You are on page 1of 8

MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DENGAN MENGGUNAKAN KAD SUKU KATA DAN KAD BERGAMBAR

HAJIAH BINTI HAJI ARBI

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2011 MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DENGAN MENGGUNAKAN KAD SUKU KATA DAN KAD BERGAMBAR

HAJIAH BINTI HAJI ARBI

LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2011

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tarikh : .

.. Hajiah binti Haji Arbi 640919135476002

Penghargaan

Alhamdulillah. Segala puji untuk Allah Tuhan semesta alam. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Ibrahim bin Takip, penyelia kajian ini yang banyak membantu dan membimbing saya dalam menyiapkan penulisan laporan kajian tindakan ini. Beliau yang banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar serta nasihat dan tanpa komitmen beliau, saya menghadapi banyak kerumitan kerana tugasan begini merupakan perkara baru bagi saya. Tidak dilupakan terima kasih tidak terhingga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Pegawai Pelajaran Daerah Padawan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Semenggok, guru-guru, rakan-rakan seperjuangan dan muridmurid Sekolah Kebangsaan Semenggok, Padawan, Sarawak yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung dalam kajian tindakan ini. Berkat dorongan, kesabaran dan pengorbanan semua telah menjadi tangkal azimat kepada saya untuk terus berusaha dan akhirnya dapat menyiapkan latihan ilmiah ini. Kepada suami tercinta, Cikgu Ismail bin Swaidi, putera dan puteri, Mohammad Qhairool Isha, Siti Qhadeejah Isha, Rabiatul Adawiyah Isha dan Muhammad Qhaireel Isha dan ahli keluarga yang tersayang, sokongan moral kalian amat besar ertinya.

ABSTRAK Memandangkan kegagalan pelajar dalam akademik amnya dan buta huruf khasnya adalah berpunca daripada ketidakbolehannya menguasai kemahiran kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira yang berkuncikan huruf-huruf asas serta suku kata-suku kata terbuka dan tertutup dalam bahasa Melayu. Langkah-langkah yang wajar seharusnya diambil bagi tujuan pemulihan, pengukuhan dan pengayaan untuk mengatasi masalah pelajar dibelenggu dengan kekeliruan dan buta huruf secara berterusan. Dalam konteks KBSR, program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu pelajar menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M. Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan kaedah membaca kad suku kata berwarna dan kad bergambar dalam mempertingkatkan aktiviti membaca dalam kalangan pelajar Tahun 1 yang masih menghadapi masalah membaca. Persoalannya, adakah kaedah yang dirancang khusus benar-benar membantu murid Tahun 1 menguasai kemahiran asas mambaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Penulis mengharapkan di akhir proses pengkaedahan ini pelajar dapat mengecam dan mengenal huruf dengan tepat, mengeja dan menyebut perkataan dan ayat tunggal dengan sebutan yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar Tahun Satu Cempaka dan Tahun Satu Dahlia dari Sekolah Kebangsaan Semenggok, Padawan, Sarawak. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian, rekod dan mengkaji sampel yang disasarkan sebagai data kuantitatif. Sementara maklumat dan rekod prestasi pelajar diperoleh daripada pihak pentadbir sekolah, guru-guru dan rakan sebaya akan dijadikan asas kajian dan input untuk melakukan kajian ini. Segala petunjuk dan data yang didapati akan diterjemahkan secara deskriptif dan penghuraian kualitatif yang akan menjawab segala persoalan kajian. Analisis yang dilaksanakan jelas menunjukkan objektif kajian untuk melihat aktiviti ini dijalankan dalam mempertingkatkan aktiviti-aktiviti membaca dalam kalangan pelajar Tahun 1 di sekolah rendah dapat dipenuhi. Kajian ini juga berjaya mendedahkan pandangan guru terhadap masalah yang timbul dalam pelaksanaan menghadapi pelajar yang lambat menguasai kemahiran membaca. Oleh yang demikian, analisis yang dibuat dapat memenuhi objektif kajian tindakan ini.

ISI KANDUNGAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL BAB 1 : PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Latar Belakang Kajian 1.3 Penyataan Masalah Kajian 1.4 Tujuan Kajian 1.5 Matlamat dan Objektif Kajian 1.6 Persoalan Kajian 1.7 Kepentingan Kajian 1.8 Batasan Kajian 1.9 Definisi Istilah 1.9.1. Keberkesanan 1.9.2. Membaca 1.9.3. Latih Tubi 1.9.4. Kad Suku Kata dan Kad Bergambar 1.10 Rumusan ii iii iv v - vii

1 1 1- 4 4 - 6 6 7 7 8 8 9 9 10 10 - 11 11 11 - 12

BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 2.2 Teori Perkembangan Kognitif

13 13 13 - 14

2.2.1. Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky 2.2.2. Teori Perkembangan Kognitif Piaget 2.2.3. Teori Perkembangan Kognitif Bruner 2.3 Kajian Berkaitan 2.3.1. Kajian Luar Negara 2.3.2. Kajian Dalam Negara 2.4 Rumusan BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Populasi dan Sampel 3.4 Instrumen Kajian 3.4.1. Perbincangan Dengan Guru Bahasa Melayu 3.4.2. Pemerhatian 3.4.3. Ujian Pra 3.4.4. Ujian Pasca 3.5 Prosedur Pengumpulan Data 3.5.1. Peringkat 1 Kad Suku Kata 3.5.2. Peringkat 2 Kad Perkataan 3.5.3. Peringkat 3 Kad Ayat 3.6 Prosedur Kajian 3.7 Rumusan

14 - 15 15 - 17 17 - 18 18 18 - 20 20 20 - 21 22 22 22 23 23 24 24 25 25 25 - 26 26 - 27 27 - 28 28 - 29 29 - 30 30 - 31

BAB 4 : HURAIAN DAN ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 4.2 Latar Belakang Responden 4.3 Pencapaian Pelajar Dalam Keputusan Ujian Pra 4.4 Pelaksanaan Tindakan 4.4.1. Latih Tubi Membaca Suku Kata KVK, KVKV dan KVKVK 4.5 Tahap Pencapaian Pelajar Dalam Kemahiran Membaca Suku Kata 4.6 Ujian Pasca 4.7 Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca 4.8 Rumusan

32 32 33 - 35 35 - 36 36 - 37 37 - 38 39 - 40 41 - 42 42 - 43 43 - 44

BAB 5 :

RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 5.2 Rumusan Kajian 5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 5.3.1. Tahap Kebolehan Pelajar 5.3.2. Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca 5.3.3. Berkesan dan Diminati 5.3.4. Menimbulkan Minat dan Memperbaiki Sikap 5.4 Implikasi Dapatan Kajian 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 5.6 Rumusan

45 45 - 46 46 - 47 47 - 48 49 - 50 50 - 51 51 - 53 53 - 54 54 55 56 57

BIBLIOGRAFI SENARAI RAJAH Rajah 4.2 : Bilangan Responden Mengikut Jantina SENARAI Jadual 3.1 Jadual 3.2 Jadual 3.3 Jadual 4.1 JADUAL : Subjek Terlibat : Skala Mengikut Kebolehan Pelajar : Tahap Kebolehan Pelajar : Latar Belakang Responden Mengikut Jantina dan Akademik Jadual 4.2 : Laporan Dapatan Kajian Ujian Pra Jadual 4.3 : Pencapaian Murid Dalam Kemahiran Membaca Suku kata Jadual 4.4 : Peratus Pencapaian Kemahiran Membaca Mengikut Jantina Jadual 4.5 : Tahap Pencapaian Pelajar Bagi Kemahiran Membaca Suku Kata Mengikut Kebolehan Tinggi Dan Rendah 40 Jadual 4.6 : Laporan Dapatan Kajian Ujian Pasca Jadual 4.7 : Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Jadual 4.8 : Perbandingan Peningkatan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca

35

23 29 29 33 - 34 35 - 36 39 - 40 40 42 42 43

You might also like