You are on page 1of 27

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH)

HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL JAAFAR

TAJUK:
MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MENULIS JAWI DALAM KALANGAN
TIGA ORANG MURID TAHUN 3
CEMERLANG MENGGUNAKAN
KAEDAH CARTA HURUF SOMBONG

HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL


JAAFAR

SK KUALA PERLIS
02000, KUALA PERLIS,
PERLIS.

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH)


HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL JAAFAR

PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurniaNya dapat juga
saya menyempurnakan tugasan bagi subjek Kajian Penyelidikan ini
mengikut masa yang ditetapkan. Menerusi tugasan ini, saya telah
memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih
terperinci lagi berkaitan penyediaan kertas cadangan penyelidikan
tindakan mengikut format yang betul.
Di kesempatan ini, saya ingin mendedikasikan setinggi-tinggi
penghargaan

kepada semua pihak yang terlibat sepanjang

menjayakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah subjek iaitu


Dr. Amani Binti Dahlan di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan.
Tunjuk

ajar

beliau

amat

membantu

saya

dalam

usaha

menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini. Tidak lupa


juga ucapan terima kasih ini didedikasikan kepada pensyarah
penyelia, Puan Nazimah Binti Ngah serta Encik Azman Bin Ariffin di
atas kesudian meluangkan masa untuk membimbing dan berkongsi
idea bagi mendapatkan hasil tugasan yang terbaik.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ahli keluarga yang
telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi
menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, saya turut berterima kasih
kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak menghulurkan
bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya.

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH)


HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL JAAFAR

Akhir sekali, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak


yang telah terlibat dalam menjayakan kertas cadangan ini sama ada
secara langsung atau tidak langsung kerana tanpa bantuan dan
sokongan anda semua, maka tugasan ini tidak dapat dilaksanakan
dengan sempurna.
Sekian, terima kasih.

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH)


HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL JAAFAR

Isi Kandungan
Muka surat
1.1

PENDAHULUAN

1.1.1 Refleksi Pengalaman Yang Lalu


1.1.22 Refleksi Sorotan Literatur

1.2

FOKUS KAJIAN I ISU KEPRIHATINAN

1.2.1 Isu Keprihatinan I Fokus Kajian

1.2.2 Tinjauan Masalah

2.3

Analisis Masalah

3.0

TINJAUAN LITERATUR

4.0

OBJEKTIF KAJIAN I SOALAN KAJIAN

4.1

Objektif Umum

4.2

Objektif Khusus

4.3

Soalan Kajian

5.0

KUMPULAN SASARAN

6.0

PELAKSAAN KAJIAN

10

6.1

Perancangan Langkah-langkah Tindakan

10

6.2

Perancangan Cara Mengumpul Data

11

6.3

Perancangan Cara Menganalisis Data

11

7.0

PERANCANGAN PELAKSAAN PENYELIDIKAN

12

TINDAKAN
7.1

Jadual Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan

12

7.2

Kos Kajian

13

8.0

SENARAI RUJUKAN

14

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH)


HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL JAAFAR

1.1 PENDAHULUAN
1.1.1 Refleksi Pengalaman Yang Lalu
Pengkaji adalah guru pelatih yang telah menjalani program
Praktikum Fasa 3 di sekolah kajian di Kuala Perlis selama 12
minggu. Daripada pengalaman di sekolah tersebut, pengkaji
mendapati terdapat banyak masalah telah timbul semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Pengkaji telah mengenal pasti bahawa majoriti murid-murid
Tahun 3 Cemerlang tidak dapat menulis Jawi dengan mahir
dengan tiga orang daripada mereka mempunyai masalah yang
serius,

khususnya

menyambung

huruf-huruf

Jawi

tunggal,

sedangkan kemahiran menyambung huruf Jawi tunggal adalah


antara kemahiran asas yang perlu dikuasai.
Selain itu, pengkaji sering memberi latihan yang berkaitan
dengan menyambung huruf tunggal Jawi dalam proses memberi
pendedahan dan latih tubi bagi kemahiran menulis Jawi kepada
murid. Walau bagaimanpun, murid merasa bosan apabila pengkaji
meminta murid membuat latihan menyambung huruf dan terdapat
juga segelintir murid yang seringkali tidak menghantar latihan
yang diberikan oleh guru dengan alasan latihan yang diberikan
terlalu susah. Keputusan dan hasil penulisan tetap sama
walaupun banyak latihan yang diberikan kepada murid. Murid
membuat latihan secara sambil lewa dan kadang kala hanya
menyalin semula soalan pada ruang jawapan. Tindak balas ini
sedikit sebanyak menyebabkan pengkaji berasa kesal dan
kecewa.
Oleh itu, pengkaji cuba memikirkan solusi untuk memperbaiki

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH)


HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL JAAFAR

amalan

pengajaran

serta

membantu

murid

memperbaiki

kemahiran menulis Jawi murid khususnya menyambung huruf


dengan kaedah yang lebih mudah dan menarik supaya masalah
ini dapat diselesaikan sebelum murid-murid ini melangkah ke
tahun yang seterusnya.

1.1.2 Refleksi Sorotan Literatur


Kajian

yang

dijalankan

ini

adalah

berfokuskan

kepada

menyambung huruf dalam penulisan huruf Jawi tunggal. Murid lemah


dalam kemahiran menulis Jawi menyebabkan murid tidak dapat

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH)


HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL JAAFAR

menjawab dengan baik di dalam ujian. Kelemahan dalam penulisan


Jawi ini juga menyebabkan murid kurang berminat dengan mata
pelajaran Pendidikan Islam, sedangkan tulisan Jawi adalah tulisan
yang digunakan di dalam P&P Pendidikan Islam.
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Awang Mohammad Amin
(1989), beliau menyatakan bahawa kemahiran murid dalam
membaca dan menulis Jawi adalah lemah. Dapatan kajian lain dari
Mustapha Yazid (1995), 95 peratus murid mempunyai pandangan
negatif terhadap penulisan Jawi seperti susah dipelajari, tidak
penting, dan tidak dinilai di dalam peperiksaan.
Masalah ketidakbolehan menulis dan membaca tulisan Jawi boleh
memberi kesan kepada pencapaian dan minat murid di dalam
pembelajaran Pendidikan Islam, menurut Sulaiman Ghazali (1990),
dan Azman Wan Chik (1986).
Isu tulisan Jawi sepatutnya bukan isu yang besar kerana tulisan
Jawi sepatutnya sudah sebati bagi setiap umat Islam. Hal ini kerana
tulisan Jawi sangat berkait rapat dengan tulisan Al-Quran. Individu
yang mempunyai kemahiran untuk membaca dan menulis dengan
tulisan Jawi sudah pasti boleh membaca Al-Quran, dan begitu juga
sebaliknya. Atas dasar ini, pengkaji melaksanakan kajian ini bagi
memberi pendedahan kepada murid tentang tulisan Jawi.
1.2 FOKUS KAJIAN/ ISU KEPERIHATINAN
1.2.1 Tinjauan Masalah
Masalah yang difokuskan dalam kajian ini adalah dalam bidang
penulisan Jawi iaitu kelemahan peserta kajian dalam menyambung

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH)


HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL JAAFAR

huruf jawi tunggal. Masalah ini perlu diselesaikan supaya peserta


kajian boleh mengatasi masalah dalam penulisan Jawi mereka
sebelum meningkat ke tahun yang seterusnya. Ini adalah selari
dengan matlamat pengajaran Jawi di sekolah rendah iaitu untuk
melahirkan murid yang dapat mengenal, membaca dan menulis Jawi
dengan baik. Matlamat yang digariskan ini dapat dicapai sekiranya
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai diamalkan dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran.
Kajian ini juga memfokuskan kepada sejauh mana teknik yang
telah dipilih ini dapat mempertingkatkan kemahiran penulisan peserta
kajian. Penulisan Jawi adalah suatu bahagian penting yang perlu
dikuasai oleh peserta kajian tersebut. Kelemahan peserta kajian
dalam bidang penulisan ini secara tidak langsung telah
mempengaruhi keputusan mereka dalam peperiksaan yang
dijalankan pada akhir setiap penggal dalam sesi persekolahan. Oleh
itu, pengkaji amat menitikberatkan isu ini supaya peserta kajian dapat
mengatasi masalah ini dengan baik.
Di samping itu, berdasarkan pemerhatian dan penilaian pengkaji
sepanjang proses pengajaran dijalankan, tidak ramai murid dapat
mengeja perkataan yang dinyatakan dengan betul, apatah lagi untuk
menyambung huruf-huruf jawi tersebut. Misalnya, jika diminta untuk
mengulang semula apa yang telah dieja dan tulis, murid-murid tidak
dapat mengulangnya semula dengan baik dan betul. Hanya
sebilangan kecil murid sahaja yang dapat menjawabnya dengan
betul. Berdasarkan teknik soal jawab serta semakan lembaran kerja,
inilah pengkaji dapat mengetahui sejauh mana kefahaman murid
tentang apa yang telah disampaikan kepada mereka.

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH)


HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL JAAFAR

1.2.2 Analisis Masalah

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1


(KAEDAH)
HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL JAAFAR

1.3 OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN


Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap
dapat mencapai objektif berikut :

1.3.1 Objektif Umum


Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam
penulisan Jawi dengan betul.

1.3.2 Objektif Khusus


Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah untuk ;

a) Mengenal pasti tahap kemahiran murid dalam menyambung


huruf-huruf Jawi tunggal melalui Carta Huruf Sombong.
b) Mengenal pasti tahap minat murid dalam pelajaran Jawi
melalui Carta Huruf Sombong.

1.3.3 Persoalan Kajian


Berikut

merupakan

persoalan

yang

timbul

dan

ingin

diselesaikan oleh pengkaji bagi mencapai objektif kajian iaitu :


a) Adakah

penggunaan

Carta

Huruf

Sombong

dapat

meningkatkan tahap kemahiran murid dalam menyambung


huruf-huruf Jawi tunggal?
b) Adakah penggunaan carta tersebut dapat meningkatkan

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1


(KAEDAH)
HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL JAAFAR

minat murid dalam kemahiran penulisan Jawi?


1.4 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini dilihat amat penting kerana ianya amat selari dengan
kehendak dan aspirasi Perdana Menteri yang mewajibkan
semua

pelajar

Islam

mempelajari

Bahasa

Arab

dan

memahaminya dengan lebih baik semenjak di sekolah rendah


lagi.

Justeru

kajian

ini

adalah

sebagai

satu

usaha

penambahbaikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia,


Jabatan Pelajaran setiap negeri dan sekolah-sekolah di seluruh
Malaysia bagi merangka dan membina modul kemahiran
komunikasi

guru

yang

lebih

sesuai

dan

mantap

dan

bersesuaian dengan situasi pelajar khususnya pelajar yang


berada di tahap 1 sekolah rendah.
Selain itu kajian ini akan dapat membantu mengenal pasti
metod dan sumber pembelajaran yang lebih berkesan untuk
pelajar sekolah rendah untuk mempelajari Bahasa Arab, Jawi
dan

Al-Quran.

Ibubapa

dan

waris

pelajar

juga

dapat

memanfatkan kajian ini untuk membimbing anak-anak didik


mereka untuk mencintai Bahasa Arab dan pelajaran jawi. Di
samping itu dapat meningkatkan peranan bahasa Arab sebagai
wadah penting dalam proses penitisan ilmu-ilmu Islam dan
subjek-subjek yang berteraskan keagamaan.
Amat diharapkan kajian yang akan dijalankan dapat menjadi
sebahagian daripada sumbangan ilmiah dalam merialisasikan
projek j-QAF yang telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran pada
24 April 2004 di SMK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu,

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1


(KAEDAH)
HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL JAAFAR

Terengganu. Selain itu dapat mengukur dan memberikan


maklumat berkaitan keberkesanan program j-QAF yang telah
dan sedang dijalankan oleh pihak kementerian serta dapat
merancang

program

bagi

membantu

pihak

sekolah

merialisasikan impian dan hasrat kerajaan dalam projek j-QAF.


Kepentingan kajian ini adalah dirumuskan seperti berikut:
3.1

Kajian ini penting untuk memberi pendedahan kepada

masyarakat terutama warga pendidikan tentang keberkesanan


model-model j-QAF serta kaedah-kaedah yang dijalankan
melalui projek-projek yang telah dilaksanakan dan sedang
dirangka seperti projek j-QAF. Projek ini diharap dapat mendidik
para pelajar menjadi insan yang celik Bahasa Arab, Jawi dan AlQuran

di

samping

memastikan

kesempurnaan

serta

keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek.


2
3 3.2

Membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia

khususnya bahagian Pendidikan Islam bagi mengkaji,


menilai, menambah baikan

dalam merangka Kurikulum

Sistem Pendidikan Islam dan projek j-QAF di sekolahsekolah di Malaysia pada masa akan datang melalui analisis
kajian.
4
5 3.3
Mengaplikasikan kaedah-kaedah yang bersesuaian
dan mantap dalam kurikulum pendidikan Islam khusunya
program j-QAF di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.
6
7 3.4
Memberi dorongan kepada seluruh
warga
pendidikan agar dapat menghayati kaedah

dan prinsip-

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1


(KAEDAH)
HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL JAAFAR

prinsip pendidikan Islam menerusi program yang disediakan.


Seterusnya dapat merealisasikan
seperti

dihasratkan

oleh

objektif projek j-QAF

Menteri

Pelajaran

serta

menyempurnakan maksud yang terkandung dalam falsafah,


misi dan visi pendidikan Negara.

1.5 DEFINISI ISTILAH

SKKPs

SK Kuala Perlis

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1


(KAEDAH)
HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL JAAFAR

1.6 KUMPULAN SASARAN


Menerusi pemerhatian pengkaji, mereka adalah kumpulan
murid yang paling memerlukan bantuan untuk meningkatkan

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1


(KAEDAH)
HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL JAAFAR

kemahiran menulis Jawi. Pengkaji mengambil keputusan untuk


menjalankan kajian ke atas mereka untuk mengenal pasti
keberkesanan intervensi dalam membantu mewujudkan minat
serta meningkatkan kemahiran murid-murid ini yang tidak dapat
mengikuti P&P melalui kaedah tradisional yang dijalankan
selama ini.
Jadual di bawah adalah butiran berkaitan dengan kumpulan
sasaran dalam penyelidikan ini ;

Bilangan Sasaran

3 daripada 31 (dipilih secara pemerhatian


dan analisis lembaran kerja harian)

Jantina

- 1 orang lelaki
- 2 orang perempuan

Umur

9 tahun

Prestasi Akademik

- Pasif dalam slot P&P Pendidikan Islam


- Mempunyai masalah serius dalam
menulis Jawi.

1.7 TINDAKAN YANG DICADANGKAN


1.7.1 Perancangan Tindakan

Kajian ini menggunakan pendekatan kualititatif melalui kaedah


penyelidikan tindakan. Penggunaan Carta Huruf Sombong ini

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1


(KAEDAH)
HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL JAAFAR

dapat meningkatkan kemahiran murid dalam menyambung


huruf-huruf jawi tunggal. Antara rancangan tindakan reka bentuk
kajian ialah:
a) Mengenal pasti tajuk dalam bidang Jawi yang hendak diajar
kepada murid mengikut Dokumen Standard Pelajaran yang
telah ditetapkan.
b) Menentukan aras kesukaran carta huruf berdasarkan tahap
pemahaman murid.
c) Membuat perancangan terhadap langkah-langkah dalam
penggunaan carta huruf.
d) Menerangkan kepada murid tentang pengertian istilah huruf
sombong yang digunakan di dalam carta.
e) Memberi penerangan kepada murid tentang contoh huruf
sombong yang terdapat dalam carta tersebut.
f) Memberikan contoh perkataan yang mengandungi huruf
sombong kepada murid.
g) Memberikan latih tubi kepada murid untuk meningkatkan
ingatan mereka terhadap pelajaran yang diajar.

Memperkenalkan Carta Huruf Sombong

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1


(KAEDAH)
HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL JAAFAR

Carta Huruf Sombong ini hanya memfokuskan kepada 7 huruf


jawi tunggal yang tidak dapat disambung sahaja. Huruf tersebut
ialah Alif (), Va (), Wau (), Zai (), Ro (), Dzal ( )dan Dal ().
Huruf ini disusun dalam bentuk carta untuk memudahkan murid
untuk mengingat huruf tersebut. Pelbagai warna dan hiasan
digunakan untuk menarik minat murid terhadap carta ini (rujuk
Gambar). Pengkaji menggunakan istilah Huruf Sombong kerana
huruf Jawi tunggal ini tidak dapat disambung dengan huruf
selepasnya akan tetapi huruf ini dapat disambungkan dengan
huruf lain pada sebelumnya. Oleh itu, pengkaji menggelar huruf
ini sebagai sombong kerana huruf ini tidak dapat disambungkan
dengan huruf yang lain selepas huruf tersebut. Setelah
menerangkan kepada murid tentang konsep Huruf Sombong ini,
lembaran

kerja

akan

diberikan

kepada

murid

sebagai

pengukuhan kepada penerangan yang telah pengkaji lakukan.

Gambar : Carta Huruf Sombong


1.7.2 Perancangan Cara Mengumpulkan Data/
Prosedur Pengumpulan Data
Pengkaji

menggunakan

beberapa

kaedah

mengumpulkan maklumat bagi kajian ini. Antaranya :

untuk

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1


(KAEDAH)
HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL JAAFAR

Ujian Diagnostik
Ujian yang telah pengkaji jalankan terbahagi kepada dua jenis
iaitu ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra ini bertujuan untuk
menguji pengetahuan sedia ada murid dalam kemahiran
menulis jawi manakala ujian pasca bertujuan untuk menguji
peningkatan kemahiran murid dalam bidang Jawi.

Setelah menganalisis keputusan ujian pra dan ujian pasca,


pengkaji akan membuat perbandingan pencapaian markah
peserta kajian. Perbandingan ini dijalankan untuk melihat
perbezaan markah peserta sebelum dan selepas kajian
dijalankan. Perbandingan markah peserta secara individu dikira
dengan menggunakan perbezaan julat markah ujian pra dan
ujian pasca. Keputusan kajian perbandingan ini telah dapat
menunjukkan dengan perubahan minat serta peningkatan minat
peserta dengan penggunaan carta huruf sombong ini.

Keputusan ujian pra dan ujian pasca akan dianalisis dengan


mengira skor markah yang diperolehi oleh murid di dalam
peratus. Setiap jawapan yang diberikan bagi setiap soalan
adalah membawa satu markah. Keputusan yang diperolehi oleh
murid di dalam ujian pra telah dibandingkan dengan keputusan
mereka di dalam ujian pasca. Perbandingan ini telah dapat
menentukan peningkatan yang berlaku dalam tahap kefahaman
murid sebelum dan selepas tindakan dilaksanakan. Semua
markah yang diperolehi akan dibentangkan dalam bentuk

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1


(KAEDAH)
HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL JAAFAR

jadual.

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH)


HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL JAAFAR

Temu Bual Bersama Peserta Kajian

Semua data temu bual yang telah dirakam akan ditranskripkan terlebih dahulu
sebelum analisis kandungan dijalankan. Menurut Lim (2000), pengkaji boleh juga
mengambil masa membuat catatan ringkas kata-kata atau jawapan peserta dan jika
perlu transkrip temu bual boleh diperolehi kemudian sebagai bahan sokongan kajian
temu bual yang lebih teliti.

Temu bual bersama kajian akan dijalankan selepas pelaksanaan penggunaan


Carta Huruf Sombong. Temu bual ini bertujuan mendapat maklum balas peserta
terhadap reaksi mereka dalam penggunaan Carta Huruf Sombong dalam
menyambung huruf jawi tunggal dan mengetahui minat mereka terhadap pelajaran
jawi sebelum dan setelah kaedah ini diperkenalkan.

Pengkaji akan meneliti data yang diperolehi dengan menggariskan atau


menandakan perkara penting berhubung dengan objektif kajian. Perkara yang akan
gariskan dan tandakan tadi akan diubah kepada tema. Pengkaji akan menentukan
tema yang sesuai mengikut objektif kajian dengan meneliti semula transkrip temu
bual tersebut. Setiap tema telah diberikan kod yang sesuai. Pengiraan telah dibuat
terhadap kekerapan munculnya kod yang sama di dalam data yang dikumpulkan.
Seterusnya pengkaji akan membuat interpretasi terhadap dapatan kajian yang
diperolehi.

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH)


HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL JAAFAR

Pemerhatian

Pemerhatian yang pengkaji akan jalankan dalam kajian ini adalah


pemerhatian secara langsung. Pemerhatian dalam kajian ini dilakukan sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara yang diberi perhatian dalam
pemerhatian adalah berkenaan dengan sikap dan minat murid dalam menyambung
huruf jawi tunggal.

Bagi menganalisis hasil pemerhatian yang dijalankan, pengkaji akan menilai


sama ada kaedah yang dipilih sesuai digunakan untuk meningkatkan kemahiran
menyambung huruf jawi tunggal bagi peserta kajian atau tidak. Pengkaji juga akan
meneroka minat dan kegembiraan murid ketika menggunakan kaedah ini dalam
menyambung huruf-huruf jawi tunggal.

Hasil pemerhatian telah dicatatkan di dalam borang pemerhatian yang


disediakan. Borang pemerhatian ini amat penting kerana menurut Lim (2000),
borang pemerhatian adalah satu dokumen yang telah disediakan untuk merekod apa
yang diperhatikan secara sistematik dan teratur. Dalam borang pemerhatian itu,
aspek-aspek yang tertentu akan direkodkan semasa pemerhatian dijalankan.

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH)


HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL JAAFAR

1.7.3 Perancangan Menganalisis Data

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH)


HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL JAAFAR

1.7.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan


a) Jadual Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan
Jadual di bawah adalah jadual pelaksanaan penyelidikan tindakan ;

Bil.

Aktiviti

Tempoh / Tarikh
pelaksanaan

1.

Mengenal pasti masalah


Pemerhatian

18 Februari 2014

- Dijalankan pada slot P&P Pendidikan Islam


Pengumpulan data tinjauan awal

2.

Dengan menggunakan senarai semak, 3 orang sampel

22 Februari 2014

telah dikenal pasti mempunyai masalah penulisan Jawi


yang serius.
Menentukan objektif/ soalan kajian
Melaksanakan tindakan aktiviti 1
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1
Melaksanakan tindakan aktiviti 2
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal
Menulis Proposal Kajian

3.
4.
5.
6.
7.
8.

7 Mac 2014
18 Mac 2014
20 Mac 2014
22 Mac 2014
24 Mac 2014
28 Mac 2014

b) Anggaran Kos
Untuk menjalankan kajian ini, saya telah mengenal pasti bahan dan kos yang akan
terlibat. Jadual di bawah menunjukkan perincian bagi bahan dan anggaran
perbelanjaan kajian ;
Anggaran Perbelanjaan Kajian
Bil

Butiran

Harga Per unit x

Jumlah

unit (RM)

(RM)

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH)


HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL JAAFAR

1
2
3
4
5

Kertas mahjung
Kertas A4
Dakwat pencetak
Artline
Bahan fotostat

0.20 x 10
10.00 x 1 rim
80.00 x 1 katraj
3.00 x 3
0.50 x 50 helai

20.00
10.00
80.00
9.00
2.60

TINJAUAN LITERATUR
1.8.1 Pendahuluan
Bab ini akan membincangkan literatur yang merangkumi penjelasan dan
pandangan daripada tokoh-tokoh tertentu serta kajian yang telah dibuat oleh sarjana
dan pengkaji-pengkaji terdahulu tentang faktor-faktor serta masalah-masalah
penguasaan Jawi di sekolah. Menurut Dr. Montessori dalam kajian oleh Siti
Fatimah Binti Saufee (2006), mendapati bahawa penulisan mendahului bacaan.

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH)


HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL JAAFAR

Penulisan adalah tindakan di mana psikomotor mekanisme amat ketara ,sebaliknya


dalam pembacaan hanya mencapai sesuatu pekerjaan yang intelektual. Ini
bermakna, penguasaan menulis Jawi merupakan langkah yang utama sebelum
menguasai kemahiran membaca Jawi.
1.8.2 Kajian Yang berkaitan
Nik Rosila Nik Yaacob (2007) dalam kajiannya menunjukkan tidak
terdapat perbezaan yang jelas antara pelajar lemah, sederhana dan baik dalam
penguasaan Jawi dengan minat mereka terhadap Pendidikan Islam yang diwakili
oleh indikator "seronok belajar mata pelajaran lain berbanding Pendidikan Islam".
Dapatan menunjukkan lebih tinggi peratusan pelajar yang boleh menguasai Jawi
tidak berminat terhadap Pendidikan Islam. Keadaan ini menggambarkan
kemungkinan besar pengajaran guru tidak begitu berkesan untuk menarik minat
pelajar.
Satu kajian oleh Siti Fatimah binti Saufee (2006) mendapati prestasi
murid-murid berkait rapat dengan latar belakang dan persekitaran di mana muridmurid yang mempunyai ibu bapa yang tiada pendedahan awal mengenai tulisan
Jawi dan kesedaran tentang pentingnya pendidikan Jawi. Sikap murid-murid yang
negatif juga mempengaruhi cara pembelajaran mereka. Oleh itu, untuk
memantapkan lagi penggunaan tulisan Jawi, beberapa saranan dibuat sebagai
kesinambungan ke arah mengembalikan semula keagungan tulisan Jawi dan
meletakkan fungsi dan kedudukan yang tinggi setanding dengan tulisan-tulisan lain
di dunia.
Selain itu, Amri Daud (2005) di dalam kajiannya berjudul Kajian
Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu mengemukakan
hasil kajiannya terhadap modul-modul yang telah dilaksanakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Jika diteliti, dariahun 1.
Pengkaji juga sempat meneliti kajian Ishak Haron dan Hassan Basri
(1998) yang berjudul Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Menengah.
Menurut hemat pengkaji, kajian ini adalah sangat berkualiti, namun ia dilakukan
berdasarkan fakta-fakta yang dikumpulkan khusus berkaitan penguasaan Jawi di

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH)


HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL JAAFAR

sekolah-sekolah menengah di Selangor sahaja. Justeru, sudah pasti terdapat ruang


dan jurang perbezaan yang amat luas dan ketara antara sekolah menengah dan
sekolah rendah.
Ustaz Zali bin Muda (1996) di dalam kajiannya pula mendapati bahawa
pencapaian dalam pelajaran Jawi dalam kalangan murid-murid Tahun Lima adalah
sederhana serta terdapat banyak faktor yang mempengaruhi dalam pencapaian
tersebut termasuklah faktor sikap. Namun begitu, beliau menyatakan bahawa
majoriti murid mempunyai nilai sikap yang tinggi serta mencadangkan mereka untuk
mempunyai minat yang tinggi di dalam subjek.
Akhir sekali, Dr. Hassan Basri (1991) di dalam Laporan Penguasaan
Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah terbitan Universiti Malaya telah menghuraikan
secara terperinci berkaitan data dan fakta penguasaan Jawi dalam kalangan muridmurid secara umumnya. Namun begitu, kajian ini dilakukan sekitar hujung tahun 80an dan awal 90-an dan menyebabkan pengkaji berpandangan masih terdapat ruang
untuk menyemak semula kajian yang dilakukan kerana sifat dan sikap murid juga
berubah mengikut peredaran masa dan suasana setempat.

1.9 SENARAI RUJUKAN


Nik Rosila Nik Yaacob .(2007).Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat
dan Pencapaian Pelajar dalam Pendidikan Islam. Pulau Pinang : Pusat Pengajian
Ilmu Pendidikan ,USM.
Siti Fatimah Saufee (2006).Penguasaan tulisan Jawi di kalangan murid-murid tahap
satu di sekolah rendah di Daerah Meradong. Seminar Penyelidikan Pendidikan
Institut Perguruan Rajang Bintangor, Sarawak.

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH)


HANIS ZHAFIRAH BINTI ABDUL JAAFAR

Amri Daud. (2006). Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di


Terengganu. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.
Ishak Haron dan Hassan Basri. (1998). Laporan Penguasaan Jawi di SekolahSekolah Menengah. Kajian IRPA. Universiti Malaya.
Zali bin Muda (1996). Faktor-faktor psikologi dan permasalahan dalam pengajaran
dan pembelajaran jawi di kalangan murid darjah lima di Sekolah Kebangsaan Bukit
Tunggal , Kuala Terengganu. Terengganu : Jabatan Pendidikan Islam dan
Moral,Institut Perguruan Kuala Terengganu.

2.0 REFLEKSI

You might also like