You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


(AMBILAN JUN 2023 SEMESTER 1)

FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA


(EDUP3093)
DISEDIAKAN OLEH:

NAMA HABIB ASYRAF BIN ARSELAN HAKIM

ANGKA GILIRAN

NO. KAD
PENGENALAN
KUMPULAN B7
EDUP3093
KOD DAN NAMA
FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI
KURSUS
MALAYSIA
TAJUK TUGASAN PENULISAN

NAMA PENSYARAH PUAN NOORIZAN BINTI BABA

TARIKH HANTAR 23 OKTOBER 2023

TARIKH MENERIMA
MAKLUM BALAS
2

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN...........................................................................................................................3
1. 0 PENGENALAN.......................................................................................................................4
2. 0 ANALISIS TENTANG MODEL PROSES STENHOUSE...................................................4
2.1 PENGENALAN KEPADA PENGASAS MODEL PROSES STENHOUSE..................4
2. 2 KONSEP MODEL PROSES STENHOUSE....................................................................5
3.0 PELAKSANAAN MODEL KURIKULUM STENHOUSE DI SEKOLAH...........................6
3. 1 PENEKANAN TERHADAP KEMAHIRAN BELAJAR...................................................6
3. 2 PENEKANAN TERHADAP PERANAN GURU..............................................................6
3. 3 PENEKANAN TERHADAP PERANCANGAN PDP......................................................7
4. 0 RUMUSAN...............................................................................................................................7
RUJUKAN.......................................................................................................................................8
LAMPIRAN......................................................................................................................................9
3

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang dan segala syukur keatas-
NYA. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapakan setinggi-tinggi penghargaan kepada
golongan insan yang sudi membantu saya menjayakan tugasan kerja kursus ini.

Pertama sekali, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Noorizan
Binti Baba pensyarah kursus ini atas kesudian beliau membantu serta membimbing kami
para mahasisiwa dan mahasisiwi menyempurnakan tugasan ini pada masa yang telah
ditetapkan. Seterusnya tidak dilupakan kepada rakan-rakan yang banyak meluangkan masa
membantu saya dalam tempoh menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Ucapan terima kasih
juga saya tujukan kepada ahli keluarga kerana telah memberikan nasihat dan kata-kata
semangat serta buah fikiran.

Akhir kalam, saya dengan seikhlas hati mengucapakan ribuan terima kasih yang
tidak terhingga kepada pensyarah-pensyarah, rakan-rakan, dan ahli keluarga serta pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang saya menyiapakan tugasan
kerja kursus ini. Segala jasa-jasa kalian amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.


4

1.0 PENGENALAN
Kurikulum adalah berasal daripada perkataan curriculum yang berasal daripada perkataaan
kata kerja latin klasik iaitu ‘currere’ yang beerti “menjalankan atau untuk diteruskan”.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, kurikulum merupakan segala rancangan
pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk
mencapai matlamat pendidikan. Dalam melahirkan generasi yang akan memakmurkan
negara, sebuah pelaksanaan kurikulum yang merangkumi pelbagai bidang ilmu seperti
bahasa, matematik dan sejarah mesti diterapkan dalam generasi muda bagi melahirkan
bangsa yang progresif. Di Malaysia, teori dan model kurikulum digunakan untuk mencipta
satu sukatan pelajaran yang memenuhi kehendak pelajar dan keperluan semasa. Menurut
Amar al-Shaibani, kurikulum menurut perspektif islam ialah merupakan persiapan untuk
kehidupan mencakupi dunia dan akhirat. Kurikulum islam adalah penggabungan daripada
akidah dengan syariah, jasmani dengan rohani dan dunia dengan akhirat. Pembinaan
kurikulum di Malaysia menggunakan tiga model yang diambil dari barat iaitu model objektif
Tyler, model objektif Taba dan model Proses Stenhouse. Model kurikulum dirangka untuk
dijadikan paduan guru dalam mendidik murid bagi mencapai objektif pembelajaran dan
kemenjadian murid. Penulisan ini akan membincangkan analisis model Stenhouse dan
pelaksanaannya di sekolah di Malaysia dengan temubual daripada Cikgu Anis dari Sekolah
Kebangsaan Sanggang, Pahang.

2.0 ANALISIS TENTANG MODEL PROSES STENHOUSE

2.1 PENGENALAN KEPADA PENGASAS MODEL PROSES STENHOUSE


Lawrence Stenhouse merupakan ahli teori pendidikan yang berasal dari Britain
merupakan ahli penting dalam kajian pendidikan dan pembangunan kurikulum.
Beliau dilahirkan pada 1926 dan meninggal pada 1982. Stenhouse mendapat
pendidikan awalnya di Manchester Grammar School seterusnya menyambung
pengajiannya di University of St. Andrews dan University of Glasgow. Selain itu,
Beliau pernah bekerja sebagai guru di sekolah sebelum menjadi ahli akademik. Pada
tahun 1970, Stenhouse dilantik sebagai ketua dalam Centre for Applied in Education
(CARE) di University of East Anglia. Beliau juga pernah menjawat jabatan sebagai
presiden di British Educational Research Association (BERA). Diantara, tugas
Stenhouse adalah membantu membangunkan kelas inovatif sekolah menengah di
bawah Projek Kemanusian. Di dalam bukunya yang berjudul “An Introduction to
Curriculum Research and Development” yang diterbitkan pada 1975, Stenhouse
memperkenalkan teorinya tentang idea penelitian dalam kurikulum yang berpusatkan
murid sebagai seorang yang aktif dalam bilik darjah dan menekan kepada
5

profesionalisme perguruan. Stenhouse berpendapat, proses interaksi diantara guru


dan murid amat penting dalam menyampaikan ilmu pengetahuan.

2.2 KONSEP MODEL PROSES STENHOUSE


Di dalam model ini Stenhouse berpendapat kurikulum adalah sebagai satu proses.
Menurut Stenhouse (1975) model kurikulum metilah mempunyai empat ciri-ciri
berikut iaitu aktif, dinamik, bukan sesuatu yang berbentuk fizikal dan melibatkan
interaksi diantara guru, murid dan ilmu yang ingin disampaikan. Berdasarkan ciri
yang pertama iaitu aktif yang bermaksud penglibatan diantara guru dan pelajar
secara aktif dalam membentuk kurikulum. Berikutan itu, guru bukan hanya sebagai
penyampai kandungan pembelajaran tetapi sebagai peneliti dan pengkaji dalam
menentukan kandungan pembelajaran berdasarkan tahap kefahaman murid mereka
dan konteks topik yang sesuai untuk tahap murid di dalam bilik darjah itu. Stenhouse
juga bependapat bahahawa guru hendaklah merangka kandungan mata pelajaran
yang hendak disampaikan yang meliputi faktor personaliti, sistem kepercayaan, nilai,
jangkaan dan andaian hasil pembelajaran. Faktor-faktor ini kemudiannya, akan
membantu dalam interaksi diantara murid untuk menelaah bahan bantu mengajar.
Stenhouse juga menekankan bahawa kurikulum bersifat dinamik iaitu boleh berubah
dari masa ke masa mengikut kehendak dan keperluan semasa.

Dalam proses penyampaian kurikulum murid dianggap berfikiran terbuka


untuk menerima teguran, kritikan dan saranan daripada guru. Ini kerana model ini
mementingkan pengalaman pembelajaran secara holistik dan meluas berbanding
hasil berbentuk objektif. Model ini memberi kebebasan kepada murid membuat
keputusan dalam menentukan aktiviti di dalam kelas supaya mereka dapat
menerokai topik secara terperinci dan mendalam bagi menggalakkan pemikiran kritis
dan inovatif. Secara Keseluruhannya, model proses Stenhouse ini, melibatkan
peranan bersama-sama guru dan murid dalam mencapai pengalaman pembelajaran
yang bermakna dimana objektif bukan hasil tetapi andaian bahawa murid akan
merespon dengan unik terhadap pengalaman pembelajaran. Berikutan itu, guru
bertindak sebagai perancang kandungan, strategi, susunan bahan kandungan dan
konteks persekitaran pelajar. Manakala, murid di dalaam kelas berfungsi sebagai
pelajar aktif yang mampu berkomunisi antara satu sama lain bagi meningkatkan
pemahaman dan motivasi. Dalam erti kata lain, model proses Stenhouse ini adalah
satu bentuk kurikulum pelajar untuk memperolehi proses pengalaman pembelajaran
yang menyeluruh untuk tujuan perkembangan potensi diri.
6

3.0 PELAKSANAAN MODEL KURIKULUM STENHOUSE DI SEKOLAH


3.1 PENEKANAN TERHADAP KEMAHIRAN BELAJAR
Kemahiran belajar merupakan elemen penting di dalam model proses Stenhouse.
Stenhouse menekankan supaya murid dapat memperoleh pengalaman
pembelajaran secara menyeluruh. Kemahiran belajar adalah pemerolehan,
pengorganisasian, pengekalan dan penggunaan maklumat baharu bagi
menyelesaikan tugas pembelajaran (Fleming. 2002) . Berdasarkan temubual yang
telah dibuat, antara kemahiran belajar yang telah diterapkan di bilik darjah ialah
perbincangan dan brainstorm. Di dalam kelas Cikgu Anis telah menggunakan teknik
perbicangan bersama murid bagi mendapatkan respons pembelajaran. Hasil maklum
balas ini diterima bagi menambahbaik kefahaman semasa sesi pengajaran. Maklum
balas mampu memberikan keyakinan diri kepada pelajar, kesedaran diri dan motivasi
untuk belajar (Race, 2001). Oleh yang demikian, perbincangan yang berkesan
membatu pelajar untuk membuat refleksi terhadap pembelajaran agar menjadi lebih
berkesan dan bermakna.

3. 2 PENEKANAN TERHADAP PERANAN GURU


Semasa sesi pengajaran berlangsung, guru beperanan sebagai fasilitator untuk
membimbing murid di dalam kelas. Guru adalah sebagai pemacu minda dengan
pembawaan perwatakan yang menarik supaya murid bermotivasi dan mempunyai
rasa ingin tahu terhadap apa yang diajarkan oleh gurunya. Diantara peranan lain
yang dikenalpasti semasa sesi temubual ialah guru mestilah meraikan pelbagai latar
belakang keluarga muridnya dengan mengormati kepelbagaian sama ada daripada
budaya dan kaum, mahupun perbezaan pandangan dan idea murid. Menghormati
kepelbagaian budaya, nilai, tradisi, bahasa dan kepercayaan agama yang berbeza
yang wujud dalam masyarakat amat penting dalam membantu murid membantu
belajar memahami dan menghormati perbezaan budaya serta sikap berat sebelah
(Banks, J. A., 2004). Tambahan lagi, guru bertanggungjawab membantu
mengesyorkan, memberikan saranan dan membetulkan tentang apa yang dipelajari
supaya prestasi pelajar semakin meningkat dari semasa ke semasa. Selain itu, guru
berperanan menerapkan sikap profesionalisme dalam diri mereka. Guru seharusnya,
menanam dalam diri mereka roh keguruan supaya hasrat dan matlamat pengajaran
dapat dilaksanakan dengan berkesan. Kecemerlangan pelajar dalam kurikulum dan
sahsiah berkait rapat dengan profesionalisme guru dalam membina insan yang utuh
dari segi jasmani, intelek dan rohani (Muhammad Qutb, 1988).
7

3.3 PENEKANAN TERHADAP PERANCANGAN PDP


Di dalam teori model proses Stenhouse ada menekan supaya guru menjadi pengkaji
dan peneliti dalam menyampaikan kurikulum pendidikan kepada anak murid mereka.
Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran guru akan merancang
terlebih dahulu isi kandungan yang hendak dipelajari. Guru kebiasaannya akan
merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai panduan
kemudian membuat bahan bantu mengajar (BBM). Penggunaan DSKP semasa sesi
PDP berupaya meningkatkan kredibiliti guru disamping di peringkat sekolah,
membolehkan guru menilai hasil pembelajaran dan membantu pelajar melakukan
yang terbaik sepanjang proses pembelajaran bilik darjah. Berdasarkan temu bual
yang telah dibuat, Cikgu Anis akan merancang atau berbincang bersama-sama
dengan muridnya tentang apa dan bagaimana aktiviti yang mereka suka dan
inginkan di waktu akhir kelas yang kemudiannya akan dilaksanakan pada kelas yang
berikutnya. Hal ini bertepatan dengan model proses Stenhouse iaitu murid diberikan
ruang untuk berinteraksi memilih aktiviti pembelajaran yang mereka ingin untuk
memperoleh pengalaman pembejaran yang kondusif. Tambahan lagi Cikgu Anis juga
membuat projek bagi subjek reka bentuk teknologi bersama murid-murid bagi
memperluaskan lagi kemahiran murid dalam bidang teknologi.

4.0 RUMUSAN
Secara Keseluruhannya model proses Steinhouse banyak memainkan peranan dalam
pelaksanannya di sekolah-sekolah di Malaysia. Semestinya objektif model ini adalah murid
berperanan sebagai ‘active learner’ iaitu sentiasa berinteraksi bersama dengan guru dan
bersama ahli kumpulan untuk mendapat respons yang pelbagai agar setiap murid dapat
merifleksi sendiri apa yang telah di sampaikan oleh guru mereka. Pada masa yang sama,
Stenhouse menekankan tentang perhubungan yang positif antara guru dan murid supaya
dapat membina hubungan kepercayaan dan keyakinan diri antara satu sama lain. Guru juga
semestinya bersedia dengan pengetahuan yang luas bagi mencorakkan hubungan
komunikasi yang baik. Selain itu, selepas menjalankan sesi temubual ada beberapa perkara
yang boleh dilakukan kerajaan bagi mencatikkan lagi lanskap pendidikan di negara ini.
Antaranya ialah merapatkan jurang antara murid luar bandar dan di bandar. Murid di luar
bandar atau pedalaman juga berhak mengakses kemudahan teknologi yang sama seperti di
bandar. Dengan adanya, kemudahan seperti tablet dan komputer maka bahan bacaan,
bahan pembelajaran dan perkongsian akan membantu murid untuk lebih mendalami ilmu
sekaligus melahirkan rakyat minda kelas pertama.

(1326 pp)
8

RUJUKAN
Anida Idrus, M. I. (2023). Kemahiran Belajar. Selangor: Local Publications (M) Sdn. Bhd
Banks, J. A. (2004). Multicultural education: Historical development, dimensions, and
practice. Teachers College Record, 106(1), 244-259.
Elliott, J. (2006). A curriculum for the study of human affairs: the contribution of Lawrence
Stenhouse. In Rethinking Schooling (pp. 293-310). Routledge.
Elliott, J., & Norris, N. (2012). The Stenhouse legacy. In Curriculum, Pedagogy and
Educational Research. Routledge.
Fleming, L. (2002). Improving students’ exam performance by introducing study strategies
and goal setting. Teach Psychol; 29: 115-9.
Kementerian Pendidikan Malaysia
Muhammad Qutb. 1988. Sistem Pendidikan Islam.Terj. Salman Harun. Bandung: Al-Ma’rif
Race, P. (2001). Using feedback to help students learn. Higher Education Academy.
Rosly Kayar, K. B. (2023). Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Selangor:
Local Publications (M) Sdn. Bhd.
Shamsiah Md Nasir, M. I. (2022). Pengantar Pengajian Pendidikan. Selangor: Local
Publications (M) Sdn. Bhd.
Ted Wragg (1983) Lawrence Stenhouse: A Memorable Man, British Educational Research
Journal, Vol. 9, No. 1 (1983), pp. 3–5
9

LAMPIRAN

Sesi temubual bersama Cikgu Anis dari SK Sanggang, Pahang.

Rakaman temubual: https://youtu.be/axMrZQDts6Q?feature=shared


10

You might also like