You are on page 1of 11

KFP6040

4
KAEDAH PENYELIDIKAN
KUALITATIF

TAJUK TUGASAN : KAJIAN ETNOGRAFI


NAMA PENSYARAH : NORAINI BINTI ABDULLAH
KUMPULAN KULIAH : PK-A
TARIKH HANTAR : 21 DISEMBER 2022

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR NO. MATRIK NO. TELEFON

1. FATIN FARHANA BINTI MOHD SALLEH M20221000711 0135939206


2. DURGAMAGESWARY A/P DEVADASS M20221001988 0182324915
3. NUR AINA BINTI ANUAR M20221000339 0187660499

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


Fakulti Pembangunan Manusia

M211 SEMESTER 1 - SESI


2021/22
2

1.0 PENDAHULUAN

Etnografi merupakan salah satu kaedah penyelidikan kualitatif. Kaedah ini dikatakan dekat dengan
bidang antropologi. Konsep utama dalam kaedah etnografi adalah penyelidikan budaya individu atau
sekumpulan manusia. Kajian etnografi merupakan kajian sesutau budaya bagi sekumpulan manusia
atau individu tertentu.

2.0 DEFINISI ETNOGRAFI

Etnografi merupakan satu kaedah penyelidikan yang melibatkan kajian kumpulan kebudayaan yang
hidup dalam persekitaran semulajadi dalam jangka waktu yang lama. Etnografi adalah kajian
lapangan yang merupakan pemerhatian dan selalu digunakan dalam kajian sosiologi dan antropologi
serta dirujuk sebagai penyelidikan saintifik semula jadi (field research). Selain itu, etnografi juga
merupakan kajian kualitatif yang digunakan untuk menganalisis dan menerangkan tentang bentuk
culture-sharing sesuatu kumpulan seperti tingkah laku dan kepercayaan.

Menurut Othman Lebar (2022), etnografi menumpukan kepada budaya sesuatu kelompok
manusia, bagaimana mereka bertingkah laku dan berinteraksi antara satu sama lain. Kajian etnografi
merupakan kajian yang berfokus pada penggambaran yang terperinci dan tepat dan bukan berunsur
perkaitan . Selain itu, etnografi juga merupakan salah satu pendekatan kajian kualitatif yang mengkaji
sesuatu budaya dalam masyarakat (Windani & Farida, 2016). Menurut Tim (2017), etnografi
menggambarkan kehidupan yang dilalui dan dialami oleh seseorang di suatu tempat dan pada masa
tertentu.

Menjadi satu tugas yang sukar untuk memahami dan mengenali kehidupan masyarakat. Hal
ini kerana, setiap orang mempunyai perspektif yang berbeza. Dalam menjalankan etnografi,
komitmen dan usaha adalah sangat penting kerana setiap orang mempunyai latar belakang, biografi
dan identiti yang berbeza. Asal istilah etnografi bermula dari istilah antropologi. Tahap pertama
perkembangannya ialah sebelum tahun 1800-an. Kata etnografi berasal dari bahasa Yunani iaitu
‘ethnos’ yang bermaksud bangsa dan ‘graphien’ bermaksud penghuraian (Tarwotjo, 1994). Menurut
Othman Lebar (2022), etnografi bermaksud portrait of a people. Oleh itu ia menggambarkan suatu
budaya atau cara hidup dalam sesuatu masyarakat. Etnografi juga menggambarkan budaya sesebuah
masyarakat. Ringkasnya etnografi ialah usaha untuk memahami budaya melalui rangkaian
pengamatan dan interprestasi manusia, yang berinteraksi dengan manusia yang lain. 
3

3.0 CIRI-CIRI KAJIAN ETNOGRAFI

Sebagaimana reka bentuk kajian yang lain, kajian etnografi juga mempunyai pelbagai ciri-ciri.
Antaranya adalah kajian etnografi ini bersifat kualitatif. Menurut Creswell (2012), ciri-ciri kajian
etnografi adalah penyelidikan budaya, kumpulan yang mengamalkan budaya yang sama, kumpulan
yang mempunyai tingkah laku, kepercayaan dan bahasa yang sama, kerja lapangan, perihalan, tema
dan tafsiran atau interprestasi dan juga konteks.

Ciri-ciri yang pertama adalah penyelidikan budaya. Kajian etnografi adalah kajian yang
dijalankan khusus tentang sesuatu budaya. Penyelidikan yang bertemakan budaya dalam etnografi
merupakan satu aktiviti yang dialami oleh sekumpulan manusia. Ciri-ciri kedua adalah kumpulan
yang mengamalkan budaya yang sama. Penyelidik etnografi akan mengkaji kumpulan yang
berkongsi budaya yang sama pada satu tempat tertentu. Penyelidik juga mengkaji tentang
sekumpulan manusia dan membuat kutipan data mengenai kumpulan tersebut.

Ciri-ciri etnografi seterusnya adalah kajian mengenai kumpulan yang mempunyai tingkah
laku, kepercayaan dan bahasa yang sama. Hal ini menunjukkan pengkaji mengkaji kumpulan yang
mempunyai salah satu atau ketiga-tiga iaitu tingkah laku, bahasa dan kepercayaan. Tingkah laku
bermaksud perilaku individu dalam suatu budaya. Manakala kepercayaan pula adalah bagaimana
individu dalam satu budaya yang berfikir tentang sesuatu perkara. Bahasa pula merupakan cara
individu berkomunikasi.

Ciri-ciri seterusnya adalah kerja lapangan di mana pengkaji perlu menetap bersama sampel
dalam tempoh masa tertentu untuk mendapatkan data. Pengkaji perlu tinggal bersama sampel bagi
meneliti budaya dan cara berfikir. Ciri lain kajian etnografi adalah perihalan tema dan tafsiran atau
interpretasi. Etnografi memerlukan tafsiran yang terperinci. Pengkaji perlu memerihalkan data agar
pembaca dapat merasai keadaan sebenar sesuatu kes atau peristiwa yang disampaikan.

Selain itu, konteks juga merupakan ciri-ciri etnografi di mana konteks kajian ini terdiri dari
keadaan fizikal, sejarah atau keadaan sosial kumpulan atau individu. Ciri terakhir adalah refleksi
pengkaji. Pengkaji perlu sentiasa menggunakan dialog dalaman dan sentiasa meneliti apa yang
pengkaji tahu dan bagaimana pengkaji tahu perkara berkenaan. Pengkaji tidak harus menganggap
sesuatu perkara adalah benar pada peringkat permulaan. Sebaliknya, pengkaji perlu mengetahui data
yang diperoleh adalah data mentah yang memerlukan pengesahan.
4

4.0 JENIS-JENIS REKA BENTUK PENYELIDIKAN ETNOGRAFI

Creswell (2012) telah menekankan tiga rekabentuk etnografi yang utama iaitu etnografi kritikal,
etnografi realistik, dan kajian kes etnografi seperti yang dtunjukkan dalam Rajah 4.1. Etnografi
kritikal adalah kajian yang melibatkan perspektif advokasi dalam etnografi. Kajian ini juga mengkaji
isu-isu sosial seperti kuasa dominasi dan hegemoni. Selain itu, ia juga melibatkan kajian tentang
kumpulan terpinggir dengan tujuan untuk membuat perubahan atau membantah penindasan.
Tambahan lagi, pengkaji akan meletakkan diri mereka dalam penulisan dan bersifat reflektif
terhadap peranan mereka. Justeru, pengkaji mengkaji nilai dan bias, menerima pandangan dan
membezakan persembahan penulisan dari penulis, peserta kajian dan pembaca.

Etnografi realis pula adalah pendekatan yang digunakan oleh ahli antropologi dalam kajian
mereka. Pengkaji yang menggunakan pendekatan ini akan menyampaikan fakta dan tidak
memberikan refleksi dalam penulisan mereka. Pengkaji hanya melaporkan data dalam kajian tanpa
ada bias, tujuan politik dan tiada sebarang penilaian. Pengkaji menghasilkan pandangan sampel
kajian melalui petikan kata yang tidak diubah dan seterusnya membuat kesimpulan daripada
pentafsiran budaya.

Kajian kes etnografi ialah tumpuan pada penyelidikan terhadap aktiviti sesuatu kumpulan
yang spesifik atau corak tingkah laku yang dibentuk dalam jangka masa tertentu.

Rajah 4.1 :

Rekabentuk Penyelidikan Etnografi yang Utama (Cresswell, 2012)

Etnografi
kritikal

Rekabentuk
Etnografi
yang Utama

Etnografi Kajian kes


realis etnografi
5

5.0 TEKNIK DALAM ETNOGRAFI

Bentuk data penyelidikan kualitatif berbeza dengan bentuk dapatan penyelidikan kuantitatif. Data
kualitatif berbentuk temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Nota lapangan dan diari pengkaji
merupakan bahan data utama yang menjadi penyokong bagi mengesahkan kerja-kerja lapangan yang
dijalankan dalam kajian kualitatif. Jenis penelitian kualitatif yang mengumpul data dengan kaedah
pemerhatian, temu bual dan dokumentasi untuk menghasilkan penjelasan terperinci, jelas dan
komprehensif mengenai pelbagai fenomena sosiobudaya (Ejimabo, 2015). Menurut Hanuran (2016),
kaedah pengumpulan data yang dapat digunakan dalam penelitian etnografi adalah seperti dalam
Rajah 5.1 berikut :

Rajah 5.1 :

Kaedah Pengumpulan Data

Pemerhatian Temu bual Analisis Dokumen

Pemerhatian tidak Penelitian rekod atau


Temu bual berstruktur
beserta dokumen

Temu bual semi


Pemerhatian beserta Dokumentasi bergambar
berstruktur

Temu bual tidak Rakaman audio atau


berstruktur video
6

Terdapat dua cara dalam kaedah pemerhatian iaitu pemerhatian tidak beserta dan pemerhatian
beserta. Semasa membuat pemerhatian tidak beserta, pengkaji hanya membuat pemerhatian tanpa
menyertai aktiviti-aktiviti sosial budaya dalam kelompok masyarakat atau yang diteliti. Hal ini
berbeza dengan kaedah pemerhatian beserta di mana pengkaji melakukan pemerhatian dengan
menyertai aktivi-aktiviti sosal budaya dalam kelompok masyarakat atau etnik yang dikaji.

Temu bual merupakan wawancara atau perbualan diantara pengkaji dan responden bertujuan
untuk mendapatkan maklumat yang relevan. Data yang diperoleh dari temu bual dapat mengukuhkan
lagi pemerhatian. Temubual dalam kajian kualitatif adalah cara yang ideal untuk mendapatkan
pandangan responden bagi menyokong data yang dikumpul melalui pemerhatian (Philipp, 2021).
Terdapat tiga jenis temu bual iaitu berstruktur, semi-struktur dan tidak berstruktur. Temu bual
berstruktur dijalankan secara formal di mana soalan temu bual telah dirancang dengan teliti. Temu
bual ini dilaksanakan mengikut senarai soalan yang perlu dijawab oleh responden. Setiap soalan
yang ditanya harus sama bagi setiap responden supaya maklumat yang dikumpul dapat dibezakan
dengan tepat. Selain itu, soalan yang dibina mestilah selarasa dengan objektif kajian bagi
mengelakkan data terpesong daripada objektif kajian. Menurut Teoh & Ma Min (2020), temu bual
berstruktur adalah aktiviti perbualan dan soal jawab yang dijalankan secara bersemuka di mana
bentuk dan kandungan yang akan ditanya adalah terhad kepada tajuk sahaja.

Temu bual semi struktur pula menggunakan kaedah diantara temu bual berstruktur dan temu
bual tidak berstruktur. Pengkaji menjalankan temu bual dengan menggunakan soalan formal yang
telah dirancang. Namun begitu, pengkaji juga boleh bertanyakan soalan yang lebih mendalam
berpandukan jawapan responden. Temu bual tidak berstruktur bertentangan dengan temu bual
berstruktur. Dalam temu bual ini, pengkaji tidak merancang soalan terlebih dahulu dan hanya
menyoal secara spontan.

Pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan
kepada isu dan masalah yang dikaji (Kamarul Azmi Jasmi, 2012). Terdapat tiga jenis analisis
dokumen iaitu penelitian rekod atau dokumen, dokumentasi bergambar serta rakaman audio dan
7

video. Antara fungsi analisis dokumen adalah untuk memberikan maklumat tentang subjek yang
dikaji serta boleh dijadikan sebagai satu bukti terhadap kajian yang dijalankan.

6.0 STRATEGI DALAM ETNOGRAFI

Terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan kajian etnografi iaitu tajuk
kajian, lokasi kajia dan sampel kajian. Apabila pengkaji sudah membuat keputusan, langkah
seterusnya adalah pengkaji boleh merancang dan menentukan strategi yang akan digunakan.
Contohnya, tempoh masa yang sesuai bagi pengkaji untuk berada di lokasi kajian. Selain itu,
pengkaji juga perlu menetapkan cara kutipan data. Satu kajian yang bertajuk Penerokaan Terhadap
Penguasaan Bahasa Kedua Murid Orang Asli Temiar : Suatu Etnografi Kajian Kes yang ditulis oleh
Nur Azwahanum et. al. (2022) akan dirujuk untuk menerangkan tentang strategi dalam kajian
etnografi. Contoh jurnal seperti dalam Rajah 6.1 di bawah.

Rajah 6.1 :

Contoh Jurnal Etnografi


8

Strategi pertama adalah mengenalpasti masalah yang ingin dikaji dan penentapan tajuk
kajian. Tajuk kajian mestilah menjurus ke arah fenomena sosial melalui perkembangan teori. Strategi
seterusnya adalah pemilihan sampel kajian. Umum mengetahui kajian etnografi merupakan kajian
tentang budaya dan masyarakat. pensampelan merupakan proses memilih sebilangan subjek daripada
sesuatu populasi untuk dijadikan sebagai responden kajian. Dalam kajian yang ditulis oleh Celinea &
Zamri (2018), pengkaji menggunakan sampel murid pribumi Bidayuh di Sarawak untuk mengkaji
tentang amalan pembelajaran timah balik Bahasa Melayu. Manakala, dalam kajian Nor Azwahanum
et. al. (2022), pengkaji menjadikan murid orang asli Temiar sebagai sampel kajian untuk mengkaji
tentang masalah dalam penguasaan bahasa melayu sebagai bahasa kedua. Dengan ini, sampel
hendaklah mempunyai ciri- ciri mewakili populasi yang sebenar dan mencukupi untuk membuat
generalisasi. Pensampelan dapat menjimatkan kos, masa, memudahkan kebolehurusan dan
meningkatkan tepatan kajian (Fuad, 2017).

Strategi seterusnya adalah membuat catatan. Catatan lapangan merupakan penyokong utama
dalam mengesahkan kerja- kerja lapangan yang dijalankan dalam kajian kualitatif (Ulfatin, 2022).
Terdapat empat jenis catatan yang lazim digunakan oleh ahli etnografi. Pertama adalah catatan
ringkas. Catatan ringkas selalunya dilakukan semasa pengkaji berada di tempat kajian. Pengkaji
membuat catatan dengan menggunakan kata kunci, lukisan kasar atau nota ringkas. Seperti dalam
kajian di atas, pengkaji mencatatkan segala dapatan yang menarik perhatiannya sepanjang berada di
lokasi kajian. Kedua adalah huraian terperinci. Huraian terperinci ini mengandungi butiran terperinci,
gambaran wajah tingkah laku dan lain-lain aspek yang menari. Huraian ini akan dilakukan selepas
keluar dari lokasi kajian.

Ketiga adalah nota analitis. Nota analitis merupakan idea-idea yang terlintas semasa pengkaji
menulis huraian ringkas. Seterusnya adalah refleksi subjektif di mana pengkaji membuat refleksi
kendiri. Setelah membuat catatan, pengkaji akan mengumpul data menggunakan tiga teknik iaitu
pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Merujuk kepada kajian Nor Azwahanum et. al.
(2022), pengkaji telah mengumpul data dengan menemu bual 2 orang guru dan 3 orang ibu bapa.
9

Selain itu, pengkaji juga membuat pemerhatian ke atas 8 orang murid orang asli Temiar di SMK
Bawong, Sungai Siput, Perak yang berusia 16 tahun. Pengkaji juga telah menulis nota lapangan
semasa berada di lokasi kajian. Stratergi terakhir ialah pengkaji perlu membuat analisis data untuk
menjawab persoalan kajian. Menurut Nor Azwahanum et. al. (2022), dapatan kajian menunjukkan
bahawa murid Orang Asli Temiar melalui aktiviti perkembangan bahasa yang boleh digolongkan
kepada pembelajaran secara sedar dan pemerolehan secara semulajadi.

7.0 ISU ETIKA DAN KUALITI KAJIAN ETNOGRAFI

Dalam menjalankan kajian, pengkaji perlu mematuhi peraturan dan etika penyelidikan (Chua, 2014).
Antara etika dalam penyelidikan adalah seperti Rajah 7.1.

Rajah 7.1 :

Etika Penyelidikan

Hak
tersendiri
Memalsu
atau Hak untuk
merahsiakan tidak
data dikenali

Plagiat Hak
Etika
kerahsiaan
Penyelidikan

Elakkan
daripada
membohongi Tanggungjawa
peserta b pengkaji
kajian Mengelak
kecederaan
fizikal atau
mental peserta
kajian

Pengkaji perlu melindungi hak responden untuk tidak dikenali. Pengkaji dianggap tidak
beretika sekiranya melaporkan dapatan kajian dengan mendedahkan identiti responden. Seperti
dalam kajian yang dirujuk (Nur Azwahanum et. al., 2022), pengkaji telah menyebutkan nama
sekolah serta nama responden dalam analisis data. Seharusnya, hak kerahsiaan peserta kajian perlu
dijaga. Sebaliknya, pengkaji boleh menggunakan sistem kod untuk menggantikan nama sebenar
peserta kajian bagi mematuhi etika penyelidikan.
10

Isu seterusnya adalah tentang kualiti kajian. Bagi memastikan sesuatu kajian itu berkualiti,
maka dapatan yang diperoleh juga harus tepat. Bagi meningkatkan kualiti data, kaedah triangulasi
digunakan untuk mengesahkan hasil dapatan dan keputusan penyelidikan yang dijalankan secara
kualitatif. Triangulasi bermaksud kaedah integrasi yang berbeza bagi mendapatkan lebih dari satu
bentuk data seperti pemerhatian, analisis dokumen dan temubual (Helaluddin & Hengki Wijaya,
2019). Tujuan triangulasi adalah untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif
iaitu dengan mendapatkan data daripada punca yang berbeza. Hal ini disebut sebagai triangulasi
bertujuan untuk mengesah data atau maklumat yang diperoleh (Rozmi Ismail, 2015). Kaedah
triangulasi dapat mengelakkan penyelidik daripada bergantung kepada satu sumber data sahaja.
Selebihnya, kualiti kajian juga dapat ditingkatkan dengan kedudukan neutral penyelidik (Darmayati
Zuchdi & Wiwiek Afifah, 2019). Penyelidik seharusnya tidak cenderung membuat sasaran ataupun
mengkritik kejadian yang diperhatikan. Penyelidik juga tidak boleh terpengaruh dengan budayanya
sendiri.

8.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, kajian etnografi merupakan bentuk kajian kualtitatif untuk mengkaji bentuk “culture
sharing” sesuatu kumpulan dari segi tingkah laku, kepercayaan, bahasa, ekonomi, struktur politik,
interaksi, gaya hidup dan sebagainya. Etnografi juga merupakan sosiologi dan antropologi. Secara
umumnya, etnografi ialah kaedah kerja lapangan (pemerhatian). Etnografi dimulakan dengan
menentukan masalah, mengidentifikasi dan menentukan lokasi kelompok budaya, memilih isu yang
akan dipelajari, menentukan jenis etnografi, mengumpulkan informasi dari lapangan dan menulis
gambaran secara menyeluruh tentang kelompok budaya. Proses menjalankan kaedah etnografi sangat
memerlukan waktu yang lama sehingga pengkaji mendapatkan data yang tepat.

Data yang diperoleh adalah data deskriptif berbentuk naratif dan visual. Kajian etnografi
amat penting bagi mendapatkan maklumat mengenai sesuatu komuniti bagi pelaksanaan dasar dan
rancangan di masa hadapan oleh pihak- pihak atau organisasi tertentu.
11

RUJUKAN

Celinea Lasan & Zamri Mahamod.(2018).Pembelajaran Timbal Balik Bahasa Melayu dalam
Kalangan Murid Peribumi Bidayuh di Sarawak.Jurnal Pendidikan Malaysia, 43(2), 1-15

Chua, Yan Piaw. (2021). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. McGrawHill
Education.

Creswell, J. W. (2012). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative


and qualitative research (4th ed.). Boston, MA: Pearson Education, Inc.

Darmiyati Zuchdi & Wiwiek Afifah. (2019). Analisis Konten Etnografi & Grounded Theory dan
Hermeneutika Dalam Penelitian. Bumi Aksara.

Fuad, M.B. (2017). Metodologi Penyelidikan: Panduan Menulis Tesis. UUM Press.

Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Metodologi pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatitif. Kursus
Penyelidikan Kualitatif Siri 1, 28-29

Nur Azwahanum, Shahidi A.Hamid, Marlyna Maros & Nurainil Sulaiman. (2022). Penerokaan
terhadap Penguasaan Bahasa Kedua Murid Orang Asli Temiar : Suatu Etnografi Kajian Kes.
Akademia 92 (Isu Khas)

Rozmi bin Ismail. (2015). Metodologi Penyelidikan (Teori dan Praktis). Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Philipp, M. (2021). Qualitative Content Analysis: A Step-by-Step Guide. SAGE

Teoh, W. H., & Ma Min. (2020). Tahap penguasaan murid dan guru dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) dalam puisi klasik bahasa Cina sekolah menengah [The mastery level
of students and teachers in learning and teaching in classical Chinese poetry for secondary
school]. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities, 4(3), 115-125

Tarwotjo. (1994). Etnografi Suatu Tantangan Penelitian Kualitatif. Balai Pustaka.

Ulfatin, N. (2022). Metode Penilaian Kualtitatif Di Bidang Pendidikan: Teori dan Aplikasinya.
MNC Publishing.

You might also like