memiliki kemahiran yang lebih untuk membantu dan membimbing orang yang kurang

berpengetahuan (Suppiah, Ramlah & Abdul Aziz, 2012). Bantuan yang diberikan akan

diubah suai untuk akomodasikan prestasi seseorang pelajar. Guru akan memberi

bimbingan dengan bantuan scaffolding dan memberi manfaat kepada pelajar yang

lemah. Dengan tunjuk ajar melalui scaffolding, pelajar akan menguasai pembelajaran

yang ingin disampaikan.

Mengikut Vygotsky (1978), kanak-kanak akan mempelajari beberapa konsep

melalui pengalaman mereka. Kanak-kanak akan lebih berkembang pemikiran

operasional formalnya apabila berinteraksi dengan orang lain. Mereka memerlukan

bantuan daripada orang yang lebih mahir seperti guru-guru dan rakan-rakan sebaya iaitu

dikenali sebagai scaffolding. Menurut prinsip scaffolding, pihak guru atau rakan sebaya
41

akan memberi bantuan kepada pelajar yang lemah tetapi tidak membuat segala-galanya

untuk pelajar yang lemah tersebut. Bantuan dan pemantauan diberikan sehingga pelajar

yang lemah dapat menguasai kemahiran dan menyiapkan tugasan dengan baik dan

memuaskan.

Pendekatan scaffolding memberi dua sumbangan iaitu menjadikan kanak-kanak

berminat untuk melibatkan diri di dalam pembelajaran hingga berjaya dan dapat

mengembangkan prestasi dan Zon Proximal Development (ZPD) mereka. Perkara ini

dapat dilakukan dengan interaksi yang tepat untuk menyelesaikan masalah yang besar

dengan lebih cepat. Scaffolding juga boleh diberi secara tidak langsung oleh guru.

Di dalam pendekatan scaffolding, guru perlu mewujudkan suatu persekitaran

yang memberi sokongan berarah, proses-proses dan bahasa untuk pelajar mendekati

sesuatu tugasan. Scaffolding harus dimulakan berdasarkan pengalaman pelajar dan

kemudian mengembangkannya. Menurut De Jong (2012), tujuan guru mengajar

berpandukan scaffolding adalah untuk menjadikan pelajar seorang penyelesai masalah

dan individu pelajar yang bebas. Scaffolding membantu pelajar melibatkan diri dalam

konteks pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung guru mencerdaskan

pelajar dengan membina ke atas ilmu pengetahuan yang sedang dimiliki sebelum ini

dan membentuk ilmu pengetahuan yang baru. Scaffolding juga dapat memotivasikan

kanak-kanak untuk terus belajar. Selain daripada itu, scaffolding adalah strategi

pengajaran yang memberi impak positif ke atas pembelajaran dan perkembangan

intelektual seseorang kanak-kanak.


42

Kajian mengenai scaffolding memberi ruang untuk membantu kanak-kanak

dalam pemerolehan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Vygotsky (1978)

menekankan kepada pembangunan keupayaan seseorang individu untuk memperoleh

pengucapan yang bermakna dalam interaksi dengan orang lain. Perkembangan individu

boleh difahami dengan merujuk kepada konteks budaya dan sekelilingnya. Kanak-

kanak akan lebih bermotivasi untuk terus berinteraksi dengan guru-guru dan rakan-

rakan apabila mendapat bimbingan dan panduan. Teori ini juga disokong oleh The

National Center Of Quality Teaching And Learning (2013) menerusi program Head

Start memberi penekanan kepada pelaksanaan pengurusan kelas secara maksimum,

sokongan emosi serta sokongan pengajaran yang efektif dari orang dewasa terutama

guru-guru dan ibu bapa.

Teori Vygotsky (1978) amat sesuai untuk kanak-kanak prasekolah kerana

kanak-kanak pada peringkat ini amat memerlukan sokongan orang dewasa terutama

guru bagi mempelajari sesuatu yang baru. Kemampuan dan kemahiran guru

menggunakan kaedah yang lebih efektif dalam menjalankan aktiviti yang menarik serta

berinteraksi secara berkesan dengan kanak-kanak dapat memperkayakan mereka

dengan pengalaman serta dapat meneroka lebih banyak penggunaan bahasa. Guru

bukan sahaja perlu mahir mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran malah perlu

menggunakan pendekatan yang baik untuk menjalinkan hubungan yang mesra dengan

kanak-kanak dalam usaha untuk menyampaikan bahasa kedua kepada mereka.


43

2.5.3 Teori Behaviorisme

Teori Behaviorisme dipelopori oleh beberapa orang tokoh yang menekankan kepada

perubahan kekal yang berlaku dalam seseorang individu disebabkan latihan dan

pengalaman. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dilahirkan. Aliran

behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh

diperhatikan dan boleh diukur. Di dalam kajian ini, pengkaji memilih teori pelaziman

operan Skinner (1957), kerana ianya berkaitan dengan objektif kajian di mana pengkaji

ingin melihat kekuatan peneguhan diberikan dapat meningkatkan interaksi kanak-

kanak-kanak menggunakan Bahasa Inggeris.

Teori behaviorisme amat mementingkan persekitaran pelajar di dalam kelas

untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya termasuk juga perlakuan

guru, rakan-rakan sebaya serta suasana dalam bilik darjah. Guru perlu berinteraksi

secara positif sebagai rangsangan kepada pelajar untuk bertindak balas terutamanya di

dalam pembelajaran bahasa. Proses pembelajaran akan berlaku secara berulang-ulang

serta menekankan latihan secara latih tubi untuk memahirkan penguasaan murid.

Berdasarkan teori pelaziman operasi Skinner (1957), apabila kanak-kanak menerima

sesuatu gerak balas setelah sesuatu tingkah laku dipamerkan ianya dinamakan

peneguhan. Peneguhan adalah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu

perlakuan diulangi. Tujuan peneguhan diberkan adalah untuk memuaskan kehendak,

mengurangkan tekanan dan merangsang otak kanak-kanak. Skinner (1957) telah

membahagikan peneguhan kepada dua jenis iaitu peneguhan positif dan peneguhan

negatif. Dalam konteks ini pengkaji hanya memfokuskan kepada peneguhan positif

kerana ianya memberi impak yang berkesan dan baik kepada pembelajaran Bahasa
44

Inggeris sebagai bahasa kedua. Skinner (1957) mengatakan bahawa manusia telah

dilahirkan secara semulajadi mempunyai keupayaan mempelajari bahasa terutama

kanak-kanak. Kanak-kanak berupaya untuk bertutur dan mempelajari bahasa secara

semulajadi. Keupayaan bertutur adalah suatu perlakuan bahasa yang terbentuk

berdasarkan prinsip Teori behaviorisme. Menurut Skinner (1957) pembelajaran bahasa

berlaku apabila ibu bapa atau guru-guru mengajar kanak-kanak bertutur dan

berinteraksi dengan memberi galakan serta ganjaran apabila kanak-kanak dapat meniru

serta menyebut perkataan yang diajar.

Ganjaran diberi bertujuan untuk mengukuhkan sesuatu tingkah laku dan

perlakuan bahasa yang betul dan berjaya diperlihatkan oleh kanak-kanak. Apabila

kanak-kanak berjaya menggunakan Bahasa Inggeris di dalam pertuturan mereka,

ganjaran seperti kata-kata pujian, tepukan dan pelukan boleh merangsang kanak-kanak

berinteraksi dengan menggunakan bahasa dengan betul. Ganjaran seperti kata-kata

pujian dan pelukan dapat menaikkan semangat untuk belajar dalam diri kanak-kanak.

Gerak balas yang diperolehi hasil dari rangsangan harus diperkukuhkan untuk

membentuk pelaziman. Di dalam pengajaran dan pembelajaran guru perlu memberi

keutamaan kepada latihan dan gerak balas yang berulang-ulang. Kanak-kanak perlu

diberi latihan pengulangan menggunakan Bahasa Inggeris untuk meningkatkan

kemahiran dan menambah kefahaman mereka dalam menguasai bahasa kedua.

Teori ini sangat sesuai digunakan di dalam mendidik kanak-kanak prasekolah

kerana pada peringkat ini mereka sangat memerlukan bantuan orang dewasa seperti

guru-guru terutamanya di dalam kelas. Kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun

memerlukan bimbingan dan perhatian terutamanya guru-guru mereka kerana mereka


45

mudah mengikuti perkara yang diajar dan disuruh serta meniru perlakuan orang

disekeliling mereka. Guru perlu menjadi role model yang baik kepada kanak-kanak.

Teori ini juga menekankan kepada kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar dan

kemahiran bertutur berbanding kemahiran membaca dan menulis. Memandangkan

kanak-kanak dapat mempelajari pelbagai bahasa, guru perlu memberi motivasi dan

semangat supaya mereka lebih berminat untuk berinteraksi menggunakan Bahasa

Inggeris.

2.6 Kajian-kajian Lepas

Strategi interaksi yang digunakan oleh guru amat penting di dalam memupuk

penguasaan bahasa terutamanya di dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua kepada

kanak-kanak prasekolah. Interaksi secara lisan di antara guru dan kanak-kanak memberi

impak yang besar terhadap pemahaman dan penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Guru

perlu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sebagai suatu

tindak balas yang aktif antara guru dan kanak-kanak serta kanak-kanak bersama rakan-

rakan mereka.

2.6.1 Kajian berkaitan strategi pengajaran guru

Perancangan strategi yang sesuai serta penggunaan rangsangan yang baik mampu untuk

menarik minat murid untuk berinteraksi dan aktif di dalam pengajaran dan

pembelajaran. Guru perlu memberi perhatian dan memfokuskan kepada beberapa


46

perkara dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan strategi interaksi

berkesan kepada kanak-kanak.

Guru memainkan peranan yang penting dalam interaksi berkesan bersama

kanak-kanak. Guru perlu mempunyai strategi yang sesuai di dalam menyampaikan isi

pelajaran terutama di dalam pembelajaran bahasa kedua. Guru perlu memberi fokus

kepada keupayaan kanak-kanak serta meningkatkan penglibatan kanak-kanak secara

aktif di dalam pengajaran dan pembelajaran. Teknik yang digunakan di dalam

pengajaran perlu mampu menarik dan membantu dalam usaha untuk meningkatkan

interaksi dalam kalangan kanak-kanak. Bagi melihat pentingnya strategi interaksi yang

digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa

kedua, pengkaji mengemukakan beberapa kajian yang berkaitan. Ahmad Mohamed

(2012) mendapati bahawa guru-guru telah menggunakan pelbagai strategi yang efektif

di dalam pengajaran dan pembelajaran namun mereka tidak menggunakan strategi yang

sama semasa berinteraksi dengan kanak-kanak. Guru sentiasa menggunakan pelbagai

kaedah di dalam pengajaran dan pembelajaran seperti bercerita, nyanyian dan simulasi

supaya kanak-kanak tidak berasa bosan di dalam pembelajaran mereka.

Amalan guru untuk menyampaikan informasi serta memberi arahan di dalam

kelas memerlukan kemahiran strategi penyampaian yang berkesan. Abdul Rashid,

Samsudin dan Sufiza (2013) mendapati bahawa amalan interaksi guru dan murid amat

penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Abdul Rashid, Samsudin dan

Sufiza (2013) telah menjalankan kajian terhadap pengajaran Bahasa Melayu namun

teknik yang digunakan boleh dipraktikkan di dalam pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Teknik lisan seperti bersoal jawab sewaktu
47

proses memulakan pengajaran atau set induksi yang baik dapat menarik tindak balas

kanak-kanak berinteraksi.

Kajian oleh Teresa (2010), beliau telah menjalankan kajian terhadap tiga buah

kelas kanak-kanak mengenai pencapaian bahasa dengan menggunakan pelbagai teknik

di dalam pengajaran Bahasa Inggeris iaitu dengan memberi peluang strategi berinteraksi

melalui perbualan dan soal jawab antara guru dan kanak-kanak. Di dalam pengajaran

dan pembelajaran yang dijalankan, Teresa (2010) telah memberi peluang kanak-kanak

berinteraksi dan membuat pengulangan ayat di dalam aktiviti seperti choral speaking,

bercerita dan membaca puisi. Setiap kanak-kanak berpeluang menyebut serta

mengulangi ayat yang dipelajari dan terlibat secara aktif semasa bercerita dan membaca

puisi. Hasil dapatan menunjukkan bahawa strategi guru dengan memberi peluang

berinteraksi, menyebut dan membuat aktiviti lisan di dalam pengajaran dan

pembelajaran akan menyokong pemahaman dan menggalakkan kanak-kanak

berinteraksi di dalam Bahasa Inggeris.

Mazlina (2014) telah mengenalpasti beberapa strategi yang boleh digunakan

untuk meningkatkan kefahaman kanak-kanak semasa berinteraksi menggunakan bahasa

kedua. Mazlina (2014) telah mendapati bahawa untuk membantu kanak-kanak

memahami bahasa, guru perlu membetulkan kesalahan selepas kanak-kanak membuat

kesalahan dan kanak-kanak memahami kesalahan yang dilakukan. Pembetulan

kesalahan diperbetulkan secara berulang-ulang supaya kanak-kanak memahami dan

tidak mengulangi kesalahan yang sama. Dapatan Mazlina (2014) mendapati bahawa

guru perlu membetulkan kesalahan dengan segera supaya kanak-kanak dapat

mempelajari kesalahan tersebut. Kaedah mengulangi pembetulan disokong oleh kajian


48

Mackey, Abbuhl dan Gass (2012) di mana beliau telah mendapati bahawa kaedah

pengulangan dapat membantu kanak-kanak mengingati kesalahan bahasa yang

dilakukan. Mackey, Abbuhl dan Gass (2012) juga mendapati bahawa proses interaksi

seseorang individu dengan individu lain boleh merapatkan jurang antara bahasa ibunda

dengan bahasa kedua.

Sementara Sharifa Mbaga (2015) telah membuat kajian terhadap beberapa orang

guru yang mengajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua kepada kanak-kanak di

sebuah sekolah di Tanzania. Sharifa Mbaga (2015) mengkaji bagaimana guru tersebut

mempraktikkan strategi interaksi secara verbal yang dianggap sangat bermanfaat

kepada kanak-kanak. Kanak-kanak kurang mahir berbahasa Inggeris. Walau

bagaimanpun guru-guru menghadapi beberapa masalah apabila kanak-kanak yang

mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tidak mahu bertanya soalan atau

berinteraksi secara verbal dengan guru di dalam kelas memandangkan mereka

menghadapi masalah bahasa dan budaya.

Facella, Rampino dan Shea (2010) melalui kajiannya telah mengkaji strategi

guru dengan meneroka tindakan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan peluang

interaksi dengan kanak-kanak. Sepanjang kajian, beliau cuba memberi peluang secara

individu dengan mengajak beberapa orang kanak-kanak supaya menyertai aktiviti

secara kumpulan. Banyak peralatan (props) digunakan dan aktiviti digunakan seperti

mempelajari lagu dan sajak. Kanak-kanak mulai terlibat di dalam aktiviti kumpulan

setelah beberapa kali melihat dan berminat untuk terlibat sama. Facella, Rampino dan

Shea (2010) telah menggunakan peluang dengan memberi sokongan atau menggunakan

teknik scaffolding terhadap tahap pemerolehan Bahasa Inggeris kanak-kanak. Kanak-


49

diajar supaya memahami Bahasa Inggeris dan dapat berinteraksi bersama rakan-rakan.

Kajian ini menunjukkan bahawa guru perlu berusaha untuk menarik perhatian kanak-

kanak dan menjadikan persekitaran menarik supaya kanak kanak dapat menerima di

antara satu sama lain serta bersikap proaktif untuk memulakan interaksi. Kanak-kanak

tidak berasa bosan di dalam pembelajaran mereka. Facella, Rampino dan Shea (2010)

memberi peluang untuk kanak-kanak berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan sebaya

amat penting dalam menguasai Bahasa Inggeris.

Jelas menunjukkan terdapat banyak kajian menegaskan bahawa strategi

berinteraksi secara sosial penting dalam pembelajaran bahasa kedua. Kepelbagaian

kaedah dan strategi pengajaran mampu membantu proses interaksi kanak-kanak dan

guru. Ianya bukan semata-mata untuk mempelajari bahasa tetapi juga perkongsian

seseorang individu dengan individu yang lain terutama bersama guru dan rakan sebaya

yang sentiasa memberi galakan dan sokongan untuk bertutur di dalam Bahasa Inggeris.

Per Selin (2014) telah menjalankan kajian terhadap sekumpulan pelajar dari

Sweeden dan Bahasa Inggeris adalah bahasa kedua mereka. Per Selin (2014) telah

mengkaji keberkesanan kaedah yang dijalankan yang bertujuan untuk menggalakkan

pelajar berinteraksi menggunakan Bahasa Inggeris. Di dalam pengajaran dan

pembelajaran, guru telah meminta pelajar menggunakan ayat-ayat mudah yang

dicadangkan dalam setiap sesi perbualan pada setiap hari. Dapatan kajian mendapati

bahawa pelajar boleh berinteraksi menggunakan Bahasa Inggeris setelah tiga minggu

berlatih menggunakan kaedah tersebut. Pelajar juga diminta berbual mengenai perkara

yang mereka minati. Guru sentiasa mengenalpasti strategi bimbingan scaffolding yang

terbaik digunakan untuk penguasaan Bahasa Inggeris pelajar.


50

Baharun dan Zakaria (2013) pula telah mengkaji tentang penggunaan bahasa

dan interaksi secara lisan kepada 18 orang pelajar Malaysia yang mempelajari Bahasa

Inggeris sebagai bahasa kedua di universiti awam. Terdapat dua pendekatan yang

berbeza digunakan. Pelajar-pelajar diminta menjalankan aktiviti dan bertindak

mengikut pendekatan yang dicadangkan. Data yang dianalisis menunjukkan bahawa

tumpuan banyak bertumpu kepada proses kognitif dan sosial. Proses kognitif

melibatkan kefahaman iaitu cara pelajar mendekati dan memproses pendekatan tersebut

manakala proses sosial menyediakan kefahaman tentang cara pelajar bertindak. Pelajar

yang lebih mahir membantu rakan mereka yang kurang mahir. Kajian menunjukkan

kedua-dua proses ini telah memberi kefahaman interaksi yang berbeza. Walau

bagaimanapun apabila diteliti dengan lebih dekat, kanak-kanak lebih menguasai bahasa

juga boleh membantu rakan-rakan mereka meningkatkan penguasaan bahasa kedua.

Kanak-kanak ini mempunyai kefahaman yang intensif iaitu meneroka secara semulajadi

dan mempunyai sikap kerjasama yang tinggi. Kanak-kanak mempelajari cara

menerangkan, memberi pendapat, membetulkan kesalahan malah menterjemah

perkataan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Rakan-rakan yang lebih memahami

bahasa boleh memberi respons kepada rakan-rakan yang kurang memahami maksud

sesuatu perkataan. Dapatan menunjukkan bahawa selain guru, rakan kanak-kanak juga

boleh membantu meningkatkan penguasaan bahasa kedua.

Kajian yang yang dijalankan oleh Adrian dan Florina-Elena (2013) di mana

beliau telah mengkaji nilai kefahaman maksud sesuatu bahasa dari perspektif kognitif

dan sosiobudaya. Kajian dijalankan terhadap kanak-kanak daripada pelbagai latar

belakang bahasa pertamanya. Kanak-kanak mempelajari Bahasa Inggeris di sebuah

kelas di Romania. Kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh mana pemahaman maksud
51

perkataan dan ayat yang digunakan di dalam Bahasa Inggeris. Hasil kajian

menunjukkan guru banyak membantu kanak-kanak sehingga terdapat kurang kesalahan

dalam memahami maksud perkataan dan ayat. Kanak-kanak juga saling membantu

secara aktif dan mula memperbaiki pertuturan mereka walaupun berbeza dari segi

sosiobudaya.

2.6.2 Kajian berkaitan kemahiran guru menjalankan pedagogi

Terdapat beberapa kajian yang menjurus ke arah kemahiran guru dalam menjalankan

pedagogi di dalam kelas. Kajian Neu (2013) melihat bagaimana guru perlu

menggunakan dwibahasa di dalam pengajarannya. Kajian melibatkan interaksi bahasa

secara oral kepada empat orang kanak-kanak berbangsa Sepanyol di sekolah rendah

yang belum menguasai bahasa kedua di pertengahan Barat United States. Pengkaji

melihat tindak balas kanak-kanak apabila kanak-kanak menjawab soalan, memberi

pendapat dan tindakan yang dibuat oleh guru Bahasa Inggeris dalam masa 8 minggu.

Neu (2013) menerangkan bahawa interaksi di antara guru dan kanak-kanak bermula

dengan pemerhatian dan interaksi secara non-verbal atau penggunaan body language.

Kanak-kanak kurang memberi perhatian terhadap pembelajaran kerana kurang

memahami Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun kanak-kanak mulai memberi tindak

balas apabila guru menggunakan kombinasi Bahasa Inggeris dan bahasa ibunda mereka

iaitu Bahasa Sepanyol. Mereka lebih memilih untuk berinteraksi secara individu dan

berinteraksi di dalam kumpulan kecil berbanding berinteraksi di dalam kumpulan besar.

Aktiviti kumpulan kecil diulang beberapa kali untuk mendapat lebih banyak respon

daripada kanak-kanak. Guru dan kanak-kanak dapat mengekalkan interaksi di antara


52

mereka secara berterusan. Kanak-kanak diberi peluang yang cukup untuk berinteraksi

dan bertutur di dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan strategi scaffolding.

Kebaikan yang diperolehi daripada kajian Neu (2013) adalah guru yang mengajar

kanak-kanak prasekolah sangat menitik beratkan strategi scaffolding dengan

menggalakkan kanak-kanak berinteraksi dan bertutur. Guru banyak memberi

bimbingan kepada kanak-kanak untuk berkomunikasi bersama dan turut menggunakan

kaedah non-verbal serta body language untuk meningkatkan pemahaman kanak-kanak.

Guru juga perlu memperuntukkan masa yang mencukupi semasa menjalankan aktiviti

kanak-kanak dalam kumpulan yang kecil untuk menggalakkan kanak-kanak aktif

berinteraksi serta menggalakkan perkembangan kognitif mereka.

Dapatan kajian ini disokong oleh Irit Cohen (2011), dalam kajiannya terhadap

sebuah kelas kanak-kanak yang juga Bahasa Inggeris adalah bahasa kedua mereka.

Guru juga telah menggunakan strategi interaksi berbentuk verbal. Guru menggunakan

pelbagai kaedah menyoal dan mengemukakan soalan. Guru menggunakan soalan yang

mudah difahami dan dapat menarik kanak-kanak perhatian berkomunikasi dengan guru

serta menunjukkan minat terhadap Bahasa Inggeris. Penggunaan gaya dan teknik

penyoalan mudah difahami yang digunakan oleh guru mampu menarik perhatian serta

menggalakkan penglibatan kanak-kanak di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Myers dan Claus (2012) yang turut mengkaji kemahiran guru dalam memilih

tajuk yang sesuai untuk menarik minat kanak-kanak. Di dalam kajiannya mendapati

bahawa kanak-kanak boleh berkomunikasi dan berinteraksi dengan memberi pendapat

apabila tajuk yang dibincangkan berkaitan dengan pengalaman dan perkara yang

diminati. Guru perlu memilih tajuk yang sesuai dan menarik minat kanak-kanak. Guru
53

perlu peka dengan mencipta suatu persekitaran bilik darjah yang sesuai dan memberi

cabaran serta menyeronokkan kepada kanak-kanak supaya menggunakan Bahasa

Inggeris dengan berkesan. Aktiviti yang dijalankan pula boleh memberi peluang kanak-

kanak memberi pendapat dan berinteraksi berkaitan topik yang diminati.

Norzaharah (2011) telah menjalankan kajian terhadap dua belas orang pelajar

dengan menggunakan kaedah Scaffolding secara berkumpulan di dalam pembelajaran

mereka. Semasa pembelajaran, beliau mendapati bahawa pelajar lebih aktif bersoal

jawab sepanjang prosespembelajaran berlangsung. Kajian mendapati teknik scaffolding

secara berkumpulan ini telah berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih

menyeronokkan, meningkatkan tahap konsentrasi pelajar, meningkatkan pemahaman

pelajar terhadap topik, peningkatan dalam pencapaian pelajar dan seterusnya

membolehkan objektif pembelajaran tercapai. Jawapan daripada pelajar yang

menjalankan kaedah scaffolding lebih aktif berbanding pelajar yang hanya diarahkan

oleh guru untuk mendapatkan jawapan. Pelajar lebih terarah dan jelas kepada matlamat

di dalam pembelajaran mereka.

De Jong (2012)) membuat kajian untuk melihat kemahiran guru menggunakan

cara tersendiri untuk membantu dan menyokong kanak-kanak semasa mereka

berkomunikasi menggunakan bahasa kedua dengan rakan-rakan sebaya. De Jong (2012)

telah mengkaji strategi pengajaran yang dijalankan oleh 20 orang guru yang berfokus

kepada tugas berpasangan berstruktur. Kajian berfokus kepada bagaimana guru

menggunakan kemahiran menjalankan strategi scaffolding iaitu menyediakan aktiviti

dan pendekatan yang menarik dalam menyampaikan isi pelajaran, menyediakan

pendekatan dalam pembelajaran bahasa serta guru menyediakan kemudahan alat bantu
54

mrngajar kepada kanak-kanak untuk memahami aktiviti yang dijalankan. Tujuan

aktiviti adalah untuk menggalakkan kanak-kanak memperkembangkan bahasa mereka.

Hasil kajian mendapati bahawa dengan menyediakan pelbagai elemen tersebut kanak-

kanak akan memberi tumpuan dan membantu menarik minat kanak-kanak mempelajari

bahasa kedua terutama menggalakkan mereka berinteraksi dengan guru.

Chen Zhen dan Chen Xing (2016) telah mengkaji kemahiran guru dalam

menjalankan strategi scaffolding ke atas kanak-kanak yang mempelajari bahasa kedua

mereka. Chen Zhen dan Chen Xing (2016) mendapati bahawa scaffolding merupakan

kaedah yang sangat baik berbanding kaedah tradisonal dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa kedua. Menurut Chen Zhen dan Chen Xing (2016) guru perlu

melakukan beberapa langkah yang tertentu untuk menampakkan kesan positif

penggunaan kaedah ini. Guru perlu memberi memberi bimbingan dan panduan kepada

kanak-kanak untuk mencapai objektif pembelajaran mereka. Segala idea dan pendapat

kanak-kanak perlu diterima supaya dapat melalui proses interaksi serta perbincangan

bagi membantu kanak-kanak memahami sesuatu tajuk. Peluang untuk melibatkan diri

dan memainkan peranan secara aktif patut diberikan sebagai memberi sokongan kepada

kanak-kanak untuk berinteraksi.

Selari dengan kajian yang dijalankan oleh Mohd Sidek (2011), di dalam

kajiannya dengan memanipulasikan interaksi kanak-kanak dengan melihat kemahiran

guru menjalankan strategi scaffolding dalam perkembangan sintaksis Bahasa Inggeris

sebagai bahasa kedua. Kajian melibatkan kanak-kanak yang lebih baik Bahasa

Inggerisnya terhadap seorang kanak kanak yang berumur empat tahun dalam

mempelajari sintaksis (pembentukan ayat dan frasa) Bahasa Inggeris. Perkembangan


55

sintaksis telah dikaji melalui beberapa ujian yang dijalankan terhadap kanak-kanak

tersebut. Sebuah buku bergambar yang sesuai telah terpilih sebagai instrumen. Semasa

setiap sesi berinteraksi, kanak-kanak bertanyakan soalan, mengesahkan dan

menjelaskan huraian gambar atau gambaran illustrasi. Perkembangan sintaksis kanak

kanak telah diukur dengan membandingkan ujian pra dan ujian post yang dijalankan.

Hipotesis menunjukkan bahawa kanak-kanak mempunyai daya ingatan yang masih

lemah untuk menguasai maksud sesuatu perkataan. Mereka cenderung untuk tidak

menegaskan sesuatu perkataan di dalam ucapan mereka. Guru perlu memberi

bimbingan dan perhatian secara terperinci kepada kanak-kanak lebih peka apabila

mempelajari sesuatu sintaksis bahasa terutama dalam mempelajari bahasa kedua.

Kajian ini telah mencadangkan bahawa teknik scaffolding digunakan sebagai medium

untuk membantu meningkatkan potensi dalam perkembangan sintaksis bahasa kedua

seseorang kanak-kanak.

Berdasarkan kajian Mohd Sidek (2011), pengkaji telah berupaya memberi

perhatian terhadap kemahiran guru dengan memberi bimbingan menggunakan strategi

scaffolding kepada kanak-kanak dalam mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris.

Walaupun kajian telah dilakukan dalam persekitaran yang biasa bagi kanak kanak

namun dengan penggunaan dan pengubahsuaian strategi bimbingan dalam bentuk

scaffolding yang sesuai mengikut persekitaran, kanak-kanak lebih memahami dan

menguasai Bahasa Inggeris. Pengkajian tersebut bukan bertujuan untuk menilai kajian-

kajian tetapi melihat proses interaksi guru dengan kanak-kanak. Oleh yang demikian,

kajian-kajian tersebut turut mencadangkan supaya guru perlu memberi perhatian dan

bimbingan secara scaffolding digunakan sebagai suatu medium untuk mempelajari dan

penguasaan bahasa kedua. Selain daripada kajian Neu (2013), Mohd Sidek (2011)
56

terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa guru terlepas pandang menggunakan

peluang untuk berinteraksi dengan kanak-kanak dalam menguasai Bahasa Inggeris.

Jungyi Meng dan Tao Zheo (2012) juga telah menjalankan kajian terhadap

kanak-kanak yang mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Jungyi Meng &

Tao Zhen (2012) mengkaji bagaimana guru mengemukakan soalan kepada kanak-

kanak. Beliau menekankan jenis dan fungsi soalan yang digunakan oleh guru. Tindakan

guru bertanya soalan yang mudah difahami dan baik serta jenis soalan yang

dikemukakan berdasarkan topik menarik perhatian kanak-kanak boleh membantu

kanak-kanak berfikir dan berinteraksi bersama guru dan rakan-rakan. Kajian ini

menitikberatkan kemahiran guru menyoal untuk menggalakkan kanak-kanak

berinteraksi. Dengan soalan yang mudah dan topik yang menarik boleh membantu

merangsang kanak-kanak berinteraksi dan berfikir.

2.6.3 Kajian berkaitan peneguhan dan rangsangan sebagai motivasi

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa motivasi yang diberikan oleh guru

amat penting di dalam pengajaran guru. Chee H.O dan Wijaya (2016) membuat kajian

untuk melihat peranan motivasi terhadap sekumpulan pelajar Cina di salah sebuah

sekolah jenis kebangsaan yang kurang berminat untuk berinteraksi menggunakan

Bahasa Malayu sebagai bahasa kedua. Pengkaji telah mendapati bahawa ramai pelajar

Cina tidak berminat untuk mempelajari dan berinteraksi menggunakan Bahasa tersebut.

Guru banyak memberi semangat dan melahirkan kata-kata perangsang supaya pelajar

mengekalkan minat dan memberi tumpuan di dalam pengajaran dan pembelajaran yang
57

dijalankan. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar lebih berminat untuk berinteraksi

menggunakan Bahasa Melayu apabila gurunya banyak memberi perangsang, galakan

dan sentiasa memotivasikan pelajarnya.

Bertepatan dengan hasil kajian oleh Mastoor (2013) mengenai perkaitan di

antara peranan motivasi dengan pembelajaran bahasa kedua di Arizona. Mastoor (2013)

mendapati bahawa guru mempunyai tanggung jawab yang besar untuk memotivasikan

para pelajar seterusnya menghidupkan proses pengajaran dan pembelajaran. Mastoor

(2013) mendapati bahwa guru telah mengintegrasikan serta mempraktikkan pelbagai

strategi untuk memotivasikan pelajar. Guru banyak memberi semangat serta membantu

kanak-kanak membuat sebahagian besar tugasan pengajaran dan pembelajaran bahasa

kedua mereka. Kanak-kanak yang mempunyai motivasi akan lebih mempamerkan

kejayaan serta lebih aktif di dalam pembelajaran.

Zalina, Mohd Hanafi dan Mohd Mokhtar (2016) telah menjalankan kajian ke

atas seorang kanak-kanak ‘slow learner’ di sebuah sekolah. Tujuan kajian dijalankan

adalah untuk melihat kesan penggunaan peneguhan positif di dalam sesi

pembelajarannya. Kanak-kanak tersebut tidak berminat untuk mengikuti sesi

pembelajaran yang dijalankan. Pengkaji telah menggunakan peneguhan positif,

pemberian token dan hadiah sebagi satu usaha untuk memotivasikan kanak-kanak

tersebut. Hasil dapatan membuktikan bahawa penggunaan peneguhan positif dan token

dapat meningkatkan minat kanak-kanak terlibat di dalam sesi pembelajaran dan guru

kelas berjaya mengawal tingkah laku kanak-kanak.


58

Kajian oleh Sitwat dan David (2012) lebih memperincikan kekuatan motivasi

ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Kajian ini melibatkan lima orang guru dan sepuluh

orang kanak-kanak di dalam kelas masing-masing dengan menggunakan kaedah

temubual dan pemerhatian ke atas pengajaran dan pelajaran. Pengkaji telah memberi

fokus kepada sejauhmana motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik mempengaruhi

penglibatan pelajar di dalam kelas. Hasil pemerhatian menunjukkan kedua-dua motivasi

ini saling menyokong di dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Kanak-

kanak yang mempunyai motivasi intrinsik sangat berminat, sentiasa prihatin,

bersemangat dan sentiasa berusaha di dalam pembelajaran mereka. Apabila dalam

sesuatu keadaan motivasi instrinsik tidak berfungsi, guru perlu mempertimbangkan bagi

menggunakan motivasi ekstrinsik untuk meningkatkan penglibatan kanak-kanak di

dalam pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis motivasi saling menyokong untuk

mendapat kesan terbaik di dalam pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kajian-

kajian tersebut, jelas menunjukkan bahawa motivasi sangat penting di dalam pengajaran

dan pembelajaran terutama di dalam pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

2.7 Rumusan

Tinjauan literatur yang telah dikemukakan ini adalah untuk memberi gambaran yang

jelas tentang aspek-aspek yang dikaji. Strategi interaksi berkesan di dalam pengajaran

Bahasa Inggeris perlu diberi penekanan oleh guru supaya kanak-kanak berminat untuk

melibatkan diri di dalam pengajaran dan pembelajaran guru terutama berinteraksi

dengan guru. Guru perlu mempunyai kemahiran dalam mengaplikasikan strategi dan

kaedah mengajar yang menarik kepada kanak-kanak.


59

Berdasarkan kajian-kajian lepas yang dijalankan, pengkaji menitikberatkan

teknik pengajaran yang digunakan oleh guru semasa menjalankan pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Kepekaan guru terhadap

keperluan dan persediaan kanak-kanak menerima Bahasa Inggeris sebagai bahasa

kedua mereka amat penting untuk mengekalkan minat serta menggalakkan mereka

berinteraksi dengan guru.

Strategi interaksi antara guru dan kanak-kanak sangat penting dalam

penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Strategi interaksi yang digunakan

oleh guru perlu melibatkan ciptaan kreatif dalam penggunaan bahan dan peralatan yang

menarik semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kepekaan guru, teknik

penyampaian berdasarkan topik yang menarik, teknik penyoalan yang mudah difahami

serta arahan yang mudah membantu guru menarik minat kanak-kanak berinteraksi.

Guru Prasekolah perlu yakin berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris kerana kanak-

kanak pada peringkat ini perlu dipupuk perasaan yang mendalam untuk berinteraksi

secara fasih di dalam Bahasa Inggeris sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pendahuluan

Bab ini akan menghuraikan metodologi kajian yang akan digunakan oleh pengkaji bagi

menjawab persoalan kajian bagi memperolehi maklumat. Kajian ini akan menyiasat

berkenaan strategi interaksi berkesan yang dijalankan oleh guru-guru kepada kanak-

kanak prasekolah di dalam pengajaran Bahasa Inggeris. Penghuraian berkenaan

metodologi kajian iaitu berkenaan metodologi kajian iaitu berkenaan reka bentuk

kajian, pemilihan responden dan tatacara pengumpulan data serta instrumen yang

digunakan akan diterangkan di dalam bab ini.


61

3.2 Reka bentuk kajian

Reka bentuk kajian amat penting bagi sesuatu kajian kerana reka bentuk kajian menjadi

panduan kepada pengkaji untuk menjalankan sesuatu kajian (Othman Lebar, 2015).

Secara umumnya, reka bentuk kajian merupakan satu logika (logic) yang

menghubungkan antara proses pengumpulan data dengan persoalan asas kajian. Reka

bentuk kajian ini dibentuk sesuai dengan tujuan kajian yang akan dilaksanakan. Ianya

perlu dirancang dengan teliti berdasarkan tujuan kajian. Jika reka bentuk kajian yang

digunakan tidak bersesuaian, hasil kajian yang diperolehi mungkin tidak benar dan tidak

menepati persoalan kajian. Ianya akan mendatangkan kesan negatif kepada pengkaji

lain yang membuat rujukan.

Kajian ini akan menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian

kes di suatu lokasi tertentu. Creswell (2012) Kaedah kajian kes ini merupakan satu

inkuiri empirikal bagi menyiasat sesuatu fenomena dalam konteks sebenar dengan

menggunakan pelbagai cara untuk memperolehi data. Kajian kes ini berasaskan kaedah

kualitatif yang menggabungkan kaedah temu bual dan pemerhatian bagi

menginterpretasikan data mengenai strategi interaksi berkesan yang dijalankan oleh

guru-guru kepada kanak-kanak prasekolah. Kaedah temu bual dan pemerhatian sesuai

dilaksanakan untuk menyiasat strategi interaksi berkesan yang diamalkan oleh guru

prasekolah di dalam pengajaran Bahasa Inggeris.

Kaedah temu bual dan kaedah pemerhatian akan memberi data yang tepat dan

meyakinkan kerana pendekatan kajian kes memerlukan pengumpulan dari pelbagai

cara. Pemerhatian kualitatif lebih bersifat naturalistik iaitu memerhati sesuatu perkara
62

atau fenomena yang berlaku dalam konteks yang sebenar (Othman Lebar, 2015).

Fenomena berlaku di kelas prasekolah mengenai strategi interaksi yang berkesan

dijalankan oleh guru dalam pengajaran Bahasa Inggeris.

3.3 Sampel Kajian

Dalam memilih responden kajian, pengkaji telah menggunakan kaedah persampelan

bertujuan (purposive sampling) di mana ia digunakan kerana sampel yang terpilih

mempunyai pengalaman yang sama. Creswell (2012) ianya bersesuaian kerana sampel

yang dipilih mempunyai kecenderungan idea dan ciri-ciri yang sama serta berpusat.

Lima orang sampel dipilih dan terlibat di dalam kajian ini. Sampel yang dipilih terdiri

daripada guru-guru yang mengajar di kelas prasekolah Kementerian Pendidikan

Malaysia yang menggunakan KSPK (2010) dan KSPK Semakan 2017 (2016) sebagai

kurikulum utama dalam pengajaran dan pembelajaran. Sampel juga adalah terdiri

daripada lima orang guru yang mempunyai pengalaman mengajar kelas prasekolah

melebihi lima tahun. Selain daripada itu mereka juga telah mengikuti kursus Peringkat

Profesiensi Bahasa Inggeris Guru-guru Prasekolah Peringkat Negeri Perak dalam

jangka masa pendek yang dianjurkan oleh Pihak JPN pada tahun 2014 dan merupakan

mentor di dalam kursus yang dihadiri.

Mengikut Othman Lebar (2015), sampel kajian ditentukan oleh soalan kajiannya

dan keadaan semula jadi masalah kajiannya. Hanya temubual yang mendalam sudah

memadai untuk mengumpul data dan membuat laporan bagi menjawab persoalan yang
63

dikemukakan. Pengkaji dapat memberi fokus secara mendalam dan menyeluruh

terhadap kajian yang hendak dikaji.

Pengkaji tidak memilih guru yang mengajar di sekolah tadika swasta atau

prasekolah lain kerana perbezaan dari segi pelaksanaan kurikulum tambahan atau

menggunakan kurikulum lain sebagai tambahan kepada KSPK (2010) dan KSPK

Semakan 2017 (2016) dan penggunaan konsep yang berbeza dengan kelas prasekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kriteria-kriteria penting yang dititikberatkan dalam pemilihan sampel adalah

guru-guru adalah terdiri daripada mereka yang mengajar di kelas prasekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia yang menggunakan sepenuhnya kurikulum yang

sama iaitu KSPK (2010) dan KSPK Semakan 2017 (2016). Guru-guru mempunyai

pengalaman mengajar kelas prasekolah melebihi lima tahun. Sampel yang dipilih telah

mengikuti kursus Peningkatan Peringkat Profesiensi Bahasa Inggeris Guru-guru

Prasekolah Peringkat Negeri Perak dalam jangka masa pendek yang dianjurkan oleh

JPN Perak pada tahun 2014. Sampel juga merupakan mentor Bahasa Inggeris di dalam

Kursus Profesiensi Bahasa Inggeris tersebut.

3.4 Kajian Rintis

Kajian rintis telah dijalankan ke atas seorang guru yang mempunyai kriteria dan ciri-

ciri yang sama dengan sampel kajian yang dipilih tetapi bukanlah merupakan sampel

kajian yang akan dikaji. Semasa melaksanakan kajian rintis, pengkaji telah
64

menggunakan soalan separa berstruktur temu bual yang telah dibina untuk mencapai

objektif kajian.

Di dalam kajian ini, pengkaji telah menjalankan pemerhatian ke atas pengajaran

dan pembelajaran guru bagi mendapatkan input untuk melihat samada sampel dapat

menjawab soalan-soalan yang telah ditentukan. Perlaksanaan kajian rintis adalah bagi

mengumpul data dan melihat permasalahan yang bakal dihadapi apabila kajian sebenar

dijalankan.

Pengkaji telah membuat pemurnian soalan separa berstruktur temu bual dan

senarai semak pemerhatian untuk mendapatkan data yang diperlukan dengan lebih

berkesan. Sampel di dalam kajian rintis tidak terlibat dalam kutipan data yang sebenar.

3.5 Tatacara Pengumpulan Data dan Instrumen Kajian

Kajian ini dijalankan setelah mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Bahagian

Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) Kementerian Pendidikan

Malaysia. Setelah mendapat kebenaran daripada EPRD, pengkaji telah mendapatkan

kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Perak kerana kajian akan dijalankan di lima

buah sekolah di Daerah Kerian, Perak. Pengkaji juga telah meminta kebenaran daripada

guru besar serta guru-guru sekolah yang terlibat yang menjadi sampel di dalam kajian

ini.
65

Rajah 1.2 dibawah menunjukkan dengan lebih jelas prosedur pengumpulan data bagi

kajian ini.

Permohonan EPRD (Kebenaran kajian dari KPM)

Kelulusan

Kajian rintis

Analisis rintis

Temubual sebelum pemerhatian

Pemerhatian PdP (Slot Bahasa Inggeris)

Pemerhatian PdP

Temubual selepas pemerhatian

Analisis data

Rajah 1.2 Prosedur pengumpulan data

Pengkaji menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu kaedah temu bual,

pemerhatian dan analisis dokumen. Pengkaji menjalankan dua sesi temu bual iaitu temu

bual sebelum pemerhatian dan temu bual selepas pemerhatian dijalankan. Semasa sesi

temubual dijalankan, pengkaji menggunakan soalan-soalan berbentuk separa

berstruktur supaya sampel lebih bebas menjawab dan menyampaikan maklumat.

Kemudian pengkaji akan membuat pemerhatian sebanyak dua kali ke atas pengajaran

dan pembelajaran di kelas prasekolah.


66

Untuk pemerhatian kali pertama pengkaji memberi fokus terhadap slot

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris manakala untuk pemerhatian kedua,

pengkaji melihat keseluruhan sesi pengajaran di kelas prasekolah selama empat jam

bermula dari slot perbualan pagi sehingga sesi penutup. Instrumen yang digunakan

adalah borang senarai semak pemerhatian. Pengkaji membuat rakaman video serta

mencatat perkara-perkara yang berlaku di dalam nota lapangan semasa sesi pemerhatian

dijalankan.

Jadual 1.1 menunjukkan tatacara pengumpulan data yang dijalankan bagi setiap

guru yang menjadi sampel.

Jadual 1.1
Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah Kekerapan Instrumen

Temu bual Dua kali Item temu bual


Sebelum pemerhatian separa berstruktur
Selepas pemerhatian

Pemerhatian Dua kali Senarai semak


Slot Bahasa Inggeris Pemerhatian
4 jam waktu pengajaran Nota lapangan
67

3.5.1 Temu bual Guru

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan senarai soalan temu bual berbentuk soalan

separa struktur berkaitan dengan strategi interaksi berkesan di dalam pengajaran Bahasa

Inggeris dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. (Rujuk Lampiran A). Soalan temu

bual telah mendapat kesahan kandungan dari dua pensyarah dalam bidang pendidikan

kanak-kanak serta biasa menjalankan penyelidikan kualitatif. Pengkaji akan

menjalankan dua sesi temu bual iaitu sebelum pemerhatian dan selepas pemerhatian

dijalankan. Pengkaji akan mendapatkan maklumat secara mendalam mengenai

a. Demografi

b. Strategi yang digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Inggeris

c. Kesediaan guru dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Inggeris

d. Peneguhan dan rangsangan sebagai motivasi untuk menggalakkan kanak-kanak

berinteraksi

Beberapa contoh soalan temu bual berbentuk separa berstruktur adalah seperti berikut:

1. Apakah strategi yang cikgu gunakan di dalam PdP Bahasa Inggeris kanak-
kanak prasekolah?

i) Boleh cikgu terangkan bagaimana cikgu mengajar Bahasa Inggeris


kepada kanak-kanak?

ii) Bagaimana tindak balas kanak-kanak semasa PdP Bahasa Inggeris


dijalankan?
iii) Adakah kanak-kanak memahami Bahasa Inggeris?
68

iv) Selain daripada itu, apa yang cikgu lakukan dalam PdP Bahasa
Inggeris?

Soalan-soalan yang digunakan adalah berbentuk spara berstruktur supaya sampel

tidak terikat dengan soalan serta bebas memberi jawapan dan maklumat.

3.5.2 Pemerhatian di dalam bilik darjah

Pengkaji menjalankan dua kali pemerhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

di kelas prasekolah bagi setiap guru menggunakan senarai semak pemerhatian terhadap

guru (Rujuk Lampiran B1) dan senarai semak pemerhatian terhadap kanak-kanak

(Rujuk lampiran B2). Senarai semak pemerhatian ini juga telah disemak dan telah

mendapat kesahan kandungannya daripada dua orang pakar akademik yang mahir yang

melebihi 10 hingga 15 tahun di dalam bidang pendidikan kanak-kanak serta biasa

menjalankan pemerhatian dalam penyelidikan kualitatif. Pemerhatian dijalankan untuk

melihat bagaimana guru menggunakan strategi interaksi berkesan semasa pengajaran

dan pembelajaran Bahasa Inggeris serta mengesahkan maklumat dan data temubual

yang diperolehi daripada sampel. Maklumat daripada pemerhatian ini juga adalah

sebagai pelengkap kepada data temu bual yang dijalankan.

Pengkaji telah menyediakan tiga instrumen untuk digunakan semasa

pemerhatian dijalankan supaya objektif kajian lebih terarah. Menurut Othman Lebar

(2015) pemerhatian kualitatif bersifat naturalistik iaitu memerhati sesuatu perkara atau

fenomena yang berlaku dalam konteks yang sebenar. Semasa pemerhatian dijalankan,

pengkaji tidak terlibat di dalam sesi pembelajaran sampel. Pengkaji akan menggunakan
69

senarai semak pemerhatian, membuat rakaman video dan nota lapangan di dalam

pemerhatian. Pemerhatian akan dijalankan sebanyak dua kali iaitu semasa slot

pengajaran Bahasa Inggeris dan sesi penuh pengajaran dalam sehari. Untuk sesi penuh

pengajaran dalam sehari pengkaji akan memulakan pemerhatian bermula dari kehadiran

kanak-kanak pada waktu awal persekolahan sehingga kanak-kanak pulang yang

mengambil masa lebih kurang empat jam.

i) Senarai Semak Pemerhatian

Senarai semak ini digunakan adalah sebagai panduan kepada pengkaji membuat

pemerhatian lebih berfokus dan terarah. Pengkaji bertindak lebih bersistematik dengan

menyediakan senarai semak supaya objektif kajian menjadi lebih jelas. Setiap item yang

dibina akan mendasari perkara yang ingin diperhatikan iaitu

A) Senarai Semak Pemerhatian Terhadap Guru

Beberapa contoh item senarai semak pemerhatian terhadap guru

1. Bagaimana cara guru memulakan set induksi di dalam PdP untuk menarik minat

kanak-kanak?

i) Apakah strategi yang digunakan oleh guru semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Inggeris?

ii) Bagaimana caranya guru memberi peluang kepada kanak-kanak untuk

berinteraksi menggunakan Bahasa Inggeris?

B) Senarai Semak Pemerhatian Terhadap Murid


70

Beberapa contoh item senarai semak pemerhatian terhadap murid

1. Adakah kanak-kanak gembira dan memberi kerjasama semasa pengajaran dan

pembelajaran dijalankan?

i) Adakah kanak-kanak cuba menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru?

ii) Adakah kanak-kanak berminat untuk berinteraksi dengan guru?

C) Rakaman Video

Pengkaji akan membuat rakaman video ke atas pengajaran yang dijalankan di kelas

prasekolah. Pengkaji akan bertindak sebagai pemerhati dengan mendokumen dan

merekod hasil pemerhatian supaya dapat menjelaskan tindakan dan interaksi yang

kompleks. Pengkaji akan dapat melihat bagaimana strategi interaksi berkesan di dalam

pengajaran Bahasa Inggeris yang dijalankan oleh guru kepada kanak-kanak prasekolah.

Pengkaji akan menganalisis rakaman video dengan menyelaras nota lapangan yang

dicatat serta hasil temu bual yang diperolehi bagi menjelaskan persoalan-persoalan

kajian.

3.5.3 Nota lapangan

Pengkaji menggunakan nota lapangan sebagai nota peribadi untuk merekod

pemerhatian dengan memasukkan nota deskriptif dan nota reflektif. Pengkaji juga

mencatat perkara yang tidak terdapat di dalam senarai semak. Mengikut Othman Lebar
71

(2015) nota deskriptif mengandungi deskripsi tentang informan, dialog dan penyataan

tentang peristiwa-peristiwa tertentu. Nota reflektif pula merupakan komen pemerhati

terhadap tindakan dan perlakuan responden yang diperhatikan. Pengkaji dapat

merekodkan fikiran peribadi seperti spekulasi, perasaan dan idea yang boleh

menyediakan soalan penting untuk temubual selanjutnya. Nota deskriptif penting

kerana ia merupakan sumber pandangan analitik yang berguna serta menyediakan

petunjuk kepada fokus pengumpulan data. Dalam kajian ini pengkaji telah menganalisis

buku rancangan pelajaran harian responden dan hasil kerja kanak-kanak sebagai

menyokong kepada temu bual yang diperolehi.

3.6 Analisis Data

Dalam kajian ini, analisis data merupakan proses yang berterusan dari permulaan kajian.

Menurut Othman Lebar (2015) proses ini membolehkan reka bentuk kualitatif

berkembang dan memberi hala tuju kepada pengumpulan data seterusnya. Menurut

Othman Lebar (2015), beberapa proses analisis data dalam kajian kualitatif akan

melalui sebahagian besar atau kesemua peringkat termasuklah proses-proses seperti

mengenali dan memahami data melalui semakan, bacaan dan mendengar data-data yang

dikumpul, melakukan proses transkripsi bahan-bahan yang dirakam, menyusun atur dan

membuat indeks ke atas data untuk proses mengenalpasti data sambil melindungi data-

data yang sensitif, melakukan proses pengekodan dan pengenalpastian tema-tema,

pengekodan semula, pembentukan kategori-kategori provisional, meneroka

perhubungan antara kategori-kategori tema, pembaikan tema dan kategori,


72

pembentukan teori dan memasukkan pengetahuan yang ada dan yang terakhir adalah

menulis laporan.

Di dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah tematik untuk menganalisis

data yang diperolehi. Pengkaji telah mengikuti langkah-langkah tersebut bagi

menganalisis data. Setelah data diperolehi, pengkaji telah membuat semakan, melihat

dan mendengar rakaman-rakaman temubual serta pemerhatian pengajaran yang telah

dibuat. Pengkaji telah memproses data dengan mengtranskripkan bahan-bahan yang

telah di catat dan dirakam. Pengkaji telah menyusun atur serta membuat indeks ke atas

data untuk proses mengenalpasti data sambil melindungi data-data yang sensitif,

mengenalpasti tema-tema yang muncul hasil temu bual, pemerhatian dan analisis data.

Pengkaji telah mengkodkan semula supaya dapat mengkategorikan antara kategori dan

tema. Pengkaji menyusun semula pembentukan teori dan menggabungkan bersama

pengetahuan yang ada. Setelah melalui proses-proses tersebut, akhirnya pengkaji

melengkapkannya dengan menulis laporan.

3.7 Etika kajian

Seseorang pengkaji haruslah bertanggungjawab terhadap kajian yang bakal

dilaksanakan terutamanya isu etika yang melibatkan sampel dan subjek. Kajian yang

dijalankan ini terlebih dahulu mendapat kerjasama dari sampel bagi melancarkan proses

kajian dijalankan. Pengkaji memaklumkan terlebih dahulu dan mendapat persetujuan

sampel secara sukarela sebelum kajian dijalankan. Mereka wajar mendapat penjelasan

dan penerangan tentang faedah, risiko dan hak mereka menyertai kajian ini. Pengkaji
73

telah menyediakan borang persetujuan menjadi peserta secara sukarela terhadap kajian

ini dan perlu ditandatangani para peserta sebagai bukti persetujuan.

Berdasarkan isu etika, pengkaji mengambil peranan dalam melaksanakan kajian

ini mengikut etika yang perlu dipatuhi di dalam menjalankan sesuatu kajian. Othman

Lebar (2015), beberapa isu etika perlu diberi pertimbangan semasa menjalankan

penyelidikan seperti keizinan termaklum, penyertaan sampel secara sukarela, penentuan

diri, tiada melibatkan kecederaan fizikal, psikologi mahupun mental, maklumat yang

diberikan merupakan sulit dan rahsia, bukan pengabui mata atau penipuan, masing-

masing dapat berkongsi faedah dan berkongsi hasil kajian yang diperolehi.

Othman Lebar (2015), beberapa isu yang sangat penting dalam sesuatu kajian

adalah keinzinan termaklum (informed consent) untuk mengekalkan rasa hormat

kepada individu yang terlibat serta kerahsiaan untuk melindungi individu daripada

penggunaan yang tidak sesuai ke atas maklumat yang agak peribadi bagi mereka.

Di dalam kajian ini, pengkaji sentiasa mempertimbangkan isu etika semasa

kajian dijalankan demi menjaga kepentingan semua pihak. Pengkaji mendapat

kebenaran dan persetujuan secara bertulis daripada responden untuk menjadi peserta di

dalam kajian ini. Pengkaji menerangkan tujuan sebenar dan faedah yang diperolehi.

3.8 Kesahan dan kebolehpercayaan

Menurut Othman lebar (2015), kesahan dalam kajian kualitatif dikaitkan sama ada

dapatan kajian adalah benar dan menggambarkan situasi sebenar. Kebolehpercayaan


74

berkait dengan kebolehsandaran (dependability) dan ketekalan (consistency). Di dalam

kajian ini, kesahan dan kebolehpercayaan ditentukan dengan pelbagai teknik iaitu

kaedah triangulasi, member check, jejak audit (audit trail) dan teknik kesahan antara

pakar. Untuk pengesahan member check, pengkaji meminta sampel kajian untuk untuk

memeriksa data serta interpretasi awalan untuk memastikan ketepatan dan kesesuaian

data yang diperolehi secara berterusan sepanjang kajian dijalankan.

Di dalam kajian ini, pengkaji telah menyediakan items temu bual yang bersifat

separa berstruktur sebagai membantu pengkaji mendapatkan maklumat yang mendalam

dan jawapan yang diperolehi tidak terhad. Bagi tujuan kebolehpercayaan temu bual,

pengkaji telah mendapat khidmat daripada dua orang pakar dalam bidang yang

berkaitan untuk menyemak dan menilai items yang digunakan. Kedua-dua pakar

tersebut adalah terdiri daripada ahli akademik dari universiti tempatan yang mempunyai

pengalaman yang sangat luas dalam bidang penyelidikan berkualiti serta mempunyai

pengalaman melebihi 15 tahun dan 20 tahun. Kedua-dua pakar akademik tersebut telah

memberi persetujuan, menyokong dan membenarkan items-items tersebut digunakan di

dalam sesi temu bual.

3.9 Triangulasi data

Data kualitatif boleh diperolehi daripada pelbagai sumber pelbagai strategi yang

berbeza. Bagi memastikan maklumat yang diperolehi dalam kajian ini lebih tepat dan

sah dari segi konstruk serta boleh dipercayai. Bukti dari sumber yang berlainan dapat

membantu keboleh percayaan terhadap hasil kajian. Othman Lebar (2015) menyatakan
75

bahawa kajian yang menggunakan kaedah tringulasi akan memberi dapatan yang lebih

tepat dan menyakinkan.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan pelbagai sumber data iaitu temu

bual guru, pemerhatian terhadap guru, pemerhatian terhadap kanak-kanak serta nota

lapangan iaitu rancangan harian pelajaran guru dan hasil kerja kanak-kanak. Tringulasi

digunakan oleh pengkaji untuk meningkatkan kebolehpercayaan data yang

dikumpulkan. Mengikut Othman Lebar (2015), penggunaan tringulasi menggunakan

lensa pengkaji yang secara sistematik untuk menganalisis dan mengatur data bagi

mencari persamaan dan menghapuskan tindan tindih maklumat atau data.

3.10 Kesimpulan

Bab ini telah menerangkan tentang metodologi kajian iaitu reka bentuk kajian yang

digunakan iaitu pendekatan kualitatif dan pemilihan sampel adalah dengan

menggunakan kaeadah persampling bertujuan (purposive sampling). Pengkaji

menggunakan menggunakan kaedah temu bual dengan guru, pemerhatian terhadap

pengajaran dan pembelajaran guru dan pemerhatian ke atas kanak-kanak serta analisis

dokumen. Soalan temu bual berbentuk separa struktur dan item instrumen digunakan

semasa pemerhatian dijalankan dan telah mendapat kesahan dari dua orang pakar

akademik. Pengkaji telah menggunakan teknik penganalisian data menggunakan

kaedah bertema dengan mengikut prosedur yang telah dinyatakan.


BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Bab ini akan membentangkan dapatan kajian yang dijalankan dalam bentuk

pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen dengan bertujuan untuk melihat

perlaksanaan strategi interaksi berkesan yang dijalankan oleh guru prasekolah di dalam

pengajaran Bahasa Inggeris di Daerah Kerian. Sampel yang terlibat adalah seramai 5

orang. Bab ini akan menghuraikan hasil temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen

yang dijalankan. Bagi tujuan itu, Pengkaji telah menggunakan kaedah tematik untuk

menganalisis data yang telah diperolehi. Pengkaji telah menganalisis transkrip temu

bual, transkrip pemerhatian dan analisis dokumen terhadap lima orang guru serta nota

lapangan yang dicatat. Pengkaji telah membaca nota lapangan yang telah dicatatkan,
77

mendengar dan melihat rakaman video temu bual, menganalisis dokumen seperti

Rancangan Pelajaran Harian dan lembaran kerja serta membuat pemerhatian sebanyak

dua kali untuk mengesahkan data yang diperolehi. Pengkaji telah memberi perhatian

penting terhadap strategi interaksi berkesan dengan meneliti perkataan, frasa dan ayat-

ayat yang menjadi kata kunci di dalam permasalahan strategi interaksi berkesan di

dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris kanak-kanak prasekolah. Tema-

tema penting muncul semasa pemerhatian, temu bual dan menaganalisis dokumen

seperti rancangan harian guru. Tema-tema akan dibincangkan secara terperinci untuk

melihat strategi interaksi berkesan yang dijalanakan dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Inggeris.

4.2 Latar belakang guru-guru prasekolah

Guru-guru prasekolah yang menjadi sampel dalam kajian ini mempunyai ciri-ciri yang

sama iaitu masing-masing mengajar di kelas prasekolah Kementerian Pendidikan

Malaysia dengan menggunakan kurikulum yang sama iaitu KSPK (2010) dan KSPK

Semakan 2017 (2016). Kesemua guru mempunyai pengalaman mengajar melebihi

lima tahun di kelas prasekolah. Guru-guru berikut telah mengikuti kursus peningkatan

Bahasa Inggeris dan kursus Profesiensi Bahasa Inggeris untuk Guru Prasekolah

Negeri Perak pada tahun 2014 dan merupakan mentor di dalam kursus tersebut.

Kursus Profesiensi telah dijalankan selama 5 bulan mulai bulan Jun hingga November

2014 secara berkala iaitu selama 3 jam seminggu. Kursus ini mendedahkan kepada

guru-guru mengenai kaedah menyampaikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa


78

Inggeris serta penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan serta meningkatkan

kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan guru.

4.2.1 Guru prasekolah 1

Cikgu Zie (bukan nama sebenar) berumur 49 tahun. Beliau mengajar di sebuah kelas

prasekolah di Parit Buntar. Beliau telah mengajar selama 24 tahun dan telah mengajar

di kelas prasekolah selama 12 tahun. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran

Sekolah Rendah dan telah mengikuti kursus Profesiensi Bahasa Inggeris yang telah

dianjurkan oleh pihak Jabatan Negeri Pendidikan (JPN) Perak pada tahun 2014.

4.2.2 Guru prasekolah 2

Cikgu Noni (bukan nama sebenar) berumur 47 tahun. Beliau mengajar di sebuah kelas

prasekolah di Parit Buntar. Beliau berkelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

dan mendapat pendidikan di Maktab Perguruan. Beliau mula mengajar kelas di

prasekolah mulai tahun 2004. Beliau telah berpengalaman hampir 13 tahun mengajar di

kelas prasekolah. Beliau juga telah mengikuti kursus profesiensi Bahasa Inggeris yang

dianjurkan JPN Perak.

4.2.3 Guru prasekolah 3

Cikgu Ani (bukan nama sebenar) berusia 38 tahun. Beliau mengajar di salah sebuah

prasekolah di Parit Buntar. Beliau berpengalaman mengajar selama 16 tahun dan

merupakan tahun ke lima mengajar di kelas prasekolah. Beliau berkelulusan Ijazah


79

Sarjana Muda Pendidikan dengan pengkhususannya adalah Prasekolah. Beliau juga

telah mengikuti kursus Profesiensi Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh JPN Perak

pada tahun 2014.

4.2.4 Guru prasekolah 4

Cikgu Su (bukan nama sebenar) merupakan seorang guru di kelas prasekolah di Parit

Buntar. Beliau berusia 38 tahun. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

dengan pengkhususan Prasekolah. Pengalaman beliau selama 16 tahun mengajar kanak-

kanak prasekolah dan juga telah mengikuti kursus profesiensi Bahasa Inggeris pada

tahun 2014.

4.2.5 Guru prasekolah 5

Cikgu Lina (bukan nama sebenar) berumur 34 tahun. Beliau juga mengajar di kelas

prasekolah di Parit Buntar. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan

pengkhususan Prasekolah dan telah mengajar selama 10 tahun disekolah tersebut.

Beliau juga telah mengikuti kursus profesiensi Bahasa Inggeris pada tahun 2014.

4.3 Dapatan kajian

Pengkaji telah menggunakan kaedah tematik untuk menganalisis data yang diperolehi.

Pengkaji mengenalpasti beberapa tema yang muncul semasa temu bual dijalankan,

pemerhatian terhadap guru dan kanak-kanak serta analisis dokumen yang diperolehi.
80

Pengkaji memberi perhatian penting terhadap tema yang menjurus ke arah strategi

interaksi berkesan dengan meneliti perkataan, frasa dan ayat-ayat yang menjadi kata

kunci kepada objektif utama. Terdapat tiga tema penting yang dikenalpasti iaitu peluang

berinteraksi yang diberikan oleh guru di dalam pengajaran Bahasa Inggeris, kemahiran

guru semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran serta motivasi yang diberikan

oleh guru untuk meningkatkan interaksi di antara kanak-kanak dan guru.

Pengkaji mendapati bahawa tema-tema yang tersebut dapat menjawab soalan

kajian iaitu peluang yang diberikan guru dapat menepati soalan kajian pertama iaitu

strategi berkesan yang dijalankan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran. Tema

kedua adalah kemahiran guru semasa menjalankan pedagogi untuk meningkatkan

interaksi kanak-kanak semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris bagi

menjawab persolan kedua. Tema motivasi adalah bagi menjawab soalan kajian iaitu

bentuk peneguhan dan dorongan guru dapat membantu memberi motivasi kepada

kanak-kanak untuk berinteraksi menggunakan Bahasa Inggeris.

4.3.1 Strategi interaksi berkesan

Di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, seseorang guru perlu

mempunyai strategi pengajaran yang sesuai dan berkesan supaya kanak-kanak dapat

terlibat secara aktif dan mendorong kanak-kanak berinteraksi menggunakan bahasa

tersebut. Pengkaji mendapati bahawa guru perlu memberi peluang kepada kanak-kanak

untuk berinteraksi sama ada dengan guru atau bersama rakan-rakan. Peluang

berinteraksi boleh diberikan oleh guru adalah secara individu atau secara kelas. Ianya
81

bergantung kepada situasi pembelajaran dan keupayaan kanak-kanak tersebut. Strategi

lain seperti kaedah pengulangan, penggunaan dwibahasa dan ‘parallel talk’ dapat

membantu kanak-kanak berinteraksi secara lebih berkesan.

4.3.1.1 Peluang semasa pengajaran dan pembelajaran

Peluang semasa pengajaran dan pembelajaran merupakan satu tema penting dalam

dapatan kajian ini. Pengkaji melihat bahawa peluang yang diberikan oleh guru di dalam

pengajaran amat penting kerana ianya berkait rapat dengan strategi interaksi yang

berkesan yang dijalankan bersama kanak-kanak. Peluang yang diberikan oleh guru

terdapat dalam pelbagai bentuk. Ada guru yang memberi peluang secara individu untuk

kanak-kanak berinteraksi dan ada juga guru yang memberi peluang kanak-kanak

berinteraksi secara kumpulan atau kelas. Kebanyakan guru yang memberi peluang

semasa pengajaran dan pembelajaran mereka adalah bertujuan untuk meningkatkan

peluang berinteraksi kanak-kanak dengan guru menggunakan Bahasa Inggeris.

Semasa temu bual dijalankan, semua guru menyatakan bahawa mereka banyak

memberi peluang berinteraksi kepada kanak-kanak. Ini dapat diperhatikan semasa

permerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di kelas. Terdapat

guru yang memberi peluang berinteraksi secara individu sebagai kaedah untuk

mencungkil pendapat dan idea. Kaedah ini digunakan di dalam pengajaran dan

pembelajaran. Kanak-kanak dapat memberi pendapat dan idea mereka serta dapat

berinteraksi dengan guru. Semasa pemerhatian dijalankan, Cikgu Noni telah mengajar

mengenai ‘peranan ibu’ sementara Cikgu Ani mengajar tajuk ‘peralatan di dalam kelas’.

Cikgu Noni dan Cikgu Ani banyak memberi peluang untuk menjawab soalan secara
82

individu kepada kanak-kanak di dalam kelas masing-masing. Kedua-dua guru ini

menggunakan kaedah pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak di mana kanak-

kanak menjadi aktif dan pembelajaran sangat menarik. Cikgu Noni banyak memberi

peluang kepada kanak-kanak untuk menjawab soalan dan berinteraksi secara individu

walaupun kanak-kanak hanya menjawab soalan secara ringkas dan mudah. Kanak-

kanak sangat aktif dan berminat untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh beliau.

Guru juga memberi peluang kepada kanak-kanak memberi pendapat dengan

menggunakan ayat-ayat mudah bagi menggalakkan interaksi lebih berkesan. Cikgu

Noni juga mencungkil pengetahuan kanak-kanak dengan bersoal jawab dan memberi

peluang dan kebebasan kepada kanak-kanak untuk menjawab dan memberi idea.

Penggunaan cicle map telah membantu kanak-kanak memberi idea mereka dan secara

tidak langsung mereka dapat berinteraksi secara aktif dengan guru. Kanak-kanak

berlumba-lumba memberi idea masing-masing dan menunjukkan hubungan interaksi di

antara kanak-kanak dan guru sangat aktif. Ini dapat dilihat di dalam pengajaran beliau

seperti berikut.

Teacher : We use circle map to state the role of mother. Role of

mother. Maksudnya peranan ibu kepada kita. Now, what

is the role of our mother?

Children : Cook

Teacher : Yes. Cook. Next?

Children : Mother cook food

Teacher : Yes, mother cook food. Second? Who knows?

Children : Mother buy books.

Teacher : Yes, good. Next?


83

Children : Give birth.

Teacher : Yes, give birth. Next?

Children : Love

Teacher : Yes Caring. Maksudnya emak menjaga kita.

Di dalam proses pembelajaran di atas menunjukkan bahawa kanak-kanak dapat

memberi pendapat dan idea mereka dengan menggunakan perkataan dan ayat ringkas.

Walaupun kanak-kanak menjawab dengan ringkas dan tidak menggunakan struktur ayat

yang lengkap tetapi Cikgu Noni tetap menerima dan mengatakan baik supaya kanak-

kanak lebih selesa berinteraksi menggunakan Bahasa Inggeris. Di dalam temu bual yang

dijalankan Cikgu Noni menyatakan bahawa beliau banyak memberi peluang secara

individu semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Cikgu Noni telah

membuktikan bahawa berlakunya interaksi di antara beliau dan kanak-kanak di dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Pengkaji juga memerhati lembaran kerja

kanak-kanak dan mendapati bahawa mereka memahami pengajaran dan pembelajaran

yang dijalankan.

Di dalam pengajaran dan pembelajaran Cikgu Ani, beliau menjalankan aktiviti

menggunakan tajuk ‘peralatan di dalam kelas’. Beliau juga telah mencungkil idea dan

pengetahuan kanak-kanak dengan bertanya soalan. Kanak-kanak menjawab soalan

secara ringkas dengan menggunakan perkataan mudah. Beberapa orang kanak-kanak

mengangkat tangan ingin menjawab soalan guru. Cikgu Ani memberi peluang seorang

demi seorang untuk menjawab soalan beliau. Suasana pembelajaran sangat

menyeronokkan kerana kanak-kanak aktif di dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Kanak-kanak bukan sahaja berinteraksi dengan rakan sebaya tetapi mereka juga boleh
84

berinteraksi dengan lebih aktif dengan guru mereka. Selepas menjawab soalan secara

individu mereka telah diminta memadankan gambar dan perkataan serta meniru

percakapan guru sebagai permulaan untuk berinteraksi. Contoh aktiviti yang

diperhatikan adalah seperti di bawah.

Teacher : Next, what is this?

Children : Eraser? Chalk? Duster?

Teacher : Yes Uzra. Duster. This is a duster.Very good. Here, take

your star (penghargaan)

Children : This is a duster.

Teacher : Good. Here is your star. (penghargaan). What is this?

Children : Bag. Good.

Teacher : Bag or book?

Children : Bag.

Teacher : Good. And then, what is this?

Children : Book

Teacher : Good. Yes, this is a book. Ok. Look at this. What is this?

Children : Chair

Teacher : Yes. Chair.

Children : Chair.

Cikgu Ani memberi peluang supaya setiap jawapan di atas telah dijawab oleh

kanak-kanak yang berlainan. Walaupun kanak-kanak ini hanya menjawab soalan secara

ringkas namun ianya menunjukkan bahawa kanak-kanak memahami soalan yang

dikemukakan oleh guru. Cikgu Ani sengaja menerima pendapat dan jawapan ringkas
85

kanak-kanak tersebut supaya mereka memahami maksud sesuatu perkataan itu

seterusnya mahir menggunakan Bahasa Inggeris. Seperti di dalam temu bual, beliau

menyatakan bahawa beliau suka memberi peluang kepada kanak-kanak menjawab

walaupun hanya menggunakan perkataan mudah kerana kaedah ini adalah asas bagi

menggalakkan kanak-kanak berinteraksi di dalam Bahasa Inggeris. Cikgu Noni dan

Cikgu Ani banyak memberi bantuan dan sokongan kepada kanak-kanak menjawab

soalan-soalan mereka.

Peluang menjawab soalan secara kelas juga perlu dianggap penting dalam

mempelajari Bahasa Inggeris. Peluang menjawab secara kumpulan dan secara kelas

akan memberi keselesaan kepada kanak-kanak yang pemalu. Kanak-kanak yang malu

dan kurang berkeyakinan untuk berinteraksi secara individu merasa lebih selesa dan

tidak tertekan untuk berinteraksi dan menjawab soalan. Mereka lebih suka menjawab

secara kelas kerana tidak suka diberi perhatian secara khusus. Pemerhatian yang

dijalankan terhadap pengajaran Cikgu Zie mendapati bahawa beliau mengajar tajuk

‘makanan’. Pemerhatian yang dijalankan terhadap kelas Cikgu Zie seperti berikut.

Teacher : What is this?

Children : Chicken. Fried chicken (class)

Teacher : Yes, good. Fried chicken

Children : Fried chicken (class)

Teacher : Look at this? What is this?

Children : Fish (fish)

Teacher : Yes, teacher heard that. Fried fish. Shanim, do you like

fish?
86

Children : Yes

Teacher : All of you say, fried fish. I like to eat fried fish

Children : I like to eat fried fish (class)

Dari pemerhatian pengkaji, apabila Cikgu Zie bertanya soalan, beliau tidak

meminta kanak-kanak menjawab secara individu. Beliau meminta supaya kanak-kanak

menjawab secara kelas. Melalui temu bual yang telah dijalankan, Cikgu Zie menyatakan

bahawa kanak-kanak di dalam kelas beliau kurang memahami dan menguasai Bahasa

Inggeris. Malah beliau lebih bertumpu kepada jawapan secara kelas dan kumpulan.

Berdasarkan pemerhatian, terdapat beberapa orang kanak-kanak di dalam kelas Cikgu

Zie yang suka berdiam diri dan tidak mahu berinteraksi dengan guru. Apabila Cikgu

Zie bertanya secara individu mereka hanya berdiam diri dan tidak mahu menjawab.

Kanak-kanak ini merasa kurang yakin untuk berinteraksi dengan guru. Kanak-kanak

tidak mencuba untuk berinteraksi menggunakan Bahasa Inggeris dengan guru. Cikgu

Zie lebih memberi peluang kanak-kanak menjawab bersama rakan-rakan secara

kumpulan dan secara kelas. Dengan itu mereka akan menjawab tanpa rasa malu dan

lebih yakin. Daripada contoh situasi tersebut Cikgu Zie tetap mengaplikasikan kaedah

scaffolding untuk menggalakkan kanak-kanak berinteraksi. Cikgu Zie membantu

kanak-kanak menyebut perkataan-perkataan dan ayat mudah di dalam Bahasa Inggeris.

Cikgu Su pula juga memberi peluang kanak-kanak menjawab secara kelas untuk

menggalakkan kanak-kanak berinteraksi di dalam kelasnya. Mengikut jawapan temu

bual yang telah diberikan, kanak-kanak di kelasnya juga kurang menguasai Bahasa

Inggeris. Apabila Cikgu Su mengajar Bahasa Inggeris, mereka kebanyakannya diam

dan tidak yakin untuk menjawab secara individu. Cikgu Su mengajar tajuk yang
87

berkaitan dengan ‘rumah saya’. Pada permulaan sesi pengajaran, beliau menunjukkan

gambar dan memperkenalkan bahagian-bahagian rumah. Kemudian Cikgu Su

mengulangi soalan ‘what is this?’ sambil menunjukkan bahagian tingkap. Semua

kanak-kanak menjawab secara serentak ‘window’. Cikgu Su meminta seorang kanak-

kanak bernama Nadia untuk menyebut perkataan tersebut dan diminta melabelkan

tingkap rumah. Kemudian Cikgu Su mengulangi soalan sambil menunjukkan bahagian

bumbung pula kepada kanak-kanak. Semua murid menjawab ‘roof’. Perkataan ‘roof’

diulang beberapa kali. Kemudian seorang murid bernama Puteri diminta untuk

meletakkan label di tempat yang betul. Cikgu Su mengulangi soalan yang sama pada

semua bahagian rumah.

Jelas menunjukkan bahawa Cikgu Su lebih memberi peluang secara kelas

supaya murid yang kurang berkeyakinan juga dapat menjawab dan berinteraksi dengan

guru walaupun hanya menggunakan perkataan mudah. Mengikut temu bual bersama

dengan Cikgu Su, memandangkan kanak-kanak di kelasnya kebanyakannya kurang

fasih berbahasa Inggeris maka beliau memberi peluang menjawab soalan secara kelas

kerana beliau percaya ini adalah sebagai permulaan proses berinteraksi menggunakan

Bahasa Inggeris.

Pengkaji melihat peluang yang diberikan oleh guru untuk menjawab soalan

merupakan asas kepada berinteraksi menggunakan Bahasa Inggeris. Peluang secara

individu seperti mencungkil idea serta pendapat kanak-kanak sangat membantu kanak-

kanak terus berinteraksi dengan guru. Manakala peluang berinteraksi secara kelas dan

secara berkumpulan juga penting bagi mengurangkan rasa kurang yakin dan sifat malu

kanak-kanak untuk berinteraksi dengan guru menggunakan Bahasa Inggeris. Walaupun


88

Puan Zie dan Puan Su menggunakan kaedah berinteraksi secara kelas, mereka tetap

memberi bimbingan dan bantuan dengan menggunakan kaedah scaffolding supaya

meningkatkan kemahiran berinteraksi kanak-kanak terutama di dalam pengajaran

Bahasa Inggeris.

Keseluruhannya, seseorang guru perlu memberi peluang dan ruang kepada

kanak-kanak untuk terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam pengajaran dan

pembelajaran. Bagi kanak-kanak yang lebih aktif, peluang secara individu sangat

membantu meningkatkan kemahiran berinteraksi mereka terutama di dalam pengajaran

dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Tambahan pula ianya lebih terserlah kepada kanak-

kanak yang telah menguasai sebahagian besar perkataan dan ayat-ayat mudah. Bagi

kanak-kanak yang lebih pemalu dan tidak gemar mendapat perhatian secara khusus,

guru boleh menggunakan kaedah secara kumpulan atau kelas supaya kanak-kanak lebih

selesa berinteraksi. Pengkaji melihat bahawa peluang yang diberikan oleh guru sama

ada peluang secara individu atau secara kelas merupakan salah satu strategi penting

digunakan oleh guru di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Ianya

sangat membantu serta menggalakkan interaksi secara berkesan di antara kanak-kanak

dan guru. Tema peluang yang diberikan oleh guru ini adalah bagi menjawab soalan

kajian iaitu strategi yang dijalankan oleh guru untuk meningkatkan interaksi di dalam

Bahasa Inggeris.

Walaupun terdapat pelbagai kaedah seperti nyanyian, puisi dan bercerita yang

digunakan oleh guru semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Inggeris namun pengkaji memberi fokus kepada kaedah dan strategi yang melibatkan

interaksi yang aktif di antara kanak-kanak dan guru. Ada guru yang menggunakan
89

kaedah pengulangan, penggunaan dwi bahasa dan ada guru yang menggunakan

‘parellel talk’ dalam usaha untuk menggalakkan kanak-kanak berinteraksi

menggunakan Bahasa Inggeris.

4.3.1.2 Pengulangan

Berdasarkan temu bual yang dijalankan, semua sampel menyatakan bahawa mereka

banyak melakukan kaedah pengulangan terhadap kanak-kanak kerana Bahasa Inggeris

merupakan bahasa asing kepada kebanyakan kanak-kanak prasekolah. Tujuan

pengulangan dilakukan adalah sebagai pengukuhan kepada penguasaan perkataan dan

ayat-ayat mudah. Di samping kaedah pengulangan, penggunaan interaksi secara non-

verbal dan mimik muka juga digunakan supaya kanak-kanak lebih memahami setiap

perkataan atau ayat yang digunakan.

Pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran Cikgu Su menunjukkan

aktiviti pengulangan dilakukan terlebih dahulu sebelum kanak-kanak diminta

berinteraksi. Cikgu Su membuat pengulangan perkataan mudah seperti ‘house’, ‘roof’,

‘door’, ‘window’, ‘gate’, ‘fence’ dan ‘wall’ sehingga kanak-kanak dapat menyebut

perkataan tersebut dengan betul. Kemudian Cikgu Su bertanya soalan seperti berikut:

Teacher : What is this?

Children : Roof.

Teacher : Yes, this is a roof. Again

Children : This is a roof

Teacher : What is this?


90

Children : Window

Teacher : Yes, this is a window. Again

Children : This is a window

Teacher : What is this?

Children : Door

Teacher : Good. This is a door. Again

Children : This is a door

Di dalam pengajaran di atas, didapati bahawa Cikgu Su membuat aktiviti

pengulangan dalam usaha membantu kanak-kanak berinteraksi menggunakan Bahasa

Inggeris. Walaupun pada mulanya Cikgu Su hanya menggunakan perkataan mudah

tetapi pada pertengahan pembelajaran beliau meminta kanak-kanak membaca dan

mengulangi ayat-ayat mudah. Sebagai contoh Cikgu Su meminta kanak-kanak

menyebut ayat-ayat seperti ‘open the window’, ‘close the door’dan ‘this is a roof’ secara

berulang-ulang. Secara tidak langsung kanak-kanak akan dapat berinteraksi di dalam

Bahasa Inggeris. Cikgu Su meneruskan lagi pengulangan tersebut apabila beliau

kemudiannya meminta kanak-kanak mencatat di dalam hasil kerja mereka. Contoh

pengajaran seperti berikut:

Teacher : Mimi, say after teacher. Open the window

Children : Open the window

Teacher : Qistina?

Children : Open the window

Teacher : Haikal, close the door

Children : close the door


91

Teacher : Ammar?

Children : Close the door

Teacher : Haziq, this is s roof

Children : This is a roof

Cikgu Su mengulangi ayat yang sama beberapa kali supaya kanak-kanak dapat

mengingati ayat yang dipelajari. Apabila kanak-kanak telah menguasai sesuatu ayat,

Cikgu Su meminta beberapa orang kanak-kanak untuk menyebut kembali ayat tersebut.

Pada akhir pengajaran, Cikgu Su telah meminta kanak-kanak melabel bahagian-

bahagian rumah serta menyalin ayat yang dipelajari sebagai pengukuhan kepada

pembelajarannya.

Pengkaji telah membuat pemerhatian pada kali kedua terhadap pengajaran

Cikgu Su dan mendapati bahawa Cikgu Su telah mengulangi soalan yang sama yang

telah digunakan. Di dalam situasi yang lain, Cikgu Su telah bertanya soalan ‘What are

you doing, Haikal?’ Kanak-kanak yang bernama Haikal telah menjawab ‘I open the

window’. Cikgu Su mengatakan ‘very good’ dan menunjukkan tangan tanda bagus.

Situasi tersebut menunjukkan bahawa kanak-kanak boleh menggunakan ayat mudah

yang dipelajari. Kaedah pengulangan telah memberi kesan yang positif terhadap kanak-

kanak dan dapat membantu kanak berinteraksi di dalam Bahasa Inggeris.

Begitu juga aktiviti pengulangan turut dijalankan oleh Cikgu Lina. Cikgu Lina

mengajar tajuk ‘emosi saya’. Di samping membuat pengulangan beliau juga

menunjukkan pelbagai wajah yang menggambarkan perasaan seseorang. Beliau telah

meminta kanak-kanak menjawab secara berulang-ulang menyatakan wajah yang


92

ditunjukkan mengikut perasaan melalui visual secara kelas. Kanak-kanak menyebut

perkataan ‘happy’, sad, ‘angry’ dan lain-lain dengan melihat aktiviti yang dipaparkan.

Mengikut Cikgu Lina di dalam temu bualnya mengatakan bahawa aktiviti pengulangan

amat penting dijalankan kepada kanak-kanak kerana aktiviti ini membantu kanak-kanak

mengingat dan memahami sesuatu perkataan dan ayat terutama di dalam Bahasa

Inggeris. Tambahan pula kanak-kanak di kelasnya juga kurang menguasai kemahiran

berbahasa Inggeris. Selain daripada itu, Cikgu Lina juga melakukan aktiviti secara non-

verbal seperti aksi yang menunjukkan wajah atau perasaan sseorang. Mengikut Cikgu

Lina kanak-kanak lebih mudah mengingati perkataan yang dipelajari jika pengajaran

disertakan dengan aksi non-verbal. Sebagai contoh di dalam pengajarannya,

Teacher : Show me your happy face.

Children : Smile. (Semua kanak-kanak menunjukkan wajah

senyum)

Teacher : Say after teacher ‘I’m smiling’

Children : I’m smiling (semua kanak-kanak)

Teacher : Faiz, Can you show me your happy face? And say ‘I’m

smiling

Children : I’m smiling (sambil tersenyum)

Teacher : Khaleesya, show me your happy face.

Children : I’m smiling (sambil tersenyum)

Teacher : Dania, show me your happy face.

Children : I’m smiling (sambil tersenyum)

Interaksi di atas menunjukkan Cikgu Lina menunjukkan wajah (mimik muka)

sambil menyebut ayat mudah ‘I’m smiling’. Seperti di dalam temu bual, Cikgu Lina
93

menyatakan bahawa beliau sering melakukan begitu supaya dapat membantu kanak-

kanak di kelasnya yang kurang fasih dan tidak begitu memahami Bahasa Inggeris.

Apabila beliau melakukan aktiviti pengulangan ayat dan penggunaan mimik muka,

kanak-kanak lebih memahami ayat ‘I’m smiling’ apabila mereka bersama-sama

menunjukkan wajah gembira.

Ayat mudah ini telah diulang di dalam interaksi semasa perbualan pagi (morning

cicle). Pengkaji juga telah memerhatikan pengajaran Cikgu Lina pada kali kedua dan

mendapati Cikgu Lina telah mengulangi soalan yang sama yang telah di ajar dalam slot

pertama. Cikgu Lina menyoal seorang kanak-kanak bernama Nazmi iaitu ‘Nazmi, do

you still remember? Show me your happy face’. Kanak-kanak yang bernama Nazmi

menjawab dengan suara yang sangat perlahan “I’m smilling’ sambil tersenyum. Kanak-

kanak ini sangat pemalu. Situasi tersebut menunujukkan bahawa kaedah pengulangan

memberi kesan positif kepada kanak-kanak seterusnya sangat membantu proses

interaksi mereka.

Sebagai kesimpulannya, untuk mewujudkan suatu suasana pembelajaran Bahasa

Inggeris yang melibatkan interaksi secara berkesan, seseorang guru perlu

mengaplikasikan pelbagai teknik dan pendekatan yang menarik dan bersesuaian supaya

dapat memberi ruang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi. Pemahaman yang jelas

dengan penggunaan pembelajaran secara berulang, body language, mimik muka yang

bersesuaian, serta bantuan mengikut kaedah scaffolding dari guru dapat membantu

kanak-kanak memulakan interaksi mereka. Pengulangan bukan sahaja sebagai proses

permulaan penguasaan perkataan dan ayat Bahasa Inggeris malah ianya juga membantu

kanak-kanak menyebut sesuatu perkataan dengan betul.


94

4.3.1.3 Penggunaan dwibahasa

Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua kebanyakan kanak-kanak prasekolah. Kanak-

kanak lebih menggunakan Bahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris bermula dari

rumah. Oleh itu pengkaji melihat penggunaan dwibahasa di dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Inggeris kanak-kanak prasekolah sebagai suatu tema penting

dalam usaha untuk menggalakkan kanak-kanak berinteraksi dengan guru. Apabila guru

berinteraksi menggunakan Bahasa Inggeris, guru perlu menerangkan semula di dalam

Bahasa Melayu supaya kanak-kanak lebih memahami sesuatu maksud. Jika kanak-

kanak telah memahami sesuatu maksud perkataan atau ayat di dalam Bahasa Inggeris,

kanak-kanak menjadi lebih yakin untuk berinteraksi.

Melalui temu bual yang dilakukan, semua guru mengakui bahawa mereka

menggunakan kaedah dwibahasa kerana kebanyakan kanak-kanak kurang memahami

Bahasa Inggeris. Menurut Cikgu Su beliau menggunakan dwibahasa bagi membantu

kanak-kanak memahami perkataan baru atau ayat-ayat mudah. Semasa pemerhatian

terhadap pengajaran Cikgu Su, di dapati bahawa Cikgu Su sememangnya menggunakan

kaedah dwibahasa untuk memudahkan pemahaman ayat-ayat Bahasa Inggeris yang

digunakan. Interaksi penggunaan dwibahasa dapat dilihat seperti contoh pengajaran,

Teacher : Look at this. What is this?

Children : Rumah.

Teacher : In English. Who knows?

Children : House

Teacher : Yes. Good. All of you say ‘house’


95

Children : House.

Teacher : Damia, What colour is your house? Rumah kamu

warna apa?

Children : Purple.

Teacher : My house is purple. Rumah saya warna ungu.

Children : My house is purple

Teacher : Adi, what colour is your house?

Children : My house is green

Dari pemerhatian pengkaji, Cikgu Su menggunakan kaedah dwibahasa semasa

menjalankan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris kerana kanak-kanak masih

kurang menguasai perbendaharaan kata Bahasa Inggeris. Apabila diterangkan di dalam

Bahasa Melayu, kanak-kanak lebih memahami dan yakin untuk menggunakan bahasa

tersebut. Cikgu Su telah menggunakan dwibahasa semasa menerangkan perkataan dan

ayat mudah. Pengkaji dapat melihat kanak-kanak mengulangi ayat mudah ‘my house is

red’ dan ‘my house is blue’ apabila Cikgu Su menyoal beberapa orang murid lain. Jelas

seperti kenyataan Cikgu Su di dalam temu bual dengannya, penggunaan dwibahasa

dapat membantu kanak-kanak berinteraksi di dalam Bahasa Inggeris.

Penggunaan kaedah dwibahasa juga dapat diperhatikan dalam pengajaran Cikgu

Lina. Cikgu Lina juga menyatakan bahawa penggunaan dwibahasa penting di dalam

pengajarannya kerana kanak-kanak juga kurang memahami Bahasa Inggeris. Masing-

masing merasakan suatu pengalaman yang baru apabila mempelajari Bahasa Inggeris.

Mereka mempelajari perkataan-perkataan baru di dalam pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Inggeris. Contoh pengajaran yang dapat diperhatikan adalah seperti berikut,
96

Teacher : Say I’m happy.What is happy?

Children : Gembira

Teacher : Yes, gembira. Show me your happy face. Tunjukkan

wajah yang gembira. I’m happy. Faiz, show

me your happy face.

Children : I’m happy (sambil tersenyum)

Teacher : Good. Wildad, show me your happy face

Children : I’m happy (sambil tersenyum)

Teacher : Good. Zulaikha, show me your happy face

Children : I’m happy (sambil tersenyum)

Teacher : Yes. Very good

Apabila kanak-kanak telah memahami sesuatu maksud perkataan dan ayat di

dalam Bahasa Inggeris, kanak-kanak berlumba-lumba mencuba untuk menjawab soalan

guru. Pengkaji mendapati ramai kanak-kanak mengangkat tangan untuk menjawab

soalan yang dikemukakan oleh guru. Interaksi di atas menunjukkan bahawa pentingnya

penggunaan dwi-bahasa dalam pengajaran Bahasa Inggeris kanak-kanak prasekolah.

Ianya bukan sahaja dapat memberi pemahaman kepada kanak-kanak malah apabila

kanak-kanak telah memahami maksud sesuatu perkataan, keyakinan mereka untuk

berinteraksi dengan guru semakin bertambah. Neu (2013) menerangkan bahawa

interaksi di antara guru dan kanak-kanak bermula dengan pemerhatian dan komunikasi

secara non-verbal. Kanak-kanak mulai memberi tindak balas dan mula berinteraksi

apabila guru menggunakan kombinasi Bahasa Inggeris dan Bahasa Sepanyol. Kajian

New selari dengan kajian Sloan (2004) dan yang mengatakan bahawa pendekatan

pengajaran yang digunakan bersesuaian dengan gaya pembelajaran kanak-kanak,


97

pengetahuan yang disampaikan dapat disimpan dengan lebih lama dan kanak-kanak

mempunyai sikap yang positif dan motivasi yang tinggi terhadap pembelajaran tersebut.

Kesimpulannya, bukan semua kanak-kanak boleh memahami perbendaharaan

kata Bahasa Inggeris dengan mudah. Tambahan pula kebanyakan kanak-kanak tidak

terdedah dengan Bahasa Inggeris di rumah. Apabila menjejak kaki ke kelas prasekolah,

mereka berasa sesuatu yang asing apabila guru yang mengajar Bahasa Inggeris

menggunakan sepenuhnya bahasa tersebut. Jika di dalam pengajaran ada diselitkan

penggunaan dwi-bahasa, kanak-kanak mudah memahami dan berminat untuk cuba

berinteraksi dengan guru.

4.3.1.4 ‘Parallel talk’

‘Parallel talk’ adalah suatu kaedah yang digunakan oleh guru untuk meningkatkan

pemahaman kanak-kanak terhadap sesuatu perbuatan. Guru akan menerangkan

perbuatan atau aksi selari dengan perbuatan itu dilakukan. Kaedah ini juga turut

membantu guru memberi kefahaman kepada kanak-kanak tentang sesuatu perbuatan.

Pengkaji melihat ‘parallel talk’ sebagai satu tema di mana ianya dapat diperhatikan di

dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris kanak-kanak prasekolah.

Kaedah ‘parallel talk’ dapat diperhatikan di dalam pengajaran dan pembelajaran

Cikgu Noni iaitu semasa Cikgu Noni menerangkan ayat-mudah mudah berkaitan ibu.

Cikgu Noni bertanyakan kepada kanak-kanak jika ada yang ingin melakukan aksi

‘mother is cooking’. Seorang kanak-kanak bernama Nabihan mengangkat tangan dan

melakukan aksi ‘mother is cooking’. Cikgu Noni menerangkan kepada kelas bahawa
98

Nabihan sedang melakukan aksi ibu sedang memasak kepada kanak-kanak. Kemudian

Cikgu Noni bertanya lagi jika ada kanak-kanak lain yang ingin melakukan aksi ‘sister

is watering flowers’. Seorang kanak-kanak bernama Aqilah pula mengangkat tangan

ingin melakukan aksi tersebut. Semasa Aqilah melakukan aksi tersebut Cikgu Noni

menerangkan kepada kanak-kanak lain bahawa itu adalah aksi kakak menyiram bunga.

Kaedah ‘parallel talk’ ini amat sesuai dijalankan terhadap kanak-kanak kerana

mereka akan memahami perbuatan beserta maksud ayat yang dipelajari. Secara

mudahnya kanak-kanak mempelajari ayat-ayat mudah beserta aksi sekaligus. Ianya

dapat meningkatkan pemahaman kanak-kanak menguasai ayat-ayat Bahasa Inggeris

yang mudah. Perkara yang sama dapat diperhatikan di dalam pengajaran Cikgu Lina.

Dalam satu slot pengajarannya Cikgu Lina seorang kanak-kanak bernama Khaleesya

menyebut ayat ‘I’m happy. I’m smiling’. Cikgu Lina menerangkan kepada kanak-kanak

lain bahawa Khaleesya sedang gembira dan tersenyum. Perbuatan yang sama diulang

pula oleh kanak-kanak bernama Dania. Cikgu Lina juga menerangkan bahawa Dania

sedang gembira dan tersenyum. Secara tidak langsung kanak-kanak akan memahami

maksud ayat ‘I’m happy. I’m smiling’.

4.3.1.5 Rumusan

Di dalam pengajaran, pelbagai kaedah boleh digunakan oleh guru untuk memberi

kefahaman tentang bahasa kedua ini. Kajian De Jong (2012) mendapati bahawa dalam

mempelajari bahasa, guru perlu menjalankan pelbagai kaedah mengajar terutama dalam

menjalankan strategi scaffolding iaitu menyediakan pendekatan menarik dalam


99

menyampaikan isi pelajaran, menyediakan pendekatan dalam pembelajaran bahasa dan

menyediakan kemudahan kepada kanak-kanak untuk memahami aktiviti yang

dijalankan untuk menggalakkan kanak-kanak memperkembangkan bahasa mereka.

Dalam usaha untuk menggalakkan interaksi menggunakan Bahasa Inggeris, guru perlu

mencuba pelbagai kaedah yang meninggalkan kesan kepada kanak-kanak. Kaedah

pengulangan, penggunaan dwibahasa dan ‘parallel talk’ merupakan kaedah praktikal

dijalankan terhadap kanak-kanak. Kaedah pengajaran yang digunakan ini memberi

impak yang positif di samping memberi keseronokan kepada kanak-kanak dalam

memahami maksud sesuatu perkataan dan ayat yang dipelajari. Kanak-kanak juga

bertambah yakin untuk berinteraksi dengan guru.

4.3.2 Kemahiran pedagogi guru

Kemahiran guru merupakan tema penting dan pengkaji melihat aspek ini sebagai salah

satu perkara yang penting di dalam menggalakkan interaksi berkesan dalam kalangan

kanak-kanak. Seseorang guru perlu memiliki kemahiran mengendalikan pedagogi

terutama di dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan baik. Kemahiran

menjalankan pedagogi dapat menjadikan pembelajaran menjadi lebih teratur serta turut

mempengaruhi pemahaman serta penguasaan Bahasa Inggeris kanak-kanak.


100

4.3.2.1 Pemilihan tajuk

Pengkaji dapat melihat kemahiran pedagogi dan kecekapan guru semasa menjalankan

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris melalui temu bual dan pemerhatian yang

dijalankan. Perkara penting yang dapat dilihat adalah dari aspek pemilihan tajuk yang

bersesuaian dengan kanak-kanak. Sebagai contoh Cikgu Noni memilih tajuk ‘Peranan

ibu’, Cikgu Ani mengajar tajuk ‘Peralatan di dalam kelas’, Cikgu Su memilih tajuk

‘Rumah saya’, Cikgu Zie menggunakan tajuk ‘Makanan kegemaran’ dan Cikgu Lina

memilih tajuk ‘Perasaan saya’. Kesemua tajuk yang dipilih sangat berkait rapat dengan

diri kanak-kanak dan persekitaran mereka. Tajuk yang bersesuaian akan membantu

kanak-kanak menyumbang idea serta pendapat dan menggalakkan mereka aktif

berinteraksi dengan guru.

4.3.2.2 Kemahiran menyoal

Selain daripada pemilihan tajuk yang bersesuaian, pengkaji juga melihat kemahiran

guru menyoal dan menggunakan soalan-soalan terbuka kepada kanak-kanak juga

membantu kanak-kanak untuk berinteraksi. Soalan terbuka adalah bertujuan untuk

menggalakkan kanak-kanak memeberi idea dan menambah minat untuk berinteraksi

secara dua hala dengan guru. Di dalam pengajaran Cikgu Noni, beliau banyak

mengemukakan soalan-soalan terbuka untuk mencungkil pendapat kanak-kanak. Beliau

menyoal mengenai peranan seorang ibu dan kanak-kanak mengangkat tangan untuk

menjawab soalan tersebut. Ini menunjukkan kanak-kanak mempunyai idea mengenai

tajuk yang dibincangkan. Begitu juga di dalam pengajaran dan pembelajaran Cikgu Ani.
101

Kanak-kanak sangat aktif. Masing-masing berebut untuk menjawab soalan guru.

Kanak-kanak menunjukkan minat untuk menjawab soalan tersebut kerana tajuk yang

dipilih sangat berkait rapat dengan mereka.

4.3.2.3 Membetulkan kesalahan serta merta

Kemahiran seseorang guru juga dapat dilihat apabila guru tersebut dapat membetulkan

kesalahan kanak-kanak dengan segera apabila kanak-kanak melakukan kesalahan.

Melalui pemerhatian yang dilakukan dan hasil temu bual yang dijalankan, guru-guru

mengakui bahawa mereka akan membetulkan kesalahan secara serta merta apabila

kanak-kanak melakukan kesalahan. Ini adalah bertujuan supaya kanak-kanak tidak lagi

melakukan kesalahan yang sama pada masa hadapan. Sebagai contoh di dalam

pengajaran Cikgu Zie, beberapa orang kanak-kanak cuba menjawab soalan yang

dikemukakan iaitu jenis-jenis makanan yang ditunjukkan. Walau bagaimanapun ada

dari kalangan mereka yang tersalah menyebut perkataan. Cikgu Zie membetulkan

kesalahan tersebut dengan segera dan mengulangi menyebut perkataan yang betul.

Cikgu Zie menyatakan bahawa beliau perlu membetulkan kesalahan tersebut supaya

kanak-kanak tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan.

4.3.2.4 Kaedah scaffolding

Kemahiran guru menggunakan kaedah scaffolding juga dapat diperhatikan apabila

guru-guru menggunakannya semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran


102

mereka. Guru-guru memberi bimbingan supaya kanak-kanak lebih memahami isi

pelajaran yang disampaikan. Sebagai contoh di dalam pengajaran Cikgu Noni, setelah

selesai mengemukakan soalan Cikgu Noni akan memberi beberapa ‘clue’ dan panduan

supaya kanak-kanak lebih jelas dan memahami perkara yang dipelajari. Cikgu Noni

turut melakukan beberapa aksi dan ‘body language’ untuk memudahkan kanak-kanak

memahami perkara yang ingin disampaikan. Dengan panduan yang diberikan, kanak-

kanak akan lebih yakin berinteraksi dengan guru.

4.3.2.5 Kemahiran berbahasa Inggeris

Seseorang guru juga perlu mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris yang baik untuk

berinteraksi dengan kanak-kanak. Memandangkan kanak-kanak prasekolah mempunyai

jumlah perbendaharaan kata yang terhad, guru perlu melaraskan Bahasa Inggeris yang

digunakan supaya kanak-kanak mudah memahami perkara yang dipelajari. Guru perlu

menggunakan perkataan yang mudah dan ayat-ayat yang pendek untuk memudahkan

pemahaman kanak-kanak. Semasa pemerhatian dijalankan, pengkaji mendapati bahawa

terdapat juga guru yang menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya dan menyebabkan

kanak-kanak sukar memahami perkara yang ingin disampaikan. Pengkaji dapat

memerhati suatu situasi di dalam pengajaran Cikgu Zie. Cikgu Zie merupakan seorang

guru yang fasih berbahasa Inggeris berbanding guru-guru lain. Walau bagaimanapun,

Cikgu Zie tidak menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh kanak-kanak. Dengan

kata lain Cikgu Zie tidak melaraskan Bahasa Inggeris yang digunakan dengan aras

penguasaan kanak-kanak. Akibatnya kanak-kanak lebih benyak berdiam dan kurang

menjawab soalan yang dikemukakan oleh Cikgu Zie. Sebagai contoh, ‘Class, can you
103

guess what is inside the plastic bag? Who knows? There is nasi lemak. The nasi lemak

is without the sambal. Now, teacher want to open the nasi lemak. Do you like nasi

lemak? What do you eat just now? Teacher bought this nasi lemak from the canteen.

Now, can you guess what is inside the box?. Cikgu Zie berinteraksi menggunakan

beberapa ayat tetapi kanak-kanak di kelasnya pada masa itu tidak memberi tindak balas

terhadap interaksi Cikgu Zie. Kanak-kanak kelihatan tidak memahami perbualan Cikgu

Zie. Daripada situasi yang diperhatikan dapatlah disimpulkan bahawa seseorang guru

perlu menggunakan kemahirannya melaraskan bahasa yang betul supaya kanak-kanak

mudah memahami terutama Bahasa Inggeris. Walaupun seseorang guru itu menguasai

Bahasa Inggeris dengan baik namun apabila di dalam pengajaran Bahasa Inggeris

kanak-kanak, guru perlu melaras mengikut tahap dan keupayaan pemahaman kanak-

kanak tersebut.

4.3.2.6 Rumusan

Keseluruhannya, kemahiran guru amat penting semasa menjalankan pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Inggeris. Guru merupakan pembimbing utama kanak-kanak ke

arah yang lebih baik dan positif. Guru perlu mahir merancang untuk menyediakan satu

pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Pengkaji merasakan bahawa kemahiran

guru memilih tajuk yang sesuai, kemahiran guru mengemukakan soalan, kemahiran

guru membetulkan kesalahan serta merta, kemahiran guru menjalankan scaffolding

terhadap kanak-kanak serta kemahiran guru berbahasa Inggeris yang baik adalah antara

perkara yang perlu diberi perhatian untuk menggalakkan interaksi kanak-kanak dengan
104

guru. Kanak-kanak lebih mudah memahami dan menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran menjadi lebih mudah.

4.3.3 Peneguhan dan rangsangan sebagai motivasi

Peneguhan dan rangsangan juga dikatakan sebagai daya penggerak di dalam diri

seseorang kanak-kanak supaya timbul keinginan untuk belajar serta dapat menentukan

arah dan tujuan sehingga mencapai sesuatu tujuan yang dikehendaki. Pengkaji melihat

peneguhan dan rangsangan sebagai satu tema penting dan merupakan penggerak utama

di dalam konteks interaksi berkesan. Berdasarkan pemerhatian ke atas pengajaran

sampel, masing-masing menujukkan sikap positif dan sentiasa memberi peneguhan

kepada kanak-kanak untuk berinteraksi menggunakan Bahasa Inggeris. Mereka telah

menggunakan pelbagai kaedah untuk meningkatkan motivasi dalam kalangan kanak-

kanak bagi memperkembangkan kemahiran berinteraksi kanak-kanak.

4.3.3.1 Motivasi Ekstrinsik

Motivasi ekstrinsik merujuk kepada prestasi aktiviti yang dijalankan dalam usaha untuk

mencapai hasil yang ditentukan oleh elemen persekitaran luaran. Motivasi ekstrinsik

akan mengarahkan kanak-kanak untuk menang dan mengalahkan kanak-kanak lain.

Motivasi ekstrinsik merangkumi peneguhan dari guru seperti mobiliti sosial, pujian,

dorongan dan ganjaran. Sorakan, pujian dan kata-kata semangat dari guru dan rakan-

rakan adalah faktor pendorong yang kuat untuk meningkatkan motivasi ekstrinsik.
105

Di dalam temu bual yang dijalankan, Cikgu Noni mengatakan bahawa beliau suka

memberi pujian kepada kanak-kanak kerana kanak-kanak akan memberi respon yang

lebih baik. Ini dapat diperhatikan di dalam pengajarannya di mana Cikgu Noni meminta

supaya kanak-kanak melakukan aksi seorang ibu iaitu ‘mother is cooking’. Seorang

kanak-kanak bernama Nabihan telah mengangkat tangan secara sukarela untuk

melakukan aksi tersebut. Cikgu Noni dan kanak-kanak yang lain menyaksikan

perlakuan Nabihan. Cikgu Normi berkata ‘very good’ dan meminta kanak-kanak yang

lain bertepuk tangan. Kemudian Cikgu Noni bertanya pula jika ada sesiapa yang ingin

melakukan aksi lain iaitu ‘sister is reading a book’. Seorang kanak-kanak bernama

Yuna dapat melakukan aksi tersebut dengan betul. Cikgu Noni mengatakan ‘good’

kepada aksi tersebut. Seterusnya seorang kanak-kanak lain pula ingin menunujukkan

aksi ‘sister is watering flowers’. Cikgu Noni menyatakan betul dan meminta mereka

bertepuk tangan dan sekali lagi beliau menyebut ‘very good’. Dalam sesi pengajaran

Cikgu Noni jelas menunjukkan bahawa beliau banyak memberi motivasi kepada kanak-

kanak untuk menggalakkan kanak-kanak berinteraksi. Apabila kanak-kanak sentiasa

digalakkan dengan kata-kata pujian dan penghargaan seperti bertepuk tangan, mereka

akan lebih berminat untuk berinteraksi dengan guru.

Di dalam temu bual bersama, Cikgu Ani mengatakan bahawa beliau banyak

memberi motivasi dengan memberi pujian dan beberapa hadiah kecil seperti memberi

bintang kepada kanak-kanak yang dapat menjawab dengan betul. Contoh situasi di

dalam pengajaran Cikgu Ani, seorang kanak-kanak bernama Uzra dapat menjawab

perkataan ‘duster’ dengan betul. Cikgu Ani telah memuji dengan mengatakan ‘very

good’ dan meminta rakan-rakan yang lain bertepuk tangan. Cikgu Ani memberi satu

bintang sebagai pengharaan kepada kanak-kanak. Kemudian Cikgu Ani mengulangi


106

soalan. Seorang kanak-kanak lain bernama Zulaikha yang menjawab ‘eraser’ dengan

betul. Beliau telah mengatakan ‘good’ dan juga memberi bintang kepada Zulaika.

Kanak-kanak lain bertepuk tangan. Cikgu Ani telah memberi peluang kanak-kanak

menjawab secara individu dan pujian serta penghargaan yang diterima akan memberi

semangat yang tinggi dan motivasi kepada kanak-kanak tersebut dan rakan-rakannya

berinteraksi dengan guru. Kanak-kanak yang mendapat motivasi untuk berinteraksi

dengan guru akan sentiasa aktif dan sentiasa memberi sumbangan idea di dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Melalui temu bual Cikgu Su juga mengakui bahawa beliau memberi pujian

kepada kanak-kanak untuk meningkatkan keyakinan mereka berinteraksi serta lebih

aktif di dalam kelas. Di dalam pengajaran Cikgu Su, beliau memberi pujian kepada

kanak-kanak secara kelas. Ini dapat diperhatikan apabila kanak-kanak dapat menjawab

‘window’, ‘roof’ dan perkataan-perkataan lain dengan betul. Cikgu Su telah memuji

dengan mengatakan ‘very good class’. Kanak-kanak lebih bersemangat untuk

menjawab walaupun hanya mendapat pujian secara kelas. Mereka akan menjawab

secara serentak apabila menerima pujian.

4.3.3.2 Motivasi intrinsik

Motivasi intrinsik adalah keinginan bertindak yang disebabkan oleh faktor pendorong

yang berasal dari dalam diri individu dan tujuan tindakan itu terlibat di dalam tindakan

itu sendiri. Motivasi intrinsik merupakan rangsangan dari dalam diri seseorang. Ianya

tidak bergantung kepada sebarang tekanan dari luar. Motivasi intrinsik juga berdasarkan

kepada kepuasan diri sendiri, keseronokan dalam melaksanakan aktiviti dan bukannya
107

berusaha untuk mendapat sesuatu ganjaran luaran. Seseorang kanak-kanak akan terlihat

mempunyai motivasi intrinsik apabila mereka melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti

dengan penuh minat dan bersungguh-sungguh. Mereka akan menumpukan sepenuh

perhatian kepada aktiviti terutama apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru

menarik dan berkaitan dengan kecenderungan mereka.

Pengkaji melihat kanak-kanak di kelas Cikgu Noni mempunyai motivasi

intrinsik kerana mereka menunjukkan kesungguhan dan memberi sepenuh tumpuan

terhadap tajuk yang dibincangkan. Tajuk ‘peranan ibu’ sangat menarik minat kanak-

kanak kerana merasakan bahawa masing-masing mempunyai seorang ibu yang

istimewa. Semua kanak-kanak mengangkat tangan dan ingin meluahkan pendapat

mengenai ibu mereka. Mereka mempunyai idea dan pendapat yang tersendiri mengenai

ibu masing-masing. Ini menunjukkan mereka mempunyai motivasi intrinsik terhadap

tajuk yang dibincangkan oleh guru.

Di dalam kelas Cikgu Ani pula, kanak-kanak juga dilihat mempunyai motivasi

intrinsik. Ini dapat dilihat apabila kanak-kanak memberi penuh perhatian terhadap tajuk

yang diajar oleh guru. Kanak-kanak memberi tindak balas yang sungguh baik apabla

guru bertanya soalan. Kanak-kanak berminat melakukan aktiviti dan berinteraksi

dengan guru kerana Cikgu Ani telah menyediakan pelbagai bahan bantu mengajar yang

menarik untuk digunakan semasa pengajaran. Kanak-kanak dapat memegang dan

menunjukkan kepada rakan-rakan apabila berinteraksi dengan guru. Kanak-kanak

sangat berbangga apabila dapat berinteraksi dengan guru. Pengkaji dapat melihat

bahawa kanak-kanak di dalam kelas Cikgu Noni dan Cikgu Ani lebih menguasai Bahasa

Inggeris dan memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas. Penguasaan Bahasa


108

Inggeris yang lebih baik menjadikan mereka lebih bermotivasi untuk mempelajari

bahasa tersebut. Walau bagaimanapun Cikgu Noni dan Cikgu Ani tidak melupakan

memberi bimbingan scaffolding semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini

meningkatkan lagi motivasi kanak-kanak untuk berinteraksi.

Sehubungan dengan itu seseorang guru perlu kreatif dalam memilih tajuk yang

sesuai dan menarik minat kanak-kanak supaya mereka dengan sendirinya gembira

membincangkan dan meluahkan pendapat mengenai tajuk yang diminati. Guru juga

perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk menarik minat kanak-

kanak berinteraksi. Dapatan pemerhatian seiring dengan pendapat guru di dalam temu

bual yang menyatakan bahawa kanak-kanak lebih berminat untuk terlibat secara aktif

di dalam pengajaran dan pembelajaran apabila guru mengajar tajuk yang mempunyai

kaitan rapat dengan mereka.

4.3.3.3 Rumusan

Keseluruhannya, untuk mewujudkan interaksi berkesan dalam kalangan kanak-kanak

guru memainkan peranan yang penting untuk menggerak dan merangsang.

Keberkesanan interaksi di antara ke dua belah pihak bergantung kepada sejauhmana

murid mempunyai motivasi untuk bertindakbalas. Jika guru menyediakan suasana

pengajaran dan pembelajaran yang selesa, kanak-kanak akan menunjukkan minat dan

mempunyai motivasi secukupnya untuk mewujudkan interaksi di antara guru dan

kanak-kanak. Justeru, guru memainkan peranan yang besar dalam mengekalkan

motivasi sepanjang pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tema motivasi ini bagi
109

menjawab soalan kajian iaitu bentuk peneguhan dan dorongan yang diberikan oleh guru

untuk meningkatkan interaksi kanak-kanak dan guru menggunakan Bahasa Inggeris.

4.4 Kesimpulan

Dalam bab ini, pengkaji telah mengemukakan analisis data kajian yang telah dikumpul

daripada temu bual, pemerhatian dan nota lapangan bagi menjawab persoalan-persoalan

kajian yang dikemukan di dalam bab 1. Pengkaji telah membuat analisis data dengan

menggunakan kaedah tematik untuk melihat strategi berkesan yang dijalankan di kelas-

kelas dalam pengajaran Bahasa Inggeris kanak-kanak prasekolah. Pengkaji telah

mendapati beberapa tema penting muncul semasa temu bual dan pemerhatian yang

dijalankan. Tema-tema yang muncul ini adalah bagi menjawab soalan kajian yang

dikemukakan. Nota lapangan dicatat supaya pengkaji tidak terlepas pandang perkara

yang tidak dijangka berlaku semasa pemerhatian.


BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan dapatan kajian berdasarkan persoalan-persoalan kajian. Fokus

kajian adalah berkaitan strategi interaksi berkesan yang dijalankan terhadap responden

di dalam pengajaran Bahasa Inggeris kanak-kanak prasekolah. Perbincangan akan

menyentuh mengenai strategi berkesan yang digunakan oleh guru untuk menggalakkan

mereka berinteraksi, kemahiran yang dikuasai oleh guru di dalam pengajaran Bahasa

Inggeris serta bentuk peneguhan dan rangsangan yang diberikan oleh guru untuk

menggalakkan kanak-kanak berinteraksi di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Inggeris. Pengkaji akan membuat rumusan secara keseluruhan berdasarkan dapatan

yang telah
111

5.2 Perbincangan dapatan kajian

Pengkaji akan membincangkan dapatan kajian dengan lebih terperinci sekaligus

membuat hubungkait di antara tema-tema yang diperolehi dengan strategi interaksi

yang digunakan oleh guru bagi menggalakkan interaksi di dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Inggeris. Pengkaji akan memberi fokus kepada strategi interaksi

berkesan yang dijalankan oleh guru, kemahiran guru dalam menjalankan pengajaran

dan pembelajaran Bahasa Inggeris dan rangsangan serta dorongan oleh guru semasa

menyampaikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris kanak-kanak prasekolah.

Semua aspek ini amat penting dalam mewujudkan hubungan interaksi dua hala di antara

kanak-kanak dan guru.

5.2.1 Perbincangan dapatan kajian strategi interaksi yang digunakan oleh guru

di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris kanak-kanak

prasekolah

Strategi interaksi yang berkesan amat penting dijalankan oleh guru prasekolah kerana

ianya adalah satu-satunya kaedah untuk membantu kanak-kanak berinteraksi

menggunakan Bahasa Inggeris. Memandangkan mempelajari Bahasa Inggeris adalah

suatu pengalaman baru apabila kanak-kanak menjejak kaki ke dunia prasekolah, guru

perlu menggunakan pelbagai kaedah dan strategi yang menarik untuk memudahkan

kanak-kanak menguasai bahasa tersebut. Pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa

strategi yang berkesan dijalankan untuk meningkatkan interaksi di dalam Bahasa

Inggeris.
112

Daripada dapatan yang diperolehi, pengkaji mendapati bahawa peluang

berinteraksi amat penting bagi menggalakkan kanak-kanak berinteraksi. Guru boleh

memberi peluang secara individu atau secara kelas. Untuk memberi peluang kepada

kanak-kanak berinteraksi guru perlu mengemukakan soalan untuk memudahkan kanak-

kanak memberi tindak balas. Guru perlu menggunakan peluang bersoal jawab untuk

mencungkil pendapat kanak-kanak tentang sesuatu tajuk yang mudah bagi mereka.

Guru perlu menggunakan pelarasan Bahasa Inggeris yang mudah untuk menyoal kanak-

kanak. Soalan dan laras bahasa yang yang digunakan perlu mudah difahami dan dapat

membantu kanak-kanak menjawab. Tajuk yang digunakan juga mudah dan berkaitan

supaya kanak-kanak dapat memberi pendapat mereka. Jika sesuatu perkara yang

dibincangkan berkisar kepada pengalaman dan persekitaran mereka, kanak-kanak akan

tertarik untuk berinteraksi. Ini dapat memudahkan mereka memahami dan menjawab

soalan guru dan menggalakkan mereka berinteraksi.

Selain daripada itu, guru perlu melaksanakan pembelajaran berpusatkan kanak-

kanak. Pengkaji mendapati bahawa kebanyakan guru menggunakan pendekatan dan

kaedah bersoal jawab untuk mencungkil pendapat kanak-kanak. Guru perlu memberi

perhatian kepada kanak-kanak seperti berinteraksi dan menjawab soalan secara

individu. Peluang secara individu perlu diberikan supaya kanak-kanak mendapat

keyakinan semasa berinteraksi. Bagi kanak-kanak yang kurang berkeyakinan, pemalu

atau masih kurang menguasai Bahasa Inggeris mereka kebiasaannya akan teragak-agak

untuk menjawab. Peluang berinteraksi secara kelas atau berkumpulan lebih sesuai

digunakan. Namun bagaimanapun guru-guru mengakui bahwa kanak-kanak di kelas

mereka kurang mahir dan kurang menguasai Bahasa Inggeris. Walaupun guru bersoal
113

jawab dengan kanak-kanak, mereka masih kurang yakin berinteraksi menggunakan

Bahasa Inggeris.

Setiap orang individu itu perlu dilibatkan secara aktif terutama di dalam proses

berinteraksi menggunakan Bahasa Inggeris. Peluang kanak-kanak berinteraksi di dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dapat membantu penglibatan aktif kanak-

kanak di dalam pembelajaran. Untuk mendapat interaksi yang berkesan di antara guru

dan kanak-kanak, penyediaan alat bantu amat penting. Alat bantu mengajar yang

digunakan juga bertujuan untuk memudahkan pemahaman dan penguasaaan bahasa

yang dipelajari serta meningkatkan penglibatan mereka di dalam pengajaran.

Penyediaan bahan bantu mengajar yang pelbagai dapat menarik minat dan

meningkatkan perasaan ingin tahu kanak-kanak untuk berinteraksi dengan guru.

Amalan guru untuk menyampaikan pengajaran serta memberi arahan di dalam

kelas memerlukan kemahiran dan strategi penyampaian yang berkesan. Ianya selaras

dengan kajian oleh Abdul Rashid, Samsudin dan Sufiza (2013) yang mendapati bahawa

amalan interaksi guru dan kanak-kanak amat penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran terutama di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.

Penyoalan guru berdasarkan tajuk yang mudah, menarik dan rapat dengan kanak-kanak

akan menarik tindak balas kanak-kanak untuk berinteraksi sama ada secara individu

atau kelas.

Dapatan kajian ini bertepatan dengan kajian Brierley (2003), di mana seseorang

guru perlu memberi peluang dan memberi perhatian secara individu untuk

meningkatkan interaksi mereka. Brierley (2013) menyarankan supaya soalan yang


114

dikemukakan perlu dijawab secara individu. Ini akan menggalakkan interaksi secara

individu. Interaksi secara individu membantu menambah keyakinan kanak-kanak serta

penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan mereka. Untuk keberkesanan kanak-kanak

berinteraksi, guru turut mengaplikasikan kaedah scaffolding sebagai usaha untuk

membantu kanak-kanak berinteraksi menggunakan Bahasa Inggeris.

Selari dengan kajian oleh Jungyi Meng dan Tao Zheo (2012), iaitu kanak-kanak

boleh berkomunikasi dan berinteraksi dengan memberi pendapat apabila tajuk yang

dibincangkan berkaitan dengan pengalaman dan perkara yang diminati. Ini bermakna

tajuk yang diajar bersesuaian dan menarik minat kanak-kanak. Tajuk ‘Peranan ibu’

begitu rapat dan amat bersesuaian dengan kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai

banyak idea mengenai ibu masing-masing. Begitu juga dengan tajuk ‘Peralatan di dalam

kelas’. Guru perlu peka dengan mencipta suatu persekitaran bilik darjah yang sesuai

dan menyediakan proses pengajaran yang memberi cabaran serta menyeronokkan

kepada kanak-kanak supaya mereka dapat berinteraksi menggunakan Bahasa Inggeris

dengan berkesan. Pemilihan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang mudah dan

berkaitan dengan kanak-kanak memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi

dengan guru.

Seperti kajian oleh Jungyi Meng dan Tao Zheo (2012) di mana mereka bersetuju

bahawa kanak-kanak boleh berkomunikasi dan berinteraksi dengan memberi pendapat

apabila tajuk yang dibincangkan berkaitan dengan pengalaman dan perkara yang

diminati. Pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan menggalakkan interaksi di

antara guru dan kanak-kanak apabila guru perlu memilih tajuk yang sesuai dan menarik
115

minat kanak-kanak. Guru boleh menggunakan perkataan dan ayat-ayat mudah supaya

kanak-kanak boleh memahami dan berinteraksi secara berkesan.

Kanak-kanak akan lebih berkeyakinan dan berani memberi pendapat terhadap

soalan-soalan guru jika diberi peluang berinteraksi secara individu. Kanak-kanak yang

mempunyai keberanian dan keyakinan memberi pendapat adalah terdiri daripada

mereka yang mempunyai perbendaharaan kata Bahasa Inggeris yang mencukupi.

Kajian ini bersesuaian dengan kajian Wegner (2013) dan Mazlina (2014) di mana

jumlah input kefahaman amat penting dalam mempelajari bahasa kedua. Mengikut

Wegner (2013) penguasaan bahasa kedua berlaku apabila kanak-kanak memahami

sesuatu bahasa melebihi peringkat keupayaan mereka. Kanak-kanak yang mempunyai

jumlah perbendaharaan yang cukup dan kefahaman yang tinggi lebih mudah

berinteraksi menggunakan bahasa yang mereka pelajari. Walaubagaimanapun interaksi

kedua belah pihak lebih berkesan dengan bantuan dan sokongan orang dewasa serta

rakan sebaya.

Berdasarkan dapatan yang diperolehi, guru menggunakan kaedah pengulangan

bagi setiap ayat dan perkataan. Setiap perkara baru yang dipelajari perlu diulang

beberapa kali supaya kanak-kanak dapat mengingati dan memahami. Memandangkan

kanak-kanak pada peringkat ini sangat mudah mengingati perkara-perkara yang

diajarkan kepada mereka maka guru menggunakan kaedah pengulangan supaya

pembelajaran lebih berkesan. Seperti kajian yang dijalankan oleh Neu (2013), beliau

mendapati bahawa kaedah pengulangan amat sesuai digunakan untuk mendapat lebih

banyak respon dari kanak-kanak. Neu (2013) mendapati bahawa kaedah pengulangan

dapat mengekalkan interaksi di antara guru dan kanak-kanak. Malahan Neu (2013)
116

melihat bahawa kaedah ini dapat membantu kanak-kanak menguasai Bahasa Inggeris

dengan cepat. Kanak-kanak mula meniru percakapan guru di mana ianya sebagai suatu

permulaan untuk berinteraksi menggunakan Bahasa Inggeris.

Memandangkan kanak-kanak masih kurang menguasai Bahasa Inggeris,

terdapat guru menggunakan kaedah dwibahasa di dalam pengajaran mereka.

Penggunaan dwibahasa adalah suatu kaedah yang sering digunakan oleh guru di dalam

pengajaran Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak kerana guru-guru berpendapat bahawa

kanak-kanak masih belum memahami ayat-ayat yang digunakan. Penggunaan kedua-

dua bahasa secara serentak dapat membantu kanak-kanak memahami dengan lebih

mendalam. Ianya juga membantu interaksi di antara guru dan kanak-kanak. Apabila

guru berinteraksi di dalam Bahasa Inggeris, penerangan akan diberikan di dalam Bahasa

Malaysia supaya kanak-kanak lebih memahami sesuatu maksud. Hasil pengajaran

mendapati bahawa terdapat impak yang positif apabila guru menggunakan dwibahasa

di dalam pengajaran Bahasa Inggeris. Kanak-kanak lebih memahami perkataan dan

ayat-ayat mudah serta menggalakkan interaksi yang berkesan dengan guru.

Selari dengan kajian Mackey, Abbuhl dan Gass (2012) yang menyatakan

bahawa guru perlu menggunakan pelbagai teknik dan pendekatan semasa pengajaran

dan pembelajaran seperti pengulangan soalan semasa menerangkan isi pelajaran seperti

menggunakan body language. Penggunaan kaedah pengulangan membantu kanak-

kanak mengulang-ulang isi pelajaran yang ingin disampaikan dan mampu membantu

kanak-kanak memahami dan menunjukkan keinginan untuk berinteraksi dengan guru.

Kajian oleh Mazlina (2014) juga mengenalpasti beberapa strategi yang boleh digunakan

untuk meningkatkan kefahaman kanak-kanak semasa berinteraksi. Mazlina (2014)


117

mendapati bahawa untuk memahami sesuatu bahasa, guru perlu membuat pengulangan

serta membetulkan kesalahan kanak-kanak serta merta supaya kanak-kanak memahami

kesalahan yang dilakukan. Pengulangan adalah kaedah dapat membantu kanak-kanak

menguasai bahasa kedua.

Sebagai kesimpulannya, pelbagai strategi boleh dipraktikkan supaya interaksi di

antara guru dan kanak-kanak lebih berkesan. Kaedah bersoal jawab bagi mencungkil

pendapat kanak-kanak, kaedah pengulangan dan penggunaan dwibahasa adalah strategi

berkesan dapat dijalankan bagi menggalakkan interaksi di antara guru dan kanak-kanak

menggunakan Bahasa Inggeris.

5.2.2 Perbincangan dapatan kajian kemahiran guru menjalankan pengajaran

Bahasa Inggeris bagi menggalakkan interaksi berkesan

Seseorang guru perlu menguasai kemahiran pedagogi yang baik untuk menyampaikan

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak. Guru perlu

menguasai pedagogi pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menyampaikan isi

pelajaran dengan sempurna dan mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris yang baik.

Tajuk yang dipilih untuk pengajaran dan pembelajaran perlu bersesuaian dengan aras

dan pengalaman kanak-kanak. Kanak-kanak akan lebih berminat dan mempunyai

pendapat sendiri apabila tajuk yang digunakan berkaitan dengan persekitaran dan

pengalaman mereka. Mereka menjadi aktif dan memberi tumpuan sepenuhnya semasa

pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini akan menggalakkan proses interaksi di

antara kanak-kanak dan guru.


118

Guru perlu fasih dan dapat bertutur menggunakan Bahasa Inggeris dengan baik

supaya kanak-kanak mudah memahami penerangan dan maklumat yang disampaikan.

Perkataan yang digunakan perlu jelas dan teratur supaya tidak menimbulkan kekeliruan

kepada kanak-kanak. Guru juga perlu menerangkan, memberi arahan serta bersoal

jawab dengan kanak-kanak. Dengan demikian, keyakinan seseorang guru berinteraksi

menggunakan Bahasa Inggeris amat penting bagi melancarkan proses interaksi dua

hala. Pengkaji mendapati bahawa terdapat guru yang mengajar Bahasa Inggeris tetapi

menggunakan Bahasa Melayu. Guru hanya menyelitkan perkataan-perkataan Bahasa

Inggeris di dalam pengajaran mereka. Hal ini kurang membantu interaksi berkesan di

dalam Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun terdapat juga guru yang mahir berbahasa

Inggeris tetapi menggunakan bahasa tersebut melebihi aras dan penguasaan kanak-

kanak. Ini akan menyebabkan kanak-kanak tidak memahami dan menjadi tidak aktif di

dalam pembelajaran. Kebanyakan kanak-kanak masih kurang memahami dan

mempunyai jumlah perbendaharaan kata Bahasa Inggeris agak kurang dan hanya

menjawab dengan menggunakan perkataan mudah dan ringkas sahaja. Ini adalah kerana

kanak-kanak hanya mempelajari Bahasa Inggeris di sekolah sebagai bahasa kedua tetapi

tidak menggunakannya di rumah.

Seperti kajian oleh Wegner (2013) bahasa diperolehi secara formal apabila

diajar di dalam bilik darjah. Mengikut Wegner (2013), pembelajaran bahasa kedua akan

mengalami gangguan kerana bahasa ini tidak mempunyai hubungan langsung dengan

penutur jati bahasa tersebut. Kanak-kanak tidak menggunakan bahasa tersebut di rumah

dan bukan merupakan bahasa harian mereka. Guru perlu melaraskan penggunaan

Bahasa Inggeris mengikut aras kecekapan berbahasa kanak-kanak.


119

Untuk menggalakan interaksi yang berkesan, guru telah menggunakan kaedah

scaffolding sebagai medium untuk membantu, membimbing dan menyokong apabila

kanak-kanak cuba menjawab atau memberi pendapat. Guru perlu mengutamakan

bantuan dan sokongan scaffolding kepada kanak-kanak memandangkan kanak-kanak

pada peringkat ini masih kurang menguasai dan memahami sepenuhnya Bahasa

Inggeris. Pengkaji melihat bahawa kaedah scaffolding sebagai medium sangat berkesan

dan bersesuaian apabila diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Inggeris sebagai bahasa kedua kanak-kanak. Guru memberi bimbingan secara individu

dan secara kelas.

Kajian ini bersesuaian dengan kajian Mohd Sidek (2011) telah menjalankan

kajiannya dengan memanipulasikan interaksi kanak-kanak menggunakan strategi

scaffolding dalam perkembangan sintaksis Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Guru

memberi bimbingan dan perhatian secara terperinci kepada kanak-kanak dalam

mempelajari sintaksis bahasa terutama dalam mempelajari bahasa kedua. Dapatan

kajian mendapati bahawa kaedah strategi scaffolding yang digunakan mampu

meningkatkan interaksi kanak-kanak dengan guru serta penguasaan bahasa kedua.

Dengan bantuan dan sokongan scaffolding kanak-kanak akan lebih berminat dan

terdorong untuk berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan.

Selain daripada itu terdapat guru yang menggunakan kaedah non-verbal di mana

ianya melibatkan aksi dan mimik muka untuk memudahkan serta meningkatkan

pemahaman kanak-kanak. Apabila kanak-kanak kurang memahami sesuatu maksud,

guru melakukan aksi non-verbal seperti menggayakan sesuatu perbuatan, isyarat tangan

dan mimik muka. Bertepatan dengan kajian Neu (2013) di mana kaedah non-verbal
120

digunakan sebagai permulaan kepada interaksi sebelum menggunakan bahasa. Kaedah

non-verbal bukan sahaja dapat menerangkan sesuatu maksud malah memberi gambaran

yang jelas tentang sesuatu perkara kepada kanak-kanak. Kaedah interaksi secara non-

verbal sesuai digunakan untuk kanak-kanak dalam menggalakkan mereka

menggunakan Bahasa Inggeris di dalam interaksi mudah dan berkesan.

Untuk menggalakkan interaksi berkesan di kalangan kanak-kanak, sifat dan

tingkah laku seseorang guru amat penting. Guru perlu membina hubungan yang rapat

dengan kanak-kanak. Kanak-kanak tidak merasa takut atau segan untuk berinteraksi

dengan guru. Guru perlu menjadi pendengar yang baik untuk menggalakkan interaksi

berkesan dengan kanak-kanak. Sifat yang peramah dan bersedia mendengar seseorang

guru akan membantu kanak-kanak menonjolkan pandangan kendiri serta meluahkan

pendapat melalui interaksi yang berkesan.

Sikap kepimpinan dan pengurusan bilik darjah yang demokratik amat penting

bagi seseorang guru dalam pengurusan bilik darjah yang menarik. Suasana bilik darjah

yang selesa dan kondusif akan menarik perhatian kanak-kanak melibatkan diri dan

berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan mereka.

Kesimpulannya, guru perlu mempunyai kemahiran merancang pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Inggeris dengan teliti dan sistematik supaya pengajaran dan

pembelajaran bahasa tersebut dapat disampaikan dengan baik dan proses interaksi

kedua belah pihak menjadi berkesan. Guru perlu menguasai kemahiran berbahasa

Inggeris dengan baik. Guru perlu yakin menggunakan Bahasa Inggeris dan

menggunakan bahasa tersebut semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.


121

Menjadi satu tanggung jawab yang besar kepada guru-guru mempunyai kemahiran

menjalankan pedagogi yang baik untuk merealisasikan interaksi menggunakan Bahasa

Inggeris menjadi suatu kebiasaan kepada kanak-kanak yang mempu bersaing di

peringkat global pada masa akan datang.

5.2.3 Perbincangan dapatan kajian bentuk peneguhan dan rangsangan yang

diberikan oleh guru sebagai motivasi untuk menggalakkan proses

berinteraksi dengan kanak-kanak

Peneguhan dan rangsangan dapat menjadi dorongan kepada perkembangan bahasa.

Gerak balas yang positif daripada guru seperti pujian dan kata penghargaan dapat

menggalakkan kanak-kanak mengikuti pembelajaran terutama Bahasa Inggeris. Di

dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu sentiasa memberi kanak-kanak

rangsangan serta dorongan terutama dalam usaha untuk menggalakkan mereka

berinteraksi. Guru boleh memberikan ganjaran sebagai peneguhan kepada jawapan

yang diberikan oleh kanak-kanak dan seperti kata-kata pujian atau penghargaan supaya

menarik minat kanak-kanak untuk terus berinteraksi.

Berdasarkan dapatan yang diperolehi pengkaji mendapati bahawa terdapat

kanak-kanak yang mempunyai motivasi intrinsik di mana mereka mempunyai

keinginan untuk mempelajari Bahasa Inggeris dan cuba menjawab serta memberi

pendapat menggunakan Bahasa Inggeris walaupun dengan menggunakan struktur ayat

yang tidak lengkap. Guru-guru sentiasa memberi dorongan apabila kanak-kanak

melakukan cubaan untuk berinteraksi menggunakan Bahasa Inggeris.


122

Pengkaji mendapati bahawa guru sentiasa memberi dorongan kepada kanak-

kanak di dalam pengajaran mereka. Mereka sering memberi kata pujian untuk

menggalakkan kanak-kanak berinteraksi dan memberi pendapat tentang tajuk yang

dibincangkan. Dengan kata-kata pujian dan penghargaan, kanak-kanak lebih berminat

dengan mengangkat tangan beberapa kali untuk menjawab soalan guru dan memberi

pendapat masing-masing. Ini menunjukkan bahawa rangsangan dan dorongan amat

membantu menggalakkan kanak-kanak berinteraksi menggunakan Bahasa Inggeris.

Bersesuaian dengan kajian Sharifa Mbaga (2015) telah mendapati bahawa guru banyak

mempraktikkan interaksi secara verbal yang dianggap sangat bermanfaat kepada kanak-

kanak. Kanak-kanak tidak mahu bertanya soalan atau berinteraksi secara verbal dengan

guru di dalam kelas memandangkan mereka menghadapi masalah bahasa dan budaya.

Dengan kata-kata pujian, penghargaan dan dorongan guru memberi kesan positif di

dalam proses pengajaran pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Rangsangan dan dorongan adalah bertepatan dengan teori behaviorisme iaitu

teori pelaziman klasik yang dipelopori Skinner (1957), di mana guru perlu berinteraksi

secara positif sebagai rangsangan kepada kanak-kanak untuk bertindak balas

terutamanya di dalam pembelajaran bahasa. Selari dengan kajian Wegner (2013)

pembelajaran bahasa berlaku apabila guru-guru mengajar kanak-kanak bercakap dan

memberi galakan dengan memberi ganjaran apabila kanak-kanak dapat meniru atau

menyebut perkataan yang diajar.

Ada guru yang hanya memberi pujian dan ada guru yang memberi hadiah

walaupun kecil untuk meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk berinteraksi secara

berkesan. Pengkaji dapat melihat penglibatan yang aktif dan sangat positif dengan
123

penggunaan kata-kata pujian dan penghargaan oleh guru. Mengikut teori Skinner

(1957), galakan, kata-kata perangsang serta pujian merupakan peneguhan tingkah laku

yang positif menyebabkan tingkah laku tersebut diulangi. Peneguhan positif yang

diberikan oleh guru pula dapat mendorong kanak-kanak berinteraksi dan melakukan

tingkah laku yang lebih baik. Selari dengan kajian oleh Zalina, Mohd Hanafi dan Mohd

Mokhtar (2016) yang telah mendapati bahawa peneguhan positif, pemberian token dan

hadiah sebagi satu usaha untuk memotivasikan kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak

lebih berminat dan terlibat secara aktif di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Bertepatan pula dengan kajian oleh Sitwat dan David (2012) lebih memperincikan

kekuatan motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Kedua-dua jenis motivasi saling

menyokong untuk mendapat kesan terbaik di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Wegner (2013) menjelaskan bahawa jika seseorang kanak-kanak itu terdedah

kepada rangsangan yang lebih banyak bermakna semakin bertambah pengetahuan dan

maklumat bahasa yang mereka kuasai. Kanak-kanak akan menjadi cepat matang serta

dapat menguasai bahasa kedua dengan lebih pantas.

Jelaslah peneguhan dan dorongan yang diberikan oleh guru amat penting untuk

meningkatkan motivasi kanak-kanak terutama dalam mempelajari bahasa kedua

mereka. Kanak-kanak akan menunjukkan minat untuk berinteraksi dan terlibat secara

aktif semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.


124

5.3 Rumusan

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, dapatlah dirumuskan bahawa interaksi

berkesan di antara kanak-kanak dan guru perlu disokong oleh strategi pengajaran yang

tertentu mengikut kreativiti dan kesesuaian kanak-kanak di kelas masing-masing. Guru

boleh menggunakan pelbagai kaedah yang difikirkan bersesuaian dan menarik minat

kanak-kanak. Kajian mendapati bahawa kaedah bersoal jawab mencungkil pendapat

dan idea kanak-kanak dapat membantu interaksi yang berkesan. Selain daripada itu,

kaedah pengulangan, penggunaan dwibahasa dan penggunaan non-verbal juga

membantu interaksi berkesan. Penyediaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian juga

meningkatkan minat kanak-kanak mempelajari Bahasa Inggeris seterusnya belajar

berinteraksi dengan guru.

Kajian juga mendapati bahawa guru menggunakan pelbagai teknik dan

pendekatan untuk membantu kanak-kanak berinteraksi di dalam Bahasa Inggeris.

Teknik menyoal yang baik dan topik pembelajaran yang mudah dan berkaitan dengan

kanak-kanak juga membantu proses interaksi berkesan.

Beberapa kekangan seperti guru tidak fasih berbahasa Inggeris dan kanak-kanak

tidak menguasai serta memahami perkataan dan ayat-ayat yang digunakan

menyebabkan proses interaksi menghadapi sedikit masalah. Guru pula terpaksa

menggunakan dwibahasa untuk membantu kanak-kanak berinteraksi. Oleh yang

demikian kajian mendapati juga bahawa guru perlu merancang pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Inggeris supaya lebih menarik, teratur dan sekaligus membantu

kepada interaksi berkesan.


125

Berdasarkan kajian yang diperolehi, pengkaji mendapati bahawa terdapat guru

memberi peneguhan dan rangsangan sebagai dorongan dan motivasi di dalam

pengajaran dan pembelajaran mereka. Kata-kata pujian dan menghargaan diberikan

oleh guru apabila kanak-kanak dapat menjawab soalan dengan betul dan dapat

berinteraksi dengan baik. Rangsangan dari guru menimbulkan minat dan keinginan

kanak-kanak untuk terus cuba berinteraksi di dalam Bahasa Inggeris. Pengkaji

mendapati terdapat kanak-kanak yang mempunyai motivasi intrinsik di mana mereka

mempunyai keinginan untuk mempelajari Bahasa Inggeris dan cuba untuk menjawab

serta memberi pendapat walaupun dengan menggunakan struktur ayat yang kurang

lengkap. Guru turut memberi dorongan selain mengaplikasi kaedah scaffolding dengan

memberi bantuan dan bimbingan semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan untuk

menggalakkan kanak-kanak berinteraksi.

5.4 Implikasi kajian

Berdasarkan dapatan kajian, perbincangan serta rumusan, pengkaji melihat bahawa

kajian ini memberi impak serta implikasi yang besar kepada beberapa pihak. Pengkaji

mengkategorikan kepada tiga pihak iaitu kepada kanak-kanak prasekolah, guru-guru

dan kepada Negara.

Apabila guru-guru mengaplikasikan strategi interaksi berkesan di dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, kanak-kanak akan mendapat

pengalaman yang cukup bermakna serta menikmati pembelajaran berkualiti untuk

meningkatkan potensi mereka dalam mempelajari bahasa kedua. Penglibatan kanak-


126

kanak yang aktif di dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja mendatangkan

keseronokan dalam mempelajari bahasa namun ianya juga membantu meningkatkan

keyakinan mereka menggunakan bahasa tersebut.

Dapatan kajian juga dapat membantu guru-guru prasekolah berkongsi

kemahiran dan pengetahuan dalam mengaplikasikan pelbagai kaedah dan strategi di

dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Guru-guru dapat memperbaiki

amalan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris sekaligus meningkatkan

kualiti seorang guru. Selain daripada itu, kajian ini dapat memberi panduan kepada

guru-guru tentang keyakinan dan pengetahuan mereka berbahasa Inggeris.

Guru boleh mencuba pelbagai kaedah dan strategi pengajaran untuk

meningkatkan interaksi berkesan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.

Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dan menarik akan

membantu interaksi berkesan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Guru-guru juga

perlu peka dan memberi perhatian terhadap kanak-kanak yang baru didedahkan kepada

Bahasa Inggeris. Sokongan dan bantuan secara scaffolding kepada kanak-kanak amat

penting kerana mereka baru didedahkan kepada bahasa kedua ini di kelas prasekolah.

Penggunaan Bahasa Inggeris yang mudah akan membantu kanak-kanak berinteraksi.

Dalam usaha untuk membantu kanak-kanak berinteraksi menggunakan Bahasa

Inggeris, guru perlu sentiasa menggalakkan kemahiran berfikir untuk mencungkil idea

dan potensi seseorang kanak-kanak. Guru perlu menggunakan ruang di dalam

pengajaran dan pembelajaran dengan sebaiknya dengan menyediakan aktiviti yang

bermakna supaya kanak-kanak dapat memberi pendapat, melahir dan mencipta idea-
127

idea baru serta menggabungkan idea-idea yang diperolehi untuk menghasilkan suatu

idea yang lebih baik.

Di kelas prasekolah, guru-guru harus melaksanakan pembahagian masa

sebanyak 600 minit untuk Bahasa Inggeris seperti yang diperuntukkan di dalam

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010) dan KSPK Semakan 2017 (2016).

Bahasa Inggeris bukan sahaja digunakan di dalam slot pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Inggeris namun guru boleh menggunakannya di dalam slot-slot lain seperti rutin

pagi, waktu rehat, Perkembangan Kreativiti dan Estetika, pengajaran kognitif, aktiviti

luar dan waktu refleksi bersama kanak-kanak. Penggunaan Bahasa Inggeris di dalam

slot-slot ini akan menjadi suatu budaya serta menggalakkan pemahaman kanak-kanak

supaya Bahasa Inggeris digunakan secara meluas dan menjadi asas yang kuat apabila

menjejak kaki ke Tahun Satu. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsan Semakan

2017 yang dilaksanakan pada tahun 2017 juga masih mempunyai tujuan dan objektif

yang sama serta meneruskan penggunaaan masa sebanyak 600 minit. KSPK Semakan

2017 (2016) turut melibatkan kemahiran berfikir dalam kalangan kanak-kanak.

Kepada negara, pengkaji ingin mengemukakan beberapa cadangan yang boleh

dipertimbangkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri,

Pejabat Pendidikan Daerah dan guru-guru prasekolah keseluruhannya. Kualiti guru

dilihat amat penting pada masa kini apabila ianya melibatkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran bertaraf antara bangsa. Bahagian pengambilan Guru Kementerian

Pendidikan Malaysia perlu menetapkan syarat yang lebih tinggi iaitu Kepujian di dalam

Bahasa Inggeris bagi individu yang memohon untuk menjadi guru prasekolah. Guru

prasekolah perlu fasih dan mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan baik di dalam
128

Bahasa Inggeris dan secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap penguasaan

bahasa tersebut dalam kalangan guru serta meningkatkan taraf pendidikan kanak-kanak

khususnya dalam meningkatkan interaksi Bahasa Inggeris yang berkesan.

Bagi merealisasikan dasar MBM MBI (2010), guru perlu memberi kerjasama

dan komitmen yang baik dalam menjalankan dasar kerajaan ini bermula dari pendidikan

prasekolah supaya kanak-kanak dapat menguasai kemahiran dwibahasa iaitu Bahasa

Malaysia dan Bahasa Inggeris secara serentak. Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik

dapat membantu kanak-kanak berinteraksi dan fasih menggunakan bahasa tersebut.

Guru perlu mematuhi program yang dirancang berdasarkan dasar MBMMBI (2010)

demi kegemilangan generasi pada masa hadapan.

Kementerian Pendidikan Malaysia perlu merangka, membentuk dan

melaksanakan program serta latihan yang berterusan kepada guru-guru prasekolah bagi

memperbaharui kemahiran yang ada sebagai latihan tambahan menjadi guru yang

berkualiti khususnya di dalam pengajaran Bahasa Inggeris. Kursus-kursus berkaitan

pedagogi dan kaedah pengajaran terbaru perlu dijalankan secara berterusan untuk

menggalakkan interaksi dilaksanakan dengan berkesan di antara guru dan kanak-kanak

dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Langkah-langkah ini dilakukan supaya guru

sentiasa mengikuti arus perubahan seiring dengan perkembangan teknologi masa kini

dan menyediakan generasi masa hadapan yang menguasai dwibahasa serta mampu

bersaing di peringkat global.


129

5.5 Cadangan kajian akan datang

Dapatan kajian menunjukkan bahawa beberapa strategi telah dipraktikkan oleh guru-

guru di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di kelas prasekolah. Walau

bagaimanapun terdapat dapatan yang memerlukan kajian lanjut bagi meningkatkan

kesahan kajian serta mencari strategi-strategi baru serta faktor-faktor yang

menggalakkan interaksi berkesan di antara guru dan kanak-kanak. Antara kajian

lanjutan yang dirasakan perlu dilakukan adalah memandangkan kajian ini hanya

melibatkan beberapa buah sekolah di Daerah Kerian, Perak sahaja maka adalah

dicadangkan supaya kajian akan datang dilaksanakan di daerah lain yang melibatkan

seluruh negeri Perak atau melibatkan daerah-daerah di negeri lain untuk mengesahkan

lagi dapatan yang diperolehi dan lebih menyeluruh.

Kajian ini dijalankan dalam bentuk kajian kualitatif dengan menggunakan

kaedah temu bual, pemerhatian dan nota lapangan. Untuk kajian akan datang adalah

dicadangkan supaya kajian dapat menggabungkan kajian kualitatif dan kajian

kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan yang juga melibatkan soal selidik

daripada sampel yang lebih ramai untuk melihat pelbagai strategi yang boleh dijalankan

untuk menggalakkan interaksi berkesan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.

Pengkaji dapat memperoleh pelbagai pendapat serta faktor-faktor yang membantu

meningkatkan interaksi kanak-kanak dengan guru.

Selain daripada itu, kajian ini hanya melihat kepada kemahiran guru

menjalankan pedagogi dan rangsangan serta dorongan yang diberikan oleh guru untuk

meningkatkan interaksi berkesan dalam kalangan kanak-kanak. Adalah lebih


130

bermanfaat sekiranya kajian akan datang dapat mencari faktor-faktor lain yang turut

meningkatkan interaksi berkesan. Penekanan terhadap kemahiran berfikir untuk

menggalakkan interaksi berkesan perlu dilihat sebagai suatu elemen penting bagi

persediaan kepada kanak-kanak apabila mereka melangkah ke Tahun Satu.

Kajian ini dijalankan di beberapa buah prasekolah di luar bandar di mana

sebilangan besar kanak-kanak juga berasal daripada luar bandar. Perbezaan tahap

kebolehan kanak-kanak di bandar, strategi dan pendekatan guru yang berbeza akan

menimbulkan kelainan dari segi dapatannya. Adalah dicadangkan jika kajian pada masa

akan datang, dijalankan di kelas-kelas prasekolah kawasan bandar untuk melihat

kesahan dapatan yang diperolehi.

5.6 Kesimpulan

Kajian ini dijalankan untuk melihat strategi yang dijalankan di dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Inggeris kanak-kanak prasekolah untuk menggalakkan interaksi

yang berkesan. Kajian dijalankan di lima buah kelas prasekolah di Daerah Kerian,

Perak. Pengkaji telah menggabungkan kaedah temu bual, pemerhatian dan penelitian

nota lapangan untuk mendapatkan data kajian. Pengkaji telah menggunakan analisis

secara bertema dalam menganalisis dapatan kajian.

Pengkaji mendapati bahawa guru-guru telah melaksanakan pembahagian 600

minit seminggu seperti yang diperuntukkan oleh KSPK (2010) dan KSPK Semakan

2017 (2016) untuk perlaksanaan Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak. Guru


131

menjalankan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris sebanyak 90 minit

manakala selebihnya Bahasa Inggeris digunakan di dalam slot-slot lain seperti rutin

pagi, waktu rehat, slot Matematik, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan waktu

refleksi. Penggunaan masa Bahasa Inggeris disesuaikan mengikut kesediaan dan

kebolehan kanak-kanak. Guru menggunakan ayat-ayat mudah untuk memberi arahan

dan kanak-kanak diminta mempraktikkan dan berinteraksi menggunakan Bahasa

Inggeris di dalam slot-slot tersebut.

Pengkaji mendapati bahawa dapatan dapat menjawab soalan kajian yang

dikemukakan iaitu strategi interaksi berkesan yang dijalankan oleh guru di dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Berdasarkan hasil temu bual bersama

guru mendapati bahawa kebanyakan kanak-kanak kurang memahami Bahasa Inggeris.

Guru-guru telah menjalankan pelbagai strategi yang dianggap berkesan untuk

menggalakkan interaksi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru telah

menjalankan strategi yang bersesuaian mengikut keselesaan kanak-kanak di kelas

mereka. Mereka menjalankan pelbagai aktiviti untuk menarik perhatian kanak-kanak.

Majoriti guru telah menjalankan strategi yang berpusatkan kanak-kanak dengan

pendekatan dan teknik yang berbeza dengan tujuan utama adalah menggalakkan

interaksi yang berkesan di dalam pengajaran Bahasa Inggeris. Terdapat guru

menjalankan teknik bersoal jawab, pemahaman secara non-verbal, praktis secara

pengulangan, ‘parallel talk’ dan penggunaan dwibahasa di samping aktiviti nyanyian,

permainan, simulasi, lakonan dan sebagainya untuk memberi keyakinan kepada kanak-

kanak berinteraksi di dalam Bahasa Inggeris.


132

Dapatan juga dapat menjawab soalan kajian iaitu mengenalpasti kemahiran guru

dalam menjalankan pedagogi Bahasa Inggeris. Memandangkan kebanyakan daripada

guru prasekolah bukanlah dari aliran Bahasa Inggeris dan kurang fasih serta tidak

menguasai Bahasa Inggeris dengan baik sebagaimana guru dari opsyen Bahasa Inggeris

namun pengkaji mendapati guru tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk

menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Pendedahan asas Bahasa Inggeris yang

diperolehi dari kursus profesiensi yang telah dijalankan banyak membantu mereka

menjalankan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris kanak-kanak.

Kajian ini juga memberi fokus terhadap peneguhan dan rangsangan sebagai

motivasi yang diberikan oleh guru kepada kanak-kanak terutama di dalam pengajaran

Bahasa Inggeris. Dapatan mendapati bahawa guru-guru banyak memberi galakan dan

kata-kata perangsang sebagai motivasi kepada kanak-kanak untuk menggalakkan

mereka berinteraksi di dalam Bahasa Inggeris. Guru-guru sentiasa memberi kata-kata

pujian kepada kanak-kanak apabila mereka menjawab dengan betul atau memberanikan

diri memberi pendapat walaupun tidak menggunakan ayat serta tatabahasa yang betul.

Memandangkan Bahasa Inggeris adalah bahasa kedua kanak-kanak, guru menggunakan

Bahasa Inggeris yang mudah di dalam pengajaran untuk memudahkan kanak-kanak

memahami serta menggalakkan berlakunya interaksi dengan guru. Guru juga

menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik dan sesuai untuk meningkatkan

keyakinan kanak-kanak untuk berinteraksi dengan guru.

Kesimpulannya, kajian ini memberi implikasi yang besar terutama kepada

kanak-kanak dan guru. Kajian telah dapat mengenalpasti strategi yang perlu dilakukan

oleh guru untuk membantu interaksi berkesan kanak-kanak menggunakan Bahasa


133

Inggeris. Gabungan kemahiran berbahasa Inggeris dan keupayaan menjalankan

pedagogi guru di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris yang baik.

Peneguhan dan dorongan sebagai motivasi yang sentiasa diberikan akan dapat

meningkatkan interaksi berbahasa Inggeris yang lebih berkesan dalam kalangan kanak-

kanak prasekolah.
134

RUJUKAN

Abdul Rasid, J. Shamsudin, O. & Sufiza, I. (2013). Interaksi lisan dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu; Malay
Language Education (MyLEJ), 3(1), 42-51.

Adrian, B. & Florina-Elena. (2013). Teaching young learners to efficiently


communicate in English. Journal of Communication Research, 3, 123-126.
University of Romania.

Ahmad, M. S. A. (2012). An account of teaching strategies which promote student-


initiation. Journal of Sociological Research, 3, 489-501.

Aida, S. M. Y., & Wan Zah W. A. (2009). Motivation in the learning of Mathematics.
European Journal of Social Sciences, 7, 93-101.

Albert, A. M. (2012). Menambahkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris dalam


pendidikan prasekolah menggunakan kaedah bermain dengan perkataan
Bahasa Inggeris ‘Mari Bermain Riang’, dibentang di Seminar Penyelidikan
IPG KBL 2012, Kuching, 27 & 28 September 2012. Kuching: IPG KBL.

Aminah, A. Badzis, Mastura, Abdullah, Rohani, Lebai Nordin & Azizah. (2008).
Kurikulum Permata: Panduan pendidikan awal kanak-kanak 0 – 4 tahun.
Tanjung Malim: Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara
(NCDRC).

Baharun, H. & Zakaria, A. R. (2013). A Qualitative analysis of EFL learners’ task-


generated discourse. Education Journal, 2(6), 242-248.

Chee, H. O., & Wijaya, L. (2016). Tahap motivasi murid dalam pembelajaran
Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Ulum Islamiyyah Journal, 18, 115-130.

Chen, Z., & Chen, X. (2016). Second language teachers’ roles in the scaffolding
instructions in autonomous learning: from the perspectives of the zone of
proximal development. International Journal of Science, 3,181-197.

Chua Y. P. (2006). Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Curtain, H., & Dahlberg, C. A. (2010). Creating an environment for communication.


languages and children: Making the match (4th ed.). New York, NY: Pearson.

Craighead, E., & Ramanathan, H. (2007). Effective teacher interactions with English
language learners in mainstream classes. Research in the Schools, 14(1), 60-
71.
135

Creswell, J. W. (2008). Educational research: Planning conducting and evaluating


quantitative and qualitative research. USA: Pearson & Merill Prentice Hall.

Creswell, J. W. (2012). Educational research: Planning, conducting, and evaluating


quantitative and qualitative research. Boston, MA: Pearson

De Jong, E. J. (2012). Teacher discourse and peer interaction in linguistically diverse


classrooms. In Y. Bogum & H. Kim, (Eds.), Teachers’ roles in second
language learning: Classroom applications of sociocultural theory. (pp. 191-
212). Charlotte, NC: Information Age.

Ellis, R. (2008). The study of second language acquisition (2nd Ed.). Oxford, England:
University Press.

Facella, M., Rampino, K., & Shea, E. (2010). Effective teaching strategies for language
learners. Bilingual Research Journal, 29(1), 230-233.

Fleer, M., & Robbins, J. (2006). Working in the zone: New insights into the zone of
proximal development. In M. Fleer, S. Edwards, M. Hammer, A. Kennedy, A.
Ridgway, A. J. Robbins & L. Surman (Eds.). Early childhood learning
communities: Sociocultural research in practice, (pp. 27–43). French Forest,
NSW: Pearson.

Fredson, S. (2015). The relationship between teachers and students in the classroom:
Communicative language teaching approach and cooperative learning
strategy to improve learning. BSU Masters, Theses and Projects. University
of Massachussets.

Goh, L., & Chapman, K. (2008, Dec 14). Weighing all the pros and cons. The Star.
Retrieved from
http://www.thestar.com.my/opinion/letters/2008/12/14/weighing-all-the-pros-
and-cons/

Guo, K. (2010). Chinese immigrant children in New Zealand early childhood centres.
Doctoral thesis. Victoria University of Wellington.

Hakamaki, L. (2005). Scaffolded assistance provided by an EFL teacher during whole-


class interaction. University of Juvaskyla.

Hazrul, I. (2012). Kajian mengenai kebolehpasaran siswazah di Malaysia: Tinjauan dari


perpektif majikan. Prosiding Perkem. 11, Jilid 2.

Hooi San, P. & Anna Christina, A. (2014). Oral vocabulary as a predictor of the English
Language proficiency among Malaysian Chinese preschool children. The
Southeast Asian Journal of English Language Studies, 20(1),143-156.
136

Huffman, K. (2004). Psychology in action (6th Ed). New York: John Wiley & Sons.

Irit Cohen. (2011). Teacher-student interaction in classrooms of student with specific


learning difficulties learning English as a foreign language. Journal of
Interactions, 2(2), 271-292.

Jabatan Pendidikan Negeri Perak. (2014). Junior kids programme. Perak: JPN Perak.

Jabatan Perdana Menteri. (2009). Dasar asuhan dan didikan awal kanak-kanak
kebangsaan. Permata Negara. Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri.

Julaihi Bujang. (2009). Ucap Utama ‘Pelancaran mesyuarat perlaksanaan strategi/


macs fasa II (2009 – 2011) Peringkat Negeri Perak’. 16 – 18 Julai 2009 di
Eastwood Valley Golf dan Country Club, Miri Sarawak.

Jumiya Ahmad. (2014). Masalah pembelajaran dan penguasaan Bahasa Melayu


Sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid-murid Kensiu: Satu kajian kes.
Tesis. Universiti Utara Malaysia.

Jungyi, M., Tao, Z, Arthitbouthay, C. (2012). Teacher questions in content based


classroom for EFL young learners. Theory and Practice in Language Studies,
2, 2603-2610.

Kathleen, M., & Eric, M. (2007). Extending English-language learners’ classroom


interactions using the response protocol. International Reading Association,
60, 440-450.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1996). Akta Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur:


MDC Publication.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Dokumen Standard Prasekolah Kebangsaan:


Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen Standard Prasekolah


Kebangsaan semakan 2017: Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Memartabatkan Bahasa Malaysia dan


Memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Dimuat turun dari
http://www.moe.gov.my/mbmmbi/moe_mbmmbi_03.htm

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia.
137

Krashen, S. D., & Terrell, T. D. (1983). The natural approach: Language acquisition
in the classroom. London, UK: Prentice Hall.

Krashen, S. D. (1985). The input hypothesis: Issues and implications. London, UK:
Longman.

Lantolf, J. P. (2000). Introducing sociocultural theory. In J. P. Lantolf (Ed.),


Sociocultural theory and second language learning (pp. 1–26). Oxford, UK:
Oxford University Press.

Loewen, S., & Reinders, H. (2011). Key concepts in second language acquisition. New
York, NY: Palgrave Macmillan.

Mackey, A., Abbuhl, R., & Gass, S. (2012). Interactionist approaches. In Gass, S. M.,
& Mackey, A. (Eds.), The Routledge Handbook of Second Language
Acquisition (pp 7-23). London, UK: Routledge.

Mastoor, K. (2013). Second language motivation; The role of teachers is learners’


motivation. Journal of Academic and applied studies, 3(4), 45-54.

Mazlina, C. M. (2014). Supporting Asian immigrant English Language learners’:


Teachers’ beliefs and practices. Doctoral thesis. University of Canterbury.

Ministry of Education. (2012). Early childhood education. Retrieved from


http://www.educate.ece.govt.nz/

Ministry of Education. (2014). Early childhood education. Retrieved from


http://www.educate.ece.govt.nz/

Mohd Sidek, H. (2011). ZPD, scaffolding and syntax development. International


Journal of Humanities and Social Science, 1(6), 164-176.

Mok, S. S. (2003). Ilmu pendidikan untuk KPLI (bahagian 1 & 2): Psikologi pendidikan
dan pedagogi. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.

Muhyiddin, Y. (2010). Ucap Utama kolokium kebangsaan memartabatkan Bahasa


Malaysia di Institut Pendidikan: Memartabatkan Bahasa Melayu di sekolah.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Myers, S. A., & Claus, C. J. (2012). The relationship between students’ motives to
communication Querterly, 60(3), 386-402.

Neu, R. A. (2013). An exploration of oral language development in Spanish-speaking


preschool students. Early Childhood Education Journal, 41(3), 211-218.
138

Nik Azis, N. P. (2003). Penggunaan teori dan kerangka teori dalam penyelidikan
Pendidikan Matematik. Masalah Pendidikan, 26, 29-61.

Norlida, A., Munirah, G., Anna Christina, A., & Amir, Y. A. (2004). Assessing
Malaysian preschool children’s basic English proficiency. Paper presented at
4th International Symposium on ELT. Beijing 21-25 May.

Norsita, A, & Zainal, M. (2014). Tinjauan awal interaksi guru-kanak-kanak dalam


pemupukan pemikiran kreatif kanak-kanak prasekolah. Proceeding of the
Social Sciences Research ICSSR 2014.

Norzaharah, Y. (2011). Keberkesanan teknik scaffolding secara berkumpulan terhadap


Pendidikan Sirah. Tesis Master. Universiti Utara Malaysia.

Othman, L. (2015). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod.


Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pinsonneault, B. C. (2008). Authentic Input in Early Second Language Learning.


Masters Thesis. University of Massachusett. Retrieved from
http://scholarworks.umass.edu/theses/150

Rohaty, M. (2013). Critical issues in preschool education in Malaysia. Retrieved from


http://www.wseas.us/e-library/conferences/2013/CambridgeUSA/EET/EET-26.

Sara. M., & Elaxandra. C. (2006). Children’s oral communication in English


class activities. An exploratory M.A study. University National of Columbia.

Selin, P. (2014). Developing strategic competence in oral interaction in English as a


foreign language. Licentiate thesis. University of Gottenburg.

Sharifa, M. (2015). A classroom interaction: a key to effective teaching and learning


in secondary school in Tanzania. A case of Amsya City. General Education
Journal, 4, 44 – 52.

Sitwat, S., & David, Z. (2012). How motivation influences student engagement: A
Qualitative case study. Journal of Education and learning, 2, 252-267.

Skinner, B. F. (1957). Verbal behaviour. New York. Appleton Century Crofts.


Sloan, T, Daane, CJ. & Giesen J. (2004). Learning style of elementary
preservice teachers. College Student Journal, 38(3), 494-501.

Sona. H. (2016). Socio-cognitive theory approach in second language acquisition: The


state of the art. International Journal of Modern Language Teaching and
Learning. 1(4). 145-152
139

Suppiah, N., Ramlah J., & Abdul Aziz, S. (2008). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur:
Oxford Fajar.

Suppiah, N., Kamarulzaman, K., Abdul Aziz, S., Ramlah, J., Roslinda, M., Hazalizah,
H., et. al. (2012). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar Edisi Ke 2. Kuala
Lumpur: Oxford Fajar.

Swain, M. (1985). Communicative competence: Some roles of comprehensible input


and comprehensible output in its development. In S. Gass & C. Madden (Eds.),
Input in Second Language Acquisition (pp. 235-256). New York, NY:
Newbury House.

Swain, M. (2000). The output hypothesis and beyond: Mediating acquisition through
collaborative dialogue. In J. P. Lantolf (Ed.), Sociocultural theory and second
language learning (pp. 97-114). Oxford, England: Oxford University Press.

Swain, M., Kinnear, P. & Steinman, L. (2011). Sociocultural theory in second language
education: An introduction through narratives. Bristol, England: Multilingual
Matters.

Teresa, F. G. (2010). The role of interactions in young learners’ classroom, Encuentro


17, 6-14.

Terrell, K., & Stephen, K.,(1978). The natural approach. University of Southern
California.

Verenikina, I. (2008). Understanding scaffolding and The ZPD in educational


research. Conference Paper. Retrieved from
http://www.aare.edu.au/data/publications/2003/ver03682.pdf

Vibeke, G. A. (2007). Young children acquiring second language: Vocabulary in


Preschool group-time: Does amount, diversity, and discourse complexity of
Teacher talk matter? Journal of Research in Childhood Education, 22(1),17-37.
doi: 10.1080/02568540709594610

Vygosky, L. S. (1978). Mind in the Society: The Development of Higher


Psychological Process. Cambridge. MA: Harvard University Press.

Vygotsky, L. S. (1994). Tool and symbol in child development. In R. Van der Veer &
J. Valsiner (Eds.), The Vygotsky reader (pp. 99-174). Cambridge, MA:
Blackwell.

Vygotsky, L. S. (1997). The collected works of L.S. Vygotsky, Volume III: The
problems of the theory and history of psychology. New York, NY: Plenum.
140

Wegner, J. (2013). The application of second language acquisition theory to new


Testament Greek pedagogy. Liberty University: Spring.

Zakiah, M. A., Azlina, K., Yeo, K. J. (2013). Keperluan aktiviti bermain dan
kepentingannya terhadap motivasi kanak-kanak prasekolah, dibentang di
Seminar Kebangsaan Majlis Dekan 2012, Johor Bahru, 7-9 Oktober 2012.
Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Zalina, K., Mohd. H., & Mohd. M., (2016). Penggunaan peneguhan
positif : pujian dan token ekonomi untuk modifikasi tingkah laku murid
Pendidikan Khas ‘Slow Learner’. Retrieve From
https://ww.researchgate.net/publication/311105655

Zamri Mahamod. (2005). Penggunaan strategi pembelajaran bahasa untuk


Menguasai kemahiran membaca. Jurnal Teknologi, 42,1-18.
141

LAMPIRAN A

PROTOKOL TEMUBUAL

TAJUK KAJIAN :

STRATEGI INTERAKSI BERKESAN DI DALAM PENGAJARAN BAHASA


INGGERIS KANAK-KANAK PRASEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH

MAZNAH BINTI AHMAD


M20141000573
142

PROTOKOL TEMUBUAL

A. DEMOGRAFI

1. Latar belakang peserta kajian


• Nama guru :
• Umur :
• Jantina :
• Tempat bertugas :
• Pengalaman mengajar :
• Pengalaman mengajar Prasekolah :

2. Latar belakang Akademik

• Kelulusan tertinggi akademik :


• Kelulusan profesional / ikhtisas_ :
• Pengkhususan / opsyen :

3. Kursus / Bengkel / Seminar

• Pernah mengikuti kursus / bengkel/ seminar / berkenaan PdP Bahasa


Inggeris

• Senarai kursus yang pernah dihadiri


143

B. PENGETAHUAN TENTANG KURIKULUM STANDARD


PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

1. Bolehkah cikgu terangkan mengenai isi kandungan Kurikulum Standard


Prasekolah Kebangsaan (KSPK)?
• Boleh cikgu terangkan mengenai tunjang Komunikasi kurikulum
Bahasa Inggeris?

• Boleh cikgu jelaskan mengenai kandungan kurikulum Bahasa


Inggeris?

2. Apa yang cikgu faham tentang pengagihan masa Bahasa Inggeris dan
Bahasa Melayu mengikut KSPK?
• Boleh cikgu terangkan berapa minit masa seminggu yang
diperuntukkan untuk PdP Bahasa Inggeris?

• Boleh cikgu jelaskan dengan lebih lanjut mengenai pengagihan masa


untuk Bahasa Inggeris?

• Bagaimana cikgu melaksanakannya di kelas?


144

C. KEMAHIRAN GURU BERINTERAKSI DENGAN KANAK-KANAK

1. Adakah cikgu menggunakan Bahasa Inggeris semasa memberi arahan


walaupun bukan semasa PdP Bahasa Inggeris?
• Apakah perkataan atau ayat yang sering digunakan?

• Boleh cikgu ceritakan bagaimana respon kanak-kanak? Beri


beberapa contoh?

2. Adakah cikgu membiasakan kanak-kanak dengan penggunaan ayat mudah


dan frasa-frasa pendek?
• Adakah kanak-kanak dapat memahami dan bertindak balas semasa
berinteraksi dengan guru?

• Adakah kanak-kanak dapat meniru percakapan guru? Bagaimana?

• Adakah kanak-kanak cuba berinteraksi dengan guru menggunakan


Bahasa Inggeris?

• Kalau ya, apa tindakan cikgu?


145

D. STRATEGI INTERAKSI DI DALAM PdP BAHASA INGGERIS

v) Apakah strategi yang cikgu gunakan di dalam PdP Bahasa Inggeris


kanak-kanak prasekolah?
vi) Boleh cikgu terangkan bagaimana cikgu mengajar Bahasa Inggeris
kepada kanak-kanak?

vii) Bagaimana tindak balas kanak-kanak semasa PdP Bahasa Inggeris


dijalankan?

viii) Adakah kanak-kanak memahami Bahasa Inggeris?

ix) Selain daripada itu, apa yang cikgu lakukan dalam PdP Bahasa
Inggeris?

x) Adakah kanak-kanak suka mempelajari Bahasa Inggeris?


• Jika ya, mengapa? Jika tidak, mengapa?

• Apa reaksi kanak-kanak? Lagi?

xi) Adakah cikgu menggunakan bahan dan peralatan semasa PdP


Bahasa Inggeris dijalankan?
• Apakah bahan dan peralatan yang menarik minat kanak-kanak?

• Bagaimana cikgu menggunakannya?


146

• Adakah cikgu rasa penggunaan bahan dan peralatan penting dalam


PdP Bahasa Inggeris? Boleh cikgu jelaskan?

xii) Adakah cikgu menggunakan strategi interaksi berkesan semasa PdP


Bahasa Inggeris?
• Boleh cikgu jelaskan?

• Bagaimana caranya apabila cikgu ingin menerangkan sesuatu


kepada kanak-kanak?

• Bagaimana cikgu membantu kanak-kanak berinteraksi


menggunakan Bahasa Inggeris dengan cikgu?

• Pada pendapat cikgu, adakah strategi interaksi berkesan penting


dalam PdP Bahasa Inggeris?

E. RANGSANGAN DAN DORONGAN GURU KEPADA KANAK-KANAK

1. Bagaimana guru menggalakkan kanak-kanak berinteraksi?


• Adakah cikgu memberi peluang kanak-kanak berinteraksi? Secara
individu, kumpulan atau secara kelas?

• Bagaimana tindakan guru apabila kanak-kanak cuba berinteraksi?

• Apakah kata-kata peransang atau caranya memberi dorongan kepada


kanak-kanak supaya terus berinteraksi menggunakan Bahasa
Inggeris?
147

LAMPIRAN B1

PROTOKOL PEMERHATIAN PENGAJARAN

TAJUK KAJIAN

STRATEGI INTERAKSI BERKESAN DI DALAM PENGAJARAN BAHASA


INGGERIS KANAK-KANAK PRASEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH

MAZNAH BINTI AHMAD


M20141000573
148

SENARAI SEMAK PEMERHATIAN DI DALAM KELAS

NAMA GURU :
SEKOLAH :
TARIKH :
MASA :

A. PEMERHATIAN TERHADAP GURU

BIL PERKARA

1. Bagaimana cara guru memulakan pembelajaran untuk menarik minat


kanak-kanak?

2. Apakah guru menggunakan Bahasa Inggeris semasa berkomunikasi dengan


kanak-kanak?

3. Apakah strategi yang digunakan oleh guru semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP)?

4. Adakah strategi yang dijalankan itu berkesan?


149

5. Adakah guru yakin berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris?

6. Adakah guru menggunakan dwibahasa semasa di dalam PdP Bahasa


Inggeris? Kalau ya, bila?

7. Kenapa guru menggunakan dwibahasa semasa PdP Bahasa Inggeris?

6. Adakah guru bertanya kanak-kanak menggunakan Bahasa Inggeris?


Bagaimana respon kanak-kanak?

7. Selain daripada PdP Bahasa Inggeris, adakah guru berinteraksi


menggunakan Bahasa Inggeris semasa di dalam slot PdP yang lain?
Bagaimana respon kanak-kanak?

8. Bagaimana tindakan guru apabila kanak-kanak cuba memberi respon


semasa PdP?

8. Adakah guru menggunakan kata-kata penghargaan atau pujian apabila


kanak-kanak berjaya menjawab soalan? Senaraikan kata-kata penghargaan
yang digunakan.
150

9. Adakah guru menggunakan body language untuk menerangkan sesuatu


kepada kanak-kanak? Bagaimanakah caranya?

10. Bagaimana penggunaan body language boleh memberi kesan terhadap


pemahaman kanak-kanak?

11. Bagaimana penggunaan bahan bantu mengajar membantu kanak-kanak


memahami Bahasa Inggeris?

12. Bagaimana penggunaan bahan bantu mengajar dapat merangsang deria


kanak-kanak?

13. Adakah guru banyak memberi peluang kepada kanak-kanak untuk


berinteraksi? Bagaimana caranya?

14. Bila guru memberi peluang kanak-kanak berinteraksi dengan guru atau
dengan rakan-rakan?
151

15. Apa tindakan guru apabila kanak-kanak cuba berinteraksi menggunakan


Bahasa Inggeris?

16. Apakah jenis rangsangan yang sangat menggalakkan kanak-kanak untuk


berinteraksi menggunakan Bahasa Inggeris?

17. Adakah guru menggunakan masa yang sesuai yang diperuntukkan untuk
PdP Bahasa Inggeris?

18. Adakah guru membuat pengagihan masa sebanyak 600 minit seminggu
mengikut kehendak KSPK?
152

LAMPIRAN B2

PROTOKOL PEMERHATIAN

PEMERHATIAN TERHADAP KANAK-KANAK

BIL PERKARA

1. Adakah kanak-kanak gembira dan memberi kerjasama semasa PdP


dijalankan?

2. Bagaimana tindakan kanak-kanak yang memahami perkara yang


dicakapkan oleh guru?

3. Adakah kanak-kanak cuba menjawab soalan yang dikemukakan oleh


guru?

4. Adakah kanak-kanak bertindakbalas apabila guru bertanyakan soalan?


Bagaimana reaksi kanak-kanak?

5. Adakah kanak-kanak berkomunikasi dengan guru? Bagaimana cara


kanak-kanak berkomunikasi dengan guru?
153

6. Adakah kanak-kanak berinteraksi menggunakan Bahasa Inggeris dengan


guru tanpa bantuan oleh guru?

7. Adakah kanak-kanak berinteraksi secara spontan menggunakan Bahasa


Inggeris?

8. Adakah kanak-kanak dapat memberi pendapat semasa PdP dijalankan?


Bagaimana kanak-kanak memberi pendapat mereka?

9. Bagaimana reaksi kanak-kanak apabila guru memberi pujian?


LAMPIRAN C
155

LAMPIRAN D
156

LAMPIRAN E

TRANSKRIP TEMU BUAL

RD(2)I-tarikh

Q : Assalamualaikum, Cikgu Normi?

RD : Waalaikumussalam w.b.r.t.

Q : Cikgu Normi ni dah berapa tahun mengajar ni?

RD : Bagi maklumat Cikgu Maznah la, saya dah mengajar selama 20 tahun sebagai guru biasa
la dan mula berjinak-jinak dengan pra dah masuk 13 tahun la.

Q : Cikgu Normi pun dah pernah pergi kursus yang berkaitan dengan Bahasa Inggeris kan?

RD : A’ah, ya.

Q : Baik, apakah kursus ni?

RD : Kursus yang saya hadir ni berkaitan dengan kursus profesionalisme Bahasa Inggeris
anjuran JPN dan PPD la.

Q : Baik, oke… saya interview sikit ya cikgu Normi? Bagaimana tentang Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan iaitu KSPK ? Bolehkah cikgu terangkan mengenai isi kandungan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ni?

RD : Baik, untuk makluman Cikgu Maznah la, setakat yang saya faham tentang Kurikulum
Prasekolah ni, ia mengandungi empat kemahiran iaitu listening, reading, speaking dan writing
la… iaitu tunjang bahasan dan komunikasi la.

Q : Oke, boleh cikgu jelaskan kandungan kurikulum.

RD : Kandungan ia seperti yang saya nyatakan di atas iaitu mempunyai empat kemahiran…
listening, reading, speaking dan writing.

Q : Oke, apa yang cikgu faham tentang pengagihan masa Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
mengikuti KSPK?

RD : Oke, apa yang saya faham dalam KSPK… Bahasa Inggeris yang ditentukan ialah 90
minit.

Q : Oke, bagaimana cikgu jelaskan dengan lebih lanjut mengenai pengagihan masa untuk
Bahasa Inggeris?

RD : Pengagihan masa tu dia mengandungi 600 minit yang disepadukan dengan tunjang-
tunjang yang lain la… maksudnya, dia selit-selitkan supaya lebih menarik murid la.
157

Q : Oke, bagaimana cikgu melaksankannya di kelas?

RD : Selalunya saya gunakan dalam masa pdp la… dan juga, di luar pdp la.

Q : Oke, adakah cikgu menggunakan Bahasa Inggeris semasa memberi arahan walaupun
bukan semasa pdp Bahasa Inggeris?

RD : Selalunya, saya gunakan sebab saya nak bagi murid lebih faham… contohnya, yang
paling ringkas la kan… supaya sekarang ni kita dah tau dah BI tu Bahasa Inggeris tu lebih
penting sama dengan Bahasa Melayu la.

Q : Oke, apakah perkataan atau ayat yang sering cikgu gunakan?

RD : Selalunya saya gunakan perkataan-perkataan yang mudah la, contohnya… how are you,
sit down, sit down properly, keep quiet, put up your hand, put down your hand..

Q : Oke, boleh cikgu ceritakan bagaimana respon kanak-kanak?

RD : Aaaa… setakat ni, apa yang saya gunakan tu saya mendapat feedback yang baik la
daripada murid… so, dia orang lebih memahami arahan… kemudian, dia orang dapat
bertindak balas mengikut apa yang saya nakkan..

Q : Oke, beri contoh… boleh cikgu berikan contoh? Apa kanak-kanak tu buat masa cikgu
menggunakan perkataan-perkataan tu?

RD : Selalunya, kalau kita bagi arahan tu, maksud dia… dia orang akan ikut la..

Q : Baik, adakah cikgu membiasakan kanak-kanak ni dengan penggunaan ayat-ayat mudah


dan frasa-frasa pendek?

RD : Ya, saya gunakan supaya murid lebih faham, kemudian dia orang dapat berinteraksi
dengan kawan yang lain la.

Q : Adakah mereka faham dan bertindak balas semasa berinteraksi dengan guru?

RD : Setakat ni, saya mungkin budak bandar… jadi, mungkin setengah tu di rumah dah dia
orang guna Bahasa Inggeris, jadi dia orang dapat mengulangi percakapan guru pada rakan
yang lain la.

Q : Oke, adakah kanak-kanak ni cuba meniru percakapan guru?

RD : Ya. Yang tu semestinya.

Q : Oke, bagaimana keadaannya?

RD : Selalunya, contohnya kalau kita bagi arahan, jangan sentuh tu, dia orang akan lakukan
la pada murid yang lain… don’t disturb, don’t touch… macam tu la dia orang bagi arahan
pada kawan-kawan yang lain… keep quiet… aaa… macam tu la.

Q : Oke, adakah kanak-kanak ni cuba berkomunikasi dengan guru menggunakan Bahasa


Inggeris?
158

RD : Aaaa… kadang-kadang dia orang berkomunikasi la dengan saya… contohnya, aaa… dia
orang nak pergi ke tandas, dia orang akan mintak dalam Bahasa Inggeris la… ok, contoh dia…
teacher, may I go to washroom?..

Q : Apa tindakan guru? Apa tindakan cikgu?

RD : Selalunya, kalau murid yang bagi dalam ayat Bahasa Inggeris tu, selalunya saya akan
cakap good la… kemudian, saya bagi pujian ataupun saya bagi penghargaan la.

Q : Baik, oke… sekarang ni saya akan bertanya mengenai strategi interaksi di dalam kelas
kan? Oke, apakah strategi yang cikgu gunakan dalam pdp Bahasa Inggeris?

RD : Oke, dalam pdp Bahasa Inggeris, selalunya dalam kelas ni kita tengok murid tu ada
pelbagai kecerdasan… jadi, tak semua murid faham dalam Bahasa Inggeris… jadi, saya
terpaksa guna dwibahasa la… contoh-contohnya ayat yang susah la… ayat yang simple, easy,
senang la boleh faham kan.

Q : Oke, boleh cikgu terangkan bagaimana cikgu mengajar Bahasa Inggeris ni kepada kanak-
kanak? Bagaimana cikgu nak terangkan kepada kanak-kanak yang merupakan bahasa yang
tidak biasa dengan Bahasa Inggeris ni?

RD : Biasanya kita galakkan la dia orang… kita galakkan dia orang juga untuk gunakan
Bahasa Inggeris walaupun dia orang tak minat, tapi guna perkataan yang simple-simple, lama-
lama secara tidak langsung dia akan menarik minat dia orang la.

Q : Kebiasaannya, apakah tindak balas kanak-kanak ni semasa pdp Bahasa Inggeris


dijalankan?

RD : Aaaa… memberi respon yang baik la… setakat ni, memberi respon yang baik la.

Q : Jadi, aaa… kanak-kanak prasekolah ni memahami Bahasa Inggeris?

RD : Setakat ni, kalau murid yang dia orang daripada background keluarga yang… orang kata,
aaa… education dia tinggi, selalunya dia faham la… kecuali, daripada background yang
rendah kan… tu la.

Q : Baik, selain daripada menggunakan strategi yang cikgu nyatakan tu, apakah lagi yang
cikgu lakukan?

RD : Selalunya untuk bagi murid faham ni, kita buat dalam bentuk nyanyian ke, kemudian kita...
rhymes ke… poem ke… macam tu la.

Q : Oke, adakah kanak-kanak ni suka mempelajari Bahasa Inggeris semasa dalam


pemerhatian cikgu?

RD : Saya tengok setakat ni, saya tengok murid saya la, dia orang suka la daripada belajar
Bahasa Inggeris ni.

Q : Mengapa?
159

RD : Mungkin saya rasa ada setengah keluarga dia mungkin keluarga yang educated, jadi…
mungkin benda tu dah diserap daripada rumah kan… jadi, kita belajar di sekolah tu, mengajar
di sekolah secara tak langsung dia orang rasa seronok sangat-sangat.

Q : Jadi, reaksi kanak-kanak pun…

RD : Yes, setakat ni reaksi kanak-kanak…

Q : Memberangsangkan la.

RD : Menggalakkan la.

Q : Mmm… bagaimana cikgu merangsang deria kanak-kanak semasa pdp?

RD : Selalunya, saya gunakan teknik soal jawab la… saya pamerkan gambar, saya tanyakan
dia orang, kemudian… ataupun saya pasang CD agar dia orang lebih faham la… macam tu la
cara dia.

Q : Bagaimana pula cara untuk merangsang kemahiran mendengar kanak-kanak?

RD : Oke, kemahiran mendengar kanak-kanak… selalunya, saya pasang dalam pita rakaman,
kemudian kita akan tanya balik apa yang dia orang dengar… kemudian dia orang… ataupun,
dia orang ajukkan semula… macam tu la kita buat..

Q : Oke, bagaimana dengan kemahiran membaca dan menulis?

RD : Aaaa… setakat ni, kalau ikut murid saya tu ada yang dah boleh baca dah… kalau murid
yang enam tahun tu ada yang boleh baca dah… simple-simple la… ayat-ayat mudah la..

Q : Oke, bagaimana pula cara untuk merangsang kanak-kanak tu bertutur dan berkomunikasi?

RD : Itupun macam kita galakkan dia orang melalui soal jawab tu la, gambar tu tadi… ataupun
kita bagi objek yang dipamerkan kat depan, dia orang akan berbual tentang apa yang kita
pamerkan kat depan tu… macam tu je la kita buat..

Q : Adakah cikgu menggunakan body language untuk memahamkan kanak-kanak ni?

RD : Body language tu penting… sebab tanpa body language tu, takkan faham… haaa.. yang
itu memang penting… sebab melalui mimik muka kita secara tak langsung, murid itu lebih
memahami kita..

Q : Oke, boleh cikgu terangkan bagaimana caranya cikgu nak lakukan tu?

RD : Selalunya, kalau contoh bagi arahan keep quiet tu, kita letak jarikat bibir tu, maksudnya
dia orang dah tau dah maksudnya keep quiet… kalau macam ni dia orang akan senyap la..

Q : Adakah cikgu rasa body language ni penting untuk pemahaman kanak-kanak?

RD : Ya, amat penting… tanpa body language, murid takkan faham apa yang cikgu berikan..

Q : Oke, adakah cikgu menggunakan bahan-bahan atau peralatan semasa pdp Bahasa
Inggeris?
160

RD : Yes, untuk menyeronokkan lagi… selain itu, kita kena guna la alatan bbm yang lain la..

Q : Apakah bahan-bahan dan peralatan yang menarik minat kanak-kanak?

RD : Setakat ni, saya tengok murid saya melalui pita rakaman la… kadang-kadang saya pasang
slide ke… ataupun saya pasang Cd ke… saya nampak dia merangsangkan pemikiran dia
orang… selalunya saya pasang macam Go! Go! la..

Q : Maksudnya, cikgu menggunakan Cd?

RD : Ya, Cd.

Q : Adakah cikgu rasa penggunaan bahan atau peralatan seperti Cd tu penting untuk
pemahaman?

RD : Penting sangat-sangat… kadang-kadang kita pasangkan cerita-cerita atau pita rakaman


yang cerita pendek ke, ataupun contohnya Go! Go! la… aaaa… situ ada la simple English…
jadi, murid boleh belajar daripada situ la..

Q : Baik, Cikgu Normi… adakah cikgu menggunakan strategi interaksi berkesan semasa pdp
Bahasa Inggeris?

RD : Ya, setakat ni saya guna… sebab contoh, selain daripada Cd, saya menggunakan simulasi
yang lain-lain la… puppet ke… tu teknik penyoalan la agar murid lebih faham la..

Q : Oke, bagaimana cara cikgu ingin menerangkan sesuatu kepada kanak-kanak?

RD : Saya selalunya beri melalui cerita pendek… secara cerita pendek ataupun melalui dalam
perkataan mudah, kemudian saya bacakan, kemudian minta murid ulang balik apa yang saya
bagi tu, kemudian dia orang bertindak balas balik… rangsangan balik apa dia… translate
balik..

Q : Oke, bagaimana pula kalau untuk membantu kanak-kanak tu berkomunikasi dalam Bahasa
Inggeris dengan guru?

RD : Aaaaa… yang tu kita kena beri latih tubi la… sebab tanpa latih tubi, murid tak akan
faham… perlu latih tubi walaupun sekejap, walaupun sedikit, perlu latih tubi… kemudian,
rangsangan guru amat penting la agar murid lebih memahami la..

Q : Oke, dan akhir sekali cikgu. Adakah strategi interaksi berkesan ni penting dalam pdp
Bahasa Inggeris?

RD : Yes! Strategi amat penting dalam pdp Bahasa Inggeris… sebab dengan adanya strategi
yang berkesan, murid akan lebih seronok untuk belajar Bahasa Inggeris.

Q : Oke, terima kasih Cikgu Normi.

RD : Oke, sama-sama… terima kasih.


161

LAMPIRAN F
162
163
164
165
166
167
168
169
170
171
172

You might also like