You are on page 1of 26

KAJIAN ETNOGRAFI /

ETHNOGRAPHIC DESIGNS

PENSYARAH :
Prof Dr Ruhizan Mohd Yasin
Dr Fariza Khalid

P120731 : Amirudin bin Abdul Kassim


P119686 : Khadijah Iman binti Azmi
Ethnos :

● perkataan Greek yang bermaksud


manusia, bangsa atau budaya.

PENGENALAN Graphy :

● menurut Agar (1986) dalam Sabitha


Marican (2005), “graphy” bermaksud
penjelasan mengenai sesuatu.
ETNOGRAFI.

● Menurut Cresswell (2005), etnografi merupakan satu bentuk kajian yang


praktikal untuk mengkaji suatu kelompok atau kumpulan tertentu seperti
pendidikan, kepercayaan, tingkah laku dan bahasa.

● Menurut Gay (2003), etnografi merupakan kajian yang menghuraikan dan


menganalisis sesuatu atau sebahagian daripada kebudayaan serta komuniti
dengan mengenalpasti dan menghuraikan kepercayaan dan amalan harian
responden.
HASIL PEMBELAJARAN.

1. Mentakrifkan kajian etnografi dan menerangkan bila untuk menggunakan


kajian ini.
2. Mengenalpasti tiga jenis kajian etnografi.
3. Menyenaraikan ciri-ciri kajian etnografi.
4. Mengenalpasti potensi isu-isu etika semasa menjalankan kajian etnografi.
5. Menyatakan langkah-langkah semasa menjalankan kajian etnografi.
APA ITU KAJIAN ETNOGRAFI?

● Kajian Etnografi ialah prosedur kajian kualitatif untuk menghuraikan,


menganalisis dan mentafsir bentuk “culture-sharing” seperti tingkah laku,
kepercayaan, bahasa, ekonomi, struktur politik dan kehidupan.

● Pengkaji perlu meluangkan masa di lapangan untuk menemu bual,


memantau dan mengumpul dokumen-dokumen bagi memahami “culture-
sharing” mereka.

Creswell (2005)
BILA PENGKAJI SESUAI MENGGUNAKAN
KAJIAN ETNOGRAFI?

● Mengkaji kumpulan yang memberikan pemahaman tentang isu yang besar.

● Apabila pengkaji mempunyai capaian jangka masa panjang dalam


kumpulan budaya tertentu (culture-sharing).

Creswell (2005)
APAKAH TUJUAN KAJIAN ETNOGRAFI?

● Memahami isu yang dikaji itu


daripada perspektif kumpulan ● Menambah pengetahuan
atau budaya tersebut. mengenai sesuatu budaya atau
mengenalpasti corak interaksi
sosial.

● Membangunkan satu
penafsiran yang menyeluruh
terhadap sesuatu masyarakat
atau institusi sosial.
Sabitha Marican (2005)
JENIS-JENIS ETNOGRAFI.
BIL JENIS ETNOGRAFI KETERANGAN

1. Etnografi realis Objektifnya ditulis secara saintifik.

2. Etnografi pengakuan Laporan pengalaman kerja ahli etnografi di lapangan.

3. Etnografi sejarah Kajian terhadap seorang individu yang berada dalam konteks budayanya.
hidup

4. Etnografi auto Satu refleksi kendiri daripada penelitian oleh individu bagi satu kumpulan budaya.

5. Etnografi mikro Kajian yang berfokus kepada satu aspek tertentu kumpulan budaya.

6. Etnografi kajian kes Analisis satu kajian kes : perseorangan, peristiwa, aktiviti atau proses.

7. Etnografi kritikal Kajian terhadap isu sosial seperti jantina, status quo, kekuasaan dan hak.

8. Etnografi pasca Kajian yang ditulis untuk mencabar masalah-masalah dalam masyarakat.
moden

9. Etnografi novel Penulisan fiksyen yang berfokus kepada aspek kebudayaan sesuatu kumpulan.

10. Etnografi feminis Satu penyelidikan terhadap wanita dan amalan budaya yang menghalang kuasa dan
3 JENIS KAJIAN ETNOGRAFI YANG KETARA.

Etnografi realis

Etnografi kajian kes

Etnografi kritikal
Etnografi realis
● Pengkaji menulis kajian sebagai
pihak ketiga yang tidak berat
sebelah kepada mana-mana pihak.

● Melaporkan data dalam gaya


pengukuran yang tidak tercemar
● Melaporkan secara objektif dengan hal peribadi atau matlamat
terhadap maklumat yang politik.
diperoleh daripada peserta di ● Pengkaji menyediakan maklumat
lapangan. secara terperinci tentang kehidupan
seharian subjek kajian yang dikaji dan
menggunakan kategori yang standard
bagi perihal budaya, contohnya :
- kehidupan keluarga, kehidupan
kerjaya dan rangkaian sosial.
Etnografi kajian kes

Kajian kes ialah penerokaan secara mendalam tentang sesuatu sistem yang terikat (contoh : aktiviti,
peristiwa, proses atau individu) berdasarkan pengumpulan data yang menyeluruh. (Creswell, 2007)

● Kajian ini boleh dijalankan kepada seorang individu, beberapa individu berasingan
atau di dalam satu kumpulan, program atau aktiviti.

● Boleh mewakili proses yang terdiri daripada beberapa siri langkah yang membentuk
rentetan aktiviti. Contoh : proses kurikulum di sekolah.

● Pengkaji mendapatkan pemahaman mendalam tentang kajian kes dengan


mengumpul pelbagai bentuk data. Contoh : gambar, buku skrap, pita video dan
email).
Jenis Etnografi Kajian Kes

Intrinsic Case Instrumental Case


(Kes dalaman) (Kes Instrumental)

- Jenis ini dipilih kerana - Kajian isu spesifik, satu


kes itu sendiri adalah kes atau beberapa kes
subjek yang ingin dikaji. untuk menggambarkan
- Contoh : Sekolah sesuatu isu.
dwibahasa - Contoh : isu pengajaran
bahasa di sekolah
pelbagai bahasa.
Collective Case Study
(Kajian Kes Bersama)

- Pelbagai kes dikaji serentak


dan dibandingkan untuk
menghasilkan gambaran
terhadap isu.
Jenis Etnografi Kajian Kes
Etnografi kritikal - Pengkaji berminat membela pembebasan kumpulan
terpinggir di dalam masyarakat.
- Pengkaji biasanya berfikiran politik untuk mendapatkan
pembebasan di dalam ketidaksamaan dan dominasi.
- Contoh : kajian tentang sekolah yang memberikan
keistimewaan terhadap segelintir pelajar.

Ciri-ciri :
1) Pengkaji mengkaji isu-isu sosial berkaitan pemerkasaan, ketidaksamarataan, dominasi,
penindasan, hagemoni dan penindasan.
2) Pengkaji etnografi kritikal juga meletakkan diri di dalam teks untuk menjadi terhadapan di
dalam kajian yang ditulis.
3) Pengkaji akan menjadi pembela supaya dapat mengubah masyarakat untuk tidak menindas
atau meminggirkan kepada kes yang dikaji.
CIRI-CIRI KAJIAN ETNOGRAFI

Corak
Tema Kumpulan perkongsian
perkongsian tingkah laku, Kerja
budaya kepercayaan dan lapangan
budaya
bahasa

Pengkaji Konteks atau Perihal, tema


refleksif tetapan & pentafsiran

Creswell (2005)
CIRI-CIRI KAJIAN ETNOGRAFI. Creswell (2005)

BIL CIRI-CIRI PENERANGAN

1. Tema budaya - Pengkaji menyatakannya di dalam tajuk atau pengenalan, tujuan kajian atau soalan kajian.
(Cultural - Contoh :
Themes) Enculturation in an early childhood program among the Maori in New Zealand (Bauermeister, 1998)

2. Kumpulan - Dua individu atau lebih yang berkongsi sikap, kepercayaan dan bahasa.
perkongsian - Berinteraksi dalam kadar yang kerap.
budaya - Mewakili sebahagian daripada kumpulan yang besar.
(Culture- - Kumpulan perkongsian budaya bukan kumpulan etnik.
Sharing Group) - Contoh :
20 orang guru pelatih pendidikan khas pendengaran.

3. Corak - Tingkah laku : tindakan yang diambil oleh individu di dalam persekitaran budaya.
perkongsian Contoh : Wolcott (1974, 1994) mengkaji bagaimana Persatuan Pemilihan Pengetua
tingkah laku, bertindak untuk membincangkan untuk memilih seorang calon.
kepercayaan - Kepercayaan : bagaimana seorang individu berfikir atau menyedari tentang sesuatu di dalam
dan bahasa persekitaran budaya.
Contoh : Padula and Miller (1999) menyedari bahawa pelajar kedoktoran wanita di dalam
bidang psikologi tidak mampu memberi banyak tenaga di dalam keluarga mereka.
- Bahasa : bagaimana seorang individu berbual dengan individu lain di dalam persekitaran budaya.
Contoh : Di dalam kajian sejarah kehidupan dua orang perempuan African-American, Nelson (1990)
menganalisis pertukaran kod (pertukaran daripada bahasa Inggeris standard kepada vernakular Black
English).
CIRI-CIRI KAJIAN ETNOGRAFI. Creswell (2005)

BIL CIRI-CIRI PENERANGAN

4. Kerja lapangan - Pengkaji mendapatkan data di dalam persekitaran peserta kajian tinggal dan di mana corak
perkongsian tersebut boleh dikaji.

5. Perihal, tema & Perihal (description) :


pentafsiran - pentafsiran yang terperinci berkaitan individu dan tempat bagi melambangkan apa yang berlaku di
dalam kumpulan perkongsian budaya.
- Memperihalkan tentang peristiwa, aktiviti dan tempat tanpa terlalu mengubah perhatian daripada
individu yang perlu diperincikan.
Tema (thematic data analysis) :
- Mengandungi hasil saringan bagaimana keadaan berfungsi dan menamakan ciri-ciri penting dalam
tema dalam latar budaya.
Pentafsiran (interpretation) :
- Pengkaji membuat inferens dan membentuk kesimpulan tentang apa yang dipelajari.
- Menangani masalah yang timbul semasa kerja lapangan yang menjadikan keterangan tentatif dan
hipotesis

6. Konteks atau - Konteks di dalam etnografi adalah tempat, situasi atau persekitaran kumpulan budaya tersebut dikaji.
tetapan - Konteks ini pelbagai lapisan seperti sejarah, agama, politik, ekonomi dan persekitaran.

7. Pengkaji refleksif - Pengkaji sedar dan terbuka untuk membincangkan peranannya dalam kajian dengan cara
menghormati tempat kajian dan peserta kajian.
ISU-ISU ETIKA SEMASA MENJALANKAN
KAJIAN ETNOGRAFI.

❏ Pengkaji harus bersikap terbuka dan


❏ Pengkaji perlu memberi kembali (give
telus tentang pengumpulan data.
back) dan memberi imbuhan kepada
❏ Pengkaji perlu mengkaji individu dan
individu yang dikaji.
tempat dengan hormat tanpa
❏ Pengkaji perlu menyedari potensi
membahayakn mereka, memelihara
pengaruh negatif yang mungkin ada pada
maruah mereka, dan menjamin privasi.
pembentangan dan penerbitan mereka
❏ Pengkaji mempunyai tanggungjawab
terhadap populasi yang mereka kaji.
terhadap cendekiawan.

Madison (2005)
LANGKAH-LANGKAH
MENJALANKAN
KAJIAN ETNOGRAFI.
KELEBIHAN ETNOGRAFI

Menurut Jean J Schensul (2005)

● Penyelidik boleh menyelidik dengan menggunakan kaedah kuantitatif atau kualitatif.


● Penyelidikan dilakukan dalam kehidupan sebenar.
● Penyelidik dapat berinteraksi berhadapan dengan sampel.
● Refleksi yang lebih tepat.
● Penyelidik boleh menggunakan sumber data kualitatif dan kuantitatif.
● Pengumpulan data lebih induktif, interaktif dan boleh diulang.
● Penyelidik etnografi dapat mengaplikasikan pelbagai teknik untuk mengetahui mengenai orang lain
dan budaya yang berbeza untuk ditulis.
KELEMAHAN ETNOGRAFI

● Perspektif pengkaji berkemungkinan dipengaruhi oleh kecenderungan terhadap budayanya sendiri


(Garson, 2006)
● Memakan masa yang agak lama hingga berminggu-minggu, bahkan berbulan-bulan (Burke, 2000)
● Hasil dapatan dan persembahan keputusan yang condong kepada kualitatif adalah agak sukar
untuk digunakan oleh pereka bentuk (Burke, 2000)
● Bilangan peserta yang kecil dan suasana sekeliling yang kecil skalanya. Membesarkan skala
mungkin melibatkan peningkatan kos, komunikasi dan daya usaha (Burke, 2000)
● Banyak bergantung kepada kesahan pengalaman secara langsung dan interpretasi pengkaji (Burke,
2000)
● Kurang kawalan pemboleh ubah (Whittenburg, 2000)
● Sukar untuk membuat generalisasi (Whittenburg, 2000)
CONTOH KAJIAN ETNOGRAFI
KESIMPULAN

● Walaupun terdapat kelemahan, namun kaedah ini amat perlu dan penting
untuk dilaksanakan kerana dapatan kajiannya banyak membantu dan
memberi maklumat yang diperlukan oleh pihak-pihak atau organisasi
tertentu untuk melaksanakan dasar atau rancangan di masa hadapan.
● Pelbagai kajian boleh dilakukan dengan menggunakan reka bentuk
etnografi, bukan sahaja dalam bidang antropologi dan sejarah, malah dalam
bidang pendidikan.
RUJUKAN

Creswell, J. W. 2008. Education research. Planing, conducting, and evaluating quantitative and
qualitative research. Singapore : Pearson Merill Prentice Hall.

Gay, L. R., & Airasian, P. 2003. Educational research. Competencies for analysis and
application. (7th ed.). Upper Saddle River, New Jersey: Merill Prentice Hall.

Hammersley, M. 1998. Reading ethnographic research. New York: Addison Wesley Longman.

Jean J. Schensul, PhD, Introduction to Ethnographic Research,Institute for Community Research.

Sabitha Marican. 2005. Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya: Prentice Hall.

You might also like