You are on page 1of 6

TUGASAN FASA KEDUA

PEMBINAAN AYAT & SITIRAN : PRAKTIK SIFAT AMANAH ILMU DAN TELUS

Unit 2 : Praktikal Sifat Mahmudah Amanah, Telus & Asli

Objektif : Melatih pelajar mempraktikkan sifat amanah dan telus bagi menghasilkan keaslian
hasil penulisan

Tugasan Berkumpulan:

1. Sila baca artikel di bawah dan fahami kaedah penulisan yang bebas plagiat.

2. Sila adakan mesyuarat kali ketiga dan keempat bagi tujuan 1) pengumpulan sumber rujukan
baru, 2) membincangkan kaedah penulisan sumber rujukan dan sitiran yang betul serta 3)
merekodkan perkembangan hasil penulisan 50 perkataan setiap ahli menggunakan templat
minit mesyuarat yang disediakan.

3. Tugasan setiap ahli : Berasaskan 3 sumber rujukan yang diperolehi, sila hasilkan satu
penulisan akademik sebanyak lebih kurang 25 – 30 patah perkataan untuk setiap rujukan
menggunakan ayat sendiri.

4. Selepas menyemak minit mesyuarat, ketua kumpulan perlu memuatnaik minit mesyuarat
berkenaan ke dalam media whatsapp kumpulan kursus untuk sesi semakan dan perbincangan
dalam kelas.

Sifat Mahmudah : Sifat Amanah

Amanah ialah menjaga dan mengembalikan hak orang dengan baik. Dalam konteks
komunikasi ialah menyampaikan maklumat yang diperolehi sebagaimana ianya diperolehi
tanpa tambahan atau pengurangan. Seseorang yang benar akan mempastikan maklumat yang
hendak disampaikan diperolehi daripada seseorang yang boleh dipercayai. Tujuannya ialah
untuk mempastikan maklumat yang diperolehinya menepati realiti yang sebenar. Manakala
orang yang amanah pula akan mempastikan maklumat yang dinukilkannya daripada seseorang
pemilik maklumat yang boleh dipercayai tersebut sampai kepada pihak ketiga sama
sebagaimana ianya diperolehinya tanpa melakukan apa-apa pindaan kepada maklumat dengan
cara mengurangkannya ataupun tokok-tambah. Sehubungan dengan itu amanah juga
menghendaki seseorang yang ingin menyampaikan sesuatu maklumat, berusaha memahami
maklumat dengan sebaiknya dengan harapan ianya menepati apa yang dimaksudkan oleh
pemilik maklumat.

Amanah dalam Penyampaian Maklumat

Terdapat dua kaedah penyampaian maklumat, iaitu pertama cakap ajuk (direct speech) dengan
menyampaikan maklumat yang diperolehi daripada pihak pertama menggunakan ayat yang
sama yang digunakannya iaitu dengan dinukilkan secara terus daripada pemilik maklumat.
Dalam konteks ini pihak kedua diamanahkan maklumat dan ayat untuk disampaikan dan dia
dibenarkan menyampaikan kedua-duanya. Yang kedua ialah cakap pindah (indirect speech /
reported speech), iaitu dengan hanya melaporkan maklumat maklumat yang diperolehi

1
daripada pihak pertama kepada pihak ketiga tanpa menukilkan ayat yang digunakan oleh pihak
pertama tersebut. Dalam konteks ini pula, pihak kedua hanya diamanahkan maklumat sahaja
untuk disampaikan dan bukan ayatnya. Dalam sesebuah artikel, kebanyakkan ayatnya adalah
menggunakan kaedah cakap pindah kecuali maklumat tertentu yang difikirkan penulis perlu
disampaikan dalam bentuk cakap ajuk, contohnya untuk tujuan pembuktian seseorang pernah
berkata sedemikian. Maka dalam kedua-dua keadaan penyampai perlu menyampaikannya
dengan beramanah.

Amanah dalam konteks cakap pindah ialah apabila seseorang menyampaikan maklumat
dariapda pihak pertama, maka ia perlu beramanah dengan hanya menyampaikan maklumat
sahaja dan tidak memindahkan ayat yang digunakan oleh pihak pertama. Ini kerana perbuatan
memindahkan maklumat bersekali dengan ayat yang digunakan oleh pihak pertama dalam
konteks cakap pindah, adalah di luar kebenaran yang diberikan oleh pihak pertama. Maka
perlakuan tersebut merupakan satu kesalahan yang disebut sebagai plagiat. Pelakunya adalah
seorang yang tidak amanah. Maka dalam konteks ini pihak kedua perlu menggunakan ayat
sendiri.

Sifat Mahmudah : Asli

Amanah dalam penulisan menghasilkan keaslian hasil penulisan. Ini kerana seseorang yang
amanah tidak menciplak hasil orang lain sedangkan orang yang amanah akan menyusun
perkataan-perkataannya sendiri bagi membentuk ayat, menyusun ayat-ayatnya sendiri bagi
membentuk paragraph dan menyusun paragrafnya sendiri bagi membentuk sebuah hasil tulisan.
Sehubungan dengan itu, hasil tulisan merupakan sebuah gubahan kreatif. menyusun Keaslian
penulisan dalam menyampaikan makumat boleh diperhatikan dari dua perspektif. Pertama

Sifat Mahmudah : Sifat Telus

Seseorang yang amanah akan sentiasa tenang dan berani dalam tindakannya, berbeza dengan
mereka yang melakukan kesalahan. Sehubungan dengan itu, mereka akan bersifat terbuka dan
telus terhadap maklumat dan kefahaman yang disampaikan. Dalam konteks penulisan akademik
ketelusan dan keterbukaan ini diperlihatkan melalui penandaan sitiran iaitu dengan menjelaskan
di dalam atau di akhir ayat sumber kepada maklumat dalam ayat tersebut. Dalam tugasan ini
pelajar perlu menggunakan sitiran gaya A.P.A. Antara tujuan menjelaskan sumber maklumat
ialah bagi meyakinkan pembaca terhadap kebenaran maklumat yang diberikan, bersikap telus
serta mengelak dari melakukan kesalahan plagiat.

Gaya penulisan sitiran (citation)

Perlu dibezakan antara sitiran dan sumber rujukan. Sumber rujukan ialah maklumat berkaitan
bahan rujukan dari segi pemilik maklumat, tahun terbit, tajuk bahan rujukan, dan tempat terbit
ataupun link (ruj internet) yang disenaraikan di bahagian akhir hasil tulisan. Manakala sitiran
ialah penjelasan dari sumber rujukan manakah maklumat tertentu diambil dengan
menyatakannya di dalam ayat atau di akhir ayat yang sedang ditulis. Dalam tugasan ini setiap
maklumat atau data yang disampaikan dalam penulisan perlu dinyatakan dari manakah data
tersebut diperolehi iaitu melalui penulisan sitiran mengikut kaedah A.P.A. (American

2
Psycologist Assocation) dengan menyatakan di dalam kurungan selepas sebarang maklumat
seperti berikut:

a) Sumber Rujukan: Rujukan internet yang dinyatakan penulis tanpa tahun terbit,
ruang untuk tahun digantikan dengan (nd), ch: Forbes, E. G. (nd). Roger Bacon's 'Science
Of Experience. Dilayari pada 10 Jun 2016, daripada:
http://islamset.net/hip/i_medcin/eric_forbes.html

Sitiran: boleh diletak di dalam kurungan selepas ayat iaitu : (Forbes, nd) ; atau jika
dimasukkan di dalam ayat hanya tahun diletakkan di dalam kurungan seperti: “Forbes
(nd) menyatakan....”

b) Sumber Rujukan: jika tahun dinyatakan dengan andaian ianya diterbitkan pada
tahun 1975, ch: Forbes, E. G. (1975). Roger Bacon's 'Science Of Experience. Dilayari
pada 10 Jun 2016, daripada: http://islamset.net/hip/i_medcin/eric_forbes.html

Sitiran: diletak di dalam kurungan selepas ayat iaitu : (Forbes, 1975) ; atau jika
dimasukkan di dalam ayat hanya tahun diletakkan di dalam kurungan seperti: “Forbes
(1975) menyatakan....”

c) Sumber Rujukan: Jika rujukan tersebut tidak dinyatakan penulis tetapi dinyatakan
tahun, ch: Roger Bacon's 'Science Of Experience. (1975). Dilayari pada 10 Jun 2016,
daripada: http://islamset.net/hip/i_medcin/eric_forbes.html.

Sitiran: diletak di dalam kurungan selepas ayat iaitu : (Roger Bacon's Science Of
Experience, 1975)

d) Sumber Rujukan: Jika rujukan tersebut tidak dinyatakan penulis & tahun, tetapi
diperolehi daripada laman web yang berotoriti, tajuk dibawa ke hadapan dan tahun
ditulis (nd), ch: Roger Bacon's 'Science Of Experience. (nd). Dilayari pada 10 Jun 2016,
daripada: http://islamset.net/hip/i_medcin/eric_forbes.html.

Sitiran: diletak di dalam kurungan selepas ayat iaitu : (Roger Bacon's Science Of
Experience, nd)

3
Contoh Hasil Penulisan Akademik

Contoh 1:

Tulisan dibawah akan menggunakan dua teknik sitiran iaitu daripada dua sumber rujukan:

Parenthetical citations : (Smith, 1996)


Narrative citations : Biggs and Tang (2009)

Hasil Tulisan:

“Group assignment is one of the methods of instruction based on teamwork. It involves the
formation of a small, formal group of students, working together and contributing to the
success of a mutual mission (Smith, 1996). According to Biggs and Tang (2009), this
development refers to two main objectives, which are; the development of interpersonal
skills and teamwork-related skills; while the second is to reduce the burden on teachers in
the assessment process”

Sumber Rujukan (Sumber rujukan disusun mengikut huruf awal)

Biggs, J. & Tang, C. (2009). Teaching for Quality Learning at University (3rd ed.).
Maidenhead: Open University Press.
Smith, K. A. (1996). Cooperative learning: making “groupwork” work. New Directions for
Teaching and Learning, 67(1996), 71–82. doi:10.1002/tl.37219966709

4
Contoh 2:

Parenthetical citations : (Ibn Kahtir, 2003)


Narrative citations : Ibn Khaldun (2004)

Asabiyyah Melayu

Kesimpulannya, proses pembentukan bangsa Melayu ini merupakan sunatullah yang sama yang
membangunkan bangsa-bangsa besar yang lain termasuk bangsa Arab. Baginda SAW sendiri
adalah dari keturunan Nabi Ismail AS diklasifikasikan sebagai Arab yang diarabkan
(Musta‘ribah) yang terhasil hasil dari proses asimilasi setelah bercampur dengan kabilah Arab
Jurhum (Ibn Kahtir, 2003). Bagaimanapun apa yang menarik ialah Nabi Ismail AS yang
mempelajari bahasa Arab dari masyarakat Jurhum dapat menguasai bahasa Arab lebih baik dari
masyarakat Arab asal dan merupakan orang pertama yang bertutur dalam bahasa Arab baku
(Fushah) (Ibn Kathir, 2003), dan kabilah Baginda SAW pula iaitu Quraysh dinobatkan
menerajui kepimpinan masyarakat Arab. Ibn Khaldun (2004) dalam pemerhatiannya ke atas
sejarah menggambarkan proses ini dengan istilah asabiayyah. Jelasnya :

“Dalam kabilah yang satu, meskipun terdapat keluarga besar yang


berbilang dan asabiyah (semangat kekitaan) yang berbagai, perlu
kepada satu [kumpulan] asabiyah yang lebih kuat, mengatasi [yang
lain], dipatuhi serta boleh mempersatukan keseluruhan asabiah [lain] ke
dalamnya, membentuk seolah-olah satu asabiah yang lebih besar. Jika
tidak sedemikian akan berlaku perpecahan yang membawa kepada
perselisihan dan persengketaan. [Firman Allah]: “Dan jika tidak Allah
menahan sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, nescaya
bumi akan binasa”

Sunnatullah ini juga boleh diperhatikan di luar kehidupan manusia. Bangsa hebat ibarat
matahari kepada planet-planet yang mengelilinginya lantaran kemenangan daya gravitinya
berbanding daya graviti planet, ia juga ibarat nukleas kepada unsur-unsur atom yang
mengorbitnya. Bangsa besar pula sentiasa dituruti lantaran keupayannya menarik
kecenderungan jiwa manusia yang fitrahnya menghormati serta mengkagumi kehebatan pihak
yang dominan.

Rujukan

Ibn Kathir. (2003). al-Bidayah wa al-Nihayah. Kaherah : Dar Hajar Lil Tabaah.
Ibn Khaldun. (2004). Muqaddimah Ibn Khaldun. Beirut : Dar Yaarib.

5
Rubrik Pemarkahan Fasa 2

Rubrik pemarkahan untuk fasa 2 ialah yang bertanda *

Komunikasi Bertulis

Pendahuluan Pengolahan ayat Struktur Penukilan Idea Sitiran* Kesimpulan & Cadangan

2 1.5 1 0.5 2 1.5 1 0.5 2 1.5 1 0.5 0 2 1.5 1 0.5 0 2 1.5 1 0.5 /10
Pembelajaran Sepanjang Hayat Nilai & Etika Profesional

Penyelarasan
Ketepatan Jawapan Rujukan Mencukupi Rujukan Berotoriti Menepati Masa Penggunaan Ayat Sendiri*
kumpulan

2 1.5 1 0.5 2 1.5 1 0.5 2 1.5 1 0.5 1.5 0.5 0 1.5 1 0.5 0 1 0.5 0 /10
MARKAH /20

You might also like