You are on page 1of 2

PANDUAN TUGASAN JKA 314 AGAMA DAN MASYARAKAT SIDANG AKADEMIK 2011/2012 Soalan Tugasan.

. Sila pilih dan jawab SATU sahaja soalan esei di bawah. 1-Sciencetologi ialah satu gerakan yang meraih ramai pengikut dalam kalangan selebriti dan orang kenamaan. Bolehkah Scientologi dianggap sebagai satu bentuk agama? 2- Weber dalam artikel berpengaruhnya The Protestant Ethic and Spirit of Capitalism merungkaikan hubungan antara ideologi agama dan ekonomi kapitalis. Jelaskan hubungan ini. 3- Keganasan yang dilakukan oleh Al-Qaeda dan Rejim Zionis menggunakan agama sebagai kaedah membenarkan kebinasaan berlaku. Jelaskan bagaimana agama digunakan untuk menjustifikasikan tindakan mereka. 4- Mentera dan jampi serapah masih digunakan dalam kehidupan yang serba moden ini. Bincangkan kenapakah unsur animisme ini masih diamalkan dalam masyarakat. 5- Pilih satu agama, dan bincangkan kedudukan wanita dalam agama tersebut. 6- Teori-teori barat membincangkan perkembangan agama daripada sudut evolusi. Bincangkan secara kritikal teori-teori barat ini. 7- Menggunakan contoh yang sesuai, bincangkan penggunaan simbol dalam agama. 8- Perkembangan teknologi memberi kesan kepada autoriti agama dan transmisi ilmu. Bincangkan kesan perkembangan industri percetakan kepada perkembangan agama. 9- Sebelum Al-Arqam diharamkan, pertubuhan ini berjaya dalam mewujudkan kelompok masyarakat sendiri daripada segi ekonomi dan sosial. Menggunakan teori Durkheim, bincangkan bagaimana Al-Arqam menggunakan agama untuk menyatukan pengikutnya. 10- Jelaskan mengapa agama masih dianggap sebagai fakta sosial di negara dunia ketiga berbanding negara maju yang tidak percaya kepada agama.
JKA 314- AGAMA DAN MASYARAKAT 7

Panduan penyedian tugasan: i. Panjang tugasan hendaklah lebih kurang 10-15 muka surat. Ditaip dengan Font Arial, size 12, satu setengah space. ii. Tugasan mesti dihantar dan sampai di Pejabat Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh sebelum atau pada 6 FEBUARI 2012. Kegagalan menghantar pada tarikh yang ditetapkan akan menyebabkan anda mendapat kosong untuk markah tugasan. Sebarang rayuan dan anjakan tarikh tidak akan diterima. iii. Kes plagiat dan peniruan daripada rakan lain; atau teknik copy-paste daripada sumber lain tanpa diberikan kredit, sekiranya dikesan, akan membawa kepada hukuman berat yang akan ditetapkan oleh Pusat Pengajian dan Jawatankuasa Tatatertib, serta markah kosong untuk tugasan. iv. Penulisan tugasan mesti memperlihatkan penulisan akademik yang serius dari segi pembentangan, perbincangan dan penulisan penggunaan bahan rujukan dan petikan dengan cara American Anthropological Association : Contoh :

Mengikut Omar, dunia sosial adalah dunia metafora ( 1978 ) Konsep Dunia adalah metaforikal (Omar 1978) Dunia adalah bayangan yang diberi bentuk melalui metafora keluarga( Omar 1978: 23). [ 23 ialah halaman buku atau makalah dimana petikan dirujuk] . Jika perlu, gunakan nota hujung (endnotes), iaitu nota akhir bersiri , dihujung tugasan sebelum bibliografi. Senaraikan rujukan dalam bibliografi bahan yang di rujuk SAHAJA. v. Anda boleh gunakan rujukan dari laman web/internet. Rujukan web yang telah digunakan disenaraikan dalam format penulisan bibliografi : nama penulis atau nama laman, URL/http, dan tarikh dilayari. vi. Anda BOLEH menulis tugasan dalam Bahasa Inggeris. v. Gunakan halaman hadapan rasmi PPPJJ yang disertakan untuk dimuatkan dengan maklumat pelajar dan kursus. Tarikh muktamad penghantaran tugasan ialah pada 6 FEBUARI 2012.

You might also like