You are on page 1of 14

UNITAR INTERNATIONAL UNIVERSITY MASTER OF EDUCATION PROGRAMMES

ESEM5143 TECHNOLOGY IN EDUCATION


INTERACTIVE WHITEBOARD

NAME

: MD FAIZAZUL BAHREEN NIZAM B. MD TAIB

IC NUMBER

: 860919-49-6321

MATRIX NUMBER

: KS1210MD0112

ASSOC. PROF. DR. TENGKU SHAHROM TENGKU SHAHDAN PENSYARAH UNITAR INTERNATIONAL UNIVERSITY

[PAPAN PUTIH INTERAKTIF (INTERACTIVE WHITEBOARD)] ESEM5143 PENGENALAN SMART telah memperkenalkan papan putih SMART Board interaktif yang pertama pada tahun 1991. Ia mempunyai skrin sentuh terkawal yang bekerja dengan sebuah projektor dan komputer. Projektor berfungsi meletakkan imej pada destop komputer ke atas papan putih interaktif yang bertindak sebagai memantau dan peranti input. pengguna boleh menulis di atas papan putih interaktif dengan dakwat digital atau menggunakan jari. Ia adalah sama seperti mengawal aplikasi computer dengan menunjuk, mengklik dan mengheret dengan menggunakan tetikus. Terdapat juga butang yang digunakan untuk memulakan popup papan kekunci dan menu kanan pada klik tetikus untuk pelbagai pilihan input yang lain.

Komponen-komponen yang berkaitan dihubungkan menerusi kabel USB, atau disambungkan bersiri di antara sebuah projector, computer imej projek dan Smart Board atau disambungkan teris melalui wireless. Smart Board menerima sentuhan input daripada jari, pen atau odjek padu. Setiap hubungan tersebut ditafsirkan oleh Smart Board sebagai klik kiri daripada tetikus. Papan Putih Interaktif ini hadir dalam dua bentuk. Antaranya ialah model front-projection dan rear-projection.

Papan Putih Interaktif paparan hadapan mempunyai paparan video yang berada di bahagian hadapan papan putih. Kelemahan rekaan ini adalah pengguna atau penyampai yang berdiri di bahagian hadapan papan putih tersebut mesti mahir menempatkan lengan semasa menggunakan papan putih untuk mengelakkan pembentukan bayang-bayang dan menutup sebahagian bahan yang dipaparkan. Papan Putih Interaktif paparan belakang menempatkan projektor pada bahagian belakang untuk mengelakkan wujudnya bayang-bayang daripada pengguna. Rekaan ini juga dapat mengelakkan guru atau penyampai melihat terus ke arah lampu projektor semasa mengajar seperti rekaan Papan Putih Interaktif paparan hadapan. Walau bagaimanapun, rekaan ini mempunyai harga yang lebih mahal berbanding Papan Putih Interaktif paparan hadapan dan saiznya juga kelihatan lebih besar serta sukar untuk diletakkan pada dinding.

[PAPAN PUTIH INTERAKTIF (INTERACTIVE WHITEBOARD)] ESEM5143 Teknologi ini memberikan banyak faedah kepada para guru daripada banyak segi. Antara kelebihan menggunakan teknologi interaktif seperti Smart Board termasuklah penetapan gaya pembelajaran yang berbeza. Ia boleh digunakan oleh pelajar yang mempunyai kemahiran motor terhad. Halaman-halaman tertentu boleh disimpan, dicetak, di e-mail atau dimuat naik ke laman web. Tanpa penggunaan Smart Board, guru hanya memberikan nota berbentuk Power Point, perlu meninggalkan sebarang nota berdasarkan komen yang dibuat pada waktu kelas. Saya membayangkan penggunaan Smart Board menjadi popular di sekolah. Pelajar semestinya akan teruja untuk berinteraksi dengan teknologi semasa memahami kandungan pengajaran serta menjawab soalan-soalan yang disediakan.

Pembelajaran melalui Papan Putih Interaktif merupakan sejenis proses pembelajaran yang baru selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar yang celik ilmu dalam bidang ICT. Teknologi ini dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran kerana proses Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan dapat menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif kerana papan putih ini dapat disentuh dan digunakan secara maksima untuk aplikasi proses pengajaran dan pembelajaran.

Pelbagai jenis aksesori yang terdapat dalam set Papan Putih Interaktif:

Pendiri Boleh Laras (Mobile Stand) membolehkan papan putih diletakkan di ruangan yang sesuai di dalam bilik dan boleh dilaraskan mengikut kesesuaian pengguna. Ketinggian papan putih boleh diubah mengikut kemahuan penggunanya.

Sistem Tindak Balas Pengguna (Personal Response System) membolehkan pelajar menjawab soalan ujian yang dipaparkan pada papan putih. Pencetak (Printer) membolehkan nota yang dipaparkan pada skrin papan putih dicetak terus. Alat Kawalan Jauh (Remote control) membolehkan pengguna mengawal aktiviti pada skrin papan putih daripada mana-mana sudut di dalam bilik. Alatan sesentuh (tablet) membolehkan pelajar mengawal papan putih dari jauh iaitu pada bahagian hadapan skrin papan putih. Alat paparan Video (Video projector) membolehkan sesebuah computer memaparkan paparan video terus ke skrin papan putih.
3

[PAPAN PUTIH INTERAKTIF (INTERACTIVE WHITEBOARD)] ESEM5143

Unit tanpa wayar (wireless unit) membolehkan papan putih interaktif digunakan melalui komputer tanpa penggunaan wayar. Contohnya, menerusi penggunaan alat Bluetooth.

[PAPAN PUTIH INTERAKTIF (INTERACTIVE WHITEBOARD)] ESEM5143 KEKUATAN ALAT PAPAN PUTIH INTERAKTIF (INTERACTIVE WHITEBOARD) 1. Amat sesuai bagi pelajar dan murid kerana mereka sangat suka akan benda yang interaktif dan menyeronokkan terutamanya murid-murid sekolah rendah dan pra sekolah. 2. Guru mudah untuk menerangkan dan menunjukkan sesuatu dengan jelas menerusi aktiviti-aktiviti hands-on. 3. Alat ini boleh mengajar murid untuk lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan alat dan kerja-kerja yang diberikan kerana setiap murid akan dianalisis penglibatannya melalui sistem yang tersedia di dalam Papan Putih Interaktif. 4. Murid dan pelajar lebih terdedah terhadap perkembangan dan penggunaan teknologi terkini. 5. Murid dan pelajar didedahkan terhadap dunia permainan pendidikan di skala yang besar. 6. Papan Putih Interaktif boleh digunakan oleh guru untuk semua mata pelajaran yang ada. 7. Alatan ini mudah digunakan oleh guru dan murid. 8. Menyediakan semua gaya pembelajaran yang sesuai untuk semua lapisan murid dan pelajar. 9. Sesuai untuk kegunaan semua tahap umur dan kepandaian. KELEMAHAN ALAT PAPAN PUTIH INTERAKTIF (INTERACTIVE WHITEBOARD) 1. Pelajar dan murid mungkin boleh kehilangan motivasi diri jika terlalu bergantung dengan alatan ini. Mereka mungkin tidak mampu lagi untuk belajar melalui pendekatan tradisional jika terlalu asyik menggunakan alatan ini. 2. Masalah terlalu banyak penyambungan wayar di dalam bilik darjah. 3. Ada masanya sukar untuk mengawal murid atau pelajar yang akan mengganggu proses pengajaran kerana adanya alat kawalan jauh untuk murid. 4. Mengambil masa yang agak lama untuk mengemaskan semua alatan Papan Putih Interaktif jika hendak dibawa ke tempat lain. 5. Harga yang agak mahal untuk diperolehi untuk semua sekolah terutamanya sekolahsekolah kecil.
5

[PAPAN PUTIH INTERAKTIF (INTERACTIVE WHITEBOARD)] ESEM5143

PENGGUNAAN PAPAN PUTIH INTERAKTIF

Papan Putih Interaktif ini digunakan untuk pelbagai tujuan dan biasanya digunakan di bilik darjah untuk semua peringkat pendidikan, di bilik-bilik mesyuarat sesebuah syarikat, di bilik latihan untuk kegunaan latihan professional bagi semua sukan dan juga digunakan di studiostudio penyiaran. Ciri-ciri penggunaan yang terdapat pada sesebuah adalah seperti berikut:

Software yang membolehkan Papan Putih Interaktif digunakan untuk pelbagai tujuan. Contohnya, web browsers.

Menangkap dan menyimpan nota-nota yang tertulis pada papan putih ke komputer yang disambungkan.

Menangkap dan menyimpan nota bertulis daripada alat grafik lain yang disambungkan ke papan putih.

Mengawal komputer melalui papan putih dengan menggunakan deria sentuh dan program yang dipaparkan pada papan putih.

Contoh yang terdekat adalah penggunaan alat ini di dalam kebanyakan bilik darjah, Papan Putih Interaktif telah menggantikan papan putih biasa atau sistem media lain yang biasanya digunakan sebelum ini. Sesetengah keluaran Papan Putih Interaktif juga dilengkapi Sistem Respon Pengguna di mana sistem ini menggunakan pacaran radio. Contohnya, jika seseorang guru ingin melakukan aktiviti kuiz dalam pengajarannya. Semua pelajar boleh menjawab dan jawapan mereka secara terus akan dianalisis menerusi system tersebut. Melalui sistem ini, guru boleh menyampaikan pengajarannya dengan sistematik dan menerima respon daripada pelajar terutamanya untuk menilai perkembangan pelajar semasa proses pengajaran. Teknologi ini mampu memberi kesan positif terhadap pemahaman pelajar kerana ia mampu menarik minat pelajar dengan gambaran yang lebih realistik. Penggunaan Papan Putih Interaktif ini bukan hanya melibatkan pengajar menyampaikan sesuatu, tetapi ia lebih kepada pengajar dan pelajar saling berinteraksi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan berharga. Tambahan pula dalam
6

[PAPAN PUTIH INTERAKTIF (INTERACTIVE WHITEBOARD)] ESEM5143 kebanyakan subjek di sekolah terutamanya subjek-subjek di sekolah menengah yang mengandungi banyak intipati kompleks yang memerlukan penghuraian ke dalam bentuk yang lebih mudah dan senang difahami. Teknologi ini mampu memberikan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Ia membolehkan guru atau pengajar memberikan maklumat dalam cara berbeza dan idealistik serta memupuk pelajar berfikir di luar kotak.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Papan Putih Interaktif (Interactive Whiteboard) ini adalah alatan yang sangat baik dan mudah digunakan oleh guru dan murid. Alatan ini sangat sesuai untuk digunakan dalam dunia teknologi tanpa sempanan masa kini. Walaupun terdapat sedikit kelemahan terhadap teknologi ini, kelemahan itu masih tidak mampu untuk menggugat kegagahan dan kemampuan teknologi dalam membantu guru dan murid untuk belajar dengan lebih efisien dan berkesan. Guru-guru boleh memanfaatkan teknologi ini untuk mencipta gaya pembelajaran dan kaedah mengajar yang baharu yang mana lebih berkesan demi memperkembangkan lagi potensi murid dan pelajar. Disamping itu juga, melalui penggunaan teknologi ini, murid dan pelajar terdedah untuk berfikiran terbuka dan lebih kreatif dalam menguasai ilmu yang diberikan oleh guru. Aktiviti-aktiviti hands-on yang diberikan oleh guru member peluang kepada murid dan pelajar meneroka sendiri ilmu yang diajar menggunakan teknologi canggih seperti ini. Dengan pembinaan permainan dan aktiviti kepada pelajar teknologi ini mampu menimbulkan keadaan bilik darjah yang seronok seterusnya meningkatkan keinginan mereka untuk belajar. Ini merupakan cara terbaik untuk menumpukan fokus pelajar. Walaupun teknologi ini sangat menarik dan berguna, aplikasi ini masih tidak mampu dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah di Malaysia. Diharapkan agar Papan Putih Interaktif ini dapat digunakan secara meluas di setiap sekolah di Malaysia secepat mungkin tanpa mengira tempat, bangsa, dan tahap pelajar dan murid.

[PAPAN PUTIH INTERAKTIF (INTERACTIVE WHITEBOARD)] ESEM5143

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MENGGUNAKAN INTERACTIVE WHITEBOARD

Kelas Hari Masa Jumlah murid Subjek Tajuk Standard Pembelajaran Objektif

: 2 Rafflesia : Khamis : 8:00 8:30 pagi : 20 orang : Matematik : Bentuk

: 9.1 Mengenal pasti bentuk tiga dimensi (3D) : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Menamakan bentuk kuboid, kubus, kon, piramid tapak segiempat sama, silinder dan sfera.

EMK Pembelajaran lepas

: Kreatif dan Inovasi : Murid telah mengetahui bentuk-bentuk dua dimensi (2D)

Alat Bantu Mengajar : Papan Putih Interaktif (SMART Board)

[PAPAN PUTIH INTERAKTIF (INTERACTIVE WHITEBOARD)] ESEM5143 FASA Kandungan Guru menunjukkan gambar beberapa objek pada Papan Putih Interaktif. Set Induksi (2 minit) (kotak tisu, dadu, ais krim, tin minuman, bola sepak dan nasi lemak) Aktiviti Bertanyakan kepada murid mengenai gambar tersebut. Tanya kepada murid tentang bentuk bagi setiap objek tersebut. Jelaskan bahawa murid akan belajar mengenai bentuk 3-D pada hari ini. Paparkan bentukbentuk 3D. (kubus, Langkah 1 (5 minit) kuboid, piramid, kon, silinder dan sfera) Paparkan contoh lain bagi setiap bentuk. Guru memaparkan pelbagai bentuk 2D dan 3D secara rawak pada skrin Papan Putih Interaktif dan Langkah 2 (10 minit) meminta setiap murid membulatkan hanya bentuk 3D yang telah dipelajari. Setiap murid dikehendaki untuk mewarnakan bentuk yang dijumpai. Guru member setiap murid sehelai kertas putih A4. Guru memaparkan nama bagi semua bentuk 3D yang telah dipelajari.
9

Catatan Kaedah soal jawab

Perkenalkan nama-nama bentuk 3-D dan jelaskan makna 3 dimensi berpandukan bentukbentuk tersebut.

Permainan Mencari Bentuk.

Aktiviti Individu

Latihan Bertulis Penilaian (10 minit)

Penilaian Individu

[PAPAN PUTIH INTERAKTIF (INTERACTIVE WHITEBOARD)] ESEM5143 Guru meminta setiap murid memilih hanya 3 bentuk mengikut kehendak mereka sendiri untuk dilukis di atas kertas A4 tersebut dan warnakan bentuk itu serta menamakan bentuk yang telah dipilih pada sebelah bawah. Guru bertanyakan tentang bentuk 3D yang telah dipelajari yang terdapat di dalam bilik darjah. (Contohnya, kotak pensel, Penutup (3 minit) pemadam getah dan botol minuman) Guru menyimpulkan bahawa bentuk-bentuk 3D yang telah dipelajari boleh dilihat di sekeliling mereka.

Kesimpulan isi pembelajaran

10

[PAPAN PUTIH INTERAKTIF (INTERACTIVE WHITEBOARD)] ESEM5143 Sumber Rujukan

Kuroneko, K. (2008). SMART Board - Pros and Cons of Using a Digital, Interactive Whiteboard (In the Classroom). http://ezinearticles.com/?SMART-Board---Pros-andCons-of-Using-a-Digital,-Interactive-Whiteboard-(In-the-Classroom)&id=1399407. Muat turun pada 4 Mac 2013.

Northcote, M., Mildenhall, P., Marshall, L. & Swan, P. (2010). Interactive whiteboards: Interactive or just whiteboards?. Australasian Journal of Educational Technology. 26(4), 494-510.

SMART,

Tech.

(2013).

SMART

Board

600

Series

Interactive

Whiteboard.

http://smarttech.com/us/Solutions/Education+Solutions/Products+for+education/Inter active+whiteboards+and+displays/SMART+Board+interactive+whiteboards/600+for +education. Muat turun pada 25 Februari 2013.

Wikipedia (2013). Interactive Whiteboard. http://en.wikipedia.org/wiki/Interactive_whiteboard. Muat turun pada 25 Februari 2013.

11

[PAPAN PUTIH INTERAKTIF (INTERACTIVE WHITEBOARD)] ESEM5143 LAMPIRAN

12

[PAPAN PUTIH INTERAKTIF (INTERACTIVE WHITEBOARD)] ESEM5143

13

[PAPAN PUTIH INTERAKTIF (INTERACTIVE WHITEBOARD)] ESEM5143

14

You might also like